PERMASALAHAN KAJIAN

PERMASALAHAN KAJIAN

Persoalan mengenai i c jaz al-Qur’an akan terus menjadi kajian dari semasa ke semasa kerana ia menjadi salah satu daripada cara untuk membuktikan keaslian dan ketulenan

al-Qur’an. I c jaz al-Qur’an perlu dikaji dan dihayati sesuai dengan perintah Allah (s.w.t) kepada manusia supaya mentadabburi al-Qur’an dengan minda dan hati yang terbuka.

Kajian-kajian berhubung i c jaz al-Qur’an sebenarnya merupakan suatu keperluan kerana dengan cara ini dapat mengukuhkan lagi dapatan-dapatan sarjana terdahulu.

Walaupun telah banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan i c jaz al-Qur’an namun belum ada kajian yang dilakukan secara khusus untuk mengkaji serta membina

modul bahasa Arab untuk tujuan i c jaz al-Qur’an. Berdasarkan kepada permasalahan kajian ini, timbulnya beberapa persoalan dalam kajian iaitu:

. Apakah kajian-kajian yang telah dijalankan berhubung i jaz al-Qur’an?

. Apakah kepentingan pengajaran bahasa Arab untuk tujuan i jaz al-Qur’an?

. Apakah modul yang sesuai untuk pengajaran Bahasa Arab untuk tujuan i jaz al- Qur’an?

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan permasalahan yang dibincangkan sebelum ini, pengkaji telah menggariskan objektif kajian seperti berikut: ١ c

. Meninjau perkembangan kajian i jaz al-Qur’an secara umum dan khususnya dalam bahasa Melayu.

. Menjelaskan kepentingan pengajaran bahasa Arab untuk tujuan i jaz al-Qur’an.

. Merangka modul awal pengajaran Bahasa Arab untuk tujuan i jaz al-Qur’an.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif.Kaedah kualitatif digunakan untuk mengumpulkan maklumat daripada buku-buku berkaitan i c jaz serta sukatan pelajaran

i c jaz al-Qur’an yang digunakan di pusat pengajian tinggi negara Arab. Kajian juga akan meneliti kajian-kajian berkaitan pengajaran Bahasa Arab untuk tujuan khas. Melalui

hasil maklumat yang dikumpul penulis merangka modul awal pengajaran Bahasa Arab

untuk tujuan i c jaz al-Qur’an.

KEPENTINGAN DAN SKOP KAJIAN

Melalui sorotan yang dibuat terhadap kajian-kajian lepas berkaitan modul pengajaran bahasa Arab untuk tujuan khusus, belum ada kajian yang mengkaji modul pengajaran

Bahasa Arab untuk tujuan i c jaz al-Qur’an.Kajian ini juga merupakan satu kajian awal untuk meneroka pendekatan yang sesuai dengan tujuan penghayatan i c jaz al-Qur’an.

Oleh itu, semua hasil penemuan dan dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai maklumat awal bagi kajian lanjutan yang akan dibuat oleh pengkaji. Dapatan kajian ini juga boleh menjadi asas kepada kajian-kajian yang lebih banyak berkenaan pengajaran

bahasa Arab untuk tujuan i c jaz al-Qur’an di Malaysia. Kajian-kajian seperti ini perlu sekali memandangkan bahasa Melayu menjadi bahasa ibunda masyarakat Islam di

Malaysia dan tidak ramai yang menguasai bahasa Arab secara mendalam. Dengan ada kajian-kajian seperti ini, diharap dapat membuka minda mereka berhubung kepentingan bahasa Arab dalam memahami al-Qur’an. Di samping itu, input-input yang diberikan boleh juga menjadi panduan kepada pihak bertanggungjawab terhadap pengajaran bahasa Arab dalam penggubalan kurikulum khususnya berkaitan ilmu balaghah supaya pengajaran balaghah menjadi suatu yang lebih menarik. Kajian ini juga diharap boleh dijadikan sebagai modul pengajaran

balaghah untuk tujuan mendalami i c jaz al-Qur’an di peringkat pengajian lebih tinggi seperti di Darul Quran, JAKIM atau universiti.

Dari aspek skop kajian, penulis membataskan kajian ini kepada pengajaran bahasa Arab untuk tujuan i c jaz al-Qur’an dari aspek bahasa sahaja. Diharap pada kajian-kajian akan

datang penulis dapat memperluaskan kajiannya dalam dimensi-dimensi i c jaz al-Qur’an yang lain.

KONSEP I c JAZ AL-QUR’AN DAN PERKEMBANGAN KAJIAN I JAZ Pengertian I c jaz al-Qur’an

Perkataan i c jaz ialah perkataan Arab yang berasal daripada kata dasar ﻮﻬﹶﻓ ،ﺮﹺﺠﻌﻳ - ﺰﺠﻋﺃ ﺰﹺﺠﻌﻣ . Menurut Ibn Manzur kata kerja ﺮﹺﺠﻌﻳ - ﺰﺠﻋﺃ membawa maksud pihak yang menang

dan kuat menewaskan dan melemahkan musuhnya. ٢ Dari segi istilahpenulis dapat simpulkan i c jaz al-Qur’an sebagai ”satu ilmu yang membincangkan tentang dimensi- dimensi i c jaz yang dapat melemahkan manusia -sama ada berbentuk cabaran atau tidak-

yang menjadi bukti kebenaran kerasulan Nabi Muhammad (s.a.w) dan al-Qur’an dari Allah (s.w.t)”. Ini kerana keistimewaan al-Qur’an mengatasi segala kemampuan

mereka. ٣

Perkembangan Kajian I c jaz dan Kajian Bahasa Melayu

Perkembangan i c jaz bermula pada zaman penurunan al-Qur’an. Ia bermula dengan fungsi al-Qur’an sebagai kitab yang diturunkan oleh Allah (s.w.t) dan bukti kenabian

Muhammad (s.a.w). Pada zaman penurunan, kebenaran al-Qur’an bukan sahaja dipercayai oleh umat Islam bahkan turut diakui oleh musuh. Al-Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab yang sangat tinggi dan indah bahasanya sesuai dengan bangsa Arab yang terkenal dengan penyair-penyair dan ahli bahasa yang sangat mahir berbahasa. Sebagai contoh, al-Walid bin al-Mughirat merupakan orang yang sangat fasih berbahasa dan menjadi tempat rujukan kepada penyair-penyair Arab turut memberi

pengiktirafannya terhadap al-Qur’an. al-Walid berkata ٤ :

“ Demi Allah, kata-katanya sangat manis, sangat elok dan sedap, sangat berbuah (berfaedah) di atasnya, sangat lebat di bawahnya, ianya sangat tinggi, tidak ada yang dapat mengatasinya, dan ia memecahkan apa yang di bawahnya (menilai atau

menghukum). ٥

I c jaz al-Qur’an telah terbukti buat kali pertamanya dari lima ayat yang pertama diturunkan ke atas Nabi Muhammad (s.a.w). ٦ Ayat-ayat tersebut menjadi satu kejutan

kepada masyarakat Arab kerana mereka tidak pernah mendengar bahasa seindah al- ﹾﺃﺮﹾﻗﺍ Qur’an. Kelainan tersebut bermula dengan ayat pertama iaitu firman Allah (s.w.t):

