Nota Komsas Tingkatan 4 Harga Remaja

(1)

TAJUK

HALAMAN

PUISI TRADISIONAL

1.

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

1

2.

PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDIRAN)

2

3.

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

4

4.

SYAIR SITI SIANAH

5

5.

GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM

7

6.

SELOKA EMAK SI RANDANG

8

PUISI MODEN (SAJAK)

1.

HARGA REMAJA

9

2.

DI PERPUSTAKAAN

10

3.

MENGINTAI RUANG INSAF

12

4.

MAHSURI

13

5.

ADAT SEZAMAN

14

6.

TIBA WAKTUNYA

15

PROSA TRADISONAL

1.

PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA

17

2.

MERAH SILU

22

3.

HIKAYAT INDERA NATA

26

4.

HIKAYAT KHOJA MAIMUN

30

CERPEN

1.

IBU DAN CEPER

35

2.

MEMORI SEORANG TUA

39

3.

ISRAK

42

4.

PEMAIN CATUR

46

5.

MELLISA

49

6.

BIARKAN SAMUDERA

52

DRAMA

1.

GELANGGANG TUK WALI

57

2.

FORUM REMAJA 2020

62

3.

CEMPAKA BERDARAH

65

PUISI TRADISIONAL


(2)

Maksud: Rangkap 1

Seseorang yang berbudi, namanya pasti akan disebut-sebut.

Rangkap 2

Seseorang yang berbudi akan terus menjadi sebutan walaupun telah meninggal dunia.

Rangkap 3

Walaupun hanya sedikit budi yang ditaburkan akan tetap dikenang.

Rangkap 4

Perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang akan menyebabkan hubungan mereka berterusan ke akhir hayat.

Tema

Kelebihan mempunyai budi pekerti yang baik

Persoalan

1. Persoalan budi yang sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia. 2. Persoalan ketinggian nilai budi.

3. Persoalan kasih sayang yang wujud sesama insan hasil daripada budi yang ditaburkan.

Bentuk

1. Terdiri daripada empat rangkap.

2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris

3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara tiga hingga lima.

 Anak itik terenang-renang (tiga perkataan)

 Jika tak kenang kepada saya (lima perkataan) 4. Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata.

 Terang bulan terang di paya (9 suku kata)

 Orang yang mati meninggalkan nama (11 suku kata)

5. Rima akhir pantun ini ialah abab

6. Bentuk pantun ini terikat dengan puisi tradisional.

Gaya Bahasa

1. Asonansi - Terang bulan terang di paya - pengulangan vokal a

2. Aliterasi – Orang yang mati meninggalkan nama. –pengulangan konsonan g 3. Kata ganda - Anak ikan terenang-renang

4. Sinkope – Jika tak kenang kepada saya 5. Repitasi - Terang bulan terang di paya

Nilai

1. Nilai menghargai budi.

Budi yang ditabur oleh seseorang akan dikenang walaupun orang itu telah tiada.

2. Nilai keikhlasan.


(3)

Pengajaran

1. Kita haruslah berbudi kepada orang lain agar disanjung oleh masyarakat. 2. Kita mestilah ikhlas menabur budi agar kehidupan lebih sejahtera.

3. Kita hendaklah menghargai budi yang dicurahkan oleh orang lain agar hubungan berkekalan.

___________________________________________________________________________________________

Puisi Tradisional

Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran) Maksud:

Rangkap 1

Seseorang isteri dianggap tidak sempurna walaupun memiliki kecantikan jika dia tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur.

Rangkap 2

Jika seseorang yang tidak berilmu cuba menunjukkan kepandaian, sudah pasti dia akan ditertawakan.

Rangkap 3

Seseorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah kuasanya telah hilang

Rangkap 4

Perasaan bimbang apabila seseorang yang melakukan sesuatu di luar berkemampuan.

Rangkap 5

Perasaan hairan yang timbul apabila orang bawahan berjaya mengambil alih kuasa daripada seseorang pemimpin yang berpengaruh.

Tema

Sindiran terhadap masyarakat yang bersikap luar biasa.

Persoalan

1. Persoalan tanggungjawab seorang isteri terhadap urusan rumah tangga. 2. Persoalan kepentingan memiliki ilmu pengetahuan.

3. Persoalan pemimpin yang kehilangan kuasa.

4. Persoalan kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa . 5. Persoalan musibah yang berlaku akibat kelalaian.

Bentuk

1. Terdiri daripada lima rangkap.

2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.

3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5.

 kupu-kupu terbang melintang (3 perkataan)

 kalau tak pandai menumbuk sambal (5 perkataan) 4. Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata.

Apa guna berkain batik (9 suku kata) Apalah guna beristeri cantik (11 suku kata)

5. Rima akhir pantun ini ialah abab kecuali rangkap kedua, abac 6. Pantun ini adalah puisi terikat.


(4)

1. Asonansi - Kalau tidak memakai capal – pengulangan vokal a 2. Aliterasi - Melihat ikan memanjat kayu – pengulangan konsonan m 3. Sinkope - Kalau tak pandai menumbuk sambal

4. Personikasi - Ikan kering lagi ketawa , Mendengar tupai membaca kitab

5. Unsur alam - Haiwan – ikan, tupai, harimau, kambing, burung, kupu-kupu, Tumbuhan – rotan,saga

Nilai

1. Nilai bertanggungjawab

Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga dengan baik.

2. Nilai kegigihan

Seseorang yang gigih berusaha bagi mencapai matlamatnya.

3. Nilai rasional

Seseorang yang rasional dalam melakukan sesuatu perkara.

Pengajaran

1. Kita haruslah bertanggungjawab menguruskan rumah tangga agar kehidupan lebih harmoni. 2. Kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah.

3. Kita haruslah berfikir dan bertindak secara rasional agar tidak mendatangkan masalah kepada orang lain. _______________________________________________________________________________________

Puisi Tradisional (Syair Definisi Orang Berakal) Maksud

Rangkap 1

Manusia yang berakal dipandang mulia,malahan golongan anbia dan aulia amat mementingkan ilmu. Seseorang yang mencontohi golongan anbia dan aulia akan memperoleh kebahagian.

Rangkap 2

Golongan anbia dan aulia yang berilmu pengetahuan menyebabkan mereka dipilih sebagai ketua dan menegakkan keadilan. Sesiapa yang mentafsirkan golongan tersebut kejam maka dia bakal mendapat balasan.

Rangkap 3

Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan orang yang baik sahaja, sebaliknya mengenepikan orang yang jahat kerana takut terpengaruh dengan sikap negatif mereka.

Rangkap 4

Orang yang berakal juga patuh kepada perintah Allah dan mengikut hukum syarak. Selain berserah kepada Allah, mereka juga tidak tamak haloba kerana menyedari bahawa dunia ini tidak kekal.

Rangkap 5

Orang yang berakal disayangi oleh golongan atasan, namun mereka tidak mengada-ngada, tidak sombong dan menganggap status mereka sama sahaja dengan rakan taulan.

Rangkap 6

Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, mereka sentiasa berwaspada. Malahan mereka berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakan, merendah diri dan sedia berkhidmat.

Rangkap 7

Orang yang berakal tidak bosan dalam mengejar ilmu pengetahuan dan sentiasa membuat penelitian untuk mencari jawapan agar tidak terpedaya.


(5)

Tema

Ciri-ciri orang yang berakal.

Persoalan

1. Persoalan ketinggian status orang yang berilmu (rangkap 1)

2. Persoalan kebijaksanaan orang yang berakal menyelesaikan masalah (rangkap 2) 3. Persoalan keinsafan seseorang akan kuasa Tuhan (rangkap 4)

4. Persoalan kepatuhan kepada hukum syarak (rangkap 4) 5. Persoalan keikhlasan dalam persahabatan (rangkap 6)

Bentuk

1. Terdiri daripada tujuh rangkap.

2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.

3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5.

 Tiadalah ia melanja-lanja (3 perkataan)

 Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat (5 perkataan) 4. Terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata.

 Jika ia dikasihi raja (9 suku kata)

 Sangatlah mengasihi orang yang jahat (11 suku kata)

5. Rima akhir syair ini ialah aaaa

6. Syair ini adalah puisi terikat.

Gaya Bahasa

1. Asonansi - Menjadi kepala bela bermacam - pengulangan vokal e 2. Aliterasi - Menjauhkan tamak hendak tawakal - pengulangan konsonan k 3. Sinkope – Ibanya tahu dunia tak kekal

4. Anafora - Tiadalah ia melanja-lanja, Tiadalah menyombong pada bekerja 5. Penggunaan kata klasik - tersunjam, ibanya, melanja-lanja, tersemu

Nilai

1. Nilai kebijaksanaan.

Orang yang bijaksana akan dilantik sebagai pemimpin dan dipandang mulia.

2. Nilai kasih sayang

Seseorang yang berakal sangat mengasihi ketua dan rakan-rakannya.

3. Nilai ketaatan.

Seseorang yang berakal akan taat kepada hukum syarak. 4. Nilai kerajinan.

Orang yang berakal sentiasa menelaah untuk mendalami ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu.


(6)

1. Kita haruslah mencontohi ciri-ciri orang yang berakal seperti para anbia dan aulia agar kehidupan akan lebih bahagia.

2. Kita mestilah menyayangi sahabat yang baik dan menjauhi orang-orang yang bersikap negatif agar tidak terpengaruh.

3. Kita haruslah merendah diri walaupun berilmu dan disayangi ramai agar terhindar daripada sifat riak dan takbur. 4. Kita hendaklah patuh pada hukum syarak agar terhindar daripada kemungkaran.

______________________________________________________________________________________________

Puisi Tradisional (Syair Siti Sianah) Maksud

Rangkap 1

Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya.

Rangkap 2

Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya.

Rangkap 3

Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka.

Rangkap 4

Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan, hidungnya kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun, mereka tetap berhias.

Rangkap 5

Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu.

Rangkap 6

Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehinnga putih semata-mata untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka.

Rangkap 7

Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga suka berpeleseran dengan lelaki.

Rangkap 8

Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat. Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan mereka diketahui Allah.

Rangkap 9

Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan terselamat daripada segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak.

Rangkap 10

Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya selama ini.

Rangkap 11

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan.


(7)

Nasihat kepada golongan wanita bagi memelihara maruah diri.

Persoalan

1. Persoalan sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak. 2. Persoalan ketaaatan kepada Allah.

3. Persoalan kesan buruk perjudian.

4. Persoalan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Bentuk

1. Terdiri daripada sebelas rangkap.

2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.

3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 2 hingga 6 patah kata.

 mudah-mudahan dilepaskanlah (2 perkataan)

 kaki dan tangan lengan dan jari (6 perkataan) 4. Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata.

 Ianya elok tiada tandingnya (9 suku kata)

 Sesetengah perempuan terlalu janggalnya (11 suku kata)

5. Rima akhir syair ini ialah aaaa

6. Syair ini adalah puisi terikat.

Gaya Bahasa

1. Asonansi - Pengulangan huruf vokal - Sesetengah perempuan perangainya cela pengulangan vokal e 2. Aliterasi - Melihat laki-laki ditampakkan muka pengulangan konsonan ki

3. Kata ganda - dibelek-belek, berjela-jela

4. Simile - Seperti taji berandam di keningnya , Seperti buaya besar mulutnya 5. Bahasa klasik - molek, cemara, intan serudi dan sempolah

6. Peribahasa - makan angkat

Nilai

1. Nilai kesopanan

Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan ketawa mengilai-ngilai.

2. Nilai kesederhanaan

Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri.

3. Nilai ketaatan kepada agama.

Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama. 4. Nilai kesyukuran.

Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri.

Pengajaran

1. Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain..

2. Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah.

3. Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya pembaziran.

4. Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar terpelihara daripada maksiat


(8)

(Gurindam 12 Fasal yang Keenam) Maksud

Rangkap 1

Saranan supaya memilih teman yang dapat membantu ketika susah dan senang.

Rangkap 2

Saranan agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat menyelesaikan setiap kemusykilan.

Rangkap 3

Saranan supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami.

Rangkap 4

Saranan agar mencari teman yang memiliki semangat setiakawan

Tema

Nasihat bagi memilih orang yang ingin kita dampingi.

Persoalan

1. Persoalan kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan. 2. Persoalan kebijaksanaan dalam memilih guru .

3. Persoalan kepentingan mempunyai isteri yang setia

Bentuk

1. Terdiri daripada empat rangkap.

2. Setiap rangkap terdiri daripada dua baris.

3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara empat hingga lima.

 Cahari olehmu akan sahabat (4 perkataan)

 Yang boleh tahukan tiap seteru (5 perkataan) 4. Terdiri daripada sembilan hingga sebelas suku kata.

 Yang boleh dijadikan ubat ( 9 suku kata)

 Cahari olehmu akan isteri ( 11 suku kata)

5. Rima akhir syair ini ialah aa

6. Bentuk gurindam ini terikat dengan puisi tradisional.

Gaya Bahasa

1. Asonansi - Cahari olehmu akan sahabat – pengulangan vokal a 2. Aliterasi - Yang boleh menyerahkan diri - pengulangan konsonan n 3. Sinkope - Cahari olehmu akan sahabat (rangkap 1 baris 1)

4. Penggunaan kata klasik : cahari

5. Penggunaan bahasa kiasan - Yang boleh menyerahkan diri (mahu menurut kata suami)

Nilai

1. Nilai kebijaksanaan.

Kebijaksanaan seseorang memilih sahabat, guru dan isteri akan memberi manfaat kepadanya.

2. Nilai ketaatan.


(9)

3. Nilai keikhlasan

Seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan.

Pengajaran

1. Kita haruslah mencari sahabat yang dapat memahami dan bersama-sama ketika susah dan senang. 2. Kita mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana agar dapat membimbing kita. 3. Seseorang suami haruslah bijak memilih isteri yang setia agar perhubungan mereka berkekalan.

________________________________________________________________________________________________

Puisi Tradisional (Seloka Emak Si Randang) Maksud

Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi.

Tema

Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.

Persoalan

1. Persoalan rasional ketika melakukan sebarang tindakan 2. Persoalan pembaziran yang perlu dielakkan .

3. Persoalan tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.

Bentuk

1. Terdiri daripada satu rangkap.

2. Bilangan baris dalam rangkap tersebut ialah 8 baris. 3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 4.

 Dagang lalu ditanakkan (3 perkataan)

 Tiada kayu rumah diruntuhkan (4 perkataan) 4. Terdiri daripada 8 hingga 10 suku kata.

 Dagang lalu ditanakkan (8 suku kata)

 Tiada kayu rumah diruntuhkan (10 suku kata)

5. Rima akhir seloka ini ialah abbbbcac 6. Seloka ini berbentuk bebas.

Gaya Bahasa

1. Asonansi - Anak pulang kelaparan - a diulang 6 kali 2. Aliterasi - Anak dipangku diletakkan - k diulang 4 kali 3. Sinkope - Beras habis padi tak jadi ( baris 8)

4. Anafora- Anak pulang kelaparan , Anak di pangku diletakkan 5. Penggunaan peribahasa - Kera di hutan disusui

6. Hiperbola - Tiada kayu rumah diruntuhkan


(10)

1. Nilai kebijaksanaan. - Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu tindakan

2. Nilai bertanggungjawab - Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak.

3. Nilai berbudi - Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada..

Pengajaran

1. Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga sendiri agar kehidupan lebih harmoni.

2. Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar tidak mendapatkan kesan yang buruk.

3. Kita hendaklah melayan tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya pembaziran.

PUISI MODEN (SAJAK)

Harga Remaja (Rahman Shaari) MAKSUD:

Rangkap 1

Pengajak menerangkan tentang kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti kehidupan.

Rangkap 2

Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntut ilmu.

Rangkap 3

Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian, berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu.

Rangkap 4

Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna.

TEMA

Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda.

Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju.

PERSOALAN

1. Persoalan tentang kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan. 2. Persoalan jati diri remaja.

3. Persoalan keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan.Tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.

4. Persoalan hala tuju hidup dalam diri remaja.

Zaman remaja dapat diisi dengan sebaik-baiknya dengan adanya hala tuju dan matlamat hidup.

BENTUK

1. Terdiri daripada empat rangkap

2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada enam baris, manakala rangkap keempat terdiri daripada dua baris.

3. Mengandungi antara satu hingga empat patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas abaccd,abcdcd, abcdce dan aa. 5. Sajak ini berbentuk bebas.


(11)

Sinis

GAYA BAHASA

1. Ayatnya pendek-pendek. Contoh: pendirian (rangkap 3, baris 5)

2. Diksinya mudah difahami. Contoh: dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)

3. Aliterasi :pengulangan konsonan m. Contoh : remaja amat mahal (rangkap 3, baris 1)

4. Pengulangan konsonan t. Contoh : dengan ketentuan tuju (rangkap 4, baris 2)

5. Asonansi :pengulangan vokal a. Contoh :dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)

Pengulangan vokal i. Contoh : di pinggir perjalanan ini? (rangkap 1, baris 6) 6. Anafora – pengulangan perkataan pada awal baris

Contoh : bagai kehijauan daun, bagai kesegaran pohon (rangkap 1, baris 4-5) 7. Metafora . Contoh : piala remajamu (rangkap 2, baris 2)

cuka kesangsian (rangkap 2, baris 3) madu ajaran (rangkap 2, baris 5)

8. Simile . Contoh : bagai kehijauan daun (rangkap 1, baris 4)

9. Sinkope. Contoh : Penuhilah remajamu, Dengan apakah akan kau penuhi

NILAI

1. Nilai keberanian. Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran. 2. Nilai kegigihan. Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu.

3. Nilai kebijaksanaan. Remaja perlu bijak menentukan hala tuju diri dalam hidup mereka.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat. 2. Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.

3. Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai keberanian kerana tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.

4. Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.

_________________________________________________________________________________________________

Di Perpustakaan (Shafie Abu Bakar) MAKSUD

Rangkap 1

Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat berbeza daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya dengan pelbagai ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah.

Rangkap 2

Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang mengandungi pelbagai jenis buku. Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di perpustakaan dan dirinya tidak mugkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia.

Rangkap 3


(12)

TEMA

Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu.

PERSOALAN

1. Persoalan pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan dan perlu dimanfaatkan. 2. Persoalan tentang pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya.

3. Persoalan cinta akan ilmu pengetahun.

BENTUK

1. Terdiri daripada tiga rangkap

2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada sepuluh baris, rangkap kedua ada lima belas baris dan rangkap ketiga terdiri daripada enam baris.

3. Mengandungi antara dua hingga lima patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas abccdddddd, abacdbbefegehcc,, abbaba. 5. Sajak ini berbentuk bebas.

NADA

Sinis

GAYA BAHASA

1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : Gua pendeta bersamadi.

