PENGASIMILASIAN BAHASA INGGERIS KE DALAM

TOPIK : PENGASIMILASIAN BAHASA INGGERIS KE DALAM SISTEM
PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL : SATU TANGGAPAN UMUM
Oleh: Ishak Johari
GT020053

1.0

PENGENALAN

Kemantapan sesebuah sistem pendidikan umumnya bergantung kepada
pembentukan sesuatu kurikulum. Sebagai sebuah negara yang menuju ke pasca
kemodenan, Malaysia memerlukan kurikulum yang kemas dan sesuai bagi
mengwujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan aspirasi dan
kehendak negara. Sistem pendidikan teknik dan vokasional khususnya, yang diasaskan
pada ‘compentency-base education’ memikul tanggungjawab yang mencabar dalam
memastikan kurikulum yang terbentuk memenuhi keperluan ini.

Definasi pengasimilasi adalah proses pensaduran atau proses penggunapakai
sesuatu objek (termasuk bahasa, budaya dan sebagainya) dalam masyarakat setempat
(Kamus DBP, Edisi Ke2). Oleh yang demikian, pengamilisasian bahasa inggeris dalam
pembentukan pendidikan teknik dan vokasional ialah supaya maklumat yang diperolehi

lebih tepat dan padat sejajar dengan matlamat pendidikan teknik dan vokasional itu
sendiri. Pembentukan kurikulum dalam konteks pendidikan teknik dan vokasional perlu
sentiasa sejajar dengan kehendak dan keperluan pasaran pekerjaan. Kegagalan kurikulum
untuk mematuhi keperluan dan kehendak pasaran akan menyebabkan kursus yang
ditawarkan tidak mendapat sambutan atau graduan kursus ini sukar mencari pekerjaan.
Justeru itu pembangun atau pembuat kurikulum harus menyedari dan peka terhadap
keperluan dan kehendak majikan di pasaran pekerjaan. Bagi mengetahui kehendak dan
keperluan semasa, pembangun kurikulum harus mempunyai kemahiran, bantuan dan
sentiasa menganalisis keadaan semasa pasaran pekerjaan.

1

2.0

TEORI

David Nunan (1987) dalam Kristen Gatehouse (1999)juga mempunyai pendapat
yang sama di mana beliau menyatakan bahawa:
“It seems fairly obvious that if teachers are to be the ones responsible for
developing the curriculum, they need time to analyse, the skills and the support to do so .”


Kegiatan ekonomi mempunyai komponen-komponen yang saling berkait seperti
majikan, pekerja, pasaran pekerjaan, barangan dan sebagainya. Kegagalan salah satu
komponen akan memberi kesan terhadap komponen yang lain. Untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya saing dalam pelbagai bidang sama ada
ekonomi, teknologi, keilmuan, pendidikan mahupun politik memperlihatkan kepada
hambatan keperluan penguasaan bahasa Inggeris sepenuhnya di kalangan rakyat
khususnya yang bakal menjawat pekerjaan. Isu kemahiran berbahasa Inggeris telah
mencetus reaksi pelbagai pihak. Amnya ramai yang terkeliru tentang masalah sebenar
kelemahan pelajar dalam bahasa Inggeris sama ada kelemahan penguasaan yang
dipengaruhi oleh pelbagai faktor atau kesilapan aliran yang mendatari pendidikan pelajar.
Pelbagai persoalan telah ditimbulkan oleh masyarakat seperti:

1. Adakah pengwujudan semula sekolah aliran Inggeris yang sudah lama
dimansuhkan mampu menyelesaikan masalah penguasaan bahasa Inggeris di
kalangan pelajar?
2. Apakah dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam
pendidikan akan berjaya membina bangsa yang maju dan berdaya saing?
3.


Bagaimanakah pula dengan masa depan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan?

4. Adakah kegagalan pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris ini menjadi
faktor mengapa graduan semakin ramai tidak mendapat pekerjaan.?
5. Adakah dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di dalam
pendidikan akan menggangu-gugat perpaduan negara?

2

6. Adakah penggunaan bahasa Inggeris yang di dalam kurikulum dapat
membantu pelajar mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik?

3.0

KEPENTINGAN PENGASIMILASIAN BAHASA INGGERIS

Jelasnya kehangatan isu ini telah benar-benar menimbulkan satu polemik baru
dalam masyarakat. Pengwujudan permasalahan ini telah mendorong pelbagai pihak
mencari jalan penyelesaian. Ramai yang tampil memberi pandangan secara emosi tanpa

membuat kajian yang lebih terperinci dan fahaman yang jelas terhadap isu ini serta kesan
jangka panjangnya yang perlu didatari. Walau apa pun pendapat yang diberi, bahasa
Inggeris tetap perlu dikuasai oleh pelajar tanpa mengira pendekatan yang diambil.

Justeru itu dalam mengembalikan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar,
pengasimilasian bahasa Inggeris di di dalam sistem pendidikan perlu dilakukan. Langkah
Kementerian Pendidikan melaksanakan pengajaran mata pelajaran matematik dan sains
di dalam bahasa Inggeris terhadap tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan enam rendah
mulai tahun depan dilihat sebagai satu tindakan yang wajar dalam pengembalian
penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Perancangan yang seterusnya ialah
perlaksanaan pengajaran berbahasa Inggeris di Politeknik pada tahun 2008.(Sumber:
Mingguan Malaysia, 21 Julai 2002)

Pengasimilasian bahasa Inggeris di dalam kurikulum Politeknik pada tahun 2008
merupakan tindakan yang sejajar dengan visi dan misi Jabatan Pendidikan Teknik dan
Vokasional. Di mana misi jabatan merupakan “Membentuk Sistem Pendidikan
Teknikal Bertaraf Dunia Yang Memenuhi Keperluan Semasa Negara” dan visinya
ialah “ Pendidikan Teknikal Dapat Membantu Perkembangan Insan Yang
Cemerlang”. Fungsi dan kebaikan bahasa Inggeris sudah tidak perlu dibahaskan lagi.
Seantero dunia telah mengetahui kejayaan dan status bahasa itu di peringkat

antarabangsa. Ini diperkukuhkan lagi apabila kebanyakan media dan ilmu pengetahuan ,
laman-laman web, buku-buku, artikel, jurnal, komunikasi, transaksi perniagaan dan

3

perisian-perisian (sekadar memberikan contoh) menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantara.

Sebagai sebuah institusi yang berkait-rapat dengan dunia pekerjaan, keperluan
untuk melahirkan lulusan yang berkeupayaan dalam bidang yang diceburinya adalah
amat kritikal. Selain dari kemahiran, bahasa juga memainkan peranan yang penting
dalam pencarian ilmu dan alat komunikasi. Menurut Pinelli, Keene, Kennedy dan
Glassman (1999) dalam Gupta, Vidya Singh dan Errin, Eilleen Praitt (1997):
“ The ability to communicate technical information effectively is important to
workplace performance and profesional advancement.”
Keupayaan bakal tenaga kerja mendapat ilmu yang tinggi dapat menjamin penghasilan
pekerja yang berilmu seperti yang dikehendaki oleh sektor pekerjaan kini.

Penggunaan bahasa Inggeris di dalam bidang teknik dan vokasional bukan sahaja
melibatkan penggunaan bahasa Inggeris yang umum atau ‘general English’. Ianya lebih

daripada itu kerana penggunaan bahasa Inggeris di dalam konteks pendidikan teknik dan
vokasional rata-ratanya adalah bersifat teknikal. Terdapat terma-terma atau ‘jargons’
yang digunakan secara meluas di dalam bidang-bidang teknik dan vokasional. Sebagai
contoh penggunaan terma di dalam bidang kejuruteraan adalah berbeza dengan
penggunaan perkataan atau terma di dalam bidang kedoktoran. Begitu juga dengan
bidang-bidang lain. Pengasimilasian bahasa Inggeris ke dalam kurikulum seringkali
dilihat dari satu perspektif sahaja iaitu ramai yang beranggapan tenaga pengajar hanya
perlu bercakap bahasa Inggeris ketika melaksanakan pengajaran mata – pelajaran.
Sebenarnya pengasimilasian bahasa Inggeris di dalam kurikulum adalah lebih dari
sekadar bercakap bahasa Inggeris. Ini adalah kerana, penggunaan bahasa Inggeris di
dalam dunia pekerjaan tidak terhad kepada penggunaan komunikasi sahaja. Bahasa ini
digunakan secara meluas seperti di dalam penyediaan laporan, statistik, memo kepada
pekerja, penyelidikan dan sebagainya. Oleh itu pengajaran yang dijalankan dalam bahasa
Inggeris wajar dilihat dari perspektif yang luas dan tidak terhad kepada fungsinya sebagai

