Asas jual beli barang bermanfaat

BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

 Memahami konsep Islam, matlamat (maqasid) dan sumber-sumber syariah.  Memahami larangan-larangan dalam muamalat Islam.  Memahami dan menerangkan peraturan-peraturan kontrak muamalat.

A1.1 PENGENALAN

Perkataan 'Islam' dalam bahasa Arab bermaksud „penyerahan‟, dan berasal daripada perkataan yang membawa maksud „keamanan‟. Dalam konteks agama, Islam bermakna penyerahan sepenuhnya kepada kehendak Allah (SWT). Islam bukanlah agama semata- mata tetapi suatu "deen", yang bermaksud 'cara hidup'. Ia merangkumi dimensi jasmani dan rohani dalam kewujudan manusia.

Allah (SWT) telah menegaskan kesempurnaan Islam dalam ayat Al-Quran yang berikut;

Maksudnya: "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan ni’mat Ku kepada kamu dan Aku redhai Islam menjadi agama untuk kamu"

(Al-Maidah: 3)

1.1.1 Konsep Islam

Pada asasnya, Islam merangkumi aqidah (kepercayaan), syariah (undang-undang) dan akhlak (kod moral/adab).

Konsep syariah bukan sahaja mentadbir manusia dalam menjalankan hidupnya bagi merealisasikan kehendak Ilahi, tetapi meliputi semua tingkah laku; spiritual, mental serta fizikal. Oleh itu, prinsip-prinsip syariah bukan saja mengenai undang-undang tetapi meliputi keseluruhan cara hidup yang merangkumi kepercayaan (iman) dan amalan (amal), tingkah laku peribadi, undang-undang dan sosial.

Oleh itu, Islam juga dikenali sebagai syariah al-kubra yang merangkumi cara hidup yang telah ditentukan oleh Allah (SWT).

Syariah al-kubra boleh dibahagikan seperti berikut:

Ibadat Muamalat

Aqidah Aqidah ditakrifkan sebagai kepercayaan tanpa sebarang ragu-ragu atau syak terhadap Allah (SWT), para Rasul-Nya dan Para Malaikat- Nya, Hari Akhirat, Kitab Suci serta da n Qada‟ dan Qadar. Ia merupakan asas utama dalam Islam dan titik permulaan untuk menjadi seorang Muslim yang baik. Ia dapat dilihat dengan aktiviti- aktiviti yang dilakukan oleh seseorang Muslim itu sendiri. Nabi Muhammad (saw) menjelaskan bahawa Islam adalah seperti sebuah bangunan di mana asasnya ialah aqidah. Asas aqidah dalam Islam ialah enam rukun iman (rukun al-iman).

Akhlaq Amalan kebaikan, moral, dan adab dalam teologi dan falsafah Islam. Ia merangkumi hubungan antara manusia dan Allah (SWT), antara manusia dan manusia dan antara manusia dan makhluk lain.

Syariah Syariah ialah satu set peraturan yang diperolehi daripada al-Quran dan hadith-hadith sahih (sunnah) Nabi Muhammad (saw) dan pendapat ilmiah (ijtihad) berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Syariah mengandungi kategori dan perkara-perkara mengenai undang- undang Islam yang dikenali sebagai cabang fiqh (perundangan Islam).

Fiqh Ibadat Peraturan penyucian mengenai hubungan antara manusia dan Allah (SWT) seperti solat, puasa, zakat, jihad dan beberapa bentuk ibadah lain yang termasuk di bawah tajuk ini.

Fiqh Munakahat Peraturan berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan seperti perkahwinan, perceraian, harta pusaka, penjagaan dan perkara- perkara lain yang berkaitan.

Fiqh Jinayat Ia dikenali sebagai undang-undang jenayah dalam Islam, merangkumi kesalahan besar seperti persetubuhan haram (zina), kecurian (sariqah), pembunuhan, dan lain-lain.

Fiqh Muamalat Peraturan yang mengawal transaksi perdagangan antara pihak-pihak yang terlibat.

1.1.2 Objektif Syariah (Maqasid al Syariah)

Maqasid ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud matlamat atau tujuan. Dalam konteks Islam, ia merujuk kepada objektif yang ditetapkan oleh syarak dalam mensyariatkan hukum.

Menurut Imam al- Ghazali “matlamat syariah adalah untuk menggalakkan kesejahteraan seluruh manusia, dengan menjaga iman mereka (deen), diri mereka (nafs), akal mereka (a'qal), keturunan mereka (nasl ) dan harta benda mereka (mal). Apa sahaja yang boleh memastikan perlindungan daripada lima prinsip ini demi kepentingan awam, ia adalah sewajarnya.

Terdapat lima maqasid (objektif) seperti berikut: -

Pemeliharaan

Keterangan / Catatan

Agama Pemeliharaan dan perlindungan deen (agama) di dalam semua keadaan.

Contoh: Mempertahankan agama Islam terutamanya jika ia diserang oleh musuh-musuh Islam.

Nyawa Pemeliharaan dan perlindungan keselamatan nyawa manusia didalam semua keadaan.

Contoh: Dalam usaha untuk melindungi nyawa manusia, hukuman yang berat dikenakan ke atas mereka yang membunuh orang.

Keturunan Pemeliharaan dan perlindungan keturunan dan kehormatan didalam semua keadaan.

Contoh: Islam melarang pengikutnya berzina atau berkelakuan tidak bermoral.

Akal Pemeliharaan dan perlindungan intelek dan minda di dalam semua keadaan. Pemeliharaan akal ialah melindunginya dari perkara-perkara yang boleh merosakkan dan menjejaskan fungsi serta keupayaan berfikir.

Contoh: Pengambilan minuman keras atau seumpamanya akan memberi kesan negatif kepada fungsi otak.

Harta Pemeliharaan dan perlindungan harta didalam semua keadaan.

Contoh: Inisiatif dan perancangan pro-aktif dalam melindungi harta benda terhadap musibah atau bencana.

1.1.3 Klasifikasi Manfaat Objektif Syariah

Cendiakawan/ulama Islam telah membahagikan keseluruhan masalih - merangkap - maqasid kepada tiga kategori kepentingan dalam susunan menurun:

Contohnya kereta mewah, barang kemas, dan sebagainya

Hajiyyat (keperluan) contohnya pendidikan yang baik, rumah yang selesa, dan

sebagainya

Lebih

Daruriyyat (asas)

Penting

contohnya makanan, pakaian, perlindungan .

1.1.4 Sumber Syariah

Secara umum, sumber syariah terbahagi kepada dua, iaitu sumber-sumber yang dipersetujui oleh ulama (adillah muttafaq 'alaih) dan sumber-sumber yang tidak dipersetujui oleh ulama. Sumber-sumber yang dipersetujui oleh ulama adalah sumber yang digunakan untuk mengeluarkan peraturan mengenai sesuatu perkara atau masalah yang berlaku. Sumber-sumber ini diterima oleh ulama tanpa apa-apa perbezaan pendapat di kalangan mereka dari segi turutan atau kebolehgunaan.

Terdapat empat sumber undang-undang yang dipersetujui oleh majoriti ulama seperti berikut:

Sumber

Keterangan / Catatan

Al-Quran Al-Quran adalah firman Allah (SWT) yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad (saw) dalam bahasa Arab melalui malaikat Jibril (as). Al- Quran adalah sumber rujukan utama dalam syariah. Ia adalah mu'jizat (makna yang mungkin tidak difahami oleh orang) dan tidak berubah dan dipelihara oleh Allah (SWT).

Sunnah Menurut muhaddithun atau pakar hadith, sunnah merujuk kapada sebarang tingkah laku Nabi Muhammad (saw) termasuk perbuatan beliau, kata-kata beliau, perbuatan beliau yang tidak melarang dan tidak menegah.

Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori 1 :

a. Sunnah Qawliyyah (Sunnah melalui Perkataan)

Contoh: apabila Nabi Muhammad (saw) dengan jelas berkata, "Solatlah seperti yang engkau lihat aku bersolat"

b. Sunnah Fi'liyyah (Sunnah melalui Perbuatan)

Jenis sunnah ini terdiri daripada perbuatan dan arahan sebenar Nabi, seperti cara beliau mendirikan solat, berpuasa, menjalankan upacara haji, atau transaksi yang dilaksanakan seperti jual beli dan urus niaga kewangan.

c. Sunnah Taqririyyah (Sunnah melalui Persetujuan)

Sunnah ini terdiri daripada perbuatan dan kata-kata para sahabat di hadapan Nabi atau yang sampai kepada

1 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 29 1 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 29

Ijma ' Ijma’ istilah dalam bahasa Arab yang merujuk kepada persetujuan sebulat suara di kalangan mujtahidun selepas kewafatan Nabi

Muhammad (saw). 2

Qiyas Qiyas merujuk kepada penggunaan hukum asal (hukum) yang telah ditetapkan dalam kes yang lebih awal mengenai isu semasa di mana

undang-undang adalah senyap. 3

1.1.5 Undang-Undang Mandatori (Hukum Taklifi)

Undang-undang mandatori (hukum taklifi) adalah undang-undang yang menghuraikan tentang arahan, larangan dan pilihan untuk melaksanakan atau meninggalkan aktiviti/pekerjaan. Menurut istilah Islam, tindakan seorang Muslim mesti dipandu oleh kelima-lima hukum (al-ahkam al-khamsah) yang diklasifikasikan sebagai berikut:

Klasifikasi Hukum

Penerangan

Wajib (wajib) Istilah wajib bermaksud tindakan yang mesti dilaksanakan oleh sesaorang muslim. Contoh: mendirikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadhan. Dari segi teknikal, ia merupakan satu perbuatan yang dituntut oleh Allah (SWT) dengan syarat-syarat yang harus dipatuhi.

Mandub (disyorkan) Mandub ditakrifkan sebagai tuntutan Allah (SWT) di mana melakukan sesuatu perbuatan mendapat pahala dan tidak salah jika meninggalkannya. Hukum mandub ialah berkaitan membuat sesuatu yang tidak bercanggah akan dapat pahala (thawab) bagi pelakunya, manakala meninggalkanya tidak berdosa seperti memberi sedekah.

Haram (larangan / Haram ditakrifkan sebagai peninggalan sesuatu perbuatan menyalahi undang-

yang diperintah oleh Allah (SWT) dengan syarat-syarat yang undang)

harus dipatuhi.Contoh perbuatan yang dilarang (haram) ialah penggelapan kekayaan orang lain.

2 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam,ms. 39

3 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 43

Makruh (tercela atau Makruh ditakrifkan sebagai peninggalan sesuatu perbuatan ditolak)

yang dituntut oleh Allah (SWT) dari segi syarat-syarat yang tidak terikat.Contoh perbuatan tercela (makruh) ialah hutang yang tidak didokumenkan (tidak direkodkan).

Mubah (dibenarkan) Mubah atau perbuatan yang dibenarkan ialah Allah (SWT) telah memberi pilihan samaada melakukan atau meninggalkan sesuatu tanpa menyalahi atau memuji sipelaku. Menurut prinsip ini, semua kontrak dan urus niaga adalah dibenarkan, melainkan jika terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.

A1.2 ASAS MUAMALAT

1.2.1 Pengenalan Muamalat

Istilah "muamalat" (jamak dari muamalah) bermaksud peraturan jual beli manakala dari segi teknikalnya Muamalat merupakan sebarang bentuk peraturan perhubungan dan persetujuan bersama antara manusia untuk menyelesaikan keperluan harian mereka, terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan. Muamalat merupakan hubungan sosial yang terdiri daripada pelbagai aktiviti ekonomi dan bukan ekonomi.

Prinsip-prinsip asas yang memainkan peranan dalam membentuk peraturan syariah dalam muamalat ialah: 4

Prinsip-prinsip Asas

Penerangan

Keharusan sebagai Status semua perkara selain daripada ritual adalah dibenarkan Peraturan Umum

sehingga bukti dikemukan bahawa perkara tertentu dilarang.

Kesimpulan Kontrak Persetujuan bersama bermakna bahawa kontrak yang dengan Persetujuan

dimeterai oleh kedua-dua pihak hendaklah bebas daripada Bersama

sebarang unsur-unsur paksaan, penipuan, salah nyata atau cara lain yang menyalahi undang-undang.

Pematuhan Kontrak Transaksi atau kontrak yang dibuat oleh individu-individu dengan Maqasid al

hendaklah selaras dengan maqasid al shariah. Shariah

4 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 193-199

Prinsip Edaran Kekayaan dan harta harus diedarkan di kalangan orang ramai Kekayaan secara Meluas dan dipindahkan secara aktif dari satu tangan ke satu tangan yang lain dalam bentuk perbelanjaan dan pelaburan.

