PENDAHULUAN TAKRIF KONSEP IDEOLOGI DALAM PEMIKIRAN BARAT

Jabatan Agama Islam Selangor 1 SERAPAN IDEOLOGI DAN PEMIKIRAN ASING : PENGARUH DAN KESANNYA TERHADAP MASYARAKAT ISLAM

1. PENDAHULUAN

Serapan ideologi asing ke dalam masyarakat Islam di negara ini sudah lama melanda dan penularannya berlaku secara halus sehingga tidak disedari oleh umat Islam. Sama ada sedar atau tidak, pemikiran masyarakat Islam masa kini telah berubah kepada pemikiran asing dan kalau tidak dibenteras melalui pelbagai kaedah ianya boleh menjejaskan akidah umat Islam itu sendiri. Tulisan ini akan membincangkan tentang takrif ideologi, konsep ideologi, sejarah kemunculan penyebaran ideologi dan kesan terhadap masyarakat Islam.

2. TAKRIF

Jika diteliti dalam beberapa kamus popular masa kini, takrif ideologi dapat diberikan kepada beberapa pengertian. Antaranya, ideologi ditakrifkan sebagai visi yang bersifat komprehensif. Ideologi juga bermaksud menawarkan perubahan melalui proses pemikiran normatif. Jika dilihat takrif ideologi dalam bentuk yang lebih luas, ianya bermaksud suatu sistem pemikiran abstrak tidak hanya sekadar pembentukan idea yang diterapkan pada masalah umum sehingga mampu membuat konsep. Contoh, ideologi dalam politik. 1 Pemikiran asing yang dimaksudkan dalam artikel ini ialah apa-apa fahaman, falsafah, prinsip, kepercayaan dan adicita yang bersumberkan pemikiran barat adalah termasuk dalam takrif ini.

3. KONSEP IDEOLOGI DALAM PEMIKIRAN BARAT

Fahaman humanisme adalah suatu ideologi yang membawa manusia kepada penolakan agama atau berpaling daripada konsep theologi ketuhanan. Ideologi ini lebih kepada budaya penganutnya mementingkan diri sendiri. Kefahaman ini telah menjadi pegangan masyarakat Barat yang akhirnya melahirkan berbagai-bagai isme seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme dan sebagainya. Fahaman ini kini menular ke dalam masyarakat Islam melalui pelbagai saluran. Kesannya umat Islam terpisah daripada agama dan intima Jabatan Agama Islam Selangor 2 Fahaman humanisme juga dikenali sebagai fahaman materialisme kini telah berjaya menguasai sebahagian besar kelompok sosial dengan pelbagai jenama. Secara ringkasnya, fahaman humanisme dapat digambarkan pada Jadual 1 di bawah; Jadual 1 : Rangkaian Ideologi Humanisme Taha Anis Malik. 2005; Al-Rawi Fuad Muhsin. 2009; Harun Yahya, 2009, ubahsuai pluralisasi kapitalisme pragmatisme liberalisme demokrasi pobialisme globalisasi sosialisme saintisme sekularisme HUMANISME Jabatan Agama Islam Selangor 3 Jika diteliti pada Jadual 1, terdapat beberapa pemikiran yang berkembang luas dalam masyarakat Barat. Antaranya bentuk pemikiran yang berlandaskan akal manusia dan logik. Di bawah ini akan dijelaskan beberapa ideologi yang terkenal masa kini. a Humanisme berasal dari Eropah. Ia mula berkembang pada zaman Renaissance pada abad ke-15 dan 16 Masihi Abdul Hadi, 2009. Humanisme merupakan satu agenda yang memusatkan kepada nilai manusia dalam membuat keputusan. Sementara itu, Harun Yahya dalam bukunya Ancaman Global Freemasonary, mengatakan humanisme merupakan satu ancaman ke atas agama Islam. Fahaman ini menolak agama, menafikan hak ciptaan Allah. Fahaman ini bukanlah satu fahaman yang baru muncul tetapi ia berasal daripada doktrin Kabbalah, iaitu hasil peninggalan fahaman Raja Mesir Kuno. Fahaman ini telah muncul lebih awal daripada falsafah Yunani yang dibawa oleh Socrates, Plato dan Aristoteles. Abdul Hadi, 2009 Doktrin pemikiran humanisme seringkali meletakkan konsep matlamat menghalalkan cara. Bagi mencapai maksud tersebut, apa sahaja boleh dilakukan demi mencapai matlamat walaupun terpaksa melanggar peraturan dan hukum Allah. Demikian juga dalam konsep kebebasan hidup, hendaklah diperjuangkan oleh semua pihak. Sementara itu, dalam konteks kenegaraan, kerajaan dan ritual agama hanya timbul setelah berlaku pertembungan dalam kehendak-kehendak tersebut. Tetapi dengan adanya kemajuan teknologi, mereka bergerak atas nama globalisasi. Taha, 2005 b Materialisme, pragmatisme, liberalisme dan globalisasi semuanya lahir daripara kefahaman humanisme. Jika dilihat dari aspek istilah nampak berbeza, tetapi sebenarnya fahaman dan ideologi itu mempunyai persamaan iaitu bertentangan dengan ajaran Islam. Semuanya lahir daripara revolusi tindakan kejam gereja dan golongan bangsawan terhadap para ilmuwan dan rakyat jelata di zaman Feudal Eropah. Penolakan yang amat ekstrim terhadap agama membawa Eropah kepada kecintaan yang tidak terhingga terhadap diri sendiri. Kecintaan dan ketaksuban yang keterlaluan boleh membawa kepada bentuk penyembahan diri yang jelas bertentangan dengan konsep al-Qur`an dan Hadith Nabi. c Demokrasi pada asasnya lahir daripada sistem yang diguna pakai oleh golongan sosialis dan golongan kapitalis. Dasar demokrasi adalah lebih kepada sistem pemerintahan sesebuah negara. Sistem ini mengasingkan penguasaan sultan raja Jabatan Agama Islam Selangor 4 ke atas pentadbiran dan pengurusan negara. Demokrasi memperkenalkan Lembaga Perwakilan Rakyat Parlimen mencakupi legislatif perundangan, fungsi pengawasan ke atas pentabdiran negeri di bawahnya dan fungsi pentadbiran yang bertanggung-jawab dalam melaksanakan sistem, struktur dan organisasi pentadbiran. d Kapitalisme amat mementingkan keuntungan dan menafikan hak orang lain khususnya dalam aspek perniagaan. Contoh, amalan riba interest berkonsepkan keuntungan dan penindasan terhadap golongan miskin secara tidak langsung. Di samping itu memberi keuntungan kepada orang kaya raya. Pada dasarnya persaingan dalam perniagaan adalah diharuskan. Namun, konsep kapitalisme membawa jurang yang amat jauh dalam struktur masyarakat. Amalan riba dan sistem monopoli menjadi asas kapitalisme yang dilihat berat sebelah. e Komunisme mungkin dilihat lebih adil memberikan hak persamaan kepada semua manusia. Nampak jauh berbeza dengan kapitalisme tetapi sebenarnya sama dari sudut penyembahan kepada kehendak manusia; cuma dengan cara yang berbeza, iaitu dengan menyamakan kehendak agar semua kehendak dipenuhi. Contoh, penagih dadah dibenarkan memiliki sejumlah dadah untuk dirinya sendiri. Melebihi had itu baru dikira salah. Anda boleh menagih dadah di mana-mana sahaja kerana itu kehendak mereka yang perlu dipenuhi. Kerajaan hanyalah mampu menyediakan tong sampah khas untuk picagari dadah agar tidak mengganggu orang lain yang tidak terlibat dengan dadah. f Sekularisme, sosialisme dan pluralisasi mengakui bahawa arak dan judi bukan suatu yang baik untuk manusia. Arak dan judi juga merupakan kepala segala kejahatan. Tetapi apa yang Barat lakukan untuk mengelakkan rakyatnya daripada dicemari oleh najis arak dan judi? Kehendak manusia mengatasi segala kebaikan dan maslahah. Seks bebas dianggap sebagai keinginan hawa nafsu manusia yang perlu dipenuhi. Kerana itu, di Barat di dapati banyak kedai Jabatan Agama Islam Selangor 5 negara dan bangsa baik dari segi bahasa, budaya, undang-undang, tanah air dan agamanya. Ghazali 1998; al-Jabiri 1997. Bukan itu sahaja, globalisasi mengakibatkan masyarakat Islam hanyut tanpa batasan agama dan berakhlak mulia. Merupakan pencabulan terhadap nilai-nilai kemanusiaan yang dirancang oleh orentalis Barat. al-Jamil, t.t. Sementara itu, jika dilihat ancaman ideologi ini di Malaysia, didapati globalisasi berjaya melahirkan bangsa Melayu yang tiada identiti kemelayuan dan ketimurannya. Akibatnya mereka hilang jatidiri sebagai anak Melayu serta kurang berpegang teguh kepada agama. Globalisasi juga menjadikan sesuatu bangsa itu seringkali tunduk kepada agenda dan kehendak orang lain. h Hegemoni. Konsep yang terkandung dalam globalisasi iaitu hegemoni atau kekuasaan. Hegemoni bukan sahaja bermaksud kekuatan tentera tetapi juga merangkumi kekuatan ekonomi, idea, agama, etika, peradaban dan lain-lain. Hegemoni Barat bukan sahaja terletak kepada kekuatan tentera, malah menguasai aspek nilai, budaya, termasuk jugalah agama. Ghazali, 1998. i Sekularisme merupakan konsep untuk memisahkan manusia dengan agama. Ia telah menular dengan hebat dan telah menjadi ritual dalam masyarakat masa kini. Dalam konsep ajaran Islam, agama tidak dapat dipisahkan daripada keseluruhan hidup dan kenegaraan, Harusani, 2009. Justeru, konsep sekularisme secara terang-terang memusuhi Islam. Istilah-istilah sekularisme, sekularisasi, sekular tidak boleh dihubung-kaitkan dengan Islam. al-Attas 1978; al-Qaradawi 1977. Dalam konteks di Malaysia, Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara. Dalam aspek yang lain, ia bertindak sebagai perlindungan terhadap undang-undang Islam itu sendiri. Walau bagaimanapun, proses globalisasi yang sedang rancak berjalan, lambat laun akan mencabar undang-undang setiap negara. Apabila kubu pertahanan ini lemah dan penduduk Islam bukan kelompok majoriti, sudah tentu kedudukan Islam dan bangsa Melayu akan tergugat. Ugi Suharto, 2007

4. SEJARAH KEMUNCULAN DAN PENYEBARAN IDEOLOGI