MASJID MASJID TERSOHOR DI MALAYSIA PENCE

MASJID-MASJID TERSOHOR DI MALAYSIA:
PENCERITAAN MELALUI VISUAL FOTOGRAFI
Marfizul Azuan bin Marsuki, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
(ASWARA)
marfizul@yahoo.com
ABSTRAK
Masjid adalah simbol yang sangat penting kepada orang-orang Islam dan adalah sulit
untuk menyatakan bagaimana agama Islam mula-mula tiba di Malaysia. Ini adalah
berdasarkan kepada kurangnya informasi serta data di dalam topik tersebut. Kebanyakan
cendiakawan sejarah hanya menggunakan fakta di mana agama Islam mula bertapak
ketika kurun ke 1400 semasa zaman pemerintahan kesultanan Melaka. Oleh yang
demikian, pendokumentasian secara visual adalah amat penting sebagai salah satu bahan
sejarah yang dilihat dapat dimanafaatkan oleh generasi yang akan datang. Masjid-masjid
lama di Malaysia banyak telah pupus di telan zaman ataupun telah musnah dek
pembangunan. Adalah amat kesal jika anak warisan peninggalan kita nanti tidak
berkesempatan untuk melihat atau merasakan sendiri peninggalan warisan tersebut. Oleh
sebab itu kepentingan untuk mendokumentasikan peninggalan sejarah ini adalah amat
penting bagi generasi yang akan datang. Selain daripada nilai-nilai estetika
penggambaran foto atau hasil daripada penghasilan imejan itu, ada beberapa faktor lain
yang turut menyumbangkan kepada kepentingan pendokumentasian ini iaitu seperti
daripada faktor sosio masyarakat serta pembudayaan masjid dalam kehidupan sesebuah

masyarakat, kesan peninggalan masjid kepada masyarakat setempat serta pengaruh
mistikal di dalam komuniti masyarakat tempatan terhadap masjid dan masjid sebagai
daya tarikan pelancong dari dalam serta luar negeri.
Kata kunci:
Masjid, Pengaruh Islam di Tanah Melayu, Fotografi, Senibina,
Dokumentasi Visual

PENGENALAN
Malaysia, dengan majoriti penduduknya yang beragama Islam dan masjid adalah
merupakan satu bangunan yang sinonim di Malaysia, baik di bandar-bandar serta di
kampong-kampung. Senibinanya yang pelbagai serta penggunaannya sebagai tempat
untuk beribadat serta berbagai aktiviti kemasyarakatan yang lain berupaya untuk
menjadikan masjid sebagai pusat ilmu bagi masyarakat Islam tempatan. Masjid-masjid
yang terdapat di Malaysia telah melalui beberapa proses senibina yang mendapat
pengaruh dari luar. Penyelidikan ini berharap dapat mengumpulkan maklumat serta data
yang dapat mendokumentasikan secara visual masjid-masjid agar berupaya menjadi
bahan rujukan bagi masyarat kini serta untuk generasi yang akan datang khususnya.
DEFINISI
Perkataan masjid yang berasal daripada perkataan Arab "sa-ja-da" yang bermaksud
sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang

paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Akar kata dari masjid
adalah sajada di mana sajada berarti sujud atau tunduk. Kata masjid sendiri berakar dari
bahasa Arab. Perkataan masgid telah ditemukan dalam sebuah inskripsi dari abad ke 5
sebelum masehi. Kata masgid ini bererti "tiang suci" atau "tempat sembahan".
Perkataan masjid dalam bahasa Inggris disebut mosque. Perkataan mosque ini berasal dari
kata mezquita dalam bahasa Sepanyol dan perkataan mosque kemudian menjadi popular
dan dipakai dalam bahasa Inggeris secara meluas.”
Daripada http://mosque-pedia.posterous.com/what-is-mosque, juga telah menceritakan
maksud masjid adalah sebagai simbol yang sangat penting kepada orang-orang Islam, dan
adalah cara yang penuh kesederhanaan untuk manusia melunaskan kesyukuran dan
memuji Pencipta atas kewujudannya di atas muka bumi ini. Masjid bukanlah dibina
untuk merendah-rendahkan konsep – ianya dibina dengan penuh keserhanaan. Tidak
terdapat syarat-syarat yang khusus tentang reka bentuk sesebuah masjid itu, kecuali
tentang beberapa perkara.
Unsur-unsur penting yang perlu diambil kira adalah struktur binaan yang jelas
menghadap ke arah Tanah Suci Mekah (arah ini dipanggil Kiblat). Arah ini ditandakan
dengan kedudukan mihrab, iaitu suatu binaan pada dinding masjid yang menceruk
kedalam. Ruangan di hadapan mihrab ini haruslah berbumbung. Tidak boleh terdapat
pintu di dinding di mana mihrab ini terletak – tetapi untuk dinding yang lain, boleh
diletakkan pintu sebanyak mana yang dikehendaki.


Gambar 1:

Pandangan dari dalam Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah.

Terdapat dua jenis masjid: masjid yang utama dikenali sebagai Jama'a, di mana
sembahyang jumaat di jalankan. Jama'a ini selalunya dihias dengan rekabentuk dan
kelengkapan yang lebih menarik. Sejenis masjid lagi dipanggil Masjid , ianya bersaiz
lebih kecil dan adalah tempat ibadah setempat. Meskipun terdapat rekabentuk yang
menarik, ianya tidaklah sseperti jama'a.
Masjid adalah perkataan yang membawa makna ‘tempat sujud' dan digunakan oleh umat
Muslim terdahulu sebagai rumah untuk bersembahyang, perkataan ini juga digunakan
oleh ugama-ugama lain. Hari ini perkataan Arab ‘masjid' dan perkataan inggeris ‘mosque'
adalah eksklusif digunakan untuk rumah-rumah ibadat orang-orang Islam.
Skop kajian bagi penyelidikan ini telah dihadkan kepada 67 masjid-masjid yang
terpilih sahaja, dan telah dibahagikan kepada 4 FASA. Pemilihan masjid-masjid
ini adalah berdasarkan kepada rekabentuk, keunikan, serta daya tarikan kepada
pengunjung. Proses rakaman fotografi dilakukan berasaskan 7 elemen seni, iaitu
garisan (line), bentuk(form), nilai (value), tekstur (texture), ruang (space) dan
warna (color) untuk menzahirkan secara maksimum kecantikan serta keunikan


sesebuah masjid tersebut. Setiap penggambaran masjid telah dibahagikan
kepada 2 kategori, iaitu “establish shot” iaitu gambar yang menunjukkan masjid
tersebut secara menyeluruh, dan juga “interior/motif-motif” yang menunjukkan
seni hiasan dalaman, serta rekabentuk senibinanya.

Gambar 2:
Pandangan dari luar ketika waktu senja di Masjid Negeri Arau,
Perlis. Ini juga boleh dinamakan sebagai “establish shot”.
Elemen Fotografi Lanskap
Mengikut penjelasan daripada John Berger, yang telah dipetik daripada buku Kisah Mata,
tulisan Seno Gumira Ajidarma, “sesebuah gambar menahan aliran waktu dimana
peristiwa yang dirakamkan pernah ada, lalu semua gambar adalah dari masa lalu dan
masa lalu itu telah dipegunkan. Dan ia tidak dapat dirakamkan lagi di waktu yang akan
datang.
Petikan ini telah membuktikan bahawa masa yang telah dirakamkan adalah sangat
berharga kerana ia tidak mungkin lagi dapat dirakamkan lagi dengan keadaan yang
serupa. Dalam elemen fotografi, asas yang paling penting ialah memahami tentang
bukaan apertur, kelajuan “shutter” serta kesensitifannya kepada cahaya.
Di dalam seni fotografi lanskap, setelah seseorang itu memahami dengan jelasnya asas

fotografi, dia hendaklah berupaya menggunakan komposisi untuk mendapatkan sudut
penggambaran yang cantik serta diterima ramai.

Sebagai asas fotografi,penggunaan “Rules of Third” amatlah berguna serta efektif.
Penggunaan alat menampung kamera atau ”tripod” amatlah perlu bagi mendapatkan
visual yang lebih tajam serta dapat memperolehi berbagai dedahan di satu-satu sudut. Ini
amatlah penting kerana amalan ini dapat memberikan kita satu dedahan yang paling tepat
di waktu penggambaran.
“Tripod” juga berguna ketika untuk melaraskan kamera pada kedudukan yang lurus dan
supya tidak bergerak ketika proses penggambaran berlaku.

ELEMEN FOTOGRAFI SENIBINA
Sebahagian besar bangunan senibina dan strukturnya mempunyai fungsi yang sangat
khusus, sebagai contoh ada yang digunakan sebagai tempat
untuk tinggal, tempat kerja, bangunan keagamaan dan lain-lain. Ia merupakan
ciri khas dari gaya tertentu, melalui tempoh bersejarah atau persekitaran manusia.
Daripada petikan yang telah dipetik dari http://www.photopoly.net/architecturalphotography, bangunan tinggi boleh menyebabkan beberapa masalah. Dalam kebanyakan
situasi, jurugambar perlu mengambil gambar dari sudut pandang yang rendah akan
membuat berkumpul garis menegak. Kesan garis-garis konvergen dapat diterima dan
bahkan diingini jika niat anda adalah untuk menangkap pusing ketinggian bangunan. Tapi

itu dapat sedikit mengganggu ketika datang ke bangunan yang tingginya biasa. Untuk
menyingkirkan kesan garis konvergen, anda harus melangkah mundur dan meletakkan
bangunan di pusat komposisi anda. Tapi dengan mengambil gambar dari jarak jauh anda
menjalankan ancaman kehilangan detail.
Untuk mengelakkan kerugian tersebut, gunakan lubang kecil untuk mendapatkan
kedalaman maksimum gelanggang dan tripod untuk mengelakkan goyangan kamera,
kerana anda akan mengambil paparan lama dengan lubang kecil. Dalam kes anda tidak
boleh mengambil gambar dari jauh dan anda perlu menegak anda menjadi lurus, anda
perlu resort untuk kegunaan kanta kawalan perspektif (tilt-shift kanta) untuk
memperbaiki masalah perspektif. Jenis kanta membolehkan pergerakan kanta sambil
menjaga kamera selari tubuh ke tanah.
Sebahagian kecil dari sebuah bangunan, kesan daripada pahatan atau hiasan dinding yang
penuh retak kadang-kadang dapat lebih menarik untuk foto dari seluruh bangunan.
Butiran seperti tekstur, garis atau kelantangan memberikan maklumat paparan yang tepat
tentang bagaimana struktur atau bangunan yang telah disusun. Keterangan ini akan
memberitahu kita hal-hal seperti apakah sebuah bangunan tertentu mengikuti gaya gothic
atau dibina mengikut piawaian moden.

METODOLOGI
Proses untuk merakamkan visual bagi masjid-masjid yang tersohor merupakan satu

proses yang melibatkan pengetahuan teknikal fotografi yang merupakan gabungan
fotografi konvensional dan digital. Gabungan kedua-dua teknik atau elemen ini bertujuan
untuk menghasilkan satu visual yang baik serta menampakan kehebatan sesebuah masjid
tersebut.
Di dalam penyelidikan ini, elemen yang penting untuk keberkesanan serta perjalanan
penyelidikan ini adalah perancangan tetapi apa yang paling utama ialah bagaimana
kaedah atau metode pembentukan dan susun atur perancangan penyelidikan ini agar
dapat membuahkan hasil dalam jangka waktu yang ditetapkan dengan hasil yang
maksima.
Untuk penyelidikan ini, penyelidik telah menggunakan metode Kerja Lapangan,“field
work practise” di dalam proses memperolehi data. Memetik ulasan daripada Abdul
Razak Abd. Manaf dan Ahmad Shukri Abdul Hamid dalam penyelidikan mereka yang
bertajuk, Tinjauan Permasalahan dan Penilaian ke atas komponen Latihan Praktikum 1
Program Pengurusan Kerja Sosial Sekolah Pembangunan Sosial terbitan Universiti
Utara Malaysia pada tahun 2002, Nilai pendidikan kerja lapangan atau praktikum telah
dikenal pasti semenjak pendidikan kerja social menjadi satu disiplin akademik yang
formal di awal-awal abad dua puluhan lagi. (Raschick & Maypole, 1998)
Penyelidikan lapangan merupakan satu komponen yang utama dalam pendidikan kerana
ia dapat secara lansung dalam proses pemindahan ilmu daripda teori kepada amalan.
Secara umumnya, pendidikan atau kerja lapangan mengandungi gabungan hubungan di

antara pengamal dalam komuniti, pendidik, pelajar dan juga pengguna. (Raschick &
Maypole, 1998)
Menurut daripada buku Fieldwork in Geography: Reflections, Perspectives and Actions
daripada tulisan Rod Gerber dan Goh Kim Chuan, Metodologi Penyelidikan
lapangan mempunyai 2 pendekatan iaitu pendekatan tradisional dan pendekatan sains.
Pendekatan tradisional, kadang-kadang disebut sebgai 'lawatan lapangan' dan ia
mempunyai tujuan yang sama dalam pembangunan pengetahuan kandungan tersebut.
Dalam pendekatan saintifik, pengumpulan data atau proses membuktikan hipotesis ujian
akan memperluaskan peluang belajar yang sedia dan mempromosikan pelaksanaan tujuan
belajar dengan perancangan lapangan. Penggunaan metodologi ilmiah ini dapat
menjadikan proses pembelajaran di lapangan menjadi lebih tersusun seperti belajar di
kelas dari perspektif perancangan.

Susunan Kaedah Penyelidikan

Rajah 1

Konsep Kaedah Penyelidikan Visual Masjid Tersohor

Merujuk kepada Rajah 1 di atas, sebelum bermulanya penyelidikan lapangan ini,

penyelidk telah melakukan kajian literatur secara menyeluruh bagi mengenalpasti masjidmasjid yang dikategorikan sebagai masjid yang tersohor berdasarkan beberapa kriteria
yang telah disebutkan dalam bab yang terdahulu.
Di dalam proses kajian literatur ini, data-data yang telah diperolehi dari sumber-sumber
seperti buku-buku, journal-journal akademik, majalah serta laman sesawang akan terlebih
dahulu dikaji sebelum perbandingan visual akan dilakukan. Proses untuk pengumpulan
data visual dari berbagai sumber ini kemudiannya akan dibandingkan mengikut
kesesuaian masjid.
Penyelidikan juga dilakukan dengan mengkaji teknik serta komposisi visual gambar yang
telah diperolehi daripada kajian literatur sebagai asas sebelum proses penyelidikan
lapangan dilakukan.
Di peringkat ini, penyelidik telah menghadapi beberapa kesukaran untuk mendapatkan
contoh literatur visual daripada sesetebgah masjid kerana masih tiada gambar yang dapat
dilakukan sebagai pembandingan ataupun rujukan. Dan di peringkat ini, penyelidik telah
menggunakan format penggambaran serta format kompisisi yang serupa mengikut format
komposisi masjid-masjid yang lain.

Rajah 2

Format untuk Penghasilan Visual Masjid


Merujuk kepada Rajah 2 seperti di atas, proses menjalankan penyelidikan lapangan, ada
beberapa format serta kesinambungan yang telah dilakukan demi untuk melancarkan
serta mendapat hasil visual yang bermutu:
Fotografi
a.

b.

Mendapatkan establish shot untuk luaran masjid
-

Ini pula akan dibahagikan mengikut format menegak
(vertical) dan melintang (horizontal) supaya ia dapat
memudahkan proses pengolahan di dalam rekabentuk
grafik nanti.

-

Penggunaan filter bagi mendapatkan suasana langit
yang lebih menarik serta dramatik. Filter ini juga

digunakan untuk mendapatkan kesan khas di dalam
teknik fotografi seperti penggunaan dedahan yang lama
(slow shutter speed).

Mendapatkan establish interior shot untuk dalam masjid
-

c.

Motif-motif, elemen-elemen penting di dalam sesuatu
masjid tersebut.
-

d.

- Ini juga akan dibahagikan mengikut format menegak
(vertical) dan mellintang (horizontal) supaya ia dapat
memudahkan proses pengolahan di dalam rekabentuk
grafik nanti.

Ini adalah seperti ukiran-ukiran, mimbar, ayat-ayat suci
yang berada di dalam masjid tersbut. Papan tanda serta
motif-motif penting yang dirasakan penting bagi masjid
tersebut.

Gambar visual orang-orang di masjid tersebut
-

Ini termasuklah imam, bilal, pembantu masjid, jemaah
masjid serta individu-individu yang terlibat dalam
aktiviti masjid tersebut serta masyarakat setempat.

Temuramah
Di dalam penyelidikan masjid yang tesohor ini juga, penyelidik serta pembantu jugak
telah mengadakan beberapa sesi temuramah serta soal-jawab bersama pihak-pihak masjid
yang terbabit, juga daripada pengurusan yang bertanggungjawab terhadap masjid-masjid
tersebut dan juga daripada beberapa pihak daripada Jabatan Agama Islam Negeri bagi
mendapatkan beberapa maklumat dengan lebih terperinci mengenai sesuatu masjid
tersebut.
Pada lazimnya penyelidik akan menanyakan beberapa soalan yang akan merujuk kepada:
a.

Asal usul masjid tersebut

b.

Imam-imam terdahulu serta sejarahnya

c.

Pembuatan masjid tersebut

d.

Program-progam yang dijalankan di masjid tersebut

e.

Kisah-kisah lain yang menarik di masjid tersebut

Penggunaan imejan dalam promosi Masjid
Imejan adalah salah satu bentuk medium yang utama di dalam bidang promosi. Baik dari
promosi dalam talian (online) mahupun di luar talian (offline). Kita tidak boleh lari dari
kenyataan bahawa kita sedang menuju kearah masyarakat yang berinternet dan
penggunaan medium-medium baru telah semakin rancak berkembang di persekitaran
kita.
Penggunaan kamera digital, serta kesan pengimejan digital itu sendiri telah pun
memainkan peranan yang penting dan utama dalam pembangunan sektor promosi. Oleh
itu penghasilan imejan yang cantik serta secara professional menggunakan dengan bijak
teknologi yang ada masa kini mampu untuk melahirkan kecantikan serta estetika
sesebuah masjid tersebut.

Gambar 3:

Gambar dari luar Masjid Tengku Tengah Zaharah, Terengganu

Ini dapat dizahirkan lagi dengan hasil cetakan seperti calendar, poskad serta poster yang
mungkin akan digunakan semasa promosi masjid-masjid itu nanti. Penggunaan hasil-hasil
cetakan ini harus juga di perluaskan, bukan hanya untuk sesetengah masjid sahaja, malah
untuk kesemua masjid-masjid yang tersohor ini kerana secara tidak lansung, promosi
seperti ini dapat menarik minat golongan masyarakat untuk lebih menghayati peranan
masjid.
Penambahbaikan arah lokasi Masjid
Berdasarkan pemerhatian penyelidk dalam melaksanakan penyelidikan ini, masih banyak
lagi masjid-masjid yang tiada arah dan lokasi yang sempurna. Sebagai contoh Masjid
Pengkalan Kakap, di mana ia adalah merupakan satu masjid peninggalan lama yang unik
dari segi rekabentuk dan lokasinya tetapi tiada penunjuk arah yang sempurna serta tiada
dalam Global Positioning System (GPS). Seharusnya masjid ini hendaklah “mesra
pengguna” supaya kesohoran ia dapat dirasai oleh segenap masyarakat.

Gambar 4:

Gambar luaran Masjid Pengkalan Kakap, Merbuk, Kedah

Penunjuk arah lokasi juga haruslah diperbanyakan untuk menunjuk arah masjid-masjid
ini di bandar-bandar serta jalan-jalan yang berhampiran dengan lokasi masjid tersebut.
Kebanyakan masjid-masjid adalah tersohor hanya pada mata penduduk setempat namun
tidak kepada pengunjung luar kerana kurangnya pendedahan dari sudut penunjuk lokasi
tempat masjid tersebut.
Penyelidik juga merasakan peta lokasi ke destinasi masjid-masjid tersebut hendaklah juga
di letakkan tempat-tempat yang ramai pengunjung selain penambahbaikan penunjuk arah.
Penjenamaan sebagai destinasi pelancongan
Sebagai satu peninggalan sejarah, serta warisan kepada negara kita, masjid-masjid ini
dapat dilihat sebagai salah satu destinasi pelancongan. Sebagai contoh, Masjid Tuanku
Mizan di Putrajaya, pada waktu-waktu yang tertentu berdondon bas persiaran yang
membawa pelancong dalam dan luar negara datang untuk menziarahi masjid ini kerana

keunikan serta kehebatan senibinanya. Malah dapat juga dilihat pengantin yang datang
dengan sekumpulan jurugambar untuk merakamkan foto-foto kenangan sempena hari
perkahwinan mereka di masjid tersebut.
Adalah tidak mustahil jika Malaysia yang majoritinya adalah beragama Islam berupaya
menjadikan masjid sebagai salah sebuah destinasi pelancong yang utama di Asia
Tenggara khususnya. Ini mungkin dapat menarik minat golongan masyarakat Islam di
China, Timur Tengah, serta Eropah untuk mereka datang bercuti dengan pakej-pakej
pelancongan yang disediakan khusus untuk menziarah masji-masjid tersohor ini.

