PELAKSANAAN DAN PENGUJIAN SISTEM

BAB 5 PELAKSANAAN DAN PENGUJIAN SISTEM

5.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini, ia akan membincangkan mengenai pembangunan program yang telah dirancang, meliputi bahasa pengaturcaraan yang digunakan, antaramuka yang terdapat dalam sistem, dan juga kajian yang boleh dilakukan selepas ini untuk menambah baik sistem yang telah dibangunkan. Selain itu, manual penggunaan sistem juga akan dilampirkan bersama, meliputi fungsi untuk tahap pengguna yang berbeza. Selain itu, dalam bab ini juga akan dibincangkan mengenai pengujian yang dijalankan, dan laporan mengenai penerimaan pengguna terhadap sistem yang dibangunkan.

5.2 IMPLEMENTASI DAN PEMBANGUNAN SISTEM

Pembangunan sistem merupakan satu aspek yang penting dalam memastikan projek yang dibangunkan menepati kehendak dan keperluan pengguna. Ianya melibatkan bahasa pengaturcaraan yang digunakan. Ia akan menterjemahkan hasil daripada kajian awal keperluan pengguna berkaitan sistem yang dibangunkan. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan dalam pembangunan sistem ini adalah html, php dan menggunakan pangkalan data MySQL. Bahasa html digunakan untuk memaparkan maklumat berkaitan, manakala bahasa pengaturcaraan php pula digunakan untuk memproses data yang dimasukkan, dan yang dipanggil dan dipaparkan dalam antaramuka pengguna.

5.2.1 MODUL PENGGUNA

Dalam merekabentuk sistem ini, terdapat beberapa modul yang telah dibahagikan mengikut keperluan pengguna telah dibangunkan. Modul-modul ini mempunyai fungsi yang berlainan antara satu dengan yang lain, kerana tahap keperluan pengguna yang berbeza. Modul pengguna yang telah dibangunkan adalah seperti berikut;

1. Modul Paparan Maklumat Pelajar

Modul paparan maklumat pelajar membenarkan para pelajar melihat maklumat berkaitan diri mereka di sekolah. Selain itu, modul ini juga mempunyai 4 sub-modul, iaitu;

a. Sub-Modul Paparan Maklumat Asas

Sub-Modul ini memaparkan maklumat asas berkaitan pelajar. Maklumat seperti nombor kad pengenalan pelajar, nama pelajar, kecacatan, dan sebagainya.

b. Sub-Modul Paparan Maklumat Penjaga

Sub-Modul ini memaparkan maklumat penjaga pelajar, iaitu nama ibu bapa atau penjaga, alamat penjaga, dan sebagainya. Ini dapat membantu pihak pelajar untuk melihat maklumat penjaga mereka.

c. Sub-Modul Paparan Maklumat Peperiksaan

Sub-Modul Paparan Maklumat Peperiksaan ini, akan memaparkan maklumat keputusan peperiksaan pelajar, dengan membuat pilihan yang dikehendaki. Pelajar perlu memilih tahun, dan jenis peperiksaan yang mereka inginkan, kemudian, sistem akan memaparkan maklumat keputusan peperiksaan yang dikehendaki.

d. Sub-Modul Paparan Maklumat SPPM

Sub-Modul ini memberikan paparan maklumat SPPM pelajar, berdasarkan kepada tahun yang dipilih.

e. Sub-Modul Paparan Maklumat Ko-Kurikulum

Sub-Modul ini memaparkan maklumat ko-kurikulum pelajar, seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Borang akan diisi oleh guru yang terlibat, dan pelajar boleh memaparkan maklumat berkaitan dalam sub- modul ini.

