DAFTAR KATA

DAFTAR KATA

Ayat matematik

- Suatu pernyataan metematik yang mengandungi angka dan simbol

Bahagi - Hitungan memecahkan sesuatu nombor atau benda kepada beberapa kumpulan

tertentu. - Berkongsi atau mengumpulkan benda sama rata. - Satu proses pengongsian sama rata atau pengumpulan sama banyak.

Baki

- Amaun yang tinggal selepas satu proses pembahagian. - Kuantiti atau bilangan yang tinggal - Nilai yang lebih atau yang tinggal selepas penolakan

Bentuk lazim

- Menulis operasi tambah, tolak, darab dan bahagi secara menegak

Bundar

- Menjadi bundar (bukan sesuatu). - Mendapatkan satu nilai nombor yang hamper dengan sebenarnya atau kiraan kasar

Cara spontan

- Memberi jawapan dengan serta merta atau tindakan cepat

Congak Perkiraan atau menghitung secara lisan tanpa menggunakan kertas, pen, pensel atau pembilang

Pengiraan (taksiran) yang dibuat dalam kepala

D Darab

- Menambah sesuatu nombor secara berulang.

Dekak-dekak Alat bantu mengajar untuk menunjukkan nilai tempat bagi suatu nombor iaitu sa, puluh, ratus dan seterusnya

Digit

- Simbol untuk membentuk suatu nombor(angka)

Dimensi (2D) - Merujuk kepada bentuk yang lebar dan tanpa ketebalan seperti bulat, segi tiga, segi

empat sama, segi empat tepat.

Fakta asas - Pernyataan konsep yang telah dimantapkan mengenai operasi tambah, tolak, darab

dan bahagi - Sistem atau jadual yang menunjukkan sesuatu konsep.

Gabungan

- Disatukan dalam satu kumpulan

Garis nombor

- Garis lurus yang ditanda dengan senggatan nombor-nomborbulat.

Contoh :

- Jawapan yang diperolehi daripada proses penambahan

Hasil tambah

I Isipadu

- Amaun ruang di dalam pepejal atau cecair yang terkandung di dalamnya.

J Jisim

- Kumpulan jirim yang tidak mempunyai bentuk tetap dan merupakan jumlah isi

sesuatu benda. - Isi segala benda yang tidak bernyawa; - (Fiz) kuantiti jirim dalam benda yang tidak bernyawa yang tidak tertakluk pada graviti. - Banyaknya jirim atau bahan dalam sesuatu objek.

Jarum panjang

- Jarum pada sebuah jam yang menunjukkan tempoh masa dalam unit minit

Jarum pendek

- Jarum pada sebuah jam yang menunjukkan tempoh masa dalam unit jam

Jarum saat

- Jarum padasebuah jam yang menunjukkantempohmasadalam unit saat

K Kad angka

- Kad yang bertulis dengan angka atau nombor

Kon

- Jasad pejal yang meruncing ke hujung dari tapaknya yang rata dan bulat. - Bentuk tiga dimensi dengan satu tapak membulat, satu permukaan lengkung, dan

satu bucu.

Konkrit

- Bersifat (berupa) sesuatu yang dapat digambarkan (dirasai, dilihat, dll). - Bersifat kebendaan (tidak abstrak). - Nyata ada (kelihatan dan sebagainya), maujud

Konteks - Ayat (bahagian rencana dll) yang menentukan atau menunjukkan erti perkataan

(ungkapan dll) yang terkandung di dalamnya

Kuantiti

- Banyaknya (jumlah, bilangan, amaun) sesuatu.

Kuboid

- Bongkah geometri yang enam permukaannya berbentuk segi empat tepat. - Bentuk tiga dimensi yang mempunyai 6 permukaan, 8 bucu dan 12 sisi.

