TAJUK 1 DOMAIN AFEKTIF DALAM PEMBENTUKAN

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

TAJUK 1 DOMAIN AFEKTIF DALAM PEMBENTUKAN SIKAP
POSITIF
1.0

SINOPSIS
Tajuk ini memberi fokus kepada disiplin Pengajian Sosial untuk

pemupukan domain afektif yang merangkumi nilai murni, nilai patriotik dan
nilai alam sekitar.

1.1

HASIL PEMBELAJARAN

1.

Menjelaskan domain afektif dalam pembentukan sikap positif

2.


Menerangkan dengan contoh nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam
sekitar dalam kehidupan seharian

3.

Mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan
kesedaran umum terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan alam sekitar

1.2

KERANGKA TAJUK
DISIPLIN PENGAJIAN SOSIAL UNTUK PEMUPUKAN DOMAIN AFEKTIF

Disiplin Pengajian
Sosial untuk
pemupukan domain
afektif

Nilai Murni


Unsur Patriotisme

5

Nilai Alam Sekitar

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL
1.2.1 NILAI MURNI
Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan
tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan
Tuhan. Wan Zaid (1968) menyatakan nilai murni merupakan tanggapan
berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga
menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya
diasaskan kepada agama. Menjadi tujuan semua agama untuk membentuk
kehidupan penganutnya bersikap baik dan berakhlak mulia.
Di sekolah guru-guru memainkan peranan sebagai ibu bapa dalam
membentuk kanak-kanak selaras dengan penerapan yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Negara. Nilai-nilai murni hendaklah diterapkan bermula
daripada pendidikan prasekolah hinggalah kepada proses pembelajaran dan

perkembangan kanak-kanak dalam membentuk peribadi dan amalan murni.
Dalam Jadual berikut ialah contoh-contoh nilai murni dan subnilai yang
bukan sahaja boleh diterapkan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran
malah boleh juga diterapkan secara sama ada secara langsung atau tidak
langsung melalui aktiviti kokurikulum dan aktiviti khidmat komuniti.

NILAI MURNI

SUBNILAI

Baik Hati
Sikap yang sentiasa mengambil berat
terhadap perasaan dan kebajikan orang lain
secara tulus ikhlas. Sikap baik hati ini boleh
dilihat dengan menilai tindak tanduk
seseorang terhadap orang lain.
Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan
sesuatu tanpa bergantung pada orang lain


6

Belas kasihan
Bertimbang rasa
Murah hati

Bertanggungjawab
Berupaya bertindak sendiri
Yakin pada diri sendiri

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL
Hemah Tinggi
Budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan
lemah lembut serta budi bahasa yang patut
diamalkan oleh seseorang individu dalam
hubungannya dengan anggota masyarakat
yang lain.
Hormat-menghormati
Menghargai dan memuliakan seseorang dan
institusi sosial dengan memberikan layanan

yang sopan.

Kasih Sayang
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang
mendalam dan berkekalan yang lahir
daripada hati yang rela terhadap sesuatu

Keadilan
Tingkah laku, pertuturan serta keputusan
yang saksama dan tidak berat sebelah
Kebebasan
Boleh melakukan sesuatu tanpa batasan
asalkan kebebasan itu tertakluk kepada
peraturan
dan
undang-undang
yang
ditentukan oleh agama, masyarakat dan
negara.


Kesopanan
Mengakui kesalahan diri
Ramah mesra

Hormat kepada ibu bapa,
guru, rakan dan pemimpin
Hormat kepada raja dan
negara
Patuh kepada undang-undang
Sayang kepada nyawa
Sayang kepada alam
sekeliling
Cinta kepada negara
Cinta kepada keamanan
Adil
Saksama
Kebebasan di sisi undangundang
Kebebasan dalam sistem
demokrasi


Keberanian
Kesanggupan seseorang untuk menghadapi
cabaran dengan yakin dan tabah hati.
Keberanian itu perlu ada pada setiap orang
tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya
kerana keberanian yang melulu boleh
mengakibatkan bencana

Berani dengan tidak membuta
tuli
Berani kerana benar
Berani mempertahankan
Keberanian
Berani bertanggungjawab

Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat
baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan
balasan.


