KETEGASAN PRINSIP DAN DINAMIKA POLITIK

KETEGASAN PRINSIP DAN DINAMIKA POLITIK
Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh

Abstrak
Setiap kejadian dialam ini dikelaskan mengikut rupabentuk kejadiannya. Setiap pengkelasan
akan memiliki ciri-ciri yang dikenali sebagai prinsip untuk membezakan sesuatu bentuk dengan
bentuk yang lain. Rumah akan dikenali dengan ciri sebuah rumah. Sekolah dikenal keran ciri
yang dimilikinya begitu juga kenderaan dibezakan dengan ciri yang dimilikinya. Sesebuah
organisasi juga tidak lari dari prinsip dan perlu mempunyai prinsip. Organisasi perlu
menetapkan prinsip sebagai asas perjuangan, untuk merancang dan menetapkan halatuju.
Prinsip perlu dikekalkan dalam keadaan apa sekalipun namun ketegasan prinsip bukan
halangan untuk sesebuah gerakan mengubah pendekatan bagi mencapai tujuan perjuangan.
Pendekatan perlu bersifat dinamik sesuai dengan peredaran masa dan suasana. Sepertimana
sebuah rumah perlumengekalkan prinsip asas rumah untuk dikenali sebagai rumah namun
bentuknya boleh berubah-ubah sesuai dengan persekitaran dan zaman di mana ia dibina.

Pengenalan
Mewujudkan masyarakat adil dan negara demokratik, berusaha untuk memantapkan sistem
politik negara yang sesuai dengan kehendak serta kepentingan rakyat, menjamin kebebasan
berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan kepada semua serta membentuk sistem
pemerintahan yang adil, bertanggungjawab serta demokratik merupakan beberapa prinsip dalam

perjuangan hampir semua parti politik di mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi,
tidak terkecuali bagi parti politik di Malaysia. Prinsip ini akan terus dipegang dan diperjuangkan
sehingga berjaya.
Islam tidak memberikan batasan sistem pemerintahan, tetapi menyerahkan kepada umat Islam
untuk memilih dengan bebas sistem yang sesuai dengan budaya, persekitaran, dan zaman dengan
meletakkan asas bahwa Islam adalah agama universal, sesuai untuk semua zaman dan tempat.
Sistem pemerintahan Islam mestilah berpegang kepada prinsip-prinsip politik dan perundangan
yang dinyatakan di dalam al-Quran dan Hadith kerana kedua-duanya merupakan sumber utama
perundangan Islam.
Al-Quran meskipun menyebut secara jelas mengenai prinsip Islam namun ia tidak menyebutkan
secara terperinci mengenai asas politik Islam tetapi Allah memperincikannya melalui
1

pelaksanaan oleh Rasulullah SAW serta khalifah yang empat di zaman awal pemerintahan Islam
di Madinah. Selepas itu pintu ijtihad dibuka agar umat Islam mampu mengembangkannya
menjadi sistem politik dan perundangan yang sesuai dengan keperluan sesuatu zaman dan
persekitarannya.
Sebahagian penulis dan ilmuan Islam telah menggariskan beberapa prinsip politik Islam. Sebagai
contoh, sebagaimana yang dinyatakan oleh Muhammad S. El-Awa dalam bukunya “On The
Political System of Islamic State” bahwa politik Islam pada hakikatnya terdiri atas “Musyawarah

(syura), Keadilan, Kebebasan, Persamaan kewajipan untuk taat dan batas kuasa dan hak
penguasa”. Saya tidak bercadang untuk mengupas semua prinsip, cukup sekadar menjelaskan
secara ringkas prinsip-prinsip berkenaan.

Prinsip Politik Dalam Islam
1.

Prinsip Musyawarah

Musyawarah merupakan prinsip pertama dalam susnatur politik Islam yang amat penting. Ini
bermaksud
penentuan
kebijaksanaan
pemerintah
dalam
sistem
pemerintahan
Islam haruslah berdasarkan kepada kesepakatan musyawarah. Jika kita kembali kepada nas,
maka prinsip ini sesuai dengan ayat al Qur’an
“Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu, kemudian apabila kamu

telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada Allah” (ali-Imran : 159).
2.

Prinsip Keadilan

Perkataan ini sering digunakan dalam al Qur’an dan telah dimanfaatkan secara terus menerus
untuk membangunkan teori kenegaraan Islam. Allah memerintahkan manusia berlaku adil dalam
semua aspek kehidupan sebagaimana firman Allah dalam surat an Nahl. Ayat ini memerintahkan
umat Islam untuk berlaku adil dan melarang berlaku zalim dengan ancaman hukuman bagi
orang-orang yang berbuat sewenang-wenangnya.
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi
kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan
permusuhan. Dia memberi pelajaran kepadamu, agar kamu dapat mengambil
pelajaran” (an-Nahl : 90).

2

3.


Prinsip Kebebasan

Kebebasan merupakan nilai yang juga amat diperhatikan oleh Islam. Kebebasan yang
dimaksudkan di sini ialah kebebasan bagi untuk memilih sesuatu yang lebih baik, iaitu
kebebasan berfikir untuk menentukam mana yang baik dan mana yang buruk, sehingga proses
berfikir ini boleh mendorong manusia melakukan perbuatan yang baik sesuai dengan hasil
pemikirannya. Kebebasan berfikir dan memilih ini pernah diberikan oleh Allah kepada Adam
dan Hawa untuk mengikuti petunjuk atau tidak mengikuti petunjuk yang diberikan oleh Allah
sebagaimana firman-Nya :
“(Allah berfirman) : Turunlah kamu berdua dari surga bersama-sama sebagaimana
kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, maka jika datang kepadamu
petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk dari-Ku ia tidak
akan sesat dan tidak akan celaka” (Toha : 123).
Jadi maksud ayat tersebut di atas adalah kebebasan yang mempunyai akibat yang berbeza,
barangsiapa yang memilih melakukan sesuatu perbuatan yang buruk, maka iapun akan
dibalas dengan keburukan sesuai dengan apa yang telah diakukan.
4.

Prinsip Persamaan


Setiap individu dalam masyarakat mempunyai hak yang sama, juga mempunyai persamaan
dalam mendapat kebebasan, tanggungjawab, tugas-tugas kemasyarakatan tanpa diskriminasi
rasial, asal-usul, bahasa dan keyakinan.
Dengan prinsip ini sebenarnya tidak ada rakyat yang diperintah secara sewenang-wenangnya,
dan tidak ada penguasa yang memperhamba rakyatnya kerana ini merupakan kewajipan yang
harus dilaksanakan oleh penguasa, Allah menciptakan manusia laki-laki dan perempuan dengan
berbagai bangsa dan suku bukanlah untuk membina jarak antara mereka, bahkan diantara mereka
diharapkan untuk saling kenal mengenal.

5.

Prinsip Pertanggungjawaban oleh Pemimpin dan Pemerintah

Jika seorang pemimpin atau pemerintahan melakukan sesuatu yang cenderung untuk melakukan
kerosakan atau menuruti kehendak sendiri maka masyarakat berhak mengingatkannya agar tidak
meneruskan perbuatannya itu kerana pemimpin tersebut telah meninggalkan kewajipannya untuk
menegakkan kebenarannya dan menjauhi perbuatan yang munkar. Jika pemimpin tersebut
3

mengabaikan peringatan, maka masyarakat berhak mengambil tindakan dengan menurunkan

