ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH

24

BAB III PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

1. ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH

1.1 Dalam mengurus aktiviti kokurikulum di sekolah, PengetuaGuru Besar sebagai Penolong Pendaftar hendaklah menubuhkan Organisasi Pengurusan Kokurikulum Sekolah bagi membantu beliau memantau, menilai, memperbaiki, mencemerlangkan aktiviti kokurikulum sekolah. Beberapa perkara perlu diambilkira semasa membentuk organisasi ini agar ia dapat memberikan faedah kepada pelajar dan sekolah. a Fungsi dan tanggungjawab setiap ahli. b Kekerapan mengadakan mesyuarat. c Pembentukan jawatankuasa kecil. d Pelaporan berkala. e Dokumentasi JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH PengetuaGuru Besar GPK Kokurikulum Setiausaha Kokurikulum Penyelaras Pasukan Pakaian Seragam Penyelaras Kelab Persatuan Penyelaras Kelab Sukan Permainan Setiausaha Sukan Guru Penasihat Guru Penasihat Guru Penasihat Guru Rumah Sukan Guru Pasukan Sekolah Pengerusi Pasukan Pakaian Seragam, KelabPersatuan, Kelab Sukan Permainan, Ketua Rumah Sukan Dan Kapten Pasukan Sekolah Murid-Murid JBPS Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah 25 1.2 Skema Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah. 1.2.1 Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum Sekolah. 1.2.2 Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah. {Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11985 bertarikh 2hb. Januari 1985} 1.2.3 Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan kokurikulum sekolah dan menghebahkannya kepada guru-guru dan pelajar-pelajar. Visi dan misi sekolah dalam bidang kokurikulum ditetapkan dalam mesyuarat bersama di antara Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum Sekolah dengan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah. 1.2.4 Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan Kokurikulum yang terdiri daripada guru-guru penasihat persatuankelab, pasukan pakaian seragam, dan sukanpermainan. 1.2.5 Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan kokurikulum pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan. 1.2.6 Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan kokurikulum yang telah dirumuskan. 1.2.7 Menyediakan keperluan asas pentadbiran termasuklah fail; dokumen- dokumen rujukan berkaitan prosedur, undang-undang atau peraturan dan tatacara pelaksanaan; kurikulum kegiatan; borang-borang penilaian; dan sijil-sijil. 1.2.8 Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahan- kemudahan asas. 1.2.9 Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan, seperti sumber tenaga dan kepakaran, kesesuaian persekitaran, sumber bantuan dan kewangan, dan kecendorongan pelajar. 1.2.10 Memperolehi dan mengemaskini inventori , bekalan pejabat, dan harta modal bidang kokurikulum. 1.2.11 Menyediakan perancangan dan jadual tahunan takwim kegiatan kokurikulum sekolah. 1.2.12 Menubuhkan persatuankelabbadan beruniform dan melantik guru-guru penasihat. {Rujuk Peraturan-peraturan Pendidikan Persatuan Sekolah 1998 seperti dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Hb. Mei 1998 Jil. 42No. 11 : PU A 196} 1.2.13 Menyediakan kurikulum kegiatan setiap persatuankelab. 1.2.14 Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepadas guru- guru. 1.2.15 Menyelaraskan kegiatan atau aktiviti persatuankelabbadan beruniform berdasarkan objektifmatlamat setiap persatuankelabbadan beruniform berkenaan, rangka perancangan kokurikulum sekolah, dan jadual aktiviti kokurikulum peringkat daerah dan negeri. 1.2.16 Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan kokurikulum. 26 1.2.17 Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan oleh setiap persatuankelab, badan beruniform dan persatuankelab sukan dan permainan. 1.2.18 Melaksanakan Skema Penilian Aktiviti Kokurikulum untuk setiap pelajar. 1.2.19 Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan. 1.2.20 Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antara bangsa. 1.2.21 Menyediakan laporan Tahunan Kokurikulum.Lampiran Laporan 1.3 Prinsip Pelaksanaan Kokurikulum. 1.3.1 Menyediakan ruang, peluang, kesempatan, dan kemudahan pembelajaran yang menarik, menyeronokkan, dan merentasi kurikulum, bagi membantu muridpelajar mengikuti, melalui, dan mengalami alam persekolahan dalam keadaan selesa, selamat, dan sejahtera dengan pewujudan iklim, budaya, dan persekitaran sekolah yang kondusif, ceria dan bersih; 1.3.2 Merancang, menganjur, dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk aktiviti bagi tujuan mempelbagaikan pengalaman pembelajaran dan persekolahan muridpelajar dalam usaha untuk melengkapkan dan memantapkan lagi pelaksanaan program akademik dan menjadikannya lebih berkaitan dan relevan dengan alam dan kehidupan di luar sekolah. 1.3.3 Dalam semua program kokurikulum penekanan diberi kepada pemerolehan dan peningkatan ilmu dan kemahiran baru, dan pemupukan sikap positif dan nilai-nilai murni kemanusiaan dan keinsanan demi meningkatkan kualiti sahsiah, disiplin, ketahanan diri, daya saing, dan kesejahteraan diri muridpelajar dan masyarakat. 1.3.4 Dalam semua program kokurikulum penekanan diberi secara sedar kepada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah bagi kesejahteraan masyarakat, bangsa, dan negara. 1.3.5 Menyediakan peluang, ruang, dan kemudahan yang mencukupi dengan mempelbagaikan program dan aktiviti kokurikulum bagi membolehkan penyertaan muridpelajar secara beramai-ramai; penyertaan seramai mungkin murid-murid terpilih; dan peragaan murid kepada khalayak yang lebih ramai dan terbuka. 1.3.6 Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian, dan kepemimpinan dalam setiap bidang kokurikulum supaya muridpelajar dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing- masing dalam bidang-bidang yang mereka sertai, dan berpeluang mengatasi atau mempertingkatkannya secara berterusan. 1.3.7 Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang, dianjur, dan dikelolakan memberi peluang dan kesempatan kepada muridpelajar mengembangkan minat, bakat kreatif dan inovatif masing-masing; dan menatarkan idea, pendapat, buah fikiran, ilham, dan cita rasa secara berhemah dan bijaksana melalui pelbagai genre dan budaya warisan bangsa. 27 1.3.8 Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar-pelajar memperagakan kepada khalayak bakat dan kebolehan masing-masing dalam bidang-bidang yang mereka minati. 1.3.9 Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang, dianjur dan dikelolakan. 1.3.10 Seberapa boleh mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, dan institusi-institusi pengajina tinggi, untuk memperluas, mempelbagai, dan mempertingkatkan penglibatan muridpelajar dalam kegiatan-kegiatan kokurikulum. 1.3.11 Mewujudkan peluang kepada pelajar-pelajar mempertingkatkan daya saing dan daya tahan masing-masing, di samping memperteguh semangat kesukarelawanan dan kekendirian. 1.3.12 Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktivitikegiatan kokurikulum yang dianjur dan dikelolakan.

2. JENIS AKTIVITI KOKURIKULUM