Gurindam 12 Fasal yang Keenam Maksud
Rangkap 1
Saranan supaya memilih teman yang dapat membantu ketika susah dan senang.
Rangkap 2
Saranan agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat menyelesaikan setiap kemusykilan.
Rangkap 3
Saranan supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami.
Rangkap 4
Saranan agar mencari teman yang memiliki semangat setiakawan
Tema
Nasihat bagi memilih orang yang ingin kita dampingi.
Persoalan
1. Persoalan kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan.
2. Persoalan kebijaksanaan dalam memilih guru .
3. Persoalan kepentingan mempunyai isteri yang setia
Bentuk
1. Terdiri daripada empat rangkap.
2. Setiap rangkap terdiri daripada dua baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara empat hingga lima.
Cahari olehmu akan sahabat 4 perkataan
Yang boleh tahukan tiap seteru 5 perkataan
4. Terdiri daripada sembilan hingga sebelas suku kata.
Yang boleh dijadikan ubat 9 suku kata
Cahari olehmu akan isteri 11 suku kata
5. Rima akhir syair ini ialah aa
6. Bentuk gurindam ini terikat dengan puisi tradisional.
Gaya Bahasa
1. Asonansi - Cahari olehmu akan sahabat – pengulangan vokal a
2. Aliterasi - Yang boleh menyerahkan diri - pengulangan konsonan n
3. Sinkope - Cahari olehmu akan sahabat rangkap 1 baris 1
4. Penggunaan kata klasik : cahari
5. Penggunaan bahasa kiasan - Yang boleh menyerahkan diri mahu menurut kata suami
Nilai
1. Nilai kebijaksanaan.
Kebijaksanaan seseorang memilih sahabat, guru dan isteri akan memberi manfaat kepadanya.
2. Nilai ketaatan.
Seorang isteri perlu taat dan setia kepada suami.
8
3. Nilai keikhlasan
Seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan.
Pengajaran
1. Kita haruslah mencari sahabat yang dapat memahami dan bersama-sama ketika susah dan senang.
2. Kita mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana agar dapat membimbing kita.
3. Seseorang suami haruslah bijak memilih isteri yang setia agar perhubungan mereka berkekalan.
________________________________________________________________________________________________
Puisi Tradisional Seloka Emak Si Randang
Maksud
Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup
meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang
ditanamnya tidak menjadi.
Tema
Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.
Persoalan
1. Persoalan rasional ketika melakukan sebarang tindakan
2. Persoalan pembaziran yang perlu dielakkan .
3. Persoalan tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.
Bentuk
1. Terdiri daripada satu rangkap.
2. Bilangan baris dalam rangkap tersebut ialah 8 baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 4.
Dagang lalu ditanakkan 3 perkataan
Tiada kayu rumah diruntuhkan 4 perkataan
4. Terdiri daripada 8 hingga 10 suku kata.
Dagang lalu ditanakkan 8 suku kata
Tiada kayu rumah diruntuhkan 10 suku kata
5. Rima akhir seloka ini ialah abbbbcac
6. Seloka ini berbentuk bebas.
Gaya Bahasa
1. Asonansi - Anak pulang kelaparan - a diulang 6 kali
2. Aliterasi - Anak dipangku diletakkan - k diulang 4 kali
3. Sinkope - Beras habis padi tak jadi baris 8
4. Anafora- Anak pulang kelaparan , Anak di pangku diletakkan
5. Penggunaan peribahasa - Kera di hutan disusui
6. Hiperbola - Tiada kayu rumah diruntuhkan
Nilai
9
1. Nilai kebijaksanaan. - Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu
tindakan
2. Nilai bertanggungjawab - Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak.