Tamadun Islam adalah salah satu tamadun

Pengenalan
Tamadun Islam adalah salah satu tamadun yang berjaya mempegaruh cara hidup
manusia untuk selama lamanya. Zaman kegemilangan tamadun ini tidak

boleh

dipertikaikan. Walaubagaimanapun, seperti mana tamadun sebleum dan selepas
tamadun Islam, kemerosoton tamadun ini sedikit sebanyak disebabkan oleh bencana
alam yang berlaku di luar kawalan manusia.
Bencana alam selalunya berlaku di luar dugaan dan tidak dapat di kawal oleh kuasa
manusia. Lagi-lagi dengan ketidak hadiran teknologi yang semoden hari ini, bencana
alam seperti musibah wabak penyakit akan dengan begitu mudahnya mencacatkan
sistem kehidupan harian manusia di sesebuah tamadun awal dan membawa kepada
keruntuhan tamadun itu sama sekali.
Bencana alam banjir kilat merupakan salah satu becana alam yang bertanggungjawab
meruntuhan kebanyakkan tamadun kemanusian. Banjir kilat sering kali dihubung
kaitkan dengan Hari Kiamat yang merupakan hari terakhir wujudnya mana-mana
bentuk kehidupan di muka bumi. Manusia bertamadun sering kali kaitkan musibah
banjir dengan Hari Kiamat kerana wujudnya bukti bahawa ada berlaku banjir yang
mengancam kebolehan kehidupan di muka bumi ini untuk terus hidup seperti yang
berlaku pada zaman Nabi Nuh.


Banjir kilat dalam dunia hari ini tidaklah membawa musibah yang boleh
meruntuhankan sesebuah tamadun, kerana konsep dan cara hidup manusia hari ini
jauh berbeza. Tambahan pula kemodenan teknologi hari ini boleh membantu manusia
zaman ini meramalkan bencana-bencana seperti banjir kilat.
Namun begitu kuasa Tuhan Yang Maha Kuasa ada pelbagai cara untuk menguji
manusia. Banjir tidak semestinya berpunca daripada limpahan air dari sungai
berdekatan selepas hujan lebat, banjir boleh juga diakibatkan daripada musibah yang
lebih teruk seperti tsunami.
Konsep ketamadunan pada hari ini lebih memberi keutamaan kepada kenegeraan.
Seperti contohnya, pada zaman Tamadun Islam jika banjir melanda mana-mana
bandar Mekkah atau Madinah seluruh kerajaan Islam akan lumpuh untuk seketika.
Jika banjir itu memusnahkan bandar-bandar tersebut sepenuhnya, Tamadun Islam
akan runtuh. Pekara sama tidak boleh dikatakan untuk zaman sekarang kerana
kebanyakan negara mempunyai struktur kerajaan mereka sendiri dan jika berlaku
mana-mana musibah, negara yang mengalami musibah itu sahaja yang akan lumpuh,
tetapi ketamadunan manusia di negara tersebut akan masih dipelihara. Jika ada
berlaku bencana lebih teruk seperti tsunami, negara yang mengalami musibah tersebut
kebiaasaannya dibantu negara jiran dan negara-negara lain untuk bangkit semula dan
terus maju. Seperti contohnya, semasa tsunami 2004 di negara-negara Asia Tenggara

dan tsunami 2011 di Jepun, kebanyakkan negara dari seluruh dunia sudi memberi
bantuan yang semana boleh untuk negara-negara tersebut bangkit semula.
Namun begitu ada pelbagai halangan bagi negara itu bangkit semula walaupun
dengan bantuan negara dari seluruh pelusuk dunia sekalipun. Banjir kilat ataupun
banjir yang akibatkan daripada tsunami biasanya akan melumpuhkan ekonomi
sesebuah negara itu.
Banjir yang berlaku baru-baru ini di seluruh pantai timur Semenanjung Malaysia
merupakan yang terburuk ynag pernah menimpa negara. Harga barangan asas yang
dihasilkan di negeri-negeri tersebut seperti beras telah dinaikkan harga secara haram
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini akan merugikan banyak pihak
terutamanya pengguna dari kelas pertengahan. Kerajaan juga terpaksa harungi

cabaran dari segi kewangan hingga terpaksa menyemak semula bajet tahunan yang
telah disediakan beberapa bulan sebelum berlaku banjir. Kerajaan terpaksa
mengorbankan Program Khidmat Negara untuk pertama kalinya sejak diperkenalkan
untuk menelan belanja membaik pulihkan dan membantu rakyat di negeri-negeri yang
telah dilanda banjir.
Selain daripada insiden tersebut, banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur pada
tahun 1971 telah memperlahankan proses membangunkan Kuala Lumpur menjadi
sebuah bandar metropolitan. Pelabur-pelabur dari serata dunia tidak begitu yakin

melabur di ibukota Malaysia kerana ketidakstabilan isu-isu alam sekitarnya
terutamanya isu banjir kilat yang berlaku. Kerajaan terpaksa menelan belanja luar
dugaan untuk mengatasi punca-punca berlakunya banjir. Inin secara tidak langsung
telah mengakibatkan inflasi ekonomi 25 tahun kemudian.
Waluapun tidak berlaku keruntuhan tamadun, kemerosoton yang diakibatkan oleh
banjir ini masih boleh dirasa oleh warga seluruh negara termasuk yang tidak dilanda
banjir. Jumlah wang yang diperuntukan untuk membaik pulih prasarana yang telah
terjejas akibat banjir yand melanda begitu banyak dan luar dugaan. Jika perkara ini
terus berlaku, Malaysia ataupun mana-mana negara yang asyik dilanda musibah tidak
boleh maju seperti mana yang diramalkan. Ini boleh menyebabkan kemerosotan dari
segi ekonomi yang akan terus membawa kepada inflasi yang tidak dapat diatasi
kerajaan. Ini secara tidak langsungnya akan membawa kesan-kesan yang hamper
sama seperti kemerosotan sesebuah tamadun.
Seperti mana yang telah diperkatakan sebelum ini, banjir boleh juga berlaku akibat
daripada musibah lain seperti tsunami. Negara yang melanda bencana banjir sebesar
itu mesti mempunyai kuasa kewangan yang seiras dengan musibah yang melanda.
Sebagai contohnya,tsunami yang melanda bandar Fukushima di Jepun pada tahun
2011 telah menyebabkan kebocoran loji nuclear. Tetapi kerajaan Jepun yang
mempunyai kuasa ekonomi yang sangat berpengaruh dapat membaik pulih segala
kerosakkan yang berlaku dalam jangka masa yang ditetapkan.

Perkara ini berbeza jika dibandingkan dengan negara Indonesia yang dilanda banjir
selepas kejadian tsunami pada tahun 2004. Bandar Aceh yang paling teruk dilanda

musibah ini masih sedang dibangunkan waluapun sudah lebih sedekat dari hari yang
penuh dugaan tersebut. Pulau Andaman pula yang dimiliki India dan Myanmar telah
separuh dihanyutkan dalam bencana tersebut. Insiden ini tidak melibatkan mana-mana
nyawa manusia ataupun kemerosotan mana-mana tamadun. Tetapi ini buktinya jika
bencana yang berlaku itu bersaiz besar ada kemungkinan berlaku kemerosotan
tamadun kemanusian pada zaman ini seperti mana yang berlaku pada zaman-zaman
sebelumnya.

Penutup
Sebagaimana telah dibincangkan bencana alam seperti banjir boleh mengakibatkan
kemerosotan tamadun pada zaman sebelum adanya teknologi canggih. Kemerosotan
tamadun tersebut boleh melenyapkan sesebuah tamadun tersebut. Pada zaman ini
pula, bencana alam seperti banjir boleh melumpuhkan ekonomi negara tetapi tidak
boleh menghalang kebangkitan semula negara tersebut jika ada sumber kewangan
yang mencukupi. Bagi negara yang tidak mempunyai sumber kewangan yang
mencukupi kesan daripada musibah banjir menyerupai kesan kemerosotan tamadun.
Semua kemajuan yang telah dicapai negara tersebut akan tergendala untuk jangka

masa yang panjang. Dengan itu saya boleh dengan yakinnya mengatakan bahawa
kesan bencana alam kepada zaman Tamadun Islam dan tamadun-tamadun asia yang
lain berbeza dengan kesannya pada zaman serba teknologi ini.

Rujukan
1. (2012). Faktor Kemerosotan Tamadun Islam. [ONLINE] Available at:
http://pelajartitas.blogspot.com/2012/03/faktor-faktor-kemerosotan-tamadunislam.html. [Last Accessed 18 Februari 2015].
2. Khalic (2013). Banjir Besar Kuala Lumpur. [ONLINE] Available at:
http://khalic.com/banjir-besar-landa-kuala-lumpur-1971/. [Last Accessed 18
Februari 2015].
3. (2013). Turki: Lembaran Sejarah Kebangkitan dan Kejatuhan Islam.
[ONLINE]

Available

at:

http://sejati-unisza.blogspot.com/2013/05/turki-

lembaran-sejarah-kebangkitan-dan.html. [Last Accessed 18 Februari 2015].

4. (2013). Keruntuhan Tamadun Islam. [ONLINE] Available at: http://wad-aboringlife.blogspot.com/2013/02/keruntuhan-tamadun-islam.html.
Accessed 18 Februari 2015].

[Last