2. Aliterasi :pengulangan konsonan n

Contoh : Ke kedinginan yang menerpa (rangkap 1 baris 4)

Pengulangan konsonan t

Contoh : satu pertukaran yang kontras 3. Asonansi :pengulangan vokal a

Contoh :Dahaga tak pernah langsai (rangkap 3, baris 6)

Pengulangan vokal i

Contoh : hanya sebiji dari mutiara (rangkap 2, baris 12) 4. Anafora – pengulangan perkataan pada awal baris

Contoh : Di puncak sepi

Di sana sini (rangkap 1, baris 7-8) 5. Metafora

Contoh : Di dada samudera (rangkap 3, baris 3) Bahtera ilmu (rangkap 2, baris 7)

6. Sinkope

Contoh : Melangkah ke ruangmu

Yang akan kucatat

7. Personifikasi - Contoh : Ke kedinginan yang menerpa

8. Imejan - Contoh : Gua pendeta bersemadi. (rangkap 1, baris 6)

NILAI

1. Nilai kerajinan, contohnya rajin menuntut ilmu.

2. Nilai ketekunan, contohnya tekun dalam mempelajari ilmu pengetahuan.

3. Nilai bertanggungjawab contohnya berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu.

2. Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu. 3. Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mngejar ilmu. 4. Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.

Mengintai Ruang Insaf (Shukri Abdullah)


(13)

MAKSUD Rangkap 1

Penyajak berasakan bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya telah menjauhkan dirinya dari rahmat Allah s.w.t.

Rangkap 2

Penyajak merupakan insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan dalam hidup sehinggakan sukar untuk dirinya mendapat cahaya kebenaran dari Ilahi.

Rangkap 3

Penyajak tidak yakin sekiranya ruang keinsafan akan wujud dalam dirinya.

Rangkap 4

Penyajak berharap agar pintu taubat masih terbuka dan dirinya terhindar dari api neraka.

TEMA

Perasaan insaf seseorang atas kesilapan yang dilakukan dan bertekad untuk bertaubat.

PERSOALAN

1. Persoalan fitrah manusia yang sering melakukan kesilapan dalam hidup..

2. Persoalan keinsafan yang wujud dalam diri manusia apabila menyedari kesilapan masa lalu. 3. Persoalan keinginan untuk kembali mendapat keampunan dan rahmat Allah.

4. Persoalan kesukaran mendapat rahmat Allah akibat berterusan melakukan dosa dalam hidup.

BENTUK

1. Terdiri daripada empat rangkap

2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada empat baris, rangkap kedua ada enam baris, rangkap ketiga terdiri daripada lima baris manakala rangkap keempat terdiri daripada tiga baris.

3. Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas abab,abcdbe,aabcd dan abb.

5. Sajak ini berbentuk bebas.

NADA

Melankolik.

GAYA BAHASA

1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : tubuhku tercalar duri pidana.

2. Aliterasi :pengulangan konsonan n. Contoh : Tanpa kembali ke tunjang makna (rangkap 3 baris 2) 3. Pengulangan konsonan k. Contoh : kerap kakiku tersadung selirat akar (rangkap 2, baris 2)

4. Dialog. Contoh : “Apakah dalam sarat khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?” 5. Asonansi :pengulangan vokal i

Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup. (rangkap 2, baris 1)

6. Pengulangan vokal u

Contoh : masih terbuka ruang untuk (rangkap 3, baris 4)

7. Metafora . Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup (rangkap 2, baris 1) 8. Hiperbola. Contoh : Tubuhku tercalar duri pidana (rangkap 2, baris 3)

9. Penggunaan bahasa asing. Contoh : Rabb (bahasa arab) 10. Sinkope. Contoh : Kerap kakiku tersadung selirat akar.


(14)

1. Nilai keinsafan, contohnya timbulnya perasaan insaf yang mendalam untuk bertaubat akibat kesalahan masa lampaunya.

2. Nilai rasional, contohnya penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah dilakukannya. 3. Nilai kesedaran, contohnya penyajak sedar dirinya telah melakukan banyak kesalahan.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah insaf setelah melakukan kesalahan. 2. Kita hendaklah mengakui kesilapan yang dilakukan. 3. Kita janganlah selalu melakukan dosa.

4. Kita wajib bertaubat sebelum terlambat.

________________________________________________________________________________________________

Mahsuri (Zurinah Hassan) MAKSUD

Rangkap 1

Sajak ini mengisahkan tentang diri Mahsuri dan sumpahannya yang menjadi lagenda di Pulau Langkawi. Mahsuri digambarkan sebagai lambing wanita yang setia tetapi telah difitnah akibat hasad dengki dan dendamnya terhadap orang yang menzalimi dirinya. Sumpahan dan darah suci Mahsuri yang mengalir berwarna putih ketika dia dibunuh telah menjadi lagenda. Setelah tamatnya tempoh sumpahan Mahsuri tujuh keturunan, kini langkawi telah membangun dengan pesat dan maju.

Rangkap 2

Penyajak menzahirkan pertikaian beberapa pendapat tentang kewujudan Mahsuri kerana ada yang mengatakan kisah Mahsuri hanyalah khayalan seorang seniman.Namun realitinya kisah Mahsuri itu benar dan keunikan Mahsuri itu telah digarapkan dalam karya sastera dan akhirnya menjadikan lagenda itu lebih mahsyur. Lagenda inilah yang menjadi batu loncatan kepada kemajuan Langkawi. Hasil karya sastera telah memperkasa dan memartabatkan kesusasteraan tanah air tercinta.

TEMA

Sejarah dan sastera yang begitu bernilai dan mampu menjana ekonomi Negara.

PERSOALAN

1. Persoalan fitnah dalam kalangan masyarakat. Mahsuri dihukum bunuh kesan fitnah yang menimpa dirinya. Disebabkan itu warna darahnya yang mengalir telah menjadi putih.

2. Persoalan sumpah dan dendam. Kezaliman yang berlaku ke atas dirinya telah menimbulkan dendam sehingga terzahirnya sumpah Mahsuri tujuh keturunan.

3. Persoalan sastera dan sejarah. Sejarah menjadi bukti sahih yang digarapkan menjadi hasil sastera yang bernilai. 4. Persoalan mengharumkan nama Negara di persada dunia. Lagenda Mahsuri telah memahsyurkan nama

Langkawi diserata dunia.

BENTUK

1. Terdiri daripada dua rangkap

2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada enam belas baris manakala rangkap kedua ada sebelas baris.

3. Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas iaitu abbaccdedfaaaabadanabbaccdeeed.

5. Sajak ini berbentuk bebas.


(15)

Melankolik.

GAYA BAHASA

1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : air matamu dingin embun.

2. Aliterasi :pengulangan konsonan m. Contoh : rambutmu menjadi jalur hitam(rangkap 1 baris 5) 3. Asonansi :pengulangan vokal u. Contoh : menyambut tetamu pulau

4. Metafora . Contoh : terapung di laut malam (rangkap 1, baris 6) 5. Hiperbola. Contoh : melengkung tujuh tanjung (rangkap 1, baris 10)

Putihlah pulau ini (rangkap 1, baris 11) 6. Sinkope. Contoh : kerana tanpamu

7. Personifikasi. Contoh : nyanyian ombak pagi (rangkap 1, baris 4)

NILAI

1. Nilai menghargai. Sejarah dan sastera perlu dihargai sebagai warisan negara yang bernilai tinggi. 2. Nilai kesetiaan. Mahsuri digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat setia kepada suaminya.

3. Nilai patriotisme. Perasaan cinta akan sejarah dan sastera penting dalam pembinaan negara bangsa yang berjaya.

4. Nilai kreativiti penulis.Penulis yang kreatif mampu mengolah bahan sejarah menjadi hasil sastera yang indah.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menghargai sejarah dan sastera kerana kedua-duanya mempunyai kebaikannya kepada pembangunan negara.

2. Janganlah kita suka menfitnah seseorang tanpa usul periksa.

3. Kita hendaklah berfikiran kreatif dalam usaha merancang pembangunan negara.

_________________________________________________________________________________________________

Adat Sezaman (Wan Nazihah Wan Abdullah) MAKSUD

Rangkap 1

Peradaban zaman semakin berlalu dan meninggalkan kesan kepada masyarakat. Adat tradisi nenek moyang mempunyai nilai murni yang tinggi dari aspek keindahan budayanya. Budaya tradisi ini mulia dan sesuai untuk dijadikan bahan kajian. Sikap gadis timur yang penuh kesopanan dan sang teruna yang mempunyai pegangan agama yang sangat sepadan untuk digandingkan bersama di atas pelamin. Namun kini perubahan zaman telah memberi kesan dalam kehidupan masyarakat. Kini gadis yang bersopan santun amat sedikit dan lelaki yang kuat pegangan agama dan nilai ketimuran mulai lenyap ditelan arus globalisasi. Golongan tua kini berasa malu dengan sikap anak muda yang suka berkelakuan tidak sopan di tempat awam tanpa segan silu. Sehinggakan ada sesetengahnya yang melampaui batasan agama.

TEMA

Perubahan adat tradisi akibat arus modenisasi.

PERSOALAN

1. Persoalan adat ketimuran yang tinggi nilainya. Adat timur amat indah dan mulia dalam kehidupan masyarakat terdahulu.

2. Persoalan pergaulan bebas dalam kalangan anak muda. Pada hari ini anak muda bergaul bebas tanpa rasa malu.

3. Persoalan perasaan kecewa golongan tua terhadap generasi muda. Golongan tua berasa sangat kecewa dan sedih apabila melihat budaya kuning yang menjadi ikutan dan sanjungan.

4. Persoalan pegangan agama yang kuat dapat mengelakkan unsur-unsur negatif. Gadis yang mempunyai pegangan agama mampu mengelakkan diri daripada perbuatan yang negatif seperti pergaulan bebas.

BENTUK

1. Sajak ini terdiri dari 1 rangkap.

2. Panjang pendek baris tidak sama dengan jumlah perkataan yang tidak terkawal. 3. Terdiri daripada 4 – 13 suku kata.

4. Sajak berbentuk bebas.


(16)

Melankolik.

GAYA BAHASA

1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : warak si teruna jadi ikatan

2. Aliterasi :pengulangan konsonan l. Contoh : terlalu mulia apabila diselidik (rangkap 1,baris 4) 3. Asonansi :pengulangan vokal a. Contoh : sama cantik sama padan

4. Metafora . Contoh : si tua berduka lara (rangkap 1, baris 16)

5. Anafora. Contoh : terlalu indah apabila dipandang (rangkap 1, baris 3)

Terlalu mulia apabila diselidik (rangkap 1, baris 4) 6. Inversi. Contoh : adat sezaman ditinggal jauh (rangkap 1, baris 4)

Adat agama dipandang remeh (rangkap 1, baris 21)

NILAI

1. Nilai ketinggian budi bahasa. Pada masa dahulu anak gadis dan teruna mempunyai budi pekerti yang tinggi.. 2. Nilai ketakwaan. Ketakwaan pada ajaran agama mampu menghindarkan seseorang itu daripada melakukan

perbuatan yang melampaui batas agama.

3. Nilai jati diri. Gadis yang mempunyai jati diri pasti akan menjunjung adat ketimuran.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Adat dan agama mampu menjadi panduan untuk mengekang masyarakat daripada melakukan perkra yang melanggar norma-norma hidup. 2. Kita hendaklah mempunyai nilai jati diri yang utuh. Sekiranya remaja mempunyai nilai jati diri yang tinggi, mereka

pasti akan menjunjung adat ketimuran.

3. Kita hendaklah bijak memilih pasangan. Seseorang yang rasional akan memilih pasangan yang berpegang teguh kepada ajaran agama supaya terhindar daripada pergaulan bebas.

_________________________________________________________________________________________________ Tiba Waktunya

(Ghazali Lateh) MAKSUD

Rangkap 1

Arus globalisasi telah berlaku dengan pantas meliputi pelbagai bidang. Oleh itu, manusia perlu merebut peluang yang ada selari dengan perubahan zaman.

Rangkap 2

Wanita tidak perlu memikirkan perkara-perkara yang bakal menimbulkan kekeliruan untuk membuat pilihan kerana akan merugikan masa. Perkara yang lebih penting ialah wanita perlu merebut peluang yang ada dalam usaha memajukan diri dan keluarga.

Rangkap 3

Penyajak menyarankan agar wanita zaman siber berani meluahkan idea ke tengah arena negara. Penglibatan wanita dalam pelbagai bidang mampu memacu negara mencapai wawasan.

Rangkap 4

Mereka perlu keluar daripada kongkongan kedaifan dan meleraikan semua yang mengelirukan. Mereka juga perlu berani, berkeyakinan tinggi, tabah di samping menjaga budi pekerti serta hebat semua bidang.

Rangkap 5

Penyajak mengajak wanita supaya mengangkat martabat mereka dengan kekuatan akal dan tenaga fizikal. Dengan berbekalkan keimanan dan kecekalan, penyajak menyarankan wanita menggerakkan keupayaan maksimum.

Rangkap 6

Sekaranglah masanya untuk wanita berada di puncak pentas dunia.


(17)

Usaha mengangkat martabat wanita.

PERSOALAN

1. Persoalan persaingan manusia dalam mengejar kemajuan pada zaman moden. 2. Persoalan keyakinan diri dalam usaha mendapat kesenangan dalam hidup. 3. Persoalan peranan wanita dalam masyarakat.

4. Kepentingan wanita menjadi seorang yang berani.

BENTUK

1. Terdiri daripada enam rangkap.

2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama mengandungi lima baris, rangkap kedua mengandungi tujuh baris, rangkap ketiga mengandungi empat baris, rangkap keempat mengandungi enam baris,rangkap kelima mengandungi lima baris dan rangkap terakhir mengandungi dua baris.

3. Jumlah patah kata antara tiga hingga enam. 4. Jumlah suku kata antara tujuh hingga empat belas.

5. Rima akhirnya bebas : aabcc, aaaaabb, abcc, aabbbb, aabbb dan aa.

6. Sajak ini berbentuk bebas.

NADA

Patriotik

GAYA BAHASA

1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : dari putik dan pucuk berembun kemilau.

2. Kata ganda. Contoh : tunas-tunas, gerak geri, sisa-sisa.

3. Aliterasi :pengulangan konsonan n. Contoh : merebut tunas-tunas harapan yang hijau 4. Asonansi :pengulangan vokal u. Contoh :dari putik dan pucuk berembun kemilau

5. Sinkope. Contoh : kautanya

6. Hiperbola. Contoh : angin musim semakin deras dan ganas 7. Metafora. Contoh : tunas-tunas harapan

8. Imejan / simbolik. Contoh : persada dunia ( puncak kejayaan) 9. Inversi. Contoh : usah kautanya persoalan dilemma

NILAI

1. Nilai keberanian. Wanita kini perlu berani mengemukakan idea dan melibatkan diri dalam pelbagai bidanguntuk pembangunan negara.

2. Nilai kecekalan. Kecekalan penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang.

3. Nilai keyakinan diri. Wanita kini perlu memiliki keyakinan diri dalam menempuh arus perdana dalam hidup. 4. Nilai berpandangan jauh. Setiap individu perlu berpandangan jauh untuk mencapai matlamat hidup.

PENGAJARAN

1. Wanita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam zaman moden ini demi kejayaan diri sendiri. 2. Kita mestilah cekal dalam meniti kehidupan demi kesejahteraan hidup.

3. Wanita mestilah menjaga iman dan adab sopan agar terpelihara daripada godaan dunia.

4. Wanita hendaklah berusaha mengangkat martabat mereka dengan berbekalkan kekuatan mental dan fizikal.


(18)

PROSA TRADISIONAL

Pelayaran Yang Penuh Peristiwa Sinopsis

Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan menaiki geliung (kapal) menuju dari Negeri Bandar Mengkalih menuju ke Negeri Semarang di Tanah Jawa. Geliung itu bergerak terlalu laju menyebabkansemua anak kapal mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu tidak sedarkan diri kecuali tiga orang iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menggantikan jurumudi kapal, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung Merah Muda yang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung menggantikannya sebagai jurumudi dengan memberi alasan bahawa dia sudah keletihan. Pada mulanya Awang Sulung tidak bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut akhirnya Awang Sulung mengambil alih tugas sebagai jurumudi. Anehnya, Awang Sulung tidak memegang kemudi sebaliknya menyeru geliung itu supaya belayar mengikut tiupan angin.

Setelah tiga hari belayar, geliung itu hendak berlabuh di Pulau Tapai untuk mengambil kayu api dan air tetapi gagal kerana laut bergelora. Sekali lagi Awang Sulung menggunakan kesaktiannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih menyebabkan air menjadi tenang. Setelah beberapa lama berlabuh barulah penghuni geliung tersedar daripada pengsan. Sebaik sedar, jurumudi menikam seekor ayam dengan kerisnya lalu pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua dan menyatakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-kata jurumudi kerana sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Geliung itu berlabuh selama tiga hari tiga malam di Pulau Tapai. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akan mengahwinkan sesiapa sahaja yang berjaya membawa geliung itu selamat sampai ke Tanah Jawa dengan puteri baginda iaituTuan Puteri Dayang Seri Jawa.

Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh tuan puteri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba menguji kehebatan Awang Sulung dengan menyuruhnya mengambil air dan mencari kayu. Perkara pelik dilakukan oleh Awang Sulung kerana dia mengambil air di tengah laut di tempat arus yang deras. Awang Sulung tidak mengambil kayu bakau dan temu laut seperti yang diminta oleh tuan puteri, sebaliknya mengambil batang nipah. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina yang mengikut arahan jurumudi kerana memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung sebaliknya Tuan Puteri memerintahkan Si Kembang Cina menyiapkan hidangan istimewa kepada Awang Sulung. Berlaku satu lagi keanehan apabila air masin yang diambil oleh Awang Sulung yang dimasukkan ke dalam buyung suasa bertukar menjadi air manis.

Semasa hendak meneruskan pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua anak kapal memaklumkan bahawa mereka akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang banyak lanun. Tuanku Nakhoda berjanji sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda dan puterinya daripada serangan lanun, dia akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Semua anak kapal berasa takut, namun jurumudi telah mengambil kesempatan dengan menonjolkan diri bahawa dia yang akan melawan lanun-lanun itu. Semasa melintasi perairan Pulau Salah Nama, lanun menyerang. Anak-anak kapal termasuk jurumudi lari menyelamatkan diri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Awang Sulung menentang lanun tetapi Awang Sulung membuat helah mengatakan beliau tidak layak kerana kaki dan tangannya sakit. Apabila mendengar alasan itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memberikan limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung mandi. Selepas mandi dan memakai persalinan pakaian pusaka tua warisan bonda dan menyisip keris serta menyarung pedang sakti, terserlahlah ketampanan Awang Sulung.

Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama ketua lanun dan menyindir mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Mendengar suara Awang Sulung, lanun-lanun itu ketakutan kerana mereka mengenali Awang Sulung dan berjanji untuk menyelesaikan hutang Awang Sulung kepada Datuk Batin


(19)

Alam dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung itu telah dipenuhi dengan wang batu dan wang emas. Setelah menyelesaikan semua hutang, Awang Sulung berhasrat untuk pulang ke Bandar Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sedih dan mengambil tindakan untuk terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh hulubalang yang ada di situ. Tuan puteri pengsan tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantun dengan Si Kembang Cina lalu tuan puteri berbalas pantun pula dengan Awang Sulung. Setelah dijamu makan dan minum serta memenuhkan geliung dengan wang, lanun-lanun itu kembali ke bahtera masing-masing. Selepas lanun-lanun itu pergi, jurumudi membuat helah sekali lagi dengan mengaku dirinyalah yang menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun kepada Tuanku Nakhoda. Dia menunjukkan kerisnya yang berdarah selepas dia menikam seekor ayam. Tuanku Nakhoda Tua percaya penipuan jurumudi dan memerintahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitu geram dengan tindakan ayahandanya yang tidak usul periksa. Apabila mengetahui perkara sebenar Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung yang juga berketurunan raja dan mengahwinkannya dengan tuan puteri.

Beberapa hari selepas mereka berkahwin, geliung meneruskan pelayaran merentasi beberapa pulau sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terangganu. Awang Sulung dijemput naik ke darat oleh raja negeri tersebut. Semasa naik ke darat Awang Sulung ditemani oleh jurubatu dan Bujang Selamat. Mereka membawa bersama ayam Awang Sulung yang bernama Kinantan Suci. Kedatangan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak menimbulkan kehairanan rakyat negeri tersebut apabila segala alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi . Awang Sulung meminta kebenaran daripada raja untuk menyabung ayam. Pada peringkat awal pertarungan, Kinantan Suci hampir tewas tetapi setelah diseru oleh Awang Sulung ayam itu berjaya menaji ayam lawan sehingga terputus kepala. Selesai menyabung ayam barulah Awang Sulung naik ke balairung seri, disambut oleh pembesar dan rakyat negeri itu.

Tema

Kelebihan dan kehebatan anak raja

Awang Sulung Merah Muda digambarkan memiliki kelebihan dan kehebatan seperti boleh menggerakkan geliung tanpa memegang kemudi, menenangkan air laut dengan mecmpakkan tulang pelanduk putih, menukarkan air laut yang masin menjadi manis, semasa ketibaan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak Terengganu, alat-alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi seolah-olah menyambutnya . Satu lagi kelebihannya, ketika ia menyeru ayamnya Kinantan Suci yang hampir tewas semasa menyabung sehingga akhirnya dapat mengalahkan lawannya, Si Jalak .

Persoalan

1. Persoalan cinta tidak mengenal rupa paras.

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam.

2. Persoalan perasaan dengki dan iri hati

Jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung.

3. Persoalan kewibawaan dan pengaruh yang kuat

Lanun-lanun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila mendengar suara Awang Sulung Merah Muda.


(20)

4. Persoalan menipu untuk mencapai sesuatu tujuan

Jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan dialah yang menyelamatkan geliung daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada serangan lanun dengan menunjukkan keris yang berdarah ayam. Tujuannya supaya dia dapat berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

5. Persoalan menghormati tetamu

Awang Sulung disambut oleh pembesar istana dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu semasa naik ke balairung seri.

Watak dan Perwatakan Watak Utama

Awang Sulung Merah Muda

 Berasal dari Negeri Bandar Mengkalih

 Anak kepada Tuanku Si Helang Laut

 Cucu kepada Tuanku Si Helang Mawai

 Menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

 Berwajah tampan – setelah mandi dengan menggunakan limau selimpat pagar dan sabun wangi terserlahlah ketampanannya .

 Memiliki keris dan pedang sakti Memiliki gigi yang cantik bercahaya

 Berhutang dengan Nakhoda Tua dan Datuk Batin Alam

 Berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

 Ditakuti lanun

 Memiliki pelbagai kesaktian – Dia dapat menenangkan air laut yang bergelora, menukarkan air masin menjadi manis dan tidak perlu memegang kemudi untuk menggerakkan geliung.

 Patuh kepada peraturan - Dia meminta Bujang Selamat bertanyakan adat bergelanggang sebelum menyabung ayam.

 Merendah diri – apabila disuruh mengemudi geliung menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dia mengatakan sekiranya berada di daratan bolehlah dia menjadi penghalau ayam, penunggu itik atau tukang sapu rumah .

Watak Sampingan

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa  Anak Tuanku Nakhoda Tua

 Mengemudi geliung setelah jurumudi pengsan

 Mudah jatuh cinta - Jatuh hati kepada Awang Sulung Merah Muda setelah melihat kelebihan dan kehebatan Awang Sulung

 Suka menguji - dia menguji kelebihan Awang sulung dengan menyuruhnya mengambil air

 Prihatin - Marah apabila Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi dalam tempurung berbulu dan ketika jurumudi dengki kepada Awang Sulung

 Sensitif – dia cuba membunuh diri hendak terjun ke laut apabila mendengar Awang Sulung hendak kembali ke Bandar Mengkalih.


(21)

Jurumudi

 Jurumudi geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

 Penipu - Menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung dengan menunjukkan keris berdarah

 Pendengki – Dia berasa dengki kepada Awang Sulung

 Pengecut - Lari menyelamatkan diri semasa serangan lanun

Tuanku Nakhoda Tua

 Ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

 Mudah terpedaya – terpedaya dengan penipuan jurumudi.

 Insaf - berasa kesal dengan kesilapannya yang memandang rendah kepada Awang Sulung

 Menepati janji - Dia mengahwinkan puterinya dengan Awang Surung Merah Muda yang berjaya menyelamat baginda dan puterinya daripada serangan lanun.

Si Kembang Cina

 Orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

 Taat perintah – Taat akan suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

 Pandai memujuk – Dia memujuk Awang Sulung sehingga bersetuju untuk mengemudi geliung

Latar

Latar Tempat Geliung panjang

 Tuan Puteri Dayang Seri Jawa belayar menaiki geliung panjang dari Bandar Mengkalih menuju ke negeri Semarang di Tanah Jawa.

Pulau Tapai

 Tempat Geliung berlabuh di Pulau Tapai untuk mendapatkan kayu dan air. Pada mulanya geliung tidak boleh berlabuh kerana laut bergelora. Awang Sulung menggunakan kelebihannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih yang diikat dengan benang banyak warna. Akhirnya air laut menjadi tenang dan geliung dapat berlabuh.

Pulau Salah Nama

 Sekumpulan lanun menyerang geliung di Pulau Salah Nama. Anak-anak kapal lari menyelamatkan diri termasuk jurumudi. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta bantuan Awang Sulung menentang lanun. .

Negeri Pati Talak Terangganu

 Awang Sulung menyabung ayamnya Kinantan Suci .

Latar Masa

 Tiga hari tiga malam semasa geliung berlabuh di Pulau Tapai.

 Waktu siang - ketika anak-anak kapal mencari kayu api dan air di pulau.

Latar Masyarakat

 Golongan bangsawan – Awang Sulung, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Pinang Masak, Raja Negeri Pati Talak Terengganu.


(22)

 Golongan bawahan – anak-anak kapal

 Masyarakat lanun yang melakukan rompakan di laut

 Golongan taat kepada perintah – Si Kembang Cina dan Bujang Selamat taat akan perintah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan Awang Sulung Merah Muda.

 Masyarakat penipu – jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung dengan menunjukkan keris berdarah

 Masyarakat yang suka menyabung ayam - Awang Sulung Merah Muda menyabung ayam dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu

Gaya Bahasa

 Bahasa klasik – geliung

 Bahasa istana - beta, santap, kakanda, ayahanda

 Peribahasa – enau mencari sigai, dan lesung mendapatkan antan, berkecil hati

 Simile – bagai pucuk dilancarkan, bagai air di kuali, bagai purnama empat belas har ibulan, bagai kilat sembur-menyembur

 Puisi : Pantun :

Bintang tujuh tinggal enam, Jatuh satu ke Gunung Daik; Bercahayalah sepuh hilang senam

Itulah tanda emas yang baik. Seloka:

Nobat merpati di gunung, Memberi salam murai di pintu, Berbega burung di bumbungan, Berkokok si tambang denak, Membalas kinantan suci, Bertutu ketitir jantan,

Berkokok balam tembaga tiga gaya,

Berbunyi sekalian bunyi-bunyian.

Nilai

 Nilai merendah diri – contohnya Awang Sulung yang berketurunan raja sanggup menyamar sebagai budak hitam yang comot

 Nilai keyakinan – contoh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sanggup mengambil alih mengemudi kapal sewaktu jurumudi pengsan

 Nilai berani – contoh Awang Sulung berani menentang lanun yang cuba menyerang geliung kenaikan Tuan puteri Dayang Seri Jawa.

 Nilai kasih Sayang – contoh Awang Sulung dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa saling menyayangi selepas berkahwin.

 Nilai bertimbang rasa- contohnya Awang Sulung membantu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengemudi geliung.


(23)

 Nilai rasional – contoh Tuanku Nakhoda Tua sanggup menerima pandangan puterinya agar tidak terpengaruh dengan kata-kata jurumudi.

 Nilai hormat kepada raja – contoh lanun tidak menyerang geliung setelah mendapati Awang Sulung berada di atas geliung tersebut.

Pengajaran

 Kita hendaklah sentiasa merendah diri di mana-mana sahaja kita berada supaya kita akan dihormati.

 Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat.

 Kita hendaklah bijak agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

 Kita hendaklah bersedia memberi bantuan terhadap orang yang memerlukan pertolongan.

 Kita hendaklah berani mengaku kesalahan yang dilakukan agar tidak menimbulkan kekesalan pada masa hadapan.

______________________________________________________________________________________________ Prosa Tradisional

(Merah Silu) Sinopsis

Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada awalnya Merah Gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepala sehingga beliau terpandang isterinya menyikat rambut. Merah Gajah mahu mencabut rambut tersebut tetapi dihalang oleh isterinya. Sewaktu Puteri Betong tidur, Merah Gajah telah mencabut rambut tersebut menyebabkan keluar darah dari liang-liang rambut sehingga menyebabkan kematiannya.

Berita kematian Puteri Betong telah menimbulkan kemarahan ayahandanya Raja Muhammad dan mengambil tindakan membunuh Merah Gajah. Ayahanda Merah Gajah iaitu Raja Ahmad telah bertindak balas menyerang Raja Muhammad sehingga berlaku peperangan sengit menyebabkan kedua-duanya terbunuh termasuk sebilangan besar rakyat. Hanya yang tinggal Merah Silu dan Merah Hasum serta beberapa rakyat yang masih hidup dan mengaku taat setia kepada kedua-duanya untuk terus tinggal di negeri Semerlanga itu.

Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat meninggalkan negeri itu kerana tidak ada sesiapa lagi kaum kerabatnya yang tinggal. Mereka berdua keluar meninggalkan negeri Semerlanga menuju ke sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan di tepi sungai. Suatu hari ketika di sungai, Merah Silu terlihat banyak ikan dan dia pergi ke hulu sungai menahan bubu. Beberapa kali bubu yang ditahannya dipenuhi dengan cacing gelang-gelang. Akhirnya dia mengambil keputusan membawa balik cacing gelang-gelang itu dan merebusnya di dalam kawah. Cacing itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya.

Merah Hasum hanya diam apabila mendengar berita Merah Silu menjadi kaya. Pada suatu hari, Merah Silu menangkap kerbau liar tetapi tindakannya itu tidak disenangi oleh Merah Hasum kerana pada pendapatnya kerja itu tidak berfaedah dan hanya memalukan dirinya sebagai saudara kepada Merah Silu. Merah Hasum telah meminta Merah Silu menghentikan perbuatan tersebut dan menyuruh Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak mahu mendengar katanya. Akhirnya Merah Silu mencari petempatan baru dengan membawa segala harta dan kerbaunya. Merah Silu tiba di hulu Karang dan menetap di situ tetapi kehadirannya tidak disenangai oleh penduduk kampung kerana kerbau-kerbau itu memakan tanaman mereka.

Merah Silu berpindah lagi ke sebuah negeri bernama Buluh Telang. Di sini beliau bertemu dengan Megat Iskandar dan menyatakan hasratnya untuk tinggal di negeri tersebut dan menganggap Megat Iskandar sebagai bapanya. Megat Iskandar bersetuju membenarkan Merah Silu tinggal di situ dan boleh memelihara kerbau kerana ada ladang yang luas. Merah Silu suka menyabung ayam dan selalu memberi kerbau sebagai hadiah kepada sesiapa yang menyabung


(24)

ayam dan yang menontonnya. Megat Iskandar dengan persetujuan pembesar dan rakyat telah melantik Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. Sultan Maliku’l- Nasar tidak bersetuju dan menyerang Merah Silu. Beberapa siri peperangan berlaku antara Merah Silu dengan Sultan Maliku”l- Nasar dan akhirnya sultan tewas dan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun.

Tema

Ketabahan seorang anak raja dalam menghadapi cabaran hidup.

Merah Silu menjadi yatim piatu setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan terpaksa merantau dengan adiknya Merah Hasum meninggalkan Semerlanga dan membuka petempatan baru di Beruana. Merah Silu terpaksa berpindah lagi kerana sikapnya tidak disenangi oleh adiknya. Dia berpindah ke Hulu Karang tetapi tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbaunya telah merosakkan tanaman mereka. Merah Silu menetap pula di Buluh Telang apabila dipelawa oleh Megat Iskandar. Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku’l-Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun.

Persoalan

1. Persoalan perselisihan antara adik-beradik

Perselisihan faham antara Merah Silu dengan Merah Hasum kerana tindakan Merah Silu yang menangkap kerbau liar tidak disukai oleh Merah Hasum dan dianggap memalukannya.

2. Persoalan perkara di luar logik akal

Keistimewaan seseorang keturunan raja digambarkan dengan peristiwa aneh misalnyanya cacing gelang-gelang yang direbus oleh Merah Silu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.

3. Persoalan keberanian anak raja

Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku’l-Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun.

4. Persoalan sikap pemurah dalam kalangan masyarakat

Merah Silu yang suka menyabung ayam memberi hadiah seekor kerbau kepada orang yang terlibat menyabung ayam dan juga kepada yang hanya datang melihat sahaja malah dia juga memberi semula wang pertaruhan kepada mereka yang kalah.

5. Persoalan kegemaran berjudi dalam kalangan masyarakat

Merah Silu suka menyabung ayam dan mengunakan wang pertaruhan .

Watak dan Perwatakan Watak Utama

Merah Silu

 Anak sulung Merah Gajah dengan Puteri Betong

 Mempunyai saudara bernama Merah Hasum

 Menjadi yatim piatu sejak kecil setelah kematian ibu dan ayahnya

 Kaya - Cacing gelang-gelang yang direbusnya bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.

 Suka menyabung ayam – Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu.

 Seorang yang tidak berputus-asa- Merah Silu berulang kali menahan bubu walaupun hasilnya hanya cacing gelang-gelang.


(25)

 Seorang yang pemurah- Merah Silu suka memberi hadiah kerbau kepada sesiapa yang terlibat dalam sabung ayam.

Watak Sampingan 1. Merah Hasum

o Adik kepada Merah Silu

o Menghormati saudara- Dia bersetuju dengan pandangan Merah Silu untuk berpindah dari negeri Semerlanga.

o Tidak suka perkara sia-sia- Dia marahkan Merah Silu kerana menangkap kerbau liar.

o Bersikap tegas – Dia menyuruh Merah Silu meninggalkan Beruana jika tidak mahu menghentikan perbuatan menangkap kerbau liar.

2. Megat Iskandar

o Saudara kepada Megat Kedah dan Sultan Maliku”l-Nasar.

o Tinggal di Buluh Telang.

 Mempunyai ladang yang luas.

 Bapa angkat kepada Merah Silu.

 Tetap pendirian - Dia berperang di Kumat dengan saudaranya Sultan Maliku’l-Nasar yang tidak bersetuju Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun

 Seorang yang menghormati tetamu - Dia menjamu Merah Silu semasa kedatangan Merah Silu ke Buluh Telang.

3. Sultan Maliku”l- Nasar

 Adik kepada Megat Iskandar dan Megat Kedah

 Tegas- Dia tidak bersetuju dengan tindakan Megat Iskandar untuk melantik Merah Silu di Rimba Jerun.

 Mempertahankan haknya sebagai raja di Rimba Jerun

 Berani – Dia berperang dengan Megat Iskandar di Kumat.

Latar

Latar Tempat

1. Negeri Semerlanga

 Peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad menyebabkan kedua-duanya terbunuh.  Tempat asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum keluar merantau.

2. Beruana

 Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Silu dan Merah Hasum.

 Cacing gelang-gelang yang memenuhi bubu Merah Silu yang ditahannya di hulu sungai telah direbus dan bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya.

3. Kerbau Kampung

 Tempat Merah Silu menangkap kerbau liar.

4. Hulu Karang

 Merah Silu tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbau Merah Silu merosakkan tanaman padi dan pisang mereka.


(26)

5. Negeri Buluh Telang

 Menetap di situ setelah dipelawa oleh Megat Iskandar.

 Tempat Merah Silu mengamalkan hobinya menyabung ayam.

6. Rimba Jerun

 Peperangan antara Sultan Maliku”l-Nasar dengan Merah Silu.

 Merah Silu menjadi raja di sini setelah Sultan Maliku’l-Nasar ditewaskan oleh Megat Iskandar di Kumat.

Latar Masa

1. Bermula dari kelahiran Merah Silu hingga dilantik menjadi raja di Rimba Jerun.

2. Waktu malam – semasa Puteri Betong tidur dan Merah Gajah mencabut sehelai rambut Puteri betong yang berwarna keemasan menyebabkan kematiannya.

3. Waktu siang - Merah Silu pergi ke tepi sungai dan ternampak banyak ikan.

Latar Masyarakat

1. Golongan bangsawan – Merah Silu, Merah Hasum, Puteri Betong, Merah Gajah, Raja Ahmad, Raja Muhammad, Megat Iskandar,Megat Kedah, Sultan Maliku’l-Nasar

2. Masyarakat yang suka menyabung ayam - Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu.

3. Golongan bawahan – orang yang diupah untuk mengorek lubang besar (anderak) bagi menangkap kerbau liar

 Golongan askar – golongan yang terlibat dalam beberapa siri peperangan.

 Masyarakat yang suka membantu - Megat Iskandar mempelawa Merah Silu menetap di situ.

Gaya Bahasa

1. Bahasa Klasik – anderak, dibantunnya), senawat 2. Bahasa istana - baginda, adinda, kakanda , anakanda 3. Bahasa Arab – berkat , Allah Taala

4. Personifikasi – matahari mati 5. Metafora – kerbau jalang 6. Hiperbola

- Bukit yang dilalui Merah Silu menjadi lekuk bekas kerbau ituberjalan . - Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus.

Nilai

1. Nilai Taat Setia – rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan banyak kehilangan nyawa. 2. Nilai Murah Hati - Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang hadir ke gelanggang

sabung ayam.

3. Nilai Keberanian - - Merah Silu berani berperang menentang Sultan Maliku’l-Nasar untuk menjadi raja di Rimba Jerun.

4. NilaiBerdikari – Merah Silu keluar mencari petempatan baru sendirian setelah dihalau oleh Merah Hasum.

Pengajaran


(27)

 Kita hendaklah berani mempertahankan maruah supaya hak kita tidak diganggu- gugat.

 Kita hendaklah menghormati tetamu.

 Kita janganlah menganiayai binatang.

 Kita hendaklah menyelidik dahulu sesuatu perkhabaran sebelum mengambil sebarang tindakan.

____________________________________________________________________________________________

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata) Sinopsis

Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Bondanya bertanya tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah Alam mengkagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka.

Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya . Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera.

Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteri-puteri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah mencari gajah bergading emas. Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu . Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik gajah bergading emas.

Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu.

Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati.


(28)

Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya sangat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri Cederawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati.

Tema

Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai Cabaran

Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi, menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa, dan hampir ditangkap dan dibunuh oleh raksasa.

Persoalan

1. Persoalan keberanian dan kehebatan anak raja

 Indera Nata berani menentang binatang buas dan menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas yang terdapat di dalam hutan.

 Indera Nata berani masuk ke mahliga raksasa dan menyelamatkan tujuh orang puteri.

 Indera Nata mempunyai kebolehan bercakap atau berinteraksi dengan haiwan.

2. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya

 Si Batu Kembar memeluk dan mencium anaknya Indera Jenaka yang baru balik darpada mengembara.

 Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.

3. Persoalan kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri

 Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah dengan menyuruh raksasa mencari gajah bergading emas sekiranya raksasa mahukan mereka cepat besar, tetapi sebenarnya dia bertujuan membantu Indera Nata mendapatkan gajah bergading emas segera.

 Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah sekali lagi dengan menyuruh raksasa lelaki mencari kijang putih bertanduk emas dan raksasa perempuan mencuci kain hitam menjadi putih sebagai tanda sayang kepada mereka. Sebenarnya dia bertujuan untuk melarikan diri bersama Indera Nata dan puteri-puteri yang lain semasa ketiadaan raksasa.

4. Persoalan tolong-menolong sesama manusia

 Indera Nata membantu menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas di hutan.

 Indera Nata membantu menyelamatkan ketujuh-tujuh puteri daripada tawanan raksasa.

Watak dan Perwatakan Watak Utama

Indera Nata

 Anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati

 Digelar Si Piatu

 Sangat disayangi oleh ibunya - Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.


(29)

 Mempunyai kesaktian – Indera Jenaka hairan melihat kelakuan Indera Nata yang boleh bercakap dengan binatang.

 Seorang yang berani –Menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas

 Seorang yang baik hati - Menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa.

Watak Sampingan

Tuan Puteri Cendera Kesuma  Anak Raja Mesir

 Memiliki rupa paras yang cantik

 Menjadi tawanan raksasa .

 Petah berkata-kata -Tuan Puteri bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata dan berpantun.

 Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk menyelamatkan diri daripada raksasa

Raksasa suami isteri

 Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi.

 Kejam – menawan tujuh orang puteri untuk dijadikan makanan.

 Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut

 Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi berburu untuk mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom

 Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma

Indera Jenaka

 Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar

 Menghargai jasa – Indera Jenaka menghargai Indera Nata dengan menceritakan kebaikan dan kelebihan Indera Nata kepada kedua-dua ibu bapanya.

 Seorang yang berterus terang - Memberitahu kedua-dua ibu bapanya siapa sebenarnya Si Piatu iaitu Indera Nata.

Latar

Latar Tempat

i. Negeri Rom (rumah Si Batu Kembar)

 Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya siapa Si Piatu dan darihal Indera Nata

ii. Negeri Pattani

 Indera Nata menentang haiwan buas dan menyelamatkan Indera Jenaka dan Indera Nata boleh bercakap dengan haiwan.

iii. Sebuah bukit yang tinggi

 Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersama-sama tujuh orang puteri yang ditawan.

iv. Sebuah peti emas

 Tempat Indera Nata disembunyikan oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma semasa raksasa balik ke mahligai.

v. Tepi Laut / Pantai

 Tempat isteri raksasa mencuci kain hitam supaya menjadi putih.

Rumah Bonda Indera Nata (Tuan Puteri Cenderawati)  Kepulangan Indera Nata bersama tujuh puteri.

 Ketujuh-tujuh puteri menetap di situ.


(30)

 Waktu pagi – raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas.

 Waktu petang – raksasa tidur.

 Waktu siang – raksasa keluar mencari gajah bergading emas.

 Tujuh hari tujuh malam – perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama tujuh puteri.

 Waktu tengah malam – Indera Nata tiba di rumah bondanya bersam tujuh puteri.

Latar Masyarakat

 Golongan bangsawan – Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan Puteri Cendera Kesuma

 Golongan bawahan – rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang semuanya dimakan oleh raksasa

 Masyarakat taat kepada perintah – Indera Nata mengikut perintah Raja Rom mengembara mencari gajah bergading emas

 Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi dan bercakap dengan haiwan, mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru dan meminta bantuan Betara Gangga.

 Masyarakat raksasa – sepasang suami isteri raksasa yang tinggal di atas sebuah bukit.

 Masyarakat haiwan – gajah bergading emas, ular sakti dan naga

Gaya Bahasa

Bahasa Klasik – sebermula, hatta

Bahasa istana - tuanku , kakanda , anakanda .

Simile – maka ia mendengar bunyi seperti ribut , ia berani dengan segala binatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga.

Puisi – pantun contoh: Ikan pari bertelur beribu Bertelur sejengkal juga; Hujan arah ke langit biru,

Tawakalku dapat juga.

Bahasa Arab – Allah

Hiperbola – gajah bergadingkan emas , kijang putih bertandukkan emas , parasnya gilang-gemilang, cahayanya kilau-kilauan.

Nilai

Nilai Bijaksana – Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah untuk melepaskan diri.

Nilai Keberanian – Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh puteri.

Nilai Kasih Sayang – Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata.

Nilai Tolong-menolong - Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada tawanan raksasa dan Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata.

Pengajaran

 Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati.

 Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni.


(1)

WATAK PERWATAKAN Watak Utama

1. Salmah

 Mahasiswa berusia 22 tahun

 Wajah tipikal seorang gadis Melayu dan berkulit sawo matang

 Berfikiran objektif, terbuka ,petah dan berani mengemukakan pendapat - Salmah berdialog dengan Chong yang menegaskan bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup menerima kritikan.

2. Chandran

 Mahasiswa berusia 22 tahun

 Wajah tipikal seorang pemuda India dan fasih berbahasa Melayu  Berperawakan sederhana.

 Bijak berhujah,kritis dan banyak memberikan pendapat - Chandran menyatakan pendapatnya bahawa generasi dewasa harus bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku kepada generasi muda.

3. Chong

 Mahasiswa berusia 22 tahun

 Wajah tipikal seorang pemuda Cina fasih berbahasa Melayu dan bijak berhujah

 Mudah emosional dan cepat sejuk - Chong marah kerana tidak bersetuju dengan pendapat Makhluk Utopia bahawa generasi mereka belum buat apa-apa.

Watak Sampingan

1. Makhluk Utopia I dan II

 Makhluk asing dari planet Utopia  Watak mereka muncul dalam mimpi

 Bijak mengemukakan pendapat - Makhluk Utopia memberikan pendapat bahawa makhluk bumi berada dalam situasi yang kritikal ke arah kemusnahan.

LATAR Latar masa

 waktu petang pada tahun 2020

Latar tempat

 Kampus universiti tempat Salmah, Chandran dan Chong belajar

Latar masyarakat

1. Masyarakat kampus - Salmah, Chandran dan Chong. 2. Masyarakat dari planet Utopia - Makhluk Utopia 1 dan 2.

3. Masyarakat yang bijak berhujah - Salmah dan Chandran berhujah dengan makhluk Utopia.


(2)

GAYA BAHASA

Kata ganda, contohnya bangunan-bangunanSinkope, contohnya tak ada satu pun yang baik

Peribahasa, contohnya bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

NILAI

1. Nilai keberanian - Tiga sahabat berani berhujah dengan makhluk Utopia tentang cabaran untuk membangunkan negara.

2. Nilai cinta akan tanah air - Tiga sahabat menunjukkan kecintaan akan negara dan mahu menjadi pemimpin pada masa akan datang.

3. Nilai baik hati - Makhluk Utopia baik hati dengan menasihati dan memberi teguran kepada penduduk bumi.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mengutamakan perpaduan kaum dan mengamalkannya dalam hidup bermasyarakat seperti yang ditunjukkan oleh Salmah, Chandran dan Chong.

2. Remaja hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan nilai keagamaan dalam kehidupan. 3. Remaja hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab dan memiliki jati diri yang kental.

4. Remaja hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara pada masa hadapan. _______________________________________________________________________________________

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

SINOPSIS

Babak 1

Drama Cempaka Berdarah mengisahkan Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Kemudiannya, mereka terdengar orang memanggil di luar rumah. Mereka mengintai melalui lubang pintu dan mendapati seorang lelaki Orang Putih muncul. Mak Jah menyuruh Cempaka masuk ke biliknya. Orang Putih itu memperkenalkan dirinya sebagai Prof. Peter , pensyarah Antropologi dan Sosiologi dan merupakan pensyarah Zaman di universiti. Dalam perbualan mereka, Prof. Peter meminta Mak Jah menasihati Zaman supaya belajar betul-betul sekiranya hendak berjaya. Prof. Peter bertanya tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di dinding.

Babak 2

Semasa Zaman dan Cempaka mengambil buah bidara dan akar kayu di sebuah belukar, zaman menyuruh Cempaka pulang untuk mengambil parang. Mereka berbincang tentang bonsai dan ukiran akar kayu. Semasa Cempaka pulang mengambil parang, Prof. Peter muncul ditemani oleh Malik. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. Ketika Zaman mengambilkan Cempaka bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul semula. Berlaku lagi pertengkaran antara Prof. Peter dan Zaman. Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang. Zaman membuat kesimpulan, Maliklah yang menjadi orang perantaraan Prof. Peter. Dia juga mendakwa Cempaka ialah adiknya yang dicari-cari selama ini. Semasa perang Jepun, ibunya telah menyembunyikan adiknya di tebing sungai Bukit Putih dan ditemui oleh Mak


(3)

Jah. Dia hendak mengambil Cempaka dan mahu adiknya itu hidup dalam keluarganya. Sewaktu pertengkaran berlaku, Prof. Peter ternampak seekor ular lalu melepaskan tembakan. Cempaka rebah berlumuran darah. Mak Jah meraung melihat keadaan Cempaka. Zaman berasa marah dan berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Prof. Peter telah melarikan diri ke dalam hutan. Zaman mengejarnya dengan parang. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan dan semuanya tercengang. Mak Jah bersyukur kerana Zaman selamat dan mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri itu.

PEMIKIRAN

Keberanian mempertahankan hak dan maruah keluarga daripada dirampas oleh orang luar. Zaman bertindak dengan berani dan bersungguh-sungguh ketika bertengkar dengan Prof. Peter.

PERSOALAN

1. Persoalan kasih sayang sesama insan tidak mengenal agama dan keturunan. 2. Persoalan pendidikan penting untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarga. 3. Persoalan mempertahankan hak dengan cara yang betul.

4. Persoalan peperangan yang menyebabkan perpisahan antara ahli keluarga. 5. Persoalan tentang usaha mencari adik kandung yang hilang semasa perang Jepun. PLOT

Plot drama ini terbahagi kepada dua babak cerita. 1. Permulaan

Plot bermula di rumah Mak Jah yang sederhana di sebuah kampung. Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah sementara menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur.

2. Perkembangan

Plot berkembang apabila kedatangan Prof. Peter ke rumah Mak Jah. Tujuannya adalah untuk membuat penyiasatan kerana dia ialah Profesor Antropologi dan Sosiologi. Prof. Peter juga memperkenalkan bahawa dia ialah pensyarah Zaman. Peristiwa Prof. Peter melihat gambar Cempaka yang menarik perhatiannya. Plot terus berkembang apabila Zaman dan Cempaka masuk ke pinggir belukar di kampungnya untuk mengambil buah bidara, akar kayu dan bunga kenanga.

3. Konflik

Pada tahap perumitan, Zaman bertemu dengan Prof.Peter yang diiringi Malik dan berlaku pertengkaran. Prof.Peter dan Malik beredar untuk menembak burung dan kera di bukit. Sejurus selepas itu, mereka datang semula iaitu semasa Zaman cuba mengambilkan Cempaka bunga kenanga. Berlaku lagi pertengkaran yang lebih hebat apabila Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang.Prof. Peter mendakwa Cempaka ialah adiknya. Mak jah datang dan memarahi Prof. Peter.

4. Klimaks

Klimaks cerita ialah peristiwa Prof. Peter yang hendak menembak ular di atas kepala Cempaka tetapi tertembak Cempaka. Seterusnya, berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Zaman mencuba merampas senapang Prof. Peter.

5. Peleraian

Prof. Peter melarikan diri ke dalam belukar. Zaman mengambil parangnya mahu mengejar Prof. Peter. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan letupan senapang yang menyebabkan mereka tercengang. Akhirnya, Zaman berjalan


(4)

ke arah ibunya semula dan ibunya bersyukur kerana Zaman selamat. Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri.

TEKNIK PLOT

1. Teknik pemerian

Pengarang memerihalkan watak Mak Jah dan Cempaka, contohnya :

Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menunggu kepulangan Zaman yang belajar di sebuah university di Kuala Lumpur.(ms 243)

2. Teknik imbas kembali

Pengarang telah menggunakan teknik ini semasa dialog antara Prof. Peter dan Mak Jah tentang adiknya yang telah disembunyikan semasa Perang Jepun.

Contohnya:

Aku tahu, Mak Jah. Ibuku telah menyembunyikan adikku di tebing sungai Bukit Putih sebelum orang Jepun menyerang dan membunuh bapa dan ibuku.(ms257)

WATAK PERWATAKAN Watak utama - ZAMAN

1. Anak Mak Jah dan abang angkat kepada Cempaka. 2. Dia merupakan penuntut di university di Kuala Lumpur.

3. Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit. 4. Dia seorang yang penyayang.

Zaman amat menyayangi adiknya Cempaka dan ingin memenuhi hajat adiknya untuk mendapatkan bunga kenanga akar dan buah bidara di pinggir belukar.

5. Dia seorang yang berani.

Zaman berani bergaduh dengan Prof. Peter kerana mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter..

6. Dia seorang yang bijak

Zaman bijak menghidu niat sebenar Prof. Peter yang mahu membuat kajian di kampungnya. 7. Dia seorang yang keras hati.

Zaman dikatakan keras hati oleh Prof. Peter dan diakui oleh Mak Jah kerana suka menentang cakap orang lain.. 8. Dia seorang yang tekun belajar

Zaman tekun belajar kerana berada pada tahun akhir dan akan menghadapi peperiksaan diuniversitinya. 2. Mak Jah

1. Ibu Zaman dan ibu angkat kepada Cempaka 2. Dia seorang yang penyayang

Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun hanya anak angkat. 3. Dia seorang yang tegas.

Mak Jah tetap dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu anaknya walaupun diterangkan oleh Prof. Peter. 4. Dia seorang yang bertanggungjawab.

Mak Jah bertanggungjawab memastikan keselamatan Cempaka dan menyuruh Cempaka masuk apabila Prof. Peter datang ke rumahnya.


(5)

3. Prof.Peter

1. Seorang lelaki Inggeris

2. Pensyarah sosiologi di sebuah universiti tempatan.. 3. Dia seorang yang bijak

Dia menggunakan alasan sedang membuat kajian sejarah dan melindungi tujuan sebenar mencari adiknya yang hilang.

4. Dia seorang yang sombong

Prof Peter mengatakan bangsa Melayu berfikiran sempit dan pengotor. 5. Seorang yang tegas

Prof. Peter tegas dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu adiknya. 6. Seorang yang sanggup berkorban.

Prof.Peter sanggup bekerja di Malaysia semata-mata untuk mencari adiknya yang hilang semasa zaman Jepun. LATAR

Latar masa

1. Pada sekitar tahun 60-an

2. Pada waktu menjelang tengah hari

Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah dan menunggu Zaman pulang dari Kuala Lumpur. 3. Pada waktu petang

Ketika Zaman dan Cempaka berada di pinggir hutan dan terserempak dengan Malik serta Prof.Peter. Latar tempat

1. Di rumah Mak Jah

Prof.Peter datang ke rumah Mak Jah untuk menyiasat tentang adiknya. 2. Di pinggir belukar dalam kampung

Zaman dan Prof. Peter bertengkar tentang Cempaka. Latar masyarakat

1. Masyarakat yang mempertahankan hak.

Mak Jah dan Zaman mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter kerana Cempaka telah dipelihara sejak kecil oleh Mak Jah.

2. Masyarakat yang penyayang

Mak Jah menyayangi anak-anaknya.Prof Peter juga menyayangi adiknya . 3. Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan wanita

Mak Jah tidak menghantar Cempaka bersekolah tinggi.

4. Masyarakat yang tidak menghormati budaya masyarakat tempatan.

Prof.Peter bersikap biadap kerana merendahkan orang Melayu dan tidak berunding secara berhemah dengan Mak Jah dan Zaman.

5. Masyarakat yang prihatin

Mak Jah telah mengambil Cempaka sebagai anak angkat setelah ibu Cempaka terpaksa meninggalkannya. GAYA BAHASA

1. Sinkope


(6)

Mak Jah tak adakah anak lelaki? 2. Peribahasa

Keras hati, keras kepala 3. Kata ganda

betul-betul, lihat-lihat 4. Sinkope

Yang itu tak pulak disebut!. NILAI

1. Nilai kasih sayang

Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun Cempaka hanya anak angkat. 2. Nilai keberanian

Zaman berani mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof Peter. 3. Nilai hormat-menghormati

Mah Jah menghormati tetamunya Prof. Peter dan melayannya dengan ramah. 4. Nilai bertanggungjawab

Zaman bertanggungjawab memenuhi keinginan adiknya Cempaka untuk mengambil bunga kenanga akar. 5. Nilai kerajinan

Zaman rajin belajar sehingga tahun ketika itu berada dalam tahun akhir pengajian. PENGAJARAN

1. Kita hendaklah berusaha mempertahankan apa-apa yang menjadi hak kita dengan cara yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

2. Kita hendaklah menghormati masyarakat tempatan jika kita berkunjung ke tempat mereka supaya kita tidak mendapat kesusahan.

3. Janganlah kita menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana perbuatan itu membahayakan kita.

4. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mengubah corak hidup supaya tidak terus dibelenggu kemiskinan. 5. Setiap ahli keluarga hendaklah melindungi keluarganya yang lain kerana hal itu merupakan tanggungjawab

mereka.

6. Kita perlu berwaspada terhadap orang yang tidak kita kenali agar tidak diperdayakan oleh mereka.

7. Kita berfikir secara bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah agar hasrat yang diinginkan akan memperoleh kejayaan.