PERSEPSI GURU TERHADAP KEPERLUAN SERTA P
42000 PELABUHAN KLANG,
SELANGOR
Tarikh: ___________________________ 4 JUN 2015 Tarikh: _____________________________ 4 JUN 2015
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **
Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
טּ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PERSEPSI GURU TERHADAP KEPERLUAN SERTA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SRA JAWI
MOHD HAIDHIR BIN MD YUSOF
Laporan Projek Sarjana Muda ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Jun 2015 Jun 2015
Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).
Tandatangan : ............................................................ Nama Penyelia:
EN. AHMAD PUHAD BIN ALIM
Tarikh
4 Jun 2015 4 Jun 2015
Saya mengakui laporan Projek Sarjana Muda ini bertajuk “Persepsi Guru Terhadap Keperluan serta Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di SRA JAWI” ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : ............................................................ Nama Penulis :
MOHD HAIDHIR BIN MD YUSOF Tarikh
4 Jun 2015 4 Jun 2015
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke atas Allah SWT kerana dengan izin Nya dapat saya menyiapkan Tesis Projek Sarjana Muda ini demi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) di UTM.
Sekalung penghargaan buat penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) saya iaitu En. Ahmad Puhad Bin Alim di atas bimbingan, panduan, pandangan, tunjuk ajar, pemantauan serta komentar yang menjadikan tesis ini disempurnakan akhirnya. Segala jasa baik didoakan mendapat balasan sebaiknya dari Maha Pembalas Allah jualah hendaknya.
Jutaan penghargaan dan ingatan buat pendokong diri ini iaitu semua ahli keluarga. Terima kasih atas sokongan dan kefahaman yang diberikan sepanjang pengorbanan masa dan perhatian yang perlu dicurahkan sepanjang pengajian. Buat ayahanda, Md Yusof Md
Yatim dan bonda, Siti Maysarah Ahmad serta isteri tercinta, Normahirah Talib
dikalungkan ucapan penghargaan tak terhitung.
Penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pensyarah dari Fakulti Tamadun Islam (FTI) dan Fakulti Pendidikan (FP) yang mengajar bagi kursus SPI di UTM SPACE Kuala Lumpur yang telah mendidik dan memperkenalkan saya dengan khazanah ilmu yang sangat bernilai. Terima kasih semua.
Dari Mu'awiyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang dikehendaki Tuhan mendapat kebaikan, diberinya orang itu kefahaman agama. Tuhan yang memberi dan saya pembahagi. Sentiasa umat ini beroleh kemenangan terhadap lawannya, sehingga datang perintah Tuhan dan mereka itu tetap dalam menang." (Sahih Bukhari, Jilid 3, Nombor 1391)
Mohd Haidhir Bin Md Yusof
Gombak, Selangor. 4 Jun 2014 17 Sya’aban 1436H
ABSTRAK
Penyelidikan ini adalah suatu tinjuan berkenaan “ Persepsi Guru Terhadap Keperluan serta Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di SRA JAWI ”. Tinjauan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas para guru terhadap persepsi, keperluan dan peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Responden kajian ini terdiri daripada guru-guru berjawatan tetap di SRA JAWI bagi Zon II. Instrumen kajian iaitu set soal-selidik yang mengandungi 64 item telah diedarkan dan sebanyak 89 set soal-selidik telah dikembalikan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22. Bahagian A untuk demografi responden menggunakan skala nominal dan mendapati terdapat korelasi yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan peluang mengikuti latihan berkaitan bimbingan dan kaunseling melalui ujian korelasi Pearson iaitu r(87) = .228, p=.032 iaitu signifikan apabila p<0.05. Bahagian B, C dan D pula menggunapakai skala likert. Bahagian B bertujuan mendapatkan persepsi guru terhadap bimbingan dan kaunseling mendapati tidak wujud perbezaan persepsi mengikut jawatan (Min Pentadbir =3.98, Min Guru Biasa =3.98) dan jantina (Min Lelaki=3.98, Min Perempuan= 3.99) dan ujian indipendent t-test mengesahkan ia. Bahagian C mendapati semua item keperluan bimbingan dan kaunseling mendapat respon positif (purata min keseluruhan item ialah 3.96). Bahagian D meninjau peranan yang perlu dimainkan oleh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mendapati purata min keseluruhan ialah 4.15 iaitu positif. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan rumusan dan beberapa cadangan kepada pihak berkepentingan.
vi
ABSTRACT
This research is an insights on " Teachers Perceptions on Requirements and Services of Counselling and Guidance in SRA JAWI ". This survey aims to obtain teachers perception towards the need and role of guidance and counseling services in schools. The respondents consisted of permanent teachers in SRA JAWI for Zone II.
A set of questionnaire containing 64 items were distributed and 89 sets of questionnaires were returned and analyzed using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 22. Part A (demographic) using nominal scale and found a correlation between teaching experience and training opportunities through Pearson Correlation test; r(87) = .228, p = .032 (significant relationship when p<0.05). Parts
B, C and D used Likert scale. Part B aims on teachers' perception towards guidance and counseling found no significant difference in perception neither post (Administrator Mean=3.98, Ordinary Teachers Mean=3.98) nor gender (Male Mean= 3.98, Woman Mean= 3.99) and indipendent t-test backed it. Part C founds all items of needs received positive response (average of mean is 3.96). Section D looks on the role that should be played by guidance and counseling services, found average mean=4.15 (positive). At the end of the study, researcher submit his conclusions and recommendations to stakeholders .
