FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN

Muhammad Haniff Hassan 2003

PENDAHULUAN

Awal abad 21 ini menyaksikan Islam ibarat sedang diadili oleh masyarakat dunia. Walau pun sebelum ini pun Islam sering menerima tohmah dan hukuman, namun selepas peristiwa 911, pencerobohan ke atas Afghanistan dan Iraq, pengeboman di Bali, Riyadh dan Moroko serta penangkapan JI di rantau ini menjadikan ‘perbicaraan’ ke atas Islam semakin gencar.

Walau bagaimana pun, ‘perbicaraan’ yang sedang berlaku tidak sedikit menjejas arus kebangkitan Islam. Sebaliknya ia semakin menguatkan semangat ramai umat Islam untuk bangkit membela agamanya dan tidak mengurangkan pula arus kemasukan golongan bukan Muslim ke dalam agama ini.

Sebagai reaksi dengan suasana dunia hari ini, arus kebangkitan Islam semakin deras. Kederasan arus ini telah menarik bersamanya, pelbagai anak muda Muslim untuk mencebur dalam usaha dakwah.

Kebersamaan lebih ramai umat Islam dalam usaha dakwah adalah satu perkembangan yang positif. Namun, Islam menuntut umatnya untuk melaksanakan tugas dakwah ini dengan ilmu. Apatah lagi, medan dakwah hari ini merupakan satu medan yang sofistikated. Ia memerlukan disiplin ilmu tersendiri untuk menjayakannya dengan benar.

Dua perkara penting sebagai bekal ilmu bagi aktivis dakwah;

1. Menguasai ilmu yang dikenali sebagai Fiqh Dakwah.

2. Memastikan Fiqh Dakwah yang dikuasai mempunyai sandaran dalam Al- Quran dan Sunnah

Buku kecil yang dinamakan Fiqh Dakwah Dalam Al-Quran ini ditulis bukan bertujuan untuk membekalkan para pembacanya dengan ilmu dakwah yang komprehensif.

Ia bertujuan untuk

a. Mengajak para pembaca untuk melihat isu-isu yang berkaitan dengan dakwah di bawah bimbingan Al-Quran. Hal ini adalah kerana dakwah sebagai salah satu kewajiban agama tidak boleh dioperasikan tanpa mengambilkira petunjuk-petunjuk yang ada dalam Al-Quran, rujukan utama Islam.

b. Dengan sentiasa melihat isu dakwah di bawah bimbingan Al-Quran akan mendekatkan diri pendakwah dengan Al-Quran. Ini merupakan elemen penting dalam pembentukan peribadi pendakwah kerana Al-Quranlah yang membezakan para pendakwah dengan aktivis sosial yang lain.

c. Membimbing para pembaca untuk berfikir bersama ayat-ayat Al-Quran dan membina keupayaan untuk mengaitkannya dengan masalah kehidupan, khususnya masalah dakwah yang dihadapi. Terlalu banyak ayat Al-Quran yang menganjurkan umatnya untuk berfikir. Maka pendakwah tidak boleh dibentuk secara dogmatik. Pendakwah juga tidak boleh menyampaikan dakwahnya secara dogmatik. Maka budaya berfikir mengenai apa yang tersurat dan tersirat adalah penting. Tiada satu yang lebih penting bagi umat Islam untuk berfikir dengannya selain dari ayat-ayat Al-Quran yang mereka baca.

Kandungan buku ini asalnya adalah tulisan yang ditulis secara mingguan oleh penulis dan dikirmkan kepada pelbagai kumpulan e-mail (mailing group). Sejajar dengan budaya pembaca e-mail, tulisan ini ditulis dengan memetik satu atau dua ayat dari Al-Quran sahaja. Ayat-ayat berkenaan diperjelaskan berdasarkan satu tema yang ada padanya. Dari tema itu, diambil beberapa pengajaran pula.

Pendekatan berfokus ini hanyalah bertujuan untuk meringkaskan pembacaan sesuai dengan media yang digunakan. Pastinya setiap ayat itu mempunyai banyak lagi pengajaran dan isu yang dapat dihuraikan. Setelah membaca buku ini, diharapkan para pembaca dapat berusaha untuk berfikir akan apakah lagi pengajaran yang dapat diambil dari ayat-ayat berkenaan, bertanya kepada orang yang arif mengenai dapatannya dan berkongsi pula dengan yang lain.

Tumpuan buku ini kepada Al-Quran bukanlah bermakna penulis menafikan peranan Sunnah bagi para pendakwah. InsyaAllah penulis akan menulis pula, dengan konsep yang sama, Fiqh Dakwah Dalam Sunnah.

Buku ini amat sesuai dijadikan bahan perbincangan dan tazkirah dalam sesi-sesi perbincangan bagi aktivis dakwah.

Semoga Allah taala menerima usaha ini sebagai amal soleh yang berterusan manfaatnya.

Muhammad Haniff Hassan 2003

PENGENALAN KEPADA PENULIS MUHAMMAD HANIFF B. HASSAN

Latarbelakang Pendidikan

• Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah & Undang-undang), Fakulti Pengajian Islam, Univerisiti Kebangsaan Malaysia, 1993

• Madrasah Aljunied Al-Islamiah, 1987

• Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, 1979

• Griffith Primary School, 1977

Pekerjaan

• Pengurus, Sekretariat, PERDAUS (Kini)

Penglibatan & Sumbangan

• Ahli, Panel Penasihat Pendidikan Agama, MUIS 2003

• Ahli, Lembaga Penasihat Syariah, Keppel Insurance - SGM (Kini dikenali sebagai Lembaga Penasihat Syariah, HSBC Insurance) 2000 – sekarang

• Ahli, Jawatankuasa Pengurusan Madrasah Al-Irsyad, 1996 – sekarang

• Ahli, Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Ulama & Guru-guru Agama Singapura (PERGAS), 2001 - sekarang

• Pensyarah, Diploma Pengajian Al-Quran & As-Sunnah, AIM – PERDAUS (Kini)

• Penyunting & Penulis, Majalah At-Takwin, (Kini)

• Kounselor Agama bagi ruang Kemusykilan Agama, Berita Minggu (Kini)

• Penyumbang artikel bagi Berita Harian & Berita Minggu

• Lembaga Rayuan Syariah, 1997 – 2001

• Ahli, Jawatankuasa Pendidikan Awam, Jabatan Pembangunan Keluarga, MUIS, 2000

• Naib Pengerusi, Jawatankuasa Pembangunan Masjid Al-Istighfar, 1997 - 1999

• Ahli, Jawatankuasa Latihan Asatizah, Jabatan Pendidikan Agama, MUIS, 1996 - 1998

Bidang Pengkhususan

• Pengurusan & pentadbiran organisasi

• Pengurusan madrasah sepenuh masa

• Pengurusan madrasah separuh masa

• Pendidikan jarak jauh bagi program pengajian Islam

• Pembangunan program latihan

• Perancangan & pengendalian bengkel latihan bagi lembaga masjid, belia dan aktivis organisasi Islam

• Kajian akademik

• Perancangan dakwah

• Undang-undang Islam

• Penulisan & penerbitan buku dan majalah

Buku-buku Yang Diterbitkan

• Muslim.. Moderat.. Singaporean / Muslim.. Moderate.. Singaporean (dwi- bahasa), terbitan bersama LPM Alkhair dan PERDAUS, 2003.

