1. Nilai kebijaksanaan. - Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu
tindakan
2. Nilai bertanggungjawab - Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak.
3. Nilai berbudi - Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada..
Pengajaran
1. Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga sendiri agar kehidupan
lebih harmoni. 2.
Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar tidak mendapatkan kesan yang buruk.
3. Kita hendaklah melayan tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya pembaziran.
PUISI MODEN SAJAK Harga Remaja
Rahman Shaari MAKSUD:
Rangkap 1 Pengajak menerangkan tentang kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti kehidupan.
Rangkap 2 Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan
untuk menuntut ilmu.
Rangkap 3 Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian, berani menghadapi
cabaran dan gigih menuntut ilmu.
Rangkap 4 Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna.
TEMA Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda.
Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju.
PERSOALAN
1. Persoalan tentang kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
2. Persoalan jati diri remaja.
3. Persoalan keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan.Tanpa keberanian, remaja susah
menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh. 4.
Persoalan hala tuju hidup dalam diri remaja. Zaman remaja dapat diisi dengan sebaik-baiknya dengan adanya hala tuju dan matlamat hidup.
BENTUK
1. Terdiri daripada empat rangkap
2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada enam baris, manakala
rangkap keempat terdiri daripada dua baris. 3.
Mengandungi antara satu hingga empat patah kata sebaris. 4.
Rima akhirnya bebas abaccd,abcdcd, abcdce dan aa. 5.
Sajak ini berbentuk bebas.
NADA
10
Sinis
GAYA BAHASA
1. Ayatnya pendek-pendek. Contoh: pendirian rangkap 3, baris 5
2. Diksinya mudah difahami. Contoh: dengan apakah akan kaupenuhi rangkap 2, baris 1
3. Aliterasi :pengulangan konsonan m. Contoh : remaja amat mahal rangkap 3, baris 1
4. Pengulangan konsonan t. Contoh : dengan ketentuan tuju rangkap 4, baris 2
5. Asonansi :pengulangan vokal a. Contoh :dengan apakah akan kaupenuhi rangkap 2, baris 1
Pengulangan vokal i. Contoh : di pinggir perjalanan ini? rangkap 1, baris 6
6. Anafora – pengulangan perkataan pada awal baris
Contoh : bagai kehijauan daun, bagai kesegaran pohon rangkap 1, baris 4-5
7. Metafora . Contoh : piala remajamu rangkap 2, baris 2
cuka kesangsian rangkap 2, baris 3 madu ajaran rangkap 2, baris 5
8. Simile . Contoh : bagai kehijauan daun rangkap 1, baris 4
9. Sinkope. Contoh : Penuhilah remajamu, Dengan apakah akan kau penuhi
NILAI
1. Nilai keberanian. Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran.
2. Nilai kegigihan. Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu.
3. Nilai kebijaksanaan. Remaja perlu bijak menentukan hala tuju diri dalam hidup mereka.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
2. Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.
3. Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai keberanian kerana tanpa
keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh. 4.
Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri. _________________________________________________________________________________________________
Di Perpustakaan Shafie Abu Bakar
MAKSUD Rangkap 1
Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat berbeza daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya dengan pelbagai ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah.
Rangkap 2 Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang mengandungi pelbagai jenis buku.
Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di perpustakaan dan dirinya tidak mugkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia.
Rangkap 3 Penyajak berusaha mencari ilmu pengetahuan walaupun dia mengetahui ilmu yang ada tidak akan habis diterokainya.
11
TEMA Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu.
PERSOALAN
1. Persoalan pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan dan perlu dimanfaatkan.
2. Persoalan tentang pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya.
3. Persoalan cinta akan ilmu pengetahun.
BENTUK
1. Terdiri daripada tiga rangkap
2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada sepuluh baris, rangkap kedua ada lima belas baris dan
rangkap ketiga terdiri daripada enam baris. 3.
Mengandungi antara dua hingga lima patah kata sebaris. 4.
