Sinkope. Contoh : Kerap kakiku tersadung selirat akar. NILAI

MAKSUD Rangkap 1 Penyajak berasakan bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya telah menjauhkan dirinya dari rahmat Allah s.w.t. Rangkap 2 Penyajak merupakan insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan dalam hidup sehinggakan sukar untuk dirinya mendapat cahaya kebenaran dari Ilahi. Rangkap 3 Penyajak tidak yakin sekiranya ruang keinsafan akan wujud dalam dirinya. Rangkap 4 Penyajak berharap agar pintu taubat masih terbuka dan dirinya terhindar dari api neraka. TEMA Perasaan insaf seseorang atas kesilapan yang dilakukan dan bertekad untuk bertaubat. PERSOALAN 1. Persoalan fitrah manusia yang sering melakukan kesilapan dalam hidup.. 2. Persoalan keinsafan yang wujud dalam diri manusia apabila menyedari kesilapan masa lalu. 3. Persoalan keinginan untuk kembali mendapat keampunan dan rahmat Allah. 4. Persoalan kesukaran mendapat rahmat Allah akibat berterusan melakukan dosa dalam hidup. BENTUK 1. Terdiri daripada empat rangkap 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada empat baris, rangkap kedua ada enam baris, rangkap ketiga terdiri daripada lima baris manakala rangkap keempat terdiri daripada tiga baris. 3. Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas abab,abcdbe,aabcd dan abb. 5. Sajak ini berbentuk bebas. NADA Melankolik. GAYA BAHASA 1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : tubuhku tercalar duri pidana. 2. Aliterasi :pengulangan konsonan n. Contoh : Tanpa kembali ke tunjang makna rangkap 3 baris 2 3. Pengulangan konsonan k. Contoh : kerap kakiku tersadung selirat akar rangkap 2, baris 2 4. Dialog. Contoh : “Apakah dalam sarat khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?” 5. Asonansi :pengulangan vokal i Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup. rangkap 2, baris 1 6. Pengulangan vokal u Contoh : masih terbuka ruang untuk rangkap 3, baris 4 7. Metafora . Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup rangkap 2, baris 1 8. Hiperbola. Contoh : Tubuhku tercalar duri pidana rangkap 2, baris 3 9. Penggunaan bahasa asing. Contoh : Rabb bahasa arab

10. Sinkope. Contoh : Kerap kakiku tersadung selirat akar. NILAI

13 1. Nilai keinsafan, contohnya timbulnya perasaan insaf yang mendalam untuk bertaubat akibat kesalahan masa lampaunya. 2. Nilai rasional, contohnya penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah dilakukannya. 3. Nilai kesedaran, contohnya penyajak sedar dirinya telah melakukan banyak kesalahan. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah insaf setelah melakukan kesalahan. 2. Kita hendaklah mengakui kesilapan yang dilakukan. 3. Kita janganlah selalu melakukan dosa. 4. Kita wajib bertaubat sebelum terlambat. ________________________________________________________________________________________________ Mahsuri Zurinah Hassan MAKSUD Rangkap 1 Sajak ini mengisahkan tentang diri Mahsuri dan sumpahannya yang menjadi lagenda di Pulau Langkawi. Mahsuri digambarkan sebagai lambing wanita yang setia tetapi telah difitnah akibat hasad dengki dan dendamnya terhadap orang yang menzalimi dirinya. Sumpahan dan darah suci Mahsuri yang mengalir berwarna putih ketika dia dibunuh telah menjadi lagenda. Setelah tamatnya tempoh sumpahan Mahsuri tujuh keturunan, kini langkawi telah membangun dengan pesat dan maju. Rangkap 2 Penyajak menzahirkan pertikaian beberapa pendapat tentang kewujudan Mahsuri kerana ada yang mengatakan kisah Mahsuri hanyalah khayalan seorang seniman.Namun realitinya kisah Mahsuri itu benar dan keunikan Mahsuri itu telah digarapkan dalam karya sastera dan akhirnya menjadikan lagenda itu lebih mahsyur. Lagenda inilah yang menjadi batu loncatan kepada kemajuan Langkawi. Hasil karya sastera telah memperkasa dan memartabatkan kesusasteraan tanah air tercinta. TEMA Sejarah dan sastera yang begitu bernilai dan mampu menjana ekonomi Negara. PERSOALAN 1. Persoalan fitnah dalam kalangan masyarakat. Mahsuri dihukum bunuh kesan fitnah yang menimpa dirinya. Disebabkan itu warna darahnya yang mengalir telah menjadi putih. 2. Persoalan sumpah dan dendam. Kezaliman yang berlaku ke atas dirinya telah menimbulkan dendam sehingga terzahirnya sumpah Mahsuri tujuh keturunan. 3. Persoalan sastera dan sejarah. Sejarah menjadi bukti sahih yang digarapkan menjadi hasil sastera yang bernilai. 4. Persoalan mengharumkan nama Negara di persada dunia. Lagenda Mahsuri telah memahsyurkan nama Langkawi diserata dunia. BENTUK 1. Terdiri daripada dua rangkap 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada enam belas baris manakala rangkap kedua ada sebelas baris. 3. Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas iaitu abbaccdedfaaaaba dan abbaccdeeed. 5. Sajak ini berbentuk bebas. NADA 14 Melankolik. GAYA BAHASA 1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : air matamu dingin embun. 2. Aliterasi :pengulangan konsonan m. Contoh : rambutmu menjadi jalur hitam rangkap 1 baris 5 3. Asonansi :pengulangan vokal u. Contoh : menyambut tetamu pulau 4. Metafora . Contoh : terapung di laut malam rangkap 1, baris 6 5. Hiperbola. Contoh : melengkung tujuh tanjung rangkap 1, baris 10 Putihlah pulau ini rangkap 1, baris 11 6. Sinkope. Contoh : kerana tanpamu 7. Personifikasi. Contoh : nyanyian ombak pagi rangkap 1, baris 4 NILAI 1. Nilai menghargai. Sejarah dan sastera perlu dihargai sebagai warisan negara yang bernilai tinggi. 2. Nilai kesetiaan. Mahsuri digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat setia kepada suaminya. 3. Nilai patriotisme. Perasaan cinta akan sejarah dan sastera penting dalam pembinaan negara bangsa yang berjaya. 4. Nilai kreativiti penulis.Penulis yang kreatif mampu mengolah bahan sejarah menjadi hasil sastera yang indah. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah menghargai sejarah dan sastera kerana kedua-duanya mempunyai kebaikannya kepada pembangunan negara. 2. Janganlah kita suka menfitnah seseorang tanpa usul periksa. 3. Kita hendaklah berfikiran kreatif dalam usaha merancang pembangunan negara. _________________________________________________________________________________________________ Adat Sezaman Wan Nazihah Wan Abdullah MAKSUD Rangkap 1 Peradaban zaman semakin berlalu dan meninggalkan kesan kepada masyarakat. Adat tradisi nenek moyang mempunyai nilai murni yang tinggi dari aspek keindahan budayanya. Budaya tradisi ini mulia dan sesuai untuk dijadikan bahan kajian. Sikap gadis timur yang penuh kesopanan dan sang teruna yang mempunyai pegangan agama yang sangat sepadan untuk digandingkan bersama di atas pelamin. Namun kini perubahan zaman telah memberi kesan dalam kehidupan masyarakat. Kini gadis yang bersopan santun amat sedikit dan lelaki yang kuat pegangan agama dan nilai ketimuran mulai lenyap ditelan arus globalisasi. Golongan tua kini berasa malu dengan sikap anak muda yang suka berkelakuan tidak sopan di tempat awam tanpa segan silu. Sehinggakan ada sesetengahnya yang melampaui batasan agama. TEMA Perubahan adat tradisi akibat arus modenisasi. PERSOALAN 1. Persoalan adat ketimuran yang tinggi nilainya. Adat timur amat indah dan mulia dalam kehidupan masyarakat terdahulu. 2. Persoalan pergaulan bebas dalam kalangan anak muda. Pada hari ini anak muda bergaul bebas tanpa rasa malu. 3. Persoalan perasaan kecewa golongan tua terhadap generasi muda. Golongan tua berasa sangat kecewa dan sedih apabila melihat budaya kuning yang menjadi ikutan dan sanjungan. 4. Persoalan pegangan agama yang kuat dapat mengelakkan unsur-unsur negatif. Gadis yang mempunyai pegangan agama mampu mengelakkan diri daripada perbuatan yang negatif seperti pergaulan bebas. BENTUK 1. Sajak ini terdiri dari 1 rangkap. 2. Panjang pendek baris tidak sama dengan jumlah perkataan yang tidak terkawal. 3. Terdiri daripada 4 – 13 suku kata. 4. Sajak berbentuk bebas. NADA 15 Melankolik. GAYA BAHASA 1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : warak si teruna jadi ikatan 2. Aliterasi :pengulangan konsonan l. Contoh : terlalu mulia apabila diselidik rangkap 1,baris 4 3. Asonansi :pengulangan vokal a. Contoh : sama cantik sama padan 4. Metafora . Contoh : si tua berduka lara rangkap 1, baris 16 5. Anafora. Contoh : terlalu indah apabila dipandang rangkap 1, baris 3 Terlalu mulia apabila diselidik rangkap 1, baris 4 6. Inversi. Contoh : adat sezaman ditinggal jauh rangkap 1, baris 4 Adat agama dipandang remeh rangkap 1, baris 21 NILAI 1. Nilai ketinggian budi bahasa. Pada masa dahulu anak gadis dan teruna mempunyai budi pekerti yang tinggi.. 2. Nilai ketakwaan. Ketakwaan pada ajaran agama mampu menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perbuatan yang melampaui batas agama. 3. Nilai jati diri. Gadis yang mempunyai jati diri pasti akan menjunjung adat ketimuran. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Adat dan agama mampu menjadi panduan untuk mengekang masyarakat daripada melakukan perkra yang melanggar norma-norma hidup. 2. Kita hendaklah mempunyai nilai jati diri yang utuh. Sekiranya remaja mempunyai nilai jati diri yang tinggi, mereka pasti akan menjunjung adat ketimuran. 3. Kita hendaklah bijak memilih pasangan. Seseorang yang rasional akan memilih pasangan yang berpegang teguh kepada ajaran agama supaya terhindar daripada pergaulan bebas. _________________________________________________________________________________________________ Tiba Waktunya Ghazali Lateh MAKSUD Rangkap 1 Arus globalisasi telah berlaku dengan pantas meliputi pelbagai bidang. Oleh itu, manusia perlu merebut peluang yang ada selari dengan perubahan zaman. Rangkap 2 Wanita tidak perlu memikirkan perkara-perkara yang bakal menimbulkan kekeliruan untuk membuat pilihan kerana akan merugikan masa. Perkara yang lebih penting ialah wanita perlu merebut peluang yang ada dalam usaha memajukan diri dan keluarga. Rangkap 3 Penyajak menyarankan agar wanita zaman siber berani meluahkan idea ke tengah arena negara. Penglibatan wanita dalam pelbagai bidang mampu memacu negara mencapai wawasan. Rangkap 4 Mereka perlu keluar daripada kongkongan kedaifan dan meleraikan semua yang mengelirukan. Mereka juga perlu berani, berkeyakinan tinggi, tabah di samping menjaga budi pekerti serta hebat semua bidang. Rangkap 5 Penyajak mengajak wanita supaya mengangkat martabat mereka dengan kekuatan akal dan tenaga fizikal. Dengan berbekalkan keimanan dan kecekalan, penyajak menyarankan wanita menggerakkan keupayaan maksimum. Rangkap 6 Sekaranglah masanya untuk wanita berada di puncak pentas dunia. TEMA 16 Usaha mengangkat martabat wanita. PERSOALAN 1. Persoalan persaingan manusia dalam mengejar kemajuan pada zaman moden. 2. Persoalan keyakinan diri dalam usaha mendapat kesenangan dalam hidup. 3. Persoalan peranan wanita dalam masyarakat. 4. Kepentingan wanita menjadi seorang yang berani. BENTUK 1. Terdiri daripada enam rangkap. 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama mengandungi lima baris, rangkap kedua mengandungi tujuh baris, rangkap ketiga mengandungi empat baris, rangkap keempat mengandungi enam baris,rangkap kelima mengandungi lima baris dan rangkap terakhir mengandungi dua baris. 3. Jumlah patah kata antara tiga hingga enam. 4. Jumlah suku kata antara tujuh hingga empat belas. 5. Rima akhirnya bebas : aabcc, aaaaabb, abcc, aabbbb, aabbb dan aa. 6. Sajak ini berbentuk bebas. NADA Patriotik GAYA BAHASA 1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : dari putik dan pucuk berembun kemilau. 2. Kata ganda. Contoh : tunas-tunas, gerak geri, sisa-sisa. 3. Aliterasi :pengulangan konsonan n. Contoh : merebut tunas-tunas harapan yang hijau 4. Asonansi :pengulangan vokal u. Contoh :dari putik dan pucuk berembun kemilau 5. Sinkope. Contoh : kautanya 6. Hiperbola. Contoh : angin musim semakin deras dan ganas 7. Metafora. Contoh : tunas-tunas harapan 8. Imejan simbolik. Contoh : persada dunia puncak kejayaan 9. Inversi. Contoh : usah kautanya persoalan dilemma NILAI 1. Nilai keberanian. Wanita kini perlu berani mengemukakan idea dan melibatkan diri dalam pelbagai bidanguntuk pembangunan negara. 