FAKTOR UTAMA OBESITI DALAM KALANGAN PELA

AZIMAH BINTI AHMAD UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKTOR UTAMA OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR. AZIMAH BINTI AHMAD LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (SAINS) FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENGAKUAN

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

8.10.2007 AZIMAH BT AHMAD D20041018411

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya berjaya menyiapkan kajian ini. Jutaan dan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan kajian ini, samada secara langsung ataupun tidak langsung. Pelbagai cabaran,dugaan dan kenangan yang saya kutip sepanjang menyiapkan kajian ini.

Terima kasih kepada Dr. Shakinaz bt Desa selaku penyelia saya yang banyak membantu dan membimbing saya dalam menyiapkan kajian ini. Terima kasih juga kepada rakan- rakan yang banyak membantu dan tidak lupa kepada ahli keluarga yang turut sama membantu.

Terima kasih juga kepada pihak dan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bera Bandar

32, Pahang di atas kerjasama yang diberikan sepanjang saya menjalankan kajian di sana.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah faktor utama yang menyebabkan obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar. Faktor-faktor utama yang disenaraikan ialah faktor keturunan atau genetik, amalan pemakanan, aktiviti fizikal, pengaruh persekitaran dan pengaruh televisyen. Borang soal selidik telah dibina berdasarkan kelima-lima faktor ini. Soalan soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B yang mempunyai 30 soalan, 6 soalan bagi setiap faktor. Kebolehpercayaan soalan soal selidik ini telah diuji menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) dan nilai alpha Cronbach yang diperolehi adalah 0.815. Semua soalan ini kemudian diberikan kepada 40 orang responden yang mengalami masalah obesiti yang dipilih dari sebuah sekolah luar bandar di Pahang. Semua data yang dikumpul, dianalisis secara kuantitatif untuk mendapatkan nilai min, mod dan median untuk mengenalpasti apakah faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar luar bandar. Hasil daripada analisis data yang diperolehi, didapati faktor pengaruh televisyen memberi nilai min paling tinggi iaitu sebanyak 2.150 berbanding faktor lain, aktiviti fizikal 2.025, amalan pemakanan 1.625, pengaruh persekitaran 1.550 dan keturunan 1.2. Kesimpulannya, faktor pengaruh televisyen merupakan faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar.

ABSTRACT

The aim of this research is to identify the main factor of obesity among secondary school students in the rural. The main factors are genetics, eating habit, physical activities, environment influence and television influence. The questionnaire consist of part A and part B with 30 questions, 6 questions for each factor. The realibility of the question has been tested using Statistical Package for Social Science (SPSS) and the value of alpha Cronbach is 0.815. All questions then were distributed to the 40 respondents with obesity problem. All data were analysed quantitatively using mean, mode and median. The results showed that the television influence gave the highest value of min which was 2.150 compared to others, physical activity is 2.025, eating attitude is 1.625, environment influence is 1.550 and last one is genetic with 1.2. As the conclusion, the television influence is the main factor of obesity among secondary school students in the rural area.

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan masalah 4

1.3 Objektif kajian 7

1.4 Soalan kajian

1.5 Signifikasi kajian 7

1.6 Batasan kajian 8

1.7 Definisi operasional 8

1.7.4 Luar bandar

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

BAB 3 METODOLOGI

3.3 Instrumen kajian 17

3.4 Analisis data

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 20

4.2 Profile responden 21

4.3 Taburan jantina responden 21

4.4 Faktor keturunan 21

4.5 Faktor amalan pemakanan 22

4.6 Faktor aktiviti fizikal 24

4.7 Faktor pengaruh persekitaran 26

4.8 Faktor pengaruh televisyen 27

4.9 Faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah

28 menengah luar bandar

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Perbincangan

5.2 Kesimpulan 36

5.3 Cadangan 36

RUJUKAN

SENARAI JADUAL

Jadual muka surat

4.1 Hubungan responden dengan saudara yang mengalami

22 masalah obesiti

4.2 Kadar pengambilan makanan segera oleh responden

4.3 Jenis makanan/minuman yang sering diambil ketika masa lapang

4.4 Aktiviti fizikal yang sering dilakukan oleh responden 25

4.5 Kekerapan membeli makanan ringan dalam seminggu di dalam atau

26 luar sekolah

4.6 Jenis makanan yang sering diambil ketika menonton televisyen

4.7 Jadual antara faktor-faktor obesiti dalam kalangan pelajar sekolah

29 menengah luar bandar

SENARAI RAJAH

Rajah muka surat

18

3.1 Carta metodologi kajian

Jika dilihat dengan kemajuan yang dialami oleh negara dari tahun ke tahun, banyak perkara yang boleh dibanggakan. Sesuatu yang baru ditemui dan yang lama dipertingkatkan kualiti supaya semua dapat merasai kesannya. Namun begitu, tidak semua perkembangan membawa kepada sesuatu yang baik. Perkembangan yang tidak baik ini bukan sahaja memberi kesan kepada individu tetapi kepada masyarakat dan negara secara keseluruhannya.

Mungkin ramai yang menganggap perkembangan ini memberi banyak impak positif tetapi sebenarnya perkembangan ini menyumbangkan kepada satu gejala yang membimbangkan. Gejala yang dimaksudkan adalah obesiti. Gejala ini dialami oleh segenap lapisan masyarakat tidak mengira peringkat umur, bangsa dan agama. Gejala

Peningkatan peratusan masalah ini dari tahun ke tahun amat membimbangkan. Peningkatan yang dialami di dunia ini menjadi isu yang mendapat perhatian setiap kerajaan negara. Pelbagai usaha sedang giat dijalankan untuk mengurangkan masalah ini. Menurut Sizer dalam buku yang ditulisnya yang bertajuk “Nutrition Concepts and Controversies” (2006), pada tahun 2000, 64% orang dewasa di Amerika Syarikat mengalami masalah lebihan berat badan dan lebih kurang 30% mangalami masalah obesiti. Tambahan lagi, seorang daripada tujuh kanak-kanak dan remaja di sana mengalami lebihan berat badan. Objektif The Dietry Guidelines 2005 dan Healthy People 2010 adalah termasuk untuk mengurangkan jumlah obesiti dan lebihan berat badan dan Food and Drug Administration (FDA) telah mengambil langkah untuk berdepan dengan masalah dunia ini.

Di Malaysia sendiri, obesiti menjadi kebimbangan banyak pihak. Menurut Datuk Dr Chua Soi Lek, peningkatan sebanyak 20 peratus dalam tempoh tujuh tahun boleh menjejaskan kemajuan dan pembangunana negara. Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2002 hingga 2003 bagi orang dewasa 18 hingga 59 tahun, jumlah peningkatan ini, adalah hampir 20 peratus berbanding kajian yang dijalankan sebelumnya iaitu pada tahun 1996 sebanyak 20 peratus. Menurut beliau lagi, perkara ini amat membimbangkan. Justeru itu pelbagai program akan dijalankan untuk mengubah cara hidup dan corak pemakanan rakyat Malaysia.

Obesiti adalah gejala penyakit lebihan berat badan yang dialami oleh individu yang memiliki indeks jisim badan (BMI) 30 atau lebih (William, 2005). Obesiti juga dikenali sebagai kegemukan yang disebabkan berkumpulnya lemak yang berlebihan Obesiti adalah gejala penyakit lebihan berat badan yang dialami oleh individu yang memiliki indeks jisim badan (BMI) 30 atau lebih (William, 2005). Obesiti juga dikenali sebagai kegemukan yang disebabkan berkumpulnya lemak yang berlebihan

Berat (kg)

(Tinggi (cm))²

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada obesiti. Antaranya adalah pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat dan lemak. Pengambilan makanan ini secara berlebihan menyumbang pengumpulan lemak yang tidak baik untuk kesihatan. Masyarakat rata-rata mengatakan makanan yang diambil untuk memberi tenaga kepada mereka tetapi pengambilan yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan.

Faktor lain adalah peningkatan taraf hidup yang menyebabkan manusia semakin sibuk dan tidak mempunyai masa untuk bersenam, mengambil makanan segera sebagai makanan wajib, mengharapkan alatan teknologi untuk melakukan kerja dan sebagainya. Semua ini menyumbangkan kepada obesiti. Pengambilan makanan yang tidak seimbang juga mengundang kepada obesiti selain makanan yang mengandungi gula dan garam berlebihan. Faktor genetik juga menyumbang kepada obesiti dikebanyakan negara.

Obesiti menjadi sesuatu yang sangat membimbangkan kerana boleh menjadi punca beberapa penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, dan juga beberapa jenis kanser. Lebih membimbangkan kerana penyakit–penyakit ini boleh membawa maut. Peningkatan jumlah obesiti juga membawa kepada peningkatan penyakit-penyakit ini. Kualiti hidup yang tidak sihat akan menyebabkan masalah ini berterusan tanpa sebarang penyelesaian.

1.2 Penyataan masalah

Masalah obesiti dilaporkan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Peningkatan ini berlaku secara keseluruhannyan tidak kira usia. Tidak terkecuali golongan remaja, golongan yang sepatutnya memimpin negara suatu hari nanti. Masalah obesiti ini dilaporkan mencatat peningkatan yang tinggi dalam kalangan remaja seperti yang tertulis di dalam artikel yang bertajuk “Global Obesiti” yang ditulis oleh Thoms.J pada tahun 2000. Beliau menyatakan bahawa WHO ada melaporkan di Amerika Syarikat bilangan kanak-kanak obes lebih daripada jumlah orang dewasa di sana sejak 1960-an. Di Thailand iaitu salah satu negara membangun, masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak lima hingga 12 tahun meningkat dari 12% kepada 15% dalam masa dua tahun. Obesiti telah menjadi masalah yang telah merebak dan WHO menamakannya sebagai epidemik global.

Peningkatan yang berlaku terutama kepada remaja yang masih bersekolah boleh mengundang pelbagai masalah yang lebih besar seperti penyakit kronik. Penyakit yang mungkin dihadapi oleh remaja adalah seperti darah tinggi, masalah jantung, diabetes dan juga kanser. Bukan itu sahaja penyakit lain pun mungkin boleh berlaku seperti strok, masalah sistem pernafasan, berdengkur ketika tidur dan beberapa gangguan ketika tidur dan sebagainya. Selain itu, obesiti juga merendahkan keyakinan pelajar dan ini menyebabkan pelajar menjadi tidak aktif di sekolah dan sering mempunyai masalah komunikasi. Ini semua adalah seperti yang telah dinyatakan di dalam buku “Nutrition Through the Life Cycle” (2000) hasil tulisan Brown. Semua kesan daripada obesiti ini juga boleh mengundang kepada maut jika tidak dikawal dengan segera.

Terdapat banyak faktor yang memungkinkan kepada obesiti seperti faktor keturunan atau genetik, yang mana pelajar mewarisinya daripada keluarga. Faktor lain adalah amalan pemakanan seperti pengambilan makanan yang tidak seimbang dan berlemak. Pengumpulan lemak ini akan menyebabkan obesiti. Ditambah pula dengan kurangnya bersenam ataupun melakukan aktiviti fizikal yang boleh membakar lemak. Selain itu, tidak gemar bersukan atau melakukan aktiviti luar disogok pula dengan peralatan teknologi yang menggalakkan aktiviti santai tanpa melakukan sebarang aktiviti. Ini penting untuk memastikan lemak yang terkumpul di dalam badan dan tidak digunakan dapat dikeluarkan untuk memastikan hidup sentiasa sihat. Ini turut dinyatakan oleh Brown di dalam buku “Nutrition Through the Life Cycle” (2000). Interaksi antara genetik dan faktor persekitaran adalah punca utama yang menyebabkan peningkatan drastik di dalam lebihan berat badan. Selain itu, kekurangan aktiviti fizikal dan pengambilan diet yang tinggi jumlah kalori dan lemak adalah faktor tambahan dikalangan pelajar. Faktor persekitaran seperti ini meninggikan lagi risiko peningkatan lebihan berat badan sekiranya remaja tersebut merupakan remaja yang mengalami masalah obesiti yang diwarisi secara genetik.

Faktor lain adalah keadaan kemajuan yang negara hadapi di mana pelajar sekarang tidak perlu melakukan banyak perkara untuk menyelesaikan tugas. Kebanyakkan kerja sudah dilakukan oleh mesin berteknologi tinggi yang dicipta manusia dengan tujuan untuk memudahkan manusia, namun memberi kesan negatif terutama kepada masalah obesiti. Teknologi yang semakin maju menampilkan alat komunikasi yang canggih seperti televisyen, komputer, permainan video dan sebagainya. Penciptaan ini boleh membuatkan ramai orang terutamanya pelajar untuk menambah berat badan dengan hanya duduk menghabiskan masa hampir berjam-jam tanpa melakukan apa-apa aktiviti. Menurut Sizer di dalam buku “Nutrition Concepts and Controversies” (2006) bagi masyarakat sekarang menonton televisyen, permainan

Pengaruh lain yang juga disebabkan televisyen juga adalah seperti pengaruh iklan yang ditayangkan di televisyen. Iklan makanan yang ditunjukkan menarik minat pelajar untuk mencuba dan menikmatinya. Pengaruh iklan ini sangat kuat seperti yang tertulis dalam buku “Life span nutrition conception through life” tulisan Rolfes, (1998) di mana menyatakan bahawa menonton televisyen berhubungkait antara makanan snek, makanan tinggi kalori yang sering diiklankan dan mempengaruhi pembelian makanan keluarga. Bukan itu sahaja, ketika menonton, makanan yang mengandungi garam dan gula berlebihan menjadi menu utama. Ini akan menyebabkan masalah obesiti semakin serius.

Peranan ibu bapa juga penting kerana pemakanan yang sihat bermula di rumah. Pengambilan makanan yang tidak sihat oleh pelajar dan tanpa kawalan daripada ibu bapa turut menyumbang kepada obesiti. Ibu bapa juga perlulah mendidik anak-anak tentang pemakanan sihat dan seimbang. Peranan ibu bapa tidak berhenti di situ, ibu bapa perlu melatih dan mengawal pemakanan anak-anak agar mereka tahu apa yang mereka makan dan kesan yang akan mereka hadapi dalam kesihatan. Pandangan daripada orang di sekeliling juga menjadi faktor, di mana ada keluarga yang tidak kisah dengan masalah obesiti yang dialami dan ini boleh menyebabkan masalah obesiti terus meningkat kerana mereka ini gagal untuk melaksanakan gaya hidup yang sihat.

Semua faktor-faktor ini perlu dititikberatkan. Penemuan faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar, amat diperlukan supaya langkah yang sepatutnya diambil. Pihak sekolah bolehlah sentiasa memastikan makanan yang disediakan di sekolah adalah makanan yang bersesuaian dengan diet pelajar. Guru juga penting dalam menyampaikan maklumat tentang tabiat pemakanan yang betul, pengambilan diet Semua faktor-faktor ini perlu dititikberatkan. Penemuan faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar, amat diperlukan supaya langkah yang sepatutnya diambil. Pihak sekolah bolehlah sentiasa memastikan makanan yang disediakan di sekolah adalah makanan yang bersesuaian dengan diet pelajar. Guru juga penting dalam menyampaikan maklumat tentang tabiat pemakanan yang betul, pengambilan diet

Penemuan faktor utama ini akan memudahkan usaha mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan obesiti. Pengurangan obesiti akan meningkatkan kualiti hidup pelajar dan seterusnya masyarakat.

1.3 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar.

1.4 Soalan kajian

Daripada objektif yang dinyatakan, persoalan kajian bagi kajian ini adalah apakah faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah di luar bandar.

1.5 Signifikasi kajian

Signifikan kajian ini adalah untuk mengatasi masalah kesihatan yang lebih teruk dalam kalangan pelajar sekolah yang mungkin disebabkan oleh obesiti. Selain

Selain itu, kesedaran boleh ditingkatkan kepada pelajar, ibu bapa, guru dan pihak sekolah agar langkah-langkah yang sepatutnya diambil untuk mengelakkan berlakunya obesiti. Faktor yang menyumbang ke arah obesiti perlu dikenalpasti agar langkah-langkah yang sewajarnya dapat diambil dan tindakan segera perlu dilakukan agar masalah ini dapat dikawal.

Masyarakat juga perlu disedarkan dengan situasi ini. Kajian ini diharap dapat menyedarkan masyarakat supaya sentiasa menjaga kesihatan dan meningkatkan kualiti hidup untuk terus sihat.

1.6 Batasan kajian.

Secara keseluruhannya kajian ini terbatas kepada pelajar sekolah menengah luar bandar seramai 40 orang. Responden bagi kajian ini adalah dipilih secara rawak berkelompok di mana responden adalah pelajar obesiti di sebuah sekolah di sebuah daerah di Pahang.

1.7 Definisi operasional

1.7.1 Faktor Menurut Kamus Dewan edisi kempat, faktor memberi maksud unsur atau sebab yang menyumbangkan kepada sesuatu hasil. Faktor yang dimaksudkan di dalam kajian ini adalah sebab kepada berlakunya obesiti.

1.7.2 Obesiti Menurut Dictionary of Biology, obesiti adalah lebihan berat badan. Obesiti adalah hasil daripada lebihan simpanan tenaga untuk satu jangka masa yang lama yang menyebabkan peningkatan jisam badan. Menurut satu lagi sumber iaitu buku World of Health obesiti adalah berat yang melebihi 20 peratus daripada berat ideal seseorang.

1.7.3 Pelajar Pelajar bermaksud orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya) merujuk kepada Kamus Dewan. Pelajar di dalam kajian ini lebih tertumpu kepada pelajar sekolah menengah harian biasa.

1.7.4 Luar Bandar Berdasarkan Kamus Dewan luar bandar bermaksud sebuah daerah yang jauh dari bandar, kampung atau desa. Di dalam kajian ini, kawasan luar bandar yang dipilih adalah kawasan yang jauh dari bandar besar di sebuah daerah di Pahang.

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

Pelbagai kajian telah dilakukan tentang obesiti. Dalam kajian Larsen pada tahun 2001 yang bertajuk Obesity-Related Knowledge, Attitudes and Behaviors in Obese and Non-obese Urban Philadelphia Female Adolescents, beliau mendapati bahawa aktiviti fizikal, tidak aktif dan juga pandangan tentang fizikal badan yang menarik adalah faktor penting dalam penyumbang kepada obesiti. Kajian yang dijalankan ini berobjektif untuk mengukur hubungkait antara faktor pengetahuan, sikap dan kelakuan dengan obesiti dan untuk menentukan bagaimana faktor-faktor ini mempengaruhi status obesiti di kalangan remaja wanita. Kajian ini menggunakan sampel remaja perempuan African American berusia lingkungan 11 hingga 15 tahun yang mengalami masalah obesiti dan tidak. Semua remaja ini dibandingkan ukuran dari segi aktiviti fizikal, tidak aktif, amalan diet, amalan pemakanan, pengetahuan tentang amalan kesihatan, pandangan mengenai keadaan fizikal badan dan juga Pelbagai kajian telah dilakukan tentang obesiti. Dalam kajian Larsen pada tahun 2001 yang bertajuk Obesity-Related Knowledge, Attitudes and Behaviors in Obese and Non-obese Urban Philadelphia Female Adolescents, beliau mendapati bahawa aktiviti fizikal, tidak aktif dan juga pandangan tentang fizikal badan yang menarik adalah faktor penting dalam penyumbang kepada obesiti. Kajian yang dijalankan ini berobjektif untuk mengukur hubungkait antara faktor pengetahuan, sikap dan kelakuan dengan obesiti dan untuk menentukan bagaimana faktor-faktor ini mempengaruhi status obesiti di kalangan remaja wanita. Kajian ini menggunakan sampel remaja perempuan African American berusia lingkungan 11 hingga 15 tahun yang mengalami masalah obesiti dan tidak. Semua remaja ini dibandingkan ukuran dari segi aktiviti fizikal, tidak aktif, amalan diet, amalan pemakanan, pengetahuan tentang amalan kesihatan, pandangan mengenai keadaan fizikal badan dan juga

Kajian seterusnya adalah kajian yang bertajuk Overweight and Physical Inactivity among Rural Children Aged 10-17 : A national and state potrait. Kajian ini telah dijalankan oleh Jihang Liu, et al May 2003. Dalam kajian ini ada menyatakan bahawa kajian terbaru mendapati bahawa kanak-kanak obesiti meningkat pada masyarakat pendalaman. Kajian ini sebenarnya mengkaji lebihan berat badan dan juga obesiti pada kanak-kanak bandar dan luar bandar, berdasarkan data yang diperolehi hasil pemerhatian yang terbaru dari 2003 National Survey of Children’s Health (NSCH). Kajian ini menggunakan carta 2000 CDC BMI sebagai rujukan. Kanak-kanak yang mempunyai lebih atau 95% lebih daripada BMI biasa dikelaskan sebagai obes dan bagi BMI pada atau 85% dikelaskan sebagai lebihan berat badan ataupun obes. Hasil daripada kajian ini, 30.6% kanak berumur 10-17 tahun adalah lebih berat badan, 14.8% adalah obes. Kanak-kanak yang tinggal di pedalaman mengalami obes (16.5%) lebih daripada kanak-kanak bandar (14.4%). Manakala kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman tetapi hampir dengan bandar 16.7% lebih obes daripada kanak-kanak yang tinggal pada kawasan yang betul-betul pedalaman 14.3%. Kanak-kanak di pedalaman (25.4%) gagal untuk menyenaraikan aktiviti fizikal yang sering dilakukan berbanding kanak-kanak di bandar (29.3%). Selain itu, lebih kurang separuh daripada kanak-kanak iaitu 48.0% pedalaman dan 47% bandar menghabiskan sekurang-kurangnya 2 jam sehari bersama dengan alatan hiburan elektronik seperti komputer dan televisyen.

Hasil daripada penemuan ini, turut dapat melihat tahap kelainan yang wujud Hasil daripada penemuan ini, turut dapat melihat tahap kelainan yang wujud

Selain itu, artikel Global Obesity yang ditulis oleh Thoms.J, dalam Faces pada Mar 2007, turut menyatakan tentang statistik yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO), bahawa dua daripada tiga orang individu lebihan berat badan atau obesiti tinggal di negara yang membangun yang mana Malaysia adalah salah satu daripadanya. Bukan itu sahaja artikel ini juga menyatakan bahawa WHO melaporkan bahawa di Amerika Syarikat, angka kanak-kanak obesiti meningkat dua kali ganda sejak 1960an. Artikel ini juga menceritakan sedikit apakah punca berlakunya obesiti di samping menyarankan beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan dan perlu diambil untuk mengelakkan obesiti.

Artikel seterusnya yang bertajuk Two Teen Health Danger : Obesity and Drug Addiction pada tahun 2005. Artikel ini ada menyatakan tentang peratusan golongan muda antara 12 hingga 19 tahun yang mengalami lebihan berat badan. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh Central for Diseases Control and Prevent. Di dalam kajian ini juga menceritakan sedikit tentang kajian yang pernah dilakukan iaitu makanan boleh merangsang penghasilan dopamine (sejenis bahan kimia dalam otak yang boleh merangsang rasa selesa) dalam otak. Lebih banyak dopamine diperlukan untuk menghasilkan rasa selesa. Jadi bagi individu yang mengalami obesiti mereka akan makan dalam kuantiti yang banyak untuk mendapatkan rasa selesa kerana mereka ini kekurangan pemerima dopamine yang merangsang rasa selesa.

Artikel bertajuk Obesity in Children and Teens yang disiarkan pada Januari 2001, menyatakan bahawa antara 16–33% kanak-kanak dan remaja adalah obes. Obesiti adalah antara keadaan kesihatan yang senang untuk dikenalpasti tetapi susah untuk dirawat. Pertambahan berat badan bergantung kepada diet yang tidak sesuai dan kurang melakukan senaman menyebabkan lebih 300,000 kematian setiap tahun. Artikel ini juga ada menyarankan cadangan untuk mengurangkan masalah ini bagi remaja antaranya adalah ibu bapa perlu meningkatkan tahap keyakinan pada anak dengan memberi sokongan dan kata-kata positif selain daripada hanya fokus kepada bagaimana untuk mengurangkan berat badan. Kanak-kanak dan remaja obes sering mengalami masalah emosi. Sebagai ibu bapa, mereka perlu memberi alasan terbaik kepada anak-anak untuk mengurangkan berat badan. Selain itu, ibu bapa perlu mangamalkan pengurusan diet yang baik dan aktiviti fizikal yang dapat membantu kanak-kanak dan remaja obes ini. Ibu bapa juga perlu membimbing mereka ini dalam perubahan sikap kepada yang lebih positif dan menggalakkan penglibatan ahli keluarga yang lain dalam membantu mereka yang bermasalah obesiti.

Artikel Chilhood Obesity yang ditulis oleh Mayo Clinic Staff dan disiarkan pada 31 Mac 2006 menceritakan mengenai punca obesiti iaitu genetik dan juga hormon. Selain itu, pertambahan berat badan juga disebabkan oleh pengambilan makanan yang berlebihan oleh kanak-kanak dan kurang bersenam. Faktor lain yang disenaraikan adalah faktor diet iaitu makanan yang mempunyai nilai kalori yang tinggi seperti makanan segera, faktor kurang melakukan aktiviti seperti tidak melakukan aktviti yang membakar kalori sebaliknya melakukan aktiviti yang tidak aktif seperti menonton televisyen, faktor genetik dan faktor keluarga dan masyarakat atau persekitaran. Terdapat ibu bapa yang menyediakan makanan yang tidak sihat di dalam rumah yang menjadi makanan tambahan wajib bagi keluarga.

Artikel ini juga ada menyebut beberapa penyakit yang disebabkan oleh obesiti antaranya adalah diabetes type 2, tekanan darah tinggi, masalah metabolisma dan juga penyakit jantung. Diabetes type 2 adalah kegagalan metabolisma badan yang disebabkan kekurangan insulin. Ada juga disebut mengenai masalah sosial dan juga emosi kanak-kanak atau remaja yang mengalami obes. Kanak-kanak atau remaja ini mempunyai kurang keyakinan pada diri sendiri dan sering dibuli. Mereka juga mengalami masalah dalam sikap atau kelakuan dan juga dalam pembelajaran seperti kurang kemahiran sosial. Kemurungan juga masalah yang sering dihadapai. Mereka lebih suka memencilkan diri, merasakan diri tidak berguna, hilang minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan sering bersedih. Beberapa cadangan untuk mengelakkan obes turut dinyatakan seperti mengamalkan makan makanan yang sihat dan banyak melakukan aktiviti fizikal.

Carol Torgan turut menulis artikel berkaitan obesiti. Artikel beliau yang bertajuk Chilhood Obesity on The Rise yang diterbitkan pada Jun 2002 menceritakan tentang kanak-kanak obesiti. Jika dilihat pada zaman sekarang, kurang kanak-kanak yang bermain di luar rumah tetapi lebih ramai yang menghabiskan masa di hadapan televisyen, komputer, dan permainan video. Kurangnya aktiviti fizikal menyebabkan bertambahnya berat badan. Masalah obesiti sudah menjadi epidemik di Amerika. Bilangan kanak-kanak lebih berat badan meningkat dan ini menyebabkan penyakit. Kanak-kanak yang mengalami masalah lebihan berat badan mempunyai 70% peluang membesar sebagai dewasa yang lebih berat badan. Selain itu, keyakinan diri akan berkurang. Hampir separuh kanak-kanak yang berumur 8-16 tahun akan menghabiskan masa 3-5 jam untuk menonton televisyen.

Artikel dari MedlinePlus yang disiarkan dalam Health Day, yang bertajuk

mengalami masalah lebih berat badan. Berdasarkan United State Surgeon General’s office seramai 70% remaja mengalami masalah berat badan akan membesar sebagai dewasa yang mengalami masalah yang sama ataupun obesiti. Artikel ini juga ada menceritakan bahawa terdapat banyak sekolah yang menawarkan makanan dan minuman ringan dan ada juga sesetengah sekolah yang mempunyai kontrak dengan pengeluar makanan dan minuman ringan. Sekolah juga semakin kurang menawarkan aktiviti fizikal kepada pelajar. Iklan televisyen kini banyak memaparkan tentang makanan dan minuman yang dari jenis tinggi kandungan gula. Artikel ini juga ada menyebut bahawa sifat manusia yang makan apa sahaja yang senang diperolehi tanpa perlu usaha yang banyak, jadi sekiranya tiada atau kekurangan makanan yang yang sihat atau segar, manusia cenderung mengambil makanan segera. Antara cadangan yang diberikan kepada ibu bapa yang anaknya suka menonton televisyen adalah mendedahkan mereka kepada video menari yang boleh diamalkan bagi mengurangkan masalah pertambahan berat badan.

Artikel terakhir adalah artikel Electronic Game Use is Associated with Childhood Obesity yang ditullis oleh Signer dan Suter dan disiarkan pada 30 Jun 2004 dalam jurnal Obesity Research. Artikel ini menceritakan tentang kajian yang telah dilakukan tentang obesiti mempunyai kaitan dengan menonton televisyen, ibu bapa yang merokok dan ibu yang bekerja di luar rumah. Kajian tersebut membuktikan bahawa terdapat hubungkait antara masa yang diluangkan bermain permainan video dan obesiti. Kajian terbabit telah menguji 872 pelajar dari 10 buah sekolah. Soalan soal selidik telah diedarkan. Soalan tersebut mengandungi umur, jantina, kewarganegaraan, adik-beradik, status merokok ibu bapa, rancangan televisyen yang sering ditonton, jumlah kekerapan bermain video game, pengambilan sarapan dan amalan menonton televisyen sambil makan. Hasil daripada kajian, didapati kanak- kanak bukan warganegara mengalami obesiti lebih daripada kanak-kanak

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Rekabentuk kajian

Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian tinjauan dan data yang diperolehi adalah dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif. Bagi mendapatkan data, borang soal selidik diedarkan kepada responden kajian.

3.2 Sampel kajian

Sampel kajian yang digunakan adalah 40 orang pelajar obesiti di sekolah menengah luar bandar di Pahang yang dipilih secara rawak berkelompok. Penyelidik memilih Sampel kajian yang digunakan adalah 40 orang pelajar obesiti di sekolah menengah luar bandar di Pahang yang dipilih secara rawak berkelompok. Penyelidik memilih

3.3 Instrumen kajian

Kajian penyelidikan ini berbentuk tinjauan, di mana instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik. Borang ini mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan

B.

Bahagian A : soal selidik tentang latar belakang responden yang meliputi jantina, umur, berat, tinggi dan indeks jisim badan. Bahagian B : soal selidik tentang faktor yang menyebabkan obesiti. Di bahagian ini responden diminta menjawab semua soalan dan daripada data yang diterima faktor utama obesiti dapat dikenalpasti.

Sebelum kajian diteruskan, instrumen yang dibina diuji terlebih dahulu menggunakan kaedah uji dan uji semula dengan menggunakan sampel pelajar obesiti bukan dari kalangan sampel yang akan diuji seramai 30 orang. Ujian ini adalah bertujuan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen. Daripada hasil ujian ini, nilai alpha Cronbach ditentukan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Sekiranya nilai alpha Cronbach kurang daripada 0.7, instrumen akan dibina semula dan sekiranya nilainya adalah lebih 0.7, kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi dan pengumpulan data boleh diteruskan. Setelah kajian rintis dibuat, nilai alpha Cronbach yang diperolehi adalah 0.815. Bagi menguji kesahan instrumen, penyelidik

Instrumen dibina

Instrumen diuji

Data dikumpul

Data dianalisis

Keputusan

Rajah 1: Carta metodologi kajian

3.4 Analisis data

Data untuk kajian ini dikumpul secara kualitatif dan data yang diperolehi dianalisis secara diskriptif. Berdasarkan soalan kaji selidik yang diedarkan, responden diminta menjawab soal selidik yang terdiri daripada soalan ya dan tidak dan soalan subjektif di mana responden di minta mengisi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

Soalan soal selidik ini kemudian dikumpul semula. Bagi soalan ya atau tidak, skor kosong diberi kepada pelajar yang menjawab tidak bagi soalan yang tidak menjurus kepada faktor obesiti manakala bagi jawapan ya diberi skor satu. Skor ini kemudian dijumlahkan. Peratusan ya dan tidak dikira. Min, median dan mod juga dikira. Bagi soalan subjektif, jawapan yang diberikan oleh responden akan dikategorikan mengikut kategori yang sesuai yang akan disesuaikan oleh penyelidik. Peratusan bagi setiap jawapan akan dikira.

Skor yang dikira kemudian akan dibandingkan antara setiap faktor untuk melihat yang manakah memberi min yang tertinggi. Jumlah min yang tertinggi ini akan memperlihatkan faktor manakah merupakan faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah di luar bandar. Setiap skor ataupun peratusan yang telah dikira akan dipersembahkan dalam bentuk carta atau graf.

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini beberapa langkah telah dijalankan. Antaranya adalah mengumpul semua data yang diperolehi dan penganalisaan dijalankan. Maklumat yang diperolehi daripada soal selidik ini dianalisis secara berperingkat-peringkat. Nilai min, mod dan median bagi setiap data dianalisis. Jadual dan carta disertakan bagi memudahkn pemahaman. Persoalan kajian terjawab di dalam bab ini. Daripada analisis yang dijalankan faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar luar bandar dikenalpasti. Setiap data dari semua faktor yang telah dikategorikan sebagai I,II, III, IV dan V dikumpul begitu juga bagi soalan subjektif di mana responden diminta menyenaraikan jawapan berdasarkan soalan dan jawapan responden dikumpulkan dalam bentuk jadual.

4.2 Profile responden

Sebanyak 40 borang soal selidik telah diedarkan kepada 40 orang responden yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bera Bandar 32, Pahang. Responden yang dipilih adalah pelajar-pelajar yang mengalami masalah obesiti. Kesemua responden telah menjawab dan mengembalikan semula soal selidik yang diedarkan dan pemulangan semula soal selidik adalah 100%.

4.3 Taburan jantina responden

Seramai 40 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang terdiri daripada 22 orang perempuan dengan peratusan sebanyak 55% dan lelaki seramai 18 orang dengan 45%.

4.4 Faktor keturunan

Hasil daripada analisis data bagi faktor keturunan didapati min bagi faktor keturunan adalah 1.2, mod adalah 0 dan median adalah 1.

Jadual 4.1 adalah jadual yang menunjukkan kaitan responden dengan saudara yang jauh yang bukan terdiri daripada keluarga utama. Jadual ini dibina berdasarkan item 6 bagi kategori I iaitu keturunan (rujuk soal selidik). Hasil daripada analisis, seramai 15 orang memberi jawapan bahawa mereka mempunyai sepupu yang turut mengalami masalah obesiti. Sembilan daripada mereka turut menyatakan bahawa bapa saudara Jadual 4.1 adalah jadual yang menunjukkan kaitan responden dengan saudara yang jauh yang bukan terdiri daripada keluarga utama. Jadual ini dibina berdasarkan item 6 bagi kategori I iaitu keturunan (rujuk soal selidik). Hasil daripada analisis, seramai 15 orang memberi jawapan bahawa mereka mempunyai sepupu yang turut mengalami masalah obesiti. Sembilan daripada mereka turut menyatakan bahawa bapa saudara

Jadual 4.1

Hubungan responden dengan saudara yang mengalami masalah obesiti.

Hubungan Jumlah Peratus

Sepupu

15 44.1 Bapa saudara

9 26.5 Ibu saudara

6 17.6 Nenek

3 8.8 Anak saudara

4.5 Faktor amalan pemakanan

Hasil daripada analisis bagi faktor amalan pemakanan yang diamalkan oleh pelajar sekolah menengah luar bandar yang mengalami masalah obesiti, didapati nilai min adalah 1.625, mod adalah 1 manakala median adalah 1.5.

Daripada jadual 4.2 iaitu jadual kadar pengambilan makanan segera yang diambil oleh responden dalam masa seminggu. Kadar paling tinggi ialah pada kekerapan sekali hingga dua kali dalam seminggu. Kekerapan ini memberi jumlah sebanyak 23 dan 57.5%. Diikuti pula dengan kekerapan tiga hingga empat kali seminggu iaitu Daripada jadual 4.2 iaitu jadual kadar pengambilan makanan segera yang diambil oleh responden dalam masa seminggu. Kadar paling tinggi ialah pada kekerapan sekali hingga dua kali dalam seminggu. Kekerapan ini memberi jumlah sebanyak 23 dan 57.5%. Diikuti pula dengan kekerapan tiga hingga empat kali seminggu iaitu

5 dalam kategori II (rujuk soal selidik).

Jadual 4.2 Kadar pengambilan makan segera oleh responden

Kekerapan Jumlah Peratus

Sekali – 2 kali

3 kali – 4 kali

2 5 Kadang – kadang

5 kali – 6 kali

Jadual 4.3 adalah jadual makanan/minuman yang sering diambil oleh responden ketika masa lapang. Jadual ini dibina berdasarkan kepada item 6 dalam kategori II (rujuk soal selidik). Daripada jadual dapat dilihat bahawa makanan yang sering diambil ketika masa lapang adalah makanan berkarbohirat dengan nilai 29 dan 28.4%. Jenis makanan/minuman yang kedua tertinggi adalah minuman bergula iaitu sebanyak 25.5% dan diikuti oleh pengambilan makanan ringan sebanyak 24.5%. Terdapat juga responden yang mengambil makanan berlemak dengan jumlah 2.9%. Jenis-jenis makanan yang sering diambil ketika masa lapang turut disenaraikan di dalam jadual. Makanan ini telah dikelaskan oleh penyelidik dan dijumlahkan berdasarkan apa yang telah dijawab oleh responden. Merujuk kepada jadual ini, dapat dilihat bahawa terdapat pelbagai jenis makanan dari pelbagai kategori yang menjadi makanan kegemaran responden.

Jadual 4.3

Jenis makanan/minuman yang sering diambil ketika masa lapang.

Jenis Jumlah Peratus makanan/minuman

Berkarbohidrat

29 28.4 - nasi - roti - mee goreng - biskut

Makanan ringan

25 24.5 - keropok berperisa - gula-gula

Makanan berlemak

3 2.9 - burger - roti canai

Makanan manis

5 4.9 - kuih Minuman tanpa gula

7 6.9 - air suam Minuman bergula

26 25.5 - minuman bergas - minuman panas

Lain-lain

7 6.9 - kerepek - ais krim

4.6 Faktor aktiviti fizikal

Analisis bagi faktor aktiviti fizikal yang dilakukan oleh responden memberikan nilai min sebanyak 2.025. Nilai bagi mod adalah 2 begitu juga dengan nilai median.

(rujuk soal selidik), yang memerlukan responden memberi sekurang-kurangnya satu aktiviti hingga tiga aktiviti yang sering dilakukan. Hasil daripada analisis soal selidik, penyelidik telah mencirikan aktiviti ini kepada dua seperti yang tercatat dalam jadual. Aktiviti yang sering dilakukan oleh responden adalah aktiviti ‘outdoor’ dengan jumlah sebanyak 62 dan 77.5% manakala aktiviti ‘indoor’ berjumlah 18 dengan 22.5%. Aktiviti yang sering dilakukan oleh responden telah disenaraikan oleh penyelidik di dalam jadual.

Jadual 4.4

Aktiviti fizikal yang sering dilakukan oleh responden

Aktiviti fizikal

- melompat - senaman ringan - aerobik - skipping

Outdoor

- jogging - bola sepak - takraw - badminton - berjalan - bola jaring - bola tampar - berbasikal - hoki

4.7 Faktor pengaruh persekitaran

Faktor pengaruh persekitaran yang dialami oleh responden dalam amalan pemakanan dan pandangan tentang obesiti mempunyai min 1.55 dan nilai mod adalah 1. Begitu juga dengan nilai median iaitu 1.

