TANAH RIZAB MELAYU DI MANA KITA

TANAH RIZAB MELAYU : DI MANA KITA?
Oleh :
Dr. Mohd Hasrol Haffiz Bin Aliasak
Pensyarah Kanan
Jabatan Pengurusan Hartanah
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara (Perak)

Tanah – Kepentingan atau Kedaulatan?
• Tanah sebagai asas pembentukan negara bangsa.
• Tanah juga dilihat sebagai salah satu daripada
faktor pengeluaran ekonomi.
• Tanah juga sebagai lambang kedaulatan sesebuah
bangsa atau kaum di sesebuah negara.
• Tanpa Tanah, tiada wujudnya bangsa.
• Semua bangsa mempunyai tanah tumpahnya
KECUALI Bangsa Israel kerana ENGGAN menerima
perintah Allah untuk menduduki bumi Yabus
(Palestin Moden).

Bangsa Melayu – Suatu Definisi


•Siapa Melayu???

Perlembagaan Persekutuan
• Perkara 160 mentakrif “Melayu” ialah seseorang
yang menganuti AGAMA ISLAM, LAZIMNYA
BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU,
MENGAMALKAN ADAT ISTIADAT MELAYU dan
– Lahir di PERSEKUTUAN atau SINGAPURA sebelum
MERDEKA atau ibu atau bapanya atau salah satunya
lahir di PERSEKUTUAN atau SINGAPURA atau telah
bermastautin PERSEKUTUAN atau SINGAPURA pada
hari MERDEKA, atau
– Berketurunan MELAYU sama ada ibu atau bapanya.

Enakmen Rizab Melayu 1933 (FMS
Cap. 142)
• Seksyen 2 mentakrif “Melayu” adalah
– seseorang yang berketurunan mana-mana suku
MALAYAN

– bertutur dalam BAHASA MELAYU atau mana-mana
bahasa suku MALAYAN, dan
– menganut AGAMA MUSLIM (ISLAM).

Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930
(Enakmen No. 18 Tahun 1930)
• Seksyen 3 mentakrif “Melayu” sebagai

– seseorang yang berketurunan mana-mana suku
MALAYAN
– bertutur dalam mana-mana bahasa suku
MALAYAN
– menganut agama MUHAMMAD (ISLAM) dan,
– mestilah termasuk (a) Majlis Ugama Islam, (b)
Pentadbir Rasmi yang bertindak sebagai pentadbir
atau pemegang amanah ke atas harta pusaka bagi
simati MELAYU.

Enakmen Rizab Melayu Kedah 1931
(Enakmen No. 63)

• Seksyen 2 mentakrif “Melayu” sebagai
– seseorang yang BERAGAMA MUSLIM (ISLAM)
– bertutur dalam BAHASA MELAYU
– sekurang-kurangnya salah seorang ibu atau
bapanya berketurunan suku MELAYU atau ARAB.

Enakmen Rizab Melayu Perlis 1935
(Enakmen No. 7 Tahun 1353)
• Seksyen 1 mentakrif “Melayu” sebagai
– seseorang yang berketurunan mana-mana suku
MELAYU atau,
– seseorang berketurunan ARAB
– bertutur dalam BAHASA MELAYU atau mana-mana
bahasa suku MALAYAN dan,
– menganut AGAMA MUSLIM (ISLAM).

Enakmen Rizab Melayu Johor 1936
(No. 1 Tahun 1936)
• Seksyen 2 mentakrif “Melayu” sebagai


– seseorang yang berketurunan Melayu atau manamana suku MALAYSIAN
– bertutur dalam BAHASA MELAYU atau mana-mana
bahasa suku MALAYSIAN,
– menganut AGAMA MUSLIM (ISLAM) dan,
– lain-lain yang terkandung di dalam Jadual Kedua
seperti pihak berkuasa, lembaga, badan-badan,
pertubuhan-pertubuhan, persekutuan dan
syarikat yang disenaraikan.

Enakmen Rizab Melayu Terengganu 1941
(No. 17 Tahun 1360)
• Seksyen 2 mentakrif “Melayu” sebagai
– seseorang yang berketurunan mana-mana suku
MALAYAN
– bertutur dalam BAHASA MELAYU atau mana-mana
bahasa suku MALAYAN dan,
– menganut AGAMA MUSLIM (ISLAM).

Akta Kanun Tanah Negara (HakmilikHakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963
• Seksyen 94 mentakrif “Melayu” sebagai

seseorang yang menganut AGAMA ISLAM,
bertutur dalam BAHASA MELAYU,
mengamalkan adat istiadat MELAYU dan,
– sebelum MERDEKA telah lahir di PERSEKUTUAN
atau salah seorang ibu atau bapanya telah lahir di
PERSEKUTUAN atau telah bermastautin di
PERSEKUTUAN,
– Berketurunan MELAYU sama ada ibu atau
bapanya.

Rumusan Definisi Melayu
• Berketurunan MELAYU atau mana-mana suku
MALAYAN,
• Bertutur di dalam BAHASA MELAYU atau
mana-mana bahasa MALAYAN,
• Menganut AGAMA ISLAM, dan
• Mengamal adat istiadat MELAYU.

Sejarah Pemilikan Tanah Feudal
Melayu

• Sebelum kedatangan kuasa Eropah, semua
tanah di dalam sesebuah kerajaan tradisional
adalah kepunyaan Sultan atau Raja.
• Rakyat hanya mengusahakan tanah dengan
mendapat izin daripada Sultan atau Raja.
• Sultan atau Raja merupakan pemilik mutlak ke
atas tanah.
• Rakyat mengusahakan tanah selagi mampu
untuk membayar cukai tanah.

Pengenalan Undang-Undang Tanah
oleh Inggeris

•Kenapa Inggeris???

Pengenalan Undang-Undang Tanah
oleh Inggeris
• Kerana kolonial ini lebih dominan membentuk tatacara politik, ekonomi
dan sosial menurut acuan Inggeris.
• Ketuanan Inggeris di Tanah Melayu telah bermula pada tahun 1786

setelah Kapten Francis Light menduduki Tanjung (Pulau Pinang).
• Kapten Francis Light telah mengeluarkan Pengisytiharan Awam 1788 yang
menyatakan “sesiapa yang membersih dan menduduki sebidang tanah
secara langsung dianggap sebagai memiliki tanah” dan diikuti pemberian
surat akuan kepada pemilik tanah.
• Persoalan, TANAH PULAU PINANG adalah milik Kesultanan Melayu Kedah
tetapi telah DIRAMPAS oleh Inggeris menerusi penjajahan pada tahun
1786.
• Setelah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British telah menguasai negerinegeri Melayu yang lain seperti Melaka (1824), Naning (1832), Perak
(1874), Selangor (1877), Pahang (1888), Negeri Sembilan (1895), Jajahan
Siam (Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu) (1909) dan Johor (1914).

Undang-Undang Pemilikan Tanah Adat Melayu
Sebelum Enakmen Rizab Melayu (ERM)
• Terdapat tiga perundangan awal pemilikan tanah
adat Melayu sebelum perwartaan ERM, iaitu :-

– Ordinan Hak Tanah Adat Melaka 1880 : meliputi Tanah
Adat Melaka dan Tanah Adat Naning. Telah
dimansuhkan dan digantikan dengan Bahagian VIII,

Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik-Hakmilik Pulau
Pinang dan Melaka) 1963.
– Seksyen 6, Kanun Tanah Selangor 1891 : Petempatan
Pertanian Melayu Kg. Bharu, Kuala Lumpur.
– Enakmen Pegangan Adat 1909 : Tanah Adat Perpatih
di Negeri Sembilan. Dimansuhkan dan digantikan
dengan Enakmen Pegangan Adat 1926.

Perundangan Tanah Rizab Melayu di
Semenanjung Malaysia

Perkara 89 dan 90, Perlembagaan
Persekutuan

Perkara 89 dan 90, Perlembagaan
Persekutuan

TANAH RIZAB MELAYU

Jenis-Jenis TRM

• TRM berstatus Tanah Kerajaan
• TRM bermilik dimiliki oleh orang Melayu
• TRM bermilik dimiliki oleh kaum Bukan
Melayu yang diisytihar sebelum tahun 1957.

