Tarikh Masa Tempat Tarikh

109 Lampiran G1 Contoh Surat Memohon Khidmat Hakim Pertandingan Sekolah Kebangsan Juara, Rujukan Tuan: Jalan Kulim, Rujukan Kami : SKJ 5PPS200315 14000 Bukit Mertajam, Tarikh : 12 Jun 2003 Pulau Pinang. Ketua Polis Daerah Bukit Mertajam, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Polis Diraja Malaysia, Pulau Pinang. Tuan, Permohonan Khidmat Hakim Pertandingan Kawat Kaki Sempena Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Sekolah 2003 Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan Pertandingan Kawat Kaki sebagai satu aktiviti dalam Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2003. 3. Oleh yang demikian bagi menjayakan Pertandingan Kawat Kaki tersebut dipohon jasa baik tuan untuk memberikan pegawai-pegawai berikut pelepasan dari tugas dari pejabat tuan untuk bertugas sebagai hakim dalam pertandingan tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

3.1 Tarikh

: 22 Julai 2003

3.2 Masa

: Mulai 2.30 petang

3.3 Tempat

: Padang Kawat Sekolah Kebangsan Juara. 4. Anggota-anggota yang dicadangkan adalah LKpl 1047873 Abu Bakar bin Abu Talib dan Kpl 572137 Abd Khalib bin Abd Hamid 5. Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ........................................... ALI BIN ABDULLAH Guru Besar, Sekolah Kebangsan Juara. s.k 1. Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara Tengah. 2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah 3. Fail Perkhemahan 110 Lampiran H1 Contoh Surat Permohonan Khidmat Bantuan Daripada Pihak-Pihak Tertentu Sekolah Kebangsaan Juara , Rujukan Tuan: Jalan Kulim, Rujukan Kami: SKJ 5PPS200316 14000 Bukit Mertajam, Tarikh : 21 Jun 2003 Pulau Pinang Tuan Pengurus, Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang, KOMTAR, Pulau Pinang. Tuan Puan, Permohonan Membekal Bekalan Air Sepanjang Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2003 Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami akan mengadakan Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2002 sepertimana ketetapan berikut.

1.1 Tarikh

: 21 hingga 23 Julai 2003

1.2 Masa