11.1 Bidang Kepintaran Buatan dari Perspektif Islam: Satu Kajian Awal

818 ISoIT 2004 Kkrp 47 89 29 15 180 28. Saya tidak menceritakan mimpi yang saya tidak sukai kepada orang lain.

26.1 49.4

16.1 8.3 100.0 2.93 Kkrp 53 26 65 36 180 29. Saya mengucapkan a c udzu billahi min al-shaitan al-rajim apabila mengalami mimpi yang saya tidak sukai.

29.4 14.4

36.1 20.0 100.0 2.53 Kkrp 138 27 15 0 180 30. Saya tidak menceritakan mimpi yang tidak saya alami kepada orang lain. 76.7 15.0 8.3 0.0 100.0 3.68 Data dari sumber Norinah bt. Kinan, 2004 Dapatan min perbezaan tahap pengamalan tatacara kehidupan beradab antara pelajar Pengajian Islam dan yang bukan Pengajian Islam Sarjana Muda Pendidikan Pengajian Islam merupakan satu-satunya kursus pengajian Islam SPI yang ditawarkan di UTM. Bilangan pelajar SPI yang menjadi sampel sebanyak 33 orang berbanding kursus-kursus lain sebanyak 147 orang. Pengkaji membuat perbandingan min tahap pengamalan tatacara kehidupan beradab antara mahasiswa Pengajian Islam SPI dengan kursus-kursus lain bagi memberi petunjuk tentang kepentingan ilmu pengetahuan Islam dalam pembentukan adab kehidupan Islam. Hasil dapatan adalah seperti berikut: ADAB 1 SPI 33 BUKAN SPI 147 ADAB 2 SPI 33 BUKAN SPI 147 ADAB 3 SPI 33 BUKAN SPI 147 Item 1

