kaedah pengajaran bahasa melayu sekol

Tajuk 1 Komponen Pengajaran

 Kemahiran Induksi  Penerangan

 Penyoalan  Variasi Rangsangan

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran dalam komponen pengajaran. Terdapat empat kemahiran yang dimuatkan dalam tajuk ini:

 Kemahiran Induksi 

Kemahiran Penerangan 

Kemahiran Penyoalan 

Kemahiran Variasi Rangsangan

Hasil Pembelajaran

1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-mikro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah.

Fikirkan:

Fahami aktiviti yang sesuai dengan kemahiran yang digunakan dalam P&P serta berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa.

Komponen Pengajaran

Mengapa kemahiran dalam komponen pengajaran penting? Bagaimana kemahiran ini dapat difahami?

Apakah hubungan kemahiran ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah?

Paling penting langkah dan aktiviti P&P yang dijalankan perlu sesuai dengan kemahiran yang digunakan.

Pemahaman guru tentang kemahiran dalam komponen pengajaran membolehkan seseorang guru memilih dan

menentukan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Terdapat empat kemahiran dalam tajuk ini, iaitu:

 Kemahiran Induksi 

Kemahiran Penerangan 

Kemahiran Penyoalan 

Kemahiran Variasi Rangsangan

1.1 Kemahiran Induksi

Konsep • Cara guru memulakan pelajaran • Guru perlu menimbulkan minat serta menggerakkan murid supaya bersedia dan

berfikir

Prinsip-prinsip Induksi • Bermakna kepada murid

• Berkaitan isi dan objektif pelajaran • Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada

Kemahiran Induksi (Permulaan)

1. Menarik perhatian murid • Dengan suara, gerak geri dan kontak mata • Dengan ABM • Dengan corak interaksi guru-murid

2. Mewujudkan motivasi • Dengan semangat, kemesraan, merangsang nalauri ingin tahu, menggunakan

unsur menghairankan, cerita dan aktiviti yang menarik.

3. Menstruktur • Dengan mengehadkan tugasan, menyatakan tujuan tugas, mencadangkan cara

menjalankan tugas, menggunakan soalan yang berkaitan

4. Membuat perkaitan • Membanding/ membeza dengan perkara biasa, menyatakan tujuan tugas atau peristiwa semasa yang diminati murid

1.2 Kemahiran Penerangan

Definisi Satu proses untuk memberikan kefahaman kepada orang lain. Kemahiran ini perlu dikuasai

oleh guru-guru kerana ilmu atau perkara yang hendak disampaikan kepada murid mestilah dapat difahami oleh murid dengan berkesan.

Objektif;

1. Untuk menjelaskan sesuatu – perkara, makna ayat, kata, ungkapan dan lain-lain

2. Untuk menghuraikan sesuatu proses, prosedur, langkah, peraturan dll.

3. Untuk menaakul sesuatu sebab, kejadian, peristiwa dan meramalkan kemungkinan sesuatu peristiwa , kejadian, atau tindakan

Bentuk-bentuk Penerangan

• Takrif: Menjelaskan sesuatu isu atau perkara dengan memberikan pengertiannya. • Huraian: Menerangkan sesuatu proses. • Taakul: Menerangkan dengan memberi alasan atau sebab-musabab.

Panduan

1. penerangan bagi memastikan penerangannya jelas dan menarik

2. Penggunaan bahasa yang sesuai dengan tahap umur dan kebolehan murid

3. Sesuai dengan kandungan dan objektif pelajaran

4. Mendapatkan respons murid supaya tahu sama ada murid jelas atau kurang jelas dengan penerangan yang diberikan

Komponen Penerangan

1. Komponen Struktur • Penggunaan tanda saran • Penggunaan contoh-contoh • Penyimpulan atau rumusan

2. Komponen Penyampaian  kejelasan  pelbagai penekanan  memberi petunjuk  membuat perkaitan dan keutamaan  mengelakkan kekaburan  turutan  maklum balas

Prinsip Kemahiran Penerangan

• Taakulan perlu jelas supaya mudah difahami, menarik perhatian dan minat murid. • Penekanan – intonasi, nada suara, sebutan, jeda, dan sebagainya. • Urutan/Penyusunan Idea dan Pemikiran – diperingkat, disusun, dikembangkan secara

kemas, sistematik dan teratur. • Ilustrasi – penerangan akan lebih menarik jika disokong dengan ilustrasi dan bahan-

bahan visual yang lain. • Maklum balas – bersedia menerima pandangan dan pendapat murid. • Penutup – kemas, bermakna, membuat rumusan dan kesimpulan kepada perkara

yang diterangkan.

1.3 Kemahiran Penyoalan

Pengenalan • Guru cenderung menggunakan soalan aras rendah sahaja • Kemahiran penyoalan membantu guru mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih

berkesan dan mampu meningkatkan pencapaian murid. • Kemahiran yang rumit, mesti dikuasai oleh guru.

Prinsip-prinsip: • Ditujukan kepada semua murid • Murid diberi masa berfikir • Sesuai dengan kebolehan murid • Soalan dirancang daripada mudah kepada rumit, aras rendah ke aras tinggi • Penyampaian soalan jelas • Melayan tindak balas murid dengan baik

Objektif penyoalan; • Untuk melibatkan murid secara aktif dalam P&P • Menimbulkan minat dan ingin tahu murid • Membantu murid dalam perkembangan daya fikir • Menggalakkan murid menyoal • Membantu murid melahirkan idea

Komponen Kemahiran Penyoalan • Soalan yang berfokus, sama ada fokus tunggal atau fokus pelbagai.

• Soalan yang boleh dialih dan disebarkan supaya ramai murid berpeluang menjawab soalan.

• Berhenti seketika selepas mengemukakan soalan bagi memberi peluang kepada murid berfikir

• Membantu dengan memberi petunjuk atau klu untuk memudahkan murid memberi jawapan

• Melayan murid dengan adil • Soalan bertujuan mencungkil pengetahuan murid berdasarkan aras tertentu. • Soalan yang jelas dan ringkas

Aras Kemahiran Penyoalan (Domain Kognitif Taksonomi: Benjamin S. Bloom)

PENILAIAN SINTESIS ANALISIS APLIKASI KEFAHAMAN PENGETAHUAN

PENILAIAN Hujah, idea, alasan, sebab-sebab yang menyokong pertimbangan.

SINTESIS Kebolehan menyusun idea, membentuk idea atau corak baru, menyediakan sesuatu

rancangan atau set operasi, mengelas, dan menerangkan sesuatu data.

ANALISIS Mengkaji bukti, mentafsir, menghurai, mencerakin, menciri, mengatur, melahirkan pemikiran. APLIKASI Soalan yang membolehkan murid mengaplikasi atau mencuba ilmu yang dipelajari kepada

sesuatu situasi yang baru.

KEFAHAMAN Soalan yang menguji pemahaman murid, mentafsir dan membuat huraian berdasarkan

pemahaman.

PENGETAHUAN Mengingat, menyatakan kembali fakta yang telah dipelajari.

Teknik Penyoalan

Mencungkil pemikiran murid

Jelas, tepat, dan padat

Memastikan murid yakin dan setuju dengan jawapan mereka

Mendapatkan contoh supaya jawapan lebih jelas

Jenis-jenis penyoalan

1. Soalan Bertumpu (Tertutup) • Bentuk convergent atau tertutup • Aras rendah - Pengetahuan, Kefahaman • Lebih bersifat objektif • Jawapan atau respon terhad • Bertujuan menguji daya ingatan atau mengetahui sama ada memahami maklumat

atau pengetahuan yang disampaikan

2. Soalan Bercapah (Terbuka) • Bentuk divergen atau terbuka • Aras tinggi - Aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian • Lebih bersifat subjektif • Jawapan atau respon luas atau terbuka

• Bertujuan menguji penaakulan, penafsiran, atau memberi peluang dan menggalakkan pelajar membuat spekulasi, mengaplikasi dan merumuskan maklumat atau pengetahuan yang diperoleh.

1.4 Kemahiran Variasi Rangsangan

Konsep: Pelbagai rangsangan yang diwujudkan oleh guru dalam proses P&P untuk menjadikan

pengajaran mereka diminati dan berkesan.

Komponen Kemahiran

Perubahan tingkah laku guru Perubahan Pertuturan / Suara

Kepelbagaian Saluran Deria Kepelbagaian Interaksi

KOMPONEN KEMAHIRAN

Kepelbagaian Media dan Kepelbagaian Kaedah Bahan Bantu Belajar

dan Teknik Mengajar

Komponen Kemahiran Variasi Rangsangan

1. Perubahan tingkah laku guru • Pergerakan : tidak statik, lincah, aktif • Raut wajah /mimik muka : Ceria, senyum,mesra, tegas bertempat • Tubuh badan: pergerakan tangan, jari jemari, dan lain-lain anggota badan yang sesuai.

2. Perubahan Pertuturan (Suara) • Nada suara, kelantangan, intonasi dan kepantasan pertuturan yang bervariasi. • Suara yang mendatar, terlalu perlahan dan kurang bertenaga / tidak bermaya akan

menyebabkan murid berasa bosan.

3. Kepelbagaian Saluran Deria • Bermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan

daripada bertutur kepada membaca, daripada membaca kepada bertutur dan sebagainya.

4. Kepelbagaian Interaksi • Interaksi guru-murid, murid - murid, individu – kumpulan, kumpulan – kumpulan dan

sebagainya. • Melibatkan pelbagai aktiviti seperti soal-jawab, perbincangan, bercerita, laporan, berita,

berlakon dan sebagainya. • Memberi peluang kepada murid melahirkan idea, pendapat atau pandangan

5. Kepelbagaian Media dan Bahan Bantu Belajar • Penggunaan pelbagai jenis media dan bahan bantu akan menarik minat murid. • Bahan-bahan yang berbentuk multimedia dan interaktif amat digalakkan

6. Kepelbagaian Kaedah dan Teknik Mengajar • Kaedah dan teknik merpakan saluran penting guru memindahkan kemahiran dan

pengetahuan kepada murid. • Semakin kerap guru menukar kaedah dan teknik P&P, semakin menarik sesi pelajaran,

dan semakin seronok murid belajar.

Arahan:

Sila baca dan fahami tentang kemahiran dalam komponen pengajaran.

 Setelah anda menguasai keempat-empat kemahiran, bincangkan ciri-ciri setiap kemahiran yang dipelajari.

Tajuk 2 Komponen Pengajaran :

 Penggunaan Papan Tulis  Pengelolaan Bilik Darjah

 Penutupan dan Membuat Kesimpulan

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang komponen pengajaran. Terdapat tiga kemahiran yang dimuatkan dalam tajuk ini, iaitu kemahiran

 penggunaan papan tulis, 

pengelolaan bilik darjah, dan 

penutupan dan membuat kesimpulan. Ketiga-tiga kemahiran yang tersebut amat penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. supaya hasil pembelajaran dapat dicapai dengan berkesan.

Hasil Pembelajaran

1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah.

2.1 Kemahiran Penggunaan Papan Tulis

Terdapat beberapa jenis papan tulis. Antaranya adalah seperti yang berikut :  Papan Hitam

 Papan Putih  Papan Gulung  Papan Planner  Papan Magnetik

Prinsip Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah

Langkah-langkah Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah

 Memastikan kebersihan papan tulis pada awal dan selepas pengajaran dan pembelajaran

 Menulis butiran pelajaran pada bahagian atas papan tulis – mata pelajaran, tajuk pelajaran, tajuk latihan, tarikh dan sebagainya  Menggunakan alat tulis yang sesuai, dan berwarna-warni jika perlu.

Langkah Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah

 Membahagikan papan tulis kepada dua bahagian agar fokus murid tidak terlalu luas

 Menulis dengan kemas, teratur, tepat, dan diikuti dengan penjelasan atau penerangan yang berkaitan

 Elakkan daripada bercakap mengarah papan tulis sewaktu menulis pada papan tulis

 Pastikan semua murid telah selesai melaksanakan aktiviti penulisan yang diberi sebelum mengganti atau memadam penulisan terdahulu.

2.2 Pengelolaan Bilik Darjah Konsep Bilik Darjah

 Tempat murid menghabiskan sebahagian masa persekolahannya  Suasana bilik darjah menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran  Susunan bilik darjah mengawal pembelajaran, perhubungan guru-murid, murid-

murid, dan keseronokan berkerjasama.

Jenis-Jenis Bilik Darjah

 Biasa (Tradisi)  Bercantum  KBSR/KBSM  Mata Pelajaran Khas  Multimedia  Bestari  Terbuka

Ciri-ciri Bilik Darjah Terbuka (Stephens)

 Pengajaran menggunakan kaedah kumpulan/ perbincangan biasa digunakan.  Pelbagai aktiviti dijalankan serentak  Jadual anjal mudah diubah  Banyak ABM/BBM digunakan  Murid berpeluang membuat keputusan  Murid bebas bergerak/ bekerjasama  Murid bebas mengkaji mengikut minat  Penyerapan dan penggabungjalinan

 Kaedah dapatan / uji kaji diutamakan  Kumpulan pembelajaran mudah bentuk berdasarkan minat dan akademik.,

keperluan intelek, emosi dan sosial diutamakan untuk pembentukan sikap positif

 Pemberian markah / gred minimum  Perhubungan guru-murid, murid-murid adalah jujur dan terbuka.

Peranan Guru dalam Bilik Darjah

 Memberi panduan dan galakan / pakar kaedah pengajaran  Pengajar / pakar mata pelajaran  Pengantara masyarakat dan kebudayaan / wakil masyarakat  Menentukan peraturan

 Melaksanakan aturan biasa  Penghubung antara sekolah dengan masyarakat  Contoh dan teladan kepada murid  Pengadil tingkah laku  Pendisiplin / penyelia  Pengganti ibu bapa

 Kerani  Kaunselor

Guru sebagai Pengurus Bilik Darjah

 Guru memainkan peranan sebagai pengurus  Mengurus rutin bilik darjah, murid-murid menjalankan tugas ikut jadual

bertugas  Mengurus bilik darjah menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan

pembelajaran  Mengurus sukatan pelajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.

Guru sebagai Perancang

 Kejayaan guru sebagai pengajar bergantung pada perancangan mengajarnya  Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran  Perancangan yang baik menjamin kejayaan pengajaran dan pembelajaran

Ciri-ciri Kemahiran Merancang

Kemahiran merancang boleh dikenal pasti daripada ciri-ciri perancangan yang berikut :

 Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid

 Isi pelajaran dalam rancangan mengajar disusun daripada mudah kepada kompleks, bermakna, relevan, dan menarik.

 Rancangan mengajar harus memasukkan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)

 Utamakan pendekatan berpusatkan murid  Rancangan mengajar harus disusun mengikut langkah pengajaran dan

pembelajaran yang lengkap

Guru sebagai Pengelola

Elemen Kemahiran Mengelola

Tujuan utama mengajar adalah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran

 Keberkesanan pengajaran bergantung pada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya dan memudahkan aktiviti pembelajaran murid-murid.

Dua Fungsi Utama Pengajaran

 Merangsang pembelajaran. Mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan.  Pembelajaran hanya berlaku atas usaha sendiri, mengikut objektif Dalam bilik darjah tugas pengajar membekalkan motivasi untuk merangsang /

menimbulkan / menggerakkan murid-murid belajar.

Pengajaran Motivasi Pembelajaran

Pengurusan Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran

 Menyediakan ruang untuk aktiviti kumpulan/simulasi di samping aktiviti pembelajaran secara kelas.

 Pastikan sudut dan ruang itu dikelola dalam keadaan yang kemas, teratur, selamat, kondusif dan dilengkapkan dengan bahan-bahan yang sesuai.

Pengurusan Rutin Bilik Darjah

Tugas guru meliputi 3 bidang utama

1. Penyediaan, Pentafsiran dan Penyimpanan Rekod

 Rekod Pendaftaran Murid  Buku Jadual Kedatangan  Buku Kemajuan Murid  Kad Himpunan 001 dan 002  Rekod Kutipan Yuran

2. Penyediaan Pelaksanaan Rutin Bilik Darjah

 Rutin bilik darjah merujuk pada aktiviti pengurusan bilik darjah yang hendak dilakukan pada setiap hari persekolahan

 Menanda jadual kedatangan  Menyemak keadaan fizikal bilik darjah  Menyusun kerusi meja  Mengutip yuran

Pelaksanaan Tugas-tugas Lain

 Pengurusan Skim Bantuan Buku Teks untuk murid-murid

 Menguruskan biasiswa, Skim Amalan Makanan dan Pemakanan serta Projek Susu Sekolah

3. Pengurusan Keadaan Fizikal Bilik Darjah

 Berkaitan dengan penyusunan kerusi meja murid, alat-alat, ruang sudut bacaan, dan pengajaran dan pembelajaran, serta kebersihan bilik darjah

 Tujuan pengurusannya untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bilik darjah yang kemas , bersih, dan teratur.

Antara kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh murid-murid ialah :

 menyapu lantai dan beranda  membersihkan papan tulis / menyusun kerusi meja  mengemas ruang dan sudut pembelajaran  susun bahan bacaan di sudut bacaan  menghias dan menjaga alat yang dipamerkan  menjaga penggunaan kipas dan lampu

 mengelap cermin tingkap dan menghias meja guru.

