SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DALAM MASYARAKAT MELANAU (KAJIAN ISLAMISASI DI MUKAH SARAWAK 1963-2014).

(1)

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DALAM MASYARAKAT MELANAU (KAJIAN ISLAMISASI DIMUKAH SARAWAK 1963-2014)

SKRIPSI

Diajukan untuk Memenuhi Sebagian Syarat Memperoleh Gelar Sarjana dalam Program Strata Satu (S-1) Pada Jurusan Sejarah dan Kebudayaan Islam (SKI)

Oleh

Zackarnain bin Jaraee

NIM: A4.22.12.117

FAKULTAS ADAB DAN HUMANIORA UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SUNAN AMPEL

SURABAYA 2016


(2)

(3)

(4)

(5)

ABSTRAK

Skripsi ini berjudul “Sejarah Perkembangan Islam dalam Masyarakat Melanau di Mukah Sarawak Tahun 1963-2014”. Skripsi ini memfokuskan

penelitian tentang (1) Siapa yang berperan mengembangkan Islam di Mukah? Kemudian (2) Bagaimana perkembangan Islam setelah kemerdekaan dalam masyarakat Melanau Mukah? Selanjutnya (3) Organisasi-organisasi apa yang berdiri setelah perkembangan Islam di Mukah?

Dalam penelitian ini menggunakan metode sejarah dengan pendekatan historis. Metode sejarah digunakan untuk mendeskripsikan peristiwa yang terjadi pada masa lampau. Pendekatan historis digunakan untuk mencari informasi tentang masa lampau dengan mengunakan cara sistematis mengenai perkembangan Islam dalam masyarakat Melanau di Mukah Sarawak. Sedangkan teori yang digunakan dalam penelitian ini yakni teori sosial agama dari Max Weber.

Hasil penelitian ini menemukan bahwa (1) Tokoh-tokoh yang berperan dalam perkembangan Islam dalam masyarakat Melanau yaitu, Datuk Hakim Abang Haji Abdur Rahman, Hakim Haji Ashaari, Syeikh Haji Othman Abdul

Wahab, Abdur Rahman Ya’kub dan Abdul Taib bin Mahmud. Kemudian (2)

Setelah kemerdekaan, masyarakat Melanau Islam hidup dalam pengaruh budaya barat dan nilai-nilai Islam tidak diamalkan dalam kehidupan seharian. Sehingga munculnya gerakan-gerakan dari tokoh agama, Islam mulai berkembang dalam masyarakat Melanau di Mukah. Kepercayaan animisme sebahagian masyarakat juga terhapus hasil perkembangan Islam. (3) Perkembangan Islam dalam masyarakat Melanau juga telah melahirkan organisasi-organisasi Islam yang dilihat amat berperan dalam meneruskan perluasan syiar Islam di Mukah antara lain Jabatan Agama Islam Mukah, Baitulmal, Tabung Haji, HIKMAH dan Persatuan Melanau Mukah.


(6)

ABSTRACT

This thesis is titled "History of Islam in society Melanaus in Mukah Sarawak Year 1963-2014". This thesis research focuses on (1) Anyone whose role in spreading Islam in Mukah? Then (2) How the development of Islam after independence in Melanau Mukah? Furthermore, (3) Organizations that standing after the expansion of Islam in Mukah?

In this study, using history with a historical approach. The method used to describe the historical events that happened in the past. The historical approach is used to find information about the past using a systematic way on the development of Islam in society Melanau Mukah Sarawak. While the theory used in the study of the social theories of Max Weber.

This study finds that (1) Figures that play a role in the development of Islam in society Melanaus that is, Datuk Abang Haji Abdur Rahman Hakim, Hakim Haji Ashaari, Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Ya'kub Abdur Rahman Abdul Taib bin Mahmud and. Then (2) After independence, the Melanaus Muslims live in western cultural influences and values of Islam is not practiced in daily life. Until the emergence of movements of religious leaders, Muslims began to grow in the Melanaus in Mukah. Animism some people also erased outgrowth of Islam. (3) The spread of Islam in society Melanaus has also spawned Islamic organizations are viewed very instrumental in the continued expansion of Islam in Mukah, Jabatan Agama Islam Mukah, Baitulmal Mukah, Tabung Haji, HIKMAH and Persatuan Melanau Mukah.


(7)

DAFTAR ISI

HALAMAN JUDUL………... i

PERNYATAAN KEASLIAN………... ii

PERSETUJUAN PEMBIMBING………... iii

PENGESAHAN TIM PENGUJI………. iv

TRANSLITERASI... v

KATA PENGANTA……… vi

ABSTRAK ……….. ix

DAFTAR ISI……… xi

BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Masalah……… 1

B. Rumusan Masalah………. 5

C. Tujuan Penelitian……….. 6

D. Kegunaan Penelitian………. 6

E. Penelitian Terdahulu………. 7

F. Pendekatan dan Kerangka Teoritik………….. 9

G. Metode Penelitian………. 11

H. Sistematika Bahasan……….. 14

BAB II MENGENAL MUKAH DAN MASYARAKAT MELANAU A. Geografis Mukah………. 16

B. Sejarah Sosio-Ekonomi Masyarakat Melanau…. 17 C. Sejarah Nama Mukah……….. 20

D. Agama dan Kepercayaan Masyarakat Melanau.. 21

1. Agama………... 21


(8)

BAB III SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK

A. Sejarah Masuk Islam di Mukah Sarawak……… 26

B. Perkembangan Islam Pada Zaman Penjajahan Brooke……… 37

C. Tokoh Ulama Sarawak Sebelum Kemerdekaan.. 31

D. Tokoh Ulama Sarawak Setelah Kemerdekaan…. 34 1. Penubuhan Bina………. 35

2. Sumbangan Tokoh………. 49

BAB IV PERKEMBANGAN ISLAM DALAM MASYARAKAT MELANAU DAN CABARANNYA DI MUKAH A. Dinamika Kehidupan Melanau Mukah………… 41

B. Bentuk Perkembangan Pemikiran Masyarakat IslamMelanau……….. 42

C. MelanauMembentuk Komunitas Muslim……… 44

D. Perkembangan Pendidikan Islam………. 45

E. Organisasi-organisasi Islam………. 46

1. Jabatan Agama Islam Mukah………. 47

2. Tabung Baitulmal Mukah……….. 48

3. Hikmah Mukah……….. 49

4. Tabung Haji Cabang Mukah……….. 50

F. Cabaran perkembangan Islam di Mukah………. 50

1. Pertambahan Penganut Islam yang Perlahan. 51 2. Sumber Tenaga Manusia dan Sumber Kewangan 52 3. Kurang Penyelerasan Aktivitas Dakwah…. 52 4. Cabaran Mengenai Tahap Pendidikan, Penghayatan Agama serta Keterikatan terhadap Adat dan Budaya Lama……… 53

G. Jejak-jejak Kebudayaan Islam………. 53


(9)

2. Masjid Setia Raja Mukah………... 54

3. Rumah Panjang Melanau……… 54

BAB V PENUTUP A. Kesimpulan……….. 56

B. Saran……… 58

DAFTAR PUSTAKA……… 60


(10)

BAB I PENDAHULUAN

A. Latar Belakang Masalah

Islam merupakan salah satu agama yang dianut banyak manusia di muka bumi ini. Berkembangnya pengaruh agama Islam di permukaan bumi sudah pasti ada kejadian sejarahnya yang tersendiri sebelum berkembang dari suatu tempat ke suatu tempat. Begitu juga halnya mengenai Islam yang terdapat dalam masyarakat Melanau di Mukah, Sarawak. Mukah merupakan salah satu kabupaten dalam Negeri Sarawak yang penuh dengan kepelbagaian etnik dan budaya serta agama termasuklah masyarakat Melanau.

Menurut statistik 2010 yang diambil dari sensus Penduduk dan Perumahan Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, Melanau merupakan suku kaum kelima terbesar di Sarawak dengan peratusan 5% yaitu sebanyak 123,410 orang daripada keseluruhan 2,471,140 orang. Kebanyakan mereka memeluk agama Islam selain Kristian. Melanau atau lebih dikenali sebagai A liko1 merupakan salah satu dari suku kaum pribumi di Sarawak. Ejaan yang merujuk kepada kaum ini telah banyak kali berubah seperti Milanowes, Milanos, Melano dan kini yang lebih mantap dan diterima umum adalah Melanau.2

Ketika sebelum kemerdekaan, sejarah masyarakat Melanau di Mukah sangat unik sekali. Pada abad ke 18, masyarakat Melanau pernah dikuasai

1

Wikipedia, “Melanau People”, dalam https://en.wikipedia.org/wiki/Melanau_people (30 Disember 2015)

2

Yasir Abdul Rahman,Masyakat Melanau Sarawak(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008), 28.


(11)

oleh Sultan Brunei yang di ketuai Sultan Muhammad. Secara jelasnya Islam telah bertapak di Sarawak kurun 18. Ini karena semasa pemerintahan Sultan Muhammad (Awang Alak Betatar) daerah penguasaan Brunei meliputi negeri-negeri seperti Kalaka, Saribas, Samarahan, dan Mukah. Pada zaman pemerintahan Kesultanan Brunei, pedagang-pedagang berketurunan Brunei mendapat penghormatan daripada masyarakat tempatan. Mereka mendapat penghormatan bukan saja disebabkan oleh barangan dagangan yang berkualitas didagangkan, tetapi juga disebabkan oleh pengetahuan meluas mereka mengenai Islam disamping kemahiran pentadbirannya.3 Justeru itu, masyarakat tempatan yang tinggal di pesisiran pantai Sarawak yakni masyarakat Melanau adalah mula-mula mendapat kemasukan Islam oleh Brunei.

Islam semakin berkembang di provinsi Sarawak dibawah penguasaan Brunei. Namun begitu, pada pertengahan abad ke 19, perkembangan itu mulai lemahketika Sarawak jatuh ke tangan penjajah Inggeris yakni dari penguasa keluarga James Brooke4. Semasa pemerintahan Brooke, seorang mubaligh Kristen yang bernama Francis T. MacDougall telah tiba di Kuching, Sarawak pada 1848. Beliau bermazhab Anglican dan kemudian menjadi Bishop. Beliau merupakan orang yang pertama membuka sekolah bagi anak-anak pribumi Sarawak untukbelajar. Beliau juga mendirikan sebuah badan penyebaran agama kristen dikenali sebagai Borneo Church Mission.5 Oleh

3

Ismail Mat,Dakwah dan Cabaran Islam di Sarawak(Maju Press :Uitm, 2001), 94. 4

Masnon Hj Ibrahim, Islam di Brunei, Sabah dan Sarawak (Kuala Lumpur: Penerbitan Asiana, 2002), 35.

5


(12)

itu, bermulalah pertembungan yang besar diantara peluasan Islam dan juga Kristen.

Merujuk daripada sejarah ini, kedua penguasa ini bukan sahaja sekadar mau memerintah serta menguasai ekonomi masyarakat pribumi, bahkan keduanya ada tujuan utama yakni mau menyebarkan pengaruh agama yang di bawa dimana Sultan Brunei membawa agama Islam untuk disebarkan kepada masyarakat dan manakala keluarga James Brooke dari inggeris pula mahu meluaskan pengaruh Kristennya kepada masyarakat Melanau dan masyarakat Pribumi yang lain setelah mengambil alih penguasaan Kesultanan Brunei.6 Oleh itu, selepas kemerdekaan, masyarakat Melanau terbahagi kepada dua anutan agama yang terbesar dianut yakni Islam dan juga Kristen.

Setelah bebas daripada penjajah 1963, perkembangan Islam dalam kalangan masyarakat Melanau di Mukah mula berkembang secara internal tanpa pengaruh daripada kuasa asing.7Pada mulanya, adanya Islam di Mukah adalah hasil daripada pengislaman oleh penguasaan kesultanan Brunei, tetapi setelah itu, perkembangannya adalah melalui golongan tokoh-tokoh agama tempatan dari Sarawak maupun tanah Melayu. Di sini, peneliti mendapat informasi bahawa ketika selepas kemerdekaan, agama yang paling menonjol dalam kalangan masyarakat Melanau bukan dari agama Islam tetapi mayoritas penduduknya beragama Kristen. Hal ini adalah karena pengaruh daripada kebijaksanaan penjajah Raja Brooke yang membuat banyak

sekolah-6

Yasir Abdul Rahman,Masyakat Melanau Sarawak(Kuala Lumpur: Dewan Bahawa dan Pustaka, 2008), 54-56.

7

Wan Yahya Wan Ahmad, Pensejarahan Awal Islam(Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1992), 114.


(13)

sekolah Kristen seperti SPG Mission School di Kuching, St Mary serta St Joseph di Sibu. Semenjak dari itu, gerakan pengkristenan melalui sekolah-sekolah dan paderi-paderi terus berjalan aktif dalam penduduk pribumi termasuklah Melanau.

Berkaitan dengan peninggalan hebat sekolah-sekolah Kristen yang ditinggalkan oleh Raja James Brooke, jadi amat menarik buat peneliti untuk membuat penelitian bagi judul ini bagi mendapatkan pencerahan bagaimana dengan kondisi sebenar Islam dalam masyarakat Melanau di Mukah setelah kemerdekaan. Setelah kemerdekaan Melanau Islam berada dalam kondisi yang tidak berpegang teguh terhadap agama.8 Apabila ada majlis (keramaian) mahupun ketika sambutan Aidilfitri, sesetengah umat Islam Melanau meraikan majlis tersebut dengan meminum minuman yang memabukkan.9 Hal ini adalah salah satu pengaruh daripada kehidupan barat yang di tinggalkan oleh penjajah James Brooke sebelum kemerdekaan. Justeru itu, terdapat segolongan tokoh agama melihat situasi ini harus di atasi sebelum ia menjadi budaya yang kekal dalam masyarakat Melanau Islam Mukah.

Oleh itu, pada akhir dekade 70an dan permulaan dekade 80an, seperti masyarakat Islam luar, kondisi di Mukah telah ada peningkatan dan gerakan dalam mengembangkan syiar Islam di Mukah. Arus ini ditandai dengan munculnya kesedaran untuk menyerap dan menegakkan nilai-nilai dan etika Islam dalam seluruh kehidupan yang diperjuangkan oleh organisasi Islam yang mulai berkembang.

8

Haji Adenan Uran,Wawancara, Mukah, 21 nopember 2015. 9


(14)

Setelah adanya bentuk perjuangan yang dilakukan pertubuhan-pertubuhan Islam, akhirnya pihak pemerintah Sarawak turut menerima hasrat dan keinginan kepada penghayatan Islam. Perjuangan tokoh Islam Mukah

seperti Tun Abdul Rahman Ya’kub dan anak saudaranya Abdul Taib

Mahmud beranggapan bahawa pertubuhan-pertubahan Islam tidak mampu untuk terus berjuang mengembangkan Islam tanpa ada dukungan langsung daripada pihak pemerintah.10 Pihak pemerintah dilihat tidak mengambil berat mengenai kepentingan Islam telah dianggap tidak wujud dan keabsahannya tidak diakui. Oleh karena itu, pemerintah melakukan reformasi bagi memelihara kemurnian Islam tanpa mengira masyarakat yang tinggal di kota maupun diluar kota. Dengan adanya dukungan pemerintah bersama dengan tokoh-tokoh serta Organisasi awal Islam ketika itu, maka pengembangan Islam dalam masyarakat Melanau terus berkembang sehingga pada hari ini walaupun kedaaan Islam semasa pemerintahan James Brooke amat dhaif sekali karena adanya sistematika sekolah-sekolah Kristen yang masih digunakan diawal kemerdekaan Sarawak.

B. Rumusan Masalah

Merujuk kepada gambaran singkat latar belakang yang diuraikan di atas, maka penulis merencanakan tiga rumusan masalah dalam penulisan skripsi ini, yakni seperti berikut:

1. Siapakah yang berperan menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat Melanau di Mukah Sarawak sebelum dan setelah kemerdekaan?

10

Zulkiflie Abdul Ghani,Dakwah Islamiah di Sarawak (Kuching: Ikmas Jakim Mastura, 2003), 84.


(15)

2. Bagaimana perkembangan Islam masyarakat Melanau di Mukah setelah kemerdekaan 1963?

3. Apa organisasi-organisasi Islam yang berdiri setelah perkembangan Islam di Mukah?

C. Tujuan Penelitian

Secara global tujuan dari penulisan ini adalah mengetahui bagaimana perkembangan Islam dalam masyarakat Melanau di Mukah. Adapun tujuan khusus yang ingin dicapai akan dijelaskan secara rinci, yaitu sebagai berikut:

1. Mengetahui bagaimana proses-proses perkembangan Islam di Mukah setelah kemerdekaan.

2. Penelitian ini juga untuk mengkaji lebih mendalam tentang sejauh mana perkembangan Islam terhadap masyarakat Melanau.

3. Penelitian ini juga berusaha untuk mendapatkan informasi tokoh-tokoh Islam yang terlibat atau berperan dalam membangunkan Islam di Mukah.

D. Kegunaan Penelitian

Kegunaan Penelitian mengenai Sejarah Perkembangan Islam dalam Masyarakat Melanau Mukah adalah seperti berikut :

1. Penulisan ini untuk menambah Khazanah Ilmu, pengetahuan dan akan dijadikan sumbangan buat masyarakat Mukah terutamanya yang beragama Islam serta bangsa Melanau.


(16)

2. Penelitian ini juga di harapkan bisa menjadi referensi pencerahan terhadap anak-anak Melanau Mukah bagaimana kondisi perkembangan Islam setelah kemerdekaan.

3. Menggugah kesadaran masyarakat Melanau Islam supaya lebih menghargai perjuangan tokoh-tokoh Islam setelah kemerdekaan dan berupayamencontohi serta meneruskan perjuangan mengembangkan Islam di Mukah.

E. Penelitian Terdahulu

Daripada tinjauan awal yang dijalankan oleh penulis, belum ada orang yang membuat kajian khusus terhadap perkembangan Islam di kalangan masyarkat Melanau Mukah. Ada pun penelitian perkembangan Islam yang dilakukan adalah bersifat umum yang dilakukan di provinsi Sarawak seperti : 1. Abdul Zafran Ali, Islam di Sarawak: Proses-proses Pembangunan Islam

Sarawak. Dalam penelitian ini, penulis membahaskan tentang pergerakan dakwah semasa serta peran-peran para da’i Sarawak. Dalam kajian beliau

juga, beliau membahasakan tentang dakwah-dakwah Islam di Sarawak yang memfokuskan golongan pemuda karena golongan pemuda haruslah di didik dengan Islam karena golongan ini yang akan jadi pewaris yang berharga kepada sesebuah negara pada umumnya. Selain daripada itu, beliau juga menekankan proses yang ideal bagi pengembangan Islam adalah sebaiknya dimulakan pada individual telebih dahulu, kemudian keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.

2. Azhar Ahmad, Masyarakat Bidayuh Islam pertama di bahagian Sarawak. Satu kajian yang di lakukan mengenai proses pengislaman dan


(17)

Amalan ajaran Islam di kalangan mereka. Penelitian ini dilakukan oleh penulis dikawasan yang bukan didiami oleh masyarkat Islam. Ianya terletak di kawasan yang jauh dari kota. Peneliti menerangkan tokoh yang berperan menjalankan dakwah Islam di sana adalah terdiri guru-guru yang ditugaskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Zulkifli Abd Ghani,“Tokoh Pembangunan Islam Sarawak. Peranan dan

Cabaran Tokoh berdakwah di Sarawak” Dalam buku ini, di jelaskan Tokoh yang mau mengembangkan Islam ke seluruh Sarawak menghadapi cabaran yang getir. Cabaran yang di hadapi di sebabkan oleh tidak adanya kemudahan jalan raya sebagai hubungan utama ketika itu. Islam lebih cepat berkembang hanya di kawasan kota seperti di Kuching dan Miri. Makanya, tokoh-tokoh Islam yang mau meluaskan dakwahnya di luar kota atau lebih dikenali dengan penempatan pedalaman Sarawak seperti Mukah, Balingian dan Sarikei haruslah tinggal secara menetap di kawasan tersebut demi Islam.

4. Yasir Abdul Rahman, Melanau Mukah, Satu Kajian Budaya. Buku ini membahaskan tentang bagaimana budaya Masyarakat Melanau yang beragama Islam dan Kristen. Dalam buku ini dinyatakan bagaimana proses dan perkembangan budaya yang terdapat dalam masyarakat Islam dan Kristen. Melanau Islam dinyatakan didalam buku ini suatu ketika dahulu hidup dalam satu Rumah Panjang. Mohammad Fadzillah Ahamat

Biografi Tun Patinggi Haji Abdur Rahman Ya’kub. Dalam penelitian Skripsi ini, penulis membahaskan tentang peran Tokoh terkenal Sarawak yang banyak berjasa mengembangkan Islam. Penulis lebih memfokuskan


(18)

gerak kerja dakwah dan penglibatan Tokoh tersebut dalam bidang politik. Kedudukan Tokoh tersebut dalam bidang politik telah dimanfaatkan bagi menggerakan dakwah Islamiyah untuk meluaskan pengaruh Islam di Sarawak.

Dalam penelitian yang di lakukan oleh penulis ini yaitu Sejarah Perkembangan Islam dalam Masyarakat Mukah setelah kemerdekaan, di lihat berbeda daripada penelitian-penelitian yang penulis ketemukan. Dalam penulisan skripsi ini, peneliti lebih menekankan perkembangan Islam di dalam masyarakat Melanau dan penelitian dilakukan bertumpu di provinsi Mukah. Namun, sedikit persamaan pada penelitian yang diketemukan adalah tentang cabaran-cabaran tokoh-tokoh Islam Sarawak dalam mengembangkan dakwah Islam di Sarawak.

F. Pendekatan dan Kerangka Teori

Dalam penelitian ini penulis menggunakan pendekatan historis dan sosiologis untuk dapat mendiskripsikan dan mengungkapkan perkembangan Islam di dalam masyarakat Melanau di Mukah. Penelitian ini menggunakan pendekatan sosiologis yakni pendekatan yang meneropong segi-segi sosial yang akan dikaji seperti, golongan mana yang berperan, nilai-nilainya, idealogi dan sebagainya.11

Dalam kajian perkembangan Islam masyarakat Melanau ini, penulis menggunakan metode sejarah, metodologi dan teori. Metodologi sebagai ilmu tentang metode yang tidak dapat dipelajari tanpa mengangkat masalah

11

Sartono Kartodirjo, Pendekatan Ilmu Sosial dalam Metodologi Sejarah (Jakarta: Gramedia Pustaka Utama,1993), 4.


(19)

kerangka teoritis dalam konsep, karena pendekatan sebagai pokok metodologi hanya dapat dioperasionalisasikan dengan bantuan seperangkat konsep dan teori.

Oleh itu, dengan penelitian sejarah ini, peneliti berusaha memahami kejadian atau suatu keadaan yang berlangsung pada masa sebelum merdeka dan hubungannya selepas merdeka atau memahami kejadian masa sekarang dengan hubungannya masa lalu. Bahawa masa sekarang adalah ini adalah hasil daripada suatu proses perkembangan historis yaitu suatu proses perkembangan melalui fase-fase yang masing-masing memuatkan kondisi atau kausalitas dari fase berikutnya. Melalui pendekatan ini dapat dikemukakan penjelasan sejarah (Historical Explanation) yang meliputi asal usul, pertumbuhan dan perkembangan dari waktu ke waktu.

Teori adalah peryataan dari hubungan-hubungan yang mungkin, dan terdiri dari informasi mengenai suatu bentuk yang lebih umum dari informasi yang akan dikumpulkan untuk menguji hipotesis tertentu.12 Penggunaan kerangka teoristik dalam penelitian dapat mempermudahkan penelitian melakukan rekontruksi sejarah yang berfungsi sebagai alat untuk menginterpretasikan data-data yang telah di dapat di tahap heuristik. Dengan demikian teori ini bermaksud untuk menerangkan tentang kejadian untukmengkaji sebab-sebabnya, kondisi lingkungannya, kontek sosial kultural serta unsur-unsur yang merupakan komponen dan eksponen dari proses sejarah yang dikaji.13

12

Abdillah Hanafi,Petunjuk Bagi Peneliti Ilmu-Ilmu Sosial(Surabaya: Usaha Nasional Surabaya Indonesia, 1984), 26.

13

Sartono Kartodidjo, Pendekatan Ilmu Sosial dalam Metodologi Sejarah (Jakarta: Gramedia 1993), 2.