3.18 2.8 Item 11

3.67 3.8 Item 21 2.42 2.17 Item 2 2.24 2.13 Item 12 2.7 1.99 Item 22 2.94 2.67 Item 3 3.39 3.42 Item 13 3.71 3.75 Item 23 2.52 2.08 Item 4 2.88 2.35 Item 14 3.24 3.48 Item 24 2.39 1.88 Item 5 2.76 2.24 Item 15 2.82 2.78 Item 25 2.76 2.78 Item 6 1.61 1.71 Item 16 2.3 2.18 Item 26 3.27 2.84 Item 7 3.67 3.56 Item 17 3.39 3.09 Item 27 2.76 2.19 Item 8 3.7 3.65 Item 18 3.03 3.29 Item 28 2.94 2.93 Item 9 3.12 2.93 Item 19 3.3 3.37 Item 29 2.67 2.5 Item 10 2.45 1.77 Item 20 2.97 2.97 Item 30 3.55 3.71 Data dari sumber Norinah bt. Kinan, 2004 yang diproses semula melalui SPSS Rumusan dapatan kajian Berdasarkan dapatan menunjukkan bahawa mahasiswa mengamalkan tatacara kehidupan beradab dengan istiqamah. Walaupun demikian, terdapat juga tatacara adab kehidupan seharian yang tidak diamalkan dengan konsisten. Fenomena ini menunjukkan masyarakat pelajar memahami secara umum tatacara kehidupan beradab dalam Islam tetapi tidak mengambil pendekatan mendalami dan memperincikan adab tersebut kerana kebarangkalian faktor keluarga, pendidikan, pergaulan dan pendekatan yang diperolehi dalam kehidupan seharian. Tidak dinafikan bahawa mahasiswa Islam Tahun Empat mengamalkan adab memberi salam dengan istiqamah, tetapi lebih diaplikasikan kepada orang yang mereka kenali sahaja. Kamarul Azmi B. Jasmi et.al. 819 Tatacara adab memberi salam dan meminta izin sebelum masuk ke mana-mana rumah juga begitu dititikberatkan oleh majoriti daripada responden kajian ini. Namun begitu, mereka kurang faham tatacara memberi salam yang digariskan Islam memandangkan mereka jarang memberi salam di kiri atau kanan pintu rumah yang dikunjungi. Patut disebutkan juga bahawa mereka kurang faham bahawa memberi salam dan meminta izin untuk masuk ke rumah orang lain hanyalah dilakukan sehingga tiga kali dan hendaklah beredar dari rumah tersebut jika tidak ada respon dari tuan rumah. Jawapan salam yang lebih afdal adalah lafaz salam yang lebih banyak penambahan perkataannya, tetapi lafaz yang paling pendek perkataannya lebih sering diaplikasikan. Penggunaan lafaz wa- c alaikum bagi menjawab salam orang bukan Islam juga kurang diketahui memandangkan pengamalan adab ini sangat rendah. Nampaknya para pelajar hanya tahu secara umum bahawa salam itu satu adab yang perlu diamalkan dalam konteks adab bermasyarakat tetapi kurang mengetahui tatacara salam yang lebih mendalam yang sebenarnya mempunyai kepentingan yang besar terhadap umat Islam seluruhnya di sebalik pengamalannya. Pengamalan tatacara adab makan dan minum di kalangan mahasiswa Islam Tahun Empat, Fakulti Pendidikan di UTM juga adalah pada tahap yang istiqamah dalam mengamalkan tatacara ini. Tatacara adab makan dan minum dalam kajian ini adalah yang paling tinggi tahap keistiqamahan pengamalannya di kalangan sampel. Kedudukan ini berlaku mungkin disebabkan responden telah diberikan pendedahan awal di rumah oleh ibu bapa mereka tentang tatacara adab makan dan minum ketika makan di rumah. Misalnya, makan secara berjamaah bersama keluarga dapat mengajar anak-anak secara tidak langsung melalui pengaplikasian tatacara adab makan dan minum di samping penerangan mengenai kepentingan pengamalannya. Selain itu, pendedahan adab makan yang diterapkan sejak dari pra sekolah lagi mungkin menjadi penyumbang kepada pengetahuan mahasiswa tentang adab-adab makan dan minum. Misalnya, adalah menjadi kebiasaan di pra sekolah kanak- kanak membaca doa makan dan makan secara berjamaah. Tambahan lagi, makan dan minum merupakan keperluan untuk hidup. Walau bagaimanapun, makan secara berjamaah dan penggunaan tiga jari apabila makan makanan yang menyamai ciri-ciri seperti buah, kuih atau kurma adalah kurang diamalkan oleh mahasiswa Tahun Empat. Mungkin faktor kesibukan terhadap tugasan pelajaran menyebabkan mereka tidak memberi tumpuan terhadap amalan adab tersebut. Gaya hidup kampus yang independent juga mungkin mempengaruhi pengamalan adab ini yang mana pelajar lebih suka membuat aktiviti mereka secara bersendirian. Walaupun kajian mendapati pengamalan tatacara adab tidur dan bermimpi berada di tahap istiqamah, masih terdapat banyak lagi tatacara adab tersebut kurang diamalkan. Adab- adab tidur dan bermimpi yang seringkali diamalkan juga merupakan adab yang mudah dan ringkas sahaja. Kebarangkalian yang dapat dikatakan kepada mahasiswa pada hari ini ialah mereka masuk tidur apabila benar-benar mengantuk dan penat sehinggakan lupa untuk mengamalkan adab-adab tidur. Terdapat perhubungan di antara tahap pengamalan tatacara kehidupan beradab dengan pendidikan agama. Hasil dapatan menunjukkan bahawa min tahap pengamalan adab kehidupan mahasiswa yang berpendidikan agama mengatasi sebanyak 22 tatacara jika dibandingkan dengan mahasiswa yang mengambil jurusan lain. Ini menunjukkan bahawa pendidikan agama yang mendalam boleh membantu untuk meningkatkan tahap kebiasaan tatacara kehidupan beradab Islam. Penutup Ketiga-tiga tatacara kehidupan beradab dalam Islam yang dibincangkan merupakan sebilangan kecil daripada tatacara kehidupan Islam yang menyeluruh. Semua tatacara