Pembahagian kerja kepada murid-murid untuk menjaga kebersihan bilik darjah

 Murid-murid dapat dilatih untuk berkerjasama dan bertanggungjawab terhadap kekemasan dan kebersihan bilik darjah

 Menanam sikap rasa bangga terhadap tugas mereka menjaga kebersihan bilik darjah

 Kebersihan bilik darjah dapat menjamin kebersihan murid-murid

 Bilik darjah yang bersih mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dengan murid dan interaksi antara murid dengan murid dapat dipermudahkan dengan susunan kerusi meja yang teratur

Pengurusan bilik darjah yang berkaitan dengan disiplin yang baik adalah seperti

yang berikut:

 mengawal peraturan-peraturan bilik darjah  mengawal aktiviti kumpulan  mengawal murid bermasalah

Guru sebagai Pengarah

Elemen Kemahiran Mengarah

 Mengarah murid-murid menjawab soalan guru 

Mengarah mendengar, membaca, menulis, dan mengira 

Mengarah membentuk kumpulan 

Mengarah menguruskan tugas harian bilik darjah

 Mengarah menjalankan aktiviti pembelajaran

 Mengarah mematuhi peraturan, disiplin bilik darjah, dan sebagainya

Guru sebagai Pengawal

 Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan kelas yang kondusif serta sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

 Mewujudkan suasana dan keadaan yang membolehkan murid-murid mengikut pelajaran tanpa sebarang gangguan

Perkaitan Elemen Bilik Darjah dengan Aktiviti Penilaian

 Aktiviti penilaian merupakan salah satu aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran

 Meliputi usaha menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta

penggunaan bahan-bahan pengajaran

Keberkesanan penilaian boleh ditinjau dari aspek yang berikut :

1. Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan penggunaan strategi, kaedah, dan teknik mengajar

2. Keberkesanan pembelajaran dinilai berdasarkan prestasi murid-murid dalam aktiviti pembelajaran.

3. Keberkesanan bahan-bahan pengajaran dinilai dari aspek penggunaan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Dapatan penilaian akan membolehkan guru :

 Merancang pengubahsuaian yang perlu untuk membaiki pengajarannya

 Merangka strategi baharu untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran, khasnya murid yang gagal menguasai kemahiran yang diajarkannya

 Mengubah suai atau menukar bahan-bahan pelajaran supaya lebih sesuai digunakan.

Ciri-Ciri Kemahiran Menilai

Boleh dikenal pasti daripada ciri-ciri penilaian yang tepat dalam proses pengajaran seperti yang berikut:

 Aktiviti soal jawab sering digunakan untuk membuat penilaian 

Guru boleh menggunakan hasil penilaian untuk membantu murid-murid membetulkan kesalahan yang berlaku dengan serta-merta

 Hasil penilaian pula dapat membantu guru mengesan pencapaian objektif pelajaran serta membaiki pengajaran guru

Perkaitan Elemen Pengurusan dengan Guru sebagai Perancang, Pengelola, dan Penilai

 Perlakuan mengajar dari segi perancangan  Perlakuan mengajar guru dari segi perlaksanaan  Perlakuan mengajar guru dari segi penilaian

Peranan Guru Dalam dan Luar Bilik Darjah

 Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi yang sesuai.

 Penggerak pembelajaran dengan membimbing murid supaya berusaha belajar secara individu atau kumpulan

 Pengurusan bilik darjah seperti rutin bilik darjah dan peralatan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai  Sebagai ibu bapa kepada murid-murid, menjaga keselamatan dan kebajikan,

membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian daripada keluarga mereka

 Bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid serta membantu membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat

 Tingkah laku guru menjadi contoh (model) teladan kepada murid-murid. Nilai murni

yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa murid-murid  Pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan kepada murid-murid

yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi  Penasihat dalam aktiviti kokurikulum dengan membimbing menjalankan aktiviti

persatuan, kelab, permainan atau unit beruniform mengikut rancangan sekolah.  Membantu pentadbir sekolah menjalankan tugas yang diagihkan oleh Guru Besar /

Pengetua.

 Memeriksa buku kerja murid, kertas ujian dan peperiksaan, berdasarkan hasil pemeriksaan menilai prestasi murid. Mengenal pasti kelemahan dan merancang aktiviti pemulihan.

 Menyediakan kertas soalan, merekod markah ujian, mengisi keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan

 Mengikuti kursus peningkatan keilmuan profesionalisme keguruan untuk meningkatkan mutu pengajaran

 Pegawai perhubungan antara Guru Besar/pengetua dengan murid-murid dan antara pihak sekolah dengan ibu bapa

Kesimpulan

 Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah tidak dapat dipisahkan daripada elemen

pengurusan asas, iaitu merancang, mengelola, mengarah, dan mengawal.

 Guru sebagai pengurus bilik darjah yang berkesan hendaklah menguasai semua kemahiran tersebut dan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, licin dan lancar serta mencapai objektif

2.3 Kemahiran Penutupan / Kemahiran Penutupan

 Bahagian penutupan merupakan bahagian terakhir sesuatu pembelajaran  Langkah memberi penumpuan perhatian pada penyelesaian satu-satu tugas

atau pembelajaran tertentu  Kemahiran penutupan juga merupakan satu kemahiran atau cara yang berkesan

untuk guru mengakhiri pengajarannya setelah semua komponen pelajaran yang dirancang pada satu-satu sesi pembelajaran telah selesai dilaksanakan.

Tujuan Merancang Penutupan yang Berkesan

 Menarik perhatian murid terhadap penutupan pengajaran  Meninjau pemahaman pembelajaran  Mendapat gambaran terhadap keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran  Menyatukan dan mengukuhkan pembelajaran  Memenuhi fungsi penutupan

Jenis Penutupan

 Kesimpulan Kognitif Tindakan menyimpulkan semula perkara yang telah dipelajari yang bertujuan

mengukuhkan pemahaman terhadap bahan pelajaran yang telah disampaikan kepada pelajar dan untuk menarik tumpuan terhadap bahagian-bahagian penting dalam pelajaran.

 Kesimpulan Sosial Melibatkan tindakan perasaan pencapaian kepada pelajar. Guru memberi galakan

dan keyakinan kepada murid agar terus mencuba sekalipun murid mungkin gagal menguasai pelajaran yang berkenaan. Kesimpulan sosial biasa digunakan selepas satu siri pembelajaran yang agak teratur.

Objektif Kemahiran Penutupan

 Dapat membuat rumusan dan perkaitan berhubung dengan pengalaman pelajar  Dapat menggunakan pelbagai aktiviti semasa mengulang kaji  Dapat menggunakan prosedur dan aktiviti yang sesuai untuk menilai objektif

pengajaran dan pembelajaran murid  Dapat merancang aktiviti susulan  Dapat mewujudkan motivasi melalui kemesraan dan penuh semangat rasa ingin tahu,

unsur-unsur menakjubkan dan aktiviti susulan

Prinsip / Panduan

 Penutupan mestilah bermakna kepada pelajar dan sesuai dari segi umur, kebolehan, minat, dan kecenderungan mereka  Penutupan mestilah berkaitan dengan isi dan objektif pengajaran dan pembelajaran  Penutupan mestilah mewujudkan perkaitan antara pengetahuan sedia ada,

pengalaman, dan sesuatu yang baru dipelajari  Penutupan menandakan perkaitan pelbagai aspek mengenai topik yang telah dipelajari  Penutupan mestilah dapat menilai keberkesanan sesuatu pengajaran dan

pembelajaran  Penutupan haruslah dapat mencadangkan aktiviti susulan

Komponen Kemahiran Penutup Kesimpulan Kognitif

 Guru membuat rumusan pengalaman dan pengetahuan pelajar  Menggunakan pelbagai aktiviti, misalnya mengulang kaji pelajaran yang telah

disampaikan  Menilai objektif pengajaran dan pembelajaran  Mencadangkan aktiviti susulan bagi aktiviti pengayaan atau pengukuhan

Kesimpulan Sosial

 Mewujudkan rasa pencapaian dan kejayaan kepada pelajar, misalnya dengan memberi pujian, penerapan keyakinan, galakan, dorongan, penghargaan, dan sebagainya

Gerak kerja lanjutan – aktiviti susulan sebagai pengukuhan dan pengayaan, biasanya sebagai kerja rumah.

Arahan:

 Sila baca dan fahami tentang kemahiran-kemahiran dalam pengajaran bahasa Setelah anda menguasai ketiga-tiga kemahiran, sila catat nota dalam bentuk pengurusan grafik tentang tajuk yang telah dibincangan.

 Sila berbincang dengan rakan-rakan untuk memantapkan lagi pemahaman.

Tajuk 3 Teori Huraian Bahasa

 Nahu Tradisional  Struktural

 Transformasi Generatif  Teori Fungsionalis

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang Teori Huraian Bahasa. Terdapat empat Teori Huraian Bahasa yang dimuatkan dalam tajuk ini:

 Teori Tatabahasa Tradisional 

Teori Struktural 

Teori Transformasi Generatif 

Teori Fungsionalis Teori Tatabahasa Tradisional menganggap ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian

berkaitannya berasaskan hukum. Teori Struktural pula melihat bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem serta bersifat arbitrari dalam konteks perhubungan. Noam Chomsky, salah seorang pelopor Teori Transformasi Generatif menekankan bahawa bahasa ialah satu sistem tentang rumus bahasa. Fungsi dan penggunaan bahasa menentukan struktur sesuatu bahasa pula merupakan pegangan Teori Fungsionalis.

Hasil Pembelajaran

1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah.

Kerangka Konsep

Teori Huraian Bahasa:

Teori Huraian Bahasa

 Nahu Tradisional

dan Teori Pemerolehan

 Struktural

Bahasa

 Transformasi Generatif

 Teori Fungsionalis

Teori Pemerolehan Bahasa:

 Behavioris  Kognitif

 Mentalis Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik

 Interaksionalis Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Melayu

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

Permainan

Fikirkan:

Fahami situasi hubungan yang saling berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa dengan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah rendah.

Teori Huraian Bahasa

Mengapa Teori Huraian Bahasa penting? Bagaimana Teori Huraian Bahasa ini dapat difahami? Apa hubungan

teori ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah?

Paling penting Teori Huraian Bahasa menghuraikan persepsi ahli bahasa tentang konsep bahasa, sifat, bentuk

dan tatacara bagaimana bahasa itu berkembang dalam kalangan masyarakat.

Pemahaman guru bahasa tentangnya membolehkan seseorang guru bahasa memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dan

Umumnya terdapat empat Teori Huraian Bahasa, iaitu : 

Teori Tatabahasa Tradisional. 

Teori Struktural 

Teori Tranformasi Generatif 

Teori Fungsionalis

3.1 Teori Tatabahasa Tradisional (Panini)

 Teori yang paling tua 

Antara ahli linguistik yang membuat huraian bahasa berdasarkan teori ini ialah Plato dan Aristotle (bahasa Yunani),Panini (bahasa Sanskrit),Pendeta Za ‟ba dan Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

 Kajian berdasarkan bahasa bertulis. Ahli bahasa Arab mengkaji Al-Quran 

Ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian berdasarkan hukum 

Penggolongan kata berdasarkan makna perkataan dan logik 

Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap

3.2 Teori Struktural (Bloomfield)

 Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem, dan ayat 

Bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem, arbitrari, dan untuk perhubungan 

Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan fakta-fakta yang boleh diperhatikan

 Huraian bahasa berdasarkan konstituen terdekat

3.3 Teori Transformasi Generatif (Noam Chomsky)

 Bahasa ialah satu sistem tentang rumus bahasa 

Ayat mempunyai struktur dalaman dan luaran 

Pengetahuan bahasa merupakan satu fenomena menta. 

Penutur dilahirkan dengan pengetahuan semula jadi berbahasa. 

Bahasa bersifat sejagat dan kreatif

3.4 Teori Fungsionalis (Halliday)

 Struktur bahasa mengikut fungsi dan penggunaan dalam bahasa. 

Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika berkomunikasi dan mementingkan semantik.

Kajian menekankan aspek perubahan bahasa ketika berkomunikasi.

 Terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada tiga fungsi, iaitu fungsi idea, fungsi interpersonal, dan fungsi tekstual.

 Fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sistem bahasa.

Arahan:

 Sila baca dan fahami tentang teori-teori Huraian Bahasa. 