• Pesanan Perjuangan, terbitan PERDAUS, 2002

• Noktah Hitam : Ajaran Sesat Di Singapura, terbitan MUIS, 2001. Satu projek kerjasama antara MUIS dan PERDAUS

• Pandangan Umum Islam Terhadap Kesihatan & Perubatan, terbitan PERDAUS, 2001

Kertas Seminar

• Pendidikan Islam Di Singapura, Seminar Pendidikan Islam di Pusat Pengajian Tinggi ASEAN III, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia & Jabatan Agama Islam Melaka, Melaka, 2001.

• Ajaran Sesat Di Singapura, Seminar Ajaran Sesat Serantau, Kolej Ugama Islam Malaysia, Kuala Lumpur, 2000.

• Penerapan Fiqh Kontemporari Dalam Konteks Masyarakat Kosmopolitan Singapura, Muzakarah Ulama II, MABIMS, Penang, 1997

FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN 1 MELAKUKAN DAKWAH DENGAN BERFIKIR DAN BERAMAL DENGAN KEJELASAN

Allah berfirman yang bermaksud

"Maka tatkala rasa takut telah hilang dari Ibrahim dan berita gembira telah datang kepadanya, dia pun bersoal jawab dengan (malaikat-malaikat) Kami tentang kaum Luth. Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar orang yang penyantun dan suka kembali. Hai Ibrahim, tinggalkanlah soal jawab ini, sesungguhnya telah datang ketetapan Tuhanmu, dan sesungguhnya mereka itu akan didatangi azab yang tidak dapat ditolak." (Hud : 74-76)

Fiqh Da'wah

1. Dakwah harus melahirkan da'i yang berfikir dan berkeyakinan diri untuk berhujah.

2. Walau pun berhadapan dengan perintah Allah taala, ia tidak menghalang nabi Ibrahim untuk berhujah dan menyatakan pandangannya.

3. Anak buah gerakan dakwah, tidak seharusnya mengikut arahan sahaja tetapi tetap berfikir dan taat dengan kejelasan, harus berani dan berkeyakinan untuk menyampaikan pandangan dan berhujah.

4. Allah taala tidak menyalahkan atau mencela Ibrahim atas soalannya bahkan memuji beliau. Allah taala hanya memaklumkan bahawa walau pun ia mempunyai pandangan tetapi telah cukup tempoh yang diberi bagi kaum Lut sehingga mewajarkan azab ke atas mereka.

5. Pemimpin haruslah memimpin du`at untuk berfikir dan beramal atas kejelasan bukan taat buta.

6. Pemimpin haruslah berjiwa besar untuk bersedia menerima pandangan dan

7. Dakwah bukan indoktrinasi bukan dogma dan cuci otak.

Rujuk juga kisah nabi Ibrahim meminta Allah taala untuk menunjukkan kepadanya bagaimana Dia menghidupkan makhluk yang telah mati di Al- Baqarah : 260

FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN 2 DAKWAH HENDAKLAH MENGEMUKAKAN ALTERNATIF

Allah taala berfirman yang bermaksud

"Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergegas-gegas. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji. Lut berkata 'Hai kaumku, inilah puteri-puteri (negeri)ku mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal." (Hud : 78)

Fiqh Dakwah

1. Nabi Lut bukan hanya menyalahkan kaumnya dan mengkritik kesalahan mereka tetapi mengemukakan alternatif bagi menyelesaikan masalah mereka dengan menawarkan anak perempuannya.

2. Pendakwah bukan hanya mengkritik tetapi juga mengemukakan penyelesaian dan alternatif.

3. Setengah ahli tafsir menyatakan puteri-puteri yang ditawarkan memang anak nabi Lut. Jika ini benar, maka ia menggambarkan tahap pengorbanan yang tinggi untuk dakwah - kesanggupan untuk menyerahkan anak-anak sendiri asal sahaja ia dapat mengubah perangai buruk umatnya.

FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN 3 USAHA UNTUK MELINDUNGI DAKWAH

Allah taala berfirman yang bermaksud

"Lut berkata Seandainya aku ada mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat" (Hud : 80)

"Mereka berkata Hai Syuaib, kami tidak mengerti apa yang kamu katakan itu dan sesungguhnya kami benar-benar melihat kamu seorang yang lemah di antara kami; kalau tidaklah kerana keluargamu tentulah kami telah merejam

Fiqh Dakwah

1. Lut berharap mempunyai sokongan keluarga yang kuat bagi menyokong dakwahnya. Kaum nabi Syuaib pula terhalang dari mengganggu beliau kerana keluarganya yang berada dibelakangnya.

2. Gerakan dakwah pada ketika lemah hendaklah berusaha untuk membina sokongan dari sumber kekuatan atau tampuk kuasa bagi menjaga dakwahnya dari gangguan musuh dan menjaga para pendakwahnya. Tampuk kuasa ini boleh dalam bentuk naungan keluarga yang kuat atau individu atau kuasa lain.

3. Adalah menjadi kebijaksanaan pendakwah untuk sentiasa mencari sumber kekuatan ini setiap masa dan memenangi sokongan mereka.

4. Walaupun dakwah kita adalah benar dan dijanjikan bantuan Allah yang maha agung, tapi ia tidak bermakna kita harus berdiam diri dari berusaha untuk menjaga keamanan dakwah dan pendakwah.

5. Hakikat ini ditunjukkan juga oleh Rasulullah s.a.w yang sentiasa membina kekuatan bagi menjaga dakwahnya dengan berlindung di bawah Abu Talib, keluarganya Bani Hashim, berlindung di bawah kabilah ketika pulang dari Taif dan memerintah sahabatnya untuk berlindung di Habsyah.

6. Walau bagaimana pun, perlulah dipastikan bahawa perlindungan ini diterima dari elemen yang boleh dipercayai (tidak semestinya muslim) dan tidak menggadaikan prinsip Islam.

FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN 4 KEPENTINGAN KEPEKAAN TERHADAP PERSEKITARAN DAKWAH & PERKEMBANGAN SEMASA

Allah taala berfirman yang bermaksud

"Alif Laam Miim. Telah dikalahkan bangsa Rumawi. Di negeri yang terdekat, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang. Dalam beberapa tahun (lagi). Bgai Allahlah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman. Kerana pertolongan Allah, Dia menolong siapa yang dikehendakiNya. Dan Dialah Yang maha Perkasa lagi Maha Penyayang." (Ar-Rum : 1-5)

Fiqh Dakwah

Dalam keadaan teknologi dan sistem komunikasi yang tidak canggih, Rasulullah tetap mengambil tahu akan peristiwa yang berlaku di tempat lain. Pendakwah adalah kelompok yang paling utama untuk bersifat peka terhadap isu semasa.

