PEMBELAJARAN BAHASA ARAB PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
PEMBELAJARAN BAHASA ARAB PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
MENERUSI “EZ-Arabic”: SATU PENGENALAN
Mohd Firdaus Yahaya Pensyarah
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Dr. Muhammad Sabri Sahrir Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
_____________________________________________________ ABSTRAK
Pemanfaatan teknologi dalam pembelajaran merupakan satu fenomena baru yang berlaku dalam dunia pendidikan. Pembelajaran bahasa Arab tidak ketinggalan dalam hal ini menerusi beberapa usaha dan kajian yang dilakukan, selaras dengan kemudahan teknologi yang lebih efektif dan menarik. Bagi tujuan ini, laman sesawang “ezArabic.net” dibangunkan bagi menyelesaikan beberapa masalah yang menjadi halangan kepada para pelajar dalam usaha menguasai bahasa Arab. Laman sesawang ini dibangunkan dengan tujuan memanfaatkan lambakan bahan-bahan maya (virtual tools) berkaitan pembelajaran bahasa Arab yang terdapat dalam internet dan dikumpulkan dalam “ezArabic.net”. Kertas kerja ini akan menghuraikan beberapa ciri-ciri yang terdapat dalam laman sesawang tersebut, yang dapat membantu para pelajar peringkat sekolah rendah menguasai bahasa Arab. Kesemua bahan-bahan yang termuat dalam laman sesawang disusun secara sistematik dan menarik bagi mewujudkan suasana interaktif antara laman sesawang dan juga para penggunanya yang terdiri daripada pelajar dan juga guru. Kertas kerja ini turut menganalisis beberapa komentar sebagai cadangan penambahbaikan dan penaiktarafan dari segi kandungan, aplikasi multimedia, kebolehgunaan, dan sebagainya. Berdasarkan komen dan cadangan yang diberikan, ternyata laman sesawang “ezArabic.net” berupaya menyelesaikan beberapa kekangan yang dihadapi oleh para pelajar bahasa Arab peringkat rendah, selain dapat menyemai budaya belajar secara kendiri melalui pemanfaatan laman sesawang ini.
Kata kunci: pembelajaran bahasa Arab, peringkat sekolah rendah, ezArabic.net, teknologi
PENDAHULUAN
Pemanfaatan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan satu keperluan pada hari ini. Situasi ini melibatkan proses P&P semua bidang termasuk bidang bahasa dan ia turut melibatkan semua peringkat pendidikan. Dewasa ini, penggunaan multimedia dalam P&P merupakan antara kaedah yang banyak digunakan
di semua peringkat pendidikan. Mayer ( ٢٠٠١ ) mendefinisikan multimedia sebagai
persembahan bahan pengajaran menggunakan perkataan dan gambar. Secara mudah dapat difahami bahawa pemanfaatan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu sekurang-kurangnya melibatkan dua komponen bahan iaitu perkataan dan gambar yang dipersembahkan secara menarik dalam bentuk elektronik. Pendapat yang dikemukakan oleh Mayer, kemudiannya dikembangkan oleh pendapat- pendapat lain yang memasukkan elemen berunsur teknologi dalam penyediaan bahan
pengajaran. Antaranya Bush ( ٢٠٠٧ ) menambah elemen suara dalam penerokaan
bahasa, pemanfaatan jaringan internet melalui World Wide Web (WWW) (Joliffe, Ritter & Stevens, ٢٠٠١ ), serta pemanfaatan grafik yang menarik dalam pengajaran kosa kata
bahasa (Salsbury, ٢٠٠٦ ; Bush, ٢٠٠٧ ). Selain itu, pemanfaatan teknologi dalam P&P
bahasa semakin mendapat sambutan apabila wujudnya bahan-bahan berbentuk elektronik dalam bidang pendidikan bahasa seperti buku latihan elektronik, video digital, ujian mendengar secara interaktif, bahan bacaan atas talian dan sebagainya (Gill,
٢٠٠٦ ). Merujuk kepada perkembangan positif pemanfaatan teknologi dalam P&P
pendidikan bahasa, maka ia dilihat amat wajar untuk dimanfaatkan dalam P&P bahasa Arab khususnya yang melibatkan pelajar bukan penutur jati. Bahan pengajaran yang menarik dan bersifat interaktif akan dapat menarik minat dan motivasi pelajar untuk mempelajari bahasa al-Quran ini.
MULTIMEDIA DALAM P&P BAHASA ARAB
Dewasa ini, pemanfaatan unsur teknologi dalam pendidikan khususnya yang melibatkan multimedia sedang berkembang secara positif. Bidang pendidikan bahasa Arab terutamanya yang melibatkan pelajar daripada kalangan bukan penutur jati turut terlibat dalam pemanfaatan teknologi meskipun masih pada tahap memuaskan. Mohd Feham
( ٢٠٠٦ ) berpendapat bahawa bidang pendidikan bahasa Arab lebih mengikut trend
semasa dalam penggunaan bahan teknologi berbanding mencipta inovasi yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna dalam bidang ini. Menurut kajian Zawawi ( ٢٠٠٨ )
terhadap beberapa buah sekolah menengah agama di Malaysia, penggunaan teknologi dalam P&P bahasa Arab di dalam kelas adalah amat terhad. Keadaan ini antaranya disebabkan situasi guru yang masih memilih kaedah tradisional dalam proses P&P berbanding kaedah moden yang memanfaatkan teknologi. Antara sebab kepada berlakunya masalah ini ialah faktor kekurangan masa dan usaha untuk menyediakan
bahan berbentuk multimedia sebelum sesi P&P berlangsung (Zawawi, ٢٠٠٨ ). Tahap
pengetahuan tentang penggunaan komputer yang rendah dalam kalangan guru bahasa Arab turut menyebabkan pemanfaatan multimedia sangat terhad dalam P&P bahasa
Arab (Zawawi, ٢٠٠٨ ; Mohd Feham & Isarji, ٢٠٠٠ ). Selain itu, kekurangan latihan
atau bengkel berkaitan penggunaan komputer turut menjadi punca kekangan perkembangan pemanfaatan teknologi dalam P&P bahasa Arab di Malaysia (Ashinida,
Afendi & Mohd Shabri, ٢٠٠٤ ).
Situasi semasa P&P bahasa Arab di Malaysia yang kurang memanfaatkan kemudahan teknologi atas beberapa kekangan memerlukan usaha perubahan ke arah yang lebih baik di semua peringkat. Daripada beberapa kajian yang dilakukan, masalah atau kekangan dalam pemanfaatan teknologi dalam P&P merujuk kepada situasi guru dan pelajar, bukan kemudahan sumber teknologi. Jika disoroti sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia dan kaitannya dengan alat bantu mengajar berorientasikan teknologi, kesemua prasarana yang disediakan adalah pada tahap yang amat baik dan mengikut arus
peredaran zaman. Hal ini dinyatakan oleh Abd. Rahman ( ٢٠٠٠ ) bahawa sejak awal
tahun ٥٠ -an, pelbagai alat teknologi pendidikan (ATP) telah digunakan dalam P&P
sekolah-sekolah di Malaysia, meskipun penggunaannya amat terhad. Jika dilihat pada masa kini pula, pelbagai kemudahan bagi proses pengajaran yang bersifat inovasi dan berteknologi telah dimanfaatkan di semua peringkat pendidikan. Fenomena ini kelihatan lebih jelas dengan munculnya istilah-istilah baharu yang merujuk kepada pemanfaatan teknologi dalam bidang pendidikan. Antara istilah yang merujuk kepada pemanfaatan
ﺔﺻﺎﺧ ﺽﺍﺮﻏﻷ ﺎﺍﺩﺁﻭ ﺔﻴﺑﺮﻌﻟﺍ ﺔﻐﻠﻟﺍ ﻢﻴﻠﻌﺗ ﰲ ﻊﺑﺍﺮﻟﺍ ﻲﳌﺎﻌﻟﺍ ﺮﲤﺆﳌﺍ ٤٨٧
teknologi dalam bidang pendidikan bahasa seperti E-Pembelajaran/E-Learning, Latihan Berasaskan Komputer/Computer-Based Training (CBT), Latihan Berasaskan Internet/Internet-Based Training (IBT), Latihan Berasaskan Web/Web-Based Training (WBT) dan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer/Computer-Assisted Language Learning (CALL). Oleh itu, keperluan pemanfaatan teknologi dalam P&P dilihat sebagai satu keperluan bagi para pelajar bahasa Arab terutama di peringkat sekolah rendah. Pengenalan program j-QAF iaitu singkatan kepada Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain bagi semua pelajar peringkat rendah menjadi antara faktor pendesak (push factor) kepada usaha pemanfaatan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi. Dengan usaha seperti ini beberapa kekangan dalam proses P&P bahasa Arab dapat diatasi secara berperingkat- peringkat. Namun begitu, perubahan ke arah situasi lebih baik ini memerlukan usaha dan semangat yang positif daripada kalangan guru. Hal ini merupakan antara perkara
yang ditegaskan oleh Siti Fatimah dan Ab. Halim ( ٢٠١٠ ) dalam kajian mereka
berkaitan persepsi guru terhadap penggunaan alat bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-QAF. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab peringkat rendah, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian serius sebagai usaha untuk memastikan para pelajar bahasa Arab daripada kalangan bukan penutur jati menjalani proses pembelajaran yang berkesan, antaranya:
١ . Tahap motivasi yang perlu sentiasa dipupuk oleh guru dan keadaan sekeliling.
Bahasa Arab merupakan bahasa asing bagi para pelajar Muslim meskipun hakikatnya mereka menggunakan bahasa ini dalam pelaksanaan amal ibadah seharian. Justeru, mereka perlu diberikan motivasi positif dari masa ke semasa agar mereka mudah untuk menerima pelajaran bahasa Arab tersebut. Perkara yang dapat membantu meninggkatkan tahap motivasi ini termasuk dari segi teknik pengajaran yang efektif dan penerimaan positif para pelajar. Secara umumnya motivasi didefinisikan sebagai usaha yang dilakukan oleh pelajar dalam pembelajaran bahasa kedua hasil daripada keperluan dan keinginan untuk
mempelajarinya (Ellis, ١٩٩٤ ).
٢ . Persembahan bahan pengajaran yang menarik turut menjadi antara perkara
penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab khususnya di peringkat
oleh Muhammad Sabri dan Ghazali ( ٢٠١٢ ) dalam kajian mereka.
٣ . Sumber rujukan utama dan tambahan bagi subjek bahasa Arab perlu diletakkan
dalam satu medium khas bagi memudahkan pelajar mengakses secara mudah dan cepat. Keterikatan pelajar dengan buku teks semata-mata akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi pasif. Jumlah buku teks pelajaran dalam bentuk bercetak yang banyak dan berat turut dilihat sebagai satu bebanan kepada para pelajar. Hal ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan motivasi pelajar terhadap pelajaran bahasa Arab, seterusnya menjadikan mereka tidak merasa kepuasan dan tidak mendapat kefahaman ketika mempelajari bahasa ini. Perkara ini juga menjejaskan motivasi pelajar dalam pelajaran mereka. Perkara
ini dijelaskan oleh Gardner ( ١٩٨٥ ) apabila mentakrifkan motivasi pembelajaran
bahasa menurut sebagai satu tahap di mana seseorang bekerja dan berusaha untuk mempelajari bahasa kerana keinginannya untuk melakukan demikian dan pengalaman merasakan kepuasan ketika menjalankan aktiviti tersebut.
Kesemua perkara yang dijelaskan ini perlu diambil perhatian yang sewajarnya oleh setiap pendidik bahasa Arab terutama bagi peringkat sekolah rendah. Oleh itu, pemanfaatan teknologi dalam P&P dilihat sebagai satu keperluan dalam usaha memastikan perkara-perkara yang dijelaskan di atas dapat dipenuhi. Selain berfungsi sebagai antara kaedah bagi menarik minat pelajar ketika sesi pembelajaran, pemanfaatan teknologi dalam P&P turut membuka ruang kepada pelajar untuk memahami dan mengulangkaji pelajaran secara kendiri. Hal ini telah dijelaskan oleh
Bruner ( ١٩٩٦ ) ketika membicarakan sistem pembelajaran masa kini yang lebih terbuka
dan menggalakkan pencarian ilmu pengetahuan secara terbimbing. Sebagai satu alternatif baru bagi memenuhi tuntutan semasa, pembinaan laman EZ-Arabic yang kini
PEMBANGUNAN PROTOTAIP EZ-Arabic
Prototaip EZ-Arabic telah dibangunkan dengan menggunakan sistem kod HyperText Markup Language (HTML) dengan sokongan kod Hypertext Preprocessor (PHP). Platform ini dibangunkan menggunakan platform Linux. Manakala alamat untuk
mengakses ke laman prototaip EZ-Arabic adalah http://ezarabic.net/v ١ . Pembinaan
laman EZ-Arabic ini adalah dengan menggunakan model rapid prototyping bagi proses mereka dan membangun perisian bagi tujuan pendidikan. Komen dan cadangan untuk penambahbaikan sepanjang proses pembangunan prototaip EZ-Arabic ini telah
dijalankan dengan menggunakan laman sosial Facebook ® . Pembangunan dan penambahbaikan prototaip EZ-Arabic dilakukan mengikut rajah ١,٠ berikut.
Analisis Keperluan dan Isi
Menetapkan
Kandungan
Membina Prototaip (Reka) Mengguna Prototaip (Kajian)
Memasang dan Menyelenggara Sistem Tempoh
Rajah ١٫٠ : Model Rapid Prototyping (Tripp, S., & Bichelmeyer, B. (١٩٩٠))
Pembangunan prototaip EZ-Arabic adalah untuk membantu proses pembelajaran berterusan di luar bilik darjah. Proses pembelajaran ini berlaku secara maya iaitu melalui laman web. Pembelajaran secara maya berasaskan web ini memfokuskan
pelajar-pelajar dari tahun satu sehingga tahun ٦ di peringkat sekolah rendah. Prototaip
EZ-Arabic menjadi bahan rujukan pembelajaran sampingan bagi para pelajar selain daripada buku teks yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Prototaip EZ-Arabic juga menyokong pelbagai jenis fail multimedia audio dan visual. Di antara jenis-jenis fail yang menyokong prototaip EZ-Arabic adalah seperti PDF,
meningkatkan lagi minat dan motivasi para pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab.
Jadual ١,٠ : Fasa dan proses pembangunan laman prototaip EZ-Arabic
Fasa
Proses
Analisis Keperluan dan Isi Analisis keperluan pelajar
Kandungan
Analisis keperluan institusi Analisis isi kandungan pembelajaran Analisis e-pembelajaran yang sedia ada
Menetapkan Objektif
Objektif pembelajaran bahasa Objektif kemahiran berbahasa Reka bentuk asas
Membina Prototaip
Kerja berpasukan Menggunakan pelbagai sumber kajian tentang teknologi
Menggunakan Prototaip
Mengadakan
penggunaan percubaan secara dalam skala yang kecil. Sesi penggunaan dikendalikan melalui
sesi
Facebook ® Mengumpul maklumat dan maklum
balas daripada pengguna
Memasang
dan Mengkaji semula maklumat dan
Menyelenggara Sistem
maklum balas yang diterima daripada pengguna Mengkaji semula proses reka bentuk dan pembangunan prototaip Penambahbaikan secara berterusan
KOMPONEN PROTOTAIP EZ-Arabic
Prototaip EZ-Arabic telah dibangunkan dan dilengkapi oleh beberapa komponen untuk membantu proses pembelajaran bahasa Arab. Komponen-komponen yang terdapat dalam prototaip EZ-Arabic adalah gabungan buku bahasa Arab sukatan pelajaran Bahasa Arab Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disediakan Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga sumber terbuka antaranya adalah seperti laman YouTube™, perkhidmatan terjemahan Google™ dan Cbox serta permainan- permainan asas dalam mempelajari bahasa Arab. Terdapat lapan komponen utama
dalam prototaip EZ-Arabic iaitu: ( ١ ) E-Buku, ( ٢ ) Video, ( ٣ ) Laman Sesawang, ( ٤ )
Audio, ( ٥ ) Permainan, ( ٦ ) Sembang, ( ٧ ) Papan Kekunci Arab dan ( ٨ ) Hubungi Kami.
١ . E-Buku
Laman prototaip EZ-Arabic menggunakan buku bahasa Arab sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kemudian pembahagian dilakukan mengikut tahun atau tahap pembelajaran iaitu dari tahun satu sehingga tahun enam di peringkat sekolah rendah. Selain daripada pembahagian mengikut tahun, e-buku dalam prototaip EZ-Arabic ini juga telah dibahagikan kepada empat bahagian utama. Pembahagian-pembahagian tersebut adalah seperti berikut: (a) Bacaan (Qiraah), (b) Percakapan (Kalam), (c)
Perbualan (Hiwar) dan (d) Nasyid.