vii
ISI KANDUNGAN
PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL
PENGESAHAN PENYELIA
ii
HALAMAN PENGAKUAN
ISI KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xii
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian 1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Batasan dan Skop Kajian
1.8 Definisi Istilah
1.9 Kesimpulan
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan
15 2.2 Sejarah Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia
2.3 Konsep Bimbingan dan Kaunseling
2.3.1 Bimbingan
19 2.3.3 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
2.3.2 Kaunseling
20 2.4 Bimbingan dan Kaunseling Menurut Perspektif Islam 24
2.5 Kajian-Kajian Lepas Berkaitan
2.5.1. Kajian Dalam Negara
2.5.1.1 Perspektif Pelajar
2.5.1.2 Perspektif Guru
2.5.1.3 Keperluan dan Latihan
33 2.5.1.4 Masalah Pelajar dan Peranan B&K 37
2.5.2. Kajian Luar Negara
2.5.2.1 Perspektif Pelajar
2.5.2.2 Perspektif Guru 2.5.2.2 Perspektif Guru
2.5.2.3 Keperluan dan Latihan
40 2.5.2.4 Masalah Pelajar dan Peranan B&K 42
2.6 Kesimpulan
3 METODOLOGI KAJIAN
3.2 Kerangka Teori
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Tatacara Pengumpulan Data
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Soal selidik
3.5.1.1 Skala Likert
3.5.1.1 Tahap Min
3.6 Tatacara Kajian
3.7 Kajian Rintis
3.8 Analisis Data
3.9 Kesimpulan
4 ANALISIS DATA
4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden
4.3 Bahagian B : Persepsi Mengenai Bimbingan dan 62 Kaunseling di SRA
4.4 Bahagian C : Keperluan Bimbingan & Kaunseling 68 di SRA
4.5 Bahagian D : Masalah dan Peranan Yang Memerlukan 75 Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di SRA
4.6 Analisis Keseluruhan Item Mengikut Objektif 86
4.6.1 Mengenal pasti persepsi guru SRA JAWI 86 terhadap Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
4.6.2 Mengenal pasti keperluan dan latihan yang 92 diperlukan bagi menggerakkan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di SRA JAWI
4.6.3 Mengenal pasti hubungan pengalaman mengajar 93 guru dengan peluang mengikuti latihan berkaitan Bimbingan & Kaunseling di SRA JAWI
4.6.4 Mengenal pasti masalah yang memerlukan 94 peranan Bimbingan & Kaunseling
4.7 Kesimpulan
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
98 5.2.1 Bahagian A –Latar Belakang Responden
98 5.2.2 Bahagian B – Persepsi Mengenai Perkhidmatan 100
Bimbingan & Kaunseling di SRA Bimbingan & Kaunseling di SRA
5.2.3 Bahagian C – Keperluan dan Latihan Yang 102 Diperlukan oleh Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di SRA
5.2.4 Bahagian D – Masalah Yang Memerlukan 105 Peranan Unit Bimbingan & Kaunseling
5.3 Rumusan
5.4 Cadangan Hasil Kajian
111 5.5.1 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 112 5.5.2 Guru-Guru
5.5.3 Sekolah SRA
5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan
SENARAI BIBLIOGRAFI
SENARAI LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
HALAMAN JADUAL
NO.
TAJUK
1.1 Kesalahan Disipln Bagi Tahun 2006-2007
3.1 Pecahan Sampel Responden
3.2 Skala Likert dan Skor
3.3 Tahap Persetujuan Bagi Setiap Min
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina
4.2 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan
4.3 Taburan Responden Mengikut Jawatan
4.4 Taburan Responden Mengikut Umur
59 4.5 Taburan Responden Mengikut Ikhtisas Perguruan (Akademik) 60 4.6 Taburan Responden Mengikut Subjek Yang Pernah Diambil 60 4.7 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar
61 4.8 Taburan Responden Samada Pernah Mengikuti Kursus
atau Latihan Berkaitan Bimbingan dan Kaunseling 4.9 Taburan Skor Bagi Item B 1
4.10 Taburan Skor Bagi Item B 2
4.11 Taburan Skor Bagi Item B 3
4.12 Taburan Skor Bagi Item B 4
4.13 Taburan Skor Bagi Item B 5
4.14 Taburan Skor Bagi Item B 6
4.15 Taburan Skor Bagi Item B 7
4.16 Taburan Skor Bagi Item B 8
4.17 Taburan Skor Bagi Item B 9 4.17 Taburan Skor Bagi Item B 9
4.18 Taburan Skor Bagi Item B 10
4.19 Taburan Skor Bagi Item B 11
4.20 Taburan Skor Bagi Item B 12
4.21 Taburan Skor Bagi Item B 13
4.22 Taburan Skor Bagi Item B 14
4.23 Taburan Skor Bagi Item B 15
4.24 Taburan Skor Bagi Item C 1
4.25 Taburan Skor Bagi Item C 2
4.26 Taburan Skor Bagi Item C 3
4.27 Taburan Skor Bagi Item C 4
4.28 Taburan Skor Bagi Item C 5
4.29 Taburan Skor Bagi Item C 6
4.30 Taburan Skor Bagi Item C 7
4.31 Taburan Skor Bagi Item C 8
4.32 Taburan Skor Bagi Item C 9
4.33 Taburan Skor Bagi Item C 10
4.34 Taburan Skor Bagi Item C 11
4.35 Taburan Skor Bagi Item C 12
4.36 Taburan Skor Bagi Item C 13
4.37 Taburan Skor Bagi Item C 14
4.38 Taburan Skor Bagi Item C 15
4.39 Taburan Skor Bagi Item D 1
4.40 Taburan Skor Bagi Item D 2
4.41 Taburan Skor Bagi Item D 3
4.42 Taburan Skor Bagi Item D 4
4.43 Taburan Skor Bagi Item D 5
4.44 Taburan Skor Bagi Item D 6
4.45 Taburan Skor Bagi Item D 7
4.46 Taburan Skor Bagi Item D 8
4.47 Taburan Skor Bagi Item D 9
4.48 Taburan Skor Bagi Item D 10 4.48 Taburan Skor Bagi Item D 10
4.49 Taburan Skor Bagi Item D 11
4.50 Taburan Skor Bagi Item D 12
4.51 Taburan Skor Bagi Item D 13
4.52 Taburan Skor Bagi Item D 14
4.53 Taburan Skor Bagi Item D 15
4.54 Taburan Skor Bagi Item D 16
4.55 Taburan Skor Bagi Item D 17
4.56 Taburan Skor Bagi Item D 18
4.57 Taburan Skor Bagi Item D 19
4.58 Taburan Skor Bagi Item D 20
4.59 Taburan Skor Bagi Item D 21
4.60 Taburan Skor Bagi Item D 22
4.61 Taburan Skor Bagi Item D 23
4.62 Taburan Skor Bagi Item D 24
4.63 Taburan Skor Bagi Item D 25
4.64 Taburan Skor Bagi Item D 26
4.65 Min Bagi Persepsi Guru Mengikut Jawatan
4.66 Independent t-Test Bagi Persepsi Mengikut Jawatan
4.67 Min Bagi Persepsi Guru Mengikut Jantina
89-90 4.68 Independent t-Test Bagi Persepsi Guru Mengikut Jantina
4.69 Min Bagi Keperluan
4.70 Ujian Pearson Correlation
4.71 Min Bagi Masalah (Kategori dan Keutamaan) 4.71 Min Bagi Masalah (Kategori dan Keutamaan)
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
KPM
Kementerian Pelajaran Malaysia
JAWI
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
SRA
Sekolah Rendah Agama
UBK
Unit Bimbingan dan Kaunseling
GBK
Guru Bimbingan dan Kaunseling
B&K
Bimbingan dan Kaunseling
BPG
Bahagian Pendidikan Guru
PRS
Pembimbing Rakan Sebaya
KDC
Kursus Dalam Cuti
PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SS
Sangat Setuju
Setuju
KS
Kurang Setuju
TS
Tidak Setuju
STS
Sangat Tidak Setuju
UTM
Universiti Teknologi Malaysia
FPN
Falsafah Pendidikan Negara
Statistical Package For The Social Science
Frekuensi atau Kekerapan
Muka Surat
Jawatan khas Guru Kaunselor atau kini dipanggil Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) serta penubuhan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) di sekolah-sekolah merupakan antara perkara asas di dalam sesebuah sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selaku kementerian bertanggungjawab dalanm hal ini dilihat komited dengan menyediakan rangka kerja dan kuasa unit kaunseling dan guru kaunselor melalui Surat Pekeliling KP 5209/30/(30) yang mengarahkan Pengarah Pelajaran Negeri supaya semua guru besar memberikan kemudahan tempat bagi aktiviti bimbingan dan panduan di sekolah masing-masing.
Seterusnya KPM melalui surat pekeliling bernombor KP 5209/35/(40) pula, telah mewajibkan setiap sekolah rendah dan menengah melantik seorang guru bimbingan. Surat Pekeliling KP 5209/35/(4) juga telah menyenaraikan 11 garis panduan tugas guru
bimbingan.
Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang guru kaunselor (Guru Bimbingan dan Kaunseling) dan unit bimbingan dan kaunseling sangat signifikan kepada perkembangan prestasi pelajar dan pembentukan sahsiah yang selari dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Sehubungan dengan itu, tidak boleh tidak kewujudannya perlulah diwujudkan di setiap sekolah kendalian KPM mahupun lain-lain.
Sehubungan dengan itu, satu kajian perlu dijalankan bagi menilai persepsi guru- guru Sekolah Rendah Agama (SRA) mengenai keperluan Guru Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Bimbingan dan Kaunseling di peringkat Sekolah-sekolah Rendah Agama (SRA) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menyempurnakan dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan pendidikan agama di seluruh sekolah kendalian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI).
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelajar merupakan subjek utama di sekolah selaku klien yang menerima kesan langsung pendidikan manakala sekolah pula sebagai salah satu institusi pembentukan moral dan penerapan nilai murni dalam pembentukan insan iaitu pelajar.
Namun situasi semasa memperlihatkan bahawa masyarakat dengan segala sistem yang ada termasuk sistem sekolah masih kurang efektif dalam menjayakan pembentukan nilai dan norma dengan adanya pelbagai kesalahan salah laku di kalangan pelajar sekolah. Pelajar kini semakin berani melakukan perbuatan delinkuensi atau devian di dalam dan di luar kawasan sekolah seperti samseng, hidu gam, meragut, menagih dadah, minum arak, ponteng sekolah, seks bebas dan lain-lain.
Berikut merupakan jadual yang menujukkan jumlah kesalahan disiplin yang direkodkan bagi tahun 2006-2007 di seluruh negara (Berita Harian, 28 Julai 2008).
Jadual 1.1 : Kesalahan Disipln Bagi Tahun 2006-2007
Tahun Jenis Kesalahan 2006
Ponteng sekolah 21 060 24 840 Kurang sopan, bahasa kesat, tidak hormat guru atau pengawas
23 220 19 980 Mencuri, mencederakan, bergaduh dan pukul
18 900 19 980 Lewat
18 360 15 120 Bawa telefon bimbit
8 640 15 120 Laku musnah, merosakkan kemudahan, menconteng dinding
3 240 3 780 Kelucahan (isyarat, melukis, perkataan)
Jumlah yang direkodkan merupakan jumlah yang besar dan menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Peranan institusi kekeluargaan, masyarakat, agama dan sekolah yang digembeling diharapkan dapat menyediakan solusi bagi permasalahan ini. Permasalahan ini menjejaskan hala tuju dan masa depan negara kerana generasi pelajarlah yang akan mewarisi kepimpinan dan mengatur langkah di masa hadapan.
Laporan Kabinet (1979) hasil Jawatankuasa Kabinet mengenai dasar pelajaran kebangsaan dan sistem pendidikan di Malaysia mengemukakan cadangan akan keperluan diwujudkan Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) seterusnya organisasi khas iaitu Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) bagi mengatasi masalah-masalah di atas seperti dalam laporan kabinet berkenaan iaitu :
“239. Pelajar-pelajar mudah sekali dipengaruhi dan terpengaruh oleh sesuatu yang menarik yang dapat dilihat dalam persekitaran mereka. Walaupun diakui bahawa sifat semulajadi kanak-kanak suka meniru-niru sesuatu yang menarik itu adalah baik tetapi peniruan yang dilakukan hendaklah sentiasa diawasi supaya peniruan itu tidak menghasilkan kemerosotan dan keruntuhan disiplin. Dalam hal ini, bimbingan daripada guru-guru amatlah diperlukan.