2. Kita bukan hanya mengambil berat akan apa yang berlaku terhadap umat Islam tetapi juga terhadap umat lain kerana Rasulullah s.a.w mengambil berat terhadap nasib bangsa Rumawi.

3. Simpati kita terhadap nasib buruk bukan hanya kepada umat Islam tetapi juga umat lain.

4. Bersimpati dan menyokong musuh yang lebih ringan mudaratnya adalah dibenarkan asalkan sahaja tidak menyebabkan mudarat yang lebih besar. Rasulullah s.a.w bersimpati terhadap bangsa Rumawi yang bukan Islam kerana sebagai penganut agama Kristian mereka lebih dekat dengan Islam dari bangsa Parsi yang beragama Majusi.

5. Pendakwah haruslah bijak untuk mengenalpasti golongan bukan Islam, yang mana seperti Majusi dan yang mana seperti Rumawi dalam konteks yang dihadapinya kerana orang bukan Islam bukan semuanya sedarjat.

6. Pendakwah haruslah sentiasa dinamik dalam melayani golongan bukan Islam. Musuh hari ini tidak semestinya menjadi musuh akan datang. Memberi sokongan hari ini tidak semestinya memberi sokongan berterusan pada masa akan datang kerana walau pun Rasulullah pernah bersimpati kepada bangsa Rumawi tetapi apabila kedaan telah berubah, ia memerangi mereka sebagaimana yang berlaku dalam Perang Mu'tah dan Tabuk.

FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN 5 DAKWAH IALAH SERUAN KEPADA BERFIKIR & IMAN ATAS DASAR ILMU

Allah taala berfirman yang bermaksud

"Dan sesungguhnya telah Kami anugerahkan kepada Ibrahim hidayah Kebenaran sebelum (Musa dan Harun), dan adalah Kami mengetahui (keadaan)nya. (Ingatlah) ketika Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya 'Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadah kepadanya?'. Mereka menjawab 'Kami mendapati bapa-bapa kami menyembahnya'. Ibrahim berkata 'Sesungguhnya kamu dan bapamu berada dalam kesesatan yang nyata'." (Al- Anbiyaa' : 52 - 54)

Fiqh Dakwah

1. Perbuatan nabi Ibrahim a.s bertanya kepada bapanya mengajar pendakwah 1. Perbuatan nabi Ibrahim a.s bertanya kepada bapanya mengajar pendakwah

2. Melakukan sesuatu perbuatan hanya berdasarkan ikut-ikut (taqlid) sahaja adalah dikeji dalam Islam. Walau pun, ayat ini bercakap mengenai orang bukan Islam tetapi hukumnya umum kepada semua hatta dalam mengamalkan Islam sekali pun. Maka sebab itu ulama mengeji taqlid. Siapa yang menunaikan solat semata-mata hanya kerana ikut-ikut (taqlid) sahaja, walau pun solatnya sah, tetapi perbuatannya itu dicela oleh agama kerana Islam harus diamalkan atas ilmu dan keyakinan. Begitulah juga dalam dakwah, ia tidak boleh dilaksanakan atas ikut-ikut (taqlid). Sesiapa yang merasa bangga bersama dengan kumpulan dakwah (Perdaus, Pergas, Darul, Muhammadiyah) tetapi tidak mempunyai ilmu mengenai fikrah, wawasan dan pegangannya, sesungguhnya dia telah tertipu. Lebih buruk lagi jika dia memandang rendah orang lain kerana 'kejahiliyahan' mereka.

FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN 6 MENGAMBIL KIRA PERSEPSI UMUM

Allah taala berfirman yang bermaksud

"Mereka berkata 'Sesugguhnya jika kita telah kembali (dari Perang Bani Mustaliq) ke Madinah, benar-benar orang yang kuat (Abdullah b Ubai dan kelompoknya) akan mengusir orang-orang yang lemah (Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya)'. Padahal segala kemulian itu kepunyaan Allah, RasulNya dan orang-orang beriman tetapi orang-orang unafiq itu tidak mengetahui." (Al-Munafiqun : 7)

Kata-kata di atas adalah tukilan dari kata-kata Abdullah b Ubai b Salul (ketua golongan Munafiqin) ketika dalam perjalanan pulang ke Madinah dari Perang Bani Mustaliq. Apabila kata-kata ini dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w oleh sahabat yang mendengarnya, Umar r.a mencadangkan agar Abdullah b Ubai b Salul dibunuh sahaja. Rasulullah s.a.w melarangnya dengan kata-kata "Aku tidak mahu orang berkata Muhammad membunuh sahabatnya sendiri."

Rujuk sebab turun ayat ini dalam buku tafsir.

Fiqh Dakwah

1. Memberi pertimbangan terhadap pandangan manusia dan masyarakat terhadap tindakan kita adalah wajar dan pernah menjadi pertimbangan Rasulullah s.a.w sebagai sebahagian dari kebijaksanaan dalam melakukan dakwah.

2. Walau pun pertimbangan ini tidak wajib, tetapi kepentingannya bergantung dengan kecil atau besar maslahat yang perlu dijaga dalam mengambil kira pandangan orang lain. Semakin besar mudarat, jika tidak mengambil kira pandangan masyarakat, semakin penting pertimbangan terhadapnya.

3. Walau pun dakwah seharusnya bersifat mengislah (merubah) dan tidak konformis (conformist) tetapi mengabaikan sama sekali pandangan masyarakat terhadap tindakan kita adalah tidak wajar. Yang seperti itu, adalah pendakwah kepala batu dan egois.

4. Sememangnya usaha dakwah tidak akan mampu untuk menjadikan semua pihak gembira dengan kita, maka sebab itu kita memerlukan bimbingan Allah taala dalam membuat pertimbangan seperti ini - bila perlu meraikan pandangan masyarakat dan bila tidak perlu. Untuk itu, hubungan yang rapat dengan Allah taala, doa yang berterusan, istikharah dalam membuat keputusan dan bersyura adalah satu keperluan bagi pendakwah.

FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN 7 DASAR DALAM MEMBANGUN IMEJ GERAKAN DAKWAH

Allah taala berfirman yang bermaksud

"Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang faqir, maka menyembunyikannya itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah : 271)

Fiqh Dakwah

1. Allah taala menganjurkan kita menyembunyikan sedekah / amal dakwah kita. Namun Allah taala juga membenarkan kita untuk menampakkannya. Yang demikian itu, dikatakan oleh para ulama, dalam situasi yang boleh menarik orang untuk mencontohi perbuatan kita, bergabung dalam kerja dakwah dan mencapai maslahat-maslahat dakwah yang penting.

2. Oleh itu, tidak semua usaha dakwah yang ditonjol-tonjolkan itu tercela atau dianggap sebagai menyeleweng dari jalan dakwah.

3. Tidak dinafikan bahawa riya' itu adalah satu perkara yang halus yang 3. Tidak dinafikan bahawa riya' itu adalah satu perkara yang halus yang

4. Walau bagaimana pun, tidak salah untuk kita saling memberi peringatan dan menasihat kerana agama adalah nasihat. Cuma, di sana jelas berbeza antara memberi nasihat dengan menghukum.

5. Perlu juga dibezakan antara menonjolkan individu yang melakukan dakwah dan mempromosi organisasi dakwah kerana mempromosi organisasi tidak bermakna mempromosi mana-mana individu. Riya' pula wujud dalam diri individu bukan organisasi. Walau pun mempromosi organisasi boleh juga menimbulkan riya' di kalangan individu dalam organisasi itu tetapi risikonya tidaklah sebesar mempromosi individu, maka berbezalah juga hukumnya.

FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN 8 MANUSIA BERBEZA-BEZA, SETIAP SATU ADA HUKUMNYA

Allah taala berfirman yang bermaksud

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan terhadap (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikit pun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepada mu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dnegan mereka. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang Muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia.

Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian berhijrah dan berjihad bersamamu, maka orang-orang golonganmu juga (juga). Orang-orang yang mempunyai kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang bukan kerabat) di dalam Kitab Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Al-Anfaal : 72, 74 & 75)

Fiqh Dakwah

1. Allah taala menyebut beberapa kelompok orang beriman dalam kumpulan ayat ini

a. mereka yang beriman, berhijrah bersama nabi dan berjihad.

b. mereka yang memberi perlindungan kepada mereka yang berhijrah.

c. mereka yang tidak dapat berhijrah.

d. mereka yang berhijrah dan berjihad terkemudian.

e. mereka yang beriman dan mempunyai hubugan kerabat.

2. Setiap satu dari kelompok ini, Allah menyatakan kelebihan, hak dan tangungjawab masing-masing atau mempunyai hukum yang berbeza-beza.

3. Ini mengajar pendakwah akan kepentingan untuk sentiasa melihat manusia sebagai kelompok-kelompok tertentu (human segmentation) yang setiap satu mempunyai karakteristik yang berbeza dan perlu dilayan dan diberi hukum yang berbeza.

4. Ini sekali lagi mengingatkan kita bahawa hukum alam kehidupan manusia ialah mereka bukan makhluk yang homogenous - serupa dalam semua perkara. Pendakwah haruslah sentiasa meraikan hakikat ini dalam berinteraksi dengan manusia. Orang beriman itu berbagai-bagai kedudukan dan orang kafir juga berbagai-bagai kedudukannya.

5. Kegagalan untuk memahami hakikat ini boleh menatijahkan pelaksanaan dakwah yang tidak berkesan bahkan boleh menimbulkan kemudaratan. Begitulah juga dalam memberi hukum secara pukul rata (generalisation). Ia boleh menatijahkan hukum yang tidak wajar bagi sekelompok manusia.

6. Allah taala meraikan dan menerima semua orang beriman dalam keadaan perbezaan sumbangan dan peranan mereka, maka wajarlah pendakwah mencontohiNya.

7. Dengan ini, gerakan dakwah haruslah mengambil iktibar bahawa dakwah haruslah bersifat inklusif - menerima sesiapa sahaja yang mahu beriman dan memainkan peranan dan meletakkan mereka ditempat yang sesuai, bukan ekslusif - mengkhusus hanya kepada kelompok tertentu sahaja. Lebih buruk lagi, jika gerakan dakwah secara sedar sentiasa berusaha menyisih (marginalising) orang lain.

8. Dakwah kita ialah menyeru kepada Islam yang hakiki dan meraikan kepelbagaian yang mungkin lahir darinya. Kita tidak menyeru manusia untuk hanya menjadi Umar (seorang yang berani) atau Abu Bakar (seorang yang taat tanpa berbelah bahagi) atau Abu Zar (seorang yang zuhud) atau Abdul Rahman

b Auf (ahli niaga yang jutawan) tetapi sesiapa yang ingin menjadi seperti Umar, silakan dan siapa yang ingin menjadi Abu Zar, silakan dan sesiapa yang

Jahal, Abu Lahab, Firaun atau Namrud.

FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN 9 MENGUTAMAKAN PROSES YANG AMAN DALAM DAKWAH

Allah taala berfirman yang bermaksud

"Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka bermaksud hendak menipumu, sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolonganNya dan dengan orang-orang beriman." (Al- Anfal : 61-62)

Fiqh Dakwah

1. Dakwah adalah lebih utama untuk dilaksanakan dalam suasana aman. Kaedah dakwah yang aman adalah lebih diutamakan dari kekerasan.

2. Namun ini bukan bermaksud bahawa jihad itu tidak perlu atau orang yang berdakwah secara aman lebih utama dari para mujahidin. Yang dimaksudkan ialah jihad ada tempat dan masanya dan dakwah secara aman ada tempat dan masanya. Dalam keadaan yang dakwah secara aman masih luas (abundance) dan memungkinkan, maka ia adalah lebih utama kerana ia lebih sesuai dengan fitrah manusia. Para mujahidin di medan jihad yang tulen tetap lebih mulia kerana firman Allah taala di An-Nisaa' : 95.

3. Hakikat ini disokong oleh peristiwa Perjanjian Hudaibiyah dan kesannya. Sejarah mencatat bahawa jumlah kemasukan Islam selepas Perjanjian Hudaibiyah lebih ramai dari jumlah keseluruhan yang masuk Islam sebelum perjanjian. Sejarah juga membuktikan bahawa kaedah dakwah secara aman adalah juga berkesan seperti yang berlaku ke atas masyarakat Madinah, rantau Melayu dan banyak bumi yang lain.

4. Dakwah juga haruslah sentiasa mengambil kira faktor Allah taala dalam memastikan kejayaannya dan menggarap sokongan orang-orang beriman. Namun Allah taala menyebut kebergantungan kepada Allah taala dahulu sebelum sokongan dari orang-orang beriman. Yang dimaksudkan dengan faktor Allah taala ialah untuk mendapatkan bantuan dan keberkatanNya melalui taqarrub yang berterusan.

