٧ KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN
٧ KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN
- Keperluan penyelarasan kandungan dalam laman dengan sukatan pelajaran bahasa Arab yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Kesuaian kandungan dengan tahap penguasaan kanak-kanak dan dilanjutkan kepada pringkat dewasa. - Cadangan pembinaan prototaip bagi kegunaan para pelajar peringkat sekolah menengah. - Tahap kandungan mesti sesuai dengan tahap umur kanak-kanak
daripada darjah ١ hingga darjah ٦ .
- Usaha ini boleh diteruskan melalui jalinan kerjasama dengan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hasil dapatan daripada kaji selidik menunjukkan bahawa para pengguna EZ-Arabic telah memberi respons yang amat positif dalam usaha penambahbaikan laman prototaip ini. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan potensi laman ini bagi mendapat sambutan yang baik daripada para pengguna yang bukan sahaja terdiri daripada para guru bahasa Arab dan pelajar bahasa Arab di peringkat sekolah rendah, malah turut dimanfaatkan oleh para ibu bapa para pelajar. Kesemua komen dan cadangan ini akan dimanfaatkan secara holistik bagi penghasilan laman EZ-Arabic yang lebih sempurna pada masa akan datang.
KESIMPULAN
Pemanfaatan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab khususnya bagi para pelajar peringkat rendah merupakan satu keperluan bagi penambahbaikan proses pembelajaran sejajar dengan tuntutan semasa. Selain bertujuan menarik minat pelajar agar memahami pelajaran, ia turut menyemai sikap pembelajaran secara kendiri dalam diri pelajar. Laman EZ-Arabic dilihat sebagai satu medium yang mampu membantu para guru dan pelajar bagi mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran secara mudah dan komprehensif yang meliputi kemahiran berbahasa seperti mendengar, membaca dan bertutur. Usaha penambahbaikan laman EZ-Arabic akan terus dijalankan berdasarkan komentar dan cadangan para pengguna laman tersebut sama ada dari sudut persembahan dan isi kandungan. Hal ini merupakan satu keperluan bagi memastikan laman EZ-Arabic kekal relevan sebagai medium bantuan bagi proses P&P bahasa Arab peringkat rendah yang sentiasa dikemaskini menurut keperluan semasa.
PENGIKTIRAFAN
Laman prototaip EZ-Arabic telah memenangi pingat gangsa dalam IIUM Research, Invention and Innovation Exhibition (IRIIE) ٢٠١٢ anjuran Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada ٢١-٢٢ Februari ٢٠١٢ bertempat di Cultural
Activity Centre (CAC), UIAM.
RUJUKAN
Abd. Rahman Daud. ( ٢٠٠٠ ). Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan alat
teknologi pendidikan (ATP) dalam pengajaran Matematik di kalangan guru sekolah rendah. Proceedings of the International Conference on Teaching and
Learning: Strategising Teaching and Learning in the ٢١ st Century. Vol. ٢ , ٧٧٢-٧٨٤ .
Ashinida Aladdin, Afendi Hamat & Mohd. Shabri Yusof ( ٢٠٠٤ ). Penggunaan PBBK
(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing: Satu tinjauan awal. GEMA
Online Journal of Language Studies, Vol. ٤ ( ١ ).
Bruner, J. ( ١٩٩٦ ). The culture of education. Massachusetts: Harvard University Press.
Bush, M.D. ( ٢٠٠٧ ). Facilitating the integration of culture and vocabulary learning:
The categorization and use of pictures in the classroom. Foreign Language Annals, Winter; ٤٠ , ٤ ; ProQuest Education Journals.
Ellis, R. ١٩٩٤ . The study of second language acquisition. Oxford: Oxford University
Press.
Gardner, R.C. ( ١٩٨٥ ). Social psychological aspects of language learning: The role of
attitudes and motivation. London: Edward Arnold.
Gill, D. ( ٢٠٠٦ ). Effects of technology on second language learning. Journal of College Teaching & Learning, ٣ ( ٢ ), Feb ٢٠٠٦ , ١٩-٢٨ . Retrieved from http://www.cluteinstitute-onlinejournals.com/PDFs/ ٢٠٠٦٥١ .pdf on November ٢٠ , ٢٠٠٨ .
Joliffe, A., Ritter, J., & Stevens, D. ( ٢٠٠١ ). The online learning handbook, developing
and using Web-Based Learning. London, UK : Kogan Page Limited.
Mayer, R.E. ( th ٢٠٠١ ). Multimedia learning. ٩ edition, ٢٠٠٧ . New York: Cambridge
University Press.
Mohd Feham Md. Ghalib ( ٢٠٠٦ ). The design, development and testing on the efficacy
of a pedagogical agent on the performance and program rating scores among students learning Arabic. Tesis Ph.D belum terbit, Universiti Sains Malaysia.
Mohd Feham, Md. Ghalib & Isarji, Sarudin ( ٢٠٠٠ ). On-line Arabic: Challenges,
limitations and recommendations. National Conference on Teaching and Learning in Higher Education, Universiti Utara Malaysia.
Muhammad Sabri Sahrir & Ghazali Yusri ( ٢٠١٢ ). Online vocabulary games for
teaching and learning Arabic. GEMA Online TM Journal of Language Studies, Vol. ١٢ ( ٣ ).
Salsbury, D.E. ( ٢٠٠٦ ). Comparing teacher-directed and computer-assisted instruction of elementary geographic place vocabulary. The Journal of Geography, ١٠٥ ( ٤ ), Jul/Aug ٢٠٠٦ , ProQuest Education Journals.
Siti Fatimah Ahmad dan Ab. Halim Tamuri. ( ٢٠١٠ ). Persepsi guru terhadap
penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education. Vol. ٢ ( ٢ ).