239.1 Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan dan Kerjaya di sekolah- sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan-kegiatan panduan kerjaya sahaja”
Pictrofesa dan rakan-rakan (1971) dalam Mok Soon Sang (2011:201) dalam buku mereka ‘The Counselling As A Profesional’ menyenaraikan empat jenis pendekatan bimbingan dan kaunseling iaitu :
i. Bimbingan Krisis yang merujuk kepada kes-kes kritikal seperti bertumbuk dengan tujuan mencedera, percubaan membunuh orang atau diri, masalah mental atau penyalahgunaan dadah.
ii. Bimbingan Penyediaan Kemudahan yang merujuk kepada kes-kes penempatan dalam bidang kerjaya, penyelesaian masalah kemudahan yang berkaitan dengan bidang kurikulum akademik ataoupun kokurikulum.
iii. Bimbingan Pencegahan yang merujuk kepada penggunaan pendekatan untuk mencegah atau menyekat kemungkinan berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti penyalahgunaan dadah, AIDS, kelakuan tidak bermoral dan sebagainya.
iv. Bimbingan Perkembangan yang merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang berusaha untuk memotivasikan individu supaya membentuk personaliti dan konsep kendiri yang positif ke arah mencapai prestasi diri yang lebih baik.
Namun ia hanya terlaksana di sekolah-sekolah kendalian KPM dan separa kendalian KPM seperti sekolah jenis kebangsaan cina atau tamil. Sekolah-sekolah persendirian (swasta) dan sekolah kendalian jabatan agama masih perlahan dari segi implementasi hal ini. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mengendalikan sekolah-sekolah agama di negeri berkenaan masih tidak melaksanakan sebarang inisiatif ini. Ketiadaan perjawatan dan portfolio khusus sebaliknya hanya dipangku oleh Guru Disiplin atau Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menjawab akan keraguan pelaksanaan aktiviti bimbingan dan kaunseling.
Jika faktor masa yang pendek dijadikan alasan ketiadaan penawaran perkhidmatan, ini merupakan satu alasan yang lemah kerana semua pelajar sekolah agama dalam masa yang sama merupakan pelajar di sekolah kebangsaan dan tempoh masa yang pendek tidak bermakna ketiadaan masalah yang perlu ditangani. Malah masalah yang serupa seperti yang diberikan dalam jadual jenis kesalahan disiplin di atas turut berlaku di sekolah rendah agama. Cuma kesalahan-kesalahan yang berlaku ini tidak direkodkan atau disenyapkan.
Kajian terhadap persepsi guru terhadap perkhidmatan ini juga perlu ditinjau kerana terdapat persepsi atau tanggapan yang salah dan kurang tepat berlaku di kalangan guru, pentadbir dan pelajar malah tidak terkecuali di kalangan guru besar. Justeru itu, tidak hairanlah set minda yang silap menatijahkan kegagalan dan kelemahan perlaksanaannya di sekolah-sekolah. Malah perubahan nama dari Unit Panduan Pelajar dan Kerjaya kepada nama kini iaitu Unit Bimbingan dan Kaunseling juga kerana ingin memperbetulkan salah tanggapan berkenaan. Nama awal dilihat sempit dan terkongkong Kajian terhadap persepsi guru terhadap perkhidmatan ini juga perlu ditinjau kerana terdapat persepsi atau tanggapan yang salah dan kurang tepat berlaku di kalangan guru, pentadbir dan pelajar malah tidak terkecuali di kalangan guru besar. Justeru itu, tidak hairanlah set minda yang silap menatijahkan kegagalan dan kelemahan perlaksanaannya di sekolah-sekolah. Malah perubahan nama dari Unit Panduan Pelajar dan Kerjaya kepada nama kini iaitu Unit Bimbingan dan Kaunseling juga kerana ingin memperbetulkan salah tanggapan berkenaan. Nama awal dilihat sempit dan terkongkong
Kajian terhadap keperluan perkhidmatan ini juga merupakan suatu yang mustahak. Pelbagai kajian telah dilakukan mendapati antara faktor kurang efektifnya perkhidmatan ini adalah disebabkan halangan keperluan. Keperluan seperti tanggungan beban mengajar, dana khas, fasiliti yang sesuai seperti bilik kaunseling dan rak bagi mempamerkan bahan berkaitan kerjaya dan peningkatan kendiri merupakan antara yang sering dibangkitkan. Bagi para guru bimbingan dan kaunseling pula, mereka sering menyatakan kekurangan dalam latihan dan pendedahan pengendalian sesi kaunseling semasa dalam tempoh belajar atau latihan pra-persediaan di pusat pengajian tinggi menjadikan mereka kurang yakin dalam melaksanakan perkhidmatan yang diharapkan.
Kajian oleh pengkaji terdahulu seperti Loser dan Nichols (1975), Suradi Salim (1991), Devikamani Menon (1983) merupakan sebahagian yang melaporkan dapatan terhadap keperluan berkaitan perkhidmatan ini. Justeru, penelitian terhadap keperluan perkhidmatan ini wajar diteliti bagi menilai keutamaan agar implementasi ia berjalan seperti yang sepatutnya.
Kajian berkenaan permasalahan yang memerlukan penglibatan peranan guru kaunselor dan unit bimbingan dan kaunseling juga perlu ditinjau. Sebahagian guru kaunselor dibebankan dengan beban mengajar dan beban pentadbiran yang tidak berkaitan bimbingan dan kaunseling. Masalah yang sepatutnya ditangani sebaliknya dibiarkan atau ditangani dengan kaedah yang tidak tepat dari prinsip kaunseling.
Kajian Bahmah dan Wan Marzuki Wan Jaafar (2012), Johari Talib (2009), Zubir (1974), Lim dan Menon (1982) serta Chiam (1982) cuba mendapatkan data mengenai masalah yang memerlukan peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti masalah sosio-emosi, penyesuaian dengan sekolah, masalah di dalam kelas, peperiksaan, buku teks dan masalah dengan guru. Persepsi guru terhadap masalah yang perlu ditangani oleh unit bimbingan dan kaunseling akan memberi kesan kepada pandangan guru terhadap perkhidmatan ini secara keseluruhan samada tinggi atau rendah.