5. Kebergantungan pendakwah kepada Allah taala menjadikan dia lebih istiqamah bagi memenuhi maslahat yang lebih utama bagi dakwah kerana ia tidak melaksanakan dakwah kerana kewujudan individu tertentu atau kawan-kawannya. Di mana ada maslahat besar untuk dakwah, di situ kita 5. Kebergantungan pendakwah kepada Allah taala menjadikan dia lebih istiqamah bagi memenuhi maslahat yang lebih utama bagi dakwah kerana ia tidak melaksanakan dakwah kerana kewujudan individu tertentu atau kawan-kawannya. Di mana ada maslahat besar untuk dakwah, di situ kita

FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN 10 MENANGGAPI KEINGKARAN YANG WUJUD DALAM LINGKUNGAN SENDIRI

Allah taala berfirman yang bermaksud

"Allah membuat isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami, lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah, dan dikatakan (kepada keduanya)'Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)'." (At-Tahrim : 10)

Fiqh Dakwah

1. Keimanan bukan sesuatu yang boleh diwarisi. Menjadi isteri / anak seorang nabi atau lahir dalam keluarga ulama dan pendakwah semata-mata tidak menjamin kejayaan dan kesolehan seseorang. Oleh itu, didiklah anak / isteri kita untuk menjadikan mereka soleh dan menjayakan perjuangan ini kerana kesolehan dan perjuangan kita tidak diwarisi melalui pertalian darah.

2. Mempunyai ahli keluarga yang tidak mengamalkan Islam semata-mata bukan alasan untuk mencacatkan kewibawaan dan keperibadian seorang pendakwah. Kecelaan terhadap pendakwah berkenaan ialah apabila ia tidak berusaha sedaya upaya untuk berdakwah dengan keluarganya yang sedemikian atau ia mengambil mudah dan redha terhadap kemungkaran berkenaan kerana Nabi Nuh dan Nabi Luth tidak sedikit pun dicela keperibadiannya atas keingkaran isteri mereka. Oleh itu, jangan cepat menghukum individu yang wujud di kalangan ahli keluarganya yang tidak beriltizam dengan Islam kerana mungkin ia seperti Nabi Nuh, yang lebih mulia dari kita.

3. Allah taala ingin mencuba manusia dengan pelbagai bentuk ujian. Antara ujian itu ialah mewujudkan ahli keluarga yang tidak beriltizam dengan Islam. Sesiapa yang ditaqdirkan sedemikian, janganlah berputus asa. Sebaliknya hendaklah berusaha dan terus berusaha. Kesabaran atas usaha yang berterusan itu menatijahkan pahala. Mungkin juga Allah taala mahu memberi peluang untuk merapatkan martabat dirinya kepada martabat Nabi Nuh dan Luth.

4. Sesungguhnya seseorang tidak dihisab atas keingkaran orang lain. Sesungguhnya seseorang itu hanya dituntut untuk berusaha sedaya upaya, sedangkan natijah dan hidayah hanyalah ketentuan Allah taala semata-mata.

FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN 11 MEMANFAATKAN ANASIR SOLEH DALAM LINGKUNGAN JAHILIYAH

Allah taala berfirman yang bermaksud

"Dan Allah membuat isteri Fir`aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata 'Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Fir`aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim'." (At-Tahrim : 11)

"Dan seorang lelaki yang beriman di antara pengikut-pengikut Fir`aun yang menyembunyikan imannya berkata 'Apakah kamu akan membunuh seorang lelaki kerana dia menyatakan Tuhanku ialah Allah padahal dia telah datang kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan dari Tuhanmu. Dan jika ia seorang pendusta maka dialah yang menanggung (dosa) dustanya itu; dan jika ia seorang yang benar nescaya sebahagian (bencana) yang diancamkannya kepadamu akan menimpamu' Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta." (Al-Mukmin / Ghafir : 28)

Fiqh Dakwah

1. Berlatarbelakang keluarga yang fasiq dan zalim, tidak bermakna seseorang itu tidak berkemungkinan untuk mendapat hidayah dan menjadi anasir yang baik bagi dakwah. Oleh itu, jangan sekali-sekali menyisihkan individu yang datang dari keluarga sedemikian dari usaha dakwah.

2. Sesiapa yang hidup di tengah-tengah keluarga atau persekitaran yang fasiq dan jahat, janganlah berputus asa dan kecewa atas keadaan yang dihadapinya.

3. Di tengah-tengah kefasiqan, mungkin ada anasir baik yang boleh menjadi aset bagi dakwah. Sejarah akan sentiasa berulang. Manusia seperti isteri Fir`aun dan lelaki dalam ayat kedua akan sentiasa wujud sepanjang zaman. Oleh itu, adalah menjadi kebijaksanaan pendakwah untuk mencari dan memanfaatkan mereka. Namun ini tidak akan dapat dilakukan jika pendakwah terikat dengan mentaliti 'judgmental' atau bersifat menyisih.

4. Kewujudan individu di tengah kefasiqan bukan alasan untuk mencela mereka. Yang penting ialah bagaimana kita merangkul dia dalam usaha dakwah dan bagaimana dia dengan keterbatasan yang ada masih dapat menyumbang untuk dakwah. Allah taala tidak membebankan seseorang lebih dari kemampuannya.

5. Anasir yang soleh di tengah kefasiqan ada manfaat dan peranannya dalam dakwah. Jangan disisih mereka itu.

6. Walau pun berada di tengah kefasiqan mempunyai peranan dalam dakwah

FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN 12 NILAI KEPIMPINAN DALAM AL-FATIHAH

Allah taala berfirman yang bermaksud

"Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang"

"Segala puji bagi Allah taala, Tuhan semesta alam. Maha pengasih lagi maha penyayang. Yang menguasai, hari pembalasan. Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka dan bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan pula (jalan) mereka yang sesat." (Al-Fatihah : 1 - 7)

Fiqh Dakwah

1. Allah taala menyatakan sifat pengasih dan penyayang bagi Dia dahulu sebelum sifat kekuasaan. Begitulan para pendakwah/pemimpin, ia harus mengutamakan sifat pengasih dan penyayang sebelum menonjolkan aspek kekuasaan yang ada padanya.

2. Allah taala bukan sekadar menuntut manusia agar beribadah (taat) kepadaNya tetapi juga terbuka untuk menerima aduan hamba-hambaNya. Bahkan dalam pelbagai hadits, Allah taala merasa gembira jika hamba- hambaNya meminta kepadaNya. Demikianlah pendakwah/pemimpin, dia bukan hanya menuntut atau mengharap orang untuk mendengar seruannya atau laksanakan ajarannya tetapi juga haruslah bersedia untuk mendengar rintihan dan masalah mad`uunya atau berkhidmat untuk mereka.

3. Sesiapa pun yang memainkan peranan sebagai pemimpin khususnya para pendakwah, dia memikul tangungjawab untuk membimbing pengikutnya ke jalan yang lurus. Pendakwah/pemimpin bukan hanya mempunyai hak (ditaati, dihormati, kekuasaan) tetapi juga tanggungjawab (pengasih, berkhidmat kepada orang lain, membimbing ke jalan yang benar).

4. Allah taala mengajar kita agar mengikuti jalan orang yang baik dan juga menjauhi jalan orang yang jahat. Demikianlah juga pendakwah/pemimpin bukan hanya menunjukkan kebaikan tetapi juga menunjukkan apa dia kejahatan.

FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN 13 KEUNIVERSALAN SIFAT RAHMAT ISLAM

Firman Allah taala yang bermaksud Firman Allah taala yang bermaksud

Fiqh Dakwah

1. Sebahagian dari sunnah alam ini ialah Allah akan membangkitkan sekelompok manusia bagi menolak keganasan manusia yang lain.

2. Umat Islam diajar bukan hanya untuk membela sesama umat Islam tetapi juga membela umat dari agama lain jika mereka dizalimi. Ini boleh difahami dari pernyataan biara, geraja, rumah ibadat Yahudi bersama dengan masjid dari dirobohkan oleh keganasan sebahagian manusia.

3. Jika ada sekelompok penganut agama lain yang dizalimi dan ditindas, umat Islam adalah lebih utama untuk bangkit membela mereka, menyuarakan suara mereka dan membebaskan mereka dari kezaliman itu. Itulah semangat yang ditunjukkan oleh para sahabat apabila mereka maju ke segenap ceruk negeri Rum dan Parsi, bagi membebaskan rakyat dari kezaliman pemerintah.

4. Allah taala bukan hanya akan membantu kita dalam membela agama Islam tetapi juga agama lain yang ditindas, kerana membela penganut agama lain dari penindasan itu sebahagian dari ajaran Islam.

5. Walau pun Islam tidak sependapat dengan akidah agama lain tetapi Islam menghormati kehidupan beragama.

6. Apabila Islam menganjurkan kita memelihara rumah ibadat dari dimusnahkan, ia menunjukkan bahawa rumah ibadat dan hidup beragama mempunyai peranan yang positif dalam kehidupan manusia serta sosial. Mereka yang beragama dengan erti yang sebenar dan jujur lebih baik dari tidak beragama.

7. Jika ada sekelompok manusia bukan Islam yang bangkit menentang kezaliman, dalam erti kata sebenar, adalah wajar umat Islam bersama dalam usaha melawan kezaliman itu berdasarkan erti umum ayat. Sebagai contoh, sekelompok penganut Kristian Katolik dizalimi oleh penganut ajaran Kristian dari mazhab lain. Lalu diputuskan oleh PBB agar dikirim pasukan pengaman bagi menghentikan pertikaian dan kezaliman. Jika kezaliman itu benar terbukti, wajarlah negara Islam untuk terlibat sebagai sebahagian dari pasukan berkenaan walau pun ia diketuai oleh ketua yang bukan Islam.

FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN 14 WAJIB MENGHORMATI KEYAKINAN ORANG LAIN

Allah taala berfirman yang bermaksud

"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana nanti (mereka) akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah, tempat kembali mereka lalu Dia memberitahukan mereka apa yang dahulu mereka kerjakan." (Al-An`aam : 108)

Fiqh Dakwah

1. Islam menganjurkan sikap hormat terhadap kepercayaan dan amalan agama lain. Walau pun, kita meyakini kebenaran agama kita dan keagungan Allah taala, namun ia bukan satu alasan untuk kita memperlekeh, mempersenda dan mempermainkan tuhan atau amalan atau kepercayaan penganut agama lain seperti mentertawakan kepercayaan Hantu Lapar masyarakat Cina atau mempersendakan rupa bentuk patung sembahan agama Hindu. Perbuatan sedemikian bukan hanya melanggar tata susila masyarakat umum tetapi juga menyebabkan orang lain akan memaki hamun Allah taala dan Islam pula.

2. Jika kita tidak suka orang lain mempermainkan agama kita, adalah satu kejahilan jika kita pula mempermainkan agama orang lain. Mempermainkan agama lain adalah satu dosa kerana melanggar perintah Allah taala.

3. Dalam proses 'inter religious/culture engagement', tidak perlu bersifat apologetik atau bermanis mulut dengan mengatakan semua agama adalah sama atau mengharapkan orang lain berpandangan sedemikian. Allah taala engatakan 'Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka' yang bermaksud keyakinan setiap penganut agama bahawa agama mereka adalah benar dari yang lain adalah satu perkara yang wajar dan lumrah. Kita tidak perlu merasa marah terhadap orang Kristian yang mengatakan agama Kristian ialah agama sebenar dan yang betul kerana kita juga berkeyakinan sedemikian.

4. Asas pada keharmonian kehidupan beragama dan dialog antara agama bukan terletak pada pengiktirafan terhadap persamaan darjat semua agama tetapi pada keupayaan untuk menghormati dan bertoleransi terhadap agama lain walau pun kita meyakini kebenaran agama kita.

FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN 15 KUALITI & KUANTITI DALAM DAKWAH

Allah taala berfirman yang bermaksud

"Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang

(Al-Baqarah : 249)

Fiqh Dakwah

1. Kemenangan bukan milik kelompok yang ramai semata-mata. Jumlah yang sedikit, jangan mematahkan semangat dan jangan dijadikan alasan untuk tidak berusaha. Pendakwah tidak seharusnya meletakkan pergantungan pada jumlah dan angka kerana pergantungan kita hanya kepada Allah semata-mata.

2. Islam menekankan kualiti dalam semua aspek. Kualiti lebih utama dari kuantiti.

3. Namun, segala yang di atas, jangan menjadikan pendakwah berpada dengan jumlah tertentu dalam kumpulannya atau berpuashati dengan jumlah yang dia ada atau memandang remeh terhadap usaha meningkatkan kuantiti dalam kerja dakwah.

4. Hal ini adalah kerana Islam juga memberi penekanan kepada aspek kuantiti. Rasulullah s.a.w secara jelas menganjurkan umatnya agar membanyakkan zuriat. Nabi Sulaiman membina kekuatan yang meliputi aspek kuantiti, bukan hanya terhad kepada manusia tetapi juga meliputi jin dan binatang-binatang dalam tenteranya. Sirah Rasulullah sendiri menunjukkan bahawa, walau pun kemenangan tidak semesti bersama dengan kumpulan yang ramai, tetapi jumlah tentera yang bersamanya sentiasa meningkat dari satu peperangan ke satu peperangan - Badr : 313 tentera, Uhud 700 tentera dan kemuncaknya Penaklukan Mekah : 10,000 tentera.

5. Islam menyuruh kita menyediakan kekuatan. Oleh kerana pada kuantiti itu terdapat kekuatan, maka kuantiti juga dituntut. Peningkatan kuantiti juga merupakan indikasi kepada keberkesanan dakwah kita.

6. Pendakwah yang hanya berpada dan selesa dengan jumlah tertentu sahaja adalah pendakwah yang malas dan tertipu.

FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN 16 JIKA MERAJUK DI JALAN DAKWAH…

Allah taala berfirman yang bermaksud

"Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul. (ingatlah) Ketika ia lari, ke kapal penuh muatan. Kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah. Nescaya dia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit." (As-Shaaffaat : 139 - 144)

1. Ayat ini menceritakan kisah nabi Yunus yang meninggalkan kaumnya kerana kedegilan mereka. Di sebabkan nabi Yunus 'lari' dari kaumnya, Allah taala 'menghukum' dia dengan ditelan oleh ikan.