Lokasi TRM di atas Peta

Lokasi TRM di atas Pelan Ukur Tanah

Contoh Hakmilik Tanah Rizab Melayu

Sejarah Awal TRM di Tanah Melayu
• 1896: Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu (FMS) telah dibentuk hasil
daripada Mesyuarat Durbar yang
pertama di Kuala Kangsar
merangkumi negeri-negeri Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang.
• 1897 : Perwartaan PeraturanPeraturan Tanah Negeri 1897 oleh

Pesuruhjaya Tinggi British bagi
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Sejarah Awal TRM di Tanah Melayu
• 1908 : Mesyuarat Residen-Residen British bagi
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah diadakan di
Kuala Lumpur di mana Residen British di Negeri
Sembilan iaitu Douglas Graham Campbell melahirkan
kekhuatiran isu penyusutan pegangan tanah kaum
Melayu akibat daripada pelupusan yang tidak
terkawal antara peneroka natif Melayu dan syarikatsyarikat perlombongan dan perladangan Eropah dan
China. Beliau turut mengusulkan satu perundangan
khusus untuk melindungi kepentingan pemilikan
tanah kaum Melayu.
• 1911 : Majlis Perundangan Kolonial British di NegeriNegeri Melayu Bersekutu telah menderafkan suatu
Enakmen Rizab Melayu.
• 1913 : ERM 1913 merupakan enakmen pertama yang
diperkenalkan dan dikuatkuasakan pada 1 Januari
1914 di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.


Sejarah Awal TRM di Tanah Melayu










1909 : Perjanjian Bangkok telah ditandatangani antara British dan Siam di mana
negeri-negeri Melayu Utara iaitu Perlis, Kedah, Wilayah Raman (Gerik), Kelantan
dan Terengganu telah diserahkan kepada British.
1914 : Sultan Ibrahim dari Johor telah menerima Penasihat British dan
menamatkan kedaulatan Negeri Johor.
1930 : Negeri Kelantan telah memperkenalkan ERM Kelantan 1930.
1931 : Negeri Kedah telah mewartakan ERM Kedah 1931.
1933 : ERM 1913 telah dimansuhkan dan digantikan dengan ERM (Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu Bab 142) 1933.
1935 : Negeri Perlis telah menguatkuasakan ERM Perlis 1935.
1936 : Negeri Johor telah mewartakan ERM Johor 1936.
1941 : Kerajaan Negeri Terengganu merupakan negeri Melayu yang terakhir
mewartakan ERM Terengganu 1941.
1957 : Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan daripada Britain
dan Perlembagaan Persekutuan telah digunapakai sebagai Undang-Undang Dasar
Malaya. Dengan itu, penguatkuasaan Perkara 89 diperuntukkan bagi melindungi
kepentingan tanah-tanah Rizab Melayu dan Pegangan Adat yang telah wujud.

Punca Pembentukan TRM di Tanah
Melayu
• Eksploitasi oleh Kapitalis Bukan Melayu seperti ceti dan
pekedai runcit.
• Pertikaian Hak Warisan Tanah dalam kalangan pewaris.
• Penjualan Tanah oleh Peneroka Melayu kepada pemodal
Bukan Melayu.
• Cukai Tanah yang tinggi.
• Perkembangan sektor ekonomi pertanian moden di Tanah
Melayu.
• Perlombongan
• Proses Pembandaran
• Pengambilan Tanah untuk pembinaan sistem jaringan kereta
api.
• Pembukaan kampung-kampung baru Cina.

Laporan dan Cadangan Pentadbir
British berkaitan Tanah Milikan
Melayu di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu

Laporan Pemungut Hasil Tanah Kuala
Lumpur
• Tahun 1905 dan 1906, 32 keping tanah milikan
Melayu telah dijual kerana ketidakupayaan
pemilik Melayu di Kuala Lumpur untuk
membayar Cukai Tanah.

Mr. R.J.B. Clayton, Pegawai Daerah Ulu
Langat, Selangor
• Mengadakan kempen kesedaran kepada kaum Melayu
bahawa kerajaan tidak menggalakkan mereka menjual
tanah,
• Mengurangkan permintaan tanah untuk penanaman
getah sebaliknya ditanam dengan pokok kelapa
bersama tanaman-tanaman lain,
• Memberi insentif cukai kepada penanam getah yang
menanam tanaman lain, dan
• Mewujudkan sebuah kawasan Tanah Rizab Melayu.

Cadangan Mr. Ernest Woodford Birch
(Residen Perak : 1905-1910)
• Setiap daerah perlu menetapkan
kawasan yang sesuai untuk
dirizabkan kepada orang Melayu,
• Kelulusan Pemungut Hasil Tanah
perlu diperoleh sebelum tanahtanah ini dijual kepada bukan
Melayu, dan
• Cukai Tanah bagi kawasan khas ini
mestilah kurang daripada cukai
tanah bagi tanah-tanah lain.

Tujuan Sebenar British
• Untuk mengukuhkan Dasar Pecah dan Perintah,
• Untuk memastikan TRM tidak mendapat faedah
daripada pemodenan dan pembangunan,
• Hanya 20% sahaja TRM yang merupakan Tanah
Gred A yang sesuai untuk pertanian, dan
• Sikap British Talam Dua Muka kononnya untuk
menjaga hati dan kepentingan Raja-Raja Melayu.

Dasar Pecah dan Perintah British di
Tanah Melayu

Kaum Melayu di
kawasan kampung
tradisional

Kaum Cina di
kawasan bandar dan
lombong

Kaum India di kawasan ladang milik
Kaum Eropah

GAMBARAN GRAFIK TRM 1955

Ciri-Ciri Fizikal Petempatan Tradisional
Melayu





Masjid
Pasar-pasar Melayu
Balai raya
Sekolah agama rakyat dan surau

Tujuan TRM
• Untuk menghalang Bukan Melayu memiliki
tanah kerajaan yang terletak di dalam
Kawasan Simpanan Melayu, dan
• Untuk menyekat sebarang urusniaga
persendirian antara Bukan Melayu dan
Melayu yang melibatkan TRM.

Keunikan ERM
• Sekatan urus niaga bagi menghalang pemilik Melayu melakukan urus
niaga seperti pindah milik, gadaian, pajakan dan lien kepada Bukan
Melayu.
• Sekatan pelupusan iaitu larangan pelupusan, pemberian permit dan Lesen
Pendudukan Sementara (TOL) ke atas tanah-tanah Kerajaan Negeri atau
Persekutuan yang belum diberi milik atau dilupuskan dan berada di dalam
kawasan Rizab Melayu yang digazet kepada bukan Melayu.
• Sekatan bukan urus niaga seperti hak bukan Melayu untuk memasukkan
kaveat, perletakhakkan, penahanan, amanah, pemberian probet dan surat
wakil kuasa ke atas tanah-tanah bermilik TRM.
• Kuasa Raja Dalam Mesyuarat untuk membuat ketetapan berkaitan TRM.
• Undang-undang yang bertentangan dengan TRM terbatal secara
automatik.

Keistimewaan TRM
• Proses pemindaan dan pemansuhan yang
memerlukan kelulusan daripada 2/3 ahli Dewan Rakyat
(Parlimen) atau Dewan Undangan Negeri (DUN).
• Sekatan pemberimilikan dan urus niaga ke atas TRM
berstatus Tanah Kerajaan dan Tanah Bermilik kepada
Bukan Melayu.
• Definisi “Melayu” di mana ERM mengatasi tafsiran
Melayu di dalam Perkara 160 dan Perkara 89 Fasal 6,
Perlembagaan Persekutuan.
• Penggantian TRM yang terlibat dengan pengambilan
tanah.
• Penggantian semula TRM yang dilucut status.

Isu-isu Tanah Simpanan Melayu

Isu-isu Tanah Simpanan Melayu

Isu-isu Tanah Simpanan Melayu

Isu-isu Tanah Simpanan Melayu

Isu-isu Tanah Simpanan Melayu

Isu-isu Tanah Simpanan Melayu

Isu-isu Tanah Simpanan Melayu

Isu-isu Tanah Simpanan Melayu

Isu-isu Tanah Simpanan Melayu

Isu-isu Tanah Simpanan Melayu

Isu Kehilangan Tanah Rizab Melayu
Sepanjang Tahun 1970-an hingga 1980-an
Negeri
Johor

Terengganu

Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
Johor

Pahang

Kelantan

Kelantan

Isu
Tanah Rizab Melayu telah dijual kepada Bukan
Warganegara terutama rakyat Singapura.
Sebidang tanah milik keluarga Melayu terletak di Bandar
Kuala Terengganu dijual kepada Bukan Melayu dengan
harga RM 130,000.
Tanah Rizab Melayu terletak di Bukit Mahkamah dijual
kepada sebuah syarikat perdagangan.
Tanah milik Melayu terletak di Jalan Pekeliling dan Jalan
Bukit Bintang dijual kepada Bukan Melayu
Tanah Rizab Melayu di Jalan Tebrau dan Kota Tinggi yang
mempunyai keluasan yang besar telah dijual kepada
Bukan Melayu
5,325 tanah milik Bumiputera di daerah-daerah Kuantan,
Temerloh, Jerantut, Lipis, Bentong dan Maran telah dijual
kepada Bukan Melayu.
200,000 hektar Tanah Rizab Melayu bernilai RM 15 juta
telah dimiliki oleh bangsa asing.
16 hektar Tanah Rizab Melayu di Kok Lanas dijual kepada
Syarikat Koperatif milik Bukan Melayu.

Tahun
1976

1976

-

1983

1983

1983

Isu Kehilangan Tanah Rizab Melayu
Sekitar Tahun 1990-an hingga 2000-an

Analisis Pola TRM

Kekhuatiran Penyusutan TRM

2009 = 11.99%
Wasiat Kedua
Raja-Raja
Melayu = 50%

Di mana kah baki
38.09% iaitu
700,347.27
hektar???

Apakah kegunaan sebenar TRM

atau

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Perubahan Pola TRM
• Pengambilan Tanah
• Tindakan PBN menarik balik status TRM yang
mempunyai sumber galian.
• Penganugerahan konsesi balak di atas TRM
• Permohonan pemilik TRM untuk menarik
status.
• Himpitan Pembangunan
• Proses Pembandaran

Cadangan Idea Penubuhan Lembaga
Amanah Tanah Rizab Melayu

Perkara 89(5), Perlembagaan
Persekutuan

Perkara 91(5) dan (6), Perlembagaan
Persekutuan

Lembaga Tanah Adat Natif Lain di
Semenanjung Malaysia
• Tanah Adat Naning ditadbir oleh Lembaga
Adat Naning yang diketuai oleh Penghulu
Naning.
• Tanah Adat Perpatih Negeri Sembilan
ditadbir oleh Customary Tenure Enactment
1926 (Cap. 215).
• Tanah Adat Melaka diurus oleh Perbadanan
Tanah Adat Melaka (PERTAM).
• Tanah Petempatan Pertanian Melayu (MAS),
Kg. Bharu, Kuala Lumpur dipantau oleh
Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian
Melayu.

Keluasan Tanah-Tanah Milik Natif
Melayu Lain

Badan Mentadbir Tanah Rizab Melayu

• Tanah Rizab Melayu???
• Adakah wujud sebuah badan khas yang
bertanggungjawab untuk mengurus tanahtanah ini selain daripada pentadbiran Kerajaan
Negeri yang diketuai oleh Raja Dalam Majlis
(Ruler-in-Council)???

Cadangan Penubuhan Lembaga
Amanah Tanah Rizab Melayu
• Sebuah badan bebas yang diberi kuasa menurut undang-undang
Persekutuan untuk mentadbir, mengurus dan membangun Tanah
Rizab Melayu di 9 buah negeri-negeri Melayu bersultan.
• Penubuhan ini perlu bagi menjamin pengekalan saiz Tanah Rizab
Melayu.
• Bermatlamat menjadikan tanah sebagai FAKTOR PENGELUARAN
EKONOMI dan bukannya KOMODITI untuk diurusniagakan.
• TRM boleh menjana faedah ekonomi melalui penggunaan tanah
bagi menghasilkan barangan ekonomi untuk dimanfaat bersama.
• Isu KEWANGAN yang merencat penggunaan maksimum ke atas
Tanah Rizab Melayu.
• Lembaga ini juga diberi authoriti khas untuk melindungi sebarang
cubaab untuk menjadi TRM sebagai komoditi untuk dilupuskan
kepada pihak lain.