2. Modul Kemasukan Data Pelajar

Modul kemasukan data pelajar digunakan untuk memasukkan maklumat yang berkaitan dengan pelajar yang berada di bawah pengawasan guru tertentu. Modul ini mempunyai tiga sub-modul untuk memasukkan maklumat pelajar, iaitu;

a. Sub-Modul Kemasukan Data Peperiksaan

Sub-modul ini akan memudahkan pihak guru untuk memasukkan data peperiksaan pelajar. Modul ini akan membenarkan guru memilih kelas dan subjek yang diajar. Dan kemudiannya, guru perlu memilih jenis peperiksaan yang akan dipilih sebagai maklumat jenis peperiksaan. Dan kemasukan data peperiksaan akan dimasukkan mengikut kelas dan subjek yang telah dipilih. Kelas dan subjek ini bergantung kepada kelas dan subjek yang diajar, guru yang tidak mengajar kelas atau subjek yang sama, tidak akan mampu memasukkan maklumat peperiksaan untuk kelas dan subjek tersebut.

b. Sub-Modul Kemasukan Data SPPM

Sub-modul ini akan membenarkan guru memasukkan data sppm pelajar, dengan senarai pelajar adalah berdasarkan kepada program mentor-mentee di sekolah. Hanya mentor kepada pelajar sahaja akan dapat memasukkan data ke dalam sistem.

c. Sub-Modul Kemasukan Data Ko-Kurikulum

Sub-modul ini akan memudahkan pihak guru untuk memasukkan data ke dalam sistem dengan berdasarkan kelas pelajar. Guru akan memilih kelas, dan senarai pelajar kelas

tersebut akan disenaraikan, dan guru perlu memilih pelajar yang akan dimasukkan data.

3. Modul Sistem Bantu Keputusan

Modul Sistem Bantu Keputusan ini mempunyai tiga sub-modul, iaitu sub-modul untuk kepimpinan, sahsiah dan juga ko-kurikulum. Modul ini akan memaparkan maklumat senarai pelajar yang terbaik bagi kategori yang dipilih, dan juga berdasarkan kepada tigkatan yang dipilih. Ia juga mampu memaparkan maklumat senarai keseluruhan pelajar, tanpa mengikut tingkatan. Ini memudahkan pihak pentadbiran dalam memaparkan senarai pelajar yang berkaitan. Sub-Modul untuk Modul Sistem Bantu Keputusan adalah;

a. Sub-Modul Senarai Pelajar Terbaik Kepimpinan

b. Sub-Modul Senarai Pelajar Terbaik Sahsiah

c. Sub-Modul Senarai Pelajar Terbaik Ko-Kurikulum

Antaramuka yang dibangunkan adalah berdasarkan modul-modul yang telah disenaraikan di atas. Untuk melihat maklumat berkaitan, setiap pengguna perlu login ke dalam sistem, berdasarkan kepada tahap pengguna, iaitu Pelajar, Guru, dan Admin. Carta antaramuka pengguna adalah seperti berikut;

STRUKTUR REKABENTUK ANTARAMUKA

<<Window>> Menu Utama

<<Window>> Menu Guru

<<Hyperlink>> <<Window>>

Menu Pelajar

Menu Admin

<<Hyperlink>> Kemasukan Data

<<Hyperlink>> <<Hyperlink>>

<<Hyperlink>>

<<Hyperlink>>

Kemasukan Data

Paparan Maklumat Asas

Paparan Maklumat

Senarai Terbaik

Penjaga Pelajar

Kepimpinan

<<Button>> <<Button>>

Submit

Submit

<<Hyperlink>> Paparan Maklumat

<<Hyperlink>>

<<Hyperlink>>

Paparan Maklumat

Senarai Terbaik

<<Hyperlink>> Peperiksaan Pelajar

SPPM Pelajar

Kepimpinan

Kemasukan Data

Ko-Kurikulum

<<Button>> <<Hyperlink>>

<<Hyperlink>>

Submit Senarai Terbaik

Paparan Maklumat

<<Hyperlink>>

Kepimpinan

Kemasukan Data

Paparan Maklumat Ko-

Kurikulum Pelajar

Rajah 5.1: Rajah Carta Antaramuka Pengguna

5.3 PENGUJIAN SISTEM

Dalam bahagian ini, ia akan menerangkan mengenai pengujian sistem yang dilakukan. Ini penting untuk memastikan pembangunan sistem yang telah dilakukan menepati kehendak dan keperluan pengguna. Selain itu, ia juga perlu untuk memastikan sistem yang dibangunkan tidak mempunyai masalah dan mampu berfungsi mengikut keperluan.

Di dalam fasa pengujian, sistem akan diuji dari aspek pengesahan (validation) dan penentusahan (verification). Penentusahan sistem akan melihat samada sistem menepati spesifikasi. Pengesahan sistem pula akan melibatkan pengujian samada sistem menepati seperti apa yang pengguna mahu dan jangkakan (Sommerville,Ian. 1998).

Strategi untuk pengujian sistem ini adalah seperti berikut;

i. Pengujian Sintaksis ii.

Pengujian Kotak Putih iii.

Pengujian Kotak Hitam

5.3.1 PENGUJIAN SINTAKSIS

Pengujian sintaksis merupakan pengujian yang dilakukan dengan menggunakan fungsi compile. Fungsi ini boleh diadaptasikan dalam bahasa pengaturcaraan php, kerana apabila sesuatu sintaksis yang salah, ia akan dipaparkan dalam browser, dan pengaturcara perlu membetulkan masalah tersebut.

Proses ini ulang mengikut modul yang dibangunkan, dan dengan cara ini, kesalahan sintaksis tidak lagi berlaku apabila sesuatu modul yang telah siap dibangunkan. Hasil daripada ini, sistem yang dibangunkan akan dapat digunakan oleh pengguna.

5.3.2 PENGUJIAN KOTAK PUTIH

Pengujian kotak putih dilakukan untuk memastikan kod aturcara diuji. Proses pengujian kotak putih bertujuan untuk mengesan sebarang kesalahan logik aturcara dan memastikan setiap fungsi di dalam modul memberikan hasil seperti yang diperlukan. Ia akan menguji kelas sistem untuk melihat elemen utama yang terdapat di dalamnya.

Dalam menjalankan pengujian kotak putih ini, kaedah yang dijalankan adalah seperti berikut;

i. Membahagikan proses pengujian kepada modul-modul yang dibangunkan. ii.

Membahagikan modul kepada sub modul iii.

Membahagikan sub modul kepada fungsi atau unit yang terdapat dalams etiap sub modul. Dengan ini, pengujian akan dijalankan menggunakan pendekatan Bottom-Up .

(Pengujian peringkat unit dan fungsi)

- Semak maklumat

- Senarai Maklumat pelajar

- Carian Kelas dan

Subjek Pelajar

Pelajar Terbaik

Kepimpinan penjaga

- Semak maklumat - Kemasukan Data

Peperiksaan

- Senarai Maklumat

- Semak maklumat - Kemasukan Data

Pelajar Terbaik

Sahsiah - Semak maklumat

peperiksaan SPPM

- Senarai Maklumat sppm

- Kemasukan Data

Ko-Kurikulum

Pelajar Terbaik Ko- - Semak maklumat Kurikulum

ko-kurikulum - Pilih attribut pelajar

(Pengujian peringkat Modul)

- Modul Paparan

- Modul Kemasukan

- Modul Sistem

Maklumat Pelajar

Data Pelajar

Bantu Keputusan

(Pengujian peringkat intergrasi sistem)

Modul Utama SISTEM

- Login Pengguna - Menu Utama

Rajah 5.2: Rajah Hirarki Pengujian Kotak Putih

5.3.3 PENGUJIAN KOTAK HITAM

Pengujian kotak hitam merupakan pengujian sistem terhadap fungsi yang dibangunkan, samada ianya memenuhi keperluan yang telah ditetapkan. Dalam kaedah pengujian ini, sistem yang dibangunkan akan dijalankan, dan ianya akan menguji sama ada fungsi yang dibangunkan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna atau tidak. Pada peringkat ini, sistem sepatutnya mampu berfungsi sepenuhnya, kerana tiada lagi ralat sintaksis yang wujud.