Sejak itu ayat demi ayat diturunkan kepada Rasul (s.a.w) selama dua puluh tiga tahun. Sebahagian manusia menerima seruan yang dibawa oleh Muhammad (s.a.w) dan menjadikan al-Qur’an sebagai panduan hidup mereka. Sebahagian yang lain menolaknya dengan pelbagai alasan dan tuduhan seperti mengatakan Muhammad itu seorang yang gila, tukang sihir atau tukang tenung. Bagi menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, al-Qur’an telah mencabar manusia seluruhnya supaya mendatangkan satu ayat walaupun pendek untuk menandingi al-Qur’an. Sehingga ke saat ini, tidak ada seorang pun yang mampu menyahut cabaran tersebut. Walaupun bangsa Arab mempunyai pakar-pakar bahasa yang fasih, mahir dalam balaghah, menguasai berbagai bentuk dan gaya pengungkapan bahasa Arab, baik syair mahupun prosa namun mereka tidak mampu mencipta satu ayat yang setanding dengan al-

Qur’an. Pada peringkat ini i c jaz al-Qur’an menjadi satu dalil bahawa al-Qur’an adalah Kalamullah. Perkara ini menjadi pegangan pada zaman sahabat, tabi’in dan tabi c tabi’in sehinggalah kurun ke - ٣ H. Pada peringkat tersebut, para sarjana tidak membincangkan

definisi i c jaz kerana istilah ini belum wujud pada waktu itu. ٨

Pengajian i c jaz telah berkembang sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap

kegemilangan pada kurun ke - ٤ H hingga pertengahan kurun ke - ٦

H. Pada tempoh ini disiplin ilmu i c jaz mula dibincangkan secara sistematik. Kajian dan tulisan yang dihasilkan pada peringkat ini adalah tertumpu kepada persoalan gaya bahasa al-Qur’an

yang tidak boleh ditandingi yang akhirnya membawa kepada terbentuknya disiplin ilmu

c i c jaz al-Qur’an dan ia lebih tertumpu kepada aspek balaghah (i jaz bayaniyy). Sebagai

contoh al-Rummaniyy (m ٣٨٤

H) menghuraikan aspek balaghah dalam bukunya al- Nukat fi i c jaz al-Qur’an yang terdiri daripada ijaz, simile (tasybih), isti ،

arat, kesesuaian

(tala’um) dan fasilat. ٩ Selain al-Rummaniyy tokoh-tokoh yang memberi sumbangan ialah al-Khattabiyy, al-Baqillaniyy , al-Jurjaniyy, c Abd al-Jabbar dan al-Zamakhsariyy. Kemuncak kepada kegemilangan disiplin ilmu i c jaz al-Qur'an ialah teori konstruksi (nazm) yang disempurnakan oleh al-Jurjaniyy melalui karya ulungnya Dalail al- i c jaz.

Pemikiran al-Jurjaniyy kemudiannya diaplikasikan oleh al-Zamakhshariyy melalui tafsir al-Kasysyaf. ١٠

Selepas kurun ke c - ٦

H para sarjana menghuraikan teori i jaz al-Qur’an yang telah ditulis

oleh sarjana-sarjana sebelumnya. Situasi ini berterusan sehingga pertengahan kurun ke - ١٣

H. Antara tokoh-tokoh yang menonjol sepanjang tempoh ini ialah al-Suyutiyy (m

٩١١ H), al-Zarkasyiyy(m ٧٩٤ H) dan al-Alu:siyy (m ١٢٧٠ H). al-Zarkasyiyy contohnya

melalui karya ulungnya al-Burhan fi c Ulum al-Qur’an menyentuh berhubung karya- karya yang ditulis dalam bidang i c jaz al-Qur'an, huraian kepada ayat-ayat cabaran

diikuti dimensi i c jaz. Penelitian juga mendapati ٨٠

peratus dari karya ini adalah membincangkan tentang gaya bahasa dan keindahan bahasa al-Qur’an. Tuntasnya selain

dari tokoh-tokoh yang disebut, antara penulis-penulis yang memberi sumbangan antara

c kurun ke c - ٧

H sehingga awal kurun ke - ١٤ H ialah Abd al-Wahid bin Abd al-Qasim

al-Zamlakaniyy (m ٧٢٧ H), al-Asfahaniyy (m ٧٤٩ H), Ibn Qayyim al-Jawziyyat (m

c ٧٥١ c H), Ibn Kathir (m ٧٧٤ H), Ibn Khaldun (m ٨٠٨ H), al- Imadiyy, Abu al-Sa ud (m ٩٥١ ١١ H), al-Khafajiyy (m ١٠٦٩ H) dan al-Shawkaniyy (m ١٢٥٠ H).

Gerakan menghidupkan semangat mendalami i c jaz al-Qur'an pada zaman moden dirintis

oleh Muhammad c Abduh (m ١٣٢٣ H/ ١٩٠٥ M). Beliau berperanan dalam memberi

nafas baru kepada ilmu tafsir, ulum al-Qur’an, ilmu yang berkaitan bahasa dan balaghah al-Qur’an. Usahanya terserlah melalui halakah khas tentang kitab Dalail al-I c jaz dan

Asrar al-Balaghat selain kuliyah tafsir di Jami c al-Azhar. Usaha yang dijalankan oleh Muhammad c Abduh memberi kesan kepada sarjana-sarjana selepasnya. ١٢

Kesan dari

dalam kajian i c jaz al-Qur’an pada abad ke - ١٤

H. Pada kurun ke - ١٤ dan ke c - ١٥

dan ke - ١٥

H, penulisan berkaitan i jaz al-Qur’a:n terus berkembang dengan kemunculan para sarjana beserta kajian-kajian ilmiah yang membincangkan tentang i c jaz al-Qur'an

secara khusus. Penulisan tentang i c jazal-Qur'an pada kurun ke - ١٤ dan ١٥ H meliputi

c c c pelbagai demensi seperti i c jaz bayaniyy, i jaz ilmiah, i jaz perkhabaran ghaib, i jaz c c pensyariatan, i c jaz psikologi dan i jaz penggunaan angka ( adadiyy). Penulisan tentang i c jaz al-Qur'an sepanjang tempoh ini tertumpu kepada dua dimensi iaitu:-

c (a) I c jaz bayaniyy yang dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti al-Rafi iyy (m ١٣٥٦

H),

Darraz (m c ١٣٧٧ H), Sayyid Qutb (m ١٣٨٦ H),al-Zarqaniyy, A’isyah Bint al-Syati’,

