Perkembangan sejarah kerajaan Johor dari

1.0 PENGENALAN
Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan
oleh Portugis pada tahun 1511. Sultan Mahmud dan para pengikutnya telah berundur ke kawasan
pedalaman, kemudian berundur ke Ulu Muar dan seterusnya ke Pahang. Setelah setahun berada
di Pahang, baginda belayar ke Bintan dan mendirikan sebuah pengkalan di situ dan menetap
selama 12 tahun. Sultan Mahmud dan pengikutnya beralih pula ke Kampar kerana serangan
Portugis dan mangkat pada tahun 1528. Setelah Sultan Mahmud mangkat, baginda digantikan
dengan puteranya Raja Ali.1 Kesultanan Johor diasaskan oleh warisan Kesultanan Melayu
Melaka, justeru kerajaan ini banyak mewarisi sistem dan bentuk pentadbirannya. 2
Walaubagaimanapun, kerajaan ini telah mengalami tahap evolusi, transformasinya yang
tersendiri dan berhadapan dengan lima fasa yang berbeza untuk mencapai era kegemilangan
kerajaan tersebut.
Jika dibincangkan mengenai evolusi dan transformasi yang berlaku di Johor, terdapat
beberapa faktor yang menyumbang kepada keadaan ini. Antaranya ialah kedudukan Johor yang
strategik dan kemudahan yang disediakan di pelabuhan Johor. Bagi faktor kedudukan Johor yang
strategik, dapat dilihat dengan jelas kedudukan pelabuhan di sepanjang Sungai Johor terletak di
tengah-tengah laluan perdagangan Timur dan Barat. Kedudukannya yang strategik ini
membolehkan Johor mengawal lalu lintas kapal dagang dari Barat dan Timur. 3 Selain itu, Sungai
Johor merupakan tempat pertembungan angin monsun dan terlindung daripada angin kencang.

1 Raja Ali adalah putera Mahmud Syah dengan Tun Fatimah. Sebelum Mahmud Syah mangkat, Raja Ali telah

diangkat sebagai Sultan Muda dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah ( A. Samad Ahmad (ed) : 1986:274).
2 Lisa Yip Shukye, Jais Bin Abdul Hamid(1969). Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdb Bhd, Hlmn 44.
3 Ibid, Hlmn 46.

1

Justeru, kerajaan Johor telah mengeksploitasikan kedudukannya yang strategi dengan memaju
dan memperkukuhkan kedaulatan dan kekuatan wilayahnya.
Oleh yang demikian, berikut adalah huraiaan bagaimana sejarah kerajaan Johor telah
melalui sejarah yang amat berbeza sekali dengan kerajaan Melayu yang lain dimana keunikannya
amat terserlah. Penulisan ini akan membincangkan beberapa fasa perkembangan dan perubahan
kerajaan Johor secara beransur-ansur iaitu bermula dengan sejarah awal pra 1530, seterusnya
fasa kedua dari tahun 1530 sehingga 1640, fasa ketiga dari tahun 1641 sehingga tahun 1699, fasa
keempat dari tahun 1700 sehingga 1720, dan fasa kelima dari tahun 1784.

2.0 EVOLUSI DAN TRANSFORMASI JOHOR MENGIKUT TAHAP
2.1 FASA PERTAMA ( PRA 1530 )
`


Fasa pertama ini membincangkan mengenai pembentukkan sejarah awal kerajaan Johor.

Menurut Sejarah Melayu, Johor pada mulanya dikenali sebagai Klang-Kio atau Genggayu. Telah
diceritakan bahawa setelah kerajaan “ Gangga Nagara” atau Perak berjaya dikalahkan oleh Raja
Suran, beliau bersama angkatan tenteranya dari tanah India telah meneruskan misi serangan ke
sebuah kerajaan taklukan Siam di hulu sungai Johor yang bernama “ Klang-Kio” atau
“Genggayu”.4 Klang- kio dalam bahasa Siam beerti Kota Permata dan raja yang memerintah
yang memiliki kuasa dan wilayah yang luas serta kesemua kerajaan di Timur tunduk dibawah
kuasanya. Sejarah awal Johor juga dikenali sebagai Ujong Medini atau Ujong Tanah iaitu
willayah yang meliputi selatan semenanjung Tanah Melayu termasuklah Johor, Muar, Pahang

4 Buyung Adil (1971). Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka,. Hlmn 1.

2

dan Temasik. Selain itu, kerajaan awal Johor juga dikenali sebagai Wurawari yang bermaksud “
air yang jernih” dalam bahasa Jawa lama.
Merujuk kepada perkembangan sejarah awal Johor dapat dilihat bahawa penempatan
awal kerajaan Johor adalah lebih tertumpu di bahagian lembangan dan persisiran sungai,
terutamanya di bahagian timur Johor. Buktinya, Klang-kio terletak berhampiran dengan Hulu

Sungai Johor dan bukti kedua ialah ‘Sayong’ yang merupakan sebuah nama tempat yang terletak
berhampiran dengan Sungai Johor. Hal ini kerana banyak penempatan dan perkembangan sejarah
awal Johor banyak berpusat di bahagian timur Johor iaitu di sepanjang Sungai Johor yang
memiliki muara yang dalam dan luas. Pusat pentadbiran kerajaan Johor sentiasa berubah-ubah di
sepanjang Sungai Johor dan Kepulauan Riau-Lingga sebagai muslihat bagi mengelirukan musuh.
Kesultanan Johor juga dikenali sebagai “Kesultanan Johor-Riau-Lingga”. 5 Selain itu, dapat
dilihat penempatan awal sejarah Johor di selatan iaitu di Pulau Tumasik dan sepanjang sungai
Johor.

2.2 FASA KEDUA (1530 – 1640 )
Dalam fasa kedua pula akan menerangkan penubuhan dan pemerkasaan kerajaan Johor
selam 110 tahun. Pada umumnya, tarikh 1530 telah dijadikan rujukan oleh sejarawan sebagai
tarikh pengasasan kerajaan Johor kerana sejarah awal Johor sebelum tahun 1530 masih kabur
dan belum diselidiki dengan sempurna. Oleh yang demikian, sejarawan telah berpakat
mengatakan tahun 1530 merupakan tahun pengasasan kerajaan Johor.

5 http://lesungpatriotik.blogspot.com/2012/05/pengasasan-kerajaan-johor.html

3


Merujuk kepada sejarah kerajaan Johor, selepas kejatuhan kerajaan Melayu Melaka
(1511), Sultan Mahmud Shah (1511-1528) telah berundur ke pedalaman dan akhirnya membuat
kediaman di Bentan.6 Disitu baginda telah menyusun strategi dan tenteranya untuk menyerang
Portugis dan menawan semula Melaka. Sehingga tahun 1528, beberapa siri serangan telah dibuat
oleh Sultan Melaka tetapi usaha tersebut gagal kerana tidak dapat menebusi Kota A Farmosa. 7
Setelah baginda mangkat di Kampar, Sultan Alauddin Riayat Syah , putera Sultan Mahmud pula
yang meneruskan usaha ayahandanya untuk menawan Melaka dengan menubuhkan kerajaan
Johor. Dalam jangka masa 110 tahun tersebut, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh kerajaan
Johor dalam proses pengukuhan sesebuah kerajaan.
Pada awal pemerintahan dan penguasaan kerajaan Johor, Sultan Alauddin Riayat Syah
menerima pelbagai saingan sehingga mewujudkan perang yang dinamakan perang segi tiga iaitu
perang antara Johor, Portugis di Melaka dan kerajaan Acheh di Sumatera. Tujuan peperangan ini
adalah untuk merebut penguasaan perdagangan di Selat Melaka dan peperangan ini berlarutan
selama 100 tahun (1536–1636).8 Portugis yang sememangnya musuh tradisi sejak zaman
kejatuhan empayar Melaka menganggap penubuhan kerajaan Johor adalah sebagai satu ancaman
baru. Portugis dikatakan telah melanggar Johor lapan kali iaitu pada tahun 1518, 1521, 1523,
1524, 1526, 1535, 1536 dan 1587. Sementara Acheh pula melanggar Johor sebanyak enam kali.
Cabaran awal dari tahun 1530 hingga 1660 memang mencabar Johor dalam menewaskan
percobaan-percobaan yang cuba memusnahkannya. Oleh itu, sejarawan L.Y. Andaya dan
Muhammad Yusof Hasyim berpendapat bahawa tempoh awal yang terdapat banyaknya siri

peperangan ini sebagai satu tempoh yang mengekalkan kewujudan Johor di Alam Melayu.

6 Leonard Y. Andaya (1987). Kerajaan Johor 1641-1728. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hlmn 28.
7 Ibid. Hlmn 31.
8 http://mysejarahcoursenotes.blogspot.com/2010/07/perang-tiga-segi.html

4

2.3 FASA KETIGA (1641-1699)
Pada fasa ini merupakan titik permulaan kegemilangan Johor dalam perkembangan
sesebuah kerajaan yang berdaulat. Pada awal abad ke-17, transformasi telah berlaku dalam
perimbangan kuasa di dunia Melayu terutamanya di Selat Melaka. Perubahan tersebut
dipengaruhi oleh kedatangan kuasa Belanda dan penubuhan Syarikat Hindia Timur atau VOC.
Syarikat Hindia Timur Belanda atau lebih dikenali sebagai V.O.C. (Vereenigde Oostindische
Compagnie) ditubuhkan oleh pedagang Belanda untuk menguasai perdagangan bijih timah. 9
Pada masa yang sama, kelemahan kerajaan Acheh juga menjadi pemangkin kepada perubahan
besar masa depan dan kejayaan Johor. Pada tahun 1641, kerajaan Johor hanya terdiri daripada
Sungai Kelang, Sungai Penagi (Kuala Linggi), Sungai Siak, Sungai Kampal, Bengkalis,
Ungaran, Pulau-pulau Karimun, Bulang, Bentan, Lingga dan pulau-pulau sekeliling, Pulau
Singapura, Rio Farmosa ( Sungai Batu Pahat) dan Muar.10

Kedatangan kuasa Eropah yang lain ke Melaka telah menyebabkan Portugis terpaksa
berhadapan dengan cabaran baru iaitu kemunculan kekuatan pedagang Belanda yang telah
menubuhkan Syarikat Hindia Timur. Seawal tahun 1606, VOC dan Johor telah membuat
perjanjian kerjasama.11 Kesempatan ini telah diambil sepenuhnya oleh kerajaan Johor dimana
pada fasa ini kerajaan Johor telah melalui proses transformasi dari segi politik, ekonomi dan
sosial. Kerajaan Johor telah mengambil inisiatif dengan menandatangani perjanjian dengan kuasa
Barat iaitu Belanda dimana akhirnya telah mewujudkan suasana baru di Selat Melaka.

9 Lisa Yip Shukye, Jais Bin Abdul Hamid(1969). Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdb Bhd, Hlmn 52.
10 Buyong Adil(1971). Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlmn 49.
11 Lisa Yip Shukye, Jais Bin Abdul Hamid(1969). Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdb Bhd, Hlmn 52.

5

Selain itu, Johor merupakan sebuah kerajaan yang unik kerana ianya terikat bukan sahaja
dengan sejarah dunia Melayu tetapi turut berhubung kait dengan sejarah global terutamanya
dengan dunia di sebelah Timur dan Barat. Kedudukan geografi yang strategik kerajaan Johor
yang terletak di persimpangan pelayaran utama dunia antara Timur dan Barat telah

menjadikannya penting dan menguasai sepenuhnya kedudukan geopolitik tersebut. Kedudukan
geogarfi yang strategik ini telah dieksploitasi sepenuhnya oleh orang melayu yang tinggal di
semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Sumatera sehingga bermulanya peradaban Melayu yang
berteraskan kepada dunia maritime. Oleh yang demikian, kehadiran Belanda yang bermatlamat
sesiapa sahaja yang berjaya menguasai dan mengawal Selat tersebut, merekalah yang dapat
menguasai sepenuhnya kekayaan dagangan yang melaluinya dan matlamat tersebut menjadi
nyata.
Pada tahun 1602, ikatan diplomasi antara Johor-Belanda telah termeterai dengan
kedatangan Admiral Jacob Heemaker ke istana Johor di Batu Sawar. Matlamat diplomasi ini
adalah bertujuan untuk menghalau Portugis dari Melaka, menghalang monopoli Portugis dalam
perlombongan bijih timah dan perdagangan kain kapas India dan kemunculan VOC pada masa
itu telah menjadi pemangkin kepada transformasi positif Johor. Persahabatan ini membolehkan
Johor mendapat perlindungan keselamatan daripada Belanda. 12 VOC juga telah menyalurkan
dana melalui karyawan Belanda dari bandar-bandar terkenal di sana untuk membantu
mempertingkatkan ekonomi Johor.
Kesan daripada ikatan Belanda-Johor ini ialah Johor kembali menjadi pusat pentadbiran
dan ekonomi yang berkembang dengan peningkatan perdagangan yang dijalankan. Kekayaan
yang diperoleh daripada perdagangan antarabangsa meningkatkan lagi kewibawaan pemimpin12 ibid, hlmn 47

6


pemimpin Johor dan memperkukuhkan unsur-unsur politik yang menjamin kedudukan beraja.
Raja juga amat disegani oleh rakyat kerana baginda mempunyai pengaruh dan kuasa untuk
merestui semua kegiatan ekonomi. Selain itu, pemimpin-pemimpin yang lain juga dihormati
kerana kewibawaan pemerintahan mereka yang banyak membantu membina perkembangan
negeri Johor sebagai sebuah kerajaan yang disegani oleh masyarakat luar.
Kemunculan Belanda di Johor menjadikan kawasan di Selat Melaka menjadi kawasan
yang penting bagi pertumbuhan perdagangan Intra Asia diantara Barat dan Timur dimana
kerajaan Johor di Riau menjadi pemangkinnya. Bukti adalah pada tahun 1661, catatan sejarah
orang Belanda telah mengatakan bahwa saudagar-saudagar China telah datang membawa kainkain ke pasar perniagaan di negeri Johor iaitu kain buatan Inggeris yang didatangkan di bandar
surat dan dari bandar-bandar di pantai Koromandel. 13 Perkembangan Johor juga dipengaruhi oleh
perkahwinan semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah pada tahun 1644 dimana
perkahwinan tersebut merapatkan lagi hubungan diplomatik kedua-dua negeri tersebut.
Seterusnya, mereka berkongsi pengalaman mengenai perdagangan di negara masing-masing.
Persahabatan yang akrab ini berkekalan hingga tahun 1784. Namun, kerjasama tersebut
telah musnah apabila dinodai oleh cita-cita sempit Raja Haji dimana beliau merasakan beliau
memiliki kekuatan untuk mengalahkan Belanda. Raja Haji melancarkan perang terhadap Belanda
hanya disebabkan satu peristiwa kecil iaitu peristiwa rampasan kapal Betsey. Tindakan beliau
tersebut bukan sahaja telah menghancurkan kerjasama yang sedia terjalin tetapi juga pelabuhan
Riau yang menjadi nadi ekonomi kerajaan Johor.

Hakikatnya, persahabatan antara Belanda dan Johor banyak menguntungkan Johor
dimana pelabuhan Riau dimajukan menjadi pusat pedagangan utama di Asia Tenggara yang telah
13 Buyong Adil(1971). Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka , Hlmn 73.

7

mencabar Melaka dan Bataria. Persahabatan ini juga telah memberi peluang kepada para
pegawai dan orang kaya untuk berdagang tanpa disekat oleh Belanda di Selat Melaka seterusnya
melonjakkan semula ekonomi kerajaan Johor dan menjadi pelabuhan Riau bertambah pesat dan
disinggahi oleh para pedagang dari Eropah, India, China dan juga dari dunia Melayu tanpa
dilarang oleh Belanda.

2.4 FASA KEEMPAT (1700 – 1720 )

Apabila memasuki abad ke-18, kerajaan Johor telah mengalami era cabaran dalam
sejarah tranformasinya. Peristiwa pembunuhan sultan terakhir dari keturunan Melaka oleh Megat
Seri Rama pada tahun 1699 telah memusnahkan usaha pengukuhan yang telah diperkukuhkan
oleh Laksamana Paduka Raja suatu ketika dahulu musnah. Kemangkatan Sultan Mahmud I tanpa
meninggalkan sebarang zuriat daripada keturunan sultan Melayu Melaka untuk memerintah
negeri Johor, bertukar ke tangan raja-raja berketurunan bendahara. 14 Kesan daripada peristiwa

itu, Bendahara Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil
Riayat Syah IV. Dengan itu, berakhirlah zuriat kesultanan Melaka di Johor.15
Walaubagaimanapun. konflik ini menimbulkan konflik selama 20 tahun dimana jurai
kesultanan diputuskan dan digantikan dengan jurai Bendahara. Kesannya, berlaku tuntutan harta
dan kemudiannya berlaku perang saudara yang membawa kepada penglibatan pihak luar dan
pentadbiran politik Johor.

14 Haji Buyong Bin Adil (1980). Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlmn 92.
15 Ahmad Jelani Halimi (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, Hlmn 334.

