A4.1 PENGENALAN

A4.1 PENGENALAN

Insurans boleh ditakrifkan sebagai kontrak di mana satu pihak yang dinamakan sebagai penanggung insurans, berjanji sebagai balasan terhadap pertimbangan yang dipersetujui, yang dipanggil premium bagi membayar kepada pihak lain, yang dinamakan pihak diinsuranskan, sejumlah wang, apabila berlakunya keadaan tertentu pada tempoh tertentu.

Oleh itu, dalam erti kata yang lain, kontrak insurans adalah kontrak antara dua pihak, penanggung insurans dan pihak diinsuranskan, di mana pihak terdahulu berjanji untuk membayar ganti rugi kepada pihak yang kemudian apabila berlakunya keadaan tertentu sebagai pulangan pada sumbangan atau carumannya.

Insurans telah wujud sejak beberapa abad. Sesetengah ahli sejarah menjejaki asal usul insurans dari 215 Masihi /CE, apabila kerajaan Romawi diperlukan oleh pembekal tentera untuk menanggung semua risiko yang timbul akibat daripada serangan musuh, ribut, dan lain-lain bencana alam terhadap bekalan yang dibawa di atas kapal mereka. (Omar Fisher, 2009). Bukti terawal kontrak insurans bermula dari tahun sekitar 2,800 Sebelum Masihi di mana kod perundangan Babylon menunjukkan peraturan mengenai insurans. Pada asasnya konsep insurans telah dibangunkan untuk menangani bahaya yang dihadapi oleh saudagar-saudagar dan pedagang-pedagang di laut. Ini berbeza daripada perlindungan kargo dan barangan yang dibawa oleh kapal-kapal bagi perlindungan terhadap kehilangan nyawa para pelayar dan pegawai.

Dalam erti kata lain, terdapat keperluan untuk manusia bersedia terhadap kerugian. Dan insurans moden boleh dijejaki bermula pada abad 1600 Masihi, apabila saudagar- saudagar British dan pemilik kapal mula bertemu di kedai kopi berhampiran Lombard Street di London. Kedai kopi ini dinamakan Lloyd, di mana mereka membuat perjanjian untuk saling berkongsi dalam keuntungan dan kerugian pelayaran di laut (Omar Fisher, 2009).

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa amalan tersebut juga tersebar luas di kalangan orang Cina, Yunani dan Eropah. Kes pertama insurans hayat bermula pada tahun 1583 di

England di mana kontrak jangka tertentu dikeluarkan untuk hayat William Gybbon. Satu perkembangan yang penting dalam industri insurans hayat ialah pembangunan jadual kemortalan oleh Edmund Halley dalam tahun 1693. Walau bagaimanapun, kira-kira satu abad kemudiannya barulah tahap ketepatannya telah dicapai dalam meramal kadar kemortalan.

Insurans telah diperkenalkan di Malaysia bermula sejak abad ke-18 dan ke-19 di mana firma-firma perdagangan dan rumah-rumah agensi bertindak sebagai ejen bagi syarikat- syarikat insurans dari United Kingdom. Setelah mencapai kemerdekaan, terdapat usaha untuk menubuhkan syarikat insurans tempatan. Awal 1960-an menyaksikan pertumbuhan banyak syarikat-syarikat insurans hayat dan am. Sesetengah syarikat dikendalikan secara kurang sihat dengan garis panduan pengunderaitan yang tidak wajar.

Kerajaan kemudiannya campur tangan dan Akta Insurans 1963 telah diperkenalkan. Di bawah Akta tersebut, pengendalian dan pengawasan industri insurans secara am adalah dalam bidang kuasa Ketua Pengarah Insurans di bawah Kementerian Kewangan. Baru- baru ini, Kerajaan telah memperkenalkan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 bagi menggantikan akta yang lama.

4.1.1 Definisi Insurans

Insurans boleh ditakrifkan sebagai kontrak di mana satu pihak dinamakan penanggung insurans, berjanji sebagai balasan terhadap pertimbangan yang dipersetujui, dipanggil premium bagi membayar kepada pihak lain, yang dinamakan pihak diinsuranskan, sejumlah wang, apabila berlakunya keadaan tertentu sepanjang tempoh tertentu.

4.1.2 Asas Insurans

Insurans adalah satu proses di mana kerugian yang dialami oleh beberapa pihak disebar luas kepada dan ditanggung oleh pihak yang ramai. Dalam amalan moden, insurans adalah satu bentuk di mana beban kewangan musibah dipindahkan daripada Penanggung Insurans kepada Pihak yang Diinsuranskan. Konsep di sebalik insurans adalah bahawa sekumpulan orang terdedah kepada risiko yang sama berkumpul bersama-sama dan memberi sumbangan ke arah pembentukan satu kumpulan wang terkumpul. Seandainya ada pihak yang benar-benar mengalami kerugian daripada risiko tersebut, ia dibayar pampasan daripada kumpulan wang terkumpul yang sama. Sumbangan kepada pengumpulan tersebut dilakukan oleh sekumpulan orang yang berkongsi risiko umum dan dikutip oleh syarikat insurans dalam bentuk premium.

Kontrak insurans adalah kontrak indemniti/ganti rugi (tidak termasuk Insurans Hayat dan Kemalangan Diri) dan prinsip ini menempatkan Pihak Diinsuranskan pada kedudukan kewangan yang sama seperti mana dia berada sebelum berlakunya musibah. Jumlah pihak diinsuranskan mestilah ditetapkan pada tahap, yang akan memberikan pampasan Kontrak insurans adalah kontrak indemniti/ganti rugi (tidak termasuk Insurans Hayat dan Kemalangan Diri) dan prinsip ini menempatkan Pihak Diinsuranskan pada kedudukan kewangan yang sama seperti mana dia berada sebelum berlakunya musibah. Jumlah pihak diinsuranskan mestilah ditetapkan pada tahap, yang akan memberikan pampasan

4.1.3 Jenis-jenis Insurans

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) memperuntukkan bahawa:

1. Bagi maksud Akta ini, perniagaan insurans hendaklah dibahagikan kepada dua kelas:

a. Perniagaan hayat, yang mana tambahan pada semua perniagaan yang insurans berkenaan dengan polisi hayat termasuk sebarang jenis perniagaan insurans yang dijalankan hanya berkaitan dengan perniagaan penanggung insurans hayat, dan

b. Perniagaan am, yang bererti semua perniagaan insurans yang bukan perniagaan insurans hayat.

2. Bagi maksud Akta ini, insurans semula liabiliti di bawah polisi dikira sebagai perniagaan insurans dari kelas dan perihalan di mana polisi tersebut akan tergolong jika ianya dikeluarkan oleh penanggung insurans semula.