PELAKSANAAN TINDAKAN SKIM PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM

141 menghadapi masalah untuk memajukan sesuatu persatuan yang dipimpin olehnya. k Kesediaan dan kesanggupan untuk mengorbankan masa dan tenaga. 2.8.3 Suatu hakikat yang wajar diberi perhatian ialah kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab kokurikulum secara berkesan dan efektif tidak seluruhnya boleh diperolehi daripada teks. Sebaliknya, penglibatan dan penyertaan secara langsung akan menghasilkan pengalaman-pengalaman ’hands on’ yang kelak akan memperkaya kemahiran-kemahiran yang diperlukan itu. Dalam konteks ini, disamping latihan-latihan formal, peluang-peluang perlulah diwujudkan bagi membolehkan seseorang guru itu menyertai pelbagai bidang dan kegiatan untuk mempelbagaikan dan sekali gus memperkaya pengalaman-pengalamannya. 2.8.4 Pada masa yang sama, latihan-latihan informal dalam bentuk bengkel-bengkel dan klinik-klinik kejurulatihan perlu diperbanyakkan dan dilaksanakan secara berterusan. Pakar-pakar di luar institusi sekolah dijemput sekali sekala untuk memberi ceramah- ceramah kejurulatihan atau aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum.

3. PELAKSANAAN TINDAKAN

Tindakan-tindakan strategik seperti yang dicadangkan dalam Perkara 2 di atas sepatutnya dipertimbang dan dilaksanakan. Strategi tindakan ini boleh dilaksanakan sebagai langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang. Agenda-agenda asas yang disyorkan ialah:- 3.1 Meningkatkan motivasi guru-guru supaya lebih komited dan bertanggung jawab kepada tugas kokurikulumnya. 3.2 Meningkatkan motivsi pelajar-pelajar untuk meningkatkan penglibatan dan penyertaan mereka dalam bidang-bidang kokurikulum. 3.3 Meningkatkan kesedaran di kalangan ibubapa dan penjaga tentang pentingnya kokurikulum sebagai sumber pembelajaran dan kemahiran. 3.4 Membina infrastruktur baru dan menyediakan kemudahan serta peralatan- peralatan latihan yang diperlukan. 3.5 Mewujudkan skim-skim latihan formal dan tidak formal setempat. 3.6 Mewujudkan skim pengiktirafan kecemerlangan kokurikulum dan insentif galakan untuk guru-guru dan para pelajar.

4. SKIM PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Selaras dengan cadangan 2.6 dalam perkara 2 di atas, maka sejak 1998, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Skima Penilaian Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah. Unit Kokurikulum, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri telah menyebarkan maklumat mengenai pelaksanaan skima ini ke semua sekolah melalui edaran-edaran dan taklimat di semua Pejabat Pendidikan Daerah. Setiap sekolah juga telah dibekalkan dengan risalah yang berkaitan, termasuklah yang berikut: 142 - Buku Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah; - Buku Penilaian Kokurikulum; dan - Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum. Adalah didapati bahawa untuk menjayakan skima penilaian ini pelbagai perubahan dari pelbagai aspek perlu dilaksanakan. Para pelajar dan ibubapapenjaga masing-masing juga perlu mengubah sikap dan tanggapan negatif terhadap kokurikulum. Sekolah- sekolah yang kurang menjalankan aktiviti-aktiviti pertandingan dan program-program kokurikulum perlu menjadi lebih aktif: bukan sahaja merancang aktiviti-aktiviti pertandingan peringkat dalaman, tetapi juga menyertai pertandingan peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan. Pada masa yang sama, sekolah juga perlu mewujudkan peluang yang lebih luas kepada para pelajar memanfaatkan minat dan bakat atau kebolehan mereka. Kesempatan juga perlu diwujudkan bagi membolehkan para pelajar menguji dan mempertingkat daya kepimpinan masing-masing, di samping menggalakkan kerativiti di kalangan mereka. 4.1 Prestasi Pelaksanaan: Hasil pemantauan rambang yang dijalankan didapati masih ada sekolah yang belum melaksanakan skima penilaian ini seperti yang dikehendaki. Manakala sebahagian besar sekolah-sekolah yang melaksanakannya masih bergantung kepada takwim kegiatan yang disediakan oleh pihak-pihak lain, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, agensi-agensi luar, dan majlis-majlis. Komitmen keseluruhan pelajar dan ibubapapenjaga untuk menyertai aktiviti- aktiviti kokurikulum sekolah masih kurang menggalakkan. Lampiran III menjadualkan data pencapaian pelajar yang diperolehi mengikuti skima penilaian yang telah ditetapkan. Berdasarkan data yang diperolehi itu, jelaslah bahawa tanpa bantuan dan pertolongan semua pihak, khususnya pihak sekolah, maka peluang para pelajar untuk mendapat markah purata yang lebih tinggi adalah tipis.

5. FUNGSI UNIT KOKURIKULUM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI