2. Sungai Perak iaitu sungai yang terletak di tepi rumah Wah.
3. Rumah kayu milik Wah.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang menghormati orang tua – Mikraj amat menghormati Wah
2. Masyarakat muda yang sukar menyesuaikan diri dengan suasana kampung.
Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan jering.
3. Masyarakat yang bertanggungjawab
Mikraj tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang keterlaluan terhadap neneknya Wah.
4. Masyarakat yang penyayang
Wah amat menyayangi cucu-cucunya.
Gaya bahasa 1.
Simile
……pantas dan teratur sekali laksana seorang primadona.
2. Dialog
“Lama sampai?” aju Wah dan salam dihulurkan oleh tetamu dari Bukit Antarabangsa itu disambut dengan pantas.
“Baru”.Adam, anak tunggal Wah, segera menjawab.
3. Peribahasa
Sudah terhantuk baru terngadah Macam anjing dengan kucing .
Bagai air dengan minyak. Entah bila akan bercantum. Cari-cari bulu ayam bercantum jua akhirnya.
4. Personifikasi
Daun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah mengeji.
5. Metafora - Bara kata-kata
Nilai 1.
Nilai menghormati ibu bapa.
Israk menolak baik pelawaan ayahnya untuk makan durian bersama-sama keluarganya
2. Nilai ketabahan.
Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami.
3. Nilai keprihatinan
Mikraj amat prihatin akan perasaan neneknya yang sentiasa terguris dengan perbuatan dan kata-kata abangnya yang seolah-olah mengejek dan memperlekehkan kehidupan miskin neneknya.
4. Nilai kasih sayang
Wah amat menyayangi anak cucunya, sehingga sanggup menggunakan tenaga tuanya untuk menyelamatkan cucunya yang jatuh ke dalam sungai walaupun Israk selalu menyakiti hatinya.
Pengajaran
1. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita terutama dari segi percakapan dan perbuatan
kita.
46
2. Kita mestilah mengetahui asal usul kita agar kehidupan kita selari dengan kehendak agama dan masyarakat.
3. Kita haruslah menjaga perlakuan dan kata-kata kita terhadap sesiapa sahaja agar orang di sekeliling kita tidak
merasa tersinggung dan kurang senang kepada kita. 4.
Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita.
5. Kita mestilah berterima kasih terhadap apa-apa bantuan yang telah diterima.
________________________________________________________________________________________________ Pemain Catur
Zaharah Nawawi SINOPSIS
Enam beradik daripada keturunan ternama dalam permainan catur iaitu Uj, Ul, Us, Uk, Ur dan Um. Mereka terkenal kerana berketurunan al-Hakam iaitu rakan sepermainan Abu Bakar Muhammad Yahya as-Suli, iaitu salah
seorang daripada dua pemain shatrani yang disegani di dunia. Uj merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut mengajak Um adik bongsunya berlawan permainan catur. Bagi Uj, Um ialah adik yang paling mudah untuk dibentuk
berbanding adik-beradiknya yang lain. Dia berharap Um dapat menggantikannya sebagai tonggak keluar. Um semakin berminat untuk bermain catur setelah mendengar kisah kehebatan pemain catur ternama di dunia. Kempen Uj berhasil.
Uj mengajak Um berlawan catur untuk menguji pengetahuan. Um menolak dengan alasan bahawa dia hilang fokus ketika bermain kerana memikirkan soal ibunya yang sedang sakit. Um terpaksa menerima cabaran Uj untuk
berlawan catur secara terbuka. Perlawanan berlangsung dengan sengit. Ahli keluarga yang lain tidak menyenangi perlawanan tersebut. Uj hampir kalah. Um berkalih untuk minum. Beberapa detik kemudian buah caturnya telah
berubah. Um segera mengalih semula buah catur tersebut. Uj tidak berpuas hati lalu menjerit dan menghentak meja. Uj menuduh Um penipu dan memaksa Um mengaku kalah. Um ke bilik air mencuci muka untuk menenangkan diri.
Sekembalinya ke meja apabila duduk, kakinya terkuis sebotol asid di bawah meja. Um berasa amat sakit. Ibunya yang ketika itu sedang sakit berasa amat hiba sehingga diserang angin ahmar.
Keadaan semakin haru-biru, tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab meletakkan botol asid itu. Berlaku tuduh menuduh antara Um dengan Uj. Ibu meminta mereka bertenang namun, diabaikan. Keluarga tersebut mula
berpecah kepada dua, iaitu ada yang menyokong Uj dan ada yang menyokong Um.
TEMA Keruntuhan moral dalam institusi kekeluargaan yang menyebabkan berlakunya perpecahan.
Sikap tidak mahu mengalah dan bertolak ansur menyebabkan berlakunya pergaduhan antara Uj dengan Um. Mereka sanggup bertelingkah hanya kerana permainan catur. Malah pergaduhan itu juga telah menyebabkan perpecahan dalam
keluarga mereka. Ibu mereka yang sedang sakit juga telah diabaikan.
PERSOALAN 1. Persoalan sikap bangga yang menguasai diri.
Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebab mereka bertelagah. Sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik.
2. Persoalan keharmonian dalam keluarga harus diutamakan.