Amanah
Bercakap benar
Ikhlas

7

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL
Kebersihan Fizikal dan Mental
Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh
badan yang perlu dijaga oleh setiap indvidu.
Pemeliharaan alam sekeliling supaya bebas
daripada
kekotoran
dan
pencemaran.
Pandangan, cadangan, pendapat, dan
pemikiran yang bernas harus dipupuk untuk
kebaikan diri dan masyarakat.
Kerajinan
Usaha berterusan yang penuh dengan

semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan,
dedikasi dan daya usaha dalam melakukan
sesuatu perkara.
Kerjasama
Semua
pihak
sedia
bantu-membantu,
berkongsi dan rela menjalankan tugas
masing-masing. Usaha yang baik dan
membina yang dilakukan secara bersama
pada peringkat individu, komuniti, masyarakat
dan negara untuk mencapai sesuatu
matlamat.
Kesederhanaan
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat
pertimbangan sama ada dalam pemikiran,
pertuturan atau tingkah laku supaya sesuai
dengan norma dan nilai
Kesyukuran

Kesyukuran bermaksud kita harus berterima
kasih dan bersyukur di atas kemudahankemudahan yang kita peroleh. Kesyukuran
merujuk kepada perasaan dan perlakuan
yang
dilahirkan
kerana
nikmat
dan
kesenangan yang diperoleh seseorang itu.
Semangat Bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu dengan
semangat
kekitaan
bagi
kepentingan
bersama untuk mewujudkan keharmonian
hidup dalam masyarakat.

8


Kebersihan diri
Kebersihan persekitaran
Pertuturan dan kelakuan yang
sopan
Pemikiran yang sihat dan
membina

Cekal
usaha
Dedikasi
Gigih
Tekun
Persaudaraan
Tanggungjawab bersama
Toleransi
Gotong royong
Kebaikan bersama

Sederhana dalam menimbang
kepentingan diri dan orang lain
Tidak keterlaluan dalam
pertuturan dan tingkah laku
Berterima kasih
Mengenang budi
Memberi penghargaan

Bermuafakat
Kejiranan
Peka kepada isu-isu sosial
dalam masyarakat-isu sosial

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL
Rasional
Rasional bererti boleh berfikir berdasarkan
alasan dan bukti yang nyata serta dapat
mengambil
tindakan
berasaskan
pertimbangan yang wajar tanpa dipengaruhi
oleh emosi. Orang yang rasional boleh
membuat pertimbangan dan penaakulan serta
berfikiran secara logik dan terbuka.

Sikap rasional asas
pertimbangan yang wajar
Kesudian memberi teguran
membina dan bersedia
menerima teguran orang lain.
Pemikiran rasional penting
dalam menangani konflik

Membuat Nota
1.

Nyatakan tiga domain afektif dalam
pembentukan sikap positif seseorang murid.

2.

Terangkan dengan contoh yang sesuai tentang
nilai murni dalam kehidupan seharian anda.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.
Rehat

1.2.2 UNSUR PATRIOTISME
Pada umumnya, patriotisme ditakrifkan sebagai sikap-sikap positif dan
menolong terhadap negara oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan.
Patriotisme juga berkaitan dengan bangsa dan negara itu sendiri. Patriotisme
juga merujuk sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa
melalui pemeliharaan ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, identifikasi dengan
ahli-ahli lain dalam bangsa itu. Patriotisme juga membayangkan bahawa
seseorang

itu

wajar

mengutamakan

kepentingan

negara

berbanding

kepentingan diri dan kelompoknya.
Patriotisme boleh dikategorikan kepada patriotisme peribadi dan
patriotisme rasmi. Sebagai contoh, menghormati bendera adalah patriotisme
9

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL
peribadi kerana seseorang itu berperasaan dan sukarela untuk mematuhi nilainilai patriotik. Patriotisme rasmi biasanya penuh dengan simbolik dan istiadat
untuk kepentingan negara itu sendiri supaya memperoleh kesahan bersama
komuniti politik. Sebagai contoh, Hari Pahlawan dan Tugu Negara ialah
patriotisme rasmi yang diatur oleh protokol dengan tujuan tertentu.
Berikut ialah beberapa contoh unsur patriotisme yang boleh diterapkan
dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Sosial.

