Masyarakat yang hipokrit Masyarakat yang taat perintah agama. Bahasa Inggeris Sinkope Simile kata ganda Nilai keberanian Nilai taat akan perintah agama Nilai hormat-menghormati Nilai bertanggungjawab Nilai tolong-menolong Nilai keprihatinan

Ripin menghormati Tok Wali kerana memiliki ilmu persilatan dan melayan percakapan Tok Wali dengan sopan.

4. Masyarakat yang hipokrit

Siak menggunakan alasan agama untuk mengurangkan pengaruh Tok Wali di kampung itu. 5. Masyarakat yang tidak berakhlak. Piee menjadi penagih dadah dan sukar dipulihkan lagi.

6. Masyarakat yang taat perintah agama.

Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid. GAYA BAHASA 1. Penggunaan bahasa Arab Assalamualaikum Insya-Allah , Astagfirullahal’azim

2. Bahasa Inggeris

Sorrylah.. 3. Bahasa Indonesia Bisa copot jantungku

4. Sinkope

Yang itu tak pulak disebut. Kerana dah tualah tak jadi manis tu

5. Simile

Kawannya macam lalat ibarat burung dalam sangkar yang terbuka pintunya. macam rimau tak ada gigi 6. Simpulan bahasa kambing hitam

7. kata ganda

bertalu-talu, gegak-gempita NILAI 1. Nilai ketegasan Tok Wali tegas dengan pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri kerana baginya perbuatannya itu tidak salah.

2. Nilai keberanian

Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.

3. Nilai taat akan perintah agama

Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.

4. Nilai hormat-menghormati

Ripin menghormati Tok Wali yang tinggi ilmu persilatan dan merupakan guru silatnya.

5. Nilai bertanggungjawab

Tok Wali berasa dirinya bertanggungjawab meneruskan usaha mengajarkan ilmu silat kepada anak-anak muda kampung tersebut.

6. Nilai tolong-menolong

Ripin membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menamatkan pergaduhan antara Tok Wali dan Siak.

7. Nilai keprihatinan

62 Tok Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti menggali kubur dan memandikan jenazah. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah mempertahankan warisan bangsa agar generasi akan dating berpeluang mendapat manfaatnya. 2. Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua daripada kita kerana mereka banyak berjasa kepada kita. 3. Kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan agar masyarakat hidup harmoni. 4. Janganlah kita bersikap hipokrit dalam hidup kerana sikap itu memberi kesan yang negatif. 5. Setiap masalah yang dihadapi haruslah diselesaikan secara rundingan supaya tidak berlaku kecederaan atau pertumpahan darah. 6. Kita mestilah bersabar atas ujian yang menimpa kita supaya kehidupan lebih sejahtera. 7. Kita hendaklah bijak menangani masalah yang timbul agar tidak menimbulkan kesusahan kepada diri sendiri kelak. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Drama Forum Remaja 2020 Sharif Shaary SINOPSIS Forum Remaja 2020 memaparkan peranan dan tanggungjawab tiga orang remaja iaitu Salmah, Chandran dan Chong menjelang tahun 2020. Mereka berjumpa dengan dua orang makhluk Utopia yang yang datang ke bumi untuk menjayakan satu misi. Kedatangan mereka didorong atas rasa tanggungjawab moral untuk mengingatkan makhluk bumi bahawa situasi kini sudah mencapai tahap kritikal ke arah kemusnahan. Makhluk Utopia memilih Malaysia kerana Malaysia berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat. Mereka berpendapat segala pembangunan sekarang bukan sumbangan generasi muda yang diwakili oleh Salmah, Chandran dan Chong tetapi sumbangan generasi yang terdahulu. Generasi muda kini belum berbuat apa-apa. Sebagai bakal pemimpin masa depan, remaja perlu mempunyai jati diri yang kental, berilmu pengetahuan dan memiliki moral yang tinggi bagi merealisasikan matlamat tersebut.Masalah keruntuhan moral generasi muda berada dalam satu era kritikal dari segi moral, sosial dan mental. Mereka mesti bersatu padu sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersemangat patriotik dan mengamalkan nilai keagamaan dalam aspek kehidupan. Apabila kedua-dua makhluk Utopia itu beredar, ketiga-tiga remaja itu pun tersedar dan mereka rupanya bermimpi. Ketiga-tiga remaja itu berbincang tentang kritikan yang diberi oleh makhluk Utopia dan mereka menyetujuinya. Sebagai remaja, mereka perlu merancang strategi kepimpinan untuk merealisasikan pembangunan negara di samping melahirkan generasi yang berdisiplin . PEMIKIRAN Peranan dan tanggungjawab remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang diwakili oleh watak Salmah, Chandran dan Chong. PERSOALAN 1. Persoalan remaja sebagai pemimpin negara pada masa hadapan. 2. Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam diri remaja. 63 3. Persoalan tentang kepentingan penghayatan nilai keagamaan dalam kehidupan. 4. Persoalan semangat patriotik sebagai pegangan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa. 5. Persoalan tentang jati diri, moral dan ilmu pengetahuan sebagai teras kepada remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020. PLOT Plot drama ini digarap secara kronologi, melalui empat peringkat:

1. Permulaan