Setelah anda menguasai ketiga-tiga Teori Huraian Bahasa, sila senaraikan perbezaan antara teori Nahu Tradisional dengan Teori Transformasi Generatif

 Sila berbincang dengan pensyarah anda sekiranya anda masih kurang faham tentang teori ini.

Tajuk 4 Teori Pemerolehan Bahasa

 Behavioris  Kognitif

 Mentalis  Interaksionalis

Sinopsis

Tajuk ini mengemukakan empat teori yang membantu guru mengetahui cara kanak-kanak mempelajari bahasa. Tajuk ini penting bagi membantu anda memilih kaedah pengajaran yang selaras dengan teori pemerolehan bahasa.

Empat Teori Pemerolehan Bahasa yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah: 

Teori Behavioris 

Teori Kognitif 

Teori Mentalis 

Teori Interaksionalis

Teori Behavioris yang dipelopori oleh Bloomfield menyatakan bahawa proses pembelajaran bahasa memerlukan penekanan pada latihan dan pengulangan yang banyak untuk membentuk kebiasaan. Manakala Teori Kognitif dikatakan bersifat mentalis kerana teori ini cuba menghubungkan realiti mental dengan lakuan bahasa yang sebenarnya. Teori Mentalis pula merujuk pada pemerolehan bahasa yang mementingkan proses pemikiran. Teori Interaksionalis melihat aktiviti komunikasi semasa berinteraksi penting dalam mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak.

Hasil Pembelajaran

1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah.

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa:

Teori Huraian Bahasa

 Nahu Tradisional

dan Teori Pemerolehan

 Struktural

Bahasa

 Transformasi Generatif  Teori Fungsionalis

Teori Pemerolehan

Bahasa:  Behavioris  Kognitif  Mentalis

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik  Fungsionalis Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Melayu

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

Permainan

Teori Pemerolehan Bahasa

Sebagai guru bahasa yang berkesan, anda perlu tahu cara kanak-kanak mempelajari

menentukan strategi, pendekatan, kaedah, Nota ringkas: dan teknik yang sesuai dengan tatacara

kanak-kanak memperoleh dan mempelajari sesuatu bahasa.

4.1 Teori Behavioris

 Dipelopori oleh Bloomfeild, Edward Sapir, Boas, dan Brooks 

Proses pembelajaran bahasa menekankan latihan dan pengulangan yang banyak untuk membentuk kebiasaan.

Pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta merta

 Latih tubi amat digalakkan 

Pengajaran bahasa mementingkan persekitaran termasuk guru, rakan serta suasana dalam bilik darjah.

4.2 Teori Kognitif

Saya Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada

9 Ogos 1896. Saya yakin bahawa proses pembelajaran merupakan proses mental (bukan mekanis semata-mata), melaluinya murid-murid menyerap pengetahuan sedia ada dalam otaknya dengan data-data yang diperoleh daripada alam sekitarnya. Pemerolehan bahasa berkait rapat dengan perkembangan deria motor dan seterusnya berkembang mengikut tahap perkembangan kognitif kanak-kanak. Dengan demikian, pengajaran bahasa semestinya mengambil kira tahap perkembangan mental (kognitif) dan

deria kanak-kanak.

4.3 Teori Mentalis

 Dipelopori oleh Chomsky 

Pemerolehan bahasa mementingkan proses pemikiran 

Mengutamakan kemahiran membaca dan menulis 

Pengajaran tatabahasa diajar secara formal

4.4 Teori Interaksionalis

 Mementingkan aktiviti komunikasi 

Pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa 

Melalui interaksi kanak-kanak menguasai bahasa

Arahan: 

Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami teori-teori pemerolehan bahasa.

 Setelah itu, anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.

Tugasan 

Dalam kelas KBSR, objektif pengajaran anda adalah supaya murid menguasai pola ayat FN + FA. Cadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Teori Behavioris.

 Menurut Teori Mentalis pemerolehan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan men tal. Anda dikehendaki mengajar kemahiran “memberi teguran secara bertatasusila.” Setelah selesai mengajar, senaraikan ayat-ayat yang dihasilkan oleh murid-murid.

 Sediakan rumusan berkaitan hubungan penguasaan bahasa murid dengan perkembangan mental.

Tajuk 5

Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik

 Definisi  Membanding beza

 Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik  Membuat Rumusan

Sinopsis

Tajuk ini merangkumi empat konsep penting. Strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Strategi merujuk cara atau langkah yang harus dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pula merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa serta pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Beberapa kaedah yang diperkenalkan dalam tajuk ini, iaitu Kaedah Natural, Kaedah Tatabahasa Terjemahan, Kaedah Terus dan sebagainya memperlihatkan perancangan secara teratur, kemas dan sistematik bagi memastikan pencapaian objektif dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Teknik pengajaran yang dicadangkan dalam tajuk ini melibatkan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku, misalnya teknik drama untuk mencapai sesuatu objektif.

Hasil Pembelajaran

2. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mendalam dan dapat membandingbezakan konsep : strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dengan tepat

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa:

Teori Huraian Bahasa

 Nahu Tradisional

dan Teori Pemerolehan

 Struktural

Bahasa

 Transformasi Generatif  Teori Fungsionalis

Teori Pemerolehan Bahasa:

 Behavioris  Kognitif

 Mentalis Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik

 Fungsionalis Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Melayu

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

Permainan

Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa sudah difahami sebaik-baiknya. Sekarang bolehlah saya memilih strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai untuk membantu

saya mempelajari bahasa dengan berkesan!

murid-murid

Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik sebagaimana yang berikut:

STRATEGI Pendekatan

Kaedah Teknik

5.1 Strategi

Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi bermaksud cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi lebih menjurus dan menumpukan pada pencapaian atau hasil pembelajaran.

5.2 Pendekatan

Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan.

