Carl Rogers
1. Carl Rogers
Carl Rogers (1902-1989) dilahirkan di Oak Park, Illinois, Amerika Syarikat. Beliau terkenal sebagai pengasas teori kaunseling terapi berpusatkan klien serta psikoterapi yang bukan bersifat mengarah. Pada mulanya beliau belajar teologi dan kemudiannya beralih kepada psikologi klinikal serta psikologi pendidikan. Carl Rogers berpendapat bahawa manusia pada dasarnya adalah baik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk mencapai potensi diri. Sebagai insan yang baik, jika dijurus ke arah yang betul akan berkembang secara positif, baik rohani dan jasmani.
Bagi Rogers, insan yang sempurna memiliki kualiti berikut:
i. Berfikiran terbuka terhadap pengelaman dunia. Dapat membuat tanggapan yang betul tentang pengalamannya.
ii. Menerima hidup seadanya. Mengutamakan perkara yang ada pada hari ini bukan semalam atau esok.
iii. Mempercayai pemikiran dan perasaan sendiri sebagai sesuatu yang tepat iv. Menghargai kebebasan diri dan bertanggungjawab ke arah tindakan sendiri. v. Kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial serta menyumbang khidmat kepada masyarakat mengikut kemahiran masing-masing.
Dalam pembelajaran, Rogers memberi penekanan kepada hubungan personel antara guru sebagai fasilitator dengan pelajar. Oleh itu teori humanistik mengutamakan pembelajaran berpusatkan pelajar.Prinsip umum pembelajaran bagi Rogers adalah:
Kita tidak boleh mengajar seseorang secara langsung, tetapi kita hanya dapat membimbing pembelajarannya.
Struktur dan organisasi diri seseorang menjadi lebih rigid jika dia merasakan dirinya terancam dan sebaliknya akan menjadi tenang jika tiada ancaman. Bagi Rogers, pembelajaran berkesan akan terhasil jika pelajar berasa
tenang dan bebas daripada ancaman serta perbezaan individu dan pengalaman pelajar diambil kira dalam menentukan tahap layanan yang sewajarnya. Rogers menyarankan agar menerima semua pelajar sebagai individu yang memiliki potensi dan yang sedang berkembang. Dalam pendidikan Rogers terkenal dengan teori pembelajaran pengalaman (experiental learning). Menurut Rogers semua insan mempunyai daya dan keinginan yang tinggi untuk belajar. Kegagalan untuk belajar bukan kerana ketidakupayaan pelajar tetapi puncanya suasana pembelajaran yang kurang sesuai.
Dalam menyediakan suasana yang kondusif untuk murid-murid belajar, guru perlu menjelaskan objektif pembelajaran, membekalkan sumber pembelajaran yang sesuai, mengimbangkan komponen intelektual dan emosi berkaitan dengan pembelajaran, dan berkongsi perasaan dan idea dengan mereka.
Rogers mengkategorikan pembelajaran kepada dua bentuk.
1. Pembelajaran Kognitif
2. Pembelajaran pengalaman Pembelajaran Kognitif dianggap kurang bermakna kerana melibatkan pembelajaran mata pelajaran akademik semata-mata. Melibatkan proses belajar di dalam bilik darjah, membaca dan membincang tentang pengalaman dan hasil kerja orang lain. Pembelajaran pengalaman melibatkan aplikasi pengetahuan. Pembelajaran jenis ini mengambil kira keperluan dan kehendak pelajar. Oleh itu pembelajaran pengalaman melibatkan perkembangan diri, motivasi, daya usaha, penilaian kendiri dan mempunyai kesan jangka panjang. Pembelajaran pengalaman merupakan belajar melalui proses membuat. Pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran, yang merangkumi merancang, membuat kajian, menghasilkan sesuatu yang pasti akan ada hasil dan kesan yang memberangsangkan. Melalui proses ini pelajar meneroka, mencari jalan 2. Pembelajaran pengalaman Pembelajaran Kognitif dianggap kurang bermakna kerana melibatkan pembelajaran mata pelajaran akademik semata-mata. Melibatkan proses belajar di dalam bilik darjah, membaca dan membincang tentang pengalaman dan hasil kerja orang lain. Pembelajaran pengalaman melibatkan aplikasi pengetahuan. Pembelajaran jenis ini mengambil kira keperluan dan kehendak pelajar. Oleh itu pembelajaran pengalaman melibatkan perkembangan diri, motivasi, daya usaha, penilaian kendiri dan mempunyai kesan jangka panjang. Pembelajaran pengalaman merupakan belajar melalui proses membuat. Pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran, yang merangkumi merancang, membuat kajian, menghasilkan sesuatu yang pasti akan ada hasil dan kesan yang memberangsangkan. Melalui proses ini pelajar meneroka, mencari jalan