49.4 Bidang Kepintaran Buatan dari Perspektif Islam: Satu Kajian Awal

Kamarul Azmi B. Jasmi et.al. 819 Tatacara adab memberi salam dan meminta izin sebelum masuk ke mana-mana rumah juga begitu dititikberatkan oleh majoriti daripada responden kajian ini. Namun begitu, mereka kurang faham tatacara memberi salam yang digariskan Islam memandangkan mereka jarang memberi salam di kiri atau kanan pintu rumah yang dikunjungi. Patut disebutkan juga bahawa mereka kurang faham bahawa memberi salam dan meminta izin untuk masuk ke rumah orang lain hanyalah dilakukan sehingga tiga kali dan hendaklah beredar dari rumah tersebut jika tidak ada respon dari tuan rumah. Jawapan salam yang lebih afdal adalah lafaz salam yang lebih banyak penambahan perkataannya, tetapi lafaz yang paling pendek perkataannya lebih sering diaplikasikan. Penggunaan lafaz wa- c alaikum bagi menjawab salam orang bukan Islam juga kurang diketahui memandangkan pengamalan adab ini sangat rendah. Nampaknya para pelajar hanya tahu secara umum bahawa salam itu satu adab yang perlu diamalkan dalam konteks adab bermasyarakat tetapi kurang mengetahui tatacara salam yang lebih mendalam yang sebenarnya mempunyai kepentingan yang besar terhadap umat Islam seluruhnya di sebalik pengamalannya. Pengamalan tatacara adab makan dan minum di kalangan mahasiswa Islam Tahun Empat, Fakulti Pendidikan di UTM juga adalah pada tahap yang istiqamah dalam mengamalkan tatacara ini. Tatacara adab makan dan minum dalam kajian ini adalah yang paling tinggi tahap keistiqamahan pengamalannya di kalangan sampel. Kedudukan ini berlaku mungkin disebabkan responden telah diberikan pendedahan awal di rumah oleh ibu bapa mereka tentang tatacara adab makan dan minum ketika makan di rumah. Misalnya, makan secara berjamaah bersama keluarga dapat mengajar anak-anak secara tidak langsung melalui pengaplikasian tatacara adab makan dan minum di samping penerangan mengenai kepentingan pengamalannya. Selain itu, pendedahan adab makan yang diterapkan sejak dari pra sekolah lagi mungkin menjadi penyumbang kepada pengetahuan mahasiswa tentang adab-adab makan dan minum. Misalnya, adalah menjadi kebiasaan di pra sekolah kanak- kanak membaca doa makan dan makan secara berjamaah. Tambahan lagi, makan dan minum merupakan keperluan untuk hidup. Walau bagaimanapun, makan secara berjamaah dan penggunaan tiga jari apabila makan makanan yang menyamai ciri-ciri seperti buah, kuih atau kurma adalah kurang diamalkan oleh mahasiswa Tahun Empat. Mungkin faktor kesibukan terhadap tugasan pelajaran menyebabkan mereka tidak memberi tumpuan terhadap amalan adab tersebut. Gaya hidup kampus yang independent juga mungkin mempengaruhi pengamalan adab ini yang mana pelajar lebih suka membuat aktiviti mereka secara bersendirian. Walaupun kajian mendapati pengamalan tatacara adab tidur dan bermimpi berada di tahap istiqamah, masih terdapat banyak lagi tatacara adab tersebut kurang diamalkan. Adab- adab tidur dan bermimpi yang seringkali diamalkan juga merupakan adab yang mudah dan ringkas sahaja. Kebarangkalian yang dapat dikatakan kepada mahasiswa pada hari ini ialah mereka masuk tidur apabila benar-benar mengantuk dan penat sehinggakan lupa untuk mengamalkan adab-adab tidur. Terdapat perhubungan di antara tahap pengamalan tatacara kehidupan beradab dengan pendidikan agama. Hasil dapatan menunjukkan bahawa min tahap pengamalan adab kehidupan mahasiswa yang berpendidikan agama mengatasi sebanyak 22 tatacara jika dibandingkan dengan mahasiswa yang mengambil jurusan lain. Ini menunjukkan bahawa pendidikan agama yang mendalam boleh membantu untuk meningkatkan tahap kebiasaan tatacara kehidupan beradab Islam. Penutup Ketiga-tiga tatacara kehidupan beradab dalam Islam yang dibincangkan merupakan sebilangan kecil daripada tatacara kehidupan Islam yang menyeluruh. Semua tatacara