Pengujian Hipotesis Kedua

4.4.2 Pengujian Hipotesis Kedua

Soalan kajian keempat pula meneliti adakah faktor jenis sekolah dan faktor latar belakang pengetua iaitu jantina, latihan pengurusan, pengalaman pentadbiran, perjawatan pengetua berperanan sebagai peramal yang signifikan terhadap kepemimpinan pengetua.

Untuk mendapatkan jawapan kepada soalan kajian ini, maklumat diperoleh daripada soal selidik Orientasi Kepemimpinan (Sendiri) hasil maklum balas daripada 34 orang pengetua dan Orientasi Kepemimpinan (Lain) dijawab oleh 1,705 orang guru untuk faktor jenis sekolah. Untuk penentuan kesignifikanan peramal faktor latar belakang pengetua dan jenis sekolah terhadap stail kepemimpinan pengetua, hipotesis nul utama telah dibentuk dan diuji. Hipotesis nul yang dibina adalah yang tersenarai di bawah.

H 0 2: Tidak terdapat peramal yang signifikan berdasarkan faktor latar belakang (jantina, pengalaman pentadbiran, perjawatan dan latihan pengurusan) dan jenis sekolah terhadap stail kepemimpinan pengetua.

Untuk menjawab soalan kajian peramal yang signifikan berdasarkan faktor latar belakang pengetua dan jenis sekolah terhadap stail kepemimpinan pengetua, analisis regresi berganda digunakan untuk menunjukkan indeks hubungan iaitu dengan merujuk kepada nilai beta

( β). Jadual 4.11 menunjukkan keputusan ujian regresi berganda antara jenis sekolah dan faktor latar belakang terhadap stail kepemimpinan pengetua.

Jadual 4.11 Peramal terhadap kepemimpinan pengetua : analisis regresi berganda

Faktor Latar Belakang

B Beta ( β)

Nilai T

Sig

dan Persekitaran

Jenis Sekolah

Jantina 0.356 0.148 4.711 0.19 Pengalaman Pentadbiran

Perjawatan -0.205 0.064 0.658 0.50 Latihan Pengurusan

* p<.05; n = 34 pengetua; 1705 guru; R 2 Diselaras= 0.277; R Berganda = 0.074.

Untuk tujuan pengujian hipotesis utama H 0 2 telah diperincikan menjadi lima hipotesis kecil iaitu H 0 2 1 ,H 0 2 2 ,H 0 2 3 ,H 0 2 4 dan H 0 2 5 . Di samping itu, Jadual 4.11 adalah dirujuk untuk tujuan penerimaan dan penolakan hipotesis nul H 0 2 1 ,H 0 2 2 ,H 0 2 3 ,H 0 2 4 dan H 0 2 5 .

H 0 2 1 : Tidak terdapat peramal yang signifikan berdasarkan faktor jantina terhadap stail kepemimpinan pengetua.

Analisis regresi berganda melalui Jadual 4.11 menunjukkan faktor jantina tidak memberi kesan terhadap stail kepemimpinan pengetua pada aras signifikan p<0.05. Nilai beta ( β) antara kepemimpinan pengetua dengan faktor jantina adalah ( β=0.148; t = 4.711; Sig=0.19). Oleh itu, faktor jantina adalah tidak berperanan sebagai penyebab atau peramal

terhadap stail kepemimpinan pengetua. Maka, keputusan ini bermakna H 0 2 1, adalah benar

dan diterima.

H 0 2 2 : Tidak terdapat peramal yang signifikan berdasarkan faktor latihan pengurusan terhadap antara stail kepemimpinan pengetua.

Analisis regresi berganda melalui Jadual 4.11 turut menunjukkan bahawa faktor latihan pengurusan ( β=0.006; t = 0.301; Sig=0.71) turut tidak mempengaruhi stail kepemimpinan pengetua pada aras signfikan p<0.05. Oleh itu, faktor latihan pengurusan merupakan bukan peramal yang signifikan terhadap stail kepemimpinan pengetua di Johor. Jadi, hipotesis

H 0 2 2 didapati benar dan diterima.

H 0 2 3 : Tidak terdapat peramal yang signifikan berdasarkan faktor pengalaman pentadbiran terhadap stail kepemimpinan pengetua.

Analisis regresi berganda melalui Jadual 4.11 iaitu analisis berdasarkan faktor pengalaman pentadbiran juga menunjukkan bahawa faktor pengalaman pentadbiran tidak memberi kesan terhadap stail kepemimpinan pengetua berdasarkan nilai beta ( β=0.113; t = 2.012; Sig=0.37). Dengan itu, pengalaman pentadbiran adalah bukan peramal yang signifikan kepada stail kepemimpinan pengetua pada aras signfikan p<0.05. Jadi, hipotesis

H 0 2 3 adalah benar dan diterima.

H 0 2 4 : Tidak terdapat peramal yang signifikan berdasarkan faktor perjawatan terhadap stail kepemimpinan pengetua.

Hubungan antara stail kepemimpinan pengetua dengan faktor perjawatan pengetua ( β=0.064; t = 0.658; Sig=0.50) yang dirujuk melalui Jadual 4.11 juga mendapati bahawa faktor perjawatan pengetua tidak berperanan sebagai peramal yang signifikan pada aras

signifikan p>0.05. Oleh itu, hipotesis H 0 2 4 adalah benar dan diterima.

H 0 2 5 : Tidak terdapat peramal yang signifikan berdasarkan faktor jenis sekolah

terhadap stail kepemimpinan pengetua.

Analisis regresi berganda melalui Jadual 4.11 menunjukkan faktor jenis sekolah ( β=0.243; t = 10.124; Sig=0.00) adalah angkubah yang mempengaruhi stail kepemimpinan Analisis regresi berganda melalui Jadual 4.11 menunjukkan faktor jenis sekolah ( β=0.243; t = 10.124; Sig=0.00) adalah angkubah yang mempengaruhi stail kepemimpinan