PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN.

Rumusan

Melalui perbincangan jelas menunjukkan bahawa banyak faktor yang mempengaruhi seseorang individu untuk berjaya dalam sukan yang mereka ceburi. Pelbagai usaha diteruskan untuk mendorong pelajar bergiat aktif dalam sukan. Jelaslah di sini bahawa, motif penglibatan dapat mempengaruhi tingkahlaku seseorang individu. Pengujian persoalan kajian membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara motif penglibatan pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim Perak pada empat motif iaitu orientasi kecergasan, faktor situasi, persahabatan dan keseronokan.

Menurut Robert (1984), menjelaskan bahawa aspek motivasi dalam psikologi sukan harus difahami dan diberi penekanan oleh guru, jurulatih, ibubapa dan masyarakat keseluruhannya untuk mendorong pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Ini kerana sukan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan sosial kanak-kanak. Hal ini menyokong lagi kenyataan oleh Suinn (1980), menyatakan bahawa bidang psikologi merupakan satu bidang pengetahuan yang terpenting dalam semua aspek kehidupan.

Dapatan kajian yang dibincangkan menujukkan bahawa faktor keseronokan merupakan motif utama penglibatan pelajar ko-kurikulum bola Dapatan kajian yang dibincangkan menujukkan bahawa faktor keseronokan merupakan motif utama penglibatan pelajar ko-kurikulum bola

Jelaslah menunjukkan bahawa, faktor keseronokan merupakan pilihan utama yang mendorong pelajar ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak melibatkan diri dalam kegiatan tersebut. Ini adalah kerana faktor keseronokan dapat memberi kepuasan dan juga erti keseronokan sebenar kepada mereka untuk bersaing dalam arena sukan yang diminatinya.

Hasil kajian ini memberi gambaran yang jelas bahawa penglibatan pelajar dalam sukan didorong oleh motif penglibatan sama ada intirinsik atau pun ekstrinsik. Berlandaskan kajian-kajian lampau, terdapat pelbagai faktor motif yang menggalakkan penglibatan seseorang individu dalam sukan. Jadi, terpulang kepada pelajar itu sendiri untuk memastikan mereka sentiasa didorong oleh motivasi ini untuk terus maju dalam sukan yang diceburinya.

Justeru itu, jurulatih, instruktor dan sebagainya perlu peka dan menggunakan pendekatan yang berkesan bagi memastikan dan menerapkan faktor-faktor motif penglibatan intrinsik dan ekstrinsik di kalangan pelajar atau Justeru itu, jurulatih, instruktor dan sebagainya perlu peka dan menggunakan pendekatan yang berkesan bagi memastikan dan menerapkan faktor-faktor motif penglibatan intrinsik dan ekstrinsik di kalangan pelajar atau

Cadangan

Dalam bahagian ini, penyelidik menggalurkan beberapa cadangan terhadap permasalahan yang dihadapi semasa kajian dilakukan. Cadangan- cadangan ini difikirkan perlu untuk mengatasi kelemahan bagi mendapatkan kualiti kajian yang lebih baik pada masa akan datang oleh para penyelidik lain. Di antara beberapa faktor yang dikenalpasti ialah:

1. Persampelan Subjek haruslah dipilih dengan lebih teliti supaya hasil kajian lebih mantap dan signifikan. Adalah disarankan bagi penyelidik lain yang ingin menjalankan kajian seumpama ini agar dapat memilih subjek yang lebih besar jumlahnya. Ini perlu untuk memperolehi perwakilan populasi yang lebih baik, realistik dan menyeluruh.

2. Pentadbiran ujian Pengawasan terhadap subjek perlu diteliti terutama semasa menjawab soal selidik supaya subjek mematuhi prosedur dan syarat yang telah ditetapkan. Keadaan ini perlu agar kajian mempunyai 2. Pentadbiran ujian Pengawasan terhadap subjek perlu diteliti terutama semasa menjawab soal selidik supaya subjek mematuhi prosedur dan syarat yang telah ditetapkan. Keadaan ini perlu agar kajian mempunyai

3. Faktor Penglibatan Terdapat pelbagai motif penglibatan selain terkandung dalam kajian ini. Oleh itu adalah lebih baik sekiranya kajian terhadap motif penglibatan yang lain divariasikan dan dikaji untuk memberi alternatif yang mencukupi kepada responden terhadap motif penglibatan yang benar-benar mempengaruhi penyertaan mereka dalam sesuatu jenis sukan.

4. Perancangan program latihan Instruktor dan jurulatih harus menjalankan kajian berkaitan dengan motif penglibatan pelajar atau atlit untuk merancang program latihan yang berkaitan serta persediaan psikologi yang perlu untuk memperkukuhkan motivasi pelajar terhadap sukan yang mereka sertai.

5. Peranan pihak atasan Kementerian Pendidikan juga perlu melaksanakan pelbagai kursus yang memberi pendedahan kepada guru Pendidikan Jasmani, guru Sains Sukan dan jurulatih berkaitan dengan kemahiran-kemahiran dan perubahan yang berlaku dalam setiap permainan dari semasa ke 5. Peranan pihak atasan Kementerian Pendidikan juga perlu melaksanakan pelbagai kursus yang memberi pendedahan kepada guru Pendidikan Jasmani, guru Sains Sukan dan jurulatih berkaitan dengan kemahiran-kemahiran dan perubahan yang berlaku dalam setiap permainan dari semasa ke