ANALISIS TEKNOLOGI

2.6.4.3 PANGKALAN DATA MySQL

MySQL merupakan salah satu aplikasi pangkalan data yang selalu digunakan dalam membuat integrasi menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP, kerana ia juga merupakan pangkalan data yang bersumber terbuka. Ini memudahkan pihak pembangun sistem untuk membina sistem, kerana ianya tidak memerlukan pengguna untuk membayar untuk menggunakan aplikasi ini. MySQL merupakan Sistem Perhubungan Pengurusan Pangkalan Data (RDBMS) yang tahan lasak dan pantas (Welling, 2005). MySQL juga menggunakan bahasa pertanyaan yang berstruktur (Structured Query Language, SQL), oleh itu, ianya lebih mudah untuk digunakan dan difahami oleh pembangun sistem.

Walaupun MySQL adalah termasuk dalam kategori RDMBS, ia mempunyai beberapa kekurangan jika dibandingkan dengan aplikasi pangkalan data yang lain seperti Oracle. Aplikasi ini tidak mempunyai keupayaan untuk menyokong subqueries dan stored procedures (Bulger, 2004). Selain itu, ianya juga tidak mempunyai aplikasi untuk menunjukkan perhubungan antara jadual, seperti yang terdapat dalam Microsoft Access atau SQL Server. Namun begitu, ia adalah pangkalan data yang sesuai digunakan untuk membangunkan sistem aplikasi yang kecil dan sederhana dan akan digunakan untuk pembangunan projek ini.