Rima akhirnya bebas abccdddddd, abacdbbefegehcc,, abbaba. 5.
Sajak ini berbentuk bebas.
NADA Sinis
GAYA BAHASA
1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : Gua pendeta bersamadi.
2. Aliterasi :pengulangan konsonan n
Contoh : Ke kedinginan yang menerpa rangkap 1 baris 4 Pengulangan konsonan t
Contoh : satu pertukaran yang kontras
3. Asonansi :pengulangan vokal a
Contoh :Dahaga tak pernah langsai rangkap 3, baris 6
Pengulangan vokal i
Contoh : hanya sebiji dari mutiara rangkap 2, baris 12
4. Anafora – pengulangan perkataan pada awal baris
Contoh : Di puncak sepi Di sana sini rangkap 1, baris 7-8
5. Metafora
Contoh : Di dada samudera rangkap 3, baris 3 Bahtera ilmu rangkap 2, baris 7
6. Sinkope
Contoh : Melangkah ke ruangmu Yang akan kucatat
7. Personifikasi - Contoh : Ke kedinginan yang menerpa
8. Imejan - Contoh : Gua pendeta bersemadi. rangkap 1, baris 6
NILAI
1. Nilai kerajinan, contohnya rajin menuntut ilmu.
2. Nilai ketekunan, contohnya tekun dalam mempelajari ilmu pengetahuan.
3. Nilai bertanggungjawab contohnya berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu.
2. Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu.
3. Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mngejar ilmu.
4. Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.
Mengintai Ruang Insaf Shukri Abdullah
12
MAKSUD Rangkap 1
Penyajak berasakan bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya telah menjauhkan dirinya dari rahmat Allah s.w.t.
Rangkap 2 Penyajak merupakan insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan dalam hidup sehinggakan sukar untuk dirinya
mendapat cahaya kebenaran dari Ilahi.
Rangkap 3 Penyajak tidak yakin sekiranya ruang keinsafan akan wujud dalam dirinya.
Rangkap 4 Penyajak berharap agar pintu taubat masih terbuka dan dirinya terhindar dari api neraka.
TEMA Perasaan insaf seseorang atas kesilapan yang dilakukan dan bertekad untuk bertaubat.
PERSOALAN 1.
Persoalan fitrah manusia yang sering melakukan kesilapan dalam hidup.. 2.
Persoalan keinsafan yang wujud dalam diri manusia apabila menyedari kesilapan masa lalu. 3.
Persoalan keinginan untuk kembali mendapat keampunan dan rahmat Allah. 4.
Persoalan kesukaran mendapat rahmat Allah akibat berterusan melakukan dosa dalam hidup.
BENTUK
1. Terdiri daripada empat rangkap
2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada empat baris, rangkap kedua ada enam baris, rangkap
ketiga terdiri daripada lima baris manakala rangkap keempat terdiri daripada tiga baris. 3.
Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris. 4.
Rima akhirnya bebas abab,abcdbe,aabcd dan abb. 5.
Sajak ini berbentuk bebas.
NADA
Melankolik.
GAYA BAHASA 1.
Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : tubuhku tercalar duri pidana. 2.
Aliterasi :pengulangan konsonan n. Contoh : Tanpa kembali ke tunjang makna rangkap 3 baris 2
3. Pengulangan konsonan k. Contoh : kerap kakiku tersadung selirat akar rangkap 2, baris 2
4. Dialog. Contoh : “Apakah dalam sarat khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?”
5. Asonansi :pengulangan vokal i
Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup. rangkap 2, baris 1
6. Pengulangan vokal u
Contoh : masih terbuka ruang untuk rangkap 3, baris 4
7. Metafora . Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup rangkap 2, baris 1
8. Hiperbola. Contoh : Tubuhku tercalar duri pidana rangkap 2, baris 3
9. Penggunaan bahasa asing. Contoh : Rabb bahasa arab
10. Sinkope. Contoh : Kerap kakiku tersadung selirat akar. NILAI