SENARAI RAJAH

5.2 Kesimpulan

Berdasarkan analisis data yang diperolehi daripada 40 orang responden dapatlah disimpulkan bahawa faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar adalah pengaruh televisyen. Pengaruh yang dibawa oleh televisyen ini juga turut menyumbangkan kepada faktor-faktor obesiti yang lain seperti kurang melakukan aktiviti fizikal dan juga pengambilan makanan ringan yang berlebihan dan amalan pemakanan yang tidak sihat.

Faktor-faktor ini saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Jadi, untuk mengatasinya pandangan dari setiap sudut perlu dititikberatkan.

5.3 Cadangan

Terdapat beberapa cadangan yang ingin penyelidik kongsikan bersama dalam usaha untuk mengurangkan masalah obesiti ini. Hasil daripada kajian yang dijalankan ini, faktor utama obesiti dikenalpasti. Jadi untuk mengurangkan masalah obesiti yang membimbangkan negara kini, tindakan yang segera perlu diambil. Semua pihak perlu memainkan peranan dalam mengurangkan masalah ini. Pihak-pihak ini termasuklah ibu bapa, pihak sekolah, pihak kerajaan, pihak swasta dan pihak-pihak lain. Sekiranya setiap pihak memainkan peranan dengan berkesan, masalah yang serius ini dapat dikurangkan. Kerjasama yang diberikan diyakini dapat membantu mengurangkan masalah ini.

Cadangan kedua adalah kepada individu yang ingin meneruskan kajian ini, Cadangan kedua adalah kepada individu yang ingin meneruskan kajian ini,

Cadangan ketiga adalah kajian seterusnya bolehlah dilakukan kepada faktor- faktor lain yang difikirkan sesuai. Faktor-faktor lain ini diharap dapat dikesan segera supaya masalah obesiti dalam kalangan pelajar dapat diatasi.