Cadangan Fungsi Lembaga Amanah
Tanah Rizab Melayu
• Melindungi kepentingan TRM yang berstatus tanah
kerajaan.
• Mengurus dan mentadbir TRM yang tidak bermilik setelah
kematian pemilik asal.
• Menyediakan bantuan kewangan bagi pembangunan
ekonomi tanah.
• Bertindak sebagai Pentadbir atau Pemegang Amanah yang
mengambil alih TRM yang bermasalah terutama yang
mempunyai nilai ekonomi yang strategik.
• Diberi kuasa pendakwaan ke atas usaha untuk menyalah
guna TRM sama ada TRM milik Kerajaan atau TRM milik
individu yang mempunyai fungsi penguatkuasaan
sebagaimana agensi dan jabatan kerajaan lain.

Cadangan Komposisi Keanggotaan
• Kumpulan Tertinggi

– Yang Dipertuan Agong
– Majlis Raja-Raja Melayu
– Wakil Kerajaan Persekutuan (NRE)
– 9 wakil Kerajaan Negeri (PTG Negeri)
– Wakil Agensi berkaitan Melayu dan Majlis Agama
Islam

• Kumpulan Eksekutif

– Pegawai pentadbiran awam kerajaan.

Cadangan Struktur Organisasi
• UNIT PENTADBIRAN yang merangkumi hal-hal berkaitan dengan
pentadbiran lembaga seperti pengurusan pejabat, pengurusan
organisasi dan personel.
• UNIT KEWANGAN terdiri daripada dua seksyen utama iaitu
pentadbiran kewangan organisasi dan unit pembiayaan
pembangunan dan pelaburan harta tanah dengan mengambil
model dan pendekatan yang digunakan oleh institusi kewangan dan
MARA.
• UNIT PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN merupakan jentera
utama Lembaga dalam menjalankan urusan berkaitan dengan
pentadbiran perundangan tanah melalui kerjasama dengan
Kerajaan Negeri, pemantauan terhadap ancaman-ancaman ke atas
TRM, pelaporan dan statistik semasa TRM, tindakan
pengambilalihan TRM yang bermasalah melalui kerjasama dengan
Kerajaan Negeri, Pendakwaan dan Penguatkuasaan UndangUndang.

Cadangan Struktur Organisasi
• UNIT PELABURAN DAN PENGURUSAN HARTA TANAH merupakan
unit terpenting dalam menjanakan pulangan ekonomi daripada
TRM yang mempunyai nilai ekonomi yang strategic melalui
pelaburan seperti penyewaan unit-unit harta tanah TRM yang
terletak di kawasan Bandar, pengambilalihan lot-lot komersial
Bumiputera yang tidak terjual dan sebagainya.
• UNIT PEMBANGUNAN HARTA TANAH berperanan untuk
membangunkan TRM mengikut potensi yang dimiliki terutama bagi
TRM milik kerajaan atau TRM yang mengalami masalah dari segi
pertikaian hak dan pemilikan. Unit ini juga akan berkerjasama
dengan Kerajaan Negeri bagi mengenalpasti TRM yang berpotensi
untuk pembangunan.
• UNIT TUGAS-TUGAS KHAS merujuk kepada seksyen yang terlibat
dalam urusan tender, penganugerahan kontrak, perlantikan
konsultan dan sebagainya.

Faedah
• MENJAMIN TRM daripada terus pupus dan hilang akibat
daripada kerakusan pemilik, pihak-pihak yang
berkepentingan dan himpitan pembangunan.
• MEMAJUKAN TRM yang berpotensi tinggi melalui
penglibatan di dalam pelbagai bentuk pembangunan harta
tanah.
• MEMANTAU secara berterusan TRM serta menjadi
kumpulan pendesak dalam menjunjung Wasiat Kedua RajaRaja Melayu.
• MENYUMBANG kepada peningkatan sosioekonomi
masyarakat Melayu.
• MEMBERI peluang pekerjaan baru kepada graduan dalam
bidang Pengurusan Harta Tanah dan Pentadbiran Tanah.

Kesan Kehilangan Tanah Kaum
Peribumi untuk tatapan dan
pelajaran oleh Bangsa Melayu

Amerika Syarikat dan Kanada
Golongan
Pendatang
Dominon :
Bangsa Eropah
yang telah
menakluk seawal
tahun 1492
Penduduk Asal :
Red Indian dan
Natif Alaska.