Untuk itu, setiap fungsi akan diuji, dan disemak terhadap spesifikasi keperluan sistem. Output bagi setiap fungsi perlulah memenuhi keperluan yang telah ditetapkan di dalam spesifikasi keperluan. Jika fungsi yang dibangunkan tidak memenuhi spesifikasi, ianya perlu diubah semula, agar memenuhi spesifikasi yang telah diersetujui bersama. Jadual di bawah menunjukkan ujian yang dilakukan terhadap fungsi yang terdapat dalam setiap modul.

Jadual 5.1 : Ujian Fungsi Bagi Setiap Modul

Bil. Modul

Fungsi

1. Modul Paparan

- Papar maklumat asas pelajar

Maklumat Pelajar

- Papar maklumat penjaga pelajar - Papar maklumat peperiksaan pelajar - Papar maklumat sppm pelajar - Papar maklumat ko-kurikulum pelajar

2. Modul Kemasukan - Senaraikan pelajar mengikut kelas yang diajar oleh

Data Pelajar

guru tertentu - Kemasukan data peperiksaan mengikut subjek,

tahun, dan jenis peperiksaan - Proses dan masukkan gred pelajar ke dalam

pangkalan data

3. Modul Sistem Bantu - Senaraikan maklumat pelajar mengikut kategori

Keputusan - Senaraikan maklumat pelajar mengikut terbaik

kepimpinan - Senaraikan maklumat pelajar mengikut terbaik

sahsiah - Senaraikan maklumat pelajar mengikut terbaik ko-

kurikulum

5.4 PENGUJIAN MODUL OLEH PENGGUNA

Pengujian modul juga perlu dibuat oleh pengguna, untuk mengenalpasti masalah-masalah yang timbul semasa proses penggunaan sistem dijalankan. Aspek- aspek pengujian termasuklah penilaian, komunikasi, capaian, dan antaramuka. Untuk pengujian modul ini, seramai 10 responden telah dipilih, terdiri daripada pelajar, dan

5 orang bagi pihak guru dan pihak pentadbiran sekolah.

Jadual 5.2 : Keputusan soal selidik pelajar

Bil

Perkara

Bilangan Bilangan Ya

Tidak

1 Aplikasi Pelajar

8 2 berkaitan dengan mudah dan cepat b.Semua unit boleh dicapai

a. Boleh membantu pelajar memaparkan maklumat

c. Paparan maklumat memudahkan pelajar

2 Capaian

9 1 b.Cepat

a. Mudah

c. Jelajah

3 Antaramuka

a. Ikon mencukupi

b. Persembahan menarik

c. Mengikut piawaian

Jadual 5.3: Keputusan soal selidik guru dan pihak pentadbiran sekolah

Bil

Perkara

Bilangan Bilangan Ya

Tidak

1 Aplikasi Untuk Guru

3 2 b.Semua markah direkodkan dengan betul

a. Paparan untuk kemasukan data adalah mudah

c. Proses kemasukan data adalah mudah

2 Capaian

5 0 b.Cepat

a. Mudah

c. Jelajah

3 Antaramuka

a. Ikon mencukupi

b. Persembahan menarik

c. Mengikut piawaian

5.5 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, implementasi dan pengujian sistem adalah sangat penting, untuk memastikan bahawa sistem yang dibangunkan menepati kehendak dan keperluan spesifikasi pengguna. Ini penting, agar pengguna dapat memahami dan menggunakan sistem ke tahap optimum. Dengan memenuhi kehendak dan keperluan ini, ia akan dapat membantu pihak sekolah menambah nilai dalam pengurusan maklumat pelajar.