8

Selain itu, dapat dilihat keadaan Johor yang tidak tenteram impak daripada perlantikan
Tun Abdul Jalil sebagai sultan. Perlantikan seorang yang bukan daripada keturunan Bukit
Seguntang Mahameru ( Palembang) sebagai sultan itu telah ditentang oleh Orang Laut.16 Orang
Laut dan masyarakat tidak dapat menerima beliau kerana pada ketika itu mereka menganggap
adalah satu perkara yang mustahil untuk seorang “berdarah merah” menjadi sultan sedangkan
semua keturunan Diraja adalah berketurunan darah putih. Jika ditinjau dari sudut akibat, keadaan
politik yang amat genting ini telah menimbulkan perasaan saling benci membenci dan iri hati

dalam kalangan masyarakat.17
Selain itu, akibat daripada perlantikan ini juga, kerajaan Johor kehilangan ketaatan orang
laut yang selama ini menjadi tonggak keselamatan kerajaan Johor sejak zaman Srivijaya lagi.
Hubungan erat Orang Laut dengan raja Melaka wujud sejak zaman Srivijaya, Palembang antara
abad ke-7 hingga abad ke-11 dan disambung pada abad ke-14 selepas anak raja menubuhkan
kerajaan Melaka.18 Orang Laut merajuk dan membawa diri dan secara terbuka rela meletakkan
diri dibawah pemerintahan Palembang daripada memberikan taat setia kepada seorang
penderhaka.19 Mereka menolak pertuanan baru dan menganggap sultan baru tidak berdaulat. Hal
ini memberi impak yang teruk terhadap keselamatan dan kemakmuran kerjaan Johor
terutamanya kepada perdagangan perkapalan. Malah, Johor juga terdedah kepada ancaman
musuh dan lanun selepas Orang Laut meninggalkan Johor. Keadaan ini memberi laluan kepada
perpecahan kuasa dan menggugat keutuhan kuasa pusat, perpaduan anggota masyarakat menjadi
longgar dan menyebabkan kemasukan pengaruh Siak dan Bugis ke dalam institusi politik dan
masyarakat di Johor-Riau.
16 Ibid, Hlmn 334.
17 Leonard Y. Andaya (1987). Kerajaan Johor 1641-1728. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlmn 265.
18 Abdul Latif Abdul Bakar (1984). Sejarah di Selat Melaka. Selangor : United Selangor Press Sdn Bhd, Hlmn 75.
19 Leonard Y. Andaya (1987). Kerajaan Johor 1641-1728. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hlmn 253.

9

Kemasukan Siak bermula apabila seorang raja Siak muncul dan mengaku bahawa dia
ialah putera Sultan Mahmud yang dibunuh pada tahun 1699 dan mengisytiharkan dirinya sebagai
perwaris yang berhak ke atas takhta Johor. Raja Kecil merupakan ketua orang Minangkabau di
Siak.20 Kekacauan dan serangan-serangan yang dilakukan oleh Raja Kecil mendorong kepada
keadaan huru hara dalam kerajaan Johor. Antara tahun 1718 hingga 1721 takhta kerajaan Johor
telah dirampas oleh Raja Kecil dan mengangkat dirinya sebagai sultan Johor dengan gelaran
Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah. Namun demikian Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil
Riayat Syah IV(1699-1718) berjaya merampas semula takhta kerajaan Johor dengan bantuan
opu-opu Bugis iaitu Daeng Perani, Daeng Marewah, Daeng Kemasi, Daeng Kemboja dan Daeng
Menambun pada tahun 1722.21 Dengan kejayaan tersebut, Raja Sulaiman dilantik menjadi sultan
Johor dengan gelaran Sultan Badrul Alam Syah yang merupakan sultan yang ke-13 dan Daeng
Marewah sebagai Yamtuan Muda. Yamtuan Muda sebenarnya lebih berkuasa daripada Sultan. 22
Maka, bermulalah pengaruh Bugis dalam kerajaan Johor-Riau.

2.5 FASA KELIMA (1720 – 1784)

20 Ahmad Jelani Halimi (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, Hlmn 337.
21 Lisa Yip Shukye, Jais Bin Abdul Hamid(1969). Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdb Bhd, Hlmn 44.
22 Ibid, Hlmn 45.

10

Fasa kelima ini merupakan era kegemilangan Johor dimana dalam fasa ini akan
membincangkan tentang kesan kemasukan pengaruh luar iaitu pengaruh Bugis kepada
transformasi perkembangan kerajaan Johor.
Kemasukan Orang Bugis ke Johor banyak menjayakan pembangunan negeri Johor. Orang
Bugis yang menetap di Johor telah memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang
termasuklah pentadbiran, perdagangan dan ketenteraan.23 Kehadiran Bugis telah mewujudkan
dua kuasa dalam pentadbiran Johor iaitu kuasa Melayu dan kuasa Bugis. Bugis telah
memperkenalkan jawatan Yang Dipertuan Muda ke dalam pentadbiran Johor dimana bidang
kuasanya melebihi kuasa Sultan. Melalui jawatan tersebut, Bugis meyerap sepenuhnya kuasa ke
dalam pentadbiran kerajaan. Begitu juga dengan pengenalan adat tiga hujung yang menyerapkan
kuasa Bugis ke dalam istana dan masyarakat Melayu.
Kesan kemasukan Bugis turut menyumbang kepada kemajuan ekonomi kerajaan Johor.
Kekuatan perdagangan yang telah berjaya dibina oleh orang Melayu kini diperkukuhkan lagi
dengan kehadiran Bugis. Pedagang Bugis terkenal dengan kepandaiannya berdagang
menyelusuri perairan Laut Sulu, Laut Cina Selatam, Laut Jawa dan juga Selat Melaka telah
menghasilkan medan perdagangan dan jaringan perdagangan yang amat menguntungkan sekali.
Selain itu, Bugis juga mahir dalam urusan perniagaan. Semasa Daeng Chelak ditabalkan sebagai
Yamtuan Muda Riau III, beliau mengambil inisiatif dengan menggalakkan rakyat Johor
menguasahakan tanaman gambir24 yang pada ketika itu mempunyai nilai permintaan yang tinggi.
Perkembangan ekonomi Johor ini berjaya menjadikan Johor sebagai tumpuan saudagar-saudagar
dari luar datang untuk berniaga. Tumpuan ekonomi saudagar dari luar telah menambahkan lagi
23 Ahmad Jelani Halimi (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, Hlmn 339.
24 Raja Haji Ahmad, Raja Ali Haji (1982). Tuhfat Al-nafis. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti, Hlmn 60.

11

hasil kutipan cukai iaitu hasil daripada eksport dan import di pelabuhan Johor. Perkembangan ini
membolehkan Sultan Sulaiman membeli dan menambah kelengkapan pertahanan Johor dari
ancaman musuh sama ada dari luar mahupun dalam Johor.
Justeru, penglibatan Bugis dalam politik Johor berjaya menjadikan Johor sebagai
pelabuhan yang terkenal dan setanding dengan pelabuhan lain. Demikianlah transformasi yang
berlaku dalam erea kegemilangan Johor dari aspek politik dan ekonomi.

3.0 KESIMPULAN
Dapat disimpulkan bahawa Johor telah mengalami proses evolusi dan transformasi yang
sangat panjang. Kerajaan Johor telah berkembang secara berperingkat hingga kurun ke-18.
Transformasi yang berlaku secara total ini telah membawa kepada perubahan perkembangan dari
aspek politik, ekonomi dan sosial dalam kerajaan Johor. Corak transformasi Johor ini juga dapat
dilihat bersifat turun naik berdasarkan kepada lima fasa yang berbeza dimana setiap fasa
mempunyai peristiwa-peristiwa yang tertentu. Secara keseluruhannya, kerajaan Johor boleh
dikatakan sebagai sebuah kerajaan Melayu yang tertua dalam perkembangan sejarah Melayu.

BIBLIOGRAFI
12

A. Samad Ahmad (1985). Kerajaan Johor – Riau. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Abdul Latif Abdul Bakar (1984). Sejarah di Selat Melaka. Selangor : United Selangor Press Sdn
Bhd.
Ahmad Jelani Halimi (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Buyong Adil(1971). Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Haji Buyong Bin Adil (1980). Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Leonard Y. Andaya (1987). Kerajaan Johor 1641-1728. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka
Lisa Yip Shukye, Jais Bin Abdul Hamid(1969). Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad
Ke-20. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdb Bhd.
Muhammad Yusof Hasyim ( 1998). Pensejarahan Malaysia Nusantara. Kuala Lumpur : Teks
Publishing Sdn Bhd.
Mohd Amirullah Bin Abdul Rahman (2005). Kerajaan Johor-Riau Dalam Peradaban Melayu.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Siti Hasmah Binti Mohd Darus, Hanisah Binti Ismail, Norhasanah Binti Mohd Yusop, Zuraini
Binti Abu Talib (2012). Mata Pelajaran Sejarah. Diperoleh pada November 20 2013
daripada http://lesungpatriotik.blogspot.com/2012/05/pengasasan-kerajaan-johor.html

13