2. Melarikan diri dari medan dakwah semata-mata kerana mengikut perasaan tanpa pertimbangan terhadap maslahat adalah satu perbuatan yang boleh menarik kemurkaan Allah taala. Allah taala telah menyatakan bahawa sunnah dakwah ini akan penuh dengan kesukaran. Adalah menjadi kewajiban atas para pendakwah untuk memahami sunnah ini dan bersabar. Melarikan diri atau merajuk adalah petanda putus asa dan tidak disukai oleh Allah taala.

3. Adalah penting bagi pendakwah untuk memperbanyakkan ibadah dan mendekatkan hubungan dengan Allah taala sepanjang masa. Sehingga, jika ia melakukan kesalahan atau dosa, ibadah dan hubungannya yang rapat itu memelihara dirinya dari azab atau kemurkaan Allah taala, atau meringankan hukuman atas perbuatannya, atau menjadikan Allah taala lebih kasihan dari memurkainya.

4. Mereka yang dikasihi Allah taala mendapat keistimewaan untuk ditarbiyah oleh Allah taala secara langsung.

5. Jika ditakdirkan pendakwah tercampak bersendirian, maka gunakanlah kesempatan itu untuk perbanyakkan zikir dan ibadah bagi bekal jalan dakwah selanjutnya.

FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN 17 ERTI RABBANI DALAM DAKWAH

Allah taala berfirman yang bermaksud

"Katakanlah 'Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku, mengajak (kamu) kepada Allah atas hujah (basirah) yang nyata, Maha Suci Allah dan aku tiada termasuk dalam orang-orang yang musyrik'." (Yusuf : 108)

Fiqh Dakwah

1. Ayat ini mengajar beberapa prinsip dalam kerja dakwah iaitu

a. Dakwah ini bersumberkan dari Allah taala. Ini dapat dilihat dari perkataan 'katakan' yang memberi maksud bahawa Rasulullah s.a.w menerima perintah dari Allah taala dan juga perkataan 'jalan (agama)ku' yang menunjukkan bahawa dakwah harus berjalan atas panduan agama Islam. Ertinya sifat dakwah kita ialah 'minallahi' - dari Allah.

pengangungan individu atau organisasi. Seruan kita ialah kepada Islam dahulu sebelum yang lain. Ertinya sifat dakwah kita ialah 'illahi' - kepada Allah.

c. Dakwah ini dilakukan hanya kerana Allah taala. Ini dapat dlihat dari firmanNya 'Maha Suci Allah dan aku tiada termasuk dalam orang-orang yang musyrik'. Sesungguhnya melakukan dakwah atas niat selain dari mencari keredhaan Allah taala adalah syirik yang tersembunyi. Maka jadilah sifat dakwah kita 'lillahi' - kerana Allah semata-mata.

d. Atas dasar itulah kita katakan bahawa usaha kita sebagai Perjuangan Rabbani (minallah. ilallah, lillah) Bukan Yang lain.

e. Dakwah perlu dilakukan secara kolektif (jama`ii). Ini dapat dilihat dari firmanNya 'aku dan orang-orang yang mengikutiku'.

f. Dakwah perlu dilakukan atas kejelasan ilmu dan hujah bukan atas ikut-ikutan. Ini dapat dilihat dari firmanNya 'mengajak (kamu) kepada Allah atas hujah (basirah) yang nyata'. Untuk melakukan dakwah atas ilmu, pendakwah perlulah faham dan sentiasa berfikir.

2. Ayat ini juga mengajar kita sumber-sumber kekuatan dakwah, iaitu

a. Kekuatan manhaj. Ini dapat dilihat dari perkataan 'Katakanlah', 'Jalan (agama)ku', 'Atas hujah (basirah)'.

b. Kekuatan kepimpinan dan jamaah. Ini dapat dilihat dari perkataan 'Aku dan mereka yang mengikuti ku'. 'Aku' itu merujuk kepada Rasulullah s.a.w sebagai simbol kepimpinan dakwah. Gabungan 'Aku' dan 'mereka yang mengikuti ku' adalah simbol berjamaah.

c. Kekuatan disiplin. Ini dapat dilihat sifat sahabat yang taat 'mengikuti' Rasulullah s.a.w, istiqamah atas manhaj dan niat semata-mata kerana Allah taala. Tanpa disiplin, segala prinsip yang dinyatakan akan mudah diabaikan. Apabila prinsip telah ditinggalkan, maka jadilah dakwah sebagai usaha yang memenatkan sahaja.

FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN 18 TUNTUTAN UNTUK BERINTERAKSI DENGAN ORANG BUKAN ISLAM

Allah taala berfirman yang bermaksud

"Katakanlah 'Wahai Orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan

Fiqh Dakwah

1. Allah taala mendedikasi satu surah khusus bagi menerangkan prinsip bahawa orang Islam tidak boleh mengikuti cara keagamaan golongan bukan Islam dan dasar toleransi beragama dalam Islam. Dalam surah ini, tiada mesej lain kecuali mesej tersebut. Ini menunjukkan betapa pentingnya mesej ini bagi umat Islam.

2. Surah ini bukan hanya mengajar umat Islam agar tidak mengikuti amalan keagamaan penganut agama lain tetapi juga mengajar umat Islam agar menghormati dan menjamin kebebasan mereka untuk melaksanakan amalan agama mereka - 'Untukmu agamamu, dan untukku agamaku'.

3. Pernyataan dalam surah ini 'Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.....Untukmu agamamu, dan untukku agamaku' bukanlah anjuran agar umat Islam mengasingkan diri dari golongan bukan Islam semata-mata untuk menjaga kemurnian amalan agamanya dan untuk mengelakkan campur aduk dengan amalan bukan Islam. Pengertian dalam surah ini tidak seharusnya menjadikan pendakwah ekslusif kepada masyarakatnya sahaja.

4. Sebaliknya surah ini ialah anjuran untuk pendakwah sentiasa berinteraksi (engage) dengan golongan bukan Islam sebagai sebahagian dari misi dakwahnya. Mengapakah prinsip ini dijelaskan? Kerana bagi meletak garis pandu bagi pendakwah dalam berinteraksi dan bermuamalah dengan golongan bukan Islam. Tanpa interaksi dan muamalah, tiada keperluan kepada prinsip ini. Prinsip ini tidak dijelaskan dalam satu situasi yang kosong (vacuum). Sejarah turun surah ini juga menjelaskan bahawa ia diturunkan sebagai natijah dari interaksi dan muamalah Rasulullah s.a.w dalam berdakwah kepada golongan bukan Islam.

5. Ertinya surah ini memberi pengertian bahawa umat Islam hendaklah berusaha untuk berinteraksi dengan golongan bukan Islam pada misi dakwahnya tetapi perhatikanlah prinsip ini.