Memandangkan keadaan ini, sudah tiba masanya pihak pentadbiran sekolah rendah agama dan jabatan untuk merangka strategi yang berkesan dalam memastikan perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan adalah pada tahap optimum dan sentiasa siap siaga mendepani masalah di peringkat sekolah.
1.3 Pernyataan Masalah
Peranan Guru Kaunselor atau Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dan Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) merupakan satu inisiatif mendepani pelbagai cabaran dan masalah dalam kalangan pelajar dan dapat menyokong misi sekolah.
Sekolah perlu mempunyai mekanisme berkesan bagi mengawal gejala buruk serta dapat meningkatkan pencapaian sahsiah dan akademik pelajar sekolah. Jumlah kesalahan jenayah dan disiplin sekolah semakin meningkat, kadar jenayah dan disiplin pelajar dewasa ini amat membimbangkan berdasarkan statistik dan data-data yang diperolehi seperti di dalam latar belakang masalah.
Sehubungan dengan keadaan ini, sudah tiba masanya sekolah-sekolah rendah agama menilai dan mempertimbangkan pembentukan Unit Bimbingan Kaunseling dan perjawatan guru bimbingan dan kaunseling (kaunselor) di sekolah bagi menangani pelbagai masalah dan cabaran di peringkat sekolah supaya keadaan ini di atasi agar iklim sekolah bertambah baik.
Oleh itu pengkaji ingin membuat kajian terhadap unit bimbingan dan kaunseling dan guru kaunseling di SRA JAWI dengan tumpuan kepada mengenal pasti hubungan pengalaman mengajar dengan peluang mengikuti latihan berkaitan bimbingan dan kaunseling, persepsi para guru, keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan masalah yang memerlukan peranan bimbingan dan kaunseling.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk : 1.4.1 Mengenal pasti persepsi guru SRA JAWI terhadap perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling. 1.4.2 Mengenal pasti keperluan dan latihan yang diperlukan bagi menggerakkan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SRA JAWI. 1.4.3 Mengenal pasti hubungan pengalaman mengajar guru dengan peluang
menjalani latihan berkaitan bimbingan dan kaunseling di SRA JAWI. 1.4.4 Mengenal pasti masalah yang memerlukan peranan unit bimbingan dan
kaunseling.
1.5 Persoalan Kajian
Berikut merupakan persoalan kajian ini : 1.5.1 Apakah persepsi guru SRA JAWI terhadap perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling? 1.5.2 Apakah keperluan dan latihan yang diperlukan bagi menggerakkan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling? 1.5.3 Apakah wujud hubungan di antara pengalaman mengajar seseorang guru
dengan peluang mengikuti latihan berkaitan bimbingan dan kaunseling di SRA JAWI?
1.5.4 Apakah masalah yang memerlukan peranan unit bimbingan dan kaunseling ?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting kerana hasil kajian ini akan menyediakan data dapatan mengenai keperluan dan peranan yang boleh dimainkan melalui pembentukan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) dan perlantikan guru khas bagi mengendalikan Unit Bimbingan dan Kaunseling di peringkat sekolah-sekolah rendah agama di Kuala Lumpur seterusnya digunapakai untuk membangunkan strategi dan sistem bimbingan dan kaunseling yang lebih baik.
Kajian ini dapat menyediakan maklumat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), sekolah dan pentadbiran sekolah mengenai persepsi guru-guru terhadap guru bimbingan dan kaunseling serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh unit bimbingan dan kaunseling.
Kajian ini juga dapat meninjau akan keperluan yang diperlukan oleh guru-guru bagi melengkapkan kemahiran dalam pengendalian bimbingan dan kaunseling serta lain- lain keperluan bagi rujukan JAWI dan pihak sekolah untuk perancangan kursus dan latihan yang sesuai. Kajian ini juga dapat mengenalpasti masalah-masalah pelajar yang perlu diberikan tumpuan oleh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (unit dan guru).
Seterusnya, kajian ini dapat mengetahui peranan yang diharapkan oleh para guru dapat dimainkan oleh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi mengatasi masalah- masalah yang berkaitan di sekolah. Data yang diperolehi daripada kajian ini akan dapat membuktikan bahawa terdapat keperluan untuk penambahbaikan dalam pengurusan bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah yang lebih sistematik.
Kajian ini mungkin membantu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) untuk menggubal dan melaksanakan strategi khusus bagi menangani masalah yang berkaitan dengan isu psiko-emosi di kalangan pelajar dan kakitangan.
1.7 Batasan dan Skop Kajian
Kajian ini dijalankan ke atas guru-guru berjawatan tetap yang mengajar di 11 buah Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi Zon II. Jumlah saiz populasi ialah 94 orang. Pihak berkepentingan di sekolah seperti pelajar, ibubapa dan persatuan PIBG tidak dilibatkan dalam kajian ini sebagai suatu limitasi. Skop kajian ini ialah untuk mengenal pasti : 1)Persepsi guru-guru SRA JAWI Zon II terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling 2)Keperluan yang diperlukan oleh unit bimbingan dan kaunseling serta guru bimbingan dan kaunseling 3)Hubungan pengalaman mengajar seseorang guru dengan peluang mengikuti latihan berkaitan
bimbingan dan kaunseling 4)Masalah yang memerlukan peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SRA JAWI.
1.8 Definisi Istilah
Tajuk kajian ialah Persepsi Guru Terhadap Keperluan Serta Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di SRA JAWI . Beberapa istilah penting yang akan digunakan dalam kajian ini ialah Bimbingan, Kaunseling dan Sekolah Rendah Agama (SRA).
1.8.1 Bimbingan
Bimbingan di dalam bahasa Inggeris disebut guidance menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159) ditakrifkan sebagai “perbuatan membimbing, memberi petunjuk ataupun memimpin seseorang”. Tujuan bimbingan adalah untuk meningkatkan prestasi pelajar dan memberikan kesedaran serta peluang yang ada. Individu yang terlibat dalam perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing yang kadangkala dipanggil fasilitator atau mursyid.