(20)

Dengan demikian, pemakaian suatu teori dalam pengkajian suatu peristiwa sejarah sangat ditentukan dari sudut mana kita memandang peristiwa itu. Oleh karena itu di dalam penulisan ini digunakan sudut pandang sosial keagamaan, maka landasan teori yang dipakai dalam penelitian ini yakni teori sosial agama dari Max Weber. Beliau berpendapat bahawa agama mempengaruhi pandangan hidup manusia terhadap masyarakat.14 Mengacu kepada teori tersebut maka dalam ajaran agama Islam, bahwa agama dipandang sebagai pengemban tugas agar masyarakat berfungsi dengan baik yakni fungsi akan keadilan, kedamaian, kesejahteraan rohani dan juga jasmani. Oleh itu, proses pengembangan Islam dalam masyarakat Melanau Mukah setelah kemerdekaan adalah karena adanya tokoh-tokoh atau golongan yang ada kesadaran untuk mengubah cara hidup orang Islam Melanau yang masih dipengaruhi oleh sistem penjajah Barat.

Dengan adanya golongan agama yang punya kesadaran yang mahukan masyarakat hidup dalam fungsi yang lebih baik makanya dari situ muncullah gerakan-gerakan pengembangan dakwah Islamiyah terhadap masyarakat Melanau sehingga Islam masih aman bertapak di Mukah walaupun tinggal bersama masyarakat Melanau Kristen.

G. Metode Penelitian

Penting untuk dikemukakan bahawa penelitian ini adalah penulisan sejarah.Maka untuk merekonstruksi masa lampau dari obyek yang diteliti, dilakukan dengan menggunakan metode sejarah, penggunaan metode sejarah

14

Syamsuddin Abdullah, Agama dan Masyarakat Pendekatan Sosiologi Agama (Logos Wacana Ilmu, 1997), 91.


(21)

ditempuh dengan menggunakan empat tahapan bagi mendapatkan informasi antaranyaHeristik, Kritik Sumber, InterpretasidanHistiografi15.

1. Heuristik (Pengumpulan Sumber)

Heuristik adalah mencari dan mengumpulkan sumber-sumber atau bahan. Maksudnya ialah kegiatan menggumpulkan data-data yang berhubungan dengan penulisan skripsi ini. Dengan ini, satu proses dilakukan oleh peneliti untuk mengumpulkan sumber-sumber, data-data atau jejak sejarah awalnya bagaimana kondisi pengembangan Islam masyarakat melanau mukah selepas kemerdekaan melalui beberapa sumber, antaranya:

a) Sumber sekunder berupa buku-buku atau jurnal yang berkaitan dengan penulisan skripsi ini, penulis lakukan pencarian dengan menggunakan

metode “Library Research”, yakni penulis berkunjung ke Library

Mukah serta Library Pejabat Residen Bahgian Mukah dan mengetemukan buku-buku sepertiIslam di Brunei, Sabah dan Sarawak, Sejarah Melanau Mukah. Mengenai dokumen (arsip), penulis mengetemukan berupa gambar-gambar bangunan tinggalan Islam Mukah seperti Masjid lama di mukah sehingga terciptanya masjid yang lebih modern.

b) Sumber lisan iaitu, wawancara (interview) langsung bersama tokoh-tokoh Asli Melanau seperti Tuan Ali Suhaili selaku kepala masjid Mukah bertempat di kampung Tellian pada 27 Agustus 2015, Haji Adenan Uran selaku pensiun kepala Masjid Mukah bertempat di kampung kuala lama Mukah yakni kampung penulis sendiri pada 21

15


(22)

nopember 2015, Pengiran Saiffudin selaku pengerusi Persatuan Melanau Mukah bertempat di Kantor beliau pada 23 Nopember 2015, Ustad Jammie sebagai Imam besar Masjid Mukah bertempat di Restoren Makan pada 30 Nopember 2015. Selain daripada itu, ada beberapa orang lagi yang peneliti wawancarakan yang tidak dicantumkan disini.

2. Kritik Sumber

Kritik Sumber adalah penelitian atas keabsahan sumber. Dalam hal ini sumber-sumber yang diperoleh oleh peneliti diuji keabsahannya.16Apakah sumber-sumber tersebut kredibel atau tidak. Dalam hal ini, keabsahan tentang keaslian (otentisitas) dilakukan melalui kritik intern.17

Bagi memperolehi otentisitas dan kredibilitas data yang diperolehi dianalisis dan diperbaharui supaya layak. Sumber data dikomparasi dengan data yang lain untuk memperoleh obyektivitas dan menghindari manipulasi data. Verifikasi akan dilakukan dengan menguji silang berbagai data yang ada sehingga didapati bukti benar-benar shahih.

3. Penafsiran

Penafsiran sering disebut juga dengan analisis sejarah. Analisis berarti menguraikan, dimana setelah data terkumpul dan dibandingkan lalu disimpulkan untuk ditafsirkan.18 Suatu upaya yang dilakukan peneliti untuk melihat kembali sumber-sumber yang didapatkan. Dengan demikian peneliti dapat memberi penafsiran terhadap sumber yang didapatkan

16

Dudung Abdurrahman,Metode Penelitian Sejarah(Jakarta: Logos Wacana Ilmu, 1999), 58-64. 17

Ibid., 60. 18


(23)

tentang perkembangan Islam Masyarakat Melanau setelah mendapat Kemerdekaan dari pihak British. Interpretasi selalu menimbulkan problem subjektivitas. Namun, dengan proses analisis yang tepat akan mendapatkan gambaran yang jelas dan obyektif terhadap penelitian yang di fokuskan. 4. Historiografi

Historiografi sebagai tahap terakhir metode penulisan sejarah dengan memerhatikan aspek kronologis. Pada tahap ini adalah penulisan, pemaparan ataupelaporan hasil penelitian. Dalam hal ini peneliti berusaha untuk merekonstruksikan sebanyak-banyaknya gambaran masa lampau berdasarkan data yang diperolehi.19

H. Sistematika Bahasan

Bagi memudahkan pemahaman, kajian terhadap sejarah perkembangan Islam masyarakat melanau di mukah akan dibahagikan oleh penulis kepada lima bab. Antaranya adalah :

Bab satu merupakan pendahuluan untuk menghantar pembahasan secara keseluruhan yang terdiri daripada Latar Belakang, Rumusan Masalah, Tujuan dan Kegunaan Penelitian, Metode Penelitian dan yang terakhir Sistematika Pembahasan.

Bab kedua merupakan pengenalan Mukah yang terdiri daripada sejarahnya, geografis. Selain itu, dalam bab ini akan dibahaskan kondisi Mukah sebelum merdeka yang pernah dikuasai oleh Kesultanan Brunei serta pendatang asing, keluarga James Brooke. Melalui bab ini akan di jelaskan bagaimana penempatan Mukah bisa dikuasai Kesultanan Brunei dan

19


(24)

bagaimana pula keluarga James Brooke mengambil alih penguasaan Kesultanan Brunei. Tambahan lagi, disini akan di bahaskan agama dan kepercayaan masyarkat Melanau.

Bab ketiga merupakan akan membahaskan mengenai sejarah masuknya Islam di Mukah Sarawak. Pembahasan ini merangkumi dua periode yakni sebelum merdeka dan setelah merdeka. Selain itu di bab ini akan di jelaskan siapa yang berperan dan metode apa yang digunakan.

Bab keempat pula merupakan pembahasan perkembangan Islam dalam masyarakat Melanau yang mengaitkan dinamika dan survival orang Islam di Mukah masih bertahan walaupun ada alkuturasi agama daripada kaum Melanau lain. Pada bab ini juga akan dibahaskan mengenai Organisasi-organisasi yang berdiri dalam perkembangan Islam di Mukah serta cabaran dalam pengembangan Islam yang dihadapi.

Bab kelima merupakan pembahasan kesimpulan dari keseluruhan yang dibahas yang ada bab-bab sebelumnya dan dimuatkan juga saran.


(25)

BAB II

MENGENAL MUKAH DAN MASYARAKAT MELANAU

A. Geografis Mukah

Mukah ialah salah satu daerah kabupaten yang ada di Sarawak, Malaysia. Mukah merupakan kota pesisir yang berfungsi sebagai pusat administrasi pemerintahan. Mukah merupakan salah satu kabupaten di negeri Sarawak yang mempunyai keluasan 2,536 km persegi. Kawasan pemerintahan bahagian Mukah meliputi Bandar Mukah, pekan Balingian, Dalat, Matu, Daro dan juga Selangau. Kota Mukah yang didirikan di tepi sungai Batang Mukah berada sejauh kira-kira 2.5 jam perjalanan dari Sibu. Ia dibuka oleh orang tempatan dan kemudian ditadbir oleh residen ketika pemerintahan James Brooke. Mengikut sensus tahun 2010, penduduk Mukah berjumlah 48,900 orang dengan kebanyakan mereka adalah berbangsa Melanau.

Dari segi pandangan darat fizikal, kawasan Mukah mempunyai 36 buah kampung yang rata-ratanya didiami oleh Masyarakat Melanau.20 Selain itu juga, Mukah mempunyai kawasan pantai yang panjang yang menuju ke kabupaten Bintulu. Kedudukan Mukah yang menghadap laut China selatan menyebabkan Mukah menghadapi musim tengkujuh semasa musim angin Monsun Timur Laut bertiup. Selain itu juga, kedudukan sungai Mukah dengan sungai Balingian yang bersambung terus dengan laut telah menjadi

20


(26)

laluan keluar masuk bot-bot nelayan serta kapal tangki minyak yang membawa masuk minyak ke kota Mukah.

Dari segi penempatan, kampung-kampung di kabupaten Mukah terletak di pinggir sungai utama, iaitu sungai Mukah serta kawasan-kawasannya seperti sungai Tellian, sungai Penakub, sungai Petanak dan sungai Penipah. Kampung di seluruh kawasan Mukah kebanyakan didiami oleh suku Melanau berbanding cuman sedikit dari kaum lain seperti suku Cina dan Iban. Kampung-kampung yang terdapat di Mukah rata-rata didiami secara pisah mengikut kepercayaan oleh masyarakat Melanau. Secara umum terdapat pemisahan dari penempatan penduduk Mukah yaitu, orang Melanau Islam lebih mendominasikan penempatan kampung di sekitar Kota Mukah serta kawasan yang berhampiran dengan sungai.21 Antara kampung penempatan bagi Melanau Islam di Mukah ialah Kampung Litong, Kampung Sungai Alo, Kampung Kuala Lama dan Kampung Penakub Ulu. Manakala bagi Melanau Kristen, mereka lebih mendominasi perkampung jauh dari pusat kota seperti Kampung Tellian Daya, Kampung Petanak Daya, Kampung Jebungan serta Kampung Teh.

B. Sejarah Sosio-ekonomi Melanau

Pada abad ke 19, Mukah sangat terkenal sebagai pengeluar Sagu dunia. Perusahaan pada jaman awal itu bukan saja melibatkan masyarakat Melanau tetapi juga melibatkan pembesar dan juga Kesultanan Brunei. Sebelum penaklukan Brookedan penglibatan orang Cina, perusahaan sagu penduduk tempatan di kuasai oleh Kesultanan Brunei. Pada peringkat

21


(27)

awalnya, pihak berkuasa Brunei memungut cukai dagangan barangan tersebut dengan menempatkan wakilnya di kuala-kuala sungai berkenaan. Peningkatan perusahaan ini telah menarik minat para pembesar bangsawan Brunei untuk turut terlibat secara aktif dalam perusahaan sagu. Mereka mula membuka ladang-ladang sagu. Sehubungan dengan itu, hampir semua ladang-ladang sagu di miliki oleh golongan bangsawan tersebut.22

Selain itu, aspek sosial masyarakat Melayu Brunei turut mempengaruhi kehidupan Melanau. Pengaruh tersebut ialah pengamalan strafikasi sosial dalam kehidupan masyarakat Melanau. Masyarakat Brunei seperti masyarakat Melayu yang lain, iaitu masyarakat yang kuat berstrafikasi dengan golongan bangsawan menduduki lapis yang paling atas. Di bawahnya baru rakyat biasa dan dibawahnya lagi ialah hamba. Hamba boleh dimiliki oleh golongan bangsawan saja.

Strafikasi diatas sangat kuat dipegang oleh masyarakat Melanau sehingga darjat keturunan yang dikenali sebagai “Basa” (Bangsa) sangat

diutamakan didalam kehidupan seharian mereka. Keturunan keluarga yang mula-mula membuka atau meneroka kampung mempunyai darjat yang lebih tinggi. Dalam lingkungan kampung berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai golongan bangsawan dan gelaran yang di pakai ialah “a-nyat”. Strata dibawah mereka digelar orang biasa “bumi” dan yang paling rendah yakni “dipen” hamba.

22

Awang Mohd Jamil Sufri,Tarsilah Brunei Sejarah Awal dan Perkembangan Islam(Bandar Seri Begawan, 2008), 55.


(28)

Dalam lingkungan yang lebih luas dalam hal perdagangan, wakil yang ditempatkan oleh Sultan Brunei yang bergelar Pengiran itu menduduki strata

yang paling atas yang bergelar “Datuk”. Dibawahnya pula bergelar “Abang”

yakni golongan pedagang. Golongan pedagang ini amat dihormati karena kekayaan yang dimiliki mereka. Sehinggakan pada hari ini masih terdapat

golongan yang wujud ketika zaman Kesultanan Brunei seperti “Abang”, “Awangku” dan “Pengiran” masih sangat dihormati oleh golongan Melanau

biasa karena dipercayai apabila tidak menghormati mereka sesuatu yang buruk akan berlaku pada diri kita.23 Oleh itu, keturunan Melanau orang Brunei pada hari ini yang dikenali sebagai Pengiran, Awangku dan Abang yang tergolong daripada pedagang mempunyai darjat yang lebih tinggi daripada Melanau biasa. Jelas sekali perdagangan sagu pada suatu ketika dahulu telah mewujudkan strafikasi didalam masyarakat.

Namun begitu, ketika ini, konsep strafikasi dalam pedagangan itu tidak wujud lagi. Setiap orang Melanau yang kaya mahupun miskin dalam kondisi sosial dianggap sama rata. Dahulunya Mukah tekenal dengan sagu sahaja, namun sekarang, apabila mendengar nama kabupaten Mukah, pasti masyarakat provinsi Sarawak akan tahu bahawa Mukah merupakan kabupaten yang mengeluarkan hasilan ikan yang banyak dan juga pengeksport dagangan sagu. Kebiasaannya ketika musim liburan atau hujung minggu, banyak masyarakat luar akan datang ke Mukah untuk mendapatkan ikan-ikan segar yang disediakan oleh para nelayan. Meskipun Mukah terletak

✆✝


(29)

di geografis yang banyak hasilan ikan, namun ianya tidaklah berlaku sepanjang tahun.

C. Sejarah Mukah

1. Sejarah Nama Mukah

Menurut Laporan Penyelidikan Etnografi Sejarah Sosio-Budaya Melanau, menyatakan bahawa asal usul nama Mukah wujud sekitar abad ke 17 apabila pedagang-pedagang yang datang ke Mukah untuk berdagang di pelabuhan Mukah. Pada masa tersebut kawasan Mukah hanya dipanggil sebagai negeri 'Melano' saja. Sungguhpun begitu kawasan Mukah telah didiami oleh orang-orang Melano beratus-ratus tahun lamanya sebelum pemimpin bernama Tugau dikalahkan oleh orang-orang Brunei.24

Pada suatu waktu datanglah kapal pedagang-pedagang dari Tanah Arab (Timur Tengah) ke kuala Sungai Melano (Sungai Mukah). Pedagang-pedagang dikatakan sampai ke kuala sungai pada waktu malam. Sebelum mereka dibenarkan masuk ke kuala, mereka terpaksa berlabuh di luar muara dulu. Pada masa tersebut bulan sedang mengambang dengan indahnya di langit. Nakhoda kapal dan anak-anak buahnya keluar ke haluan perahu untuk melihat kawasan sekitar pantai tersebut. Sedang mereka asyik menikmati pemandangan pantai Mukah, tiba-tiba mereka terpandang wajah seorang wanita di tepi pantai tersebut. Wanita tersebut sedang berdiri sambil memandang ke arah kapal mereka. Wajah wanita

24

Putet Matzen,Pendidikan dan Pembangunan Masyarakat seluruh Sarawak(Sarawak Museum Journal), 107.


(30)

tersebut sangat cantik dipandang, sama seperti bulan yang sedang mengambang penuh.

Melihat wajah wanita tersebut, nakhoda dan anak-anak kapalnya seolah-olah terpukau oleh kecantikannya. Tidak lama kemudian wanita tersebut hilang dari pandangan mereka di celah pohon-pohon di pinggir pantai. Nakhoda tersebut terpegun seketika dengan pengalamannya itu. Keesokan paginya kapal tersebut pun masuk ke Mukah. Nakhoda bertanyakan kepada penduduk apakah nama tempat tersebut.Orang tempatan menyatakan tempat tersebut tiada bernama dan hanya dipanggil sebagai kawasan Melano sahaja. Nakhoda tersebut lalu teringat akan wajah dan muka wanita cantik yang dilihatnya malam semalam. Lalu nakhoda kapal terfikir untuk menamakan kawasan tersebut sebagai 'MUKA' sempena muka atau wajah perempuan cantik yang pertama dilihatnya semasa masuk ke kawasan itu.25 Hal ini telah diberitahu kepada orang ramai dan mereka nampaknya bersetuju dengan nama yang diberikan. Lama kelamaan akibat perubahan masa dan bahasa orang tempatan maka sebutan 'muka' telah beralih kepada 'Mukah'.

D. Agama dan Kepercayaan Masyarakat Melanau

1. Agama

Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan dan kebudayaan. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Setiap

25

Dzulfawati Haji Hassan, Etnografi Sejarah Sosio-Budaya Melanau : Hubungan Dengan Era Brunei (Universiti Brunei Darussalam, 1994 - 1995 ), 57.


(31)

kumpulan kaum etnik walau di mana jua akan mempunyai agama, kepercayaan dan adat masing-masing yang tidak dapat ditinggalkan. Begitu juga dengan etnik Melanau. Di Mukah, masyarakat Melanaunya tidak hanya beragama dan berkepercayaan yang sama. Terdapat tiga pembahagian masyarakat dalam beragama yakni Melanau Islam, Melanau Kristen dan juga Melanau likow (tiada tuhan).26

Mengikut sensus pada tahun 2013, sebanyak 75 peratus daripada suku Melanau di seluruh Serawak telah memeluk agama Islam dan meninggalkan adat resam dan rumah panjang mereka hasil kejayaan pemerintahan Kesultanan Brunei27. Menurut John Goatly (1959), orang Melanau Islam di Bahagian Ketiga dan Keempat kadangkala menggelarkan diri mereka sebagai orang Melayu dan oleh orang lain meskipun hakikatnya mereka ialah Melanau. Kenyataan ini selari dengan pendapat Sabihah (1990) bahawa ramai orang Melanau di bahagian pesisir pantai yang sudah terpengaruh dengan kebudayaan Melayu dan memeluk agama Islam dan menyebabkan sesetengahnya dianggap Melayu meskipun ada yang lebih suka mengekalkan identiti mereka sebagai orang Melanau Islam. Mereka tidak lagi tinggal di rumah panjang dan tidak lagi mengamalkan budaya dan adat yang bercanggah dengan ajaran Islam. Sesungguhnya, mengikut Lee Yong Leng (1981), sesetengah orang mengatakan bahawa orang Melayu terlalu banyak mempengaruhi orang

26

Jeniri Amir, Adat Resam Kaum Melanau(The Sarawak Museum Journal 1989), 87. 27

Sanib bin Abdullah,Sejarah Penguasaan Kesultanan Brunei(Kuala Lumpur : Penerbitan Jazim), 56.


(32)

Melanau sehingga mereka mungkin akan diserap ke dalam masyarakat Melayu.

2. Kepercayaan Melanau

Sebelum kedatangan Islam dan Kristian, etnik Melanau tradisional mempunyai kepercayaan tradisional. Sistem kepercayaan yang diwarisi oleh kepercayaan animisme membentuk pandangan dunia mereka. Seterusnya mencorakkan amalan seharian mereka. Cara dan tindakan mereka banyak ditentukan oleh sistem kepercayaan itu. Upacara dan adat yang diamalkan membayangkan hubungan erat manusia dengan kuasa luar biasa, kuasa ghaib, makhluk halus dan semangat.28 Masyarakat Melanau tradisional percaya bahawa dunia ini seumpama sebiji telur yang dikelilingi air. Beberapa jarak darinya terletak matahari, bulan dan bintang29. Sebagai masyarakat yang belum terdedah kepada agama sebenar dan kemodenan serta dunia luar mereka menghimpunkan pengalaman untuk mengharungi kehidupan dan cabaran harian bersandarkan pola perlakuan yang diwarisi nenek moyang, sejak turun-temurun.

Kepercayaan yang bersifat “agama rakyat” ini berlandaskan

keyakinan bahawa setiap bentuk semula jadi yang ganjil dan objek yang terdapat di alam semesta dianggap mempunyai semangat dan kuasa luar biasa. Jadi, mereka perlu menyembah makhluk yang dianggap berdaulat itu, seperti memberi makan untuk memujuknya, selain memuja makhluk lain seperti pohon. Segala kejadian yang berlaku dalam kehidupan dipercayai mempunyai kaitan dengan makhluk dan objek tersebut. Dalam

28

Ibid., 94. 29


(33)

segala hal, mereka perlu menunjukkan kesetiaan dan kepatuhan kepada makhluk dan objek itu dengan memberi persembahan atau semah, seperti makanan, selain mendendangkan lagu dan membaca doa dan mantera tertentu. Pada masa yang baik, persembahan diberi sebagai tanda kesyukuran. Pada masa buruk pula, seperti musim landas (musim banjir), kemarau panjang dan wabak penyakit, persembahan dibuat sebagai tanda memohon ampun, juga sebagai tanda kekesalan terhadap kesalahan yang disengajakan atau tidak disengajakan kerana kejahilan.

Bagi mereka, segala kejadian termasuk bencana dikatakan berpunca daripada kuasa di luar kawalan manusia.30 Kuasa dan unsur naturalisme dikaitkan dengan perasaan takut, dikagumi malah digeruni. Kuasa ghaib ini banyak mempengaruhi kehidupan mereka. Kuasa ghaib yang dimaksudkan ialah roh dan semangat yang merupakan kepercayaan animisme. Kepercayaan menurut Taylor (1971) dapat dibahagikan kepada dua aspek, pertama doktrin roh (doctrine of souls), iaitu asas agama yang berdasarkan roh, dan kedua doktrin semangat, asas agama yang berdasarkan semangat. Berdasarkan kepercayaan ini, setiap objek mempunyai semangat yang tersendiri. Apabila Melanau Likow percaya bahawa terdapat roh dan semangat yang menguasai kehidupan, maka alasan itu terus dipegang untuk melakukan upacara tertentu sebagai manifestasi kepercayaan mereka terhadapnya. Mereka memperluas konsep semangat ini kepada makhluk lain, seperti tumbuh-tumbuhan dan objek tidak bernyawa di sekitar.

30


(34)

Bagi pandangan lama Melanau, alam dilihat sebagai tempat manusia, bukan terpisah daripadanya. Manusia perlu memainkan peranan dalam mengekalkan dan memelihara susunan semula jadi, bukannya menguasai atau mengubahnya. Kewujudan manusia bukan sahaja sebagai sebahagian daripada alam semesta tetapi mereka dituntut untuk mengadakan ritual bagi mengekalkan keseimbangan dan sifat semula jadi alam semesta. Melalui upacara amal, mereka dapat meneguhkan semula perhubungan sosial mereka.

Bagi etnik Melanau tradisional, makanan yang tidak boleh dimakan termasuklah binatang yang dibunuh sebarangan, terutamanya yang berada di dalam hutan. Selain itu, apabila berada di dalam hutan, orang Melanau percaya kepada alamat yang dibawa oleh burung, terutamanya manuk bukeng, manuk tepasi, manuk kutit, manuk terit, manuk kenyiw dan manuk kejalang31. Bunyi dan arah burung berkenaan terbang membawa alamat tertentu yang perlu diketahui oleh mereka yang menjadikan hutan sebagai sumber rezeki. Jika tidak, mereka mungkin terperangkap dalam bahaya. Binatang, termasuk ular perlu dihormati, sehingga apabila orang Melanau masuk ke dalam hutan, mereka tidak menyebut ular dengan namanya sebenar, tetapi menggantikannya dengan “akar kayu”. Malah, mereka kadangkala memohon kebenaran dengan berkata: “Kita sama-sama mencari rezeki. Jadi janganlah ganggu kami dan anak cucu kami.”

31


(35)

Begitu mendalamnya rasa takut dan hormat terhadap binatang, terutamanya binatang yang beracun.32

Hal ini menyerlahkan cara mereka mentakrif dunia dan makhluknya. Mereka yang menghadapi kecelakaan dipercayai kerna mengingkari pantang larang atau kerna telah disumpah oleh kuasa ghaib. Sesiapa yang tidak menghormati binatang hutan, celupar atau bercakap besar boleh menyebabkan dia tersesat dan berpusing-pusing di dalam hutan, dan tidak dapat mencari jalan keluar. Malah keadaan seseorang itu dapat menjadi lebih buruk lagi, iaitu dibaham beruang, buaya, dan binatang buas yang lain.

Kepercayaan yang teguh terhadap kewujudan makhluk halus yang mempengaruhi banyak kejadian di muka bumi, menyebabkan mereka selalu merujuknya sebelum mengambil tindakan tertentu. Kepercayaan yang kuat terhadap kuasa ghaib telah menyebabkan mereka akur terhadap pantang larang meskipun sebahagian besar daripadanya sudah tidak lagi dipedulikan. Jelaslah bahawa pantang larang yang dikenakan dan diamalkan oleh Melanau Likow melibatkan supernatural (kuasa ghaib). Hukuman supernatural atau kuasa ghaib selalunya dalam bentuk kematian, wabak penyakit, kebuluran atau kekurangan makanan, bencana alam seperti banjir dan kemarau panjang. Masyarakat Melanau tradisional percaya bahawa setiap benda atau makhluk mempunyai semangat atau roh.33

32

Jeniri Amir & Awang Azman Awang Pawi, Kaul Suatu Interpretasi Sosio budaya (Massa Kasturi Management, 2001), 103.

33


(36)

BAB III

SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK

A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawak

Sejarah kedatangan Islam merupakan fenomena yang amat penting dalam sejarah peradaban melayu. Menelusuri sejarah Islam di Mukah, hal ini sangat berkait rapat dengan sejarah kemasukan kekuasaan Kesultanan Brunei ke Sarawak sekitar 1500 Masehi.34 Brunei memainkan peranan yang penting dalam mengerakkan dakwah Islam di Borneo dan juga pulau-pulau di Maluku, lebih-lebih lagi apabila sultannya mengistiharkan gerakan dakwah Islamiah secara besar-besaran.35

Sebagaimana juga sejarah kedatangan Islam ke Brunei yang menimbulkan berbagai-bagai pendapat, begitu juga halnya dengan kedatangan Islam ke Sarawak. Kebanyakan penulis menghubungkan kedatangan Islam ke Mukah Sarawak dengan kedatangan Islam ke Brunei. Dalam kajian Islam sejarah Islam Sarawak, kebanyakan tempat seperti Saribas, Maluku, Bintulu dan Mukah sangat aktif dalam halnya kemasukan para pedagang-pedagang dari Brunei.36 Maka dengan itu, fakta sejarah mengatakan masyarakat tempatan mendapat kemasukan Islam salah satu faktornya adalah langsung dari pedagang-pedagang Islam Brunei. Pedagang-pedagang Brunei aktif berhubung di Mukah, Kuching, Saribas dan Santubong

34

Al-Sufri dan Haji Awang Mohd Jamil,Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam

(Kementerian Kebudayaan, 2001), 37. 35

Wan Hussein Hazmi,Kedatangan Islam dan Perkembangan di Alam Melayu ke VII M hingga abad ke XVVI M, 1989, 20.

36

Hj Ibrahim Masnon, Islam di Brunei, Sabah dan Sarawak(Kuala Lumpur: Penerbitan Asiana, 1998), 84.


(37)

karena Sarawak ketika itu merupakan wilayah yang dikuasai oleh Sultan Brunei yakni Sultan Muhammad.37

Pada zaman kegemilangan Kesultanan Brunei di Sarawak 1599 Masehi.pedagang-pedagang dari keturunan mereka mendapat penghormatan istimewa dari penduduk pribumi (Sarawak). Mereka pendapat layanan istimewa bukan sekadar faktor barang dagangan, akan tetapi meraka di layan baik atas faktor pedagang-pedagang mempunyai ilmu yang luas mengenai Islam. Maka dari situ, ada juga sesetengah penduduk pribumi bukan sekadar menjalinkan hubungan sebagai penjual dan pembeli sahaja, tetapi sebagai murid dan guru.38Justeru itu, masyarakat yang tinggal di pelabuhan pantai Sarawak adalah dipercayai mula-mula menerima Islam kerna kedudukan geografisnya yang mudah untuk didatangi oleh pedagang-pedagang luar. B. Perkembangan Islam Pada Zaman Penjajahan Brooke

Pada pertengahan abad ke-19, perkembangan dan penghayatan agama Islam semakin meluas dan kuat serta telah menjadikan Brunei sebagai sebagai sebuah kerajaan melayu Islam yang mantap dan terkenal di alam Melayu yakni dalam pemerintahan Sultan Bolkiah yang mana pemerintahan kerajaan Brunei telah meliputi seluruh pulau Borneo.39Perkembangan ini sudah pasti terkesan di seluruh wilayah Sarawak termasuk Mukah walaupun perkembangannya tidaklah sehebat di Brunei sendiri namun Sultan Bolkiah telah meletakan asas yang kukuh untuk perkembangan Islam.

37

Wan Yahya Wan Ahmad,Perkembangan Pendidikan Sarawak(Sinar Press: Sarawak, 2003), 28-29.

38

Ibid., 43.

39

D.E Brown, The Structure and History of A Borneo Malay Sultanate (Monograph of the Brunei Museum Journal 1: 2000), 136.


(38)

Namun menjelang abad ke 19, kekuatan Islam di bawah Kesultanan Brunei yang aktif berkembang terutamanya di Kalimantan telah menjadi lemah mengenai perluasan Islamnya ketika Sarawak telah jatuh ke tangan penjajah Barat yakni oleh keluarga Brooke dari tahun 1841 hingga tahun 1941.

Ketika pemerintahan Brooke, muncul seorang mubaligh Kristen yang bergerak aktif berdakwah tentang ajaran Kristen kepada penduduk Ssrawak. Beliau ialah Francis T. MacDougall yang tiba di Kuching pada tahun 1848. Beliau mempunyai strategis yang tersendiri dalam memperluaskan ajaran Kristen. Antara lain, beliau membuka sekolah kepada anak-anak pribumi untuk kemudahan menuntut ilmu. Melalui sekolah itu, telah diwujudkan dasar-dasar ajaran Kristen terhadap anak-anak pribumi.Selain itu juga, Borneo Church Mission juga dibangun oleh beliau yang berfungsi sebagai pusat penyebaran agama Kristen.40

Sepanjang pemerintahan Brooke, pergaulan dan cara hidup masyarakat pribumi Islam mula dipengaruhi oleh unsur-unsur Barat. Hal ini sangat membimbangkan sebahagian masyarakat Islam yang lain. Sebagai contoh, sekitar tahun 1920-an telah muncul persatuan-persatuan yang bercorak hiburan seperti Kampung Tanjung Kesenangan Club (1926), Sarawak Malay Tennis Club (1929) Sinjan Music Club dan Surabaya Jolly Minstrels.41 Antara yang dikritik hebat oleh masyarakat adalah majlis joget yang berlarutan hingga ke Subuh seperti yang di catatkan dalam Sarawak Gazette bertarikh 2 Disember 1935:

40

Ghazali Basri,Kristian Di Sarawak Satu Kajian Kes, Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar, 2010, 24.

41


(39)

with those drum, the lady singers strike behind the curtains, singing beautiful songs, in front, the youngsters will jump and step dance inany direction they desire, and the chance of two dancers is simultaneous.. in conclusion, last in earnest that home folks should take steps to limit these dancers, as they lead to ruination and whosoever craves for their

continuation only invites more practical troubles and nuisance…42

Di samping itu, perubahan dalam cara berpakaian di kalangan masyarakat Islam di seluruh Sarawak juga turut berlaku. Fenomena ini tercatat juga dalam Sarawak Gazzette bertarikh 2 Disember 1935:

…During the last few years the tradisional dress of the Malay appears largely to have given way to gaudy neckties, blazers and bell bottom trousers. This seems a pity. Visitor from Malaya where national dress is far more generally worn that it is here cannot fail to be unfavourably impressed and ut seems Government might take the lead by insisting on all malay cutumes in the office.43

Kesedaran sebilangan pribumi Islam Sarawak samada Melayu mahupun Melanau tentang kepentingan menghayati ajaran Islam menyebabkan mereka mula menunjukan perasaan tidak puas hati terhadap pihak penjajah dan budaya Barat yang mula menular di kalangan masyarakat Islam itu.Ini dihangatkan lagi dengan kasus kedudukan orang pribumi yakni Melanau dan Melayu yang seringkali dikaitkan dengan masalah kemunduran terutama dalam bidang ekonomi dan juga pendidikan.Hal ini telah mendorong

42

Azry Hafify Mustapa, “Sebaran agama Kristian melalui pendidikan di zaman Brooke”, dalam

http://www.ismaweb.net/2014/01/sebaran-agama-kristian-melalui-pendidikan-di-zaman-brooke/ (24 Disember 2015)

43


(40)

pemikir-pemikir untuk menyuarakan pendapat mereka, sekaligus menyedarkan mereka tentang betapa pentingnya kemajuan dalam kehidupan.Oleh yang demikian mereka telah menerbitkan Koran yang bukan sahaja berperanan sebagai penyampai berita, tetapi juga sebagai wadah untuk menyebarkan pengetahuan Islam. Koran tersebut ialah Fajar Sarawak.44

Fajar Sarawak dilancarkan untuk memberi kesedaran di kalangan masyarakat Islam supaya memberi perhatian terhadap kedudukan politik dan ekonomi disamping memeupuk semangat perpaduan dikalangan masyarakat Islam. Para penulis didalam Koran itu berpendapat bahawa perkara asas yang perlu dilaksanakan ialah berpegang teguh terhadap ajaran Islam karena dengan cara ini barulah orang-orang melayu dapat mengubah sikap mereka untuk mencapai kemajuan. Selain itu, Koran ini juga membicarakan hal-hal yang berkaitan Islam. Antara rencana-rencana yang telah di masukan dalam

Koran ini ialah “Hikmah dan Rahsia Puasa”, “Dari Hal Agama Islam” dan juga “Kewajiban Kita Sebagai Manusia”45 dalam masa yang sama, perdebatan mengenai peranan agama dalam kehidupan harian masyarakat Islam serta langkah-langkah pemulihan atau pembaharuan turut diutarakan. Sehubungan dengan itu, Fajar Sarawak juga menyiarkan berita-berita semasa yang berlaku di negara-negara Islam yang lain seperti di Afghanistan, Iran, Turki dan Negara-negara di Timur tengah.

Berkaitan dengan kekuasaan Brooke dengan agama Islam di Sarawak, ketika Brooke mula berkuasa di Serawak tahun 1841 dan seterusnya zaman pemerintahan British, mereka sama sekali tidak berjaya menukar agama

44

Muhammad Rakawi Yusuf, Menjejaki Sejarah Sarawak di Masa Brooke (Fajar Rohani: Universiti Malaya, 2009), 93.

45


(41)

penduduk Islam di Sarawak walaupun usaha pengkristenan itu begitu hebat di jalankan dengan bermula lebih awal.46Hal ini adalah karena sebelum kedatangan James Brooke ke Sarawak, kedudukan pembesar-pembesar melayu di Sarawak ternyata begitu kukuh ditambah lagi dengan pegangan agama Islam yang begitu kuat hasil dakwah dari Kesultanan Brunei sebelumnya. Sekiranya kedudukan orang melayu yang telah menganut Islam tidak kuat pada masa itu, pasti amat mudahlah penyebaran Kristen itu berkembang di seluruh Sarawak kerana usaha dakwah Kristen pada masa itu amat kuat. Namun berkat daripada pertolongan Allah, umat Islam di seluruh Sarawak selamat daripada permurtadan oleh golongan paderi-paderi Barat tersebut.

C. Tokoh Ulama Sarawak Sebelum Kemerdekaan

Walaupun begitu kuatnya cabaran yang dihadapi oleh umat Islam setelah kemasukan keluarga Brooke dan zaman penjajahan British, namun satu perkara yang amat penting ialah munculnya ulama yang berwibawa yang telah memainkan peranan mempertahankan Islam serta menyebar luaskan pengaruhnya pada ketika itu. Mereka telah menabur jasa dan bakti yang besar dalam usaha memantapkan akidah umat Islam dan meningkatkan penghayatan terhadap syariat Allah sekaligus memartabatkan kedudukan umat Islam yang merupakan golongan minoritas di Serawak dulu dan kini.

Antara ulama awal di Sarawak ialah Al-Marhum Datuk Hakim Abang Haji Abdul Rahman (1829-1890M). Beliau dikenali oleh anak cucunya dan juga masyarakat sebagai Datuk Hakim Keramat.Belaiu adalah seorang yang

46

Anis Hj Abot, Peranan Pegawai Islam Sarawak Dalam Dakwah Bersepadu (Kuala Lumpur:2009), 79.


(42)

sangat mengambil berat dalam pegangan agamanya sehingga tindak tanduk seharian beliau adalah didasarkan kepada dasar-dasar Islam.47

Al-Marhum Datuk Hakim Keramat setakat yang dapat di kesan sehingga kini mempunyai salasilah keturunan daripada Abang Ambil yang berkahwin dengan Dayang Bagus.Perkahwinan mereka ini telah melahirkan ayahanda kepada Al-Marhum Datuk Hakim Keramat iaitu Haji Ibrahim. Haji Ibrahim telah berkahwin dengan Dayang Wan Maimunah dan hasil dari perkahwinan ini lahirlah Datuk Hakim Keramat. Datuk Hakim Keramat berkahwin dengan Dayang Fatimah dan menghasilkan anak-anak yang ramai seperti Datuk Hakim Azhari, Datuk Hakim Haji Ashaari, Sheikh Shabli, Datuk Imam Haji Suhaili, Datuk hakim Haji Musaili dan lain-lainnya.48

Al- Marhum belajar agama di Mekah dan telah berangkat ke Mekah sewaktu berusia lebih kurang 12 tahun. Ketika Serawak dijajah oleh Brooke, beliau kembali ke Serawak buat sementara pada tahun 1850M, karena takut

dan bimbang “orang putih” mengubah akidah masyarakat pribumi.49

Daripada senarai ulama Sarawak, jelas sekali bagaimana peranan penting yang dimainkan oleh Al-Marhum Datuk Hakim Keramat yang mempunyai ramai anak murid yang terdiri daripada anak beliau sendiri, anak susuan dan lain-lainnya. Beliaulah pemangkin dan dan penggalak kepada anak-anak muridnya supaya menyambung pelajaran ke Mekah pada masa itu.Antara anak murid beliau yang terkenal ialah Datuk Hakim Ashaari (anak beliau sendiri) dan Sheikh Haji Othman Abdul Wahab.

47

Azhar Ahmad,Masyarakat Bidayuh di Bahagian pertama Sarawak, 2009, 18. 48

Ismail Abd Rahman,Kegemilangan Tokoh Sarawak,1998, 60-62. 49


(43)

Menyentuh mengenai tokoh agama yakni Datuk Hakim Haji Ashaari, beliau adalah salah seorang daripada anak murid handalan Datuk Hakim Keramat yang kemudiannya mengambil alih tugas ayahnya sebagai Datuk Hakim. Beliau adalah seorang alim ulama yang progresif dan terkenal yang lebih menguasai dalam bidang agama terutamanya dalam bidang Ilmu Fiqh.50Beliau juga adalah seorang yang kuat dan gagah berdakwah di seluruh Kabupaten Sarawak demi untuk menyebarkan agama Islam kepada masyarakat.

Selain daripada Datuk Hakim Ashaari, Allahyarham Sheikh Haji Othman Abdul Wahab juga adalah merupakan anak murid yang arif dalam ilmu agama.Sejak menjadi anak murid Datuk Hakim Keramat, beliau telah berazam untuk memperdalami ilmu agama sebetul-betulnya. Kebanyakan masa harian beliau dipergunakan untuk mengali ilmu agama dengan cara lebih banyak membaca buku. Waktu malam beliau akan mengulangkaji ilmu yang beliau telah dapat pada siang harinya. Apabila telah tiba waktunya, beliau telah dihantar oleh Datuk Hakim Keramat ke Mekah bersama anak-anak murid yang lainnya.

Penglibatan al-Marhum Syeikh Othman dalam bentuk pengajaran di Sarawak tidaklah sebanyak tokoh-tokoh ulama yang lain. Ini karena beliau banyak menghabiskan masanya mengajar ilmu-ilmu agama di Masjidil Haram di Mekah al Mukarramah dan menetap di situ. Inilah perbezaan dengan diantara beliau dengan tokohagama yang lain di Sarawak. Sekali sekala al-Marhum juga pulang ke Sarawak.Semasa beliau pulang ke tanah air,

50


(44)

beliau menggunakankn kesempatan itu dengan sebaiknya untuk mengajar dan mendidik masyarakat tempatan dengan ilmu agama.

D. Tokoh dan Ulama Sarawak Setelah Merdeka

Sarawak merdeka bersama Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.51 Oleh itu sebuah badan pemerintahan negeri telah dibentuk bagi menjalankan tugas mentadbir dan membangun Negeri Sarawak. Berbagai pembangunan telah berlaku sama ada dari sudut infrastruktur, pembangunan bandar, pembangunan luar bandar, pembangunan ekonomi, pendidikan dan termasuk pembangunan insan.

Sarawak telah mempunyai lima orang Ketua Menteri iaitu yang pertama adalah Stephen Kalong Ningkan (1920-1997) dari tarikh 22 Julai 1963 hingga September 1966, yang kedua adalah Tawi Sli (lahir 1934) dari tahun 1966-1970, yang ketiga adalah Abdul Rahman bin Ya’kub dari 1970-1981, yang keempat adalah Abdul Taib bin Mahmud dari tahun 1981 hingga 2014 dan yang kelima adalah Adenan bin Satem.

Di sini penulis ingin menekankan mengenai tokoh Menteri yang ketiga yakni Abdul Rahman bin Ya’kub. Kepimpinan Abdul Rahman bin

Ya’kub sebagai Ketua Menteri Sarawak amat menyerlah berbanding dua

ketua menteri sebelum beliau. Tokoh ini berjaya membawa keamanan, perpaduan masyarakat, pembangunan dan kemajuan fizikal Negeri Sarawak sebagaimana telah dibincangkan pada bab yang ketiga kajian ini. Tokoh ini mendapati umat Islam menerima pembangunan fizikal yang dibawa dengan

51


(45)

baik tetapi beliau bimbang apabila melihat keadaan umat Islam yang masih ketinggalan dan rendah kesedaran agama mereka.

Umat Islam ketika itu kurang mengindahkan tanggungjawab agama dan terdapat di kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang mengamalkan kehidupan ala Barat dengan pesta-pesta dansa, minum arak secara terbuka, berfoya-foya dan pergaulan bebas.52

Lantaran itu, tokoh ini telah berusaha membawa pembangunan insan kepada penduduk Sarawak terutamanya di kalangan umat Islam yang telah berubah jati diri mereka menjadi pemuja Barat. Bagi tujuan itu, tokoh ini telah melakukan berbagai usaha dan langkah bagi mencapai matlamat pembangunan insan tersebut. Di antara langkah yang diambil oleh tokoh ini, yang terpenting sekali adalah menubuh organisasi dakwah iaitu BINA. Tujuan tokoh ini di sebalik penubuhan organisasi tersebut adalah sebagai medium untuk membawa perubahan yang drastik, komprehensif dan meluas terhadap umat Islam. Pelaksanaan dakwah secara organisasi berpeluang memberi impak yang jauh lebih besar daripada pelaksanaan secara individu. Tokoh ini telah merombak dan yakin dalam langkah beliau menginstitusikan dakwah dengan menubuhkan organisasi dakwah.

a) Penubuhan Bina oleh Abdul Rahman bin Ya’kubtahun 1969

Tokoh ini mengetuai penubuhan organisasi yang dikenali dengan nama BINA pada tahun 1969. BINA adalah Angkatan Nahdatul Islam

52


(46)

Bersatu yang dibaca terbalik setiap huruf pertama pangkal perkataannya membentuk perkataan BINA.53

Fakta menyebut bahawa penubuhan BINA adalah hasil dari usul yang timbul daripada sebuah kongress yang diadakan pada tahun 1968 iaitu Kongress Islam Malaysia Timur di Kuching.Berdasarkan pengamatan penulis berkaitan usul usul atau resolusi yang terhasil dari kongress tersebut tidaklah secara langsung menyentuh penubuhan BINA. Terdapat sebuah usul yang paling hampir yaitu keputusan yang telah diluluskan, keputusan nombor tiga dari pembentangan kertas kerja oleh Encik Abdul

Taib Mahmud yang bertajuk Kedudukan “Orang-Orang Islam Di Malaysia

Timur”.54Keputusan tersebut adalah seperti berikut ;

...Kongress berpendapat bahawa masanya sudah tiba bagi orang-orang Islam memikirkan cara-cara hendak melancarkan pekerjaan mubaligh (missionary work). Sebagai langkah yang pertama ialah diadakan rayuan kepada negara-negara Islam yang kaya dan kepada umat Islam di Malaysia supaya mengadakan satu tabung untuk membiayai perancangan tersebut...

Pada analisa penulis, istilah missionary work dalam keputusan di atas sememangnya menggambarkan BINA. Berdasarkan dari gerak kerja dan tujuantujuan penubuhan BINA, ia adalah sebuah gerakan missionary. Oleh itu penulis yakin keputusan di atas menjadi asas yang paling hampir kepada penubuhan BINA pada tahun 1968.

53

Staf Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak, “Resolusi Kongres Islam Malaysia

Timur”, dalam http://bppmis.blogspot.co.id/2009/01/resolusi-kongres-islam-malaysia-timur.html (21 Disember 2015)

54

Wan Hussein Azmi, Kedatangan Islam dalam Perkembangan Di Alam Melayu (Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Tamadun Islam di Alam Melayu), 20.


(47)

Secara ringkas disebutkan di sini bahawa kepentingan kongres diadakan adalah sebagai langkah untuk mencetuskan kesedaran di kalangan umat Islam daripada kelalaian serta kealpaan mereka. Selain itu juga adalah untuk mengembalikan umat Islam pada landasan yang asal kerana gejala budaya liar yang telah dibawa penjajah tersebar secara meluas dan bertapak kuat di tengah umat Islam. Budaya ini semakin menjadi trend terutama di kalangan anak muda Islam sehingga sukar membezakan mereka dengan anak muda bukan Islam dari segi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, budaya pesta pora, minum arak, berpakaian yang mendedah aurat serta berbagai lagi masalah yang lain.55

Oleh yang demikian, penubuhan BINA ketika itu sangat penting dan tepat pada waktunya bagi menangani gejala yang tidak sihat itu daripada berterusan. Disamping itu, kewibawaan dan kepimpinan tokoh ini dalam mengemudi BINA benar-benar menyentap lamunan umat Islam yang mabuk dengan budaya Barat. Tokoh ini mampu menyedarkan mereka daripada mimpi dan angan-angan kosong dan kemudian membawa mereka bangkit untuk memartabatkan dakwah Islam di Sarawak.

Setelah itu BINA mula aktif masuk ke tengah masyarakat Islam dengan membawa mesej dakwah dan juga kepada golongan non-Muslim sebagai usaha mengajak mereka masuk Islam.56 Berbagai program dan aktiviti telah dicanang untuk tujuan tersebut kemudian dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. BINA menjadi jentera dakwah yang aktif bergerak di Sarawak kepada semua lapisan masyarakat.

55

Afida Helmi, Metode Dakwah Di kalangan Masyarakat Dayak, Satu Kajian Di Bahagian Pertama, (Latihan Ilmiah Fakulti Usuluddin, Akademi Islam Universiti Malaya, 1991), 77.

56


(48)

Selanjutnya catatan sejarah kepimpinan BINA merekodkan barisan Presiden atau Yang Dipertua yang berkebolehan seperti berikut:

1. Abdul Raman bin Ya’kub menjadi Presiden BINA dari tahun 1969

hingga 1988

2. Mohd. Mortadza bin Haji Daud (Datuk) menjadi Yang Dipertua BINA dari tahun 1988 hingga 1993

3. Bujang bin Mohd. Nor (Tan Sri) menjadi Yang Dipertua BINA/HIKMAH dari tahun 1993 hingga 2005; dan

4. Abdul Aziz bin Dato Haji Husain (Tan Sri) menjadi Yang Dipertua HIKMAH dari tahun 2005 hingga sekarang.

Sejarah BINA terus berkembang dan bercambah sehingga sekarang. Penulis merasakan perlunya menyebut perubahan nama BINA kepada HIKMAH kerana BINA sekarang adalah HIKMAH dan generasi baru tidak lagi menyebut nama BINA bahkan mereka tidak mengetahui maklumat tentang BINA.

Pertukaran nama BINA kepada HIKMAH telah disempurnakan melalui Perhimpunan Perwakilan BINA pada tahun 1994. Perubahan nama tersebut memberi imej dan semangat baru kepada BINA bergerak di zaman moden ini dengan nama HIKMAH. HIKMAH terdiri daripada HIKMAH Bahagian iaitu Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan, Bahagian Sri Aman, Bahagian Betong, Bahagian Sarikei, Bahagian Sibu, Bahagian Mukah, Bahagian Bintulu, Bahagian Miri dan Bahagian Limbang.


(49)

b. Sumbangan Tokoh Tun Rahman Ya’kub

1. Aktivitas Surau Setia

Aktiviti yang pertama dipaparkan adalah Surau Setia iaitu sebuah program yang diilhamkan oleh tokoh ini bagi mendekati para pegawai kerajaan yang beragama Islam. Pelaksanaan program ini adalah dengan kekerapan seminggu sekali di tempat yang berbeza-beza mengikut kesesuaian yang ada dan program ini dikendali oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. Pengisian program ini oleh mufti Negeri Sarawak dan tokoh ini pernah menyampaikan ceramah dalam program ini. Objektif program ini adalah untuk melibatkan para pegawai kerajaan dengan program agama kerana ada dari kalangan pegawai-pegawai ini memiliki gaya hidup yang bercanggah dengan ajaran Islam.57Alangkah bahayanya sekiranya para pegawai kerajaan ini dibiarkan dalam keadaan yang penuh mungkar kerana di tangan mereka letaknya keputusan-keputusan penting dalam pentadbiran bahagian atau daerah di Sarawak kerana mereka bertugas di berbagai tempat seluruh Sarawak. Program ini telah menyedarkan para pegawai ini akan tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim dan menjadikan mereka lebih berjiwa Islam.

2. Darul Rahmah Pusat Latihan Dakwah BINA

Tokoh ini memandang serius aspek pendidikan terutamanya dari kalangan Saudara Kita. Oleh itu sebuah pusat pendidikan golongan ini ditubuhkan pada tahun 1977 bertempat di Jalan Haji

57


(50)

Bolhasan Kuching. Pusat ini dinamakan Darul Rahmah Pusat Latihan Dakwah BINA menganjur kelas Fardhu Ain kepada mereka yang baru memeluk Islam.58Dengan adanya pendidikan serta bimbingan yang baik kepada golongan ini akan membantu mereka mengamalkan Islam dalam hidup mereka.

Bagi menampung keperluan golongan ini di kampung, beberapa orang guru agama akan dihantar ke kampung Saudara Kita di pedalaman untuk mengajar mereka sembahyang dan mengaji. Tokoh ini sendiri pergi ke pedalaman untuk memberi nasihat, mendidik dan mengajar Saudara Kita pengetahuan asas agama Islam.59 Dengan aktiviti ini, keIslaman Saudara Kita lebih baik dan semakin kukuh serta sukar untuk dipengaruhi oleh saudara mara mereka yang tidak Islam.

58

Ibid., 66. 59


(51)

BAB IV

PERKEMBANGAN ISLAM DALAM MASYARAKAT MELANAU SERTA

CABARANNYA DI MUKAH

A. Dinamika Kehidupan Melanau Islam Di Mukah Awal 1970

Kehidupan masyarakat Melanau Islam mulai terbentuk sekitar tahun 1970-an.60 Melanau pada masa itu sudah dianggap baik dari segi kehidupan yang bergelar Islam. Mukah sememangnya terkenal dengan masyarakat Melanau Islam dan juga masyarkat Melanau Kristen. Namun setelah kemerdekaan keduanya bisa hidup secara toleransi walaupun berbeda agama dan budaya. Ini jelas terbukti apabila sebelum kemerdekaan dan akhir tahun 1970an, masyarakat Melanau Islam dan Masyarakat Kristen menjalani kehidupan bersama malah tinggal bersama didalam sebuah Rumah Panjang yang terletak di Matu, Mukah.61

Rumah panjang merupakan rumah yang direka oleh masyarakat Melanau yang mampu memuatkan lebih kurang 20 buah keluarga. Di dalam rumah panjang tersebut, Melanau Islam dan Melanau Kristen sangat mementingkan silaturrahim kedua pihak. Apabila masyarakat Melanau Islam mengadakan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, maka Melanau Kristen juga turut membantu dalam persiapan perkahwinan seperti membuat persiapan tempat makan dan duduk para tetamu yang hadir. Sebaliknya jika Melanau Kristen pula yang mengadakan majlis keramaian, maka orang Islam juga turut membantu. Oleh karena Islam melarang memakan binatang yang

60

Hajjah Siti Maimunah,Wawancara, Mukah, 13 November 2015. 61


(52)

disembelih tanpa menyebut nama Allah, maka Melanau Kristen menyerahkan tugas persiapan makanan semuanya kepada Melanau Islam agar kedua pihak berasa aman apabila memakan makanan dalam majlis keramaian tersebut.

B. Bentuk perkembangan Pemikiran Masyarakat Melanau Islam

Melihat kepada sejarah masyarakat Melanau, Melanau merupakan suku kaum yang amat kuat dengan kepercayaan animisme. Kepercayaan animisme ini telah wujud sebelum Sarawak merdeka lagi. Dalam kosmologi Melanau, sistem kepercayaan lebih bersifat kepercayaan terhadap animisme dan kuasa ghaib. Sebagai masyarakat primitif yang belum terbuka pada kemodernan dan dunia luar, masyarakat Melanau tradisional mencari pengalaman untuk mengarungi kehidupan dan tantangan sehari-hari bersandarkan pola perlakuan yang diwarisi daripada nenek moyang, sejak turun temurun.62 Masyarakat Melanau menganggap kuasa dan unsur naturalisme sebagai kuasa halus yang dikaitkan dengan perasaan hormat dan takut, mengagumkan, malah menakutkan. Kuasa ghaib ini banyak mempengaruhi kehidupan. Sebelum perkembangan Islam di Mukah, kekuatan

ghaib dianggap sebagai “ipok” yakni Dewa yang menjaga kehidupan di

Bumi. Mereka sangat takut akan kekuatan Ipok itu yang dipercayai bisa memberi kemurahan rejeki dan bisa juga mendatangkan kecelakaan.

Oleh karena wujudnya kepercayaan di atas, muncullah satu

kebudayaan “Pesta Kaul” dalam masyarakat Melanau di Mukah yakni

upacaramemberi sajian makanan kepada Ipok-ipok ini agar sentiasa

62

Muhammad Asyraf,Kebudayaan Pesta Kaul Mukah(Skripsi, UIN Sunan Ampel Fakultas Adab, Surabaya, 2015), 20.


(53)

dimurahkan rejeki dan terhindar dari kecelakaan. Kebudayaan ini di lakukan setiap tahun pada bulan April. Kepercayaan ini sangat-sangat dekat dalam diri masyarakat Melanau di Mukah.63 Namun, apabila perkembangan Islam di Mukah kian berkembang dan masuk mempengaruhi pemikiran serta kebudayaan masyarkat Melanau, kepercayaan adanya kekuasaan ghaib yang digelar Ipok pemberi rejeki dan bisa mendatangkan kecelakaan, sedikit demi sedikit kepercayaan ini mulai terhapus dalam pemikiran masyarakat Melanau. Ini karena Islam telah mengajarkan umatnya bahawa Allah merupakan Tuhan yang satu dan tiada kekuasaan lain yang setanding dengan-NYA.

Dampak daripada kemurnian agama Islam, pemikiran masyarakat Melanau mulai rasional. Kini kebudayaan Pesta Kaul yang dulunya dianggap menjamu sajian kepada kuasa ghaib kini cuman menjadi kebudayaan keramaian semata-mata tanpa mensyirikan Allah lagi. Setelah ajaran Islam menjadi panduan dalam kehidupan, masyarakat Melanau telah mampu menggunakan logika dengan lebih baik serta berinteraksi sosial dengan lebih baik sesama Melanau Islam yang lain.64

Selain daripada itu, telah wujud golongan yang cintakan jalan dakwah. Di Mukah, antara salah satu golongan yang bukan dibawah badan kekuasaan pemerintah yang aktif berdakwah adalah Jemaah Tabligh. Dahulunya dakwah Islam cuman dilakukan para ustad-ustad mahupun ustazah, namun kini sesetengah masyarakat Melanau kini memberanikan diri memasuki aliran cara dakwah Jemaah Tabligh. Penulis mempunyai teman

63

Hang Tuah Merawin, Pandangan Dunia Melanau Tradisional, Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau Sarawak: Kuching, 2010, 61.

64


(54)

yang dahulunya jauh dari Islam dan sekarangnya aktif dalam Jemaah Tabligh. Penulis sempat bertanya kepada beliau mengapa bisa ikut serta di dalam jemaah ini, beliau mengatakan beliau menyukai metode yang digunakan Jemaah Tabligh yang berdakwah dengan cara lembut, suka melemparkan senyuman serta sering bersifat tawdhuk.65

C. Melanau Membentuk Komunitas Muslim di Mukah

Perkembangan komunitas Muslim Melanau saban tahun di Mukah sangat positif sekali. Sumbangan daripada kerajaan Brunei sebelum merdeka yakni melantik setiap ketua Islam di perkampungan sedikit sebanyak memudahkan komunitas Muslim Melanau diperkampungan Mukah

disatukan. Dalam satu seminar tentang “Melanau Mukah” yang telah di

adakan di dewan suarah Mukah pada 17 juni 2008 menampakan di situ satu komunitas muslim Mukah telah bergumpul dan menampakan kecenderungan bagi mengembangkan Islam melalui jaringan Persatuan Melanau Mukah.

Persatuan Melanau ini telah didirikan pada 16 April 1998.66Persatuan Melanau Mukah ini bertujuan menjadi Pusat utama masyarakat Melanau bagi mewujudkan kegiatan-kegitan agama yang dilakukan diseluruh Mukah. Melalui persatuan ini, apabila adanya kegiatan Islam yang akan dilakukan, maka seluruh ketua Islam disetiap perkampungan akan dipanggil rapat bagi membincangkan mengenai program yang dijalankan. Apabila selesai rapat, maka setiap kepala Islam antara kampung akan menyampaikan kepada penduduk desa.

65

Roslan Hj Morshidi,Wawancara, Mukah, 19 nopember 2015. 66


(55)

Melalui jaringan dibawah kendali Persatuan Melanau Mukah ini, maka aktivitas-aktivitas yang bisa mengembangkan Islam dalam masyarkat Melanau akan terus di informasikan kepada masyarakat Melanau di Mukah. Berbeda sebelum wujudnya Persatuan ini, masyarakat Melanau Islam tidak begitu menampakan kesatuan atau kebersamaan dalam menjalani aktiviti Islam.67 Namun melalui Persatuan Melanau tersebut, gerakan-gerakan yang terancang telah membuka minda Melanau Islam Mukah akan pentingnya kebersamaan dalam beragama.

D. Perkembangan Pendidikan Islam di Mukah

Perkataan pendidikan Islam apabila ia digabungkan, akan memberikan satu pengertian yang berbeda dengan maksud pendidikan. Azyumardi Azra memberikan definisi pendidikan Islam sebagai suatu proses pembentukan individu berdasarkan ajaran-ajaran Islam seperti mana yang telah diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w.68

Menyentuh tentang perkembangan pendidikan Islam di Mukah, masyarakat Melanau Islam dalam memperluaskan lagi atau mempertahankan syiar Islam di Mukah semakin aktif. Kekuatan ini sebenarnya muncul daripada kebijakan Organisasi Jabatan Agama Islam Sarawak dan Juga Jabatan Agama Islam Mukah. Kebijakan yang paling terserlah adalah telah di bangun sekolah-sekolah agama yakni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan Mukah (SMA) yang telah didirikan pada Januari tahun 2000. Sekolah Agama ini dipenuhi 90 persen oleh siswa dan siswi yang berbangsa

67

Pangeran Saifuddin,Wawancara, Mukah, 23 nopember 2015. 68


(56)

Melanau.69 Dalam pengamatan penulis, penulis sendiri melihat alumni-alumni sekolah tersebut telah banyak membantu dakwah di Mukah.

Selain daripada itu, sebuah lagi sekolah yang telah dibina di Mukah bagi tujuan pengembangan Islam yakni Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Mukah. Sekolah ini telah siap dibangun sepenuhnya pada disember 2012 dan mulai di masukin pelajar pada maret 2013. Penulis berkesempatan berkunjung ke sekolah tersebut bagi mendapatkan pencerahan daripada kepala sekolah yakni Tuan Haji Deli. Dalam pertemuan tersebut, Tuan Haji Deli telah mengatakan bahawa sekolah Islam itu dibangunkan untuk anak-anak yang berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun. Beliau menambah sekolah agama ini amat penting buat masyarakat Melanau Mukah bagi mempersiapkan generasi anak-anak muda yang dekat dengan Islam.70

E. Organisasi-organisasi Islam di Mukah

Mengikut sensus pada akhir tahun 2012 kemarin, komunitas Muslim Melanau Mukah dianggarkan sebanyak 15,890 orang berbanding tahun 1992 yakni sebanyak 11, 328 orang.71 Ini menunjukan sutu perkembangan yang agak baik bagi pembangunan Islam di Mukah pada masa akan datang. Peningkatan ini juga terpengaruh oleh organisasi-organisasi Islam yang telah banyak membantu umat Islam Melanau di Mukah. Antara Organisasi Islam yang banyak membantu pengembangan Islam di Mukah di antara lain;

69

Fakharuddin Hasnaf,Pertambahan Sekolah Menuju Pengembangan Generasi, Sarawak 2009, 7. 70

Tuan Haji Deli,Wawancara, Mukah, 20 nopember 2015 71


(1)

DAFTAR PUSTAKA

Abdurrahman .et.al. Agama dan Masyarakat. Yogyakarta: IAIN Sunan

Kalijaga Press, 1993.

Asry, M. Yusuf (ed.).Gerakan Dakwah Islam dalm Perspektif Kerukunan

Umat Beragama. Jakarta: Puslitbang Kementerian Agama RI, 2012.

Autorised, Public discourse. Diagnosa Pertumbuhan Ekonomi Jawa

Timur. Bank Dunia Indonesia: Jakarta, 2011.

Cakrawala, Dewa, N. et.al. Statistik Penduduk 1971-2015. Jakarta: Pusat

Data dan Sistem Informasi Pertanian Seketariat Jenderal-Kementrian Pertanian Republik Indonesia, 2014.

Hakim, Lukman. Perlawanan Islam Kultural : Relasi Asosiatif

Pertumbuhan Civil Society dan Doktrin Aswaja NU. Surabaya: Pustaka Eureka, 2004.

Hasbullah, Moeflih dan Supriyadi, Dedy. Filsafat Sejarah. Bandung:

Pustaka Setia, 2012.

Hugiono dan Poerwantara.P.K.Pengantar Ilmu Sejarah. Jakarta: P.T. Bina

Aksara, 1987.

Jawa Timur, Pemerintah Provinsi.Peraturan Daerah Provinsi Jawa Timur

Momor 5 Tahun 2012 Tentang Rencana Tata Ruang Wilayah Provinsi Tahun 2011-2031. Pemerintah Provinsi Jawa Timur: Surabaya, 2012.

Institute, Wahid. Laporan Tahunan Kebebasan Beragama/Berkeyakinan

dan Toleransi. Jakarta: The Wahid Institute, 2013.

Kartodirdjo, Sartono. Pendekatan Ilmu Sosial Dalam Metodologi Sejarah. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama, 1993.

Laporan Kegiatan Penuntasan Buta Akasara, Kajian Pengembangan

Model Penyelenggaraan Penuntasan Buta Aksara Jawa Timur, .BAPPEDA Jatim dan USAID-DBE1, 2011.

Laporan Lokakarya. Analisa Diagnosig Ketenagakerjaan Jawa Timur.


(2)

Manan, M. Sholihan, Pengantar Metode Penelitian Sejarah Islam Di Indonesia. Surabaya: Usaha Nasional, 1980.

Mughni, Syafiq. A.Radikalisme Dalam Sejarah Islam. Surabaya: Jurusan

Sejarah dan Peradaban Islam IAIN Sunan Ampel, 2010.

Muhammad, Nur Hidayat. Meluruskan Doktrin MTA Kritik atas Dakwah

Majlis Tafsir al-Qur’an di Solo. Surabaya: Muara Progresif, 2013. Mukarrom, Ahwan. Sejarah Islamisasi Nusantara. Surabaya: Jauhar, 2009.

Muljana, Slamet. Kesadaran Nasional Jilid II: Dari Kolonialisme Sampai

Kemerdekaan. Yogyakarta:Lkis, 2008.

Mulkhan,Abdul Munir. Pemikiran K.H. Ahmad Dahlan dan

Muhammadiyah Dalam Perspektif Perubahan Sosial. Jakarta: Bumi Aksara, 1990.

Poerwadarminta, W.J.S.,(ed.al). Pendidikan, Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka, 2001.

Sairin, Weinata. Gerakan Pembaharuan Muhammadiyah. Jakarta:

Pustaka Sinar Harapan, 1995.

Steenbrink, Karel. Beberapa Aspek Tentang Islam di Indonesia Abad

Ke-19. Jakarta: Bulan Bintang, 1984.

Suminto, Aqib. Politik Islam Hindia Belanda .Jakarta: LP3ES, 1985.

Sutiyono.Benturan Budaya Islam Puritan dan Sinkretis. KOMPAS Media

Nusantara: Jakarta, 2010.

Zulaicha, Lilik. Metodologi Sejarah 1. Surabaya: IAIN Sunan Ampel,

2005.

Wijaya, Aksin. Menusantarakan Islam: Menelusuri Jejak Pergumulan

Islam Yang Tak Kunjung Usai di Nusantara. Yogyakarta: Nadi Pustaka, 2011.


(3)

Berita Jihad Pagi. Menuju Peresmian MTA Perwakilan Sidoarjo. dalam www.mta.or.id menuju-peresmian-mta-perwakilan-sidoarjo//Minggu 2 Agustus 2010,( 20 September 2015).

MTA, Seketariat. Majelis Tafsir Alquran Alamat Cabang dan Binaan.

http://data.mta.net/. 12 September 2015.

MTA, Seketariat. Majelis Tafsir Alquran Alamat Cabang dan Binaan.

http://binaan.mta.or.id/. 10 September 2015.

MTA, Seketariat. “jadwal pengajian MTA”. dalam www.mta.or.id.(9

November 2015).

MTA, Seketariat. “Selayang Pandang MTA”. dalam

https://www.mta-online.com./sekilas-profil/(12 Oktober 2015).

Pacitan, MTA, ”Profil kepengurusan MTA Pacitan”. dalam https:// mtapct.wordpres.com.( 6 November 2015).

NN.“Warga Siwalanpanji Tuntut Bubarkan MTA”. dalam http://kabarsidoarjo.com. ( 4 November 2015).

Nurul Komariyah dan Muhammad Sjahid Akbar,“Pengelompokkan Kabupatem/Kota di Provinsi Jawa Timur berdasarkan Indikator Kemiskinan Dengan Metode Cluster Analisis”.

http://digilib.its.ac.id/public/ITS-Undergraduate-17290-1309105013-Paper.pdf. (27Oktober 2015).

Kepariwisataan. “Jawa Timur”. dalam

http://ujp.ucoz.com/15-Provinsi_Jawa_Timur.pdf. ( 28 Oktober 2015).

Majalah, Jurnal, dan Surat kabar.

Asroni, Ahmad. “Islam Puritan Vis A Vis Tradisi Lokal: Meneropong Model Resolusi Konflik Majelis Tafsir Alquran dan Nahdlatul Ulama di Kabupaten Purworejo,””. Confrence Procedings Annual International Conference on Islamic Studies (AICIS XII), 2012.

Jinan, Mutohharun. “ Kontestasi Muslim Puritan: Relasi

Minoritas-Mayoritas Muslim Model Majelis Tafsir Alquran (MTA)”. MAARIF Vol. 7 No. 1 ( 2012).


(4)

NN.MTA Diberhentikan Sementara. Jawa Pos (2 November 2013). NN.MTA Pertimbangkan Pindah Lokasi. Jawa Pos (28 Oktober 2015).

Sunarwoto. “Gerakan Religio-Kultural MTA Dakwah, Mobilisasi, dan

Tafsir Tanding,”Afkaruna (2012), Wawancara

Ashadi. Ketua Ranting Nahdlatul Ulama Siwalanpanji. Wawancara,

Sidoarjo 5 Oktober 2015.

Imam Syafi’I. Ketua MTA Perwakilan Pacitan. Wawancara, Pacitan, 9 November 2015.

Muchtar. Warga MTA Pacitan. Wawancara, Pacitan, 9 November 2015.

Muhammad Da’im. Ketua MTA Perwakilan Surabaya. Wawancara, Surabaya, 3 November 2015.

Musryfin. Bendahara II MTA Perwakilan Pacitan. Wawancara, Pacita, 9

November 2015.

Roesimin. Ketua Binaan MTA Waru. Wawancara, Sidoarjo, 3 November

2015.

Suseno. Mantan Seketaris MTA Perwakilan Pacitan.Wawancara, Pacitan,

9 November 2015.

Zainudin. Seketaris MTA Perwakilan Pacitan. Wawancara, Pacitan, 9

November 2015.

Documen, dan Surat Keputusan

Bagan Kepengurusan MTA Pacitan Terbaru.

Brosur SMP dan SMA MTA Islamic Boarding School Tahu Ajaran 2015-2016.

Buletin Uswah Hasanah No.404/Th.IX. Edisi 13/11/15. Buletin Uswah Hasanah No.377/Th.IX, Edisi 27/03/15.

Daftar Perwakilan dan Cabang MTA Perwakilan Pacitan tahun 2010. Daftar Petugas Kelompok Binaan TMT 1 November 2015.

Daftar Peserta Nafar ke Jakarta Tahun 2015.

Dinas Kesehatan Provinsi Jawa Timur, Ringkasan Eksekutif,Data dan


(5)

Dinas Tenaga Kerja dan Kependudukan Provinsi Jawa Timu, Laporan Akuntabiltas Kinerja Instansi Pemerintah (LAKIP),2013 .

Kemenag Jatim, Laporan Jumlah Pemeluk Agama di Jawa Timur Tahun

2013.

Jadwal Pengajian kelompok dan binaan MTA Perwakilan Pacitan

Jadwal Pengajian MTA Perwakilan Surabaya periode November-Desember 2015.

Jadwal Pengisi Tausiyah Radio MTA FM Surabaya tahun 2010.

Mas Prawoto, Majelis Tafsir Alquran Perwakilan Pacitan,Tidak

Dipublikasikan, 2008.

Statistik Balai KSDA Jawa Timur I Tahun 2008. Surat Akte Notaris legalitas MTA tahun 1974.

Surat Keputusan Badan Kesatuan Bangsa dan Politik Kabupaten Sidoarjo nomor 560/4508/404.3.3/2013 tentang Penutupan sementara kegiatan Majelis Tafsir Alquran di Sidoarjo.

Surat Keputusan Kemenkumham tanggal 3 November 2006 tentang pemberian akta sah pendirian yayasan MTA.

Surat Keputusan MTA Pusat nomor 234 tentang pengesahan MTA Perwakilan dan Pengurus MTA Perwakilan Pacitan tanggal 22 Maret 1982.

Surat Keputusan MTA Pusat nomor 58/SK-043/ MTA/1295 tahun 1995 tentang pencabutan Sk kepengurusan MTA yang lama dan mengesahkan kepengurusan MTA yang baru.

Surat Keputusan MTA Pusat No. 173/Kep-49/ Tanggal 22 Juli 2010 M/ 10 Sya’ban 1431 H, Tentang Pengesahan Yayasan Majelis Tafsir Alquran Surakarta Perwakilan SIdoarjo.MTA-10/7/2010.

Surat Pernyataan Bersama Tokoh Masyarakat, Ulama dan Pemuda Islam, Majlis Ta’lim, Desa Siwalanpanji Buduran Sidoarjo Tanggal 10 September 2013 tentang penolakan berdirinya MTA Di Desa Siwalanpanji.

Surat Pernyataan MUI Surakarta No. 01/SP/MUI/17/2012 tanggal 19 September 2012 tentang fatwa bahwa MTA tidak sesat.


(6)

Surat Walikota Surabaya nomor 004/1811/436.4.1/2014 tentang ucapan terima kasih atas dukungan MTA Pacitan terhadap penutup lokalisasi dolly oleh pemerintah Kota Surabaya.

Tanda Terima Sementara Komisi Penyiaran Indonesia Daerah Jawa Timur Tangga 12 Mei 2014 mengenai pemberian izin penyiaran radio komunitas gema cahaya fm.