Latar Belakang Masalah PENDAHULUAN

BAB I PENDAHULUAN

A. Latar Belakang Masalah

Sungguhpun Islam telah lama berada di Malaysia, tapi dengan datangnya penjajah barat ia telah meninggalkan beberapa kesan negatif terhadap umat, terutamanya dalam aspek hukum. Antara lain kesan negatif itu terhadap umat Islam adalah menimbulkan rasa tidak yakin terhadap keupayaan sendiri dan sikap kebergantungan kepada kuasa dan budaya barat. Dengan itu maka timbullah sikap mencemuh hukum Islam itu sendiri, seperti ianya didakwa telah ketinggalan zaman, zalim dan tidak sesuai dan terutama sekali boleh menimbulkan ketegangan kaum dalam sebuah negara, dan pelaksanaanya akan membawa kepada tekanan kuasa barat terhadap negara tersebut. Masalah lain yang timbul adalah keterbatasan ilmuan yang benar-benar mahir dalam bidang hukum Islam yang mampu memenuhi keperluan dan tuntutan semasa untuk keperluan negara moderen. Ditambah lagi dengan kejahilan besar sebahagian umat terhadap hukum Islam itu sendiri. Malah hukum Islam yang benar –benar lengkap untuk pelaksanaan di negara moderen belum ada model yang jelas. Selain daripada itu kelemahan umat dari segi, sosial dan pendidikan juga menjadi masalah kepada penghayatan dan hukum Islam yang menyeluruh. Walaupun pelbagai permaslahan yang timbul yang menjadi masalah kepada penerapan hukum Islam dalam konteks Malaysia terutamanya Kuching Sarawak, 1 permasalahan ini semakin dirasakan berkurangan dan penghayatan Islam semakin meningkat. Walau bagaimanapun ia dianggap tidak lengkap kalau sekiranya hukum Islam yang menyeluruh itu tidak dilaksanakan spenuhnya. Makanya, semua pihak harus mengambil langkah yang positif bagi menggunakan keupayaan masing-masing untuk meningkatkan penghayatan dan penerapan hukum Islam yang menyeluruh. Ahli politik hendaklah berperanan lebih berani untuk mengembalikan identitas Islam itu itu dalam persepktifnya yang benar, dan bagi ahli hukum dalam bidang sipil atau syariah perlu berusaha untuk membersihkan undang-undang sekular daripada unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam dan undang-undang atau hukum Islam pula perlu difahami serta diamalkan mengikut perubahan semasa. Dalam penerapan hukum Islam kita perolehi ada dua pendekatan yang digunakan. Pertama, hukum Islam mesti dihayati dan dilaksanakan sepenuhnya, tanpa mengambil kira kondisi ekonomi, sosial, pendidikan dan politik masyarakat. Manakala pendekatan kedua adalah penerapan Islam perlu mengambil kira kondisi masyarakat dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan politik umat. Maksudnya, penerapan Islam dapat dijalankan apabila kebutuhan asas masyarakat di segi ekonomi, sosial, pendidikan dan politik diselesaikan. Berdasarkan latar belakang itulah yang telah mendorong penulis untuk mengkaji penerapan hukum Islam dengan lebih mendalam dalam bentuk skripsi yang mungkin dijadikan patokan oleh masyarakat. Adapun judul yang diangkat oleh penulis adalah “Hukum Islam Di Negeri Sarawak Kuching, Kajian Tentang Penerapan Dalam Batas-Batas Pergaulan Antara Laki-laki Dan Wanita Dalam Masyarakat Kini”.

B. Pembatasan Dan Perumusan Masalah