Jabatan Agama Islam Selangor
5 negara dan bangsa baik dari segi bahasa,
budaya, undang-undang, tanah air dan agamanya. Ghazali 1998; al-Jabiri 1997. Bukan
itu sahaja, globalisasi mengakibatkan masyarakat Islam hanyut tanpa batasan agama dan berakhlak
mulia. Merupakan pencabulan terhadap nilai-nilai kemanusiaan yang dirancang oleh
orentalis Barat. al-Jamil, t.t. Sementara itu, jika dilihat ancaman ideologi ini di Malaysia, didapati globalisasi
berjaya melahirkan bangsa Melayu yang tiada identiti
kemelayuan dan ketimurannya. Akibatnya mereka hilang jatidiri sebagai anak
Melayu serta kurang berpegang teguh kepada agama. Globalisasi juga
menjadikan sesuatu bangsa itu seringkali tunduk kepada agenda dan kehendak orang lain.
h Hegemoni. Konsep yang terkandung dalam globalisasi iaitu hegemoni atau
kekuasaan. Hegemoni bukan sahaja bermaksud kekuatan tentera tetapi juga merangkumi kekuatan ekonomi, idea, agama, etika, peradaban dan lain-lain.
Hegemoni Barat bukan sahaja terletak kepada kekuatan tentera, malah menguasai aspek nilai, budaya, termasuk jugalah agama. Ghazali, 1998.
i Sekularisme merupakan konsep untuk memisahkan manusia dengan agama. Ia
telah menular dengan hebat dan telah menjadi ritual dalam masyarakat masa kini. Dalam konsep ajaran Islam, agama tidak dapat dipisahkan daripada keseluruhan
hidup dan kenegaraan, Harusani, 2009. Justeru, konsep sekularisme secara terang-terang memusuhi Islam. Istilah-istilah sekularisme, sekularisasi, sekular tidak
boleh dihubung-kaitkan dengan Islam. al-Attas 1978; al-Qaradawi 1977. Dalam konteks di Malaysia, Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara. Dalam aspek yang
lain, ia bertindak sebagai perlindungan terhadap undang-undang Islam itu sendiri. Walau bagaimanapun, proses globalisasi yang sedang rancak berjalan, lambat laun
akan mencabar undang-undang setiap negara. Apabila kubu pertahanan ini lemah dan penduduk Islam bukan kelompok majoriti, sudah tentu kedudukan Islam dan
bangsa Melayu akan tergugat. Ugi Suharto, 2007
4. SEJARAH KEMUNCULAN DAN PENYEBARAN IDEOLOGI
Di negara Barat, para penyebar ideologi telah melalui beberapa pengalaman perit dan sengsara kerana kehidupan mereka ditindas teruk oleh agama mereka sendiri.
Contoh, para paderi dan pengikutnya tidak membenarkan memiliki harta kekayaan tetapi peraturan ini tidak terpakai untuk gereja. Suatu ketika dulu gereja memiliki harta
yang banyak.
Jabatan Agama Islam Selangor
6 Mereka juga menderita kerana disuruh berkorban demi untuk agama serta dijanjikan
pengampunan dosa bagi mereka yang bertarung bermati-matian melawan tentera Islam dalam perang Salib. Kesengsaraan mereka berterusan selama beratus-ratus
tahun sehingga timbullah idea untuk kembali melawan arus. Ketika ini mereka melalui zaman kegelapan yang dikenali sebagai Dark Age.
Sementara itu, Islam menempuh zaman kegemilangan dan waktu yang sama dunia Barat mengalami zaman kemunduran. Islam merupakan kuasa terbesar seluruh dunia.
Pada ketika ini pengaruh gereja masih lagi kuat di kalangan orang Eropah. Gereja menekan penganutnya supaya memohon keampunan kepada Pope. Azlan Khalili bin
Shamsudin, 1994:7 Sehingga akhirnya, para penganut kristian mula bangkit menentang amalan kuno gereja yang dilihat tidak membawa kemajuan. Bermulalah
pengasingan agama dari sistem keseluruhan hidup mereka. Ada yang menganggap sains adalah tuhan dan seterusnya berubah menjadi aties, percayakan logik akal,
membuat keputusan memerlukan bukti dan sebagainya. Malahan menganggap semua agama di dunia ini sama sahaja.
Setelah penjajahan minda mula dikuasai, mereka meneruskan dengan era penjajahan ke atas negara-negara Islam. Objektif utama mereka adalah untuk membaratkan
pemikiran orang Islam. Kesan ke atas negara Islam ialah berlakunya pemindahan ideologi yang negatif terhadap umat Islam. Negara Islam yang dijajah oleh Barat telah
berpecah dan wilayahnya dibahagikan kepada wilayah-wilayah tertentu. Dasar pecah dan perintah Sebagai contoh, kerajaan Moghul yang diasaskan pada abad 16 Masihi
telah diambil alih kuasa politik sepenuhnya oleh kerajaan Inggeris. Begitu juga Perancis telah menakluk Algeria dan Sahara, termasuk Malaysia pernah dijajah oleh
berbagai-bagai kuasa asing. Sehingga kini, walaupun penjajahan sudah berakhir, namun kesan-kesan penjajahan terutama dari aspek psikologi dan intelektual masih
ketara. Jiwa anak bangsa terus dijajah. Seorang sarjana Islam, Khurshid Ahmad mengatakan bahawa penjajah berselindung di
sebalik cogan kata
Jabatan Agama Islam Selangor
7
Jabatan Agama Islam Selangor
8 Allama Muhamad Iqbal seorang ahli falsafah Islam yang telah menyelami pendidikan
Barat telah menukilkan dalam sajak beliau:
Jabatan Agama Islam Selangor
9 oleh Barat, perundangan Islam telah bertukar kepada perundangan penjajah
Jabatan Agama Islam Selangor
10 pula banyak berlaku pertembungan tidak sihat sehingga melahirkan berbagai-bagai
ideologi yang mempertikaikan kesahihannya. Ideologi yang terdapat unsur ajaran menyeleweng ini dibawa masuk ke dalam
pemikiran masyarakat Islam sama ada secara sedar atau tidak sedar. Kesannya ia dapat menjauhkan mereka yang kurang mendalami ajaran Islam untuk menolak Islam
dengan mudah. Contoh, seperti golongan muktazilah, golongan wahabi dan sebagainya berjaya memecah belahkan umat Islam. Mereka saling mempertahankan
ideologi masing-masing dengan pelbagai alasan dan hujah. Ideologi ini terbahagi kepada tiga kategori. Pertama, mereka yang mengkaji dan
mengamalkan Islam. Kedua, mereka yang tidak faham langsung dan jahil tentang Islam, dan ketiga, mereka yang jahil murakkab tidak sedar dirinya jahil tetapi mahu
bercakap mengenai Islam. Terhadap golongan kedua dan ketiga, kesan pemikiran dan ideologi amat merbahaya
untuk masyarakat Islam. Mereka seringkali dilihat sebagai golongan perosak agama serta memecah belahkan umat Islam kerana jahil murakkab yang menebal. Selain itu,
kesan daripada ideologi sesat ini meresap masuk ke dalam urusan kehidupan umat Islam seharian. Antara kesan yang nyata ialah mereka membahagikan urusan
keduniaan dan urusan ibadah secara berasingan. Urusan pentadbiran dipisahkan dalam Islam. Sepatutnya, Islam itu satu cara hidup yang lengkap dalam seluruh aspek
kehidupan manusia. Selain dari itu, terdapat juga ideologi yang giat mengembangkan pengaruh dalam
masayrakat. Antaranya ideologi Lions Club berfahaman seperti freemason. Mereka berselindung di sebalik nama persaudaraan, keamanan dan sebagainya. Ideologi
freemason dipelopori oleh bangsa Yahudi bertujuan untuk menguasai bangsa lain. Selanjutnya diterangkan kesan ideologi ke atas masyarakat Islam dengan lebih jelas
seperti di bawah. A. Kesan Ideologi Sekularisme
1. Memisahkan Islam dan politik. Mereka mendakwa bahawa Islam adalah agama yang bersih dan politik adalah kotor. Kerana itu, Islam dan politik tidak boleh
dicampurkan kedua-duanya sekali dalam satu masa. Dari pandangan Islam, Islam membentuk politik menjadi bersih kerana Islam sukakan bersih, cekap, amanah,
Jabatan Agama Islam Selangor
11 toleransi, telus dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Islam menentang
kekotoran, penindasan dan sebarang bentuk penipuan. 2. Sekularisme juga menghalang perlaksanaan hukum-hukum perundangan Islam
atau Syar
Jabatan Agama Islam Selangor
12 4. Menjadikan jurang pendapatan rakyat tidak selaras. Golongan orang miskin
bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya. 5. Golongan ini sentiasa memperjuangkan kebebasan dalam beragama, kebebasan
menyuarakan pendapat, kebebasan pemilikan harta benda berpandukan sistem kapitalis, kebebasan dalam tingkah laku, pakaian dan sebagainya.
D. Kesan Ideologi Komunisme 1. Fahaman komunisme bercanggah dengan akidah Islam yang boleh membawa
umat Islam ke arah kemunduran. Mereka mengingkari kewujudan Allah, perkara ghaib serta hari kiamat.
2. Ideologi komunis ini bersifat tidak berperikemanusiaan. Pemimpin ideologi ini memeras keringat rakyat dan merampas harta milik mereka. Pemimpin
masyarakat membuat peraturan dan rakyat dikehendaki mengikut tanpa pertikaian. Rakyat bekerja untuk kepentingan negara sahaja.
E. Kesan Ideologi Sosialisme 1. Menjadikan kebendaan sebagai matlamat utama dalam hidup serta menjauhkan
agama Islam daripada terlibat secara aktif. Tidak wujud persoalan Halal dan Haram, yang wujud hanyalah untung dan rugi.
2. Merampas hak-hak orang perseorangan dan mempertikaikan kebebasan mereka, malah seringkali berlaku penipuan dan salahguna kuasa dalam urusan
mengendalikan hak milik umum. 3. Menghapuskan semangat tolong menolong dan bekerjasama dalam masyarakat.
4. Dalam konteks akidah, mereka menerapkan bahawa mempercayai semua alam semesta, manusia dan kehidupan merupakan material yang sifatnya berkembang
melalui evolusi masing-masing. Contoh, adanya hubungan jenis antara lelaki dan wanita melahirkan anak.
5. Golongan ini menafikan ciptaan dan kekuasaan Allah terhadap makluk. 6. Keperluan agama hanyalah bersifat hiasantampalan hidup semata-mata, bukan
sebagai suatu cara hidup. F. Kesan Ideologi Demokrasi
1. Rakyat berhak menentukan corak politik dan pemerintahan negara. Rakyat juga berhak menurunkan kembali kekuasaan itu dengan mengadakan pemilihan
kepimpinan baru termasuk mengubah peraturan yang sesuai dengan kehendak rakyat.
Jabatan Agama Islam Selangor
13 2. Rakyat bebas memilih agama masing-masing, bebas memiliki hak kepunyaan
harta, bebas dalam tingkah laku dan bebas bersuara. 3. Ideologi ini dilihat seringkali mencampur aduk antara ideologi kapitalis dan
ideologi sosialisme sebagai usaha untuk menutup beberapa kelemahan yang ada pada sistem itu. Contoh, mewujudkan sistem keadilan sosial atau sistem
kesejahteraan negara agar tidak menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat.
6. TERBAIK ADALAH IDEOLOGI ISLAM