BAB 1 KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION 1 Pengenalan;
- Kamus Dewan 2005 – suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan
serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. -
Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting.
2 Ciri-ciri Profesion;
- Merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk
masyarakat dan negara. -
Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan.
- Pekerja mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu
tempoh masa tertentu.
-
Pakar dalam bidang pekerjaan .
-
Mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugas. -
Mementingkan mutu perkhidmatan.
-
Berdedikasi dan tidak mementingkan ganjaran dalam menjalankan tugas. -
Pekerja terdiri daripada ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan kemasukan, mengawal mutu dan penyingkiran ahli.
- Mematuhi kod etika profesion
3 Konsep Profesional;
- Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion.
- Ornstein Levine 1993 -4 atribut dalam suatu profesion:
a penguasaan ilmu yang mendalam b kecekapan dan kepakaran dalam bidang
c kod etika d kebenaranpersetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk
beroperasi.
4 Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan;
- Perguruan – diertikan sebagai pengajaran Kamus Dewan,1989
- Keguruan – diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas
dan kelayakan sebagai guru Kamus Dewan,1989.
5 GURU PROFESIONAL VS. NON PROFESIONAL Guru Profesional;
-
Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Perguruan.
-
Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah. -
Menjadi ahli kesatuan yg menentukan kod etika sebagai panduan dalam segala aktiviti profesional.
- Guru adalah pakar dalam pendidikan.
- Pekerjaan guru adalah perkhidmatan yang penting kepada indidvidu dan negara.
Guru Non Profesional;
- Tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Cth: guru sandaran, guru sementara
- Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan.
- Autonomi guru adalah terhad.
- Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru sekiranya guru tersebut tidak
mematuhi kod etika. -
Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli kesatuan
6 Ciri-ciri guru profesional Abdul Shukor Abdullah,1998;
- Bersikap profesional
- Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
- Berilmu
- Patuh dengan Kod Etika.
- Bermoral
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
- Prihatin terhadap murid dan ibubapa
- Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid.
-
Mempunyai kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. -
Memastikan suasana ‘guru mengajar murid belajar’ dalam bilik darjah. -
Melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya murid mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
- Taat dan setia terhadap perkhidmatannya.
- Mempertahankan martabat profesionnya.
-
Menunjukkan kesetiaan terhadap kerajaan, bebas pendirian tidak berbelah bahagi.
7 10 Tret Guru yang Berkesan McEwan,2002;
- Dorongan oleh misi dan passionate
- Positif dan benar
- Guru sebagai pemimpin
- With-it-ness
- Gaya
- Kepakaran dalam motivasi
- Keberkesanan pengajaran
- Pembelajaran kandungan
- Pintar
- Celik minda
8 Model Guru Profesional -Mohamad Sani,1998 ; Sahsiah
• Bertaqwa • Berakhlak
• Berperibadi mulia • Komitmen
• Bersopan • Positif
• Berkepimpinan • Budaya ilmu
Ketrampilan • Merancang mengurus p p
• Memilih strategi • Kemahiran teknologi
• Kemahiran generik • Kemahiran kaunseling
• Menilai p p
Ilmu • Isi kandungan
• Pedagogi • Bahan
• Kaedah • Teknologi
9 Seorang guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut:
- Kaedah mengajar
- Kawalan sosial di sekolah
- Kawalan disiplin murid
- Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid
- GERKO
- Pembimbing kepada murid
-
10 Refleksi
- Anda telah mengetahui bahawa terdapat beberapa ciri non profesional dalam profesion
keguruan. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan profesional keguruan?
-
Gunakan alat pemikiran SWOT Strength, weakness, opportunity, threat bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan dan juga menyeronokkan.
BAB 2 KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUAN 1.Konsep Etika