 Pendekatan Induktif 

Pendekatan Deduktif 

Pendekatan Eklektik 

Pendekatan Komunikatif

5.3 Kaedah

Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah- langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah- langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti

 Kaedah Natural 

Kaedah Tatabahasa Terjemahan 

Kaedah Terus 

Kaedah Ajuk Hafaz 

Kaedah Linguistik 

Kaedah Kod – Kognitif 

Kaedah Bahasa Komuniti 

Kaedah Oral – Aural

5.4 Teknik

Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

 Teknik Drama  Teknik Permainan Bahasa  Teknik Perbincangan  Teknik Bercerita  Teknik Latih Tubi

Tajuk 6

Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa

Induktif

Deduktif

Eklektik

Komunikatif

Berpusatkan Murid

Berdasarkan Bahan

Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran Berasaskan Masalah

Sinopsis

Tajuk ini mengutarakan empat pendekatan yang lazim digunakan oleh para guru. Pendekatan yang baik dapat menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:

 Pendekatan Induktif 

Pendekatan Deduktif 

Pendekatan Eklektik 

Pendekatan Komunikatif Pendekatan Induktif mempunyai tanggapan bahawa mempelajari sesuatu itu ialah untuk

mendapat hukumnya yang dibentuk melalui pengumpulan maklumat. Tugas dan tanggungjawab guru ialah memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman.

Konsep Pendekatan Deduktif menekankan mempelajari sesuatu berdasarkan hukum. Oleh itu pengajaran dimulai dengan memberi generalisasi, kesimpulan, undang-undang dan isi kandungan.

Gabungan Pendekatan Induktif dan Pendekatan Deduktif menghasilkan Pendekatan Eklektik. Berdasarkan pendekatan ini, guru perlu kreatif dan menggunakan pelbagai kaedah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran

1.1 Menghuraikan berserta contoh pendekatan induktif dan deduktif

3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan papan tulis dalam aktiviti pengajaran mikro

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa:

Teori Huraian Bahasa dan

 Nahu Tradisional

Teori

Pemerolehan

 Struktural

Bahasa

 Transformasi Generatif  Teori Fungsional

Teori Pemerolehan Bahasa:  Behaviorisme

 Kognitif  Mentalis

 Fungsional Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik

Pengajaran dan Pembelajaran

BAHASA MELAYU

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

Permainan

Pendekatan

Pendekatan induktif Mana boleh! tentu lebih baik

pendekatan deduktif kerana murid tidak

tentu lebih baik kerana diajar secara

murid digalakkan berfikir langsung! Murid

untuk membuktikan diajar menaakul

teori/fakta tertentu! /berfikir tinggi.

Apa pulak? Pendekatan eklektik tentu lebih kerana menggabungkan segala yang baik-baik daripada pendekatan induktif dan deduktif!

Tetapi jangan lupa, dalam semua pendekatan itu – murid bertutur sesama sendiri, mereka mempunyai kebolehan dan kemahiran berbahasa menyampaikan fikiran, fakta dan hujah masing-masing. Mereka menyerap idea dan menyepadukannya dengan pengetahuan sedia ada mengenainya.

4.1 Pendekatan induktif

Pendekatan induktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan seseorang murid melaksanakan proses penaakulan yang tinggi. Dalam proses penaakulan, murid tidak diajar secara langsung,bahan pengajaran bagi subjek berkenaan tetapi mereka diberi galakan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri. Kemudiannya, mereka dikehendaki mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh mereka.

Sehubungan dengannya, guru memungut dan mengumpul contoh-contoh tertentu daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia bekerja dan berfungsi membantu murid-murid untuk merumuskan satu kesimpulan yang sesuai. Ringkasnya pendekatan ini menggunakan kaedah pencarian atau penemuan yang melibatkan proses memerhati, meneliti, mengkaji, menganalisis sesuatu aspek bahasa itu pada awal pembelajaran dan kemudian dikaitkan dengan satu kesimpulan umum daripada data-data yang dipelajari. Antara lain murid-murid dikehendaki:

a. memberi definisi kepada sesuatu konsep

b. menerangkan peraturan-peraturan

c. menerangkan isi kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikan

d. memberitahu objektif pengajaran pada awal pengajaran Selain itu, guru boleh mengemukakan soalan, bertanya, berbincang, memerhati,

mengkaji dan memberi contoh-contoh tertentu. Guru kemudiannya membuat rumusan tertentu mengenainya.

Prosedur pengajaran induktif

Prosedurnya melibatkan langkah-langkah yang telah dirancang untuk satu pengajaran yang berkesan. Ia melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif. Secara kasar, prosedur pengajaran itu diperlihatkan seperti yang berikut:

Peringkat pendedahan

Pada peringkat ini, guru:

a. akan mendedahkan unsur-unsur bahasa yang hendak disampaikan kepada murid-murid secara tidak langsung;

b. menggunakan contoh yang melibatkan unsur-unsur bahasa;

c. membuat pendedahan mengenai isi kandungan pelajaran dalam set induksi pada bahagian permulaan pengajaran;

d. menggunakan teknik perbualan atau bersoal jawab bagi memulakan pengajaran tersebut. Pada peringkat ini seboleh-bolehnya guru jangan menerangkan objektif, peraturan, konsep-konsep, tajuk, idea keseluruhan dan sebagainya; dan

e. mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada.

Peringkat pembentukan konsep

Pada peringkat ini, guru

a. membentuk konsep tertentu melalui contoh-contoh yang dikemukakan;

b. mendengar ayat yang dibina oleh murid;

c. mendengar ayat yang dibina oleh guru;

d. melakukan beberapa usaha untuk murid menguasai pelajaran;

e. memandu murid langkah demi langkah sehingga kesimpulan diperoleh.

Peringkat membuat generalisasi

a. Dijalankan dalam bentuk gerak kerja bertulis;

b. Murid diberikan latihan dalam kumpulan.

Peringkat penutup

a. Guru menutup pengajarannya;

b. Guru membuat rumusan berdasarkan apa-apa yang diajarnya;

c. Murid diberi aktiviti-aktiviti susulan sebagai pengukuhan.

4.2 Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif memerlukan seseorang guru menegaskan hukum-hukum atau sesuatu teori atau

peraturan tertentu di peringkat awal pengajarannya sebelum menganalisis hukum-hukum berkenaan dengan

menggunakan contoh-contoh yang konkrit. Secara lebih khusus pendekatan deduktif memerlukan seseorang murid

menaakul, mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum, mengemukakan fakta bagi tujuan membuktikan sesuatu pernyataan, menganalisis fakta atau isi kandungan pelajaran untuk membentuk generalisasi dan membuat satu pencerakinan: daripada yang umum kepada yang spesifik.

