Kajian Luar Negara

2.5.2. Kajian Luar Negara

2.5.2.1 Perspektif Pelajar

Tinjauan oleh Moindi K. Margaret di Kenya yang melibatkan 250 orang pelajar dan

60 orang guru bagi meninjau persepsi pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mendapati hasil kajian merumuskan terdapat hubungkait antara prestasi akademik pelajar dengan persepsi pelajar. Pelajar yang memiliki prestasi akademik yang lebih baik lebih cenderung memberikan pandangan yang positif terhadap bimbingan dan kaunseling berbanding pelajar berprestasi akademik yang rendah (Moindi K. Margaret , 2013 : 11).

Kajian Moindi (2013) turut mendapati pelajar perempuan sekolah menengah dari jenis sekolah perempuan sahaja cenderung memberikan pandangan yang positif terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang ditawarkan pihak sekolah berbanding pelajar lelaki mahupun perempuan dari sekolah jenis campuran jantina atau jenis sekolah lelaki sahaja. Data kajian ini menenunjukkan terdapat perbezaan persepsi di kalangan pelajar di sekolah menengah di mana pelajar perempuan lebih terbuka menerima bimbingan dan kaunseling berbanding murid lelaki. Kajian ini juga menyokong kajian Amanda R. Faber yang menyimpulkan serupa (2005: 22).

Kesimpulan yang diperolehi dari dua kajian di atas mendapati pengkategorian sekolah menyumbang kepada kegagalan bimbingan dan kaunseling. Bagi sesetengah sekolah khususnya sekolah jenis lelaki sahaja (Moindi K. Margaret, 2013 : 12).

Manakala kajian Mohamed Sharif Mustaff (2005: 9) bercanggah dengan dua kajian di atas dimana dapatan kajian beliau menyimpulkan bahawa semua golongan pelajar tanpa mengira jantina, tahap kecerdasan, ras dan sosio-budaya percaya bahawa mereka memerlukan bimbingan dan kaunseling untuk membantu pelajaran dan kerjaya. Ianya juga selari dengan dapatan kajian-kajian yang dijalankan di luar negara sepertimana yang dijalankan oleh Nevo (1990), Murray (1995) dan Hughey et al (1993) dalam Mohamed Sharif Mustaffa (2005: 9).

2.5.2.2 Perspektif Guru

Kajian Moindi di Kenya mendapati tiada perbezaan persepsi terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di kalangan guru-guru dengan taraf akademik yang berbeza. Guru-guru yang memiliki latihan formal dalam kaunseling dan guru-guru yang tidak memiliki latihan serupa tidak memiliki perbezaan persepsi dalam Kajian Moindi di Kenya mendapati tiada perbezaan persepsi terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di kalangan guru-guru dengan taraf akademik yang berbeza. Guru-guru yang memiliki latihan formal dalam kaunseling dan guru-guru yang tidak memiliki latihan serupa tidak memiliki perbezaan persepsi dalam

Namun kajian ini juga memberi kesimpulan bahawa terdapat perbezaan persepsi terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di kalangan guru lelaki berbanding guru perempuan. Guru perempuan cenderung memberikan persepsi yang lebih positif terhadap bimbingan dan kaunseling berbanding guru lelaki. Hasil kajian mendapati perbezaan secara statistik antara keduanya ialah t = 2.035, p < .05 (Moindi K. Margaret , 2013: 12).

Kajian Jenna M. Marchetta pula (2011: 37-41) apabila menyelidik persepsi guru-guru di Barat New York, Amerika Syarikat mendapati pandangan guru-guru adalah positif terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

2.5.2.3 Keperluan dan Latihan

Menurut John J Schmidt (1993: 56), program bimbingan dan kaunseling sekolah juga memerlukan keperluan fizikal secara persendirian. Antaranya ialah, keperluan ruang fizikal yang sesuai bagi menyediakan kaunseling individu atau kaunseling kumpulan kecil. Ini bermakna bahawa bilik kaunseling merupakan suatu kewajipan bagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Bilik ini juga perlu dilengkapi dengan keperluan alatan seperti rak, buku-buku, bahan-bahan berkaitan bimbingan dan maklumat kerjaya, set inventori, alatulis dan alatan kerusi meja yang sesuai.

Lokasi bilik atau pusat kaunseling perlulah mudah dilihat, menggalakkan untuk masuk dan memiliki unsur yang menarik minat penggunaannya dan fasiliti yang disediakan. Lokasi dan ruang maklumat dan paparan (papan kenyataan) berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlulah berada sebaiknya di tengah-tengah kawasan sekolah bagi tujuan mudah diakses (Parkey dan Schmidt, 1987) di dalam Schmidt (1993: 57).

Bajet khas juga merupakan suatu yang asas dalam perkhidmatan ini meliputi bajet tahunan bagi pembelian bahan dan peralatan yang perlu dinilai dari semasa ke semasa (tahunan) berkaitan samada bahan lupus (pensil dan kertas) dan bahan bukan lupus seperti meja dan kerusi (Schmidt, 1993: 63).

Edward Miku Tiunsu (1985: 217-219) membuat rumusan mengenai perbandingan kompetensi dan kemampuan kaunselor di Amerika dan di Malaysia mendapati faktor latihan profesional menjadi faktor utama. Kaunselor di Amerika adalah profesional terlatih dan mahir menggunakan teori dan teknik kaunseling. Aktiviti kaunseling yang dikendalikan selari dengan standard profesional seperti American Personel and Guidance Association (APGA). Mereka perlu melalui dua tahun tempoh kursus pengajian sarjana muda bagi melayakkan sijil akuan pengamalan (profesional) kaunseling.

Namun kaunselor di Malaysia, tidak memiliki kecekapan yang serupa dengan kaunselor Amerika. Kursus jangka pendek yang dilalui tidak mampu mempersiapkan mereka dengan kemahiran khusus, kemahiran dan sikap yang dimiliki oleh kaunselor profesional di Amerika. Perjawatan kepada yang tidak layak oleh kementerian menjadikan bimbingan dan kaunseling tidak produktif.

“Pembimbing (kaunselor) yang tidak terlatih dan tidak mahir, walau dengan segala niat yang baik masih tidak dapat menduplikasi fungsi kaunselor profesional”. (Bently, 1968)

Masa tanpa mengajar juga adalah satu faktor yang menjadi keperluan. Kaunselor di Amerika bertugas sepenuh masa tanpa beban mengajar. Beban lain hanyalah merancang dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling di peringkat daerah sahaja. Kaunselor di Malaysia pula adalah guru sepenuh masa. Bimbingan dan kaunseling adalah tugasan sampingan. Guru-guru bimbingan dan kaunseling (kaunselor) tidak memiliki latihan yang mencukupi untuk melakukan kaunseling. (Arbuckle, 1962) di dalam Edward Miku Tiunsu (1985: 220-222).

Joseph W. Hollis (1997 : 115) yang membuat kajian mengenai kursus dan latihan yang ditawarkan di Amerika Syarikat mendapati dari sejumlah 522 institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus pengajian dalam bidang kaunseling, sebanyak 322 iaitu 64 % menawarkan program kaunselor sekolah dari peringkat sarjana muda dan ke atas. Manakala tinjauan ke atas program yang ditawarkan (1072 program) pula mendapati 31 % adalah bagi penyediaan kaunselor sekolah.

Kelayakan untuk bergraduat juga ditingkatkan dari semasa ke semasa. Purata jam semester pada tahun 1990 adalah 43 jam, tahun 1993 adalah 45 jam dan tahun 1996 pula 47 jam iaitu dari 30 hingga 150 jam semester. Peningkatan praktikum terutamanya bagi kursus kaunselor sekolah meningkat dari 158 jam pada 1986 kepada 176 jam bagi 1996. Tempoh sangkutan (internship) juga meningkat di mana purata adalah 127 jam bagi internship. (Joseph W. Hollis, 1997 : 117)

2.5.2.4 Masalah Pelajar dan Peranan B&K

Kajian antarabangsa oleh Cheryl (2009) dalam Wan Marzuki et al (2012: 73) terhadap 329 pelajar berumur 10 hingga 15 tahun di Amerika Syarikat mendapati 35 % pelajar berjumpa kaunselor kerana masalah sosial dan mendapatkan pertolongan emosi seperti mengawal marah, memahami perasaan, bertolak ansur dengan rakan atau orang dewasa.

Kajian oleh Amanda R. Faber (2005: 23) di Amerika Syarikat mendapati

33.3 % menyatakan kaunseling individu dan 25 % menyatakan maklumat peluang pendidikan selepas sekolah dan pekerjaan. hanya 8.3 % menilai keperluan pemantauan perkembangan akademik pelajar. Secara ringkasnya masalah yang memerlukan bantuan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah : 1) Kaunseling individu 2)Peluang pasca sekolah 3)Sokongan akademik

Kajian oleh Rebecca Olson (2004: 18-21) terhadap 27 guru mengenai masalah yang memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Midwestern, Amerika Syarikat mendapati dapatan berikut.

1. 63 % menyatakan kaunseling individu adalah sangat penting dan 37 % pula menyatakan ia penting.

2. 51.9 % menyatakan kaunseling kelompok adalah sangat penting dan

48.1 % pula menyatakan ia penting.

3. 51.9 % menyatakan bimbingan di dalam kelas adalah sangat penting dan

37 % menyatakan ia penting.

4. 85.2 % bersetuju kaunselor merujuk klien atau murid yang terlibat dalam salah laku serius kepada pihak polis, khidmat sosial atau agensi masyarakat.

5. 18.5% iaitu sejumlah kecil berpendapat bahawa khidmat "Sesi Orientasi Pelajar Baru dan Ibubapa" perlu disediakan oleh GBK sebaliknya majoriti menolaknya.

6. Hanya 18.5 % berpendapat GBK perlu membantu pengurusan dan koordinasi aktiviti dan program di peringkat sekolah dan daerah.

7. 85.2 % (majoriti) bersetuju ia sangat penting bagi GBK mempromosi gaya hidup sihat dan positif di sekolah.

8. 77.8 % (majoriti) bersetuju ia sangat penting bagi GBK terlibat dalam aktiviti meningkatkan keyakinan kendiri (self-esteem).

9. 59.3 % (majoriti) bersetuju ia sangat penting bagi GBK terlibat dalam aktiviti kesedaran bahaya rokok, alkohol dan dadah dan 33.3 % bersetuju ia penting.

Secara ringkasnya masalah yang memerlukan bantuan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah : 1) Merujuk pelajar kepada agensi luar seperti polis, agensi khidmat sosial, agensi kesihatan dan jabatan kebajikan masyarakat 2) Mempromosi gaya hidup sihat dan positif (Rebecca Olson, 2004: 22)

Kajian oleh Sahin Kesici (2007: 1331-1334) terhadap murid-murid tahun 6 sehingga tahun 8 di Turki mendapati dapatan berikut.

Berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling akademik :

1. Purata 63.8 % murid menyatakan bahawa pelajar memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkaitan teknik belajar berkesan.

2. Purata 63.8 % murid menyatakan bahawa pelajar memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkaitan menangani ketegangan menghadapi peperiksaan (exam anxieties).

3. Purata 6.6 % murid menyatakan bahawa pelajar memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkaitan teknik motivasi kendiri.

Berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya pula :

1. Purata 85.8 % murid murid menyatakan bahawa pelajar memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkaitan menyediakan maklumat-maklumat mengenai pelbagai profesion (kerjaya).

2. Purata 13.3% murid menyatakan bahawa pelajar memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkaitan membuat pilihan kerjaya

Berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sosio-emosi pula hanya 34.6 % murid bersedia mendapatkan khidmat bimbingan dan kaunseling berkaitan masalah peribadi. Masalah yang berkaitan dipecahkan kepada:

1. 49.5 % murid sanggup mendapatkan khidmat dalam masalah domestik (rumah) iaitu masalah dengan ibubapa yang tegas, masalah hubungan adik-beradik dan pengagihan tanggungjawab tugasan rumah.

2. 19.8 % sahaja murid sanggup mendapatkan khidmat dalam masalah kematangan (baligh) atau reproduktif.

Kajian Jenna M. Marchetta (2011: 44) di Barat New York terhadap guru- guru mendapati 88 % berpendapat kaunseling individu adalah tanggungjawab utama dan paling penting bagi kaunselor sekolah. Hanya 40 % sahaja berpendapat bimbingan dan kaunseling dilaksanakan di dalam kelas iaitu pendapat yang paling rendah. Ia menyokong hipotesis awal Jenna bahawa penglibatan kaunselor dalam kelas adalah paling minima diperlukan (rendah).