Ahmad Badawiyy, Muhammad c ، Abd al-Khaliq c Udaymat dan al-Sya rawiyy. ١٣ Antara

tokoh-tokoh terkini dalam bidang ini ialah al-Mut c aniyy, Mustafa Muslim, al-Butiyy, al-

Samarraiyy, Lasyin, c Abbas (m ٢٠١١

M), al-Khalidiyy, Syukriyy dan Abu Musa. (b) I c jaz ilmiah. Antara tokoh-tokoh terkini yang dianggap cemerlang dalam bidang ini

ialah al-Najjar, al-Zindaniyy, Muhammad Aliyy Barr dan Harun Yahya. ١٤ Perkembangan dalam kajian i c jaz al-Qur’an turut memberi kesan kepada penghasilan

kajian-kajian berkaitan i c jaz al-Qur’an dalam bahasa Melayu. Berdasarkan penelitian yang dijalankan terdapat banyak kajian i c jaz dalam Bahasa Melayu meliputi pelbagai

dimensi namun dalam kajian awal ini penulis membincangkan kajia dari aspek bahasa. Antara kajian tersebut ialah:

(a)Konsep i c jaz al-Qur’an Menurut al-Khattabiyy oleh Haziyah Hussin ( ٢٠٠١

) menterjemah, mengkritik dan menganalisis karya al-Khattabiyy. Kajian ini menganalisis

pandangan al-Khattabiyy terhadap i c jaz al-Qur’an meliputi elemen-elemen pemilihan kata, perkataan sinonim, fungsi partikel, ijaz, pengulangan, nilai balaghah dan kesan

luhur al-Qur’an. (b)Pengguguran Kata Dan Ayat : Satu Analisis Kemukjizatan al-Qur’an oleh

Mohd Fahmi Abdul Khir ( ٢٠٠١ ) pula menyentuh tentang hadhf iaitu pengguguran

c dimensi i c jaz. Kajian juga menghuraikan secara ringkas bentuk-bentuk i jaz bayaniyy dan berfokus kepada aspek pengguguran kata dan ayat. Dalam kajian ini pengkaji telah

menganalisis ٤٥ ayat yang berkaitan pengguguran kata dan ayat yang terdapat dalam

al-Qur’an. (c) Nama-nama Haiwan Dalam al-Qur’an Kajian Dari Sudut Bahasa dan

Kemukjizatan al-Qur’an oleh Khairul Anuar Abu Othman ( ٢٠٠٨ ) memfokuskan

pada kemukjizatan penggunaan nama haiwan dalam al-Quran dari sudut pemilihan perkataan dan taswir fanni. Kajian mendapati kebanyakan ayat al-Quran yang dianalisa mengandungi dua bentuk kemukjizatan iaitu ketepatan pemilihan perkataan dan taswir fanni (gambaran yang penuh nilai estetika). Pemilihan nama-nama haiwan yang tepat dengan maksud yang dikehendaki, di samping gaya bahasa yang menarik menjadikan sesuatu gambaran yang terdapat dalam ayat tersebut mudah dijelmakan ke dalam fikiran pembaca atau pendengar.

(d)Keindahan Bahasa Al-Qur’an: Satu Mu’jizat ( ٢٠١١ ) oleh Mohd Zain bin Haji

Mohmood dalam kajian yang dibentangkan dalam The Annual International Qur’anic Conference ٢٠١١ , Universiti Malaya, Kuala Lumpur menghuraikan beberapa aspek

i c jaz bayaniyy iaitu dari sudut nazm, gaya bahasa pengulangan (tikrar) menambahkan lagi keindahan bahasa Arab, kefasihan bahasa al-Qur’an sama dari segi mutu

kefasihannya, ringkas dan penyebutan dan pengguguran huruf-huruf tertentu di dalam al-Qur’an, keindahan susunan kalimah-kalimah dan pola kata dalam al-Qur’an dan ketepatan penggunaan perkataan-perkataan al-Qur’an dengan fakta-fakta saintifik.

(e) al-Amthal bi al-hayawan dalam al-Qur'an : kajian dari perspektif i c jaz

bayaniyy dan i c jaz 'ilmiy oleh Mohd Sukki Othman ( ٢٠١١

) menghuraikan konsep i c jaz bayaniyy dan ijaz ilmiah. Kajian ini menganalisis penggunaan perumpamaan

haiwan dari aspek i c jaz bayaniyy dan ilmiah. (f)Analisis Struktur Ayat Dalam Surah Maryam, Satu Kajian I c jaz al-Qur’an oleh Norazamudin Umar ( c ٢٠١٢

) bertujuan menganalisis konsep i jaz bayaniyy, menghurai

pelbagai dimensi iaitu balaghah (bayaniyy), perkara-perkara ghaib, pensyariatan, ilmiah, penggunaan angka ( c adadiyy) dan psikologi. Kajian juga meneliti beberapa bentuk

elemen i c jaz bayaniyy iaitu penggunaan kata tugas, pemilihan perkataan, fasilat dan balaghah kepelbagaian Qira’at. Kajian struktur ayat mendapati perubahan-perubahan

dalam struktur ayat berupa ta c rif dan tankir; ijaz dan itnab; dan penegasan berfungsi dari aspek balaghahnya dan menjadi dalil i c jaz. Analisis struktur ayat dalam surah Maryam pula mendapati al-Qur’an sangat tepat dalam penggunaan ta c rif dan tankir,

penegasan serta ijaz dan itnab.

Kepentingan pengajaran bahasa Arab untuk tujuan khusus

Isu pengajaran bahasa untuk Tujuan-khusus bukan perkara baru dalam pengajaran bahasa khususnya pengajaran Bahasa Arab namun perbincangan masih awal berbanding bahasa Inggeris. Ia mula dibincangkan oleh pengkaji-pengkaji di Malaysia pada

penghujumg ١٩٨٠ -an. Antara yang terawal ialah Dr. Abdul Rahman Chik ( ١٩٨٨ )

melalui kajian peringkat sarjana yang dikemukakan di University of Salford berjudul Teaching Arabic for Specific Purposes (ASP) With Special Reference To Teaching

Reading Skills at the International Islamic University. Pada tahun ١٩٩٨ Nadwah binti

Daud menulis dalam kajian berkaitan pengajaran bahasa Arab untuk bidang pengkhususan fiqh manakala Muhammad Abdul Salam Azad menulis modul pengajaran bahasa Arab untuk bidang pengkhususan aqidah.Kedua-dua kajian ini merupakan tesis sarjana yang dikemukakan di Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Pada tahun ١٩٩٩ , Lazim bin Umar menghasilkan Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Arab Untuk Tujuan-tujuan Khusus: Analisis Keperluan Di Malaysia sebagai kajian ilmiahnya di peringkat Ph.D. Kajian ilmiah berkaitan pengajaran bahasa Arab

terus berkembang seperti kajian sarjana oleh Abdul Halim Salih ( ٢٠٠٥ ) direka untuk

kegunaan para Jemaah haji dan umrah, Islam Yusra membentuk modul pengajaran bahasa Arab untuk tujuan diplomasi dan Najmiah Daud ( ٢٠٠٩ ) mengkaji pengajian

bahasa Arab untuk bidang pengkhususan ekonomi. Kajian-kajian Abdul Halim,

Najmiah dan Yusra merupakan kajian sarjana yang dihasilkan di Universiti Islam Antarabangsa Kuala Lumpur. ١٥

Mohd Puzhi Usop ( ٢٠٠٧ ) pula menggarap bahasa Arab untuk tujuan khusus

melalui kajian Ph.Dnya bertajuk Modul Asas Bahasa Arab untuk tujuan ibadah, Satu Analisis dan Penilaian. Kajian yang hampir sama dilaksanakan oleh Dr. Naimah

Abdullah et al ( ٢٠٠٩ ) melalui kajian berjudul tinjauan terhadap keperluan

pembelajaran bahasa Arab untuk tujuan agama (BATA) di kalangan masyarakat Islam Malaysia. Melalui hasil kajian yang dijalankan dapat dirumuskan pengajaran bahasa Arab untuk tujuan khusus bertujuan menyediakan modul-modul pengajaran bahasa Arab untuk tujuan khas dalam pelbagai pengkhususan seperti pengajian Islam, ekonomi, diplomasi, pelancongan dan untuk kepentingan umat Islam seperti bahasa Arab untuk tujuan ibadat serta bahasa Arab untuk Jemaah haji dan umrah.

Modul Pengajaran Bahasa Arab Untuk Tujuan I c jaz al-Qur’an

Penulis cuba mengemukakan modul asas pengajaran Bahasa Arab untuk tujuan i c jaz al- Qur’an meliputi beberapa komponen bahasa iaitu kata tugas, perkataan dan struktur ayat

sebagai cadangan awal ke arah penghasilan modul yang sistematik dan dinilai sama ada secara kualitatif mahupun kuantitatif.

(a)Komponen kata tugas

Kata tugas merupakan komponen paling asas dalam bahasa Arab. Sebagaimana yang disebut oleh sarjana-sarjana nahu sturuktur asas dalam bahasa Arab ialah perkataan

yang terdiri dari kata tugas ( ﻑﺮﺣ ), kata nama ( ﻢﺳﺍ ) dan kata kerja ( ﻞﻌﻓ ) .

Kata tugas ( ﱐﺎﻌﻤـﻟﺍ ﻑﻭﺮﺣ ) ialah huruf yang mempunyai makna tersendiri. Ia juga

disebut sebagai huruf c amilat. Antara contoh kata tugas dalam bahasa Arab ialah huruf jarr, huruf nasb, huruf syart, huruf istifham dan huruf ، atf. Dalam modul asas ini penulis mengemukakan contoh pengaran tajuk huruf jarr.

Pengajaran Huruf Jarr

Langkah-langkah ١ . Guru memperkenalkan konsep ﺔﻤﻠﻜﻟﺍ dalam bahasa Arab yang terdiri dari huruf, kata nama dan kata kerja beserta contoh. ٢ . Guru memperkenalkan huruf jarr asas kepada pelajar dalam bentuk ayat.

٣ . Guru membawa dalil-dalil bahasa dari al-Qur’an berkaitan huruf jarr.

٤ . Guru membawa contoh penggunaan huruf jar yang berbeza untuk menunjukkan

makna yang berbeza. Contoh : Penggunaan huruf jarr ﻝ dan ﻰﻠﻋ

Firman Allah ( s.w.t ) : ﹶﻥﻮﻤﻴِﺴﺗ ﻪﻴﻓ ﺮﺠﺷ ﻪﻨﻣ ﻭ ﺏﺍﺮﺷ ﻪﻨﻣ ﻢﹸﻜﹶﻟ ًﺀﺎﻣ ِﺀﺎﻤﺴﻟﺍ ﻦﻣ ﹶﻝﺰﻧﹶﺃ ﻱﺬﱠﻟﺍ ﻮﻫ

Dialah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak makan. Surah

al-Nahl( ١٦ ): ١٠ Firman Allah ( s.w.t ) :

(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya

medan perjuangan).

Surah al-Anfal ( ٨ ): ١١

Penerangan guru: ١ . Guru akan bertanya: Apakah perbezaan penggunaan ﻢﹸﻜﻴﹶﻠﻋ dan ﻢﹸﻜﹶﻟ dalam ayat di atas? ٢ . Guru menjelaskan ayat ١٠ surah al-Nahl dan ayat-ayat lain yang berkaitan penurunan hujan yang diikuti dengan penyebutan huruf lam sangat banyak. Contohnya

ayat-ayat berikut:

(i)Surah al-Baqarah ( ٢ ): ٢٢

ﻢﹸﻜﹶﻟ ﺎﹰﻗﺯﹺﺭ ﺕﺍﺮﻤﱠﺜﻟﺍ ﻦﻣ ﻪﹺﺑ ﺝﺮﺧﹶﺄﹶﻓ ًﺀﺎﻣ ِﺀﺎﻤﺴﻟﺍ ﻦﻣ ﹶﻝﺰﻧﹶﺃﻭ (ii)Surah Ibrahim ( ١٤ ): ٣٢

ﻢﹸﻜﹶﻟ ﺎﹰﻗﺯﹺﺭ ﺕﺍﺮﻤﱠﺜﻟﺍ ﻦﻣ ﻪﹺﺑ ﺝﺮﺧﹶﺄﹶﻓ ًﺀﺎﻣ ِﺀﺎﻤﺴﻟﺍ ﻦﻣ ﹶﻝﺰﻧﹶﺃﻭ (iii)Surah al-Nahl ( ١٦ ): ١٠

ﻢﹸﻜﹶﻟ ًﺀﺎﻣ ِﺀﺎﻤﺴﻟﺍ ﻦﻣ ﹶﻝﺰﻧﹶﺃ ﻱﺬﱠﻟﺍ ﻮﻫ (iv)Surah al-Naml ( ٢٧ ): ٦٠

ًﺀﺎﻣ ِﺀﺎﻤﺴﻟﺍ ﻦﻣ ﻢﹸﻜﹶﻟ ﹶﻝﺰﻧﹶﺃﻭ (v) Surah Ghafir ( ٤٠ ): ١٣

ﺎﹰﻗﺯﹺﺭ ِﺀﺎﻤﺴﻟﺍ ﻦﻣ ﻢﹸﻜﹶﻟ ﹸﻝﺰﻨﻳﻭ ٣ .Guru menjelaskan ayat-ayat yang diikuti dengan huruf lam menjelaskan fungsi air

untuk kegunaan manusia seperti menyuburkan tumbuh-tumbuhan, memberi minum kepada binatang ternakan dan kegunaan-kegunaan yang lain. Ayat-ayat yang datang dalam konteks ini semuanya menggunakan huruf lam yang membawa maksud untuk

kegunaan manusia. ٤ .Guru bertanya mengapa hanya ayat surah al-Anfal menggunakan huruf jarr ﻰﻠﻋ ?

٥ .Guru menjelaskan sebab pemilihan huruf jarr ﻰﻠﻋ ialah kerana ia dating dalam konteks yang berbeza.

Hujan yang turun kepada tentera Islam adalah dalam situasi peperangan di padang pasir yang gersang. Tujuan penurunan hujan dalam ayat ini bukanlah untuk kegunaan- kegunaan lain seperti dalam ayat yang mengandungi huruf jarr lam sebaliknya hujan itu turun ke atas tentera itu sendiri untuk membersihkan tubuh badan mereka agar mereka

dapat berhadapan dengan musuh dalam suasana jiwa dan jasad yang bersih. ١٦

(b)Komponen perkataan

Pengajaran tajuk muzakkar dan muannath ١ . Guru memperkenalkan tajuk muzakkar dan muannath

٢ .Guru menjelaskan tanda bagi perkataan muzakkar dan muannath

٣ . Guru membawa contoh penggunaan muzakkar dan muannath dalam al-Quran.

Firman Allah (s.w.t)

Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadanya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur".

Surah Yunus ( ١٠ ): ٢٢

Firman Allah (s.w.t): ﲔﻤﻟﺎﻋ ٍﺀﻲﺷ ﱢﻞﹸﻜﹺﺑ ﺎﻨﹸﻛﻭ ﺎﻬﻴﻓ ﺎﻨﹾﻛﺭﺎﺑ ﻲﺘﱠﻟﺍ ﹺﺽﺭﹶﺄﹾﻟﺍ ﻰﹶﻟﹺﺇ ﻩﹺﺮﻣﹶﺄﹺﺑ ﻱﹺﺮﺠﺗ ﹰﺔﹶﻔﺻﺎﻋ ﺢﻳﺮﻟﺍ ﹶﻥﺎﻤﻴﹶﻠﺴﻟﻭ

Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendak-Nya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui

Surah al-Anbiya’ ( ٢١ ): ٨١ . ٤ . Guru meminta pelajar membandingkan penggunaan perkataan ﻒﺻﺎﻋ dan ﹲﺔﹶﻔﺻﺎﻋ .

Guru bertanya sebab al-Qur’an menyebut dalam surah Yunus menggunakan kata nama mudhakkar dan dalam surah al-Anbiya’ menggunakan kata nama muannath?

٥ . Guru memberi keterangan berikut: Dari aspek tatabahasa Arab, perkataan ﺢﻳﺮﻟﺍ adalah tergolong dalam kumpulan kata

nama muannath majaziyy. Mana-mana perkataan muannath majaziyy harus disebut secara maskulin dan feminin. Tidak salah dari segi tatabahasa Arab seorang yang

menyebut: ﻒﺻﺎﻋ ﺢﻳﹺﺭ atau ﹲﺔﹶﻔﺻﺎﻋ ﺢﻳﹺﺭ .

Dari aspek balaghah, penggunaan dua sifat yang berbeza adalah berdasarkan konteks dalam kedua-dua surah. Perkataan ﺢﻳﺮﻟﺍ dalam surah Yunus datang dalam konteks angin

yang kencang, kuat dan membahayakan. Pada awal ayat, Allah (s.w.t) menyebut tentang

situasi penumpang-penumpang kapal berada dalam suasana aman di tengah-tengah laut ﺔﺒﻴﹶﻃ ﹴﺢﻳﹺﺮﹺﺑ ﻢﹺﻬﹺﺑ ﻦﻳﺮﺟﻭ ﻚﹾﻠﹸﻔﹾﻟﺍ ﻲﻓ ﻢﺘﻨﹸﻛ ﺍﹶﺫﹺﺇ ﻰﺘﺣ :

Maksudnya: Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baikdan mereka pun bersukacita dengannya... Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan angin kencang yang menggoncangkan laut yang terkena pada segenap penjuru kapal. Angin ini telah mengubah suasana yang tenang dan aman dalam kapal kepada suasana yang menakutkan. Pemilihan sifat angin dengan kata nama maskulin (mudhakkar) amat tepat sekali dengan suasana getir dan menakutkan kerana penggunaan kata nama maskulin membawa maksud kasar, keras dan mencabar.

Apabila meneliti kepada konteks surah al-Anbiya’ . Perkataan ﺢﻳﺮﻟﺍ datang dalam

konteks yang berlawanan dengan surah Yunus. Ayat surah al-Anbiya:’ menerangkan tentang anugerah Allah (s.w.t) kepada Nabi Daud (a.s) beserta anaknya nabi Sulaiman (a.s). Gunung-ganang, bukit-bukau semuanya bertasbih bersama Nabi Daud (a.s). Surah ini juga menerangkan Allah (s.w.t) mengajar Nabi Daud (a.s) teknologi membuat baju besi. Seterusnya ayat surah al-Anbiya’ menerangkan berkenaan angin baik yang diutus oleh Allah (s.w.t) yang membawa bersamanya hujan dan kebaikan kepada bumi yang akhirnya menyebabkan tumbuhan, rumput dan buah-buahan tumbuh dengan subur.

Dalam konteks ini sesuai sekali penggunaan ﹲﺔﹶﻔﺻﺎﻋ ﺢﻳﺮﻟﺍ kerana penggunaan kata nama

feminin (muannath) membawa maksud kelembutan dan keberkatan. Angin yang diutus oleh Allah kepada nabi Daud dan Sulaiman (a.s) berhembus dengan perintahnya ke

negeri yang diberkati oleh Allah (s.w.t). ١٧

(c) Komponen ayat

Pengajaran gaya bahasa penegasan (Uslub al-Khabariyyah) ١ . Guru memperkenalkan tajuk tawkid kepada kepada pelajar

٢ .Guru menjelaskan partikel-partikel penegasan dan contohnya dari al-Qur’an

Partikel-partikel Penegasan Dalam Bahasa Arab Partikel Contoh (Firman Allah Surah

s.w.t):