Gambar 5:
Gambar dari dalam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kesimpulan
Sepanjang penyelidikan ini berlangsung, penyelidik bersama pembantu-pembantu merasa
bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah berpeluang untuk menziarahi masjid-masjid yang
terkenal serta tercantik di seluruh Malaysia. Peluang untuk membuat penggambaran

terhadap masjid-masjid ini adalah tidak ternilai buat kami di mana berbagai dugaan serta
cabaran di sepanjang proses penyelidikan ini telah diharungi.
Berdasarkan pemerhatian penyelidik, negara Malaysia yang mempunyai berbagai
khazanah warisan yang tidak ternilai harganya. Ini ialah kerana jika kita lihat dari sudut
kecantikan masjid sahaja, ia akan menjurus kepada satu pembentukan tamadun Melayu
yang telah maju dari segi pemikiran serta ketelitian hasil keseniannya. Merujuk kepada
hipothesis daripada buku karangan Zakaria Ali, “Islamic Art in Southeast Asia”, di mana
beliau telah membuktikan terdapat perhubungan di antara kekayaan di kalangan
penduduk serta masyarakat terhadap hasil kesenian yang telah di hasilkan. Ini mungkin
menjadi salah satu daripada faktor yang telah menyumbangkan kepada kegemilangan
tamadun Melayu pada waktu dahulu.
Dari pemerhatian penyelidik memulakan rakaman foto pegun terhadap masjid-masjid
yang telah terpilih ini. Tidak dapat disangkalkan, faktor lokasi juga telah menyumbang
kepada penghasilan gambar yang cantik. Ini mungkin terjadi secara kebetulan tetapi
penyelidik percaya pemilihan lokasi untuk pembinaan masjid-masjid ini juga telah
dilakukan dengan cukup teliti dengan mengambilkira keunikan serta daya penarik untuk
setiap lokasi masjid tersebut. Tiada dapat data yang dapat diperolehi oleh penyelidik
untuk menghuraikan pendapat tersebut.
Sektor pelancongan juga dilihat dapat memperolehi manafaat daripada penyelidikan ini di
mana setelah gambar-gambar masjid-masjid tersohor ini telah dicetak serta dipamerkan,
ramai pengunjung akan mencari dan pergi menziarah masjid-masjid ini. Ini termasuklah
peminat seni fotografi daripada segenap lapisan masyarakat, pelajar-pelajar sekolah dan
institusi pengajian tinggi, pelancong luar dan dalam negeri dan masyarakat ramai
khususnya.
Oleh itu satu mekanisma untuk memajukan tempat serta kawasan masjid-masjid ini
dilihat dapat memajukan lagi sektor pelancongan ini. Perlu juga diambilkira,
pembangunan serta penaik-tarafan ini haruslah dilakukan secara yang bersesuaian dengan
citarasa pengunjung dan hendaklah juga tidak merosakkan struktur bangunan masjid serta
artifak-artifak lain yang berkaitan.
Kempen-kempen kesedaran serta menyokong “blogger-blogger” yang secara sukarela
membantu untuk memarhainkan masjid-masjid tersohor ini kepada masyarakat. Kita
harus mengakui bahawa kurangnya kesedaran serta tenaga kerja untuk mempromosi
masjid-masjid ini dengan penggunaan media baru “new media”. Namun dengan satu
kempen yang bersesuaian serta mesra pengguna mungkin dapat mencetuskan fenomena
atau budaya mendokumenkan segala bentuk warisan sejarah untuk generasi kita yang
akan datang sebagai saksi pengkembangan satu masyarakat bertamadun yang unggul.

BIBLOGRAFI
Zakaria Ali (1994) Islamic Art in Southeast Asia, 830 A.D. -1570 A.D, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Ministry of Education, Malaysia
Sulaiman Shamsuri (2004) Research Methods for the Social Sciences Made Simple, DSS
Publishing Enterprise, Kelang, Selangor, Malaysia
Mohd Yusof Hasan (1991) Dunia Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia
Scott Walden (2010) Photography and Philosophy: Essays on the Pencil of Nature,
Wiley-Blackwell United Kingdom
Doug Harman and David Jones (2007) The Digital Photography Handbook, Quercus
Publishing Plc; 2nd Revised edition
George Schaub (2009) Digital Photographer's Guide to B&W Landscape Photography,
Lark Books; 1st edition
Peter Cope (2008) Digital Photographer's Guide To Exposure, David & Charles
Michael Freeman (2005) The Digital SLR Handbook, The Ilex Press Limited
Steve Mulligan (2008) Understanding Composition: The Complete Photographer's
Guide, Photographers' Institute Press
Mark Lucock (2003) Professional Landscape and Environmental Photography, Guild of
Master Craftsman Publications
Nur Haziqah Binti Muhamad Hanafiah (2010) Perkembangan Senibina Islam dan
Kesannya di Malaysia, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Fakulti Pengajian Islam, UKM http://newpaces.com/forum/topic/486
Assoc. Prof Dr. Mohd Tajuddin (1998) Konsep dan Fungsi Masjid di dalam Al-Hadis:
Suatu Pengajaran Bagi Pembangunan Masjid Masa kini , Jurnal Alam Bina, No.2, UTM,
(The Function and Concept of the Mosque in the Hadith: A lesson for the Present
Development of Mosques) http://drtajuddin.tripod.com/home.htm
Assoc. Prof. Dr. Mohamad Tajuddin, Mosque Architecture in Malaysia: Classification of
Styles and Possible Influence, Journal Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

Abdurrahman Abdullah Al-Tassan and Mohammed Ali Bahobail, Mosques and
Sustainabile Traditional Technique, Department of Architecture and Building Science,
College of Architecture and Planning- King Saud University, Saudi Arabia

Landon Nordeman (2007) Photography As A Research Method
http://xroads.virginia.edu/~ug97/fsa/welcome.html
http://geographyfieldwork.com/Fieldwork%20Methodology.htm
http://trulyterengganu.blogspot.com/2010/06/masjid-ladang.html
http://eforum1.cari.com.my/archiver/?tid-223898.html
http://museum.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/index_article.display.php?
cid=43&idcat=202&page=1&aid=811
http://masjidkristal.blogspot.com/
http://almasjid.wordpress.com/2011/01/08/masjid-muhammadi-mercu-perkembanganislam-di-kelantan/
http://www.islamgrid.gov.my/mosque/detailed.php?id=8
http://zouls.blogspot.com/2006/08/masjid-tertua-di-nusantara.html
http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=1413609
http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-289575.html
http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/akhirnya-masjid-brunei-di-danau-tok.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Jubli_Perak_Sultan_Ismail_Petra
http://www.malaysiasite.nl/masjidjamekeng.htm
http://www.bharian.com.my/articles/MasjidNegara_MuslimAidanjurprogramibadatkorba
n/Article/
http://www.masjidputra.gov.my/02/index.php?a=sejarah
http://www.masjidputra.gov.my/02/index.php?a=visi
http://tiklputra.tripod.com/masjid.htm
http://www.masjidputra.gov.my/02/index.php?a=imam

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0422&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm
http://masjidtuankumizan.com/v1/index.php?
option=com_content&view=article&id=50&Itemid=60
http://www.jawi.gov.my/masjid.wpkl/index.php?
option=com_content&view=section&layout=blog&id=22&Itemid=22
http://muallij-islamiah.blogspot.com/2010/11/masjid-putih-di-kelantan.html
http://berpetualangkeaceh.blogspot.com/2008/05/brunei-mosque-at-danau-tok-ubanagain.html
http://www.eramuslim.com/berita/dakwah-mancanegara/antara-narathiwat-dankelantan.htm
http://haluankelantan.wordpress.com/2010/04/24/khidmah-di-masjid-beijing-rantaupanjang-mendapat-sambutan-baik-dari-masyarakat/
http://manjanik.wordpress.com/2008/10/25/masjid-cina-kelantan-telah-mendahului/
http://www.pbase.com/afaizal/masjid_kg_laut_kelantan
http://prinsma.tripod.com/mkl.htm
http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=979650&page=2
http://www.asiaexplorers.com/malaysia/masjid_kampung_laut.htm
http://lutfysoze.wordpress.com/2009/04/27/sejarah-masjid-kampung-laut-nilam-purikelantan/