KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI

127 kebangsaan dan antarabangsa, markah aspek pencapaian yang diambilkira hanyalah pencapaian di peringkat antarabangsa 20 markah.

5. KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI

5.1 Setiap pelajar sekolah menengah rendah tahap II diwajibkan menganggotai pasukan pakaian seragam, persatuankelab serta kelab sukan dan permainan. Dalam hal ini setiap pelajar memilih salah satu aktiviti yang terdapat dalam setiap kegiatan kokurikulum tersebut. Ini bermakna penilaian kegiatan adlah berdasarkan: a. Aktiviti pasukan pakaian seragam seperti Kadet remaja Sekolah, Pandu Puteri, Pengakap, Seni Bela Diri dan sebagainya. b. Aktiviti Persatuankelab sepeerti Persatuan bahasa Malayu, Kelab Pencinta Alam, Kelab Seni Lukis dan sebagainya. c. Aktiviti Kelab Sukan dan Permainan seperti kelab Olahraga, Kelab Renang, Kelab Memanah dan sebagainya. 5.2 Setiap jenis aktiviti yang dianggotai oleh pelajar akan dinilai berdasarkan aspek- aspek yang telah dinyatakan dalam 4.1.1 dan agihan markah setiap jenis aktiviti adalah sama seperti yang dinyatakan dalam 4.1.2. Sebagai contoh berikut adalah markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi oleh Pelajar X. i. Kegiatan Pasukan Pakaian Seragam Jenis Aktiviti: Pengakap Aspek Penilaian Prestasi Markah a Kehadiran Penuh 4040 50 b Pencapaian Johan Kawad Kaki Peringkat Negeri 10 c Penglibatan Menghadiri jambori Pengakap Kebangsaan 15 d Jawatan Disandang Ahli Biasa 3 JUMLAH 78 ii. Kegiatan Persatuan Kelab Jenis Aktiviti: Persatuan bahasa Melayu Aspek Penilaian Prestasi Markah a Kehadiran 3640 45 b Pencapaian Naib Johan Pertandingan Bahas Antara Kelas 5 c Penglibatan Menyertai Seminar Penulisan Sajak Peringkat Kebangsaan 15 d Jawatan AJK Persatuan 5 JUMLAH 70 128 iii. Kegiatan Kelab Sukan dan Permainan Jenis Aktiviti: Kelab Sukan Bola Sepak Aspek Penilaian Prestasi Markah a Kehadiran Penuh 6060 50 b Pencapaian Naib Johan Timang Bola Piala Nike Peringkat Kebangsaan 13 c Penglibatan Mewakili Negeri Dalam Pertandingan MSSM 15 d Jawatan Kapten Bola Sepak B18 10 JUMLAH 88 5.3 Gred Penilaian Kegiatan Kokurikulum 5.3.1 Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti berikut: GRED MARKAH A Antara 80 hingga 100 B Antara 60 hingga 79 C Antara 40 hingga 59 D Antara 20 hingga 39 E 19 ke bawah 5.3.2 Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi Pelajar X, gred yang diperolehi bagi setiap kegiatan kokurikulum adalah seperti berikut: Kegiatan Markah Yang Diperolehi Gred Pasukan Pakaian Seragam 78 B Persatuan Kelab 70 B Kelab Sukan dan Permainan 88 A

6. MARKAH BONUS