Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawak

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id BAB III SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK

A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawak

Sejarah kedatangan Islam merupakan fenomena yang amat penting dalam sejarah peradaban melayu. Menelusuri sejarah Islam di Mukah, hal ini sangat berkait rapat dengan sejarah kemasukan kekuasaan Kesultanan Brunei ke Sarawak sekitar 1500 Masehi. 34 Brunei memainkan peranan yang penting dalam mengerakkan dakwah Islam di Borneo dan juga pulau-pulau di Maluku, lebih-lebih lagi apabila sultannya mengistiharkan gerakan dakwah Islamiah secara besar-besaran. 35 Sebagaimana juga sejarah kedatangan Islam ke Brunei yang menimbulkan berbagai-bagai pendapat, begitu juga halnya dengan kedatangan Islam ke Sarawak. Kebanyakan penulis menghubungkan kedatangan Islam ke Mukah Sarawak dengan kedatangan Islam ke Brunei. Dalam kajian Islam sejarah Islam Sarawak, kebanyakan tempat seperti Saribas, Maluku, Bintulu dan Mukah sangat aktif dalam halnya kemasukan para pedagang-pedagang dari Brunei. 36 Maka dengan itu, fakta sejarah mengatakan masyarakat tempatan mendapat kemasukan Islam salah satu faktornya adalah langsung dari pedagang-pedagang Islam Brunei. Pedagang- pedagang Brunei aktif berhubung di Mukah, Kuching, Saribas dan Santubong 34 Al-Sufri dan Haji Awang Mohd Jamil, Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam Kementerian Kebudayaan, 2001, 37. 35 Wan Hussein Hazmi, Kedatangan Islam dan Perkembangan di Alam Melayu ke VII M hingga abad ke XVVI M, 1989, 20. 36 Hj Ibrahim Masnon, Islam di Brunei, Sabah dan Sarawak Kuala Lumpur: Penerbitan Asiana, 1998, 84. digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id ✓ ✔ karena Sarawak ketika itu merupakan wilayah yang dikuasai oleh Sultan Brunei yakni Sultan Muhammad. 37 Pada zaman kegemilangan Kesultanan Brunei di Sarawak 1599 Masehi.pedagang-pedagang dari keturunan mereka mendapat penghormatan istimewa dari penduduk pribumi Sarawak. Mereka pendapat layanan istimewa bukan sekadar faktor barang dagangan, akan tetapi meraka di layan baik atas faktor pedagang-pedagang mempunyai ilmu yang luas mengenai Islam. Maka dari situ, ada juga sesetengah penduduk pribumi bukan sekadar menjalinkan hubungan sebagai penjual dan pembeli sahaja, tetapi sebagai murid dan guru. 38 Justeru itu, masyarakat yang tinggal di pelabuhan pantai Sarawak adalah dipercayai mula-mula menerima Islam kerna kedudukan geografisnya yang mudah untuk didatangi oleh pedagang-pedagang luar.

B. Perkembangan Islam Pada Zaman Penjajahan Brooke