CONTOH-CONTOH UNSUR PATRIOTISME




















Bersyukur dan berbangga dengan rumah sendiri
Berterima kasih kepada keluarga kerana menyediakan rumah yang
selesa
Berbangga dengan keistimewaan tempat sendiri
Bersama bertanggungjawab untuk meningkatkan imej tempat sendiri
Menghormati ketua-ketua pentadbiran setempat
Menyedari bahawa masyarakat setempat terdiri daripada pelbagai
kaum
Bekerjasama dengan negara jiran untuk kepentingan bersama.
Menghormati negara-negara lain untuk menjamin keamanan dunia.
Menghargai jasa pengasas kerajaan Melaka
Menyedari pentingnya menuntut ilmu
Kesedaran bersama untuk mempertahankan negara
Bersatu padu mempertahankan negara
Memupuk semangat kekitaan serta perpaduan menentang
penjajahan
Menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama.
Menghormati amalan dan kepercayaan setiap kaum
Menyemaikan semangat cinta akan negara
Menyemaikan semangat integrasi nasional
Bersama bertanggungjawab memelihara warisan sejarah.
Menghargai kemajuan teknologi ke arah kemakmuran ekonomi
negara.

10

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Membuat Nota
Terangkan dengan contoh yang sesuai tentang unsur
patriotisme dalam kehidupan seharian anda.
Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.
Rehat

1.2.3 NILAI ALAM SEKITAR
Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang
kualiti alam sekitar supaya generasi masa hadapan dapat mengawal kehidupan
mereka dan memakmurkan masa hadapan. Pelajar diharapkan dapat menghargai
betapa pentingnya usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Bagi mencapai matlamat tersebut maka seseorang guru khususnya guru
mata pelajaran Pengajian Sosial perlu menerapkan nilai alam sekitar dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penerapan nilai alam sekitar juga
boleh dilakukan melalui aktiviti kokurikulum dan juga aktiviti khidmat komuniti.
Berikut ialah beberapa contoh nilai alam sekitar yang boleh diterapkan melalui
aktiviti-aktiviti tersebut.

NILAI ALAM SEKITAR

HURAIAN NILAI ALAM SEKITAR

Prinsip bekerjasama

Peranan kita adalah untuk memahami,
bekerjasama seiring jalan serta hidup berharmoni
dengan alam tabii dan bukan untuk menawan,
menjajah serta mengeksploitasinya.

Prinsip menghormati
alam / bumi

Semua spesis sama ada berguna atau tidak
kepada manusia mempunyai hak untuk hidup /
sekurang-kurangnya berjuang untuk hidup
11

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Prinsip kehidupan
seimbang

Kebahagiaan hidup diperolehi daripada kemajuan
dalam aspek kebendaan dan kerohanian tanpa
mengabaikan kemajuan alam sekitar.

Prinsip kerosakan
minima

Apabila kita terpaksa melakukan perubahan
kepada alam / bumi untuk memenuhi keperluan
kita, kita mestilah memilih cara yang
mengakibatkan kerosakan yang minima.

Prinsip rendah diri

Bumi bukanlah milik manusia sahaja; kita adalah
sebahagian daripada bumi / alam ini.

Prinsip mengiktiraf hak
generasi akan datang

Kita harus meninggalkan bumi dalam keadaan
yang sama kalau tidak pun lebih baik daripada apa
yang kita temui pada mulanya

Prinsip tanggungjawab
setiap individu

Setiap orang mestilah bertanggungjawab ke atas
pencemaran dan degrasi alam sekitar yang
diakibatkan olehnya. Membuang bahan cemar di
tempat orang lain, seumpama kita racuni orang
yang mendiami tempat itu.

Prinsip perlindungan
dan pemuliharaan
ekosistem

Kita mestilah melindungi ekosistem yang masih liar
dan memperbaiki semula yang telah rosak.

Membuat Nota
Terangkan dengan contoh yang sesuai tentang nilai
alam sekitar dalam kehidupan seharian anda.

Rehat
Latihan 1
Cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi
meningkatkan kesedaran umum terhadap nilai-nilai
berikut:
1.1 Nilai murni
1.2 Unsur patriotisme
1.3 Nilai alam sekitar

12

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

TAJUK 2 PERANAN GURU DALAM PEMUPUKAN NILAI,
MORAL DAN ETIKA
2.0

SINOPSIS
Tajuk ini memberi fokus kepada peranan guru dalam pemupukan nilai

moral dan etika serta pentaksiran penerapannya dalam pengajaran dan
pembelajaran, kegiatan kokurikulum dan aktiviti khidmat komuniti.

2.1

HASIL PEMBELAJARAN

2.1.1 Menggunakan kemahiran berfikir mengenai pemupukan nilai murni, unsur
patriotisme dan nilai alam sekitar seseorang guru.
2.1.2 Mensintesis dan mencadangkan cara-cara bagi pembentukan sikap positif
semasa pengajaran dan pembelajaran.
2.1.3 Menulis refleksi kendiri sejauh manakah amalan positif ini telah diterapkan
dengan jayanya dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.1.4 Mencadangkan beberapa langkah yang boleh digunakan oleh guru bagi
menerapkan nilai, moral dan etika semasa pengajaran dan pembelajaran
Pengajian Sosial.
2.1.5 Memperjelaskan aktiviti-aktiviti yang boleh diserapkan dengan unsur
penerapan nilai.
2.1.6 Menghubungkaitkan aktiviti kurikulum dengan penerapan kokurikulum.
2.1.7 Menunjukkan cara bagaimana penerapan nilai boleh diaplikasikan di
dalam kokurikulum.
2.1.8 Menyusun

strategi

bagi

memanfaatkan

penerapan

nilai

dalam

kokutikulum.
2.1.9 Mengenal pasti beberapa langkah bagi tujuan penilaian nilai murni, unsur
patriotisme dan nilai alam sekitar dalam kokurikulum.
2.1.10 Menganalisis cara membuat pentaksiran

13

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL
2.1.11 Mengaplikasikan beberapa aktiviti yang boleh dinilai menggunakan
kaedah temubual dan pemerhatian
2.2

KERANGKA TAJUK
PERANAN GURU DALAM PEMUPUKAN NILAI, MORAL DAN ETIKA

Peranan Guru
Dalam
Pemupukan
Nilai, Moral dan
Etika

Penerapan nilai
murni, unsur
patriotisme dan
nilai alam
sekitar dalam
Pengajaran &
Pembelajaran

Penerapan nilai
murni, unsur
patriotisme dan
nilai alam
sekitar dalam
Kegiatan
Kokurikulum

Penerapan nilai
murni, unsur
patriotisme dan
nilai alam
sekitar dalam
Aktiviti Khidmat
Masyarakat

Pentaksiran
Penerapan nilai
murni, unsur
patriotisme dan
nilai alam
sekitar

Guru memainkan peranan yang amat penting dalam pemupukan nilai
murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar dalam kalangan murid. Selain
daripada menerapkan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar dalam
pengajaran dan pembelajaran, kegiatan kokurikulum dan aktiviti khidmat
masyarakat guru juga perlu membuat pentaksiran terhadap keberkesanan
penerapan nilai-nilai tersebut.

14

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

2.2.1 PENERAPAN NILAI MURNI, UNSUR PATRIOTISME DAN NILAI ALAM
SEKITAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Usaha membangunkan nilai-nilai sosial di dalam diri pelajar amat penting.
Nilai sosial adalah nilai yang dianuti oleh sesuatu masyarakat mengenai apa
yang dianggap baik dan apa yang dianggap buruk oleh masyarakat itu. Sebagai
contoh, seseorang yang menolong orang lain yang berada di dalam kesusahan
diterima sebagai nilai baik, manakala mencuri harta benda orang lain adalah nilai
buruk.
M.Z. Lawang menyatakan nilai adalah gambaran mengenai apa yang
diinginkan, yang pantas, berharga, dan dapat mempengaruhi perilaku sosial
daripada orang yang bernilai tersebut. Mengikut Woods, nilai sosial sebagai
petunjuk umum yang telah lama berlaku dan mengarahkan tingkah laku dan
kepuasan dalam kehidupan sehari-hari. W.A. Green pula mengatakan nilai sosial
adalah kesedaran yang secara relatif berlangsung disertai emosi terhadap objek.
Di samping itu, Menurut Hendropuspito nilai sosial ialah segala sesuatu yang
dihargai

masyarakat

kerana

mempunyai

daya

guna

fungsional

bagi

perkembangan kehidupan manusia.

Guru boleh membentuk sikap positif dan menerapkan nilai murni, unsur
patriotisme dan nilai alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Pengajian Sosial melalui cara-cara berikut.

Pembentukan sikap positif dan penerapan nilai boleh dilakukan melalui
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang realistik. Isi pelajaran hendaklah
berupaya

membangunkan

pemikiran

pelajar

hasil

daripda

pemerolehan

pengetahuan. Sesuatu yang dipelajari itu hendaklah relevan dengan kehidupan
seharian. Di samping itu, bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
15

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL
yang digunakan hendaklah berunsur stimulatif, iaitu dapat merangsang minat dan
respons pelajar.
Guru

hendaklah

memastikan

bahawa

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran yang dirancang dapat menggalakkan perlakuan yang bermatlamat.
Ini bererti strategi pengajaran dan pembelajaran itu berorientasikan aktiviti dan
berpusatkan pelajar serta mengambil kira aspek pencapaian matlamat selaras
dengan hasil pembelajaran yang ditetapkan. Guru juga perlu melibatan pelajar
dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
supaya dapat memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar.
Di samping itu, guru perlu menyediakan ruang untuk para pelajar
membuat refleksi kendiri terhadap amalan nilai selepas sesuatu langkah
pengajaran dan juga dalam penutup.

Seseorang guru hendaklah merancang bagaimana sesuatu nilai itu dapat
diterapkan dalam mana-nama langkah pengajaran yang sesuai. Pelaksanaan
sesuatu aktiviti penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar
dalam prosedur pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Sosial
boleh dibuat sama ada secara langsung atau tersirat.

Penerapan nilai-nilai tersebut hendaklah berpandukan hasil pembelajaran
berkaitan nilai yang ingin dicapai, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan.
Penerapan nilai perlulah berbentuk aktiviti (activity-based), berpusatkan pelajar
(student-centered), berbentuk inkuiri dan aktiviti penyelesaian masalah.

Membuat Nota
Dalam bentuk grafik, nyatakan empat cara untuk
membentuk sikap positif semasa pengajaran dan
pembelajaran.
Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

16

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Rehat
2.2.2 PENERAPAN DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM DAN AKTIVITI
KHIDMAT KOMUNITI
Guru perlu menerapkan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam
sekitar melalui kelab dan persatuan, badan beruniform dan sukan dan
permainan serta aktiviti khidmat komuniti dan projek khas sukarelawan. Sebagai
contoh, nilai menghormati sesuatu keputusan mesyuarat harus wujud dalam diri
murid bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran. Murid hendaklah diberi
tanggungjawab untuk mengurus kelab dan persatuan, badan beruniform dan
sukan dan permainan mengikut peranan murid-murid tersebut. Contohnya,
seseorang murid yang dipilih menjadi pengerusi sesuatu persatuan harus diberi
tanggungjawab untuk mempengerusikan sesuatu mesyuarat dan membuat
keputusan berdasarkan keputusan bersama.
Penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar juga perlu
diterapkan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti
berbentuk amali ke arah pemantapan nilai dan etika dalam diri murid.
Nilai murni seperti kerjasama, guru penasihat yang membuat pemantauan
terhadap aktiviti berbentuk amali hendaklah berupaya mengesan penerapan nilai
murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar menggunakan kaedah
pentaksiran yang sesuai.