Kubus - Bongkah yang mempunyai enam permukaan yang setiap satu nya berbentuk segi

empat sama. - Bentuk tiga dimensi yang mempunyai enam permukaan berbentuk segi empat sama. L Langkau

- Selang atau sela

Latih tubi

- Kegiatan atau latihan yang dilakukan secara berulang-ulang

- Tempoh yang disukat dengan jam(waktu)

Masa - Menulis atau mencatat butiran tentang sesuatu konsep, fakta atau pernyataan Merekod

matematik

Nilai digit

- Kuantiti yang diwakili oleh sesuatu nombor berdasarkan nilai tempat

Nilai tempat

- Kedudukan atau rumah dalam sesuatu nombor - Nombor yang ditumpukkan kepada kedudukan angka. Contoh: dalam angka 53, nilai

tempat bagi digit 5 ialah puluh dan 3 ialah sa

Nombor

- Bilangan, konsep kuantiti (banyaknya benda)

Nombor bulat

- Nombor yang bermula dari sifar hingga ke integer positif

O Objek

- Benda yang dapat dicerap

Objek konkrit

- Benda sekeliling yang dekat kepada murid, contoh: pensel, buku dll

Operasi tambah

- Proses menjalankan kerja penambahan

Operasi tolak

- Proses menjalankan kerja penolakan

P Panjang

- Merujuk kepada jarak bagi dua titik

Pecahan

- Nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan - Benda konkrit (maujud) seperti lidi, straw, guli, batang ais krim dan sebagainya yang

Pembilang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kefahaman murid membilang

Pengasingan

- Proses mengeluarkan sesuatu objek atau nombor dalam konsep penolakan

Penyatuan

- Proses penggabungan sesuatu objek atau nombor dalam konsep penambahan

Piawai

- Alat pengukur.

Pola

- Reka bentuk. Contoh : model

R - Jujukan atau sekumpulan nombor yang disusun mengikut tertib tertentu dan Rangkaiannombor

mempunyai hubungan di antara satu sama lain. Contoh : 2,4,6,8,10,12…..

S - Tanda yang menunjukkan sama jarak di antara satu sama lain pada alat ukur atau alat

Senggatan

sukatan. Contoh : Senggatan pada permukaan sebuah jam

Separuh

- Salah satu daripada dua bahagian yang sama dari pada keseluruhannya.

Silinder

- Benda berbentuk bulat panjang. - Bentuk tiga dimensi yang mempunyai satu muka lengkung dan dua muka hujung yang

rata dan membulat.

Sifar

- Nombor yang mewakili tiada objek, simbol sifar ialah 0

Tambah

- Bermaksud menggabungkan dua atau lebih benda bersama-sama. - Mencari jumlah bagi dua atau lebih nombor.

Tertib menaik

- Susunan mengikut nilai-nilai yang semakin meningkat. Contohnya 0,1,2,3,4,5…… - Tertib menaik merujuk kepada susunan nombor dari pada nilai terkecil kepada nilai

terbesar.

Tertib menurun

- Sususnan mengikut nilai-nilai yang semakin menyusu t. Contohnya 10,9,8,7,6……. - Tertib menurun merujuk kepada susunan nombor daripada nilai terbesar kepada nilai

terkecil.

Tiga dimensi (3D)

- Merujuk kepada bentuk yang mempunyai lebar, panjang dan tinggi. - Merujuk kepada objek atau bentuk yang mempunyai ketebalan, kedalaman dan

ketinggian.

Tolak

- Mencari beza antara dua atau lebih nombor.

Urutan - Susunan yang berturut-turut; susunan yang teratur mengikut giliran; angka (nombor)

yang berturut-turut; (nombor, bilangan, dll).

W Waktu

- Kuantiti yang disukat dalam jam, minit, saat yang menunjukkan detik permulaan dan

penamat sesuatu kejadian

Wang

- Alat pertukaran yang mempunyai harga(nilai) tertentu dan diakui sah, duit

Rujukan: Laman web Dewan Bahasa danPustaka Nexus EdisiTerkini UPSR Year 4,5,6 Mathemathics

KBSR Matematik Tahun 1 dan 2

64

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ARAS 4-8 BLOK E9

KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917 http//www.moe. gov.my/bpk