Jadual 4.5 adalah jadual kekerapan responden membeli makanan ringan dalam masa seminggu sama ada di dalam atau di luar sekolah. Jadual ini dibina selepas menganalisis item 6 bagi kategori IV iaitu pengaruh persekitaran (rujuk soal selidik). Item meminta responden menulis apakah kekerapan mereka membeli makanan ringan di sekolah sama ada dalam ataupun luar sekolah. Hasil daripada analisis, didapati seramai 26 responden membeli makanan ringan sekali hingga tiga kali seminggu. Nilai ini memberi peratusan sebanyak 65%. 10 responden memilih untuk membeli makanan ringan empat kali hingga enam kali seminggu dengan jumlah sebanyak 25%. Sementara yang lain-lain iaitu lebih daripada enam kali dan kadang-kadang adalah seramai dua responden (5%) dan seorang responden (2.5%) masing-masing.

Jadual 4.5

Kekerapan membeli makanan ringan dalam seminggu di dalam atau luar sekolah

Kekerapan Jumlah Peratus

Sekali – 3 kali

4 kali – 6 kali

7 kali – 9 kali

10 kali – 12 kali

Kadang- kadang

4.8 Faktor pengaruh televisyen

Nilai min bagi pengaruh televisyen adalah 2.150. Nilai mod adalah 2 dan nilai median adalah 1. Nilai min yang dicatatkan merupakan nilai min tertinggi di antara kesemua faktor yang disenaraikan. Ini menunjukkan bahawa pengaruh televisyen adalah faktor paling tinggi dalam menyumbang kepada masalah obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar.

Jadual 4.6 adalah jadual mengenai jenis makanan yang sering diambil oleh responden ketika menonton televisyen. Berdasarkan jadual, makanan yang sering diambil ketika menonton televisyen adalah minuman bergula seperti minuman bergas dan minuman panas dengan jumlah sebanyak 20 dan 25%. Makanan ringan seperti keropok berperisa mencatat jumlah sebanyak 19 dan 23.75% merupakan pilihan kedua tertinggi. Terdapat juga responden yang memilih untuk mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat. Makanan ini memberi jumlah sebanyak 16 dengan 20%. Bagi makanan bergula dan minuman tanpa gula, masing-masing memberi peratusan sebanyak 12.5%. Semua jenis makanan yang disenaraikan oleh responden telah dimasukkan ke dalam jadual.

Jadual 4.6

Jenis makanan yang sering diambil ketika menonton televisyen

Jumlah Peratus makanan/minuman

- nasi - roti - me goreng

Makanan bergula

Makanan ringan

- keropok berperisa - kuaci

Minuman bergula

Minuman tanpa gula

- air suam Lain-lain

- kacang - nugget

4.9 Faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar

Kelima-lima faktor yang telah dipilih sebagai antara faktor utama masalah obesiti yang dialami oleh pelajar sekolah menengah luar bandar dianalisis. Berdasarkan jadual 4.7, faktor-faktor tersebut adalah faktor keturunan, faktor amalan pemakanan, faktor aktiviti fizikal, faktor pengaruh persekitaran dan faktor pengaruh televisyen. Hasil daripada analisis dapat dilihat bahawa faktor yang mencatat min paling tinggi adalah faktor pengaruh televisyen iaitu sebanyak 2.150. Kemudian diikuti oleh faktor aktiviti fizikal dengan nilai min 2.025 dan amalan pemakanan, min 1.625. bagi faktor pengaruh persekitaran, nilai min adalah 1.550 manakala faktor terakhir iaitu keturunan mempunyai nilai min 1.2.

Jadual 4.7

Jadual antara faktor-faktor obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar.

Bil Faktor Min

1 Keturunan

2 Amalan pemakanan 1.625

3 Aktiviti fizikal 2.025

4 Pengaruh persekitaran 1.550

5 Pengaruh televisyen

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Perbincangan

Di dalam kajian yang dijalankan ini, objektif yang ingin dicapai adalah untuk mengenalpasti apakah faktor utama masalah obesiti yang sering dialami oleh pelajar sekolah menengah luar bandar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui apakah penyebab utama masalah obesiti yang membelenggu negara kini. Bukan itu sahaja, masalah ini juga turut menjadi kebimbangan dunia. Dalam kajian ini, penyelidik berminat untuk mengkaji faktor-faktor ini dan mungkin hasil daripada kajian ini dapat membantu pihak kerajaan, pihak ibu bapa, masyarakat, sekolah dan individu bagaimana untuk mengurangkan masalah peningkatan kadar individu obesiti di negara kita. Selain itu, kajian ini diharap dapat membantu mengurangkan masalah- masalah lain yang berpunca daripada masalah obesiti seperti sakit jantung, diabetes dan sebagainya.

Bagi melengkapkan kajian ini, penyelidik telah membina soal selidik yang mengandungi 30 soalan yang boleh membuktikan apakah faktor yang utama masalah obesiti ini. Soalan ini sudah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya. Soal selidik ini kemudian diedarkan kepada individu yang mengalami masalah obesiti. Penyelidik telah memilih responden dari sebuah sekolah luar bandar di Pahang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bera Bandar 32. Seramai 40 orang responden diperlukan. Semua soalan yang dibina diperlukan untuk menjawab persoalan kajian penyelidik bagi mengetahui apakah faktor utama obesiti. Kemudian analisis data dilakukan dan min bagi semua faktor dibandingkan.

Hasil daripada dapatan kajian dan analisis data, didapati bahawa pengaruh televisyen adalah faktor utama masalah obesiti yang dialami oleh pelajar luar bandar ini. Nilai min bagi faktor pengaruh televisyen mencatat nilai paling tinggi iaitu 2.150. Nilai ini tidak banyak perbezaan dengan faktor yang kedua iaitu faktor aktiviti fizikal. Pengaruh televisyen menjadi faktor utama adalah kerana ketika menonton televisyen masa yang lama diambil bagi setiap individu. Penggunaan masa yang lama ini menyebabkan individu memilih untuk melakukan aktiviti seperti makan dan menyiapkan kerja di hadapan televisyen. Ini disokong oleh artikel “Electronic Game Use is Associated with Childhood Obesity” yang ditullis oleh Signer dan Suter dan disiarkan pada 30 Jun 2004 dalam jurnal Obesity Research. Artikel ini ada menyatakan bahawa terdapat hubungkait antara masa yang diluangkan menonton televisyen atau bermain permainan video dengan obesiti. Ini juga turut disokong oleh artikel “Chilhood Obesity on The Rise” yang diterbitkan pada Jun 2002 hasil tulisan Carol Torgan yang menyatakan bahawa hampir separuh kanak-kanak lingkungan 8-

16 tahun menghabiskan masa 3-5 jam setiap hari untuk menonton televisyen 16 tahun menghabiskan masa 3-5 jam setiap hari untuk menonton televisyen

ringan ataupun bergas. Turut menyokong adalah artikel “Obesity in Children Causes” yang disiarkan pada 21 Oktober 2005 yang menyatakan bahawa kanak-kanak telah menukar tabiat makan mereka daripada makanan berkhasiat kepada makanan segera, makanan snek yang diproses dan minuman yang tinggi dengan kandungan gula. Pengambilan makanan ini sering diambil ketika berada di hadapan televisyen.

