: METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1 : Pendahuluan

Penyelidikan yang bakal dijalankan ini adalah berbentuk kajian kuantitatif di mana ia dijalankan sebagai tindakan susulan untuk mengatasi masalah murid tidak menguasai konsep dan fakta asas darab dan melihat keberkesanan GriDot yang dibina dengan mengaplikasikan Teori Perkembangan Kognitif Bruner dan Prinsip Penguasaan Fakta Asas Baroody.

Terdapat dua kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan data iaitu soal selidik dan ujian pra juga ujian pos yang terdiri daripada ujian pos 1 dan ujian pos 2. Instrumen yang sesuai disediakan bagi setiap kaedah. Daripada analisis data yang dikumpul bagi ketiga-tiga kaedah, penyelidik akan dapat melihat tiga perkara iaitu sejauh mana penerimaan murid terhadap penggunaan GriDot dalam pembelajaran konsep dan fakta asas darab dan keberkesanan GriDot dalam membantu murid menguasai konsep dan fakta asas darab.

3.2 : Rekabentuk Kajian

Penyelidikan ini akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif jenis deskriptif. Menurut Mohamad Najib (1999) dalam Johari Hassan & Fazliana Rashida (2011), pengukuran afektif boleh dilaksanakan melalui dua kaedah, iaitu cara pemerhatian dengan catatan menggunakan rekod atau senarai semak, dan cara ujian melalui kaedah tinjauan atau proses temubual. Dari segi teknikal, data yang dimanipulasikan melalui ujian atau soal selidik mudah diuruskan setelah dibina dengan baik dan data juga senang diproses, dianalisis dan ditaksir.

Bentuk kajian ini membolehkan data diukur secara objektif dan digeneralisasikan kepada dunia luar (Mohamad Najib, 1999). Kaedah soal-selidik dipilih kerana ia mudah ditadbir dan Bentuk kajian ini membolehkan data diukur secara objektif dan digeneralisasikan kepada dunia luar (Mohamad Najib, 1999). Kaedah soal-selidik dipilih kerana ia mudah ditadbir dan

yang singkat.

3.3 : Persampelan

Populasi merupakan cerapan ke atas sekumpulan individu atau objek. Individu atau objek yang dicerap mestilah mempunyai sekurang-kurangnya ciri atau sifat yang sama antara satu dengan yang lain (Majid Konting, 1990). Seorang pengkaji mungkin tidak menggunakan semua anggota dalam populasinya. Oleh itu, wakilan atau contoh populasi yang dikenali sebagai sampel sahaja digunakan dalam kajian (Mohamad Najib, 1999). Menurut Mohamad Najib (1999), pemilihan sampel mestilah mengikut syarat kebarangkalian, iaitu setiap ahli sampel mewakili ahli populasi.

Bagi kajian ini, sampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Ini berdasarkan kepada pendapat Chua Yan Piaw (2012) bahawa persampelan bertujuan ( Purposive sampling ) merujuk kepada prosedur persampelan di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian. Oleh yang demikian, penyelidikan ini menggunakan persampelan bertujuan yang mana hanya 20 orang murid dalam kelas 2 Bijaksana yang tidak menguasai konsep dan fakta asas darab yang telah dikenalpasti melalui pencapaian hasil pembelajaran dalam kelas akan dipilih sebagai sampel kajian.

3.4 : Instrumen Kajian

Berikut merupakan instrumen kajian yang digunakan.

3.4.1 Soal Selidik

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif tinjauan, maka borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian utama kerana ianya adalah lebih mudah dan efektif (Mohamad Najib, 1999). Borang soal selidik merupakan alat pengumpulan data yang banyak digunakan oleh para penyelidik. Ini disebabkan oleh kaedah soal selidik mampu mengumpul data secara terperinci, tersusun dan standard. Selain daripada itu, soal selidik mudah ditadbir, menjimatkan tenaga, masa, dan kos pennyelidik dalam menjalankan penyelidikan ini. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah berkaitan dengan minat, sikap dan tanggapan murid terhadap dua perkara iaitu pertama, pembelajaran konsep dan fakta asas darab dan kedua, penggunaan GriDot dalam pembelajaran tajuk Darab. Hasil daripada soal selidik ini, penyelidik akan dapat menilai sejauh mana penerimaan murid terhadap GriDot yang digunakan. Soal selidik ini memerlukan sampel menandakan ( √ ) pada kotak jawapan pilihan. Terdapat 12 soalan yang dikemukakan di Bahagian 1 yang berkaitan dengan pandangan murid terhadap pembelajaran konsep dan fakta asas darab dan 11 soalan di Bahagian 2 yang berkaitan dengan pandangan murid terhadap penggunaan GriDot. Item-item di dalam soal selidik menggunakan skala ringkas ‘YA’ atau ‘TIDAK’ sahaja sesuai dengan tahap perkembangan murid Tahun 2. Borang soal selidik yang akan digunakan adalah seperti dalam Lampiran 1. Penyelidik menerangkan maksud bagi setiap item semasa soal-selidik dijalankan bagi membolehkan sampel memahami item-item tersebut dan memilih skala yang tepat.

3.4.2 Ujian Pra dan Ujian Pos

Bagi melihat kejayaan sebenar penyelidikan yang dijalankan, pentaksiran pra dan pos dijalankan. Ujian pra ialah ujian awal yang dijalankan sebelum penggunaan GriDot diperkenalkan kepada murid dalam pembelajaran konsep dan fakta asas darab.

Ujian pos pula di bahagikan kepada 2 bahagian. Ujian pos yang pertama akan diberikan kepada murid dengan diminta menggunakan GriDot semasa menjawab soalan untuk melihat keberkesanan GriDot dalam membantu murid mendapat hasil darab dengan tepat. Ujian pos kedua diadakan dua minggu selepas ujian pos pertama. Pada ujian pos 2, murid tidak lagi menggunakan GriDot semasa menjawab. Ini bertujuan untuk melihat sejauh mana Ujian pos pula di bahagikan kepada 2 bahagian. Ujian pos yang pertama akan diberikan kepada murid dengan diminta menggunakan GriDot semasa menjawab soalan untuk melihat keberkesanan GriDot dalam membantu murid mendapat hasil darab dengan tepat. Ujian pos kedua diadakan dua minggu selepas ujian pos pertama. Pada ujian pos 2, murid tidak lagi menggunakan GriDot semasa menjawab. Ini bertujuan untuk melihat sejauh mana

3.5 : Analisis Data (Deskriptif)

Data-data mentah direkodkan dalam jadual seperti pada Lampiran 5, Lampiran 6, Lampiran 7 dan Lampiran 8. Perisian SPSS 11.00 (Statistical Package for Social Science 11.00) akan digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Data dianalisis dengan statistik deskriptif. Statistik digunakan untuk menganalisis kemahiran fakta asas darab bagi mendapatkan frekuensi, sisihan piawai dan min. Analisis Ujian-T digunakan untuk perbezaan antara skor ujian pra, skor ujian pos 1 dan skor ujian pos 2. Dengan ini, penyelidik akan dapat melihat hubungan antara ujian pra, sebelum penggunaan GriDot dengan ujian pos 1 di mana murid menggunakan GriDot semasa menjawabnya. Hubungan kedua yang ingin dilihat ialah antara ujian Pos 1 dan ujian Pos 2 untuk mengukur kesignifikanan penggunaan GriDot dalam membantu murid mengingati fakta asas darab secara lebih tekal.

3.6 : Rumusan

Pendekatan kuantitatif jenis tinjauan dipilih perlaksanaan kajian ini. Pendekatan ini melibatkan pemerhatian, soal selidik serta pentaksiran pra dan pentaksiran pos.. Soal selidik akan memberikan maklumat kepada penyelidik berkenaan tahap penerimaan murid terhadap penggunaan GriDot. Pentaksiran pra dan pos akan menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan GriDot dalam membantu murid menguasai konsep dan fakta asas darab yang menjadi isu dalam pengajaran penyelidik.

Setiap data yang dikumpul bagi kedua-dua pendekatan dikumpulkan dalam bentuk jadual. Data-data ini dianalisis dengan menggunakan Perisian SPSS menggunakan statistik deskriptif dan Ujian-T.

Daripada dapatan analisis data yang dibuat, guru dapat menentukan sama ada tindakan menyediakan dan menggunakan GriDot dalam pengajaran dan pembelajaran konsep dan fakta asas darab adalah tepat atau sebaliknya. Ini akan membolehkan penyelidik menentukan Daripada dapatan analisis data yang dibuat, guru dapat menentukan sama ada tindakan menyediakan dan menggunakan GriDot dalam pengajaran dan pembelajaran konsep dan fakta asas darab adalah tepat atau sebaliknya. Ini akan membolehkan penyelidik menentukan

RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Majid Khan. (2008 ). Guru Sebagai Penyelidik . Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Amir Hasan Dawi. (2009). Sekolah dan Masyarakat . Tanjong Malim. Prospecta Sdn. Bhd. Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan.

(2004). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisa & Interpretasi Data. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Azizi Yahya et. al. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTSProfessional Publishing Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw. (2006a). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Buku 1. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

Ee Ah Meng. (2000). Pedagogi 1: Kurikulum Bilik Darjah (Semester II). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Gerring, John. (2007). Case Study Research: Principles and Practices . Cambridge University Press.

Mazila Abdul Rashid, (2000), Persepsi Pelajar Tingkatan 2 Terhadap Keberkesanan Penggunaan Program Microsoft PowerPoint Dalam P &P Matematik . Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan . UKM. Bangi.

May 2015 • teaching children mathematics | Vol. 21, No. 9 www.nctm.org Numbers and operations; Multiplication and division; Games/puzzles; Activities Appendix of additional games Copyright © 2015 The National Council of Teachers of Mathematics, Inc. www.nctm.org.

Merriam, S. B. (2009). Qualitative Research: A Guide To Design nad Implementation. Jossey-Bass Higher & Adult Education Series.

Mohd Kajid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Monica Wong and David Evans. 2007.. Improving Basic Multiplication Fact Recall for Primary school Students. Mathematids Education Research Journal. Vol 19, No. 1, 89- 106.

Muhammad Nor Ahmad. (2002). Perbandingan antara Teknik Pengajaran yang Dilaksanakan dan Teknik Pengajaran yang Diingini Dalam Pembelajaran Sains Dari Perspektif Pelajar . Kertas Projek, Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nelson, P. M., Burns, M. K., Kanive, R., & Ysseldyke, J. E. (2013 ). Comparison of a math fact rehearsal and a mnemonic strategy approach for improving math fact fluency . Journal of school psychology, 51(6), 659-667.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan . Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill. Patton, M. Q. (2002). Qualititative Research and Evaluation Methods. Thousand Oaks, CA:

Sage. Robin J. Ittigson, Edd and John G. Zewe. (2004). Challenges of Teaching with Technology

across the Curriculum . GI Publishing Hershey, PA, USA. Speiser, R., Schneps, M. H., Heffner-Wong, A., Miller, J. L., & Sonnert, G. (2012). Why is

paper-and-pencil multiplication difficult for many people?. The Journal of Mathematical Behavior, 31(4), 463-475.

Wong, M., & Evans, D. (2007). Improving basic multiplication fact recall for primary school students. Mathematics Education Research Journal, 19(1), 89-106.

Young-Loveridge, J., & Mills, J. (2009). Teaching multi-digit multiplication using array-b ased materials . Crossing divides, 635-642.

Nelson, P. M., Burns, M. K., Kanive, R., & Ysseldyke, J. E. (2013). Comparison of a math fact rehearsal and a mnemonic strategy approach for improving math fact fluency. Journal of school psychology, 51(6), 659-667.

LAMPIRAN 1 BORANG SOAL-SELIDIK MENGENAI PANDANGAN MURID TERHADAP PENGGUNAAN GRIDOT DAN PENGUASAAN FAKTA ASAS DARAB

Nama: ___________________________________________ Kelas: ________________

Arahan: Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang berkenaan. Bahagian A: Penguasaan Fakta Asas SKALA PERNYATAAN