Hulu Karang Negeri Buluh Telang Rimba Jerun

 Seorang yang pemurah- Merah Silu suka memberi hadiah kerbau kepada sesiapa yang terlibat dalam sabung ayam. Watak Sampingan 1. Merah Hasum o Adik kepada Merah Silu o Menghormati saudara- Dia bersetuju dengan pandangan Merah Silu untuk berpindah dari negeri Semerlanga. o Tidak suka perkara sia-sia- Dia marahkan Merah Silu kerana menangkap kerbau liar. o Bersikap tegas – Dia menyuruh Merah Silu meninggalkan Beruana jika tidak mahu menghentikan perbuatan menangkap kerbau liar.

2. Megat Iskandar

o Saudara kepada Megat Kedah dan Sultan Maliku”l-Nasar. o Tinggal di Buluh Telang.  Mempunyai ladang yang luas.  Bapa angkat kepada Merah Silu.  Tetap pendirian - Dia berperang di Kumat dengan saudaranya Sultan Maliku’l-Nasar yang tidak bersetuju Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun  Seorang yang menghormati tetamu - Dia menjamu Merah Silu semasa kedatangan Merah Silu ke Buluh Telang.

3. Sultan Maliku”l- Nasar

 Adik kepada Megat Iskandar dan Megat Kedah  Tegas- Dia tidak bersetuju dengan tindakan Megat Iskandar untuk melantik Merah Silu di Rimba Jerun.  Mempertahankan haknya sebagai raja di Rimba Jerun  Berani – Dia berperang dengan Megat Iskandar di Kumat. Latar Latar Tempat

1. Negeri Semerlanga

 Peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad menyebabkan kedua-duanya terbunuh.  Tempat asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum keluar merantau.

2. Beruana

 Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Silu dan Merah Hasum.  Cacing gelang-gelang yang memenuhi bubu Merah Silu yang ditahannya di hulu sungai telah direbus dan bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya.

3. Kerbau Kampung

 Tempat Merah Silu menangkap kerbau liar.

4. Hulu Karang

 Merah Silu tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbau Merah Silu merosakkan tanaman padi dan pisang mereka. 25

5. Negeri Buluh Telang

 Menetap di situ setelah dipelawa oleh Megat Iskandar.  Tempat Merah Silu mengamalkan hobinya menyabung ayam.

6. Rimba Jerun

 Peperangan antara Sultan Maliku”l-Nasar dengan Merah Silu.  Merah Silu menjadi raja di sini setelah Sultan Maliku’l-Nasar ditewaskan oleh Megat Iskandar di Kumat. Latar Masa 1. Bermula dari kelahiran Merah Silu hingga dilantik menjadi raja di Rimba Jerun. 2. Waktu malam – semasa Puteri Betong tidur dan Merah Gajah mencabut sehelai rambut Puteri betong yang berwarna keemasan menyebabkan kematiannya. 3. Waktu siang - Merah Silu pergi ke tepi sungai dan ternampak banyak ikan. Latar Masyarakat 1. Golongan bangsawan – Merah Silu, Merah Hasum, Puteri Betong, Merah Gajah, Raja Ahmad, Raja Muhammad, Megat Iskandar,Megat Kedah, Sultan Maliku’l-Nasar 2. Masyarakat yang suka menyabung ayam - Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. 3. Golongan bawahan – orang yang diupah untuk mengorek lubang besar anderak bagi menangkap kerbau liar  Golongan askar – golongan yang terlibat dalam beberapa siri peperangan.  Masyarakat yang suka membantu - Megat Iskandar mempelawa Merah Silu menetap di situ. Gaya Bahasa 1. Bahasa Klasik – anderak, dibantunnya, senawat 2. Bahasa istana - baginda, adinda, kakanda , anakanda 3. Bahasa Arab – berkat , Allah Taala 4. Personifikasi – matahari mati 5. Metafora – kerbau jalang 6. Hiperbola - Bukit yang dilalui Merah Silu menjadi lekuk bekas kerbau itu berjalan . - Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus. Nilai 1. Nilai Taat Setia – rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan banyak kehilangan nyawa. 2. Nilai Murah Hati - Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang hadir ke gelanggang sabung ayam. 3. Nilai Keberanian - - Merah Silu berani berperang menentang Sultan Maliku’l-Nasar untuk menjadi raja di Rimba Jerun. 4. Nilai Berdikari – Merah Silu keluar mencari petempatan baru sendirian setelah dihalau oleh Merah Hasum. Pengajaran  Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul melalui rundingan bukannya peperangan. 26  Kita hendaklah berani mempertahankan maruah supaya hak kita tidak diganggu- gugat.  Kita hendaklah menghormati tetamu.  Kita janganlah menganiayai binatang.  Kita hendaklah menyelidik dahulu sesuatu perkhabaran sebelum mengambil sebarang tindakan. ____________________________________________________________________________________________ Prosa Tradisional Hikayat Indera Nata Sinopsis Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Bondanya bertanya tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah Alam mengkagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka. Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya . Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera. Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteri-puteri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah mencari gajah bergading emas. Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu . Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik gajah bergading emas. Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu. Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati. 27 Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya sangat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri Cederawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati. Tema Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai Cabaran Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi, menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa, dan hampir ditangkap dan dibunuh oleh raksasa. Persoalan 1. Persoalan keberanian dan kehebatan anak raja  Indera Nata berani menentang binatang buas dan menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas yang terdapat di dalam hutan.  Indera Nata berani masuk ke mahliga raksasa dan menyelamatkan tujuh orang puteri.  Indera Nata mempunyai kebolehan bercakap atau berinteraksi dengan haiwan.

2. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya