A4.2 RESOLUSI SYARIAH TERHADAP INSURANS

A4.2 RESOLUSI SYARIAH TERHADAP INSURANS

Konsep insurans tidak mendapat persetujuan menyeluruh dari para ulama sama ada dibenarkan (halal) atau dilarang (haram). Oleh kerana insurans sebagaimana yang diamalkan sekarang, tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad (saw) 'ijtihad' digunakan untuk menentukan sama ada insurans dibenarkan atau sebaliknya.

4.2.1 Fatwa mengenai Larangan Insurans

1. Imam Sayyid Muhammad Amin ibn Sayyid Umar (Ibn Abidin)

Ibn Abidin, ulama Islam dari Mazhab Hanafi mengeluarkan fatwa pada tahun 1836 bahawa kontrak tukaran yang digunakan dalam insurans konvensional tidak mematuhi kontrak tukaran (muawadhah) seperti yang dikehendaki oleh syariah.

2. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, pada mesyuarat yang diadakan pada 15 Jun 1972 membincangkan dan memutuskan mengenai isu-isu Insurans Hayat.

Keputusan:

Insurans Hayat yang disediakan oleh syarikat-syarikat insurans hari ini adalah transaksi perniagaan yang tidak sah kerana ia bercanggah dengan prinsip- prinsip perniagaan Islam memandangkan kontrak mengandungi unsur-unsur gharar, maisir dan riba. Oleh yang demikian dari sudut pandangan syariah, insurans adalah haram.

3. Akademi Fiqh OIC

Akademi Fiqh Islam, yang terbentuk daripada Pertubuhan Persidangan Islam, bermesyuarat dalam Sesi Kedua di Jeddah, Arab Saudi, dari 10 hingga 16 Rabiulawal 1406 H (bersamaan dengan 22-28 Disember 1985). Dan selepas mengkaji semula pembentangan dari para ulama yang mengambil bahagian dalam sesi berkenaan `Insurans dan insurans semula ‟, dan setelah berbincang perkara yang sama, dan selepas memeriksa secara dekat kesemua jenis-jenis dan bentuk-bentuk insurans dan mengkaji secara mendalam prinsip-prinsip asas yang telah mereka asaskan dan matlamat serta objektif, dan meneliti secara mendalam apa yang telah dikeluarkan oleh Akademi Fiqh dan lain-lain institusi dalam perkara ini;

Keputusan:

Kontrak Insurans Komersil, dengan premium berkala yang tetap, biasanya diamalkan oleh syarikat-syarikat insurans komersial, adalah kontrak yang mengandungi unsur-unsur utama risiko, yang akan membatalkan kontrak dan oleh yang demikian adalah dilarang (haram) mengikut syariah.

Kontrak alternatif yang sesuai dengan prinsip-prinsip Islam adalah urusan kontrak insurans koperatif, yang diasaskan atas dasar kebajikan dan kerjasama.

Akademi Fekah OIC menjemput negara-negara umat Islam untuk menubuhkan institusi insurans koperatif dan entiti koperatif bagi insurans semula, dalam membebaskan ekonomi Islam daripada eksploitasi dan pelanggaran sistem Allah yang telah disediakan untuk ummah.

4.2.2 Unsur-unsur yang dilarang dalam Amalan Insurans

Insurans adalah berdasarkan kepada kontrak beli dan jual yang mewujudkan unsur-unsur larangan seperti berikut:

1. Riba

Riba Nasi'ah Pertukaran bahan ribawi antara pihak diinsuranskan (premium) dan syarikat insurans (manfaat-manfaat tuntutan) pada masa yang berbeza.

Riba fadhl Pertukaran bahan ribawi antara pihak diinsuranskan (premium) dan syarikat insurans (manfaat-manfaat tuntutan) pada kuantiti yang berbeza.

Riba Qard 

Syarikat insurans melabur premium dalam pelaburan yang menghasilkan faedah.

Syarikat insurans membayar faedah ke atas

produk mereka.

Syarikat insurans mengambi kira faedah masa depan apabila mengira premium.

Faedah yang dicajkan pada polisi pinjaman

Riba jahiliyyah Faedah yang dicajkan pada premium yang dibayar lewat.

2. Gharar

 Kedua-dua pihak dalam kontrak insurans tidak mengetahui secara tepat apakah kewajipan dan tanggungjawab mereka antara satu sama lain, baik syarikat insurans mahupun pihak diinsuranskan yang tahu hasil daripada kontrak.

 Pihak diinsuranskan tidak tahu jumlah pampasan yang dia mungkin terima seandainya berlaku kemalangan atau bahaya sebagaimana juga pihak diinsuranskan tidak tahu akan ada pampasan sebagaimana tidak tahunya hasil daripada kontrak.

 Penanggung insurans tidak tahu bila bahaya yang akan berlaku.  Tidak ada keadilan dalam insurans yang mana pihak diinsuranskan

dikehendaki membayar premium tetapi jika peril yang diinsuranskan tidak berlaku, pihak yang diinsuranskan tidak akan menerima apa-apa bayaran.

 Insurans adalah satu janji untuk membayar pampasan yang kadangkala dipenuhi dan kadangkala tidak. Ketidakpastian dalam hasil pertukaran pada ketika kontrak itu dimeterai, hasil daripada pertukaran itu masih tidak pasti.

4. Maisir

 Pihak diinsuranskan boleh menerima sejumlah besar wang, tanpa input

yang sama.  Berkemungkinan membayar premium tanpa mendapat sebarang amaun

atau jumlah wang sebagai balasan.  Penanggung insurans kerugian jika terlalu banyak tuntutan.  Premium yang diperoleh melebihi tuntutan, Penanggung insurans boleh

membuat keuntungan yang besar.