ﱠﻥﺇ ﻪﱠﻠﻟﺍ ﻥﻭﺩ ﻦﻣ ﹶﻥﻮﻋﺪﺗ ﻦﻳﺬﱠﻟﺍ ﱠﻥﹺﺇ al-Hajj ( ): ٧٣

ﻪﹶﻟ ﺍﻮﻌﻤﺘﺟﺍ ﹺﻮﹶﻟﻭ ﺎﺑﺎﺑﹸﺫ ﺍﻮﹸﻘﹸﻠﺨﻳ ﻦﹶﻟ

al-Baqarah ِﺀﺍﺪﺘﺑﻻﺍ ﻡﻻ ﺔﹶﻛﹺﺮﺸﻣ ﻦﻣ ﺮﻴﺧ ﹲﺔﻨﻣﺆﻣ ﹲﺔﻣﹶﺄﹶﻟ ﻭ

( ٢ ): ٢٢١ ﻢﹸﻜﺘﺒﺠﻋﹶﺃ ﻮﹶﻟﻭ

al-Anbiya’ ﻢﺴﹶﻘﹾﻟﺍ ﹾﻥﹶﺃ ﺪﻌﺑ ﻢﹸﻜﻣﺎﻨﺻﹶﺃ ﱠﻥﺪﻴﻛﹶﺄﹶﻟ ﻪﱠﻠﻟﺎﺗﻭ

ﺔﺻﺎﺧ ﺽﺍﺮﻏﻷ ﺎﺍﺩﺁﻭ ﺔﻴﺑﺮﻌﻟﺍ ﺔﻐﻠﻟﺍ ﻢﻴﻠﻌﺗ ﰲ ﻊﺑﺍﺮﻟﺍ ﻲﳌﺎﻌﻟﺍ ﺮﲤﺆﳌﺍ ٥٢٠

ﺪﺋﺍﻭﺰﻟﺎﹸﻓ al-Mu’minun ﺪﹶﻗ ﹶﻥﻮﻨﻣﺆﻤﹾﻟﺍ ﺢﹶﻠﹾﻓﹶﺃ ﺪﹶﻗ

( ٢٣ ): ١ ﻮﺳ al-Talaq / ﻦﻴﺴﻟﺍ ﺍﺮﺴﻳ ﹴﺮﺴﻋ ﺪﻌﺑ ﻪﱠﻠﻟﺍ ﹸﻞﻌﺠﻴ ﺳ

Ali ﻦﹶﻟ ﺎﻤﻣ ﺍﻮﹸﻘﻔﻨﺗ ﻰﺘﺣ ﺮﹺﺒﹾﻟﺍ ﺍﻮﹸﻟﺎﻨﺗ ﻦﹶﻟ

Imran( ٣ ): ٩٢

ﹶﻥﻮﺒ ﺤﺗ ﹸﻥﻮﻧ Yusuf ﻩﺮﻣَﺁ ﺎﻣ ﹾﻞﻌﹾﻔﻳ ﻢﹶﻟ ﻦﺌﹶﻟﻭ

al-Anbiya’ ﺎﻤـﻧﹺﺇ ﻢﹸﻜﻬﹶﻟﹺﺇ ﺎﻤﻧﹶﺃ ﻲﹶﻟﹺﺇ ﻰﺣﻮﻳ ﺎﻤﻧﹺﺇ ﹾﻞﹸﻗ ( ٢١ ): ١٠٨

٤ . Guru menghuraikan fungsi penggunaan penegasan berdasarkan sasaran “ mukhatab”

kepada tiga kategori iaitu: (a) Ibtadaiyy bagi pendengar yang tidak meragui berita yang disampaikan. Dalam situasi tersebut tidak ada sebarang partikel penegasan yang digunakan. (b) Talabiyy ditujukan kepada pendengar yang meragui berita yang disampaikan justeru penutur menggunakan satu partikel penegasan untuk memberi pengukuhan. (c) Inkariyy ditujukan kepada pendengar yang menolak berita yang disampaikan secara total (keseluruhan). Oleh itu penutur menegaskan berita yang disampaikan dengan

bilangan partikel penegasan lebih dari satu. ١٨

٥ . Guru membawa contoh penggunaan penegasan dalam al-Qur’an

Antara contoh penggunaan penegasan ialah firman Allah (s.w.t): ﻦﻳﹺﺮﻏﺎﺼﻟﺍ ﻦﻣ ﻦﻧﻮﹸﻜﻴﹶﻟﻮﻨﻨﺠﺴﻴﹶﻟ ﻩﺮﻣَﺁ ﺎﻣ ﹾﻞﻌﹾﻔﻳ ﻢﹶﻟ ﻦﺌﹶﻟﻭ

Dan demi Sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi dari orang-orang yang hina”. Surah

Yusuf( ١٢ ): ٣٢

Dalam ayat ini terdapat dua partikel penegasan iaitu nun tawkid thaqilat dan nun tawkid khafifat. Ayat ini datang dalam konteks kisah isteri kepada pembesar Mesir yang bergelar al- c Aziz yang menggoda Nabi Yusuf (a.s) dan pengakuannya di hadapan wanita-wanita bangsawan Mesir. Apabila berita isteri al- c Aziz menggoda nabi Yusuf

(a.s) tersebar, beliau telah menjemput wanita-wanita bangsawan ke satu majlis. Beliau telah menyediakan jamuan untuk mereka beserta pisau untuk memotong makanan. Beliau telah memerintahkan Yusuf (a.s) untuk tampil di hadapan mereka. Apabila mereka melihat kecantikan rupa Yusuf (a.s) mereka berkata Yusuf (a.s) bukanlah

seorang manusia tetapi malaikat yang mulia. Pada masa ini isteri al- c Aziz mengaku perbuatannya menggoda Yusuf (a.s) dan mengugut Yusuf (a.s) sekiranya dia tidak

tunduk kepada kehendaknya, beliau akan dipenjara dan akan menjadi orang yang hina. Semasa mengugut Yusuf (a.s), al-Qur’an menggambarkan ugutannya untuk

memenjarakan dengan menggunakan nun tawkid thaqilat( ﻦﻨﺠﺴﻴﹶﻟ ) dan apabila

mengugutnya menjadi golongan yang hina beliau menggunakan nun tawkid

sarjana mengupas fungsi penggunaan partikel penegasan dalam ayat ini. Fungsi penggunaan partikel penegasan yang berbeza dalam kisah tersebut dapat dihuraikan seperti berikut:

Penggunaan nun tawkid thaqilatmenunjukkan isteri al- c Aziz serius mahu memenjarakan Yusuf (a.s) kerana Yusuf (a.s) telah menolak kehendak nafsunya. Beliau ingin

menghukumnya dan beliau berkemampuan untuk melakukannya kerana beliau adalah isteri kepada pembesar Mesir. Sejak awal lagi semasa tertangkap di hadapan suaminya al- c Aziz, beliau telah menuduh Yusuf menggodanya dan pada masa itu beliau telah

menyatakan hasratnya untuk memenjarakan Yusuf. Firman Allah (s.w.t):

Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu, tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): “Tidak ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau

Surah Yusuf ( ١٢ ): ٢٥

c Dalil yang menunjukkan isteri al- Aziz benar-benar ingin memenjarakan Yusuf (a.s) ialah apabila beliau berjaya memerintahkan suaminya untuk melakukannya.

Suaminya telah memerintahkan orang-orangnya untuk memenjarakan Yusuf. Firman Allah (s.w.t):

Kemudian timbul fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa.