Prinsip Ketelusan dalam Semua urus niaga kewangan perlu dijalankan dengan telus Urus niaga Perdagangan supaya semua pihak jelas mengenai semua fakta penting

termasuk terma-terma dan syarat-syarat urusan mereka.

Adil dan Saksama dalam Keadilan adalah prinsip umum shariah yang perlu diamalkan Urus Niaga

dalam semua transaksi dan kontrak Islam.

1.2.2 Larangan dalam Muamalat

Semua aktiviti ekonomi dibenarkan selagi aktiviti-aktiviti tersebut tidak melanggar sebarang prinsip-prinsip syariah. Pendapat ini disepakati dengan sebulat suara oleh kesemua empat mazhab utama (Hanafi, Maliki, Shafii dan Hanbali) bahwa semua bentuk urusan perniagaan yang melanggar sebarang prinsip-prinsip syariah dianggap tidak sah.

Prinsip-Prinsip Am

 Tidak dibenarkan membuat kontrak untuk menjual atau membeli produk-produk yang haram seperti alkohol atau bahan-bahan haram yang lain.

Nabi Muhammad (saw) telah bersabda,

"Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah melarang penjualan arak, daging haiwan yang mati, babi dan berhala,"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

 Begitu juga, tidak dibenarkan membuat kontrak bagi mana-mana perjanjian kewangan yang berasaskan riba (bunga atau faedah).

Maksudnya: "Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba"

(Al-Baqarah: 275)

 Kontrak yang melibatkan perjudian (maisir) adalah dilarang dalam Islam.

Maksudnya: "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar, dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya ”.

(Al-Baqarah: 219)

 Kontrak yang melibatkan unsur-unsur ketidakpastian yang besar (gharar fahish) juga dilarang dan kontrak boleh dibatalkan.

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu . "

(An-Nisaa ': 29)

Unsur-Unsur yang Dilarang

1. Riba (Bunga atau Faedah)

Al-Jassas mentakrifkan riba sebagai pinjaman yang diberi untuk satu tempoh yang ditetapkan dengan ditetapkan bayaran lebihan keatas principal yang mesti dibayar oleh peminjam. Riba juga ditakrifkan sebagai satu peningkatan yang tidak

mempunyai pertimbangan yang sejajar dalam pertukaran harta untuk harta. 5

Larangan riba disimpulkan daripada ayat berikut:

Maksudnya: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong- hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengkatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama saja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kapadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman riba) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kapada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itu ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

(Al-Baqarah: 275)

5 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 199

Adalah jelas bahawa larangan mengenai riba mempunyai dua dimensi.Yang pertama melarang menambah jumlah hutang/pinjaman yang perlu dibayar yang dikenali sebagai riba duyun, manakala yang kedua, dalam sistem perdagangan

“barter”, pertukaran barang ribawi dari jenis dan asas yang sama ditukar dengan kadar/nisbah tukaran berbeza yang dikenali sebagai riba buyu'.

Ini boleh diringkaskan seperti berikut: 6

Riba

Riba Duyun Riba Buyu’

Riba Riba

Riba

Riba

Qard Jahiliyyah

Fadhl

Nasi ’ah

a. Riba Duyun

Kenaikan yang tidak wajar ke atas wang yang dipinjamkan sama ada dalam bentuk barangan atau wang tunai melebihi jumlah pokok.

Jenis

Penerangan Riba Qard Pertambahan (faedah) ke atas jumlah pinjaman pokok yang telah dipersetujui ketika kontrak dibuat. Riba Jahiliyyah Faedah dikenakan ke atas peminjam bagi pembayaran lewat atau kegagalan untuk membayar balik pinjaman.

b. Riba B uyu’

Dalam urus niaga perdagangan dan pertukaran, berlaku pertukaran yang tidak sama ke atas komoditi ribawi yang jenis dan asas yang sama.

6 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 33-34

Jenis

Penerangan Riba Fadhl Oleh kerana jumlah/kuantiti yang tidak sama rata Riba Nasi'ah Oleh kerana lanjutan masa penghantaran

Nabi Muhammad (saw) bersabda,

'Emas akan dibayar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, dan garam dengan garam – sama jenis untuk sama jenis, seimbang untuk seimbang, pembayaran yang dibuat dengan serta-merta. Jika jenis berbeza, ikut kehendak anda menjualnya dengan syarat pembayaran dibuat dengan serta-merta.

(Riwayat Muslim)

Dari hadith di atas, emas dan perak mewakili wang. Gandum, barli, tamar dan garam mewakili barang makanan asasi.Barang tersebut dikenali sebagai barang ribawi.

Jenis

Matawang

Makanan Asasi

Barli Tamar Garam

Emas Perak

Pada masa dan kadar yang sama

Pada masa yang sama

Tanpa syarat

Peratuan pertukaran barangan berikut digunakan dalam menentukan sama ada transaksi berkenaan riba fadhl atau riba nasi'ah.

Peraturan 1:

Pertukaran antara bahan ribawi dari jenis yang sama (dan asas yang sama) hendaklah menggunakan kadar yang sama berat, sukatan atau jumlah dan penghantaran dan pembayaran mestilah dibuat pada waktu yang sama.

 Jika pembayaran dan penghantaran barangan dibuat pada waktu yang sama tetapi kadar berat, sukatan atau jumlah bahan yang ditukar tidak seimbang, maka berlaku riba fadhl.

 Jika pembayaran dan penghantaran barangan tidak dibuat pada waktu yang sama tetapi kadar berat, sukatan atau jumlah bahan yang ditukar adalah seimbang, maka berlaku riba nasi ’ah.

Peraturan 2:

Pembayaran dan penghantaran di antara bahan ribawi dari jenis yang berbeza dan asas yang sama perlu dibuat pada waktu yang sama, walaupun mungkin dengan harga yang berbeza. Keseimbangan kadar berat, sukatan atau jumlah barangan yang ditukar tidak penting.

 Jika bayaran dan penghantaran tidak dibuat pada waktu yang sama,

maka berlaku riba nasiah.

2. Gharar (Ketidakpastian)

Gharar atau ketidakpastian membuat transaksi tidak sah dalam Islam kerana ia akan menyebabkan berlaku ketidakadilan kapada pihak-pihak yang terlibat.Ini adalah disebabkan kuantiti dan kualiti yang dinyatakan dalam transaksi berkenaan tidak ditetapkan dan tidak diketahui yang boleh menjadikan kontrak tidak sah atau boleh batal.

Larangan gharar boleh disimpulkan dari ayat berikut:

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman. janganlah kamu makan (gunakan) harta- harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan jangan kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. "

(An-Nisaa ': 29)

Larangan transaksi gharar disahkan dalam hadith berikut:

Abu Hurairah ra melaporkan bahawa Nabi Muhammad (saw) melarang transaksi yang ditentukan dengan membaling batu, dan transaksi yang melibatkan sebarang ketidaktentuan.

(Riwayat Muslim)

Gharar boleh dikategorikan seperti berikut:

a. Gharar Kecil (Yasir)

Gharar kecil tidak menyebabkan kontrak jualan cacat kerana tidak memberi kesan kepada komponen-komponen utama (rukun atau unsur- unsur penting) kontrak dan syarat-syarat yang perlu bagi elemen-elemen penting (contohnya syarat-syarat yang berkaitan dengan aset, harga, bahasa yang digunakan dalam kontrak dan sebagainya)

b. Gharar Besar (Fahish)

Secara amnya, gharar besar adalah

ketidakpastian yang terlalu nyata sehingga ia tidak boleh diterima, atau

Ia terlalu kabur sehingga sukar dinilai.

Gharar besar menyebabkan kontrak tidak sah.

3. Maisir (Perjudian)

Maisir bermakna mendapatkan sesuatu dengan terlalu mudah atau memperolehi keuntungan tanpa berusaha. Islam melarang segala bentuk perniagaan di mana keuntungan kewangan diperolehi daripada mencuba nasib semata-mata atau spekulasi dan bukan dari pekerjaan. Tidak seperti gharar yang boleh diterima pada tahap tertentu, maisir tidak boleh diterima sama sekali.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. "

(Al-Maidah: 90)

1.2.3 Konsep Kontrak dalam Muamalat

"Aqad" dari sudut bahasa bermaksud "ikatan" atau "simpulan". Ia boleh diterjemahkan sebagai "kontrak".

Al-Barbati dalam kitabnya "Inayah 'ala Fath al-Qadri" mentakrifkan aqad sebagai:

"Hubungan yang sah di sisi undang-undang tercipta melalui gabungan dua pengisytiharan dan wujud kesan perundangan ke atas perkara pokok yang dimaksudkan".

Unsur-unsur penting dalam aqad :

Sighah

Aqidain

Ma’aqud Alaih

Unsur-unsur penting

Penerangan

Sighah a. Ijab (tawaran)

Dalam Majallah al Ahkam al Adliyyah dalam artikel 101, ijab ditakrifkan sebagai ikrar - untuk membuat penjualan harta dan mengesahkan penjualan tersebut.

b. Qabul (penerimaan)

Dalam Majallah al Ahkam al Adliyyah dalam artikel 102, qabul ditakrifkan sebagai ikrar yang disebut oleh pihak kedua apabila menerima penjualan harta dan dengan itu, perjanjian itu menjadi sempurna.

Aqidain (pihak-pihak Ia adalah syarat untuk kontrak yang sah bahawa pihak-pihak yang terikat dalam

berkaitan mempunyai keupayaan. Keupayaan adalah kualiti kontrak) yang menjadikan seseorang layak untuk mendapatkan hak-hak dan menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Ma'aqud Alaih a Perkara Pokok

Syarat-syarat yang perlu diambil kira menurut perundangan Islam bagi subjek kontrak:

 Perlu wujud pada masa kontrak.  Mesti dimiliki secara sah.  Mesti memberi manfaat atau hasil yang

penting bagi pihak-pihak yang berkontrak.

 Perlu mempunyai nilai komersial dalam

prinsip syariah.

b Harga / Balasan

Ditakrifkan sebagai nilai yang dijanjikan kepada pihak lain apabila membuat kontrak

Syarat-syarat untuk balasan yang sah:

 Wujud (mawjud)  Dibenarkan (halal)  Sah (sahih)  Berharga (mutaqawwim)

BAB A2 KONSEP RISIKO HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

 Memahami konsep asas risiko.  Memahami proses pengurusan risiko.  Memahami bagaimana untuk menangani risiko.  Memahami risiko dari perspektif Islam.  Memahami hubungan antara risiko dengan Takaful.

A2.1 PENGENALAN

Istilah "risiko" secara amnya dikaitkan dengan kemungkinan berlakunya kerosakan, kecederaan atau kerugian. Terdapat unsur ketidakpastian daripada peristiwa yang berlaku dan akibat daripada peristiwa tersebut.

Menurut Khidmat Nasihat Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan United Kingdom (The Occupational Health and Safety Advisory Services, United Kingdom) , risiko ditakrifkan sebagai "gabungan kemungkinan berlakunya peristiwa berbahaya atau pendedahan kepada peristiwa berbahaya dan tahap keterukan kecederaan atau kemudaratan yang boleh berlaku akibat peristiwa atau pendedahan tersebut". (the combination of the

likelihood of an occurrence of a hazardous event or exposure(s) and the severity of injury or ill health that can be caused by the event or exposure(s).)

Dalam Takaful, perkataan "risiko" merujuk kepada kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa dan tahap keterukan kesan-kesan negatif daripada peristiwa tersebut. Dalam erti kata lain, ia sentiasa melibatkan ketidakpastian yang berpunca daripada kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa, yang mana hasilnya boleh mengakibatkan seseorang berada dalam kedudukan yang lebih buruk berbanding dengan kedudukan beliau sebelum berlakunya peristiwa tersebut.

A2.2 KONSEP RISIKO

Memandangkan wujudnya kaitan antara risiko dengan Takaful, tumpuan akan diberikan pada risiko yang melibatkan kemungkinan berlakunya kerugian dari segi kewangan. Kerugian kewangan boleh ditakrifkan sebagai penurunan atau kehilangan nilai disebabkan oleh sesuatu kontingensi.

Selain risiko merupakan ketidakpastian yang mungkin menyebabkan kerugian akibat daripada peristiwa yang tidak dijangka, risiko juga merupakan hubungan antara kekerapan dengan keterukan. Kekerapan merujuk kepada berapa kali kerugian berlaku (contohnya 170,670 kemalangan jalan raya setiap tahun) manakala keterukan merujuk kepada saiz kerugian (contohnya kerosakan kenderaan akibat kemalangan jalan raya mencapai RM10 juta pada tahun 2012). Hubungan antara kekerapan dengan keterukan kewangan justeru adalah penting bagi syarikat insurans dan Pengendali Takaful.

Secara umumnya, terdapat kekerapan yang tinggi bagi kadar insiden yang rendah dan kekerapan yang rendah bagi kadar insiden yang tinggi.

Sebagai contoh, terdapat banyak insiden kecil kebakaran rumah berbanding dengan sangat sedikit kes kebakaran rumah yang musnah sama sekali.

2.2.1 Kategori Risiko

Risiko boleh dikelaskan kepada beberapa kategori yang berbeza. Kategori yang paling penting adalah seperti yang berikut:

1. Risiko Tulen berbanding Risiko Spekulatif

Kemungkinan yang boleh

Kebakaran, kilat, banjir,

menyebabkan hanya kerugian

ribut, kematian awal,

(contoh, rumah musnah akibat

kemalangan, kecurian, dan

kebakaran) atau tiada kerugian

lain-lain

(contoh rumah tidak musnah akibat kebakaran yang berlaku pada tahun itu). Risiko tulen amnya boleh dilindungi.

Spekulatif

Kemungkinan yang boleh

Pelaburan dalam pasaran

menyebabkan kerugian, tiada

saham, turun naik mata

kerugian atau keuntungan

wang asing, menceburi

(perolehan). Risiko spekulatif

perniagaan baharu.

amnya tidak boleh dilindungi.

2. Risiko Asas berbanding Risiko Khusus

Risiko yang akan memberikan

Kerosakan kepada harta

kesan kepada semua lapisan

benda akibat gempa bumi,

masyarakat atau sejumlah besar

peperangan, dan lain-lain

orang dalam masyarakat. Risiko ini bukan dalam kawalan individu.

Khusus

Risiko yang akan memberi kesan

Kerosakan kepada harta

kepada individu sahaja dan dalam

benda akibat kemalangan,

kawalan individu.

kecurian, rompakan.

2.2.2 Jenis Risiko Tulen

Risiko tulen boleh dikategorikan kepada tiga (3) jenis yang akan menjejaskan jaminan kewangan, iaitu:

1. Risiko peribadi

Risiko ini ditakrifkan sebagai risiko yang secara langsung memberikan kesan terhadap individu.

Risiko peribadi seterusnya boleh dibahagikan kepada empat (4) jenis seperti yang berikut:

Bil. Jenis risiko

Huraian

1 Kematian Awal

Kematian ketua isi rumah atau pencari nafkah boleh menyebabkan kesukaran kewangan kepada tanggungan.

2 Pendapatan yang

Kemungkinan pesara hilang pendapatan yang

tidak mencukupi

diperoleh mereka jika mereka tidak mempunyai

semasa Persaraan

aset kewangan yang mencukupi atau sumber pendapatan persaraan lain.

3 Kesihatan tidak

Kemungkinan untuk membayar bil-bil perubatan

memuaskan

yang terlalu besar dan kehilangan pendapatan.

4 Pengangguran

Ancaman utama terhadap jaminan kewangan akibat daripada kitaran menurun perniagaan, perubahan teknologi dan ekonomi dan lain-lain

2. Risiko Harta Benda

Risiko harta benda merujuk kepada kemungkinan kerugian disebabkan oleh kerosakan harta benda yang berpunca daripada pelbagai sebab, seperti kebakaran, banjir, gempa bumi dan bencana alam yang lain.

Terdapat dua (2) jenis risiko yang berkaitan dengan harta benda:

Bil. Jenis risiko

Huraian

1 Kerugian Langsung Kerugian kewangan akibat kerosakan fizikal, kemusnahan atau kecurian harta. Sebagai contoh, sebuah kilang musnah oleh kebakaran (kerosakan fizikal kilang ialah satu kerugian langsung).

2 Kerugian tidak

Kerugian kewangan akibat tidak langsung daripada

langsung atau

berlakunya kerosakan fizikal secara langsung atau

kerugian turutan

kerugian kecurian harta. Sebagai contoh, tambahan kepada kerosakan fizikal kilang, pemilik akan kehilangan pendapatan (kerugian turutan) disebabkan oleh pengurangan dalam pengeluaran sementara kilang itu sedang dibaik pulih.

3. Risiko Liabiliti.

Risiko ini merujuk kepada kecederaan tubuh badan pihak ketiga atau kerosakan harta benda. Dalam kes ini, mahkamah boleh memerintahkan orang yang menyebabkan kemalangan untuk membayar ganti rugi yang besar kepada orang yang mengalami kecederaan.

Contoh:

Firma perniagaan boleh dipertanggungjawabkan dari segi undang-undang bagi produk yang rosak yang boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta benda kepada pengguna yang menggunakan produk ini.

2.2.3 Ciri- Risiko yang Boleh Dilindungi di bawah Takaful

Bil. Ciri

Huraian

1 Nilai kewangan Risiko ini mesti melibatkan kerugian yang boleh diukur dari segi kewangan supaya pampasan kewangan boleh dibuat akibat daripada kerugian, contohnya kebakaran rumah, kereta yang dicuri.

2 Pendedahan Perlu ada sejumlah besar risiko yang serupa, dan homogen homogen (sama

(sama jenis) sebelum mana-mana risiko daripada jumlah jenis)

yang besar tersebut boleh diinsuranskan.

3 Risiko Tulen Secara umumnya, hanya risiko tulen (kerugian atau pulangan modal) boleh diinsuranskan kerana insurans tidak boleh digunakan untuk membuat keuntungan.

4 Risiko khusus Risiko-risiko khusus boleh dilindungi jika mereka memenuhi kriteria-kriteria risiko yang lain yang boleh dilindungi di bawah Takaful. Risiko-risiko asas secara umumnya tidak boleh dilindungi, contohnya peperangan, perubahan dalam adat walaupun risiko-risiko tertentu boleh dipertimbangkan bergantung pada lokasi geografi risiko-risiko tersebut.

5 Kebetulan Kekerapan dan keterukan apa-apa risiko mestilah benar- benar di luar kawalan orang yang menginsuranskan.

6 Kepentingan Boleh Ditakrifkan sebagai hubungan undang-undang antara Takaful

orang yang diinsuranskan dengan sesuatu perkara dalam Takaful. Risiko yang hendak diinsuranskan mesti mempunyai beberapa bentuk kerugian kewangan yang diiktiraf oleh undang-undang. Orang yang Diinsuranskan mestilah orang yang akan mengalami beberapa kerugian kewangan jika risiko itu menjadi nyata, contohnya pemilik rumah menginsuranskan rumahnya sendiri.

2.2.4 Sumber Risiko

Selain risiko, penting juga untuk memahami faktor-faktor yang boleh menyebabkan atau menyumbang kepada berlakunya kerugian iaitu "Peril "dan" Bahaya ".

1. Peril

Peril menyebabkan berlakunya penyimpangan daripada apa yang kita jangkakan. Ia merupakan penyebab langsung kepada kerugian. Kewujudan peril memastikan bahawa kita dikelilingi oleh risiko seperti banjir, kematian, sakit, kecurian, keganasan dan lain-lain dan ini dibincangkan di bawah.

a. Peril Semula Jadi:

Kategori ini termasuk peril seperti kecederaan dan kerosakan yang disebabkan oleh unsur-unsur alam semula jadi seperti hujan, ais, salji, taufan, hurikan, gunung berapi, ombak besar, angin, gempa bumi, atau banjir.

b. Peril Disebabkan Manusia:

Terdapat juga peril disebabkan oleh manusia, yang menyebabkan kerugian. Ini merupakan hasil perbuatan masyarakat kita dan tindakan ganas dan tidak berperi kemanusiaan, yang mengakibatkan

penyimpangan daripada jangkaan. Terdapat banyak peril seumpama ini, tetapi hanya sebahagian sahaja dibincangkan untuk menggambarkan kepentingan mereka.

i.

Kecurian

ii. Rusuhan, mogok dan kerosakan dengan niat jahat

iii. Kemalangan

c. Peril Ekonomi:

Kategori peril yang ketiga atau punca risiko ialah bercirikan ekonomi dan contoh risiko jenis ini ialah kegawatan, inflasi, turun naik pasaran tempatan dan ketidakstabilan firma perindustrian. Kegawatan dalam pasaran menyebabkan tahap pengeluaran yang rendah dan peningkatan dalam pengangguran. Hasil pengeluaran yang rendah

menyebabkan keuntungan yang berkurangan atau kerugian bagi tempat-tempat perniagaan manakala pengangguran menyebabkan pendapatan individu terhenti lantas mengakibatkan penderitaan mental dan fizikal.

2. Bahaya

Sementara bencana adalah punca langsung kerugian, bahaya merupakan faktor asas, yang meningkatkan kemungkinan berlakunya kerugian. Terdapat syarat-syarat, yang lebih berbahaya daripada yang lain contohnya, pekerjaan, sebagai juruelektrik adalah pekerjaan yang lebih berbahaya berbanding dengan jurubank kerana juruelektrik lebih mudah terdedah kepada kemalangan.

Bil. Jenis Bahaya

Huraian

1 Bahaya Fizikal

Bahaya fizikal ditakrifkan sebagai keadaan fizikal yang meningkatkan kemungkinan kehilangan.

Contoh: Kerosakan pendawaian di bangunan yang meningkatkan peluangkebakaran.

2 Bahaya Moral

Bahaya moral ditakrifkan sebagai sikap individu yang meningkatkan kemungkinan kebakaran.

Contoh: Membakar barangan yang tidak terjual dengan sengaja yang dilindungi di bawah Takaful.

3 Bahaya moral

Bahaya moral ialah suatu sikap kurang prihatin mengenai akibat tindakannya.

Satu contoh ini ialah seorang yang cuai memadamkan rokok dan tidak ambil peduli tindakannya melemparkan rokok itu di sekitar yang boleh menyebabkan kebakaran.

A2.3 PENGURUSAN RISIKO

Menurut Institut Insurans Bertauliah UK (Chartered Insurance Institute UK), pengurusan risiko boleh ditakrifkan sebagai "pengenalpastian, analisis dan kawalan ekonomi bagi semua risiko yang memberikan kesan kepada aset dan keupayaan pendapatan perusahaan".

Sementara itu, Institut Insurans Malaysia (Malaysian Insurance Institute, MII) mentakrifkan pengurusan risiko sebagai " pendekatan sistematik dalam menangani risiko yang mengancam aset dan pendapatan daripada perniagaan atau perusahaan ".

2.3.1 Proses Pengurusan Risiko

1. Mengenal Pasti Risiko

Merujuk kepada proses mengenal pasti, menganalisis, mengkaji dan menjangkakan kemungkinan risiko. Objektif mengenal pasti risiko adalah untuk mengenal pasti dan mengkategorikan risiko yang boleh menjejaskan projek dan mendokumentasikan risiko-risiko ini. Hasil daripada mengenal pasti risiko ialah penyenaraian risiko-risiko.

2. Menilai Risiko

Menilai risiko ialah proses menentukan kesan risiko atau potensi kerugian supaya tindakan sewajarnya dapat diambil, dengan mengambil kira sumber yang ada. Dalam usaha menilai atau menentukan impak risiko, berikut perlu dipertimbangkan:

a. Kekerapan Risiko

Merujuk kepada bilangan berapa kali peristiwa yang menyebabkan kerugian akan berlaku dalam tempoh masa yang diberikan (kebarangkalian kejadiannya).

b. Keterukan Risiko

Merujuk kepada kos atau jumlah kerugian, dari segi nilai wang, yang timbul daripada peristiwa yang menyebabkan kerugian.

3. Membangunkan Pelan Pengurusan Risiko

Setelah risiko dinilai sepenuhnya, maka perlu pula untuk membangunkan pelan pengurusan risiko dengan memilih kaedah pengendalian risiko yang bersesuaian. Pemilihan perlu mengambil kira kos dan keberkesanan.

Berikut ialah kaedah pengendalian risiko:

Kaedah

Huraian

Penghindaran Ini merupakan teknik yang diusahakan untuk menghapus atau risiko

mencegah risiko melalui pemberhentian aktiviti-aktiviti atau perniagaan yang mencetuskan risiko.

Contoh: Seorang perokok berhenti merokok untuk mengelak risiko kanser paru-paru.

Pengawalan Ini merupakan satu teknik untuk mengurangkan risiko bagi Risiko

mencapai tahap yang standard dan wajar. Ia melibatkan kaedah yang mengurangkan tahap kerugian yang teruk atau kemungkinan berlakunya kerugian.

Contoh: Pemasangan perenjis air untuk memadamkan api bagi mengurangkan tahap kerugian yang teruk.

Pengekalan Ini melibatkan penerimaan risiko jika tahap semasa risiko Risiko

sudah berada pada tahap yang boleh diterima. Pengekalan risiko ialah satu strategi yang berdaya maju bagi risiko kecil apabila kos menginsuranskan risiko akan lebih besar dari masa ke masa berbanding dengan jumlah kerugian yang dialami.

Pemindahan Ini melibatkan pemindahan risiko kepada organisasi atau risiko

individu. Apabila risiko dipindahkan, kerugian akan dibayar oleh organisasi atau individu yang mana risiko tersebut dipindahkan.

Contoh: Seorang pemilik rumah boleh memindahkan risiko kerugian

yang ditanggung apabila rumahnya musnah oleh kebakaran dengan menandatangani kontrak insurans kebakaran.

Perkongsian Islam tidak membenarkan penukaran risiko, iaitu jumlah risiko

pemindahan akibat kerugian kewangan yang timbul daripada risiko. Ia tidak diiktiraf sebagai adil kepada setiap pihak kerana ia boleh menyebabkan terlebih beban -tuntutan di luar niat asal Pengendali Takaful, atau sebaliknya, yang juga boleh menyebabkan tahap premium yang tidak munasabah dikenakan kepada orang yang diinsuranskan.

Sebagai alternatif, individu atau organisasi boleh berkongsi risiko dengan orang lain yang mempunyai ciri risiko yang sama. Amalan ini dikenali sebagai Takaful atau saling melindungi.

4. Melaksana Pelan Pengurusan Risiko

Setelah melakukan pemilihan terhadap kaedah yang sesuai, pelan tersebut sedia untuk dilaksanakan. Bagi melaksanakan langkah ini, risiko tersebut perlu diberikan keutamaan dan diselaraskan dengan tindakan-tindakan yang diambil. Salah satu tindakan sudah tentunya adalah untuk menginsuranskan / melindungi risiko.

5. Mengkaji dan memantau Pelan Pengurusan Risiko

Aktiviti ini melibatkan kajian secara berkala, pemantauan ke atas proses pelaksanaan serta semakan secara progresif ke atas pelan berdasarkan apa-apa perubahan dalam persekitaran perniagaan dan ekonomi.

Kajian secara berkala boleh membantu untuk mengenal pasti apa-apa kekurangan atau pelarasan dan juga memastikan objektif pelan itu dicapai. Kajian perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun.

A2.4 KONSEP RISIKO DALAM ISLAM

Salah faham dalam kalangan umat Islam terhadap konsep takdir ( qada’ dan qadar) adalah perkara biasa. Mereka percaya bahawa masa depan mereka adalah di tangan Allah (SWT) dan manusia tidak perlu mengambil apa-apa tindakan proaktif untuk mengubah keadaan mereka.Ini adalah bertentangan dengan ayat al-Quran berikut:

"... Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. "

(Ar Ra'd: 11)

Islam menerima pakai pengurusan risiko sebagai salah satu cara untuk memastikan pencapaian sasaran dan objektif ke arah Sa'adah (kebahagiaan) di dunia dan akhirat. Ini boleh dijustifikasikan oleh ayat-ayat Al-Quran dan hadis.

Bukti Al-Quran

"Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: “Sesungguhnya aku mimpi melihat: tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua- ketua kaum (yang hadir), terangkanlah kepada ku tentang mimpi ku ini, kalau kamu orang-orang yang pandai menta`birkan mimp. Mereka menjawab: “Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu. Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu teringat (akan pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa yang lanjut: “Aku akan memberitahu kepada kamu ta`birnya. Oleh itu, hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui ta`birnya)". (Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah dia): "Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutus ku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya".Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".

(Surah Yusuf: 43-49)

Berdasarkan tafsiran ini, Nabi Yusuf (as) telah menasihati Raja Mesir cara untuk menghadapi apa-apa malapetaka. Dalam usaha untuk mempersiapkan diri bagi Berdasarkan tafsiran ini, Nabi Yusuf (as) telah menasihati Raja Mesir cara untuk menghadapi apa-apa malapetaka. Dalam usaha untuk mempersiapkan diri bagi

Ini adalah satu contoh yang jelas tentang pengurusan risiko, iaitu risiko kelaparan dan kebuluran dapat dicegah dengan menanam tanaman dan bahan yang boleh dimakan dalam tempoh 7 tahun kemakmuran.

Bukti Hadis

Nabi Muhammad (saw) pernah bertanya kepada seorang Badwi yang telah meninggalkan unta beliau dengan membuka ikatannya, "Mengapa kamu tidak mengikat unta anda?" Orang Badwi itu menjawab, "Saya serahkan kepada kehendak Allah. Nabi (saw) berkata, "Ikatlah unta kamu terlebih dahulu kemudian berserahlah kepada Allah (SWT).

Perbualan ini menggambarkan bahawa bukan sahaja umat Islam harus menerima takdir mereka tetapi juga menunjukkan bagaimana umat Islam perlu berusaha untuk mengurangkan risiko kerugian dan bencana, iaitu pengurusan risiko.

A2.5 RISIKO DAN TAKAFUL

Terdapat banyak salah faham dalam kalangan umat Islam terhadap konsep takdir. Sesetengah orang Islam percaya bahawa masa depan adalah di tangan Allah (SWT), apabila mereka menghadapi mentaliti takdir dengan meletakkan diri mereka dalam doktrin ini, iaitu sama ada seseorang itu kaya atau miskin, gembira atau sedih, semuanya ditakdirkan oleh Allah (SWT). Akibat salah faham yang nyata ini, apa-apa usaha atau strategi pengurusan risiko untuk melindungi aset atau kehidupan telah dianggap sebagai bertentangan dengan takdir dan kehendak Allah (SWT).

Dalam perancangan kewangan Islam, Takaful ialah satu cara untuk mengurangkan risiko kerugian kewangan akibat kemalangan dan musibah (Iqtisad Al-Islamy, 2003). Pada hakikatnya, Pelan Takaful ialah alternatif kepada insurans dalam perancangan kewangan konvensional. Dalam pelan Takaful, peserta akan membayar sejumlah wang yang ditentukan sebagai caruman (dikenali sebagai premium) sebahagiannya kepada dana risiko (peserta akaun khas) dengan menggunakan konsep Tabbaru '(derma) dan sebahagiannya kepada pihak lain (dikenali sebagai pengendali Takaful ) dengan persetujuan bersama bahawasanya Pengendali Takaful adalah di bawah tanggungjawab dari segi undang-undang untuk memberikan peruntukan untuk perlindungan kewangan Dalam perancangan kewangan Islam, Takaful ialah satu cara untuk mengurangkan risiko kerugian kewangan akibat kemalangan dan musibah (Iqtisad Al-Islamy, 2003). Pada hakikatnya, Pelan Takaful ialah alternatif kepada insurans dalam perancangan kewangan konvensional. Dalam pelan Takaful, peserta akan membayar sejumlah wang yang ditentukan sebagai caruman (dikenali sebagai premium) sebahagiannya kepada dana risiko (peserta akaun khas) dengan menggunakan konsep Tabbaru '(derma) dan sebahagiannya kepada pihak lain (dikenali sebagai pengendali Takaful ) dengan persetujuan bersama bahawasanya Pengendali Takaful adalah di bawah tanggungjawab dari segi undang-undang untuk memberikan peruntukan untuk perlindungan kewangan

Dalam Takaful, risiko daripada individu atau organisasi disebarkan atau dikongsi dengan individu atau organisasi lain yang mempunyai corak yang sama secara relatif. Individu atau organisasi yang mengambil bahagian dalam skim ini akan memberikan caruman kepada dana Takaful. Sekiranya sesuatu risiko berlaku, mereka akan menerima pulangan daripada dana Takaful untuk menampung kerugian yang telah dialami mereka.

BAB A3 PENGENALAN TAKAFUL HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

 Memahami konsep asas Takaful.  Memahami aplikasi dan manfaat Takaful.

A3.1 PENGENALAN

Industri Takaful Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang pesat sejak awal penubuhannya pada tahun 1984. Industri ini telah berkembang daripada industri yang terdiri dari Pengendali Takaful tunggal untuk menjadi industri yang berdaya maju. Hari ini, Takaful merupakan industri yang penting dalam sistem kewangan Islam.

Menurut laporan Bank Negara Malaysia yang terkini, industri Takaful mengalami purata kadar pertumbuhan sebanyak 27 peratus daripada segi sumbangan atau caruman bersih antara tahun 2005 hingga 2012.

3.1.1 Definisi

Perkataan “Takaful” berasal daripada kata kerja bahasa Arab “kafala” yang bermaksud saling menjamin. Oleh itu, pakatan yang melibatkan sekurang-kurangnya antara dua pihak yang sama-sama bersetuju untuk menjamin satu sama lain sekiranya berlaku kehilangan atau kerugian, sebagai akibat daripada ditimpa bencana mentakrifkan istilah "Takaful".

Menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) Takaful bermaksud:

"Suatu pengaturan yang berdasarkan saling membantu di mana peserta Takaful bersetuju untuk menyumbang kepada kumpulan wang bersama yang memberi manfaat kewangan bersama yang boleh dibayar kepada peserta Takaful atau waris mereka apabila berlaku keadaan-keadaan yang telah dipersetujui terlebih dahulu".

A3.2 FALSAFAH DAN KONSEP TAKAFUL

Pada dasarnya, sistem Takaful adalah berasaskan saling bekerjasama, bertanggungjawab, jaminan, perlindungan dan membantu dalam kalangan para pesertanya. Amalan yang sama boleh dilihat dalam amalan al-aqilah di bawah adat kebiasaan suku bangsa Arab Pada dasarnya, sistem Takaful adalah berasaskan saling bekerjasama, bertanggungjawab, jaminan, perlindungan dan membantu dalam kalangan para pesertanya. Amalan yang sama boleh dilihat dalam amalan al-aqilah di bawah adat kebiasaan suku bangsa Arab

1. Asas Kerjasama

Takaful, adalah berasaskan konsep ta'awun bermaksud saling membantu. Para peserta skim Takaful bersetuju untuk membantu antara satu sama lain dalam berbentuk kewangan dalam perkara keperluan yang khusus (sebagaimana yang ditakrifkan dalam kontrak Takaful) dengan menyumbang atau menderma kepada satu kumpulan wang yang umum.

Konsep ini adalah berdasarkan perintah Allah (SWT) menerusi ayat yang berikut:

"... Bekerjasamalah kamu dalam kebaikan dan ketakwaan, tetapi jangan kamu membantu satu sama lain dalam dosa dan permusuhan"

(al-Maidah: 2)

Nabi Muhammad (saw) menegaskan dalam hadis yang berikut:

"Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi dia membantu orang lain" (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

2. Asas Tanggungjawab

Seiring dengan disiplin syariah ke atas Takaful (yang bermaksud berkongsi tanggungjawab dan berkongsi jaminan), para peserta bersetuju untuk memberi pampasan sekiranya berlaku musibah.

Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang yang beriman, antara satu sama lain, adalah seperti jasad, apabila salah satu daripada bahagian-bahagian yang ditimpa kesakitan, maka seluruh jasad akan merasainya.

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

3. Asas Saling Melindungi

Para peserta Skim Takaful bersetuju untuk saling bertanggungjawab atau berkongsi tanggungjawab.

Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan.

(Diriwayatkan oleh Ahmad)

A3.3 APLIKASI DAN MANFAAT-MANFAAT TAKAFUL

Pada tahun 1985 Majlis Akademik Liga Islam Sedunia, sesudah membuat pengubahsuaian yang sewajarnya membuat kesimpulan bahawa insurans berbentuk kerjasama adalah diterima dan dianggap sebagai alternatif kepada insurans. Sistem ini yang berada di dalam rangka kerja Islam perlu diasaskan seperti berikut:

1. Takaful

Ulama Islam sebulat suara bersetuju bahawa perlindungan yang sesuai dengan kehendak syariah boleh diasaskan atas konsep Islam Takaful. Takaful adalah kata nama yang berasal daripada kata kerja bahasa Arab "kafala" yang bermaksud untuk menjaga keperluan seseorang. Takaful bermaksud saling membantu dalam kalangan kumpulan iaitu setiap ahli kumpulan bersama-sama berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan dari dalam kumpulan.

Konsep Takaful adalah berdasarkan perpaduan, berkongsi tanggungjawab dan persaudaraan ddalam kalangan ahli. Takaful boleh ditakrifkan sebagai tindakan sekumpulan orang yang berhasrat untuk menjamin antara satu sama lain dari dalam kumpulan terhadap kehilangan atau kerosakan yang mungkin berlaku ke atas sesiapa sahaja antara mereka.

Ciri-ciri utama operasi Takaful adalah seperti berikut:

o Pengendali bukanlah yang menanggung risiko, para Peserta yang saling

melindungi antara satu sama lain. o Pengendali Takaful bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak para

Peserta untuk menguruskan operasi perniagaan Takaful. o Semua caruman (premium) yang dibayar oleh peserta akan terkumpul

dalam dana Takaful untuk pembayaran manfaat Takaful. o Dana Takaful pada masa yang sama boleh dilaburkan dalam urus niaga

yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah.

2. Model Takaful

a. Mudharabah (Kontrak Perkongsian Keuntungan)