Salmah Chandran Chong Masyarakat dari planet Utopia - Makhluk Utopia 1 dan Masyarakat yang bijak berhujah - Salmah dan Chandran berhujah dengan makhluk Utopia.

WATAK PERWATAKAN Watak Utama

1. Salmah

 Mahasiswa berusia 22 tahun  Wajah tipikal seorang gadis Melayu dan berkulit sawo matang  Berfikiran objektif, terbuka ,petah dan berani mengemukakan pendapat - Salmah berdialog dengan Chong yang menegaskan bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup menerima kritikan.

2. Chandran

 Mahasiswa berusia 22 tahun  Wajah tipikal seorang pemuda India dan fasih berbahasa Melayu  Berperawakan sederhana.  Bijak berhujah,kritis dan banyak memberikan pendapat - Chandran menyatakan pendapatnya bahawa generasi dewasa harus bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku kepada generasi muda.

3. Chong

 Mahasiswa berusia 22 tahun  Wajah tipikal seorang pemuda Cina fasih berbahasa Melayu dan bijak berhujah  Mudah emosional dan cepat sejuk - Chong marah kerana tidak bersetuju dengan pendapat Makhluk Utopia bahawa generasi mereka belum buat apa-apa. Watak Sampingan 1. Makhluk Utopia I dan II  Makhluk asing dari planet Utopia  Watak mereka muncul dalam mimpi  Bijak mengemukakan pendapat - Makhluk Utopia memberikan pendapat bahawa makhluk bumi berada dalam situasi yang kritikal ke arah kemusnahan. LATAR Latar masa  waktu petang pada tahun 2020 Latar tempat  Kampus universiti tempat Salmah, Chandran dan Chong belajar Latar masyarakat 1. Masyarakat kampus - Salmah, Chandran dan Chong. 2. Masyarakat dari planet Utopia - Makhluk Utopia 1 dan 2.

3. Masyarakat yang bijak berhujah - Salmah dan Chandran berhujah dengan makhluk Utopia.

4. Masyarakat remaja yang cinta akan negara - hujah-hujah Chong menunjukkan cintanya kepada tanah air. 65 GAYA BAHASA  Kata ganda, contohnya bangunan-bangunan  Sinkope, contohnya tak ada satu pun yang baik  Peribahasa, contohnya bersatu kita teguh, bercerai kita roboh NILAI 1. Nilai keberanian - Tiga sahabat berani berhujah dengan makhluk Utopia tentang cabaran untuk membangunkan negara. 2. Nilai cinta akan tanah air - Tiga sahabat menunjukkan kecintaan akan negara dan mahu menjadi pemimpin pada masa akan datang. 3. Nilai baik hati - Makhluk Utopia baik hati dengan menasihati dan memberi teguran kepada penduduk bumi. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah mengutamakan perpaduan kaum dan mengamalkannya dalam hidup bermasyarakat seperti yang ditunjukkan oleh Salmah, Chandran dan Chong. 2. Remaja hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan nilai keagamaan dalam kehidupan. 3. Remaja hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab dan memiliki jati diri yang kental. 4. Remaja hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara pada masa hadapan. _______________________________________________________________________________________ Drama Cempaka Berdarah A.Rahim Abdullah SINOPSIS Babak 1 Drama Cempaka Berdarah mengisahkan Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Kemudiannya, mereka terdengar orang memanggil di luar rumah. Mereka mengintai melalui lubang pintu dan mendapati seorang lelaki Orang Putih muncul. Mak Jah menyuruh Cempaka masuk ke biliknya. Orang Putih itu memperkenalkan dirinya sebagai Prof. Peter , pensyarah Antropologi dan Sosiologi dan merupakan pensyarah Zaman di universiti. Dalam perbualan mereka, Prof. Peter meminta Mak Jah menasihati Zaman supaya belajar betul-betul sekiranya hendak berjaya. Prof. Peter bertanya tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di dinding. Babak 2 Semasa Zaman dan Cempaka mengambil buah bidara dan akar kayu di sebuah belukar, zaman menyuruh Cempaka pulang untuk mengambil parang. Mereka berbincang tentang bonsai dan ukiran akar kayu. Semasa Cempaka pulang mengambil parang, Prof. Peter muncul ditemani oleh Malik. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. Ketika Zaman mengambilkan Cempaka bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul semula. Berlaku lagi pertengkaran antara Prof. Peter dan Zaman. Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang. Zaman membuat kesimpulan, Maliklah yang menjadi orang perantaraan Prof. Peter. Dia juga mendakwa Cempaka ialah adiknya yang dicari-cari selama ini. Semasa perang Jepun, ibunya telah menyembunyikan adiknya di tebing sungai Bukit Putih dan ditemui oleh Mak 66 Jah. Dia hendak mengambil Cempaka dan mahu adiknya itu hidup dalam keluarganya. Sewaktu pertengkaran berlaku, Prof. Peter ternampak seekor ular lalu melepaskan tembakan. Cempaka rebah berlumuran darah. Mak Jah meraung melihat keadaan Cempaka. Zaman berasa marah dan berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Prof. Peter telah melarikan diri ke dalam hutan. Zaman mengejarnya dengan parang. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan dan semuanya tercengang. Mak Jah bersyukur kerana Zaman selamat dan mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri itu. PEMIKIRAN Keberanian mempertahankan hak dan maruah keluarga daripada dirampas oleh orang luar. Zaman bertindak dengan berani dan bersungguh-sungguh ketika bertengkar dengan Prof. Peter. PERSOALAN 1. Persoalan kasih sayang sesama insan tidak mengenal agama dan keturunan. 2. Persoalan pendidikan penting untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarga. 3. Persoalan mempertahankan hak dengan cara yang betul. 4. Persoalan peperangan yang menyebabkan perpisahan antara ahli keluarga. 5. Persoalan tentang usaha mencari adik kandung yang hilang semasa perang Jepun. PLOT Plot drama ini terbahagi kepada dua babak cerita.

1. Permulaan