Antara lain, guru boleh menggunakan pendekatan deduktif melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut peringkat berikut:

Peringkat awal generalisasi

Peringkat ini, guru sebaik-baiknya tidak mendedahkan perkara yang hendak diajarkan, menegas tujuan pengajaran, memberi tajuk pelajaran dan memberi rangka kasar seluruh idea.

Peringkat mengemukakan generalisasi

Peringkat ini, guru membuat generalisasi dalam langkah pertama pengajaran dengan cara memberi penerangan yang jelas mengenai peraturan, rumus-rumus tatabahasa dan pengertian yang berbentuk hukum tertentu. Dalam hal ini seseorang guru boleh menggunakan carta dan gambar rajah tertentu yang difikirkan sesuai dan boleh membantu murid-murid memahami struktur isi sesuatu mata pelajaran.

Peringkat menganalisis konsep

Sebaik-baiknya sesuatu konsep dianalisis dalam dalam langkah kedua pengajaran dengan memberi contoh-contoh diikuti dalam langkah ketiga dan berikutnya. Guru perlu menggunakan teknik dan bahan bantu belajar yang sesuai untuk merancang Sebaik-baiknya sesuatu konsep dianalisis dalam dalam langkah kedua pengajaran dengan memberi contoh-contoh diikuti dalam langkah ketiga dan berikutnya. Guru perlu menggunakan teknik dan bahan bantu belajar yang sesuai untuk merancang

Peringkat membuat generalisasi

Generalisasi mengenai sesuatu boleh dilakukan dalam aktiviti gerak kerja kumpulan sama ada secara bertulis atau latihan tertentu bagi tujuan menggambarkan penguasaan kebolehan dan kemahiran murid mengenai subjek yang dipelajari.

Peringkat penutup

Peringkat ini guru membuat kesimpulan mengenai sesuatu konsep, peraturan dan hukum tertentu. Selebihnya guru memberi beberapa aktiviti dan latihan tambahan sebagai aktiviti pengukuhan.

4.3 Pendekatan Eklektik

Barulah saya faham, pendekatan eklektik itu menggabungkan pendekatan induktif dan

pendekatan deduktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Saya yakin murid-murid yang mempunyai kebolehan yang pelbagai boleh diajar dengan mudah menggunakan pendekatan ini. Sifat luwesnya membolehkan seseorang guru mengubahsuai aktivitinya dengan mudah.

Ciri-ciri Pendekatan eklektik, antara lain: 

merupakan satu cara mengajar menggunakan pelbagai kaedah, yakni tidak terikat kepada atu kaedah mengajar sahaja;

 guru boleh menggunakan usaha dan daya kreativiti sendiri;

 guru juga boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid-muridnya. Misalnya, peringkat asas pengajaran dilaksanakan latihan mendengar dan kemudiannya diikuti pula dengan latihan bertutur, membaca dan menulis;

 murid-murid, selain boleh menggunakan bahasa secara aktif, boleh pula berfikir secara langsung dengan menggunakan bahasa yang dipelajarinya;

 pendekatan ini memerlukan latihan yang banyak dan murid diberi peluang mempraktiskan pengetahuan dan kemahiran berbahasa secara meluas.

4.4 Pendekatan komunikatif

Secara umum, pendekatan ini member fokus khusus kepada murid. Hal ini kerana manusia perlu berkomunikasi untuk sama ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan memenuhi keperluan dan kehendaknya. Antara lain manusia berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi, memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan, memperoleh dan menyampaikan maklumat.

Prinsip asas pendekatan komunikatif ini ialah murid mengetahui dan memahami tujuan melaksanakan aktiviti tertentu dalam proses pembelajarannya. Proses pengajaran bahasa dilaksanakan dalam konteks wacana mengikuti proses komunikasi sebenar. Berikut merupakan ciri-ciri penting pendekatan komunikatif:

 makna sangat dipentingkan; 

dialog jika digunakan terarah kepada proses komunikatif bukan untuk tujuan hafalan;

 konteks dan situasi komunitif sangat diberi keutamaan; 

pembelajaran bahasa berfokus kepada keperluan belajar untuk berkomunikasi; 

latih tubi perlu tetapi bukan keutamaan; 

pengucapan bahasa perlu sekadar untuk difahami sahaja; 

bahan bantu mengajar perlu sesuai mengikut tahap umur dan kemahiran murid- murid. Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada murid-murid untuk belajar; bahan bantu mengajar perlu sesuai mengikut tahap umur dan kemahiran murid- murid. Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada murid-murid untuk belajar;

 terjemahan boleh digunakan, asal saja murid-murid memperoleh manfaat daripadanya;

 kebolehan berkomunikasi merupakan matlamat khusus pembelajaran. Maka, kelancaran bahasa diadili bukan dalam abstrak sebaliknya dalam konteksnya.

Tajuk 5

Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa

Berpusatkan Murid

Berdasarkan Bahan

Pemebelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran Berasaskan Masalah

Sinopsis

Pendekatan pembelajaran bahasa harus sesuai dengan gaya pembelajaran murid yang berbeza. Pendekatan yang dikemukakan dalam tajuk ini meliputi:

 Pendekatan Berpusatkan Murid 

Pendekatan Berpusatkan Bahan 

Pembelajaran Berasaskan Projek 

Pembelajaran Berasaskan Masalah Pendekatan berpusatkan murid memastikan murid memainkan peranan penting dalam proses

pembelajaran. Guru menjadi pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

Pendekatan berpusatkan bahan pula mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Dalam konteks ini, guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada bahan pelajaran.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Pembelajaran berasaskan masalah sering digunakan bagi membentuk kecekapan berbahasa di kalangan murid. Kebolehan berbahasa ini juga membantu dalam pembentukan daya pemikiran murid dalam menyelesaikan masalah.