1.8.2 Kaunseling
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kaunseling membawa erti suatu proses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat. Kaunseling di dalam kajian ini ditinjau dari aspek mengkaunseling iaitu memberikan kaunseling oleh guru selaku kaunselor terhadap pelajar yang terlibat dalam delinkuensi.
Menurut Blocher dalam Shertzer & Stone (1974:12), Kaunseling adalah satu proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan/ atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkahlaku masa depan. Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang professional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya
1.8.3 Bimbingan dan Kaunseling
Menurut buku ‘Panduan Ulangkaji Bimbingan dan Kaunseling untuk Prasarjana Muda dan KPLI’ (2006) menyenaraikan tiga matlamat atau pendekatan bimbingan dan kaunseling iaitu :
i. Matlamat Akademik Pemilihan mata pelajaran, kemahiran belajar dan penempatan.
ii. Matlamat Kerjaya Tumpuan kepada usaha-usaha membantu pelajar memahami dan memilih maklumat yang berkiatan dengan perancangan masa depan atau kerjaya pelajar. Di
antra kaedah untuk membantu pelajar dalam aspek ini ialah: Ujian Inventori untuk mengenalpasti minat, bakat dan personaliti. Kedua ialah melalui pendidikan perkembangan kerjaya.
iii. Matlamat Psikososial dan Kesihatan Mental Tiga bidang utama iaitu pembentukan sahsiah, kemahiran psikososial (komunikasi, tegas diri dan pengurusan tekanan) dan kemahiran sosial (pengurusan diri dan perlindungan diri).
1.8.4 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah suatu perkhidmatan atau servis yang disediakan bagi memenuhi keperluan bimbingan dan kaunseling. Ia dikendalikan oleh guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling. Guru ini tidak semestinya digelar kaunselor atau mempunyai kelayakan sebagai kaunselor berdaftar dibawah Akta 580 atau dinamakan sebagai Akta Kaunselor 1998. Guru bimbingan dan kaunseling (GBK) di sini adalah semua guru yang dilantik secara khas di dalam perjawatan pendidikan dan telah mengikuti latihan khusus berkaitan.
1.8.5 Sekolah Rendah Agama (SRA)
Sekolah rendah agama di dalam kajian ini ialah semua sekolah yang berada dibawah kendalian Jabatan Agama islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) iaitu sekolah yang menawarkan perkhidmatan pendidikan agama atau subjek pendidikan al- azhari melibatkan 9 subjek ad-deen.
14
1.9 Kesimpulan
Berdasarkan perkara-perkara yang disebutkan, dapat di simpulkan di sini bahawa bab ini membuka permasalahan kajian yang berkaitan dengan persepsi guru terhadap keperluan serta perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SRA JAWI. Pengkaji cuba menjawab persoalan sebenar dalam kajian ini dengan mengemukakan latarbelakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan dan skop kajian serta definisi istilah. Kesemua topik tersebut membuka ruang kepada kupasan kajian yang ingin diselidiki.
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan
Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan latar belakang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (B&K) dari aspek: 1)Sejarah bimbingan dan kaunseling 2)Konsep, prinsip dan matlamat atau pendekatan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah 3)Persepektif Islam terhadap bimbingan dan kaunseling 4)Kajian-kajian dalam negara yang dijalankan oleh pengkaji terdahulu 5)Kajian- kajian luar negara yang dijalankan yang mempunyai kaitan dengan kajian ini.
2.2 Sejarah Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi sekolah di Malaysia bermula dengan program bimbingan kerjaya. Sejak 1930-an lagi buku panduan iaitu ‘A Guide to Career in Malaya for Parents, Teachers and Pupils’ oleh Jabatan Pelajaran Negeri- Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi sekolah di Malaysia bermula dengan program bimbingan kerjaya. Sejak 1930-an lagi buku panduan iaitu ‘A Guide to Career in Malaya for Parents, Teachers and Pupils’ oleh Jabatan Pelajaran Negeri-
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah di Malaysia secara rasmi bermula sejak tahun 1960 dengan Surat Pekeliling oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyarankan agar diwujudkan Guru Kerjaya. Kemudiannya, Surat Pekeliling KP 5209/30/(30) yang mengarahkan Pengarah Pelajaran Negeri supaya semua guru besar memberikan kemudahan tempat bagi aktiviti bimbingan dan panduan di sekolah masing-masing dan Surat Pekeling KP 5209/35/(40) pula, telah mewajibkan setiap sekolah rendah dan menengah melantik seorang guru bimbingan.
Tahun 1961, Jawatankuasa Penyelarasan Bimbingan Vokasional ditubuhkan dan penerbitan buku panduan ‘Handbook on Training Facilities in The Federation of Malaya’ dihasilkan. Tahun 1964, R.K Mackenie iaitu pakar perunding dari Kanada telah dijemput bagi memberi seminar, kursus sehingga terbitnya buku ‘Perkhidmatan Panduan di Sekolah’ pada tahun 1966 iaitu buku panduan mengenai bimbingan dan kaunseling (Mok Soon Sang, 2008:1).
Tahun 1969, seramai 275 orang guru dilatih khusus secara singkat di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras mengenai bimbingan dan kaunseling dan bermulanya Sijil Khas Bimbingan dan Kaunseling ditawarkan bermula di maktab berkenaan. Tahun 1968, jawatan Ketua Unit Panduan Pelajaran diwujudkan bagi tujuan bimbingan dan kaunseling dan panduan agar tidak mengajar lebih dari 25 waktu.
Mulai tahun 1972, peruntukan kewangan disediakan oleh kementerian bagi tujuan berkaitan. Pada tahun 1973, Unit Pendidikan Penyalahgunaan Dadah diwujudkan di sekolah-sekolah. Pada tahun 1975, jawatan Penolong Ketua Unit Panduan Kerjaya mula diwujudkan bagi menyokong usaha yang telah sedia dijalankan oleh hanya seorang guru sebelum itu.
Laporan Kabinet (1979) hasil Jawatankuasa Kabinet mengenai dasar pelajaran kebangsaan dan sistem pendidikan di Malaysia yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah memberikan laporan berikut di dalam Kajian Disiplin, Bab IV :
“238. Dalam Rancangan Perkhidmatan Kerjaya Sekolah-sekolah sehingga ke tahun 1978, sejumlah 3208 guru termasuk guru besar telah diberi kursus/latihan asas di dalam perkhidmatan bimbingan dan kerjaya.
239. Murid-murid mudah sekali dipengaruhi dan terpengaruh oleh sesuatu yang menarik yang dapat dilihat dalam persekitaran mereka. Walaupun diakui bahawa sifat semulajadi kanak-kanak suka meniru-niru sesuatu yang menarik itu adalah baik tetapi peniruan yang dilakukan hendaklah sentiasa diawasi supaya peniruan itu tidak menghasilkan kemerosotan dan keruntuhan disiplin. Dalam hal ini, bimbingan daripada guru-guru amatlah diperlukan.
239.1 Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan dan Kerjaya di sekolah-sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan-kegiatan panduan kerjaya sahaja”
Ekoran laporan ini, kursus-kursus Bimbingan dan kaunseling mula diperkenalkan di maktab-maktab perguruan sejak tahun 1980-an dan Unit Bimbingan dan Kaunseling ditubuhkan di bawah Hal Ehwal Murid. Tahun 1981 menyaksikan Unit Pendidikan dan Penyalahgunaan Dadah di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diubah namanya menjadi Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah dan empat pegawai.
Pekeliling Kementerian Pendidikan (1985); KP (BS) 859/Jld.2(29) telah mengarahkan penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah di semua sekolah-sekolah di Malaysia. Pada bulan Jun tahun 1996, jawatan kaunselor sekolah sepenuh masa mula diwujudkan (Amla Salleh,2006 : 13). Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah mengambil inisiatif awal dengan mengadakan Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu mulai akhir September tahun 2001 bagi memberi kemahiran dan latihan yang diperlukan oleh guru dan setelah tamat kursus ini akan ditempatkan sebagai Guru Bimbingan (Ibrahim Ahmad, 2002: 5).
2.3 Konsep Bimbingan dan Kaunseling
Adalah lebih baik kita memahami konsep bimbingan dan kaunseling terlebih dahulu dalam kajian ini. Kedua-duanya saling berkait dan seakan-akan sama.
2.3.1 Bimbingan
Bimbingan di dalam bahasa Inggeris disebut guidance berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159) ditakrifkan sebagai “perbuatan membimbing, memberi petunjuk ataupun memimpin seseorang”. Individu yang terlibat dalam perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing.
Crow dan Crow (1983) dalam Mok Soon Sang (2008 : 39) mentakrifkan bimbingan dalam konteks pendidikan merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada pelajar. Mathewson (1962) dalam Ibrahim
Ahmad (2002 : 7) mendefinisikan bimbingan sebagai satu proses yang profesional dan bersistematik yang bertujuan untuk menolong individu melalui cara pendidikan. Matlamat akhirnya ialah agar pelajar boleh membuat interpretasi untuk memahami potensi dengan lebih jelas dan menghubungkan diri mengikut nilai-nilai sosial di mana individu itu berada.
Secara ringkasnya bimbingan bermaksud satu proses pendidikan yang tersusun dan sistematik untuk memberi pertolongan positif kepada seseseorang individu memahami diri. Menggunakan potensi dan peluang pendidikan yang ada secar bijak untuk memajukan dirinya serta memperkembangkannya dengan lebih berkesan (Ibrahim Ahmad, 2002 : 7-8)
Manakala murid yang memerlukan bimbingan merujuk kepada murid yang menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun sosial. Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh murid dapat dikategorikan ke dalam dua kategori utama iaitu masalah akademik dan masalah emosi-sosial. Proses bimbingan yang berjalan akan memberi panduan atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan masalah tertentu (Mok Soon Sang, 2011:194)
2.3.2 Kaunseling
Kaunseling berasal dari perkataan Inggeris iaitu counselling diertikan sebagai advice or consultation. Ia didefinisikan sebagai satu proses teratur yg melibatkan perbincangan yg rapi tentang masalah yg dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005)
Kaunseling merupakan satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi ya ng dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik , baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan , kemajuan dan penyelesaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien (Akta Kaunselor 1998).
Kaunseling menurut Shertzer dan Stone (1968) ialah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan keupayaannya. Secara ringkas, kaunseling bermaksud penasihatan atau perundingan. G.S Belkin (1981) dalam bukunya ‘Practical Counselling in the Schools’ menyatakan bahawa bimbingan merangkumi aspek orientasi, inventori, maklumat pendidikan dan kerjaya. Manakala kaunseling merupakan penempatan dan perkhidmatan”
Bimbingan meliputi kaunseling iaitu kaunseling merupakan sub-elemen dalam bimbingan. Ini kerana bimbingan meliputi semua aktiviti dan penggunaan berbagai-bagai sumber seperti penasihatan, kaunseling, pemberian bahan maklumat, ujian, lawatan, ujian bakat, filem dan perbincangan di bilik darjah yang akan menolong murid membuat pilihan berhubung dengan perancangan dan objektif pendidikan. Bimbingan lebih luas berbanding kaunseling.
2.3.3 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Ee Ah Meng dan rakan penulis di dalam buku mereka ‘Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling’ (2011: 6-9) menyenaraikan 10 perkhidmatan yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling iaitu :
A. Inventori individu dan rekod
i. Mengendalikan semua fail bimbingan untuk setiap murid.
ii. Bertanggungjawab mengumpul dan merekod butiran-butiran berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran murid.
iii. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod murid. iv. Mengawasi perangkaan dan corak kehadiran murid yang dirujuk untuk tujuan kaunseling. v. Memberi maklumat objektif tentang pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran murid yang bermasalah untuk tujuan pemulihan. vi. Menjalankan kaji selidik jika perlu atau berguna bagi membantu murid.