Ini diperkukuhkan lagi apabila individu kurang bersenam dan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat, seperti yang dinyatakan dalam kajian Larsen pada tahun 2001 yang bertajuk “Obesity-Related Knowledge, Attitudes and Behaviors in Obese and Non-obese Urban Philadelphia Female Adolescents”. Selain daripada itu juga, responden juga ada yang memilih untuk makan makanan berat sepeti nasi di hadapan televisyen. Pengambilan makanan seperti ini akan turut menyumbang kepada obesiti. Ini kerana individu akan makan tanpa sedar had yang diambil sudah melebihi sepatutnya dan juga kerana ingin mengikuti rancangan kegemaran, jadi makanan yang dimakan akan berlebihan.

Selain itu, ketika menonton televisyen, individu ini kurang melakukan gerakan. Ini menyebabkan pengumpulan lemak yang berlebihan pada badan. Ini turut disokong oleh “Chilhood Obesity on The Rise” yang diterbitkan pada Jun 2002 yang

berada di hadapan televisyen, komputer dan permainan video. Rata-rata yang menghabiskan menonton televisyen, mereka hanya berbaring dan benar-benar berehat tanpa melakukan sebarang aktiviti. Sekiranya perkara ini berlanjutan hampir berjam- jam, tidak mustahil mereka ini akan menghadapi masalah pertambahan berat badan hingga mengundang obesiti. Tabiat suka menonton televisyen ini mungkin dirasakan cara paling mudah untuk mendapatkan maklumat, jadi memilih untuk berada di depan televisyen untuk satu jangka masa yang lama adalah cara terbaik. Apabila menghabiskan masa yang lama di hadapan televisyen, individu juga akan mudah terpengaruh dengan iklan yang disiarkan di televisyen. Ada individu yang suka untuk mencuba makanan yang disiarkan di televisyen termasuk juga makanan ringan. Selain itu, ada juga individu yang cepat merasa lapar dengan hanya melihat masakan ataupun makanan yang ditunjukkan dan memilih untuk turut sama makan. Kenyatan ini disokong oleh artikel dari MedlinePlus yang disiarkan dalam Health Day, yang bertajuk “Junk Food, TV Driving Kids to Obesity” yang disiarkan 25 September 2007. Menurut artikel ini, kebanyakan iklan yang ditayangkan di televisyen adalah makanan terutama makanan segera, minuman berkarbonat dan juga gula-gula.

Perkaitan antara obesiti dengan menonton televisyen dan kurang melakukan aktiviti fizikal dapat dilihat dengan jelas. Sekiranya seseorang itu, menonton televisyen untuk satu jangka masa yang lama, pasti individu terbabit kurang melakukan aktiviti fizikal. Kedua-dua faktor ini saling berkaitan dan boleh menyebabkan obesiti. Kenyataan ini disokong oleh Berkowitz dan Stunkard di dalam jurnal mereka bertajuk “ Developement of Childhood Obesity” yang telah diedit oleh Wadden dan Stunkard di dalam buku Handbook of Obesity Treatment. Jurnal tersebut ada mangkaji tentang aktiviti fizikal di mana mereka telah mengedarkan soalan soal selidik kepada lebih 10 000 kanak-kanak berumur antara 9-14 tahun. Hasil daripada soal selidik tersebut, nilai BMI yang tinggi dilaporkan adalah daripada mereka yang Perkaitan antara obesiti dengan menonton televisyen dan kurang melakukan aktiviti fizikal dapat dilihat dengan jelas. Sekiranya seseorang itu, menonton televisyen untuk satu jangka masa yang lama, pasti individu terbabit kurang melakukan aktiviti fizikal. Kedua-dua faktor ini saling berkaitan dan boleh menyebabkan obesiti. Kenyataan ini disokong oleh Berkowitz dan Stunkard di dalam jurnal mereka bertajuk “ Developement of Childhood Obesity” yang telah diedit oleh Wadden dan Stunkard di dalam buku Handbook of Obesity Treatment. Jurnal tersebut ada mangkaji tentang aktiviti fizikal di mana mereka telah mengedarkan soalan soal selidik kepada lebih 10 000 kanak-kanak berumur antara 9-14 tahun. Hasil daripada soal selidik tersebut, nilai BMI yang tinggi dilaporkan adalah daripada mereka yang

Jurnal yang bertajuk “Human Energy and Nutrient Balance” yang ditulis oleh Dionne Dan Tremblay di dalam buku Physical Activity and Obesity (2003) yang telah diedit oleh Bouchard ada menyatakan bahawa karbohidrat dan lemak sangat diperlukan oleh oleh badan untuk metabolisma dan juga penghasilan tenaga. Diet yang diambil setiap hari selalunya mengandungi bahan-bahan ini. Pengambilan karbohidrat yang berlebihan juga boleh menyebabkan masalah obesiti. Glukosa yang terkumpul di dalam badan dan tidak digunakan boleh menyumbang ke arah pertambahan berat badan. Jadi pengambilan makanan yang seimbang sangat diperlukan untuk mengelakkan obesiti. Jika merujuk kepada jadual jenis makanan yang sering diambil oleh responden, karbohidrat memberi peratus yang paling tinggi. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya individu tidak melakukan sebarang senaman untuk membakar kalori dalam badan. Jurnal yang ditulis oleh Salbe dan Ravussin bertajuk “The Determinants of Obesity” yang terdapat di dalam buku yang sama seperti di atas turut menyokong bahawa tabiat makan turut mempengaruhi perkembangan obesiti. Makan dengan kerap, makan berlebihan, dan makan mengikut nafsu sering berlaku dikalangan individu obes. Sikap ini selalunya berkaitan dengan situasi seperti makan di dalam kereta, mengunyah ketika bosan, keletihan, bosan dan sebagainya. Turut dinyatakan adalah kanak-kanak obes makan dengan lebih cepat apabila mereka hampir menghabiskan makanan.

Pengaruh ibu bapa juga memberi impak yang besar kepada wujudnya individu