TERBAIK ADALAH IDEOLOGI ISLAM

Jabatan Agama Islam Selangor 13 2. Rakyat bebas memilih agama masing-masing, bebas memiliki hak kepunyaan harta, bebas dalam tingkah laku dan bebas bersuara. 3. Ideologi ini dilihat seringkali mencampur aduk antara ideologi kapitalis dan ideologi sosialisme sebagai usaha untuk menutup beberapa kelemahan yang ada pada sistem itu. Contoh, mewujudkan sistem keadilan sosial atau sistem kesejahteraan negara agar tidak menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat.

6. TERBAIK ADALAH IDEOLOGI ISLAM

Dalam konteks akidah Islam, penganutnya hendaklah mengesakan Allah, mengagungkan Allah sebagai pencipta alam ini, menyembah Allah yang menguasai langit dan bumi, memuji Allah yang menguasai serta mengetahui alam ghaib dan alam nyata, pentadbir semesta alam dan pengatur bagi sesuatu yang dicipta-Nya. Orang-orang yang diberikan pemikiran yang sihat diminta supaya memperhati dan memikirkan kejadian alam yang indah, lautan yang terbentang luas, gunung-ganang yang tersergam indah, langit biru tanpa tiang yang kukuh, edaran bulan dan matahari mengikut orbitnya 12 jam siang dan 12 jam malam, jarak matahari dengan bumi yang sesuai dengan suhu kepanasannya dan sebagainya. Semuanya ini menunjukkan kekuasaan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh manusia. Bolehkah manusia berbuat sesuatu tanpa bantuan dari Allah? Bolehkah manusia membina bangunan pencakar langit tanpa adanya ilmu dan kemahiran yang tinggi bagi melaksanakan-nya tanpa adanya pertolongan dari Allah? Semuanya tidak akan berjaya tanpa sifat pemurah Allah ke atas hamba-Nya yang cukup lemah dalam segala hal. Dari sekecil-kecil urusan hinggalah kepada urusan yang sebesar-besar urusan, manusia tidak dapat mengurus tadbir tanpa kudrat dan iradah Allah. Jadi, adalah mustahil manusia yang hidup di atas muka bumi Allah ini tidak mengakui dan mengesakan Penciptanya. Ideologi yang mereka cipta itu adalah bersifat sementara sahaja. Kenapa tidak memilih ideologi Islam yang lengkap untuk seluruh hidup manusia. Islam adalah penyelamat ummah. Islam memperkenalkan sistem ekonomi Islam mu Jabatan Agama Islam Selangor 14 Manusia boleh menggubal atau meminda ndang-undang yang berkaitan peraturan semasa seperti menentukan peraturan trafik sama ada di jalan raya atau sebagainya. Namun, undang-undang yang berkaitan hukum syarak, hanya Allah sahajalah yang mengetahui baik buruknya terhadap keperluan manusia. Justeru, manusia tiada berhak untuk mempersoalkan sejauh mana keberkesanannya atau sesuaikah hukum Allah dilaksanakan dalam masyarakat masa kini yang sangat meruncing.

7. PENUTUP