B. Memberi maklumat
i. Mengumpul, menyedia dan menyebarkan maklumat kerjaya dan peluang-peluang belajar melalui risalah, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah.
ii. Menambah dan mengemaskini fail-fail maklumat kerjaya, akademik, sosial dan peribadi.
iii. Memberi maklumat atau penerangan tentang cara mendapatkan borang dan cara mengisi borang memohon melanjutkan pelajaran dan kerjaya. iv. Menyebarkan maklumat tentang pendidikan pencegahan dadah, dan bahaya merokok. v. Memberi maklumat tentang kerjaya dan pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat dari semasa ke semasa.
C. Bimbingan kelompok
i. Merancang dan menjadi penyelaras aktiviti-aktiviti bimbingan berkelompok dan penunjuk ajar atau fasilitator bagi aktiviti yang bersifat penyuburan.
ii. Menjalankan bimbingan atau kaunseling kepada kumpulan tertentu tentang topik yang sesuai dan bersifat penyesuaian atau pembaikan.
iii. Membantu murid meningkatkan prestasi akademik bagi mata pelajaran peperiksaan.
D. Kaunseling
i. Kaunseling dengan murid secara individu atau kelompok yang berkaiatan dengan pencapaian akademik yang tidak memuaskan, kes- kes rujukan oleh guru, ibubapa atau orang lain, masalah peribadi yang tidak mengancam keselamatan dan masalah-masalah berkaitan disiplin.
ii. Kaunseling keluarga boleh diadakan jika guru bimbingan yakin dapat mengendalikannya atau merasakan perlu diadakan.
iii. Kaunseling tunjuk ajar iaitu guru bimbingan mengadakan kelas untuk mengajar perkara yang berkaitan dengan pembentukan kendiri yang positif dan cara-cara mengelak terjerumus ke kancah gejala-gejala negatif.
E. Penempatan
i. Membantu murid menempatkan atau memilih aktiviti kokurikulum yang sesuai berdasarkan minat, kebolehan dan kemampuan murid.
ii. Membantu menempatkan murid lepasan sekolah rendah ke sekolah menengah atau memilih sekolah-sekolah yang bersesuaian dengan pencapaian kurikulum dan kokurikulum.
F. Mencegah penyalahgunaan dadah dan merokok
i. Mengadakan bimbingan individu atau kumpulan untuk memupuk sikap dan nilai membenci dadah dan tabiat merokok.
ii. Memberi bantuan atau pertolongan kepada murid yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah atau mernjadi perokok untuk mendpatkan rawatan atau pemulihan.
iii. Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan pejabat Pendidikan Daerah tentang program atau aktiviti berkiatan yang telah dijalankan.
G. Perundingan dan rujukan
i. Membantu bekas murid sekolah dalam soal peribadi, akademik, kerjaya dan sebagainya apabila diminta.
ii. Membantu pihak pentadbir dan kakitangan sekolah memahami program bimbingan di sekolah dengan lebih mendalam.
iii. Membantu ibubapa atau penjaga yang berkaitan dengan kebajikan murid. iv. Mengadakan rundingan dari semasa ke semasa dengan kakitangan sekolah tentang cara meningkatkan prestasi bimbingan di sekolah. v. Merancang cara yang paling berkesan untuk mengawasi kemajuan murid-murid bersama guru-guru lain. vi. Mengadakan prosedur-prosedur tertentu dalam merujuk kes-kes yang rumit kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar psikiatri, pegawai kebajikan dan sebagainya.
H. Penyelarasan sumber
i. Menjadi penyelaras aktiviti atau program yang berhubung dengan kebajikan murid-murid antara sekolah dengan agensi-agensi lain atau yang melibatkan orang kenamaan setempat.
ii. Menjadi sumber rujukan bagi aktiviti-aktiviti kokurikulum.
iii. Menjadi perancang dan penyelaras dalam usaha memperkenalkan aktiviti atau program bimbingan kepada agensi-agensi dan masyarakat setempat.
I. Perbincangan dengan ibubapa
i. Menjalinkan hubungan baik dan bekerjasama dengan ibubapa atau penjaga murid serta masyarakat setempat bagi tujuan mengawasi aspek akademik dan sahsiah.
ii. Menghubungi keluarga atau penjaga apabila kemajuan murid tidak memuaskan.
iii. Menjadi penyelaras program orientasi untuk murid-murid dan ibubapa atau penjaga.
iv. Mengadakan kaunseling keluarga jika terdapat masalah yang dihadapi oleh murid berpunca daripada keluarganya.
J. Penilaian
i. Membuat penilaian tentang program bimbingan di sekolah dengan tujuan membaikinya atau mempertingkatkan keberkesanannya dari aspek pencapaian objektif yang dirancang.
ii. Membuat penilaian terhadap modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan dalam program sekolah.
iii. Mewujudkan program kaunselor Tunas Pembimbing atau Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan merancang program yang sesuai dengan tahap pemikiran dan kebolehan murid di sekolah tersebut.
2.4 Bimbingan dan Kaunseling Menurut Perspektif Islam
Manusia menurut Islam terbahagi kepada dua unsur iaitu fizikal (jasmani) dan spiritual iaitu roh, nafsu dan akal. Sehubungan dengan itu, kesihatan dan pemeliharaan kedua-duanya adalah penting bagi berfungsi sebagai manusia dan hamba Allah yang sebaiknya.
Ujian dan dugaan adalah sunnatullah atau sesuatu ketetapan yang ditimpakan oleh Allah bagi semua hambanya sebagai bagi memberi latihan dan meningkatkan darjat. Ayat al-Quran dalam Surah al-Balad (90) ayat 4 menerangkan ini :
“Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia berada dalamsusah payah”
Maka petunjuk Allah dan risalah Nabawi jugalah memberikan jawapan bagi menghadapi ujian dan permasalahan yang berlaku. Surah al-Isra’ (17) ayat 9 :
“Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar”
Surah Yunus (10) ayat 57 :
“Hai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman”
Surah Fussilat (41) ayat 44 : ...
“Katakanlah: Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-
orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga
Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa jalan dan petunjuk Allah adalah cara terbaik dalam penyelesaian masalah iaitu Allah selaku tempat kembali segala- galanya dan Maha Penyelesai segala masalah. Metode kaunseling dalam Islam hendaklah secara lebut dan hikmah sepertimana ayat al-Quran dalam Surah an-Nahl (16) : 125.