DOKUMEN STANDARD PRASEKOLAH

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

PRASEKOLAH

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
2010

DRAF DAN SULIT

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan


ii

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

KANDUNGAN
muka
surat
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

v

KATA PENGANTAR

vi

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

1


FOKUS DAN ORGANISASI KURIKULUM

2

STANDARD KANDUGAN KURIKULUM

7

REKABENTUK KURIKULUM

15

PERUNTUKAN MASA

16

STANDARD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

21


STANDARD PENTAKSIRAN

24

STANDARD DOMAIN KREATIVITI

26

ORGANISASI DOKUMEN KURIKULUM STANDARD

28

KERANGKA KONSEP KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

29

BAHAGIAN A: STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN MENGIKUT TUNJANG

31


TUNJANG KOMUNIKASI - BAHASA MALAYSIA

33

TUNJANG KOMUNIKASI - BAHASA INGGERIS

45

TUNJANG KOMUNIKASI - BAHASA CINA

53

TUNJANG KOMUNIKASI - BAHASA TAMIL

65

TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI - PENDIDIKAN ISLAM

75


iii

DRAF DAN SULIT

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI - PENDIDIKAN MORAL

83

TUNJANG KETRAMPILAN DIRI - PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

91

TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA - PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PENJAGAAN

97

KESIHATAN
TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA - KREATIVITI


109

TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI – AWAL SAINS DAN AWAL MATEMATIK

117

TUNJANG KEMANUSIAAN

135

BAHAGIAN B: MODUL TERAS BERTEMA

145

LAMPIRAN – CADANGAN JADUAL WAKTU

229

PANEL PENGGUBAL


237

iv

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangankan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.


v

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

KATA PENGANTAR
Perkembangan dan pertumbuhan pesat berlaku dalam diri individu
kanak-kanak pada usia enam tahun yang pertama. Melalui asuhan
dan pendidikan yang sesuai, minda kanak-kanak ini dapat
dirangsangkan, sikap dan emosi yang positif dapat dibina, serta
kreativiti dan pemikiran kritikal dapat dijana. Berpandu kepada asas
ini, kanak-kanak ini akan lebih bersedia untuk menghadapi alam
persekolahan pada peringkat yang lebih tinggi. Hasil kajian jangka
panjang mendapati pelaburan pada peringkat awal kanak-kanak
memberi pulangan yang positif kepada kerajaan dan masyarakat.
Pada masa yang sama, semakin banyak hasil kajian neurosains
menunjukkan kaitan antara pendedahan rangsangan pada peringkat
awal dengan perkembangan minda kanak-kanak yang optimum.

penemuan, belajar melalui bermain, pendekatan bertema,
pendekatan bersepadu adalah ditekankan. Kriteria pemilihan aktiviti

memberi keutamaan kepada pengalaman yang menyuburkan
(enriching),penglibatan aktif (engaging), selamat (safe) dan
menyeronokkan (fun).

Menyedari hakikat ini maka pada tahun 1996, prasekolah telah
dimasukkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan dan pada
tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang pertama telah
dilaksanakan. Selepas lima tahun pelaksanaan, Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan 2003 telah disemak dan akhirnya Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah dihasilkan dan
dilaksanakan mulai 2010 di semua prasekolah kerajaan dan bukan
kerajaan.

Dalam usaha menyediakan KSPK, pelbagai pihak telah dilibatkan
seperti guru, pensyarah, pegawai dari Kementerian Pelajaran,
Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Institusi Pengajian Tinggi
Kerajaan dan Swasta, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan
tadika swasta. Kepada semua pihak yang telah memberikan
sumbangan kepakaran, masa dan tenaga, Bahagian Pembangunan

Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih.

KSPK digubal berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan
standard, berbentuk modular, dan berkisar pada enam tunjang yang
akan diteruskan pada sekolah rendah dan sekolah menengah.
Penggubalan KSPK mengambilkira keperluan bagi memastikan
kesinambungan antara KSPK dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) berlaku.
KSPK digubal berdasarkan kepada prinsip Amalan Bersesuaian
dengan Perkembangan Kanak-kanak dan teori pembelajaran kanakkanak. Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid, inkuiri

Bersesuaian dengan keperluan semasa dan berpandu kepada teori
pembelajaran yang menyatakan kanak-kanak mampu belajar lebih
daripada satu bahasa, maka KSPK memperuntukkan masa yang
lebih panjang untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa
Inggeris berbanding dengan apa yang terdapat dalam Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan 2003.

(DATU Dr HJ. JULAIHI HJ. BUJANG)

Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
2010

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

xii.
xiii.

MATLAMAT
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi
kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara
menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,
menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan
bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam
keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri
kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada
dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di
sekolah rendah kelak.

xiv.

xv.
xvi.
xvii.
xviii.
xix.

OBJEKTIF
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan
peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun
untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial,
intelek dan rohani seperti berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.

Membina kecergasan badan.
Mempunyai tubuh badan yang sihat.
Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
Mempunyai kematangan emosi.
Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara
berkumpulan.
Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya
membentuk perhubungan yang positif dengan orang
dewasa serta rakan sebaya.

Pendahuluan

1

Mengamalkan nilai murni.
Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
untuk murid beragama Islam.
Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa
Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan
harian.
Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses
sains asas.
Menggunakan kemahiran matematik asas dalam
menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.
Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif
dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
Mengembangkan daya kreatif dan estetika
Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

FOKUS
Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan
peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada
kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama
adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan
kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan
menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran
kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama
yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran
perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan
mengambil kira perbezaan antara individu.
Melalui proses
pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh
konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka
meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.

KOMUNIKASI
Kemahiran
berbahasa,
bahasa
Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa
Cina dan bahasa Tamil.

Pengetahuan dan kemahiran
matematik, penyelesaian masalah.
ICT.

ORGANISASI KURIKULUM

Amalan agama dan
kepercayaan, sikap & nilai
INSAN
SEIMBANG

KEMANUSIAAN

PERKEMBANGAN
FIZIKAL & ESTETIKA

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan
memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard
pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanakkanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan
dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran
asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut:
Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains
dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta
Perkembangan Ketrampilan Diri (rujuk Rajah 1). Untuk tujuan
kesinambungan, Tunjang-tunjang Pembelajaran ini adalah sama
dengan tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah.

Pendahuluan

KEROHANIAN, SIKAP
& NILAI

SAINS & TEKNOLOGI
Pendekatan Inkuiri, pengetahuan
sains, kemahiran saintifik dan
sikap saintifik

Perkembangan jasmani dan
kesihatan untuk kesejahteraan
diri
Pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasi

Ilmu dan amalan
kemasyarakatan & alam
sekitar setempat, negara &
global

KETRAMPILAN DIRI
Pemupukan kepimpinan dan
sahsiah diri melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum

Penghayatan semangat
patriotisme & perpaduan

Rajah 1: Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah

2

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi,
bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.

Tunjang Komunikasi
Tunjang ini terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris adalah wajib dipelajari oleh semua murid prasekolah.
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dipelajari oleh murid di prasekolah
yang beraliran bahasa Cina dan bahasa Tamil.

Pendidikan Moral
Pendidikan moral prasekolah memberi fokus kepada pelakuan
moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid
berada di prasekolah. Pendidikan moral tidak dijalankan melalui
aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang
dijalankan dalam prasekolah. Nilai-nilai murni Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan adalah seperti berikut: kepercayaan
kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih,
hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan,
keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan,
toleransi, berdikari dan berdisiplin.

Fokus utama Tunjang Komunikasi adalah Kemahiran Bahasa dan
Seni Bahasa. Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran
mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan
peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni Bahasa merujuk
kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui
kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan
sajak.
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Tunjang Ketrampilan Diri - Perkembangan Sosioemosi
Tunjang Kerohanian, sikap dan nilai merangkumi pendidikan Islam
dan pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid
beragama Islam selama dua jam seminggu. Pendidikan Moral
dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.

Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada perkembangan
sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah
di prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi
mereka kurang stabil dan mantap. Perkembangan sosioemosi
merangkumi aspek mengenali dan mengurus emosi sendiri,
pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif
serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial.
Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak
berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi
menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat,
semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
lain.

Pendidikan Islam
Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas
tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah
Syahadah.
Murid prasekolah belajar
bersuci, berwuduk,
melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak
Rasulullah dan melakukan amalan harian mengikut adab. Pada
masa yang sama murid ini juga mengenal asas bahasa Al Quran,
huruf hijjaiyah dan Jawi serta menghafaz beberapa surah pendek
dan doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam

Pendahuluan

3

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Perkembangan Kreativiti

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetik merangkumi
Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta
Perkembangan Kreativiti

Perkembangan kreativiti merangkumi seni visual, pendidikan muzik
serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini lebih menekankan
proses daripada produk. Kanak-kanak diberi peluang untuk
menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam
aktiviti kreativiti.

Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan
Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang
menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal
adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan
fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam
melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk
menulis dan melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti
memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan.
Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk
meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar serta
kordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini. Perkara yang
dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat,
menyambut objek, membaling objek serta postur yang betul
semasa duduk.

Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan
apresiasi. Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan
memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya.
Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan karya. Apresiasi seni
melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga
menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta
hasil kerja orang lain.
Pendidikan Muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman awal
untuk memainkan perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau
objek improvisasi, dan apresiasi muzik.
Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi aktiviti drama dan gerakan
kreatif di mana murid diberi peluang untuk main peranan, berlakon,
menari dan membuat gerakan secara kreatif.

Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan
penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan
pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan
memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Secara
lazimnya kanak-kanak yang mempunyai badan yang sihat dapat
memberi tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan
mempunyai konsep kendiri yang positif. Tunjang ini juga
menekanan aspek keselamatan diri daripada sumber yang mungkin
menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka
termasuk langkah menjaga kehormatan diri.

Pendahuluan

Aktiviti tunjang ini bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan
daya kreativiti tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif
pembelajaran tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif
sentiasa digunakan semasa pembelajaran bahasa, matematik dan
lain-lain.

4

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Tunjang Sains dan Teknologi – Awal Sains dan Awal
Matematik

konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari
pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua
aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang
menyeronokkan.

Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains, awal
matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan
penggunaan ICT.

Tunjang Sains dan Teknologi juga menyediakan peluang kepada
murid prasekolah menggunakan komputer untuk melakukan
tugasan tertentu. Penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran
asas sahaja.

Awal Sains
Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk
meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan
peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang
positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk.
Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains
seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan
piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan.
Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan(contoh: tumbuhan,
haiwan), alam bahan (contoh: objek yang tenggelam dan timbul, air,
magnet) dan alam fizikal (contoh: pelangi,cuaca). Tunjang ini lebih
mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan
pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan
dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.

Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Kemanusian memberi peluang kepada kanak-kanak
supaya lebih
memahami diri sendiri,
lebih memahami
perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam
sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab
diri dalam perhubungan-perhubungan ini. Tunjang ini juga memberi
penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum
di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan
pelbagai kaum ini.
Tunjang Kemanusian menggariskan skop dan konteks
pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh
digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran.

Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat
hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan
objek seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep
penghubung, lingkungan serta awal
matematik tetapi untuk
meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus.

Modul Asas dan Modul Bertema
Pendidikan prasekolah dilaksanakan melalui modul asas dan modul
bertema.

Awal Matematik
Modul Asas
Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik
kepada murid prasekolah. Pengalaman ini termasuk konsep
pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang,
Pendahuluan

Modul Asas merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina(untuk prasekolah yang aliran bahasa Cina), Bahasa

5

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Tamil(untuk prasekolah yang aliran bahasa Tamil), Pendidikan
Islam, Pendidikan Moral, Matematik dan Permainan Luar.

saya. Contoh tema yang boleh dibina untuk Negara saya adalah
Perayaan Hari Raya, Kemerdekaan Negara, Lagu dan Muzik
tradisional. Contoh tema yang boleh dibina untuk Alam Hidupan
adalah Haiwan dan Tumbuhan. Contoh tema yang boleh dibina
untuk Alam Bahan adalah Air dan Pakaian. Contoh tema yang
boleh dibina untuk Alam Fizikal adalah Cuaca.

Secara umumnya modul asas bertujuan untuk penguasaan literasi
awal 4M (membaca, menulis, mengira, menaakul). Modul teras juga
merangkumi Pendidikan Islam yang perlu diajar oleh guru agama
yang bertauliah. Pendidikan Moral diajar semasa murid beragama
Islam belajar Pendidikan Islam, maka ia perlu dikelaskan sebagai
modul teras asas. Kanak-kanak pada umur ini perlu diberi waktu
khas untuk aktiviti fizikal di luar, maka Aktiviti Luar juga dianggap
sebagai modul teras asas.

Aktiviti rutin
Aktiviti rutin adalah penting dalam pendidikan prasekolah. Aktiviti
rutin merangkumi aktiviti seperti pengurusan diri, perbualan pagi,
refleksi sebelum balik, membaca doa dan makan semasa rehat.
Aktiviti rutin mengambil lebih kurang 30% daripada masa
prasekolah. Kandungan dalam aktiviti rutin merangkumi kesemua
tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

Modul asas diberi masa yang khas dalam jadual waktu prasekolah.
Pada awal tahun modul asas mengambil masa lebih kurang 35%
daripada waktu prasekolah, tetapi pada akhir tahun, peratus masa
ini mungkin berkurangan jika murid didapati sudah menguasai
kemahiran asas 4 M.

Modul Bertema
Pengajaran dan pembelajaran prasekolah sesuai dilaksanakan
melalui tema yang membawa makna kepada kanak-kanak. Modul
Bertema menyepadukan
kesemua tunjang dalam Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan termasuk juga bahasa, pendidikan moral
dan matematik. Pada awal tahun, modul teras tema mengambil
masa lebih kurang 35% masa prasekolah tetapi pada akhir tahun,
peratus masa perlu dinaikkan.
Guru boleh menentukan tema pembelajaran mengikut keperluan
murid,
keperluan
setempat
dan
keperluan
semasa.
Walaubagaimanapun, adalah dicadangkan tema-tema ini dibina
berdasarkan kategori berikut: Diri saya, Negara saya, Alam
Hidupan, Alam Bahan dan Alam Fizikal. Contoh tema yang boleh
dibina untuk Diri saya adalah Sekolah saya, Kawan saya, Keluarga
Pendahuluan

6

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

STANDARD KANDUNGAN
Jadual 2: Standard Kandungan
untuk Komunikasi - Bahasa Inggeris

Jadual 1: Standard Kandungan
untuk Komunikasi - Bahasa Malaysia
Fokus

Pada akhir prasekolah murid boleh:

Kemahiran
Mendengar

Mendengar dengan penuh perhatian.
Mendengar dan mengecam bunyi perkataan.

Kemahiran
Bertutur

Berinteraksi dengan mesra.
Merangsang pertuturan melalui soal jawab.
Melafazkan puisi dengan intonasi yang betul.
Menceritakan semula apa yang didengar.
Melakonkan watak-watak mengikut situasi.

Kemahiran
Membaca

Mengenal bentuk huruf A - Z.
Mengenal huruf vokal.
Mengenal huruf konsonan.
Membina dan membaca sukukata.
Membaca perkataan.
Membaca frasa.
Membaca ayat tunggal yang mudah.
Membaca ayat dalam konteks.
Memahami bahan-bahan bacaan yang dibaca.
Membaca buku dengan cara yang betul (prabaca).
Mengamalkan tabiat membaca.

Kemahiran
Menulis

Pendahuluan

Focus

At the end of preschool students are able to:

Listening
and
speaking
skills

Listen to and discriminate sounds.
Listen to and understand meaning of simple
words.
Acquire and use simple phrases and statements.
Listen to and follow simple instructions.
Listen to and enjoy nursery rhymes, action songs,
poems and stories.
Sing songs and recite rhymes and poems.
Tell simple stories.
Dramatize familiar situations and stories.
Perform a variety of language forms and functions
in a social context.
Ask simple questions.

Pre reading
Skills

Understand that printed materials contain
meaning.
Acquire knowledge of print and ethics in reading.

Reading
Skills

Identify letters of the alphabet.
Read simple words with understanding.
Read phrases with understanding.
Read simple sentences with understanding.
Develop interest in reading.

Writing
skills

Acquire pre-writing skills.
Acquire writing skills.

Menguasai kemahiran pratulis
Menguasai kemahiran menulis.

7

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Jadual 4: Standard Kandungan
untuk Komunikasi - Bahasa Tamil

Jadual 3: Standard Kandungan
untuk Komunikasi - Bahasa Cina
Fokus
Fokus

Pada akhir prasekolah murid boleh:

Kemahiran
Mendengar

Mendengar dengan penuh perhatian.

Kemahiran
Bertutur

Berinteraksi dengan sopan.

Kemahiran
Mendengar dengan penuh perhatian.
Mendengar Mendengar dan mengecam bunyi perkataan.
dan Bertutur Menyebut apa yang didengar.
Memberi jawapan kepada soalan yang
dikemukakan.
Bertutur dengan menggunakan perkataan, frasa,
ayat yang sesuai.
Bertanyakan soalan.
Melakonkan watak-watak mengikut situasi.

Berinteraksi secara soal jawab
Melakonkan watak-watak dalam cerita yang
didengar.
Menceritakan apa yang didengar semula
menggunakan ayat yang mudah.

Kemahiran
Membaca

Kemahiran
Membaca

Mengenal kaitan antara gambar dan perkataan.
Membuat persediaan membaca.
Membaca frasa.
Membaca ayat.
Memahami bahan-bahan bacaan yang dibaca.

Kemahiran
Menulis

Membina tabiat membawa.

Pendahuluan

Mengenal dan membaca huruf.
Membaca perkataan.
Membaca dengan sebutan yang betul.
Membaca menggunakan pelbagai bahan bacaan.
Menggabungkan huruf supaya menjadi perkataan
dan membaca.
Memahami bahan-bahan bacaan yang dibaca.

Mengenal frasa.

Kemahiran
menulis

Pada akhir prasekolah murid boleh:

Menguasai kemahiran pratulis.
Menulis perkataan.

8

Menguasai kemahiran pratulis
Menguasai kemahiran menulis.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Jadual 5: Standard Kandungan untuk
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam
Fokus

Pada akhir prasekolah murid boleh:

Aqidah
Ibadah

Mengetahui Rukun Iman.
Mengetahui Rukun Islam.
Melafazkan Kalimah Syahadah.
Melakukan wuduk
Mendirikan solat.
Bersuci dari najis.

Sirah

Mengetahui Sirah Rasullullah S.A.W.

Akhlak

Mencontohi akhlak Rasullullah S.A.W. iaitu sabar,
bercakap benar, rajin, bijaksana dan amanah.
Melakukan amalan seharian mengikut adab
seperti melafazkan doa.
Mengenal bahasa Al- Quran
Mengenal huruf jawi.
Menghafaz beberapa surah dari juzu‟ Amma.

Asas
Bahasa Al
Quran dan
Tulisan Jawi

Pendahuluan

Jadual 6: Standard Kandungan untuk
Tunjang Ketrampilan Diri - Perkembangan Sosio-Emosi
Fokus
Mengenali
Mengurus
Sendiri.

9

Pada akhir prasekolah murid boleh:
dan Mengenali emosi sendiri.
Emosi Mengurus emosi sendiri.
Mengenali emosi orang lain.

Mencapai Emosi
yang Positif

Membina konsep kendiri.
Membina semangat dan sikap yang positif.
Membina keyakinan untuk berkomunikasi.
Membina kebolehan mengawal diri.

Membina
Kemahiran Sosial

Memahami keperluan, perasaan dan
pandangan orang lain.
Menggunakan kemahiran sosial dalam
interaksi.
Menyelesaikan konflik yang berlaku
semasa aktiviti kelas.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Jadual 7: Standard Kandungan untuk
Kerohanian, Sikap dan Nilai - Pendidikan Moral

Fokus

Pada akhir prasekolah murid boleh:

Kerajinan

Mengamalkan sikap rajin dalam perlakuan
harian.
Mengamalkan sikap kerjasama dengan
rakan, jiran dan masyarakat setempat.

Fokus

Pada akhir prasekolah murid boleh:

Kepercayaan
kepada Tuhan

Mengetahui dan menghormati kepercayaan
dan pantang larang pelbagai kaum.

Baik hati

Membantu ahli keluarga, warga sekolah dan
orang lain.

Bertanggungjaw
ab

Bertanggungjawab
persekitaran kelas.

Berterima Kasih

Mengamalkan sikap berterima kasih.

Hemah tinggi

Beradab sopan dalam pergaulan seharian.

Berdikari

Mengamalkan
sikap
pengurusan diri.

Hormatmenghormati

Menghormati anggota keluarga.
Menghormati orang dewasa,
masyarakat setempat.

Berdisiplin

Mengamalkan sikap berdisiplin dalam kelas.

Kasih Sayang

Menyayangi diri, keluarga dan orang di
sekeliling.

Keadilan

Mengamalkan sikap adil dalam perlakuan
seharian.
Berinteraksi dengan yakin di sekolah.

Kerjasama

Keberanian
Kejujuran

Pendahuluan

terhadap

diri

rakan

Kesederhanaan

Mengamalkan sikap berjimat cermat dalam
penggunaan barang keperluan.

Toleransi

Mengamalkan sikap sabar dalam perlakuan
seharian.

dan

Mengamalkan sikap bertolak ansur dengan
rakan sebaya.

dan

Mengamalkan sikap jujur dalam diri dan
pergaulan dengan ahli keluarga, rakan dan
guru.

10

berdikari

dalam

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Jadual 8: Standard Kandungan untuk Tunjang Fizikal dan
Estetika – Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

Jadual 9: Standard Kandungan
untuk Tunjang Fizikal dan Estetika - Kreativiti

Fokus

Pada akhir prasekolah murid boleh:

Fokus

Pada akhir prasekolah murid boleh:

Perkembangan
Motor Halus

Melakukan kemahiran motor halus.
Melakukan kemahiran koordinasi mata
tangan dalam perkembangan motor halus.

Seni Visual

Perkembangan
motor kasar

Melakukan kemahiran motor kasar
lokomotor.
Melakukan kemahiran motor kasar bukan
lokomotor.
Melakukan kemahiran koordinasi mata dan
tangan dalam perkembangan motor kasar.

Mengetahui dan menggunakan pengetahuan
tentang bahan dan teknik dalam
menghasilkan karya seni.
Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan
karya.
Menunjukkan apresiasi seni.

Kesihatan Fizikal

Menjaga kebersihan diri.
Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat.

Kesihatan
Persekitaran

Menjaga kebersihan.
Mengamalkan langkah-langkah pencegahan
jangkitan penyakit.

Keselamatan

Mengenali sumber yang menyebabkan
kemalangan dan bahaya.
Mengamalkan langkah keselamatan diri.
Menjaga kehormatan diri.

