Tokoh Ulama Sarawak Sebelum Kemerdekaan

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id ✚ ✛ penduduk Islam di Sarawak walaupun usaha pengkristenan itu begitu hebat di jalankan dengan bermula lebih awal. 46 Hal ini adalah karena sebelum kedatangan James Brooke ke Sarawak, kedudukan pembesar-pembesar melayu di Sarawak ternyata begitu kukuh ditambah lagi dengan pegangan agama Islam yang begitu kuat hasil dakwah dari Kesultanan Brunei sebelumnya. Sekiranya kedudukan orang melayu yang telah menganut Islam tidak kuat pada masa itu, pasti amat mudahlah penyebaran Kristen itu berkembang di seluruh Sarawak kerana usaha dakwah Kristen pada masa itu amat kuat. Namun berkat daripada pertolongan Allah, umat Islam di seluruh Sarawak selamat daripada permurtadan oleh golongan paderi-paderi Barat tersebut.

C. Tokoh Ulama Sarawak Sebelum Kemerdekaan

Walaupun begitu kuatnya cabaran yang dihadapi oleh umat Islam setelah kemasukan keluarga Brooke dan zaman penjajahan British, namun satu perkara yang amat penting ialah munculnya ulama yang berwibawa yang telah memainkan peranan mempertahankan Islam serta menyebar luaskan pengaruhnya pada ketika itu. Mereka telah menabur jasa dan bakti yang besar dalam usaha memantapkan akidah umat Islam dan meningkatkan penghayatan terhadap syariat Allah sekaligus memartabatkan kedudukan umat Islam yang merupakan golongan minoritas di Serawak dulu dan kini. Antara ulama awal di Sarawak ialah Al-Marhum Datuk Hakim Abang Haji Abdul Rahman 1829-1890M. Beliau dikenali oleh anak cucunya dan juga masyarakat sebagai Datuk Hakim Keramat.Belaiu adalah seorang yang 46 Anis Hj Abot, Peranan Pegawai Islam Sarawak Dalam Dakwah Bersepadu Kuala Lumpur:2009, 79. digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id ✜ ✢ sangat mengambil berat dalam pegangan agamanya sehingga tindak tanduk seharian beliau adalah didasarkan kepada dasar-dasar Islam. 47 Al-Marhum Datuk Hakim Keramat setakat yang dapat di kesan sehingga kini mempunyai salasilah keturunan daripada Abang Ambil yang berkahwin dengan Dayang Bagus.Perkahwinan mereka ini telah melahirkan ayahanda kepada Al-Marhum Datuk Hakim Keramat iaitu Haji Ibrahim. Haji Ibrahim telah berkahwin dengan Dayang Wan Maimunah dan hasil dari perkahwinan ini lahirlah Datuk Hakim Keramat. Datuk Hakim Keramat berkahwin dengan Dayang Fatimah dan menghasilkan anak-anak yang ramai seperti Datuk Hakim Azhari, Datuk Hakim Haji Ashaari, Sheikh Shabli, Datuk Imam Haji Suhaili, Datuk hakim Haji Musaili dan lain-lainnya. 48 Al- Marhum belajar agama di Mekah dan telah berangkat ke Mekah sewaktu berusia lebih kurang 12 tahun. Ketika Serawak dijajah oleh Brooke, beliau kembali ke Serawak buat sementara pada tahun 1850M, karena takut dan bimbang “orang putih” mengubah akidah masyarakat pribumi. 49 Daripada senarai ulama Sarawak, jelas sekali bagaimana peranan penting yang dimainkan oleh Al-Marhum Datuk Hakim Keramat yang mempunyai ramai anak murid yang terdiri daripada anak beliau sendiri, anak susuan dan lain-lainnya. Beliaulah pemangkin dan dan penggalak kepada anak-anak muridnya supaya menyambung pelajaran ke Mekah pada masa itu.Antara anak murid beliau yang terkenal ialah Datuk Hakim Ashaari anak beliau sendiri dan Sheikh Haji Othman Abdul Wahab. 47 Azhar Ahmad, Masyarakat Bidayuh di Bahagian pertama Sarawak, 2009, 18. 48 Ismail Abd Rahman, Kegemilangan Tokoh Sarawak, 1998, 60-62. 49 Ibid., 39. digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id ✣✣ Menyentuh mengenai tokoh agama yakni Datuk Hakim Haji Ashaari, beliau adalah salah seorang daripada anak murid handalan Datuk Hakim Keramat yang kemudiannya mengambil alih tugas ayahnya sebagai Datuk Hakim. Beliau adalah seorang alim ulama yang progresif dan terkenal yang lebih menguasai dalam bidang agama terutamanya dalam bidang Ilmu Fiqh. 50 Beliau juga adalah seorang yang kuat dan gagah berdakwah di seluruh Kabupaten Sarawak demi untuk menyebarkan agama Islam kepada masyarakat. Selain daripada Datuk Hakim Ashaari, Allahyarham Sheikh Haji Othman Abdul Wahab juga adalah merupakan anak murid yang arif dalam ilmu agama.Sejak menjadi anak murid Datuk Hakim Keramat, beliau telah berazam untuk memperdalami ilmu agama sebetul-betulnya. Kebanyakan masa harian beliau dipergunakan untuk mengali ilmu agama dengan cara lebih banyak membaca buku. Waktu malam beliau akan mengulangkaji ilmu yang beliau telah dapat pada siang harinya. Apabila telah tiba waktunya, beliau telah dihantar oleh Datuk Hakim Keramat ke Mekah bersama anak- anak murid yang lainnya. Penglibatan al-Marhum Syeikh Othman dalam bentuk pengajaran di Sarawak tidaklah sebanyak tokoh-tokoh ulama yang lain. Ini karena beliau banyak menghabiskan masanya mengajar ilmu-ilmu agama di Masjidil Haram di Mekah al Mukarramah dan menetap di situ. Inilah perbezaan dengan diantara beliau dengan tokohagama yang lain di Sarawak. Sekali sekala al-Marhum juga pulang ke Sarawak.Semasa beliau pulang ke tanah air, 50 Azhar Ahmad, Pewaris Bangsa Pribumi Islam Pustaka Sarawak, 2008, 79. digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id ✤ ✥ beliau menggunakankn kesempatan itu dengan sebaiknya untuk mengajar dan mendidik masyarakat tempatan dengan ilmu agama.

D. Tokoh dan Ulama Sarawak Setelah Merdeka