4

alat komunikasi sahaja.Atas dasar-dasar ini, pengasimilasian bahasa Inggeris dalam
konteks pendidikan teknik dan vokasional adalah satu tugas mencabar dan harus diberi
perhatian yang serius.


Menyedari kepentingan bahasa Inggeris, apakah persediaan yang perlu dilakukan
sebagai pembangun kurikulum dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional?
Bagaimanakah caranya kita memastikan pengasimilasian bahasa Inggeris di dalam
kurikulum pendidikan teknik dan vokasional dapat menjawab semua persoalan dan
permasalahan yang timbul? Salah satu cara yang boleh dilakukan ialah menerusi analisa
tugas. Analisa tugas merupakan satu strategi yang telah disyorkan oleh V-TECHS
(Vocational - Technical Education Consortium of States) untuk menjalankan analisis
penentuan isi kandungan kurikulum pendidikan teknik dan vokasional. (Morsh dan
Archer, 1967 dalam Finch dan Crunkilton, 1992) Menerusi analisis tugas, inventori tugas
dapat dilakukan bagi memberi gambaran atau mendefinisikan sesuatu keperluan
pekerjaan dalam aspek kemahiran (skill), pengetahuan (knowledge) dan kebolehan
(aptitude) dalam dunia pekerjaan sebenar.

4.0

KAJIAN KES

Penggunaan analisa tugas dalam menentukan isi kandungan kurikulum
pendidikan teknik dan vokasional melibatkan lima langkah asas seperti yang dinyatakan

di bawah:
a) Mengkaji kajian-kajian lepas
b) Membina inventori tugas
c) Memilih sampel pekerja
d) Mentadbir inventori yang diperolehi
e) Menganalisa maklumat yang diperolehi.

Kertas kerja ini akan menfokuskan kepada aspek pembentukan inventori tugas,
pemilihan sampel, pentadbiran inventori yang diperolehi dan cara menganalisa maklumat
yang telah diperolehi.

5

4.1

Pembinaan Inventori Tugas

Inventori tugas telah wujud semenjak sebelum perang dunia kedua lagi (Lytle,
1946 dalam Craig Campbell ,1997). Walaupun ia diwujudkan sebelum perang dunia
kedua, namun pembangunannya hanya bermula pada tahun 1954 oleh Tentera Udara

Amerika Syarikat (Craig Campbell, 1997) dan sehingga kini penggunaannya semakin
meluas dan tidak terhad untuk kegunaan tentera sahaja. Pembangunan kurikulum kini
telah mula mengadaptasikan kaedah ini ke dalam kaedah pembentukan kurikulum. Untuk
mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inventori tugas berikut merupakan penerangan
menegnai inventori tugas ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan inventori tugas? Inventori tugas menurut
Donald Clark, (1995) :
“The task inventory consists of all the tasks that a jobholder requires to perform
the job to standards. Each and every task performed by the job incumbent must be listed
on the task inventory. It provides vital information about the skills, knowledge and

abilities required to perform a job”.
Pernyataan Donald Clark jelas menunjukan bahawa inventori tugas merupakan
deskripsi tugas yang terpiawai yang dapat memberi maklumat tentang kemahiran,
pengetahuan dan kebolehan yang mesti dipunyai oleh seseorang pekerja untuk melakukan
sesuatu tugas. Maklumat-maklumat yang diperolehi dari inventori tugas ini dapat
digunakan oleh pihak-majikan yang ingin membangunkan kurikulum latihan, dan
meletakan kriteria-kriteria yang diperlukan dalam prosedur pemilihan pekerja. Bagi
bidang pendikan teknik dan vokasional, kaedah ini pastinya dapat membantu pembangun

kurikulum dalam menentukan kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang diperlukan
dalam bidang pekerjaan. Pengetahuan ini dapat menentukan ketepatan kandungan
kurikulum dengan kehendak majikan di pasaran pekerjaan.

6

Menyentuh tentang inventori tugas, bagaimanakah seseorang pembangun
kurikulum dapat membentuk inventori tersebut. Langkah pertama yang dicadangkan oleh
Finch dan Crunkilton (1992) ialah menjalan penyelidikan terhadap kajian-kajian lepas
bagi mendapat senarai tugas dan peralatan yang mempunyai kebarangkalian tinggi
pengaplikasiannya di dalam bidang pekerjaan yang sebenar. Sebagai contoh dalam
konteks pengasimilasian bahasa Inggeris ke dalam subjek, seorang pembangun kurikulum
boleh melakukan penyelidikan dan pembacaan dari jurnal-jurnal, disertasi, thesis dan
kertas kajian bagi mendapatkan senarai komponen-komponen bahasa Inggeris yang
sering digunakan dalam alam pekerjaan. Sebagai contoh, penggunaan tatabahasa,
penulisan, percakapan dan pendengaran.

Setelah mendapat senarai komponen tugas, langkah seterusnya ialah
membahagikan tugas-tugas tersebut mengikut pekerjaan (duties). Seperti yang dinyatakan
di dalam Finch dan Crunkilton (1992):

“Task are grouped under appropriate duty headings.”
Pekerjaan disini merujuk kepada kegiatan mengurus, merancang,
perhubungan,menilai, membuat persembahan, menaip, mengadakan latihan pengurusan
dan sebagainya. Melihat dari sudut pandangan pengasimilasian bahasa Inggeris, senaraisenarai tugas yang telah dikenalpasti contohnya tatabahasa, penulisan, percakapan boleh
dikumpulkan mengikut bidang kerja sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh dalam kerja
seorang setiausaha, ia haruslah mempunyai kemahiran tatabahasa, mengurus jadual dan
penulisan yang tinggi di samping mempunyai kemahiran menaip dan komunikasi yang
tinggi.

Satu inventori tugas sementara telah terbentuk apabila penyatuan semua bidang
kerja yang mengandungi pernyataan tugas di dalam borang kaji selidik. Ianya dikatakan
sementara kerana segala tugas yang disenaraikan itu perlu disemak dan disahkan oleh
sampel pekerja yang bekerja di dalam sesuatu bidang yang dikaji. Perkara ini turut
dinyatakan oleh Finch dan Crunkilton,(1992) dimana:

7

“Lists are then incorporated into an inventory that will eventually be completed
by incumbent workers.”

Hasil kajian ini adalah signifikan kepada proses analisis tugas. Ia dikatakan
signifikan kerana ia menunjukkan tugas-tugas yang berkaitan dengan bidang pekerjaan
tersebut. Setiap bidang kerja yang disahkan oleh pekerja akan diambil kira untuk
dimasukan ke dalam kurikulum yang akan terbentuk. Sebarang perubahan akan
bergantung kepada reaksi atau jawapan yang diberikan oleh sampel kepada pembangun
kurikulum. Berikut merupakan contoh borang kaji selidik yang dibangunkan untuk
pengasimilasian bahasa Inggeris.

8

Inventori Tugas : Senarai Tugas / Bidang Kerja.
Arahan:
Tandakan () untuk tugas yang anda lakukan sekarang di dalam ruang yang disediakan.
1. JANGAN tanda () untuk tugas yang pernah anda lakukan tetapi bukan dilakukan
pada masa sekarang.
2. JANGAN tanda () untuk tugas yang dijalankan oleh pekerja yang anda selia.
3. Anda boleh menambah tugas-tugas yang tidak disenaraikan

Tandakan
Bidang Kerja: Pengurus Pelaburan

() untuk
tugas yang
anda
lakukan
sekarang

Untuk
kegunaan
pejabat
sahaja.

Tugas
1. Membaca laporan kewangan dalam bahasa Inggeris
2. Menggunakan terma-terma khusus dalam bahasa
Inggeris di dalam bidang kewangan.Contohnya seperti
“bull market”.

3. Menulis laporan kewangan dalam bahasa Inggeris
4. Mempersembahkan analisa kewangan dalam bahasa
Inggeris.
Sumber : Format diperolehi dari Curriculum Development in VOTECHS Education. F&C. (1992)

Manakala bagi aspek melihat sejauhmana kekerapan sesuatu item itu digunakan berikut
merupakan contoh borang kajiselidik tersebut:

9

Senarai jenis-jenis tulisan yang digunakan

jenis tulisan yang
anda gunakan

2. Anda berhak menambah jenis-jenis tulisan yang

kegunaan

sahaja.

Tidak pernah

Setiap hari

tidak terdapat dalam ruangan ini.

Untuk

pejabat

sekarang

Setiap tahun

gunakan sekarang di ruang yang disediakan.

Tandakan () pada

Setiap bulan

1. Tandakan () pada jenis tulisan yang anda

Setiap minggu

Arahan:

Untuk
kegunaan
pejabat
sahaja.

1. Memo berbahasa Inggeris
2. Surat perdagangan berbahasa Inggeris
3. Kertas cadangan berbahasa Inggeris
4. Laporan kemajuan berbahasa Inggeris
5. Manual prosidur berbahasa Inggeris
6. Ringkasan ringkas berbahasa Inggeris
7. Laporan kewangan berbahasa Inggeris
8. Laporan penyelidikan berbahasa Inggeris
9. Kajian kemudahan berbahasa Inggeris
10. Abstrak berbahasa Inggeris
11. Laporan pemasaran berbahasa Inggeris
12. Laporan makmal berbahasa Inggeris
Sumber: “ Assessment of Workplace Writing and Incorporation into Curriculum” Journal of Vocational
and Technical Education : Volume 13.

10

4.2

Kriteria Inventori Tugas yang Baik

Menurut kajian yang dijalankan oleh pihak Tentera Udara Amerika (1954) dalam
Craig Campbell (1997) setiap inventori tugas yang dibentuk perlu memperlihatkan:


Ketepatan satu bentuk pengukuran ( Accuracy of measurement)
Pernyataan tugas-tugas yang terperinci kan meningkatkan ketepatan
pengukuran dan kebolehpercayaan seseuatu tugas itu dijalankan dalam bidang
pekerjaan tersebut.



Keseluruhan (Comprehensiveness)
Sesuatu inventori tugas yang telah dibentuk perlu merangkumi kesemua
tugas-tugas yang signifikan dalam hieraki bidang kerja tersebut.



Boleh diukur (Quantifiability)
Setiap data yang diperolehi daripada kajian boleh diukur.



Saling Ekslusif (Mutual Exclusivity)
Setiap pernyataan tugas yang disenaraikan di dalam inventori tugas harus
mempunyai ciri seperti ianya boleh dihabiskan dan tidak bergantung kepada
tugas-tugas yang lain.

4.3

Pemilihan Sampel Pekerja

Bagi mendapatkan maklumat dan pengesahan bahawa setiap tugas atau
tanggungjawab yang telah disenaraikan benar-benar digunakan di tempat kerja sebenar,
satu kajian perlu dijalankan ke atas pekerja di dalam bidang tersebut. Seperti yang
diketahui, sesuatu bidang pekerjaan mempunyai ribuan atau puluhan ribuan pekerja. Jadi
adalah agak mustahil dan tidak praktikal bagi pembangun kurikulum untuk menjalankan
kajian ke atas kesemua atau keseluruhan populasi. Ia dikatakan tidak praktikal kerana
kajian populasi akan melibatkan kos yang banyak, masa yang panjang, tenaga kerja yang
ramai dan penggunaan sumber-sumber lain dalam kuantiti yang besar.

11

Jika kaedah persampelan digunakan, ini dapat membantu pembangun kurikulum
dalam menjimatkan kos, masa dan magnitud data yang perlu di analisis. Di antara kaedah
persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak mudah. Walau apa pun kaedah
persampelan yang digunakan, pembangun kurikulum harus memastikan bahawa sampel
yang dipilih perlu mewakili populasi. Pemilihan kaedah persampelan yang betul dapat
menjamin hasil kajian yang diperolehi daripada sampel pekerja adalah sah dan boleh
digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi. Sekaligus dapat membentuk kurikulum
yang memenuhi keperluan majikan sejagat.

4.4

Pengurusan Inventori Tugas

Susulan daripada pemilihan sampel pekerja, pembangun kurikulum harus
memikirkan bagaimanakah caranya untuk mentadbir kaji selidik ini. Salah satu cara yang
dikenalpasti ialah melalui penghantaran borang kaji selidik melalui pos. Kaedah ini
merupakan kaedah yang mahal dan kurang digemari kerana tindakbalas dari responden
adalah kurang memberangsangkan dan ianya melibatkan kos penghantaran yang tinggi.
Di samping itu juga pembangun kurikulum akan menghadapi masalah dalam
mengenalpasti alamat-alamat pekerja untuk dihantar borang kaji selidik dan juga terpaksa
bergantung kepada kesanggupan responden untuk menjawab dan menghantar balik
borang kaji selidik. Sekiranya jumlah borang kaji selidik yang dihantar balik tidak
mencukupi, ini akan menggangu perjalan kajian dimana data yang diperolehi adalah tidak
sah dan tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi yang dikaji.

Memandangkan kaedah ini kurang praktikal, alternatif lain yang boleh digunakan
oleh pembangun kurikulum ialah mengguna kaedah persampelan majikan ( Finch dan
Crunkilton, 1992). Persampelan majikan dipilih kerana kaedah ini lebih mudah dan
menjanjikan timbal-balas yang lebih menyakinkan. Kaedah ini diperkukuhkan lagi
dengan pandangan Finch dan Crunkilton, (1992) :
“ By dealing directly with employers, the curriculum developer is able to obtain
support ‘from the top’ and thus encourage a good return rate”

12

Apa yang perlu dilakukan oleh pembangun kurikulum ialah beliau perlu
berhubung dengan salah seorang pengurus di peringkat pengurusan atasan di organisasi
bagi mendapat kerjasama sepenuhnya dari pekerja. Secara tidak langsung pembangun
kurikulum mendapat sokongan dari pihak atasan dalam menjalankan kajian dan
memperolehi hasil kajian yang lebih memberangsangkan.
Kaedah yang lain yang boleh juga dilakukan ialah kajian lapangan atau “field
study”. Kaedah ini memerlukan pembangun kurikulum mendapatkan maklumat secara

langsung di premis pekerjaan tersebut. Walaupun ia akan menelan belanja yang agak
besar tetapi ia merupakan cara yang paling efektif untuk mendapatkan maklumat
daripada pekerja. ( Finch dan Crunkilton, 1992)

4.5

Menganalisa maklumat yang diperolehi.

Umumnya selepas data-data diperolehi dari responden, ianya akan diproses
menggunakan perisian khas di dalam komputer. Pemprosesan ini perlu dilakukan melalui
komputer kerana setiap inventori yang diuji boleh mengandungi beratus-ratus deskripsi
tugas dan penggunaan peralatan yang berbeza. Ini ditambah lagi dengan jumlah
responden yang agak ramai menjadikan penggunaan komputer untuk memproses datadata tersebut adalah yang terbaik dan lebih sistematik. Diantara perisian-perisian yang
boleh digunakan untuk menganalisa data-data ini ialah SPSS iaitu Statistical Procedure
for Social Science.

Bagi menentukan kesignifan kajian yang telah dilakukan, adalah dicadangkan
supaya pembangun kurikulum menetapkan satu tahap pengukuran. (Finch dan
Crunkilton, 1992). Sebagai contoh menetapkan peratusan sebanyak 80 % daripada
pekerja melakukan tugas tersebut. Bawah daripada tahap pengukuran tersebut akan
dianggap tugas itu tidak relevan kerana tidak ramai yang melakukannya. Walau apa pun
tahap pengukuran yang ditetapkan, perlu dingatkan disini bahawa setiap kurikulum
pendidikan teknik dan vokasional yang dibentuk adalah untuk menyiapkan para
lulusannya untuk mendapatkan pekerjaan.

13

5.0

KESIMPULAN

Pembentukan kurikulum yang hampir kepada dunia sebenar merupakan satu
‘competive advantage ’ kepada pelajar-pelajar lulusan pendidikan teknik dan vokasional.
Sebagai bakal tenaga buruh di pasaran pekerjaan, pelajar harus menyiapkan diri dengan
segala ilmu yang dikehendaki oleh bakal majikan di alam pekerjaan nanti. Kemahiran
terhadap bidang yang dipilih tidak lagi mencukupi untuk menjanjikan peluang pekerjaan
diperolehi. Keupayaan menggunakan bahasa antarabangsa dengan baik dan fasih akan
membantu pelajar menjadi seorang pekerja yang serba boleh dari segi mempunyai bakat,
kemahiran,pengetahuan dan kebolehan komunikasi yang baik. Pengasimilasian bahasa
Inggeris di dalam sistem pendidikan teknik dan vokasional merupakan langkah yang baik
dalam memenuhi permintaan majikan terhadap bakal pekerjanya. Tanpa mengasingkan
subjek ini daripada bidang kemahirannya, ia dapat membantu pelajar mengasimilasikan
kemahiran berbahasa dengan kemahiran bidang yang dipelajarinya.

Kemantapan kurikulum yang dibentuk akan bergantung sejauh mana relevannya
ia kepada dunia pekerjaan sebenar. Justeru itu bagi memastikan ianya benar-benar
praktikal kepada alam pekerjaan nanti, satu analisa tugas boleh dijalankan. Di antara
langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjalankan kajian ini ialah melalui
pembentukan inventori tugas. Dimana inventori tugas ini akan mengesahkan setiap item
yang perlu dimasukkan ke dalam kurikulum pembelajaran. Melalui cara ini kemahuan
majikan akan dapat dipenuhi dan juga secara tidak langsung membantu pelajar dalam
mempunyai peluang pekerjaan yang lebih cerah dalam zaman yang serba kompetitif ini.

14

BIBLIOGRAFI
1. Finch, Curtis R. dan Crunkilton, John R. (1992). “ Curriculum Development in
Vocational and Technical Education.”. 4th ed. Virginia Polytechnic Institute and
State University. United States of America.
2. Gupta, Vidya Singh dan Ervin, Eileen Troutt (1999). “ Assessment Of Workplace
Writing and Incorporation Into Curriculum.” Journal of Vocational and Technical
Education. Volume 13, Number 2.

3. “Rate the Inventory”: http://www.state.oh.us/das/dhr/pdf/smeinsts.doc
4. “Berhati-hati apabila mengemukakan saranan” :
http://dbp.gov.my/dbp98/majalah/penta21/jan
5. “Standards for the English Language Arts” : http://www.ncte.org/standards/standards
6. “Bahasa Inggeris Untuk Sains dan Matematik Tetap Dilaksana.” :
http://www.tv3.com.my.news/bu/jun2002/18_berita2.html
7. “Tanggapan Negatif terhadap Bahasa Inggeris”:
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/beritapl/b%20inggeris.htm
8. “Bahasa Globalisasi, Bagaimana Nasib Anak Luar Bandar? :
http://www.sekolah.com/article/printarticle.htm
9. “Bahasa Inggeris: Antara Pendaulatan dan Penguasaan”:
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/gr/artikel/06inggeris_daulat.htm
10. “Isu yang Menyentuh Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan”: http://dbp.gov.my/dpp98/majalah/pelita21/feb/pb02med2.html

15

11. Leon, John E. De dan Borchers, Ralph E. “ High School Graduate Employment
Trends and the Skills Graduates Need To Enter Texas Manufacturing Industries.”
Journal of Vocational and Technical Education. Volume 15, Number 1.

12. Gatehouse, Kristen (1997). “ Key Issues in English for Specific Purposes (ESP)
Curriculum Development” : http://www.cyberus.ca/~kristen/jumpstation.html
13. Khairul Arifin Mohd Munir.(2002) “Penguasaan Bahasa Inggeris Antara Kelemahan
pembelajaran dan Pengajaran (P&P) Atau Kesilapan Aliran Pendidikan” :
http://www.suaramahasiswa.net/artikel/mei/aliran_inggeris.htm

14. Campbell, Craig., Moore, Brian Graham., Lynch, Eileen.,Messer, Ivan.,Olbrich,
Jeff.,Tune, Jayne. (1997) “ Task Inventory Development Manual”.
http://www.tcleose.state.tx.us.
15. Clark, Donald. (1995). “ Instructional System Design”.:
http://www.nwlink.com/~donclark/hrd/sat2.html.

16