Surah Yusuf (

Berhubung penggunaan nun tawkid khafifat pada perkataan ﹰﺎﻧﻮﹸﻜﻴﹶﻟ , terdapat dua

sebab (a) Isteri al- c Aziz menggunakan nun tawkid khafifat kerana ia bukanlah ﺔﺻﺎﺧ ﺽﺍﺮﻏﻷ ﺎﺍﺩﺁﻭ ﺔﻴﺑﺮﻌﻟﺍ ﺔﻐﻠﻟﺍ ﻢﻴﻠﻌﺗ ﰲ ﻊﺑﺍﺮﻟﺍ ﻲﳌﺎﻌﻟﺍ ﺮﲤﺆﳌﺍ

(b)al- c Aziz menggunakan tawkid thaqilat semasa menyebut penjara dengan harapan kekerasan tersebut dapat melembutkan hati Yusuf untuk menurut kehendaknya.

Apabila menyebut menjadikan orang yang hina, isteri al- c Aziz menggunakan nun tawkid khafifat untuk membayangkan perasaannya yang suka terhadap Yusuf. Oleh

kerana isteri Aziz menyukai Yusuf maka mustahil dia menjadikan orang yang disukainya hina. ٢١

Rumusan

Kajian ini adalah merupakan kajian awal berkaitan pengajaran bahasa Arab untuk tujuan i c jaz al-Qur’an. Kajian ini mendapati:

.Disiplin ilmu i jaz al-Qur’an berkembang dari bukti-bukti kenabian kepada suatu

disiplin ilmu yang sistematik pada kurun ke - ٣

H dan mencapai kegemilangan dari

tempoh ini sehingga kurun ke - ٦ H

٢ . Disiplin ilmu berkembang kali ke - ٢ pada era zaman moden dengan penumpuan

c kepada i c jazbayaniyy dan i jaz ilmiyah dan perkembangan ini turut mempengaruhi penulis-penulis tempatan.

٣ . Modul ini merupakan modul asas yang merupakan lontaran idea untuk dikembang

dan dikaji secara lebih mendalam dalam kajian-kajian akan datang. Modul ini hanya membincangkan tiga topik sahaja iaitu penggunaan huruf jarr yang berbeza, penggunaan kata nama mudhakkar dan muannath serta penggunaan gaya bahasa penegasan. Diharap pada waktu akan datang akan ada pengkaji yang akan mengkaji modul ini sama ada secara kualitatif mahupun kuantitatif kerana kajian berkaitan berhubung al-Qur’an tidak akan berakhir.

Rujukan

Abbas, Fadl Hasan dan Sana’ ( c ١٩٩١

) , I jaz al-Qur’an al-Karim, Amman: Dar al- Furqan.

c Abbas, Fadl Hasan ( ٢٠٠٧

), al-Mufassirun Madarisuhum wa Manahijuhum, Amman: Dar al-Nafais.

Abd al-Jabbar bin Muhammad ( ١٩٥

-), Mughniyy Fi Abwab al-Tawhid wa al- c Adl,Sunt. Muhammad Mustafa: Hilmi:, Kaherah:al-Da:r al-Misriyyat Li al-

Ta’li:f wa al-Tarjamat.

Abdul Rahman Chik ( ٢٠١٣ ), ﺎﻳﺰﻴﻟﺎﻣ ﰲ ﺔﺻﺎﺧ ﺽﺍﺮﻏﻷ ﺔﻴﺑﺮﻌﻟﺍ ﺔﻐﻠﻟﺍ ﻢﻴﻠﻌﺗ http://www.arabtimes.com/portal/article_display.cfm?ArticleID= ٢٣٠٢٦ , ١٤ Februari ٢٠١٣ .

Amin, Bakri Syaykh ( c ٢٠٠٤

), al-Balaghat al- Arabiyyat fiThawbiha al-Jadid, Ilm al- c c Ma ani, Beirut: Dar al- Ilm li al-Malayin.

Baharuddin bin Abdullah ( ٢٠٠٣ ),Penggunaan huruf Taukid dalam surah Yasin : satu

analisis nahu Arab, Disertasi M.A, Fakulti Bahasa dan Linguistik, UM.

Baqillaniyy, Abu Bakr Muhammad bin al-Tayyib al-( c ١٩٦٣

), I jaz al-Qur’an, Kaherah: Dar al-Ma c arif.

Hasyimiyy, al-Sayyid Ahmad al- ( ٢٠٠٦ ), Jawahir al-Balaghat, Kaherah: Muassasat al-

Mukhtar li al-Nasyr wa al-Tawzi c .

Haziyah Hussin ( c ٢٠٠٢

). Konsep I jaz al-Qur'an Menurut al-Khattabiyy Kajian terhadap Bayan I c jaz al-Qur'an, Disertasi (M.Usuluddin), Jabatan al-Quran dan

al-Hadith, Bahagian Pengajian Usuluddin, API, UM.

Ibn Manzur, Muhammad bin Mukarram ( c ١٩٩٤

), Lisan al- Arab, Beirut: Dar al-Fikr.

Khairul Anuar bin Abu Othman ( ٢٠٠٨ ), Nama-nama Haiwan Dalam al-Qur’an al-

Karim: Kajian Aspek Bahasa dan Kemukjizatan al-Qur’an, Tesis Sarjana Pengajian Islam, UKM

c Khalidiyy, Salah c Abd al-Fattah ( ١٩٩٢

), al-Bayan fi I jaz al-Qur’an, Amman: Dar c Ammar.

______( c ٢٠٠١

), I jaz al-Qur’an al-Bayaniyy wa Dalail Masdarihi al-Rabbaniyy, Amman: Dar c Ammar.

c Lasyin, c Abd al-Fattah( ٢٠٠٩

), al-Ma ani fi Daw’i Asalib al-Qur’an al-Karim, Kaherah: Da:r al-Fikr al- c Arabiyy.

Mohd Fahmi Abdul Khir ( ٢٠٠٢ ),Pengguguran Kata dan Ayat : Satu Analisis

Kemukjizatan al-Qur’an, Disertasi (M.M.L.S), Fakulti Bahasa dan Linguistik, UM.

Mohd Puzhi Usop ( ٢٠٠٧ ),Modul Asas Bahasa Arab untuk tujuan ibadah, Satu Analisis

dan Penilaian, Tesis Ph.D, Universiti Malaya, Malaysia.

Mohd Sukki Othman ( ٢٠١١ ), al-Amthal bi al-hayawan dalam al-Qur'an : kajian dari

perspektif i c jaz bayaniy dan i'jaz 'ilmiy, Tesis Ph.D Universiti Malaya, Malaysia.

Mohd Zain bin Haji Mohmood ( ٢٠١١ ), Keindahan Bahasa Al-Qur’an: Satu Mu’jizatdalam The Annual International Qur’anic Conference ٢٠١١ , Universiti

Malaya, Kuala Lumpur.

Mukhlas Asy-Sayarkani ( ٢٠٠٥ ), Cara Belajar Bahasa Arab Balaghah, Kuala Lumpur:

al-Hidayah Publishers.

Naimah Abdullah et al ( ٢٠٠٩ ) Tinjauan terhadap keperluan pembelajaran bahasa Arab

untuk tujuan agama (BATA) di kalangan masyarakat Islam Malaysia, Institute of Research, UITM, Shah Alam, Malaysia

Norazamudin Umar ( ٢٠١٢ ), Analisis Struktur Ayat Dalam Surah Maryam, Satu Kajian

I c jaz al-Qur’an, Tesis Ph.D, Universiti Malaya.

c c c Qaysiyy, c Udat Allah Mani al- ( ١٩٩٦

), Sirr al- Ijaz fi: Tanawwu al-Siyagh al- Musytaqqat Min Asl Lughawiyy Wahid fi al-Qur’an, Amman: Dar al-Basyir.

al-Rummaniyy et al ( ١٩٦٨ ), Thala:tha Rasa:il fi: I ja:z al-Qur’a:n, sunt. Muhammad

Khalf Alla:h dan Muhammad Zaghlu:l Sala:m, Kaherah: Da:r al-Ma a:rif.

c c c Zarqaniyy, Muhammad c Abd al- Azim al-( ١٩٩٥

), Manahil al- Irfan fi Ulum al-

Qur’an, Beirut: Dar al-Kitab al- c Arabiyy

١ Norazamudin bin Umar ١

Guru Cemerlang Bahasa Arab di Maktab Sabah, Kota Kinabalu.Merupakan lepasan ijazah Ph.D di

Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya dalam bidang i c jaz al-Qur’an.

Pendekatan Pengajaran Bahasa Arab Untuk Tujuan I c jaz al-Qur’an, Satu Tinjauan Awal

٢ Ibn Manzur, j. ٧ , hal. ٢٣٦ . ٣ Definisi ini berdasarkan pandangan beberapa sarjana seperti c Abd al-Jabbar (m ٤١٥ ١٩٩٥:٢٢٦ H) ( ), al- Khalidiyy ( ١٩٩٢:٣٣ )dan al-Zarqaniyy ( ١٩٩٥:٥٧٣ ) ٤ Ucapan ini disebut oleh al-Walid bin al-Mughirat selepas beliau mendengar bacaan al-Qur’an yang dibaca oleh Rasul (s.a.w). Hatinya tunduk dan hampir-hampir memeluk Islam. Peristiwa tersebut sampai

kepengetahuan Abu Jahal, menyebabkan beliau memujuk al-Walid untuk membuat satu pernyataan menolak al-Qur’an. Al-Walid menjawab: Apakah yang aku ingin katakan? Demi Allah tidak ada orang yang lebih tahu daripadaku berkenaan syair. Demi Allah bahasa al-Qur’an ini tidak menyamai syair-syair ini. ٥ Hadith berhubung kisah al-Walid bin al-Mughirat mendengar bacaan al-Qur’an diriwayatkan oleh al-

Hakim dalam al-Mustadrak. Menurutnya hadith ini sahih mengikut syarat al-Bukhariyy dan Muslim, tetapi kedua-duanya tidak meriwayatkannya. Pandangan al-Hakim disepakati oleh Imam al-Thahabiyy.

Lihat: al- c Aliyy ( ٢٠٠٠ ), Sahih al-Sirat al-Nabawiyyat, hadith no. ١١٣ , hal. ٤٥ . ٦ Surah al-Alaq ( ٩٦ ): ١-٥

٧ I c jaz dalam ayat pertama dapat dilihat seperti berikut: (a) Perkataan pertama yang menjadi permulaan wahyu ialah ﹾﺃﺮﹾﻗﺍ “Bacalah”. Ia suatu kejutan kepada masyarakat Arab yang tidak tahu membaca dengan seorang Nabi yang buta huruf tiba-tiba membaca ayat

ini ﹾﺃﺮﹾﻗﺍ “ Bacalah!” (b) Ayat yang pertama dimulakan dengan kata kerja imperatif ﹾﺃﺮﹾﻗﺍ yang bermaksud ‘Bacalah’. Permulaan

dengan perintah membaca berbeza dengan syair yang biasanya bermula dengan memuji wanita (ghazal) atau menyebut kesan kemusnahan (atla:l). (c) Perkataan ‘ ﻚﺑﺭ ’ juga menjadi kejutan kepada masyarakat kerana perkataan yang biasa digunakan pada

masa itu ialah ﻪﹶﻟ ِﻹﺍ yang merujuk kepada berhala dan makhluk-makhluk yang disembah selain Allah ( s.w.t ) . Demikian juga ayat-ayat yang seterusnya menjadi kejutan kepada orang Arab.Lihat perbincangan

mengenai i c jaz al-Qur’an dalam lima ayat pertama diturunkan dalam al-Qaysiyy, ( ١٩٩٦ ), op.cit., hal. ٢٩- ٣٢ .

٨ al-Khalidiyy ( ٢٠٠١ ), op.cit., hal. ١٠٦ . ٩ al-Rummaniyy et al( ١٩٦٨ ), op.cit., hal. ١١٠ . ١٠ Norazamudin ( ٢٠١٢ ), op.cit., hal. ٧٥ . ١١ Norazamudin ( ٢٠١٢ ), op.cit., hal. ٧٦-٧٧ .

١٢ c Abbas( ١٩٩١ ), op.cit., hal. ٨٩ , c Abbas ( ٢٠٠٧ ), op.cit., hal. ٢٨ .

١٣ al-Khalidiyy ( ١٩٩٢ ), op.cit., hal. ٢٢ . ١٤ Norazamudin ( ٢٠١٢ ), op.cit., hal. ٧٨-٧٩ . ١٥ Abdul

ﺎﻳﺰﻴﻟﺎﻣ ﰲ ﺔﺻﺎﺧ ﺽﺍﺮﻏﻷ ﺔﻴﺑﺮﻌﻟﺍ ﺔﻐﻠﻟﺍ ﻢﻴﻠﻌﺗ http://www.arabtimes.com/portal/article_display.cfm?ArticleID= ٢٣٠٢٦ , ١٤ Februari ٢٠١٣ . ١٦ c Abbas ( ١٩٩١ ), op.cit., hal. ١٣٧ .

١٧ al-Qaysiyy ( ١٩٩٦ ), op.cit., hal. ١٦٨-١٧١ .

١٨ Baharuddin bin Abdullah ( ٢٠٠٣ ), hal. ٣٣-٣٤ , Amin ( ٢٠٠٤ ), op.cit., hal. ٦٧-٦٨ , Mukhlas ( ٢٠٠٥ ), op.cit., hal. ٢٢٨-٢٢٩ , al-Hasyimiyy ( ٢٠٠٦ ), op.cit., hal. ٥٣ , Lasyin ( ٢٠٠٩ ), op.cit., hal. ٩٣ .

١٩ al-Khalidiyy ( ٢٠٠١ ), op.cit., hal. ٢٧٧ . ٢٠ al-Khalidiyy ( ٢٠٠١ ), op.cit., hal. ٢٧٨ .

٢١ Penulis mendengar tafsiran ini di dalam satu kuliah tafsir yang disampaikan oleh c Abbas di rumahnya

semasa penulis belajar di Jordan ( ١٩٩٥-٢٠٠٠ )