pemimpin berkenaan dari jawatannya.
Belajar memegang teguh prinsip merupakan kewajipan bagi setiap individu. Ini menunjukan
kemampuan seseorang individu mempertahankan dan memperlihatkan keperibadian sebagai
seorang insan. Keperibadian seseorang diukur melalui sekuat mana dia menjadi insan yang
memegang teguh pemahaman dalam mengamalkan prinsipnya.
Dalam berpegang kepada prinsip seseorang perlu memiliki keyakinan yang dibina melalui
pengetahuan. Keyakinan dan pengetahuan saling lengkap melengkapi. Teguh terhadap prinsip
yang dipegangnya dan yakin dalam mencari ilmu pengetahuan untuk terus memperkukuh
keyakinan diri dalam mepertahan prinsip yang dipegangnya.
Pengetahuan tidak selalunya selari dengan tahap pendidikan formal. Pengetahuan boleh didapati
dari berbagai sumber. Maksudnya seorang individu akan mendapat berbagai pengetahuan baru
apabila ada niat dan keinginan untuk mengubah keadaan menjadi lebih baik. Contohnya, dia
tidak mampu bersekolah formal dan tidak mampu mengikuti seminar yang memerlukan belanja
untuk mengikutinya. Tapi ia memiliki keinginankuat untuk menambah pengetahuan dengan
mengikuti berbagai majlis atau sering berbincang dengan teman-teman yang memiliki
pengetahuan untuk menambah pengetahuan dan wawasan diri.
Dinamika Tindakan
Keanjalan atau dinamika dalam bertindak merupakan cermi kepada kecerdikan dan
kebijaksanaan dalam melakukan sesuatu tindakan bagi memastikan matlamat tercapai. Ia sesuai
dengan Firman Allah yang mafhumnya:

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap
mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka
menjauhkan diri dari sekeliling mu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah
ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada
Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya”. (Âli-‘Imrân : 159)
Adalah tindakan keras dianggap tidak bertamadun? Keras dalam tindakan bukan bermaksud
berlaku kasar. Oleh karena itu, sungguh tidak masuk akal, bila semua jenis kekerasan secara
mutlak dikelompokkan sebagai sesuatu yang tercela dan terlarang. Bukankah sudah menjadi
kesepakatan masyarakat dunia, bahwa tentera sesebuah negara dibenarkan untuk menyerang dan
menembak, bahkan membunuh musuh dalam membela kedaulatan bangsa dan negara? Polis di
dalam sesebuah negara juga dibenarkan menembak mati penjahat atau penjenayah jika tiada
pilihan lain untuk mengatasinya. Semua itu merupakan satu bentuk kekerasan tetapi ia bukan
sesuatu yang dikeji malah sesuatu yang terpuji, bahkan kekerasan bentuk ini menjadi keharusan
demi melindungi kedamaian dan kelembutan dalam kehidupan sesuatu bangsa dan negara.

4

Tindakan keras sebegini adalah satu ketegasan, bukan kekasaran. Namun bukan semua tindakan
tegas perlu dilakukan dlam bentuk kekerasan. Ada juga ketikanya ketegasan boleh ditunjukkan

dalam kelembutan.
Kelembutan Dan Ketegasan
Tidak ada seorang pun yang memungkiri bahwa sikap lembut dan bijak adalah sikap yang
terpuji, bahkan harus dikedepankan di berbagai situasi dan keadaan, apalagi dalam melakukan
amar ma’ruf nahi munkar untuk menegakkan agama Allah SWT.
Dalam Shahîh Al-Imâm Al-Bukhâri RHM, Hadits ke – 6.024, 6.256, 6.395 dan 6.927, yang
semuanya diriwayatkan dari Sayyidatina Âisyah RA, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda
yang mafhumnya:
“Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut, dan Ia menyukai kelembutan dalam segala
urusan”.
Hadits yang serupa atau semakna diriwayatkan pula oleh para Ahli Hadits lainnya seperti AlImâm Muslim rhm, Al-Imâm At-Tirmidzi rhm, Al-Imâm Ibnu Mâjah rhm, dan Al-Imâm Abu
Daud rhm.
Namun demikian, lembut bukan bererti tidak bertegas dan tidak berprinsip terhadap kesesatan,
dan bukan pula berarti menerima atau redha terhadap penistaan agama karena tidak tegas
terhadap kesesatan adalah kefasikan. Redha dengan penistaan agama adalah kemunafikan.
Islam adalah agama perdamaian, tapi bukan berarti pasrah kepada kesesatan. Islam adalah agama
kelembutan, tetapi bukan bererti diam terhadap penistaan dan penodaan agama.
Nas al-Qur’an dan as-Sunnah yang membenarkan sikap tegas tidak kurang banyaknya dengan
nas tentang kelembutan. Jadi, kita tidak boleh hanya mengambil dalil-dalil kelembutan dengan
mengabaikan dalil-dalil ketegasan, atau sebaliknya, karena keduanya sama-sama datang dari

sumber hukum yang sah, bahkan sumber dari segala sumber hukum Islam, iaitu al-Qur’an dan
as-Sunnah.
Rasulullah SAW telah terlibat dalam 29 peperangan sepanjang sejarah hidup Baginda sebagai
pemerintah negara Madinah. Tidak seorangpun daripada kita yang menolak bahawa perang
adalah tindak kekerasan, yang mengakibatkan pertumpahan darah, kemusnahan harta benda,
bahkan mengorbankan nyawa. Namun tentu saja, semua itu tidak dilakukan oleh Rasulullah
SAW, kecuali sebagai jalan penyelesaian terakhir, setelah sikap lembut dan ramah
dikedepankandan didahulukan.
Allah SWT tidak pernah mengecam Baginda apatahlagi menyebut Baginda dan para
Shahabatnya sebagai golongan “Radikal” atau menyatakan tindakan mereka sebagai “Anarki”,
bahkan Allah SWT membenarkan dan memujinya.
Ketegasan inilah yang telah diteladani oleh para Al-Khulafâ’ Ar-Râsyidîn RA. Lihatlah
bagaimana Sayyidinâ Abu Bakar Ash-Shiddîq RA tanpa ragu-ragu memerangi kaum murtaddîn
5

dari para pengikut Nabi Palsu Musailamah Al-Kadzab dan mereka yang tidak mahu membayar
zakat, setelah terlebih dahulu diajak untuk bertaubat dengan penuh kelembutan.
Dan lihat pula bagaimana Sayyidinâ ‘Ali Al-Murtadhâ dengan tegas bertindak terhadap kaum
bughâh (pemberontak) yang telah melakukan kedurhakaan terhadap Imam yang haq, setelah
terlebih dahulu diajak untuk kembali kepada kesatuan umat dan mentaati pimpinan.

Sayyidunâ ‘Ali ibnu Abi Thâlib KRW pernah menulis pesanannya kepada para pembantunya
dalam menjalankan roda pemerintahan, antara lain menyatakan :
“Mohonlah pertolongan Allah. Campurlah sikap keras dengan segenggam
kelembutan, lembutlah ketika kelembutan itu yang terbaik. Dan mantapkan
kekerasan ketika engkau tidak lagi memperolehi cara kecuali kekerasan”. (Nahjul
Balâghoh, Juz III, Hal.597, bilangan 46)
Kesimpulannya, lembut ada tempatnya dan keras ada saatnya. Kelembutan harus dikedepankan
dan diutamakan dalam menegakkan agama Allah SWT, sedang kekerasan merupakan
penyelesaian terakhir jika kelembutan tidak mampu menyelesaikan permasalahan atau pertikaian
yang timbul.

Rujukan:
Departemen Agama RI. Al-Qur’an dan Terjemahanya. Jakarta: Yayasan Penyelenggara/
Penterjemah Al-Qur’an, 1985.
Din Syamsudin. Islam dan Politik Orde Baru. Jakarta: Logos Wacana Ilmu, 2001.
Fuad Salleh. Liku-liku Gerakan Islam di Malaysia: Satu Catatan Awal. Shah Alam: Imtiyaz
Multimedia and Publications, 2015.
Haji Masagung. Islam dan Pembangunan Politik di Indonesia. Jakarta: Alamsyah Ratu Perwira
Negara, 1987.
Muhammad S. El-Awa. “On The Political System of Islamic State”. American Trust

Publications; 3rd Edition, 1980.

6