Australia dan New Zealand
GOLONGAN
PENDATANG
DOMINON :
Bangsa British yang
menemui Benua
Australia pada
tahun 1784
PENDUDUK ASAL :
Puak Aborigin,
Polynesia, Maori
dan sebagainya.

Afrika Selatan
GOLONGAN
PENDATANG
DOMINON :
Bangsa Eropah
berketurunan Belanda
dan Perancis yang
dikenali sebagai
Afrikaan (Puak Boer)
serta bangsa Asia iaitu
India.
PENDUDUK ASAL :
Kaum Natif Zulu,
Bantu, Xhosa,
Ndebele, Tswana, Pedi
dan Basotho.

Palestin
Golongan Pendatang
Dominon :
Bangsa Yahudi
berketurunan Ashkenzi
menakluk Tanah
Palestin pada tahun
1948 dengan bantuan
British.
Penduduk Asal :
Bangsa Arab yang telah
bermukim di bumi
Palestin sebelum Nabi
Ibrahim berhijrah dari
Iraq.

Wilayah Indo-China
Negara-Negara Indo-China :
Laos, Vietnam dan Kemboja.
Golongan Pendatang Dominon :
Wilayah-wilayah ini telah ditakluk dan
dirampas oleh sebilangan etnik China
Selatan semasa zaman pra-Islam.

Penduduk Asal :
Bangsa Melayu Khmer yang kini sedang
bergelut untuk mengekalkan identiti bangsa
asal.

Selatan Thailand
Golongan Pendatang
Dominon :
Kerajaan Pusat Bangkok
Thailand sedang menjalankan
dasar asimilasi di wilayahwilayah Melayu Selatan
Thailand bermula dari
Segenting Kra hingga ke
sempadan Malaysia. Wilayah
ini telah ditakluk oleh Siam
pada tahun 1842.

Penduduk Asal :
Bangsa Melayu yang
dahulunya dibawah
pemerintahan Kesultanan
Melayu Patani dan serpihan
wilayah Kesultanan Melayu
Kedah.

Singapura dan Pulau Pinang

GOLONGAN PENDATANG DOMINON :
Kaum Pendatang China telah dibawa masuk oleh
Inggeris setelah Pulau Pinang, Melaka dan
Singapura disatukan menjadi Negeri-Negeri Selat
pada tahun 1826.
PENDUDUK ASAL :
Bangsa Melayu dibawah pemerintahan Kesultanan
Melayu Johor-Riau (Singapura) dan Kesultanan
Melayu Kedah (Pulau Pinang dan Seberang Perai)

Rumusan
• Tanah adalah lambang kedaulatan sesebuah
bangsa atau kaum serta tempat asal usul
sesebuah bangsa.
• Tanah juga adalah simbol penguasaan dan
ketuanan sesebuah bangsa di tanah air sendiri.
• Setiap bangsa di dunia mempunyai tanah air
sendiri kecuali ISRAEL.
• Bangsa Melayu perlu mengambil pelajaran dan
tauladan daripada bangsa-bangsa lain di dunia
yang telah hilang tanah air akibat daripada
dominasi dan penguasaan golongan pendatang.

Akhir Kata……
• Mahukah Kita, jika Tanah
Semenanjung tidak lagi dimiliki oleh
generasi Melayu pada masa
hadapan?
• Bayangkan peta Tanah Melayu
seumpama Peta Palestin pada masa
kini…
• Di manakah kita akan berteduh bila
bumi ini milik orang?
• Mahukah kita menjadi “penumpang”
di atas tanah milik nenek moyang
kita?

Tindakan Kita
• Pertahankan saki baki Tanah Rizab Melayu yang
masih ada..
• Pihak berkuasa negeri GANTIKAN SEMULA Tanah
Rizab Melayu yang telah dilucut status.
• Masyarakat Awam/Pemilik Tanah : Jadikan tanah
sebagai ALAT POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL dan
bukannya KOMODITI yang digunakan untuk
urusniaga!!!!

The Malays
never
vanished in
the World.
Dato’ Laksamana
Hang Tuah

Terima Kasih

Sebarang pertanyaan, pendapat, ulasan dan komen, bolehlah dikirim melalui email di alamat :
hasrol170777@gmail.com atau haffiz677@perak.uitm.edu.my atau
melalui sms/whatsapp di talian : 012-5556534/019-5523445