Membuat Nota
Dalam bentuk grafik, jelaskan bagaimana penerapan
nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar
boleh diaplikasikan di dalam aktiviti-aktiviti berikut:
a) Aktiviti kokurikulum
b) Aktiviti khidmat komuniti

17

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL
Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.
2.2.3 PENTAKSIRAN PENERAPAN NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DAN AKTIVITI KO-KURIKULUM.
Pentaksiran penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran dan
aktiviti kokurikulum bertujuan untuk menilai perkembangan dan kemajuan setiap
murid secara menyeluruh dan berterusan dari segi nilai murni, unsur patriotisme
dan nilai alam sekitar.
Pentaksiran penerapan nilai hendaklah bersifat formatif dan menekankan
perkembangan individu. Maklumat yang diperoleh memberi maklum balas
tentang tahap dan kesan penerapan nilai dalam kalangan murid.

Pentaksiran dikendalikan oleh guru secara bersistem iaitu merancang,
mengurus, merekod, melapor dan membuat tindakan susulan. Pentaksiran ini
menggunakan pelbagai kaedah seperti senarai semak, rekod anekdot,
pemerhatian, temu bual dan soalan subjektif.

Membuat Nota
Terangkan secara ringkas lima kaedah yang boleh
digunakan oleh seseorang guru untuk membuat
pentaksiran terhadap penerapan nilai murni, unsur
patriotisme dan nilai alam sekitar dalam pengajaran
dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.
Rehat

18

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

SENARAI SEMAK
Senarai semak mengandungi aktiviti yang disusun dengan teliti bagi
membolehkan guru menilai tahap penerapan yang berlaku semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum. Kandungan senarai
semak berdasarkan nilai-nilai yang telah dirancang dalam prosedur pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran serta juga aktiviti kokurikulum. Senarai semak
boleh disediakan secara individu atau berkumpulan seperti contoh berikut.
Borang Senarai Semak : Sikap Murid Terhadap Jiran
Arahan : Tandakan ( √ ) pada ruang yang sesuai.
Bil.

Penyataan

1.

Saya menyapa jiran apabila bersua dengan mereka

2.

Saya tidak akan mengambil barang kepunyaan jiran

3.

Saya tidak mengotorkan kawasan rumah jiran.

4.

Saya berkawan baik dengan anak jiran

5.

Saya berbuat bising sehingga mengganggu jiran

Ada

Aktiviti
Analisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Senarai
Semak untuk membuat pentaksiran terhadap nilai
murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.
Rehat

19

Tiada

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

REKOD ANEKDOT
Rekod Anekdot ialah suatu alat pemerhatian yang menunjukkan
tahap dan kualiti penguasaan serta pencapaian

tingkah laku murid dalam

perkara tertentu. Rekod ini sesuai digunakan untuk mengesan atau memerhati
tahap perkembangan murid terutamanya tahap penerapan nilai murni, unsur
patriotisme dan nilai alam sekitar yang diharapkan.
Instrumen Penilaian : Rekod Anekdot – Unsur Patriotisme
Aktiviti : Perhimpunan Sekolah
Tarikh : .....................................

Bil.

Nama Murid

1

Murid A

2

Murid B

3

Murid C

Menghormati Lagu Kebangsaan
Berdiri tegak semasa menyanyikan
lagu Kebangsaan
Berbual-bual dengan kawan semasa
menyanyikan lagu Kebangsaan
Tidak berdiri tegak

Catatan

Menyanyi dengan penuh semangat
Berdiri tegak
Aktiviti
Analisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Rekod
Anekdot untuk membuat pentaksiran terhadap nilai
murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas

Rehat

20

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

TEMU BUAL
Temu bual ialah suatu kaedah untuk memperoleh maklumat tentang
pandangan, pemikiran, idea dan prinsip diri responden tentang sesuatu isu atau
perkara. Temu bual boleh digunakan oleh seseorang guru untuk membuat
pentaksiran terhadap penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam
sekitar yang hendak dinilai.
Aktiviti
: Perkhemahan Unit Beruniform
Tempat
: ________________________ Tarikh
: ________
Nama Murid : ________________________ Kelas/Tahun : ________
Soalan Temu Bual : Nilai Alam Sekitar
Bil.

Soalan

Jawapan Murid

1

Bagaimanakah sampah sarap
diurus sepanjang tempoh
perkhemahan?

2

Apakah peraturan berkaitan dengan
alam sekitar yang harus diikuti
semasa mendirikan khemah?

3

Nyatakan aktiviti yang dijalankan
untuk memelihara alam sekitar
sepanjang tempoh perkhemahan?
Aktiviti
Analisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Temu Bual
untuk membuat pentaksiran terhadap nilai murni,
unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.
Rehat
21

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

PEMERHATIAN
Amalan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar boleh ditaksir
melalui Kaedah Pemerhatian sama ada dalam atau di luar bilik darjah. Melalui
kaedah ini guru akan dapat memperoleh pelbagai maklumat berkaitan dengan
sikap dan tingkah laku murid semasa pengajaran dan pembelajaran, aktiviti
kokurikulum dan aktiviti khidmat komuniti.
Nama Murid : ________________________ Kelas/Tahun : ________
Perkara : Cara Murid Mempraktikkan Jadual Waktu
Nilai
: Bertanggungjawab
Perkara

Ada/Tiada

BERTANGGUNGJAWAB





Murid menggunakan waktu belajar dengan
bertanggungjawab.
Murid menggunakan waktu riadah dengan
bermanfaat.
Murid memilih rancangan TV yang sesuai.
Murid membantu keluarga dengan
bertanggungjawab.

ULASAN / KOMEN :

Aktiviti
Analisis kekuatan dan kelemahan Kaedah
Pemerhatian untuk membuat pentaksiran terhadap
nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.
Rehat

22

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

SOALAN SUBJEKTIF
Melalui soalan subjektif kita akan memperoleh banyak maklumat tentang
nilai yang ingin diketahui dengan lebih mendalam kerana responden bebas
mengemukakan pelbagai pandangan dan pendapat. Oleh itu, guru akan lebih
mudah mentaksir tahap amalan nilai yang dikehendaki.
Nama Murid : ________________________ Kelas/Tahun : ________
Tajuk : Semangat Kejiranan
Nilai : Hormat-menghormati
Bil.

Soalan

Jawapan Murid

1

Bagaimanakah anda
mengenali jiran?

2

Apakah aktiviti kejiranan
yang pernah anda ikuti?

3

Berapa kerapkah anda
mengunjungi rumah jiran dan
apakah tujuan anda?

4

Pernahkah anda menziarahi
rumah jiran semasa hari
perayaan? Ceritakan
pengalaman anda.

Aktiviti
Analisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Soalan
Subjektif untuk membuat pentaksiran terhadap nilai
murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

23

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Rehat

Latihan 2
Sediakan satu langkah pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai digunakan oleh guru bagi menerapkan
nilai-nilai berikut semasa proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Pengajian Sosial.
2.1 Nilai murni
- Kerjasama
2.2 Unsur patriotisme - Menghormati amalan dan
kepercayaan setiap kaum
2.3. Nilai alam sekitar - Prinsip kerosakan minima

Format Langkah Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah Pengajaran dan Pembelajaran
2.1.

Bahan Sumber P&P

Nilai murni - Kerjasama

a.
b.
c.

Peringatan
Setelah anda menyiapkan segala tugasan di dalam
modul ini anda hendaklah menyimpannya dalam
portfolio untuk tujuan semakan oleh pensyarah dan
juga digunakan untuk sesi interaksi di IPG.
Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan kesemua tugasan
dalam modul ini. Jumpa anda semasa sesi interaksi di IPG nanti.

24

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Tamat

25