A6.1 SEKILAS PANDANG INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA

A6.1 SEKILAS PANDANG INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA

6.1.1 Perkembangan Industri Takaful di Malaysia 1984-2013

11 Pengendali Takaful dengan Takaful

Pengendali tunggal komposit

dengan modal RM10 juta yang

modal minimum masing-masing

menetapkan asas untuk industri

RM100 juta, yang meningkatkan persaingan

Pelabur /

Pemegang saham lebih meluas Pemegang

Sebuah bank Islam dan majlis-

yang terdiri daripada pelabur saham

majlis agama negeri dan

pertubuhan-pertubuhan agama

swasta, kumpulan perbankan, syarikat insurans dan syarikat insurans semula

Produk

Produk terhad yang tertumpu

Kepelbagaian produk lebih

pada Takaful motor, kebakaran

meluas dengan ciri-ciri yang

dan gadai janji. Produk umum

canggih. Produk keluarga

menguasai pasaran sebanyak

menguasai pasaran sebanyak 71%

63% (dari segi caruman)

(dari segi caruman)

Pelanggan

Kebanyakannya Muslim

Muslim dan bukan Muslim dengan jangkaan, pilihan dan permintaan yang berbeza.

Saluran

Cawangan, pegawai pemasaran, Pengedaran

Cawangan dan pegawai

pemasaran dan Meja Takaful

tenaga agensi, bankatakaful, broker, internet dan pakatan strategik

Lebih meluas dengan instrumen Pelaburan

Saluran

Terhad pada deposit Islam dan

sekuriti Islam Kerajaan

pelaburan patuh syariah yang dikeluarkan oleh Kerajaan dan sektor swasta

6.1.2 Perkembangan Industri Takaful Malaysia - Fasa I hingga III

Dalam membangunkan industri Takaful di Malaysia, Bank Negara Malaysia telah menggunakan pendekatan tiga fasa secara beransur-ansur:

 Fasa I (1984-1992)

Fasa I bermula dengan penggubalan undang-undang pengawalseliaan khusus iaitu Akta Takaful 1984 dan Pengendali Takaful yang pertama memulakan perniagaan pada tahun 1985. Akta ini mengawal pengendalian perniagaan Takaful dan memerlukan pendaftaran Pengendali Takaful. Akta ini juga memperuntukkan penubuhan Jawatankuasa Syariah untuk memastikan operasi perniagaan Pengendali Takaful mematuhi prinsip-prinsip Syariah pada sepanjang masa.

 Fasa II (1993-2000) Dalam Fasa II, lebih banyak lesen telah diberikan kepada pengendali dan terdapat

kerjasama serantau dalam kalangan Pengendali-pengendali Takaful, termasuk pembentukan Kumpulan Takaful ASEAN pada tahun 1995 dan penubuhan ASEAN Retakaful International (L) Ltd pada tahun 1997. Ini telah memudahkan pengaturan takaful semula dalam kalangan Pengendali Takaful di Malaysia dan di rantau ini, seperti Brunei, Indonesia dan Singapura.

 Fasa III (2001-2010) Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK) diperkenalkan pada tahun 2001 semasa

Fasa III. Objektifnya, antara lain, adalah untuk meningkatkan kapasiti Pengendali Takaful dan memperkuatkan rangka kerja undang-undang, syariah dan pengawalseliaan industri Takaful.

Di bawah PISK, Malaysia berhasrat untuk menjadi pusat kewangan Islam antarabangsa, dan pada tempoh ini terdapat kadar peningkatan pembangunan industri Takaful. Persatuan Takaful Malaysia (MTA), persatuan bagi Pengendali Takaful ditubuhkan pada tahun 2002. MTA berhasrat untuk meningkatkan pengawalan kendiri industri melalui keseragaman amalan pasaran dan menggalakkan tahap kerjasama yang lebih tinggi dalam kalangan peserta bagi membangunkan industri.

6.1.3 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

Akta ini telah diluluskan oleh Parlimen pada 30 Jun 2013, menggantikan Akta Takaful 1984 dan Akta Perbankan Islam 1983. Akta ini memberi kuasa kepada BNM untuk mengawal dan menyelia institusi kewangan Islam ke arah mencapai kestabilan kewangan dan pematuhan syariah. Akta baru ini dianggap menyeluruh dan ketat berbanding Akta- akta yang digantikan sebelumnya. Akta ini juga menyediakan BNM cara yang diperlukan untuk tindakan campur tangan dan pemulihan.

Akta ini memerlukan antara lain, Pengendali Takaful dengan lesen komposit (iaitu kedua-dua perniagaan Takaful Keluarga dan Am) untuk mengasingkan lesen kepada entiti yang berlainan dan setiap entiti mestilah mempunyai modal minimum sebanyak RM100 juta. Pengendali diberi 5 tahun untuk mematuhi peraturan baharu ini.

Hukuman penalti dan penjara ke atas mereka yang bersalah melanggar Akta ini dikenakan had yang lebih tinggi. Ini adalah untuk mengelakkan ketidakpatuhan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan memberikan perhatian serius terhadap mereka yang terlibat dalam industri ini.