6. Dalam situasi masyarakat Islam juga berada dalam kejahilan terhadap agama, usaha dakwah terbahagi antara keperluan dakwah kepada masyarakat Islam dan dakwah kepada bukan Islam. Oleh kerana Islam adalah agama yang seimbang, maka pendakwah juga haruslah mengambil sikap yang seimbang antara dua tuntutan ini. Setiap pendakwah dan gerakan dakwah haruslah mempunyai peranan dalam dakwah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam. Kadar dan peratusan yang diberi kepada setiap satu mungkin berbeza-beza mengikut pertimbangan masing-masing tetapi peranan dalam kedua-dua bidang itu mesti ada. Jika kita hanya sibuk dengan usaha dakwah kita kepada masyarakat Islam sahaja, apakah jawaban kita nanti jika di akhirat seorang

Allah taala bahawa dia sememangnya tidak pernah mendengar mengenai Islam dari mana-mana pihak di sini, dan didapati pembelaan dia benar?

FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN 19 ANTARA HARAPAN & KEKESALAN

Allah taala berfirman yang bermaksud

"Dan hanya kepunyaan Allah, apa sahaja yang ada dilangit dan apa yang ada di bumi supaya dia memberi balasan kepada orang yang berbuat jahat terhadap apa yang mereka kerjakan dan memberi balasan kepada orang yang berbuat baik dengan pahala yang baik (syurga). (Iaitu) orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunannya dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa." (An-Najm : 31-32)

Fiqh Dakwah

1. Manusia di sisi Allah taala berbeza-beza. Ada yang melakukan dosa besar, ada yang sentiasa melakukan kebaikan yang banyak dan ada yang melakukan dosa-dosa kecil. Allah taala juga membalas amalan mereka berbeza-beza - ada yang diazab, ada yang diberi ganjaran syurga dan ada yang mendapat keampunan, walau pun melakukan dosa. Pendakwah juga mestilah membeza- bezakan jenis manusia dan melayan mereka sejajar dengan layanan Allah taala terhadap mereka - bersikap keras, bersikap lembut dan pemaaf. Menyamaratakan manusia dan layanan terhadap mereka tidak sejajar dengan perlakuan Allah taala.

2. Kita bukan sahaja dianjurkan untuk berbuat baik tetapi berbuat ihsan (lafaz asal Ahsanuu) dalam beribadah.

3. Allah taala mengakui bahawa manusia akan jatuh dalam dosa dan bersedia untuk mengampunkannya asal sahaja mereka mahu memohon keampunanNya. Kehinaan sebenar bukan terletak kepada perlakuan dosa tetapi terletak kepada keengganan untuk mengakui perlakuan itu, menyesalinya dan memohon keampunan terhadapnya. Begitulah sikap pendakwah kepada pelaku dosa – menerima kelemahan mereka dan mencetuskan harapan.

3. Allah taala memberi pengharapan kepada manusia yang ikhlas dalam beriman dan kekal dalam beribadah tetapi jatuh dalam dosa-dosa kecil kerana kelemahan semulajadi seorang insan, dengan keampunan. Janganlah pula para pendakwah menafikan pengharapan ini dari golongan seperti ini dengan mencela, mengkritik dan menyisih manusia yang jatuh dalam kelemahan diri. Kadangkala dalam 3. Allah taala memberi pengharapan kepada manusia yang ikhlas dalam beriman dan kekal dalam beribadah tetapi jatuh dalam dosa-dosa kecil kerana kelemahan semulajadi seorang insan, dengan keampunan. Janganlah pula para pendakwah menafikan pengharapan ini dari golongan seperti ini dengan mencela, mengkritik dan menyisih manusia yang jatuh dalam kelemahan diri. Kadangkala dalam

"Berikan berita gembira dan jangan membuat mereka lari..." (Riwayat Al-Bukhari)

4. Pendakwah hendaklah sentiasa menghidupkan dalam diri rasa takut terhadap dosa, walau sekecil mana sekalipun. Namun, apabila didapati seseorang itu jatuh dalam dosa, hendaklah memberi pengharapan kepada mereka akan rahmat dan keampunan Allah taala. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

"Allah taala berfirman 'Wahai anak Adam, sesugguhnya jika engkau berdoa dan berharap kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan dosa untukmu atas apa yang telah kau lakukan dan Aku tidak akan peduli. Wahai anak Adam, sekiranya dosa kamu mencapai setinggi langit, kemudian kau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan kau. Wahai anak Adam, jika kau mendatangiKu dengan dosa sepenuh dunia kemudian kau bertemuKu tanpa mensyirikkanKu, Aku akan mendatangi kau dengan kemapunan sepenuh dunia." (Riwayat Muslim)

5. "Janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa." Islam melarang sikap 'mensucikan diri' (hollier than thou). Ingat! Allah taala memasukkan wanita pelacur ke dalam syurga kerana membantu seekor anjing yang kehausan. Allah taala mengampunkan dosa seorang yang telah membunuh 100 jiwa kerana mati dalam perjalanan untuk bertaubat. Pendakwah yang merasa banyak amal dakwahnya, banyak ibadahnya, banyak ilmunya tetap tidak terjamin syurga bagi dirinya kerana sehasta baki umur yang dia ada, digunakan untuk melakukan amal ahli neraka lalu diambil nyawanya, boleh menghapuskan segala amal yang dahulu.

FIQH DAKWAH DALAM AL-QURAN 20 UNSUR KEKUATAN BAGI PENDAKWAH

Allah taala berfirman yang bermaksud

"Wahai orang yang berselimut (Muhammad)! Bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari kecuali sedikit (daripadanya). (Iaitu) seperdua atau kurangilah dari seperdua itu sedikit. Atau lebih dari seperdua itu dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyu') dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). Sebutlah nama Tuhanmu dan beribadatlah kepadaNya dengan penuh ketekunan. (Dialah) Tuhan masyriq dan maghrib, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, maka ambillah Dia sebagai pelindung. Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik." (Al-Muzammil : 1

Fiqh Dakwah

1. Ayat-ayat Allah taala adalah berat dari segi amanah dan beban bagi rohani manusia. Manusia memerlukan kekuatan untuk memikulnya. Oleh kerana dakwah adalah melaksanakan ayat Allah taala dan menyampaikannya, maka dakwah juga adalah tugas yang berat yang memerlukan kekuatan.

2. Bagi memiliki kekuatan untuk menunaikan tugas dakwah, perlulah ada persiapan. Ayat-ayat ini mengajar persiapan mental, rohani dan karakter bagi pendakwah.

3. Persiapan mental ialah memahami bahawa dakwah adalah tugas yang berat dan sukar. Faktor dalaman yang memberatkan ialah besarnya amanah dan pertanggungjawaban. Faktor luaran yang memberatkan ialah gangguan dan ejekan manusia.