2. Nilai kecekalan. Kecekalan penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang. 3. Nilai keyakinan diri. Wanita kini perlu memiliki keyakinan diri dalam menempuh arus perdana dalam hidup. 4. Nilai berpandangan jauh. Setiap individu perlu berpandangan jauh untuk mencapai matlamat hidup. PENGAJARAN 1. Wanita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam zaman moden ini demi kejayaan diri sendiri. 2. Kita mestilah cekal dalam meniti kehidupan demi kesejahteraan hidup. 3. Wanita mestilah menjaga iman dan adab sopan agar terpelihara daripada godaan dunia. 4. Wanita hendaklah berusaha mengangkat martabat mereka dengan berbekalkan kekuatan mental dan fizikal. 17 PROSA TRADISIONAL Pelayaran Yang Penuh Peristiwa Sinopsis Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan menaiki geliung kapal menuju dari Negeri Bandar Mengkalih menuju ke Negeri Semarang di Tanah Jawa. Geliung itu bergerak terlalu laju menyebabkan semua anak kapal mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu tidak sedarkan diri kecuali tiga orang iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menggantikan jurumudi kapal, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung Merah Muda yang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung menggantikannya sebagai jurumudi dengan memberi alasan bahawa dia sudah keletihan. Pada mulanya Awang Sulung tidak bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut akhirnya Awang Sulung mengambil alih tugas sebagai jurumudi. Anehnya, Awang Sulung tidak memegang kemudi sebaliknya menyeru geliung itu supaya belayar mengikut tiupan angin. Setelah tiga hari belayar, geliung itu hendak berlabuh di Pulau Tapai untuk mengambil kayu api dan air tetapi gagal kerana laut bergelora. Sekali lagi Awang Sulung menggunakan kesaktiannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih menyebabkan air menjadi tenang. Setelah beberapa lama berlabuh barulah penghuni geliung tersedar daripada pengsan. Sebaik sedar, jurumudi menikam seekor ayam dengan kerisnya lalu pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua dan menyatakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-kata jurumudi kerana sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Geliung itu berlabuh selama tiga hari tiga malam di Pulau Tapai. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akan mengahwinkan sesiapa sahaja yang berjaya membawa geliung itu selamat sampai ke Tanah Jawa dengan puteri baginda iaituTuan Puteri Dayang Seri Jawa. Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh tuan puteri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba menguji kehebatan Awang Sulung dengan menyuruhnya mengambil air dan mencari kayu. Perkara pelik dilakukan oleh Awang Sulung kerana dia mengambil air di tengah laut di tempat arus yang deras. Awang Sulung tidak mengambil kayu bakau dan temu laut seperti yang diminta oleh tuan puteri, sebaliknya mengambil batang nipah. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina yang mengikut arahan jurumudi kerana memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung sebaliknya Tuan Puteri memerintahkan Si Kembang Cina menyiapkan hidangan istimewa kepada Awang Sulung. Berlaku satu lagi keanehan apabila air masin yang diambil oleh Awang Sulung yang dimasukkan ke dalam buyung suasa bertukar menjadi air manis. Semasa hendak meneruskan pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua anak kapal memaklumkan bahawa mereka akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang banyak lanun. Tuanku Nakhoda berjanji sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda dan puterinya daripada serangan lanun, dia akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Semua anak kapal berasa takut, namun jurumudi telah mengambil kesempatan dengan menonjolkan diri bahawa dia yang akan melawan lanun-lanun itu. Semasa melintasi perairan Pulau Salah Nama, lanun menyerang. Anak-anak kapal termasuk jurumudi lari menyelamatkan diri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Awang Sulung menentang lanun tetapi Awang Sulung membuat helah mengatakan beliau tidak layak kerana kaki dan tangannya sakit. Apabila mendengar alasan itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memberikan limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung mandi. Selepas mandi dan memakai persalinan pakaian pusaka tua warisan bonda dan menyisip keris serta menyarung pedang sakti, terserlahlah ketampanan Awang Sulung. Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama ketua lanun dan menyindir mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Mendengar suara Awang Sulung, lanun-lanun itu ketakutan kerana mereka mengenali Awang Sulung dan berjanji untuk menyelesaikan hutang Awang Sulung kepada Datuk Batin 18 Alam dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung itu telah dipenuhi dengan wang batu dan wang emas. Setelah menyelesaikan semua hutang, Awang Sulung berhasrat untuk pulang ke Bandar Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sedih dan mengambil tindakan untuk terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh hulubalang yang ada di situ. Tuan puteri pengsan tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantun dengan Si Kembang Cina lalu tuan puteri berbalas pantun pula dengan Awang Sulung. Setelah dijamu makan dan minum serta memenuhkan geliung dengan wang, lanun-lanun itu kembali ke bahtera masing-masing. Selepas lanun-lanun itu pergi, jurumudi membuat helah sekali lagi dengan mengaku dirinyalah yang menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun kepada Tuanku Nakhoda. Dia menunjukkan kerisnya yang berdarah selepas dia menikam seekor ayam. Tuanku Nakhoda Tua percaya penipuan jurumudi dan memerintahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitu geram dengan tindakan ayahandanya yang tidak usul periksa. Apabila mengetahui perkara sebenar Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung yang juga berketurunan raja dan mengahwinkannya dengan tuan puteri. Beberapa hari selepas mereka berkahwin, geliung meneruskan pelayaran merentasi beberapa pulau sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terangganu. Awang Sulung dijemput naik ke darat oleh raja negeri tersebut. Semasa naik ke darat Awang Sulung ditemani oleh jurubatu dan Bujang Selamat. Mereka membawa bersama ayam Awang Sulung yang bernama Kinantan Suci. Kedatangan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak menimbulkan kehairanan rakyat negeri tersebut apabila segala alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi . Awang Sulung meminta kebenaran daripada raja untuk menyabung ayam. Pada peringkat awal pertarungan, Kinantan Suci hampir tewas tetapi setelah diseru oleh Awang Sulung ayam itu berjaya menaji ayam lawan sehingga terputus kepala. Selesai menyabung ayam barulah Awang Sulung naik ke balairung seri, disambut oleh pembesar dan rakyat negeri itu. Tema Kelebihan dan kehebatan anak raja Awang Sulung Merah Muda digambarkan memiliki kelebihan dan kehebatan seperti boleh menggerakkan geliung tanpa memegang kemudi, menenangkan air laut dengan mecmpakkan tulang pelanduk putih, menukarkan air laut yang masin menjadi manis, semasa ketibaan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak Terengganu, alat-alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi seolah-olah menyambutnya . Satu lagi kelebihannya, ketika ia menyeru ayamnya Kinantan Suci yang hampir tewas semasa menyabung sehingga akhirnya dapat mengalahkan lawannya, Si Jalak . Persoalan 1. Persoalan cinta tidak mengenal rupa paras. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam.

2. Persoalan perasaan dengki dan iri hati