Pendahuluan

Muzik

Drama &
Gerakan Kreatif

11

Mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi.
Mengambil bahagian dalam aktiviti
memainkan perkusi.
Mengambil bahagian dalam aktiviti
penerokaan bunyi.
Menunjukkan apresiasi Muzik.
Mengambil bahagian dalam drama dan
gerakan kreatif.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Jadual 10: Standard Kandungan untuk Tunjang Sains dan
Teknologi – Awal Sains dan Awal Matematik
Fokus

Pada akhir prasekolah murid boleh:

Sikap saintifik

Mempamerkan sikap saintifik iaitu
sistematik, sifat ingin tahu dan
bertanggungjawab.

Kemahiran
Saintifik

Membuat pemerhatian ke atas objek dan
fenomena alam di persekitaran.
Membuat pengukuran menggunakan unit
bukan piawai.
Membanding dan mengelaskan objek.
Membuat ramalan berdasarkan pengalaman
lepas..
Menyelesaikan masalah kehidupan harian
secara hands-on.

Menyiasat Alam
Hidupan

Menyiasat Alam
Bahan

Pendahuluan

Memperoleh pengetahuan asas tentang
bahagian badan.
Meneroka alam sekitar menggunakan organ
deria.
Meneroka bahagian-bahagian tumbuhan
iaitu daun, bunga, buah serta pertumbuhan
biji benih.
Menjalankan penerokaan ke atas ciri,
habitat, cara pergerakan, jenis makanan
haiwan jinak yang biasa dijumpai.
Meneroka sifat bahan seperti timbul dan
tenggalam, pemelarutan serta tarikan boleh
magnet.

12

Fokus

Pada akhir prasekolah murid boleh:

Menyiasat Alam
Fizikal

Meneroka fenomena alam yang biasa yang
dijumpai, iaitu awan, cuaca, pelangi dan
bayang-bayang.

Pengalaman
Pranombor

Memadankan objek 1:1.
Membandingkan kuantiti objek.
Membuat seriasi mengikut satu ciri.
Mengecam corak berulang dan membina
pola.

Konsep Nombor

Memahami nombor 1-10 (menyebut,
membilang, menulis).
Mengetahui sifar.
Memahami nombor 10-20 (menyebut,
membilang, menulis).
Memahami siri 20, 30, 40 dan 50.

Operasi Nombor

Memahami operasi tambah dalam
lingkungan 10.
Memahami operasi tolak dalam lingkungan
10.

Nilai wang

Mengecam duit yang berlainan nilai.

Konsep Waktu

Memahami waktu dalam konteks kehidupan
seharian.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Fokus

Pada akhir prasekolah murid boleh:

Bentuk dan
Ruang

Mengetahui kedudukan objek dalam ruang
(depan, belakang, atas, bawah, luar, dalam,
kiri, kanan).

Jadual 11: Standard Kandungan
untuk Tunjang Kemanusiaan
Fokus

Pada akhir prasekolah murid boleh:

Diri saya

Mengetahui tentang latar
belakang/sejarah diri saya
Mengetahui kebolehan diri.
Mengetahui hak diri sendiri.

Saya dan Keluarga

Mengetahui keluarga terdekat (datuk,
nenek, ibu. bapa, adik beradik).
Mengetahui kediaman keluarga.

Saya dan Rakan

Mengetahui tentang rakan.

Saya dan Sekolah

Mengetahui sekolah saya.

Saya dan Komuniti

Mengamalkan semangat bermasyarakat.
Mengenali ahli komuniti.
Menyambut perayaan mengikut kaum di
masyarakat Malaysia.

Mengetahui bentuk yang biasa dijumpai di
persekitaran (segitiga, bulat, segi empat,
kon, sfera, selinder, kiub).
Pembinaan(constr
uction)

Membina penghubung antara dua objek.
Membina lingkungan.
Membuat pelbagai binaan mengikut
kreativiti sendiri.

Penggunaan ICT

Menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi secara accountable dan
beretika.
Memilih dan mengaplikasikan sumber ICT
yang sesuai.
Menggunakan ICT untuk meningkatkan
pembelajaran.

Saya
dan
Sekitar

Alam Menghayati keindahan alam sekitar.
Memahami perhubungan antara manusia
dan alam sekitar.
Menjaga alam sekitar.

Saya dan Warisan Mengenal pakaian tradisional pelbagai
Budaya
kaum di Malaysia.
Menghayati lagu dan muzik pelbagai
kaum di Malaysia.
Mengenal permainan tradisional pelbagai
kaum di Malaysia.
Pendahuluan

13

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Fokus

Saya dan
Malaysia

Pendahuluan

Pada akhir prasekolah murid boleh:
Mengenal seni dan kraf tradisional
pelbagai kaum di Malaysia.
Mengenal peralatan tradisional pelbagai
kaum di Malaysia.
Mengenal makanan tradisional pelbagai
kaum di Malaysia.
Mendengar cerita rakyat pelbagai kaum di
Malaysia.
Negara Menghormati lambang kebangsaan dan
negeri.
Menghormati pemimpin.
Mengetahui simbol awam.
Menyambut Hari Kemerdekaan.
Mengetahui keistimewaan negara.

14

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

REKABENTUK KURIKULUM

Modul Asas

Dua ciri utama Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah
kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular.

Modul Asas terdiri daripada Komponen Bahasa (Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil), Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik. Waktu yang
khas diperuntukkan untuk pengajaran setiap komponen ini.

Kurikulum Berasaskan Standard
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dibangunkan berasaskan
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai
oleh murid. Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti
dan kualiti. Ekuiti membawa maksud semua murid diberi peluang
pendidikan yang sama, kualiti membawa maksud bahawa semua
murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Lantaran matlamat
kurikulum berasaskan standard adalah untuk memberi pendidikan
berkualiti yang sama kepada semua murid.

Modul Bertema
Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi
unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif,
kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakan isu
kehidupan seharian kanak-kanak.

Teori Pembelajaran yang dijadikan fokus
Standard Kandungan merupakan penyataan spesifik tentang
perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berlandaskan
prinisip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan dan teori
pembelajaran konstruktivisme di mana:
 Murid membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak
dijalankan secara spoon feeding.
 Murid diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.
 Perbezaan individu dibenarkan.
 Murid belajar mengikut kadar sendiri.
 Guru mengajar dengan mengaitkan pengalaman seharian
murid.

Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau
indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku
(behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard
kandungan.
Kurikulum Berbentuk Modular
Kurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum yang
kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam
bentuk bahagian atau unit,bahagian atau unit ini dinamakan modul.
Dua jenis modul diwujudkan, iaitu Modul Asas dan Modul Bertema.

Pendahuluan

15

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

7. Jika di dalam sesuatu tadika terdapat lima orang murid atau
lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu
hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang
bertauliah, sekurang-kurangnya dua jam seminggu.

PERUNTUKAN MASA DALAM PRASEKOLAH
Peruntukan masa minimum
Peruntukan waktu minimum berikut hendaklah dipatuhi:

8. Jika di dalam sesuatu tadika terdapat lima orang murid atau
lebih yang bukan beragama Islam, maka murid-murid itu
hendaklah diberikan pengajaran Pendidikan Moral sekurangkurangnya dua jam seminggu.

1. Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya empat
jam sehari (termasuk masa rehat), iaitu, sejumlah 20 jam satu
minggu untuk kanak-kanak yang berumur 5+.
2. Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya tiga jam
setengah sehari (termasuk masa rehat), iaitu, sejumlah 17 ½
jam satu minggu untuk kanak-kanak yang berumur 4+.
3. Bahasa Malaysia hendaklah digunakan sebagai bahasa
instructional sekurang-kurangnya 10 jam seminggu di kelas
prasekolah yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar.
4.

Bahasa Malaysia hendaklah digunakan sebagai bahasa
instructional sekurang-kurangnya 6 jam seminggu di kelas
prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar.

5. Bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa
instructional sekurang-kurangnya 10 jam seminggu di kelas
prasekolah yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar.
6. Bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa
instructional sekurang-kurangnya 6 jam seminggu di kelas
prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar.

Pendahuluan

16

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Jadual 13: Cadangan peruntukan waktu untuk Modul Asas dan
Modul Bertema di prasekolah yang bahasa pengantarnya
Bahasa Cina , Bahasa Tamil atau bahasa pengantar lain

Peruntukan masa mengikut modul asas dan modul bertema
Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P)
prasekolah diagih berdasarkan modul asas dan modul bertema
seperti di Jadual 12 dan 13. Walau bagaimanapun peruntukan
waktu ini seharusnya fleksibel dan guru boleh mengubahsuai jadual
waktu mengikut kesesuaian setempat dan keperluan murid.

Bil.

Modul

Peruntukan
Masa
Seminggu
(minit)
Aktiviti Rutin(lebih kurang 30% daripada masa P & P)
1
Rutin pagi
50
2
Perbualan Pagi
100
3
Rehat
150
4
Refleksi sebelum balik
50
Jumlah
350
Modul Asas (lebih kurang 35% daripada masa P & P))
4
Bahasa Malaysia
90
5
Bahasa Inggeris
90
6
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
120
7
Aktiviti Luar (outdoor activity)
80
8
Matematik
40
Jumlah
420
Modul Bertema (lebih kurang 35% daripada masa P & P)
9
Modul bersepadu merangkumi elemen430
elemen dalam keenam-enam tunjang
termasuk bahasa, pendidikan moral dan
matematik

4
5
6
7

Bil.

Pendahuluan

Peruntukan Masa
Seminggu (minit)

Aktiviti Rutin(lebih kurang 30% daripada masa P & P)
1
Rutin pagi
50
2
Perbualan Pagi
100
3
Rehat
150
4
Refleksi sebelum balik
50
Jumlah
350
Modul Asas (lebih kurang 40% daripada masa P & P)

Jadual 12: Cadangan peruntukan waktu untuk Modul Asas dan
Modul Bertema di prasekolah yang bahasa pengantarnya
Bahasa Malaysia

Jumlah
Jumlah minit seminggu

Modul

8
9

Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa
pengantar Lain
Aktiviti Luar(outdoor activity)
Matematik
Jumlah

90
90
(120) *
90
80
40
510

Modul Bertema (lebih kurang 30% daripada masa P & P)
10
340
Modul bersepadu merangkumi
elemen-elemen dalam keenam-enam
tunjang termasuk bahasa, pendidikan
moral dan matematik
Jumlah
Jumlah minit dalam satu minggu

340
1200

* untuk murid yang beragama Islam sahaja
Oleh kerana salah satu fokus utama Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan adalah penguasaan literasi asas 4M (membaca,
menulis, mengira dan menaakul) maka adalah dicadangkan modul
asas diberi peruntukan waktu yang lebih banyak pada awal tahun.
Bila murid sudah mulai menguasai kemahiran literasi asas ini,
peruntukan waktu Modul Asas boleh dikurangkan seperti di Rajah
2.

430
1200

17

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Pengajaran dan pembelajaran di prasekolah perlu bermakna dan
bersifat kontekstual kepada murid, maka pendekatan bertema
adalah digalakkan. Modul bertema menyepadukan Standard
Pembelajaran dari pelbagai tunjang mengikut tema yang berkaitan
dengan kehidupan seharian murid. Peruntukan waktu untuk Modul
Bertema boleh ditambah secara beransur-ansur dari awal tahun ke
ahkir tahun seperti yang dicadangkan dalam Rajah 2 dan Rajah 3.
Jumlah waktu yang ditambah untuk modul bertema boleh
ditentukan oleh guru sendiri. Modul bertema akan membawa lebih
makna kepada murid bila mereka sudah mempunyai literasi asas
dalam bahasa pengantar yang berkenaan.

100%
Modul Teras Asas
60%

65%

0%
Awal tahun

84%

o
o
o

Aktiviti Rutin
Awal tahun

Bermain dengan buaian, gelongsor dll
Main pasir, main air, main pondok
Berlari, menyambut bola, melompat

Rutin pagi yang dinyatakan dalam Jadual 12-13 merangkumi
pengurusan diri, berbaris, menyanyikan lagu, doa, tanda
kedatangan.

0%
Akhir tahun

Aktiviti semasa rehat yang dinyatakan dalam Jadual 12-13
merangkumi doa, makan, gosok gigi, main bebas(free play).

Rajah 2: Cadangan Peratus Peruntukan Waktu untuk Modul Teras
Asas dan Modul Bertema di kelas prasekolah yang bahasa
pengantarnya Bahasa Malaysia

Pendahuluan

Akhir tahun

Aktiviti Luar yang dinyatakan dalam Jadual 12 - 13 adalah aktiviti
yang dilakukan di luar bilik darjah. Antara contoh aktiviti yang boleh
dijalankan adalah:

30%

0%

0%

Rajah 3: Cadangan Peratus Peruntukan Waktu untuk Modul Teras
Asas dan Modul Bertema di kelas prasekolah yang bahasa
pengantarnya bukan Bahasa Malaysia

Modul Bertema

30%

30%
Aktiviti Rutin

100%
Modul Teras Asas

84%

Modul Bertema

30%

Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan tidak formal dan
kanak-kanak memerlukan persekitaran fizikal dan sosial yang tidak
rigid untuk memastikan pembelajaran yang berkesan dan
bermakna. Jadual waktu prasekolah adalah fleksibel di mana guru
boleh mengubahsuai jadual waktu mengikut keperluan semasa.

100%

100%

18

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Peruntukan waktu mengikut bahasa instructional
Jadual 15: Cadangan peruntukan waktu untuk prasekolah yang
bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia

Selaras dengan usaha memartabatkan bahasa Malaysia dan
meningkatkan
bahasa
Inggeris,
prasekolah
dikehendaki
menggunakan bahasa pengantar seperti di Jadual 14, 15 dan 16.

Bidang Pembelajaran
Bil.

Jadual 14: Peruntukan Masa Minimum untuk Bahasa Instructional
dalam Kelas Prasekolah
Bil.

Bahasa Instructional

Peruntukan Masa Minimum
Seminggu untuk kelas prasekolah
yang bahasa pengantarnya(minit)
Bahasa Malaysia
Bahasa
Pengantar lain

1
2
4

Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina/ Bahasa
Tamil/ Bahasa Inggeris
JUMLAH

600
600

1200

1
2
3
4
5
6

Rutin pagi *
Perbualan Pagi
Rehat
Refleksi sebelum balik
Modul asas BM
Modul bertema** yang
dikendalikan dalam BM
7
Modul asas BI
8
Modul bertema** yang
dikendalikan dalam BI
9
Pendidikan
Islam/Pendidikan Moral
10
Aktiviti Luar
11
Matematik
Jumlah minit seminggu

400
400
400
1200

Peruntukan Masa Seminggu (minit)
Diajar
Diajar
Jumlah
dalam BM dalam BI
30
20
10 x 5
60
40
20 x 5
90
60
30 x 5
30
20
10 x 5
90
90
100
100
90
330
120
40
40
600

90
330
120

40
600

80
40
1200

Nota:
*Rutin pagi merangkumi aktiviti pengurusan diri, berbaris,
menyanyikan lagu, doa, tanda kehadiran.
** Modul Bertema menyepadukan elemen bahasa, sains,
matematik, kemanusiaan, muzik, seni visual, perkembangan sosio
emosi, pendidikan moral dan perkembangan fizikal.

Pendahuluan

19

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Jadual 16: Cadangan peruntukan waktu untuk prasekolah yang
bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia (BC/BT)
Bidang Pembelajaran
Bil.

1
2
3
4
5
6

Rutin pagi *
Perbualan Pagi
Rehat
Refleksi sebelum balik
Modul asas BM
Modul bertema** yang
dikendalikan dalam BM
7
Modul asas BI
8
Modul bertema** yang
dikendalikan dalam BI
9
Modul asas BC/BT
10
Modul Bertema yang
berunsurkan Pendidikan
Moral yang dikendalikan
dalam BC/CT /Pendidikan
Islam
11
Aktiviti Luar
12
Matematik
Jumlah minit seminggu

Peruntukan Masa Seminggu
dikendalikan dalam bahasa
(minit)
BM
BI
BC/BT
Jumlah
dalam
seminggu
10
20
20
10 x 5 = 50
20
40
40
20 x 5 = 100
30
90
30
30 x 5 = 150
10
20
20
10 x 5 = 50
90
90
200
200
90
140

40
400

400

90
140
90
120

90
120

40
40
400

80
40
1200

Sila rujuk Lampiran untuk contoh jadual waktu.

Pendahuluan

20

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan



STANDARD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Standard Pengajaran dan Pembelajaran menerangkan apa yang
perlu diketahui dan dilakukan oleh guru prasekolah semasa
pengajaran dan pembelajaran.
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Pertama: Guru
prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan
kanak-kanak.






Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kedua: Guru
prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian
dengan tahap perkembangan kanak-kanak(developmentally
appropriate) supaya pembelajaran berkesan dan membawa
makna kepada murid.

Guru perlu membuat perancangan jangkamasa panjang
(contohnya Rancangan Tahunan) dan jangkamasa pendek
(contohnya Rancangan Harian) berdasarkan keperluan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang dapat
menyokong perkembangan murid dalam aspek berikut:
o Kreativiti
o Pemikiran logikal
o Kemahiran Menaakul
o Perkembangan Rohani
o Pembentukan sikap positif dan nilai murni
o Perkembangan fizikal dan kesihatan
o Kreativiti dan estetika
Guru memilih kandungan, bahan dan kaedah pengajaran
yang sesuai dengan minat, tahap kebolehan, pengalaman
dan pengetahuan murid-murid.
Guru membimbing dan menjadi fasilitator dalam
pembelajaran murid dengan:
o Mengenalpasti dan memberi respons kepada
diversiti murid dan menggalak semua murid berfikir
secara kritis dan kreatif.
o Memodelkan proses berfikir kritis dan kreatif.

Pendahuluan

Guru
menggunakan
pendekatan
pengajaran
dan
pembelajaran yang menyokong pembangunan komuniti
murid yang kreatif dan berfikiran terbuka dengan:
o Menunjukkan sikap positif terhadap idea baru murid.
o Memberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam
proses membuat keputusan.
o Memberi tanggungjawab kepada murid terhadap
pembelajaran mereka sendiri.



21

Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan berikut
mengikut kesesuaian standard kandungan dan standard
pembelajaran yang hendak dicapai:
o Pembelajaran Berpusatkan murid
o Inkuiri Penemuan
o Belajar Melalui Bermain
o Pendekatan Bersepadu
o Pendekatan Bertema
o Pembelajaran Berasaskan Projek
o Pembelajaran Masteri (terutamanya dalam
penguasaan bahasa dan kemahiran)
o Pembelajaran
Kontekstual
(menggunakan
pengalaman murid, alam persekitaran murid)
o Pembelajaran
berdasarkan
kepelbagaian
kecerdasan (Multiple intelligence)

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan















Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keempat: Guru
prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
kondusif dalam bilik prasekolah.

Guru
prasekolah
menjalankan
pengajaran
dan
pembelajaran yang mengambil kira tentang:
o Kebolehan dan aras perkembangan kognitif kanakkanak
o Teori perkembangan kanak-kanak.
o Keadaan setempat.
o Keperluan individu murid.







Guru
prasekolah
mengendalikan
pengajaran
dan
pembelajaran dalam bentuk aktiviti kumpulan, individu dan
kelas.
Guru prasekolah merancang aktiviti harian berpandu
kepada aktiviti yang dicadangkan dalam Jadual 12-16:
Cadangan Peruntukan Masa untuk Pengajaran dan
Pembelajaran dalam Kelas Prasekolah.
Guru prasekolah perlu mengendalikan perbualan pagi dan
refleksi setiap hari.
Guru prasekolah perlu memastikan rutin harian dikendalikan
dengan baik setiap hari.
Guru prasekolah sentiasa berinteraksi dengan murid dan
menggalakkan interaksi antara murid.
Guru prasekolah sentiasa menggalakkan murid terlibat
secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Guru prasekolah sentiasa menggalakkan murid untuk
mengemukakan idea mereka, bersikap inquisitive dan
bersikap terbuka.





Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kelima: Penglibatan
ibubapa dan komuniti setempat amat penting dalam
pendidikan awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang
penting dalam membina perhubungan antara sekolah dan
ibubapa murid.




Standard Pengajaran dan Pembelajaran Ketiga: Guru
prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan
menggunakan pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di
Standard Pentaksiran.

Pendahuluan

Guru prasekolah menyediakan persekitaran yang selamat,
ceria, selesa dan mesra dalam kelas.
Guru prasekolah mewujudkan pusat-pusat pembelajaran
dalam kelas prasekolah.
Guru prasekolah melengkapkan pusat pembelajaran
dengan bahan yang sesuai, mencukupi dan updated.
Guru prasekolah memastikan pusat pembelajaran sentiasa
kemas.
Guru prasekolah melibatkan murid dalam merekabentuk
pusat pembelajaran.



22

Pihak pengurusan sekolah dan guru perlu cuba menjalinkan
perhubungan yang baik dengan ibubapa/penjaga melalui
pelbagai cara.
Guru perlu membantu pihak pengurusan sekolah
membentuk
jawatankuasa
yang
melibatkan
waris/ibubapa/penjaga murid.
Guru
perlu
mengaturkan
perjumpaan
dengan
ibubapa/penjaga secara berkala, sekurang-sekurangnya
dua kali setahun.
Pihak sekolah dan guru perlu melibatkan ibubapa dalam
program dan aktiviti sekolah seperti Hari Sukan, Hari
Keluarga, Gotong Royong, lawatan dan program
keibubapaan.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan







Guru perlu memberi penerangan tentang kurikulum
prasekolah termasuk kaedah pentaksiran kepada ibubapa.
Pihak pengurusan sekolah dan guru membuat lawatan ke
rumah untuk murid yang bermasalah jika perlu.
Guru perlu berusaha mewujudkan kesinambungan
pengajaran dan pembelaran dari sekolah ke rumah.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keenam:
Guru
Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid
keperluan khas dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu
membantu mengenalpasti murid keperluan khas ini dan
memberi nasihat yang bersesuaian kepada ibubapa.




Guru perlu mengenalpasti murid keperluan khas
menggunakan borang pengesanan yang telah disediakan.
Pihak pengurusan dan guru perlu menasihatkan ibubapa
untuk menghantar murid tersebut ke sekolah pendidikan
khas jika perlu.

Pendahuluan

23

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Standard Pentaksiran Kedua: Pentaksiran harus dijalankan
keatas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi
dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

STANDARD PENTAKSIRAN
Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang
perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan
pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.



Standard Pentaksiran Pertama: Pentaksiran harus dijalankan
konsisten dengan tujuan pentaksiran yang ditetapkan.




Tujuan pentaksiran adalah untuk:
o Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan
peringkat umur.
o Mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi
memperkukuh
dan
mempertingkatkan
perkembangan mereka secara menyeluruh.
o Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid
dalam pembelajaran dari semasa ke semasa.
o Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid
dalam semua aspek yang dirangkumi dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
o Mengesan keberkesanan pengajaran guru.




Hasil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu guru
